lapangan 10

18
QURBAN TERBAIK 1432 QURBAN TERBAIK 1432 Lawatan Menteri Kesihatan Puntland Refugee Talentime LAPANGAN LAPANGAN LAPANGAN LAPANGAN Terima kasih kerana memilih MRA untuk laksanakan qurban terbaik anda

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 16-Mar-2016

249 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

E-Majallah Malaysian Relief Agency (MRA) Edisi ke 10

TRANSCRIPT

Page 1: Lapangan 10

QURBAN TERBAIK 1432

QURBAN TERBAIK 1432 Lawatan Menteri Kesihatan Puntland Refugee Talentime

LAPANGANLAPANGANLAPANGANLAPANGAN Terima kasih kerana memilih MRA untuk laksanakan qurban terbaik anda

Page 2: Lapangan 10

KEMPEN QURBAN YANG TERBAIK MRA 1432 telah berjalan den-gan baik, seperti yang dirancang. Kali ini, MRA telah berjaya melaksanakan Qurban dan Aqiqah di lima buah negara: So-malia, Pakistan, Myanmar, Indonesia dan Thailand. Sebanyak 42 ekor unta, 17 ekor lembu dan 5 ekor kambing te-lah berjaya diQurbankan di negara-negara tersebut. Ibadah Qurban ini telah diuruskan oleh kakitangan MRA dan kakitan-gan rakan pelaksana MRA di negara-negara terbabit. Alhamdulillah, semua daging-daging Qurban tersebut telah berjaya diagihkan kepada mereka yang telah dikenalpasti memerlukan dan serba kekurangan dikawasan-kawasan terse-but. Di Somalia, agihan telah dilakukan di dua buah negeri iaitu di Somaliland dan Puntland. Di Puntland, ianya dilaksanakan serta diagihkan di bandar-bandar seperti Bosaso, Garowe, Gardo dan Galkaiyo. Manakala di Somaliland, ianya diagihkan di bandar Hargeisa. Agihan di Somalia ini dipantau sepenuhnya oleh Pejabat MRA Somalia yang berpusat di Ga-rowe. Operasi sembelihan di Somalia diketuai oleh Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA. Manakala agihan di Thailand pula, ianya dipantau oleh Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lo-jistik MRA. Sembelihan di Thailand diuruskan sepenuhnya oleh rakan sekerja MRA disana iaitu Young Muslim Association of Thailand (YMAT). Qurban di Sumatera Barat, Indonesia dikendalikan oleh Pengu-rus MRA Indonesia, Sdr. Yusman Darmaji dan ianya dilakukan di TAPUZ Padang, Pariaman (Rumah Anak Yatim). Qurban bagi Pakistan pula dikendalikan sepenuhnya oleh ra-kan pelaksana MRA disana iaitu Yayasan Al Khidmat. Daging-daging Qurban telah selamat diagihkan kepada penduduk yang amat daif dan memerlukan di wilayah berhampiran Pe-shawar, Pakistan.

KEMPEN QURBAN YANG TERBAIK MRA 1432

LAPANGAN 10 - ms 2

Page 3: Lapangan 10

LAPANGAN 10 - ms 3

Qurban INDONESIA Ibadah Qurban seperti ditempat-tempat lain di nusantara tu-rut disambut meriah di Indoensia. MRA, sebagai sebuah or-ganisasi bantuan kemanusiaan yang prihatin, turut melaksana-kan ibadah Qurban disana kali ini. Untuk makluman, MRA telah beroperasi di Padang, Sumatera Barat semenjak kejadian gempabumi yang meranapkan se-bahagian besar pulau Sumatera Barat pada tahun 2009 yang lalu. MRA telah terlibat membangunkan projek pembinaan Rumah Syukur, rumah sementara bagi mangsa-mangsa gempabumi yang rumahnya rosak teruk dalam kejadian tersebut. Setakat ini lebih dari 300 buah Rumah Syukur telah berjaya diban-gunkan. MRA turut membiayai perjalanan sebuah Rumah Anak Yatim di Padang, Pariaman. Rumah ini menempatkan lebih dari 60 orang anak yatim. Rumah anak yatim ini lebih dikenali seba-gai TAPUZ Padang, Pariaman. Kali ini, Ibadah Qurban termasuk kerja-kerja penyembelihan dan melapah telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh anak-anak yatim penghuni TAPUZ tersebut. Kepada penyumbang lembu yang diqurbankan itu, kami mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan.

QURBAN DI TAPUZ, PADANG PARIAMAN

Penghuni TAPUZ siap sedia untuk ibadah Qurban

Penghuni TAPUZ sedang melapah daging Qurban

Page 4: Lapangan 10

KHYBER PAKHTUN KHWA, PAKISTAN

QURBAN di PAKISTAN adalah tradisi MRA setiap tahun, mereka serba ke-

kurangan dan sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan dari

anda para dermawan

LAPANGAN 10 - ms 4

Page 5: Lapangan 10

Hubungan erat diantara MRA dan Al Khidmat Foundation diteruskan lagi dengan usahasama perlaksanaan ibadah Qurban bagi penduduk yang memerlukan di kawasan seki-tar Peshawar. Al Khidmat Foundation merupakan sebuah NGO tempatan yang telah berkerjasama dengan MRA sejak dari banjir be-sar 2010 yang lalu. Alhamdulillah, kami mendapat rakan pelaksana yang kompeten dan bergerak di akar umbi den-gan begitu cemerlang sekali, Sekadar berkongsi pengalaman, di Pakistan, ibadah Qur-ban sangat meriah, hampir setiap rumah akan melakukan qurban mereka masing-masing, seluruh keluarga akan sibuk menguruskan qurban mereka terlebih dahulu. Seperkara menarik disini, kulit haiwan Qurban, akan dipasti-kan tidak koyak atau berlubang semasa sesi melapah ker-ana ianya akan dikumpulkan oleh madrasah berhampiran untuk dijual bagi menampung dana pengurusan dan op-erasi madrasah tersebut. Kreatif sungguh saudara kita di

LAPANGAN 10 - ms 5

Page 6: Lapangan 10

SELATAN THAILAND

LAPANGAN 10 - ms 6

Page 7: Lapangan 10

MRA telah juga berjaya melaksanakan ibadah Qurban di kawasan Selatan Thai, sebuah wilayah bergolak yang berada didalam krisis. Kerja-kerja pembelian, penyembelihan, pelapahan dan pengagihan telah berjalan dengan lancar berkat usahasama diantara MRA dan rakan pelaksana tempatan yang sangat ko-mited dan berdaya maju

Daging-daging ini kemudiannya dilapah dan dibungkus oleh penduduk setempat dan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Semuanya berjalan dengan baik dan teratur. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan penderma. Jangan lupa kami tahun hadapan!

Inilah Qurban Terbaik kami Ya ALlah

LAPANGAN 10 - ms 7

Page 8: Lapangan 10

QURBAN TERBAIK—SOMALIA

Orang kampung sedang menunggu daging

UNTA baru saja disembelih

LAPANGAN 10 - ms 8

Page 9: Lapangan 10

QURBAN TERBAIK—SOMALIA

Melapah daging unta, kami pelajari ilmu baru

Daging yang telah dilapah, diedarkan pada penduduk kampung

LAPANGAN 10 - ms 9

Page 10: Lapangan 10

LAPANGAN 10 - ms 10

MRA terima lebihan QURBAN QURBAN kali ini memperlihatkan kesiap siagaan MRA untuk memastikan setiap daging yang ada dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kita sering mendengar daging-daging Qurban tidak sampai ke sasaran yang memerlukan sebaliknya ada yang busuk tergantung di pagar kerana tuan punya rumah bercuti di kampung. MRA kini berupaya untuk memberikan perkhidmatan bagi penyimpanan daging-daging qurban yang ti-dak sempat diagihkan pada mereka yang memerlu-kan. MRA akan menghantar daging-daging yang terkumpul ini kepada kelompok yang memerlukan selepas dari kesibukan menyambut Hari Raya Aidi-ladha nanti. MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas ban-tuan dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Peniaga-peniaga Daging, Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan. Jasa kalian Allah sahaja yang mem-balasnya.

SAHABAT MRA sedang mengeluarkan daging dari peti sejuk beku

Sebahagian dari peti ais yang digunakan untuk menyimpan lebihan daging Qurban sebelum diagihkan kepada yang memerlukannya.

Page 11: Lapangan 10

LEBIHAN daging Qurban yang disimpan oleh MRA di peti sejuk dingin beku Jalan Raja Bot telah selamat diagih-agihkan kepada para pelarian Rohingya di Cheras Baru.

Majlis penyerahan daging Qurban ini telah disempur-nakan oleh Cik Fauziah Tahar, Pengurus Pentadbiran MRA. Kami menjangkakan bagi tahun yang men-datang, lebih banyak lagi daging yang dapat kami kumpulkan.

Majlis Penyampaian sumbangan daging Qurban kepada komuniti Rohingya yang terdapat di kampung Chreas Baru, Selangor

LAPANGAN 10 - ms 11

Page 12: Lapangan 10

WISMA PUTRA SELARAS KERJA BANTUAN SOMALIA

EDISI KHAS SOMALIA

WISMA PUTRA telah mengam-bil langkah yang wajar den-gan menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelarasan yang dipengerusikan sendiri oleh Tuan Yang Terutama Duta Abdul Samad Othman, dari Divisyen Afrika. Mesyuarat penyelarasan ini membincangkan hal-hal ber-kaitan kerja-kerja bantuan ke-manusiaan yang dihulurkan oleh agensi bantuan rakyat Malaysia seperti MRA, Mercy, Haluan dan lain-lain lagi. Mesyuarat ini turut membin-cangkan perihal keselamatan dan perlindungan rakyat Ma-laysia yang berada disana ketika menjalankan tugasan.

Mesyuarat Penyelarasan Pertama bagi Organisasi kemanusiaan yang bertugas di Somalia

Kunjungan Hormat dari Dr. Ali Abdullahi Warsame, Menteri Kesihatan Puntland

LAPANGAN 10 - ms 12

Page 13: Lapangan 10

EDISI KHAS SOMALIA

Misi Kedua MRA terus menerus menggalas Misi Bantuan Somalia yang mendapat sokongan padu dari kumpulan akhbar arus perdana ne-gara - Kumpulan Utusan Melayu dengan jayanya. Kehadiran cuaca panas terik disamping sua-sana kering dan kontang tidak menghalang azam dan semangat cekal setiap ahli misi. Mereka dijangka akan berada sehingga 16 No-vember 2011 bagi memastikan projek yang digerakkan oleh MRA berjalan dengan lancar dan menepati sasarannya. MRA telah mempunyai pejabat Operasi di Ga-rowe, Puntland, Somalia, buat masa kini akan menumpukan bantuan kepada para pelarian yang mendiami kem-kem pelarian daripada Bosasso ke Gardo, dari Gardo ke Garowe dan terus ke Galkaiyo.

MRA GAROWE TERUSKAN INISIATIF Bantuan-bantuan yang dihulurkan buat masa ini adalah keperluan utama mereka seperti bekalan air bersih, bekalan makanan, dan bantuan perubatan. Misi Kedua akan turut melihat keperluan perubatan dan peralatan bagi hospital di bandar-bandar utama di Puntland. Mereka akan turut mengkaji keperluan un-tuk mengadakan klinik bergerak dan pro-gram-program berbentuk kesihatan yang lain. Sehingga kini, MRA telah berdaftar den-gan OCHA di Garowe dan Kerajaan Punt-land, ianya sedikit sebanyak dapat memu-dahkan MRA untuk bergerak di lapangan tanpa banyak halangan. Untuk sumbangan:- Malaysian Relief Agency - MAYBANK 5640 9820 6365

LAPANGAN 10 - ms 13

Page 14: Lapangan 10

Kesempatan yang terluang kami manfaatkan un-tuk saling bertukar nombor dan emel bagi memu-dahkan untuk melakukan “follow up” di masa-masa akan datang. Pertemuan di lapangan di sebuah negara yang asing bagi kesemua petu-gas ini cukup bermakna dan unik. Pertemuan ini walaupun singkat, tidak begitu terasa kerana setiap pihak seolah-olah telah

m e n g e n a l i antara satu sama lain dan ianya berjalan dalam suasana cukup mesra dan har-moni.

MRA sentiasa akan mencemburui UHDER yang sering berada di garisan hadapan dalam mana-mana bencana dan krisis. Semoga satu hari nanti, MRA akan mampu menyaingi ketangkasan mereka. Insya Allah.

WARNA KULIT BUKAN PENGHALANG KERJASAMA EDISI KHAS SOMALIA

Semasa beroprasi di Garowe, selain dari Malaysia, terdapat sebuah lagi negara Muslim yang turut membantu rakyat Somalia iaitu Turki. Mereka hadir dalam satu pasukan perubatan yang besar, leng-kap dan tersusun. Kaedah yang mereka gunakan ialah untuk berkerja dari satu hospital ke satu hospi-tal yang lain. Mereka merupakan doctor dan pasu-kan kesihatan dari sebuah organisasi yang dikenali sebagai UHDER. Dalam tempoh sehari sa-haja, mereka mampu merawat lebih dari 3000 orang pesakit dan men-gendalikan beberapa pembedahan kecil. Kehadiran tim Turki ini amat memberi manfaat kepada penduduk setempat. Para penduduk setempat mengambil kkesempatan ini dengan beratur diawal pagi bagi memastikan mereka mendapat masa yang terbaik untuk mene-rima rawatan dari pasukan Turki ini.

Kami semua bersaudara walaupun kulit berbeza warna

Petugas Turki terpegun mendengar nama anak Iqbal ialah “Badiuzaman”

LAPANGAN 10 - ms 14

Page 15: Lapangan 10

LAPANGAN 10 - ms 15

EDISI KHAS SOMALIA

YMAT BERSAMA MRA KE SOMALIA Keperitan dan kesukaran yang dirasai oleh saudara kita di Somalia turut dihayati oleh saudara dari Thailand yang pri-hatin. Mereka telah mengambil inisiatif untuk mengada-kan majlis penerangan dan mengumpul dana bagi mem-bantu meringankan beban yang ditanggung oleh sau-dara di Somalia yang mendapat ujian kemarau dan kebu-luran. Melalui sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Young Muslim Association of Thailand (YMAT), mereka telah men-gambil keputusan untuk berkerjasama dan melaksanakan projek pembangunan bersama Malaysian Relief Agency (MRA) bagi membantu penduduk Somalia yang terancam oleh kebuluran dan kemarau. Satu rombongan dari YMAT yang diketuai oleh Yang ber-bahagia Dr. Ananchai (Ariffin) Thaipratan telah sudi berkunjung ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pimpinan MRA yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Dr. Mohd Daud Sulaiman, beliau diringi oleh beberapa exco MRA lain yang turut hadir memberikan sokongan.

Taklimat dari SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman

Page 16: Lapangan 10

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Somalia meletakkan harapan besar kepada Malaysia untuk membantu memban-gunkan negara itu menerusi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan, kesihatan dan modal insan. Menteri Kesihatan Somalia, Ali Abdullahi Warsame berkata, ketika ini lebih dua juta penduduk negara itu, ke-banyakannya golongan berkemahiran, berhijrah ke negara lain. Katanya, masalah tersebut menyebabkan negara Afrika itu mengalami kesukaran untuk bangkit semula.

''Cabaran terbesar Somalia ketika ini adalah pembangunan sumber manusia”. Apa yang boleh Malaysia bantu dengan menghantar sukarelawan yang mahir dalam bidang tersebut untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran melatih rakyat di sana. ''Golongan pakar dari Malaysia boleh tinggal di sana untuk satu tem-poh tertentu dan kami secara jujurnya sangat mengharapkan bantuan dari Malaysia," katanya. Beliau ber-kata demikian ketika mengadakan lawatan bersama Malaysian Relief Agency (MRA) ke ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin di sini, hari ini.

Turut hadir, Penolong Koordinator MRA (Somalia), Sayid Mohamed Abdule; Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said dan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan. Ali Abdullahi ber-kata, Somalia menghadapi bencana kemanusiaan terburuk apabila seramai 118 daripada setiap 1,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran dan penyakit. Lebih menyedihkan, jelasnya, hanya 39 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu berpeluang mendapat bekalan air bersih manakala hanya 33 peratus mendapat akses pendidikan.

''Anda boleh bayangkan bagaimana penderitaan dan kesusahan penduduk di sana. Biarpun soal kesihatan dan pendidikan perlu disediakan oleh kerajaan, namun kerajaan sekarang seolah-olah tidak berfungsi. ''Oleh itu, kami percaya kehadiran organisasi dari Malaysia seperti MRA akan dapat membantu mencipta kelainan di negara kami dan ia menjadi satu kebanggaan kepada kami kerana kita adalah saudara sesama Islam," katanya. - Utusan Malaysia, 2 November 2011

Kunjungan YB Menteri Kesihatan Puntland ke Utusan

LAPANGAN 10 - ms 16

Page 17: Lapangan 10

MRA ke separuh akhir Talentime UNHCR

Persembahan Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Cheras Baru tidak menghampakan dan tidak kurang hebatnya dari kumpulan-kumpulan sekolah pelarian yang lain. Persemba-han tarian berlatarbelakangkan lagu dendangan Justin Bie-ber, Never Say Never menyerlahkan bakat terpendam anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Kumpulan ini yang diketuai oleh Arif, Abdullah, Farouq, Idris dan Saad yang mendapat bimbingan awal untuk pengha-yatan lagu dan gerak tari dari Sukarelawan MRA, Cik Siti Zaharah. Kumpulan ini juga diberikan jadual latihan yang agak padat serta dipantau sepenuhnya oleh penyelaras Sekolah Komuniti Rohingya MRA, En. Johari Kan Abdullah. Kumpulan ini berjaya melepasi halangan suku akhir dengan menewaskan beberapa sekolah lain dikawasan sekitar Cheras sebelum masuk ke peringkat separuh akhir. Persembahan mantap dan bertenaga telah berjaya dipa-mirkan namun kumpulan dari sekolah lain juga tidak kurang hebatnya. Tahniah diucapkan kepada kumpulan SKR MRA yang dibimbing pada peringkat separuh akhir oleh seorang tokoh pemuzik tersohor, En. Mohd Shahrim Hamid. Semoga berjaya di lain kali, jangan putus asa.

LAPANGAN 10 - ms 17

Page 18: Lapangan 10

Burung Hantu terbang meliar Pohon Selasih tumbuhnya rapat Tolong bantu saudara Somalia

Tanda kasih umat sepakat