kerja lapangan geografi

32
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA DAMPAK PEMBANGUNAN EKONOMI PEKAN PUTATAN TERHADAP ALAM SEKITAR TEMPATAN Nama Pelajar : Safiah bt. Masbaka No. Kad Pengenalan : 910314-12-5934 1

Upload: tarabassing

Post on 23-Jun-2015

1.447 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Dampak pembangunan ekonomi di putatan terhadap alam sekitar fizikal.

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

DAMPAK PEMBANGUNAN EKONOMI PEKAN PUTATAN TERHADAP ALAM SEKITAR TEMPATAN

Nama Pelajar : Safiah bt. MasbakaNo. Kad Pengenalan : 910314-12-5934 Kelas / Tingkatan : 6 Atas 1Guru Matapelajaran : En. Asnie b. MarjanISI KANDUNGAN

1

Page 2: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Perkara Halaman

Pengenalan------------------------------------- 3

Penghargaan----------------------------------- 4

Objektif Kajian-------------------------------- 5

Kaedah Kajian-------------------------------- 6

Kawasan Kajian------------------------------- 7

Hasil Kajian----------------------------------- 9

Rumusan--------------------------------------- 23

Rujukan---------------------------------------- 24

Lampiran--------------------------------------- 25

2

Page 3: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

PENGENALAN

Kajian luar terhadap aktiviti perniagaan/ ekonomi telah kami jalankan terhadap kawasan Pekan Putatan bersesuaian dengan tajuk yang kami pilih.

Kajian ini kami jalankan dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar (saya sendiri, Safiah binti Masbaka, Ireena binti Landasan, Su’Aidah binti Majamin dan Siti Nur Ain binti Yaakub) dan pendokumentasiannya kami lakukan secara individu.

Kami sepakat memilih tajuk ini atas faktor jarak, iaitu Pekan Putatan merupakan pekan yang paling hampir dengan sekolah kami, dan pekan ini juga sedang mengalami pembangunan ekonomi yang amat pesat .

3

Page 4: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi 2 (Alam Sekitar Manusia) kami iaitu En. Asnie b. Marjan kerana telah memberi peluang kepada kami melakukan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan- rakan sekelas yang telah banyak membantu saya, meminjamkan bahan- bahan rujukan, memberi panduan dan bekerjasama sepanjang penghasilan kertas kerja ini.

Seterusnya saya juga meletakkan setinggi- tinggi penghargaan kepada ahli keluarga saya yang telah menyumbangkan sokongan moral dan kewangan agar saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar.

4

Page 5: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti jenis dan ciri kegiatan ekonomi di Pekan Putatan

2. Menjelaskan faktor fizikal dan kemanusiaan yang mempengaruhi pembangunan kegiatan ekonomi tersebut.

3. Menjelaskan kepentingan pembangunan ekonomi kepada penduduk setempat.

4. Mengenal pasti kesan negatif aktiviti pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar fizikal setempat.

5. Menyenaraikan langkah bagi mengurangkan impak negatif pembangunan terhadap alam sekitar fizikal.

5

Page 6: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAEDAH KAJIAN

Kajian luar ini kami jalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:

1. Pemerhatian dan pencerapan dijalankan bagi mengenal pasti jenis- jenis kegiatan ekonomi di sekitar Pekan Putatan serta kesannnya terhadap alam sekitar fizikal.

2. Temu bual juga telah kami lakukan terhadap beberapa responden yang terdiri daripada pekerja dan penduduk setempat. Temu bual berkisar kepada pendapatan bulanan yang diperoleh, kawasan yang menjadi pilihan untuk perniagaan, kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang akibat kegiatan ekonomi tersebut.

3. Kaedah merujuk sumber sekunder seperti rujukan internet dan buku- buku geografi pula kami jalankan untuk memperoleh peta topo dan maklumat tambahan tentang Pekan Putatan.

6

Page 7: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAWASAN KAJIAN

Pekan Putatan terletak di daerah Putatan (5’’52’60 N, 116”2’60 E). Purata suhu tahunan di kawasan ini ialah 26 ̊C. Keadaan topografi di Pekan Putatan ialah sebuah dataran yang dikelilingi hutan belukar, hutan paya bakau, sungai- sungai dan pantai.

Ciri kemanusiaan istimewa di kawasan ini ialah kedudukannya yang menjadi pintu masuk penduduk dari kawasan Papar, Beaufort, Limbang, Sarawak, Labuan dan Brunei untuk ke Kota Kinabalu (jarak Putatan- Kota Kinabalu: 10.7 km).Putatan merupakan kawasan petempatan yang berstatus pekan yang dilengkapi dengan kemudahan bandar seperti kawasan perniagaan, bank, perkhidmatan kerajaan, hotel, kolej swasta dan sebagainya.

Berdasarkan Peta1.0, dapat dilihat bahawa taburan penduduk dan pembangunan tertumpu di kawasan pekan.

7

Page 8: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Peta 1.0 Peta menunjukkan lokasi kajian dijalankan

8

Page 9: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

HASIL KAJIAN

1. Jenis dan ciri kegiatan ekonomi di Pekan Putatan

Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di Putatan adalah seperti berikut :-

1. pertanian2. perikanan3. perindustrian 4. perkhidmatan

Pertanian

Kegiatan pertanian di Putatan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu :-

1. sistem pertanian sara diri intensif- monokultur- multikultur2. sistem pertanian kebun kecil

Foto 1.0: Penanaman padi sawah merupakan salah satu kegiatan pertanian sara diri di kawasan Putatan.

9

Page 10: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Perikanan

Memandangkan keadaan muka bumi Pekan putatan yang terletak berhampiran dengan laut, aktiviti perikanan dapat dijalankan dengan giat di sini dan dikomersialkan untuk menambah pendapatan sampingan. Jenis perikanan yang dijalankan di Putatan ialah perikanan pinggir pantai di sekitar kawasan taman Teluk Villa yang berhadapan dengan Laut China Selatan.

10

Page 11: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Perindustrian

Sektor perindustrian di Pekan Putatan lebih menjurus kepada industri sekunder dan tertiar sahaja. Industri sekunder ialah industri pembuatan yang menukarkan hasil pemerosesan industri primer (berasaskan sumber alam) kepada barang siap atau separa siap.

Industri sekunder atau industri peringkat kedua di Putatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a) Industri pebuatan berasaskan sumber alam seperti pembuatan papan lapis dan pemerosesan semula kertas terpakai.

b) Industri pembuatan bukan berasaskan sumber alam seperti industri pembuatan minuman ringan.

Ciri- ciri industri sekunder di Pekan Putatan adalah seperti berikut:a) Bergantung kepada hasil industri primer sebagai bahan mentah atau input

bagi menghasilkan barangan siap dan separuh siap. Misalnya pembuatan papan lapis dan perabot bargantung kepada kayu- kayan.

b) Lokasinya terletak berdekatan dengan kawasan pasaran atau Bandar kerana hasil industri ini berorientasikan pengguna. Lokasi yang dekat dengan pasaran membolehkan kos pengangkutan dijimatkan.

c) Menggunakan modal yang besar dan tingkat teknologi tinggi untuk menghasilkan produk bermutu tinggi.

11

Page 12: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

12

Page 13: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Perkhidmatan

Industri perkhidmatan atau industri tertiar menyediakan segala jenis perkhidmatan kepada pelanggan. Misalnya industri pengangkutan dan telekomunikasi, pembinaan perumahan dan infrastruktur, sektor kewangan dan bank, kemudahan insurans, perkhidmatan utiliti seperti elektrik dan air, dan sebagainya.

13

Page 14: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

2. Menjelaskan faktor fizikal dan kemanusiaan yang mempengaruhi pembangunan kegiatan ekonomi tersebut.

Faktor Fizikal

Iklim yang sesuai bagi kegiatan ekonomi seperti pertanian dijalankan. Elemen seperti suhu purata tahunan 26 ̊C, taburan dan intensiti hujan yang banyak (kira- kira 2500 mm setahun bagi kawasan khatulistiwa) dan sinaran matahari yang baik amat menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan. Sehubungan itu, hasil pertanian ini akan dijual bagi mendapatkan keuntungan seterusnya mendorong pembangunan ekonomi di pekan ini.

Bentuk muka bumi daerah Putatan yang terdiri daripada tanah rata, kawasan rendah yang hampir dengan laut dan terdapat banyak anak sungai. Ia amat sesuai dijadikan kawasan tumpuan aktiviti ekonomi. Kekayaan sumber alam yang dimiliki Putatan juga menjadi salah satu faktor kawasan ini dimajukan dan dieksploitasi untuk mendapatkan faedah ekonomi jangka panjang.

14

Page 15: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Faktor Kemanusiaan

Kedudukan strategik Putatan sebagai pintu masuk penduduk dari selatan Sabah ke ibu negeri akan menggalakkan peningkatan jumlah penduduk. Justeru, pembangunan perlu dilakukan untuk mengurangkan pengangguran.

Jika para peniaga bertumpu di pekan Putatan ini, mereka boleh saling memperoleh keuntungan dalam konteks perkongsian sumber- sumber bahan mentah dan juga sumber tenaga. Pemodenan ekonomi dalam aktiviti pertanian seperti jenis tanaman, penjagaan, pengurusan ladang dan teknik penanaman turut memberi kesan positif ke atas ekonomi setempat.

Pekan ini juga dibangunkan atas faktor perkembangan ekonomi moden khususnya perindustrian. Perkembangan pembangunan pekan Putatan amat bergantung kepada kemajuan perindustrian negara. Proses industrialisasi yang cepat pastinya akan menggalakkan pembangunan. Ini kerana perindustrian akan mencipta banyak peluang pekerjaan yang akan menjadi tumpuan penduduk.

Justeru, kawasan petempatan dan perumahan juga akan bertambah. Permintaan masyarakat ke atas kemudahan pembandaran seperti pendidikan, kemudahan bank, perkhidmatan perhubungan dan komunikasi, kemudahan kesihatan dan lain- lain.

Dalam Negara Malaysia yang sedang membangun ini perkembangan pembandaran juga amat dipengaruhi oleh keputusan kerajaan. Faktor politik memainkan peranan penting. Melalui beberapa strategi seperti peruntukan RM 2 bilion untuk membangunkan Putatan, kerajaan berusaha membangunkan prasarana dan menambah baik kemudahan sedia ada di Putatan.

Melalui kemudahan dan sistem jaringan pengangkutan, kemudahan

pendidikan khususnya pendidikan tinggi, kemudahan kesihatan seperti klinik serta kemudahan asas elektrik, bekalan air, sistem perhubungan dan sebagainya. Dalam konteks jaringan pengangkutan misalnya ia akan mempengaruhi proses rebakan bandar kerana jaringan dan sistem pengangkutan akan menentukan ketersampaian. Kewujudan pendidikan tinggi seperti diploma di Inti Kolej Putatan akan mempercepatkan lagi pembudayaan penduduk ke arah kehidupan moden, berinovasi, mengembangkan penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya.

15

Page 16: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Dari segi demografi (kependudukan) pula, faktor ini meliputi dua elemen penting iaitu migrasi penduduk dan pertumbuhan semula jadi penduduk di pekan ini. Pertambahan penduduk Bandar berlangsung menerusi proses masuk dari luar bandar atau bandar- bandar yang lain ke pekan ini. Pada tahun 2000, penduduk Putatan dianggarkan seramai 61782 jiwa berdasarkan bancian manakala pada pertengahan tahun 2010 jumlah itu meningkat kepada 88709 jiwa berdasarkan anggaran tidak rasmi.

16

Page 17: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

3. Menjelaskan kepentingan pembangunan ekonomi kepada penduduk setempat.

Pembangunan ekonomi di Pekan Putatan akan mempengaruhi pendapatan penduduk. Apabila pekan dibangunkan, migrasi akan berlaku iaitu orang dari luar Putatan terutamanya luar Bandar akan berhijrah ke Pekan Putatan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Memandangkan aktiviti perikanan merupakan salah satu kegiatan ekonomi utama di Putatan, kemudahan para nelayan dan pengguna sentiasa dimajukan oleh kerajaan seperti membina pasar perikanan yang sesuai.

Selain itu, penduduk dapat memasarkan hasil pertanian mereka di pasar dengan lebih menguntungkan kerana dengan peningkatan jumlah penduduk Pekan Putatan, jumlah permintaan terhadap hasil pertanian akan meningkat. Peningkatan daya saing dalam kalangan penggiat ekonomi di Putatan juga akan menggalakkan inovasi dan meningkatkan peratus sumbangan ke KDNK negara.

17

Page 18: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

4. Mengenal pasti kesan negatif aktiviti pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar fizikal setempat.

Pembangunan pesat yang berlaku di Pekan Putatan telah membawa pelbagai dampak ke atas alam sekitar fizikal. Antaranya adalah seperti:

Perubahan Alam Sekitar

Proses pembangunan yang dijalankan telah mempengaruhi kualiti alam sekitar di Pekan Putatan. Walaubagaimanapun, kemerosotan kualiti alam sekitar di pekan ini masih terkawal dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk. Antara keadaan persekitaran fizikal yang terjejas akibat perubahan pemodenan ekonomi adalah seperti berikut:

1. kerosakan struktur tanih di tapak pembinaan dan jalan raya,2. parit- parit tersumbat dengan air bertakung bersama mendapan sampah dan

tanah laterit mengakibatkan banjir kilat,3. pencemaran udara akibat kesesakan lalulintas dan asap yang dikeluarkan

oleh kenderaan berat untuk kerja- kerja pembinaan, disertai debu, habuk lain- lain,

4. kemusnahan sumber alam seperti hutan dan paya bakau serta lereng bukit,5. peningkatan kadar pelupusan sampah dan pembuangan sisa domestik ke

dalam sungai, dan6. masalah alam sekitar fizikal yang lain seperti hujan asid, pulau haba dan

hakisan tanah.7. Gangguan habitat dialami oleh haiwan- haiwan pelbagai spesies yang

mendiami hutan, paya, dan sungai.

18

Page 19: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

19

Page 20: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

20

Page 21: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

5. Menyenaraikan langkah bagi mengurangkan impak negatif pembangunan terhadap alam sekitar fizikal.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan dampak pembangunan Pekan Putatan terhadap alam sekitar termasuklah:

Langkah perundangan

1. Tindakan undang- undang seperti mengenakan denda, menarik balik permit atau lessen perniagaan dan mengarahkan pengusaha industri memulihara alam sekitar yang telah tercemar perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.

2. Dalam hal ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengambil tindakan yang tegas dan segera. JAS juga boleh mengarahkan mana- mana pemaju yang berpotensi menjejaskan alam sekitar untuk menyediakan EIA dari semasa ke semasa untuk dinilai tahap keadaan alam sekitar di kawasan berkenaan.

Pengurusan sisa yang cekap

1. Jika ada pengilang yang yang ingin menyalurkan sisa kumbahan ke sungai atau laut, sisa tersebut perlu dirawat terlebih dahulu agar mengurangkan risiko pencemarannya.

2. Sisa- sisa makanan daripada restoran dan gerai pula diuruskan dengan lebih sempurna dengan penyediaan atau penambahan tong sampah. Majlis Daerah Penampang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja pembersihan agar kebersihan pekan ini terjamin.

Menjalankan kempen kesedaran

1. Kempen kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di balik pembangunan pesat di pekan ini perlu diadakan bagi memupuk rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan pengusaha dan penduduk.

2. Antara tindakan yang boleh diambil adalah member pengiktirafan kepada kilang- kilang yang berjaya beroperasi tanpa mencemarkan alam sekitar.

3. Risalah tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan mengawal pencemaran alam juga boleh diedarkan agar masyarakat menghargai kepentingan alam sekitar.

21

Page 22: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

Menjalankan amalan pengurusan strategik

1. Penapis dalam cerobong asap dari kilang minuman ringan, kilang kertas, kilang papan dan kilang roti boleh digunakan untuk mengurangkan kadar pencemaran udara dan bahan- bahan pencemar seperti karbon monoksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrokarbon yang dibebaskan ke udara.

2. Cerobong- cerobong asap perlu ditinggikan dan di dalamnya terdapat mangkin yang menghalang pembebasan bahan- bahan pencemar secara langsung ke udara. Denda yang setimpal dikenakan ke atas pengilang yang ingkar demi mengurangkan risiko pencemaran ini.

22

Page 23: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

RUMUSAN

Berdasarkan kajian luar ini, kami mendapati Pekan Putatan telah mengalami pemodenan dan perubahan ekonomi yang agak pesat. Pembangunan ekonomi ini merupakan indikator yang positif dari aspek sosioekonomi penduduk tetapi ia perlulah seimbang dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Jika kepentingan alam semula jadi diabaikan, penduduk akan terus menghadapi masalah seperti pencemaran dan bencana alam.

Putatan adalah sebuah pekan yang berpotensi besar untuk dibangunkan ke tahap seterusnya. Namun demikian, usaha pembangunan pekan ini tidak harus dilakukan secara intensif sehingga membelakangkan penjagaan alam sekitar. Segala dampak yang dialami di Pekan Putatan baik dari segi fizikal mahupun kemanusiaan tidak harus dibiarkan. Justeru, setiap pihak perlulah memainkan peranan masing- masing demi memastikan masyarakat dapat hidup dengan selesa. Sesungguhnya pembangunan ekonomi tidak membawa apa- apa makna jika masyarakat menderita akibat eksternalitinya.

23

Page 24: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

RUJUKAN

Teks Pra- U STPM Geografi Alam Sekitar Manusia Longman 2009-Hj. Rusly Musa- Hjh. Nurashikin Abdullah

http://www.maplandia.com/malaysia/sabah/putatan/

http://travelingluck.com/Asia/Malaysia/Sabah/_1733440_Putatan.html

http://www.google.com.my/imglanding?q=putatan%20sabah&imgurl=http://2.bp.blogspot.com/_SF6n5baGRsg/SKa20KfZWnI/AAAAAAAAB0Y/dWKG0XkDnQE/s400/SMK%2BPutatan.jpg&imgrefurl=http://iezwan1981.blogspot.com/2008/08/sekolah-sekolah-aku-dulu-dan-kini.html&usg=__lc8iNQsiwhMpOvoQpRaLYuTIXkU=&h=259&w=400&sz=38&hl=en&um=1&itbs=1&tbnid=7K2PJa7c1G0YOM:&tbnh=80&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3Dputatan%2Bsabah%26um%3D1%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26sa%3DN%26rls%3Dorg.mozilla:en-US:official%26tbs%3Disch:1&um=1&client=firefox-a&sa=N&rls=org.mozilla:en-US:official&tbs=isch:1&start=2#tbnid=wuV8b1iZ9bMSoM&start=12

http://www.google.com.my/imglanding?q=putatan%20sabah&imghttp://2.bp.blogspot.com/_SF6n5baGRsg/SKa20KfZWnI/AAAAAAAAB0Y/dWKG0XkDnQE/s400/SMK%2BPutatan.jpg&imgrefurl=http://iezwan1981.blogspot.com/2008/08/sekolah-sekolah-aku-dulu-dan-kini.html&usg=__lc8iNQsiwhMpOvoQpRaLYuTIXkU=&h=259&w=400&sz=38&hl=en&um=1&itbs=1&tbnid=7K2PJa7c1G0YOM:&tbnh=80&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3Dputatan%2Bsabah%26um%3D1%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26sa%3DN%26rls%3Dorg.mozilla:en-US:official%26tbs%3Disch:1&um=1&client=firefox-a&sa=N&rls=org.mozilla:en-US:official&tbs=isch:1&start=2#tbnid=wuV8b1iZ9bMSoM&start=12

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/11975

24

Page 25: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

LAMPIRAN

25