kumpulan 3

19
BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD MOHD DZUL FADHLY BIN MUSNIN@MASNIN AMINUDDIN AMZAR BIN AMRAN 12/02/2015

Upload: dzulfadhly

Post on 07-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kumpulan 3

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJADMOHD DZUL FADHLY BIN MUSNIN@MASNINAMINUDDIN AMZAR BIN AMRAN

12/02/2015KONSEP MEMBACA KAEDAH ABJADMerupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak

Digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.

Memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut.

Diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan.

Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.

Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid.

Zulkifley Hamid (1994), berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

KELEBIHAN KAEDAH ABJADSesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Mencapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

KELEMAHAN KAEDAH ABJADMurid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

LATIHAN MENYEBUT NAMA HURUF A HINGGA Z

(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

MARI MENGENAL ABJADContoh 1: Sebut nama-nama huruf.

ZzLatihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV

(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonanContoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonan

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kvContoh 1: Sebut suku kata di bawah

Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa

(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasaContoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa Suku kata

Perkataan dan frasa

CONTOH KAEDAH ABJAD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.LATIHAN MEMBACA AYAT

(a) Membaca ayat

MENGGUNAKAN BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) YANG SESUAI Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya.

CONTOH : KAD ABJADGuru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.

Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.

Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

CARA PELAKSANAAN DI DALAM KELASMurid dalam kumpulan dikehendaki untuk mencabut salah satu perkataan yang telah disediakan dalam bekas.Murid memberi cabutan tersebut kepada guru tanpa melihatnya.Guru membacakan perkataan tersebut kepada murid lalu memberitahu perkataan yang dibacakan kepada murid yang lain.Murid yang lain seterusnya mencari huruf dalam balang yang disediakan untuk mengeja perkataan yang mereka dapat.Setelah mereka berjaya menyusun huruf tersebut, mereka dikehendaki mengeja perkataan tersebut.

sekian..TERIMA KASIHQ33 NY