kump. esei 17 group chong.docx

34
FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN ________________________________________________________________ AJ21003 EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT MODEN NAMA PENSYARAH: EN. MOHD. SHAUKI MD. RADZI HARI / MASA KULIAH: ISNIN / 04.00 PM-06.00 PM NAMA PELAJAR NO MATRIK AGATHA AWA ANAK MENGGA BA13110011 CHONG ANAK KOK BA13110057 GOI LIK SIA BA13110109 JUVIANA BINTI JIMA BA13110147 NUR AZZAWNIE BINTI MOHAMED BA13161053 THANESWARY A/P K. GAJAPATHI RAO BA13110506 SOALAN 17: KESAN SISTEM MANDAT (YANG DIPUTUSKAN DALAM PERJANJIAN PARIS 1919) TERHADAP POLITIK RANTAU ASIA BARAT 1

Upload: scott-sheppard

Post on 07-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

________________________________________________________________

AJ21003

EMPAYAR UTHMANIYYAH DAN ASIA BARAT MODEN

NAMA PENSYARAH: EN. MOHD. SHAUKI MD. RADZI

HARI / MASA KULIAH: ISNIN / 04.00 PM-06.00 PM

NAMA PELAJAR NO MATRIK

AGATHA AWA ANAK MENGGA BA13110011

CHONG ANAK KOK BA13110057

GOI LIK SIA BA13110109

JUVIANA BINTI JIMA BA13110147

NUR AZZAWNIE BINTI MOHAMED BA13161053

THANESWARY A/P K. GAJAPATHI

RAO

BA13110506

SOALAN 17:

KESAN SISTEM MANDAT (YANG DIPUTUSKAN DALAM PERJANJIAN PARIS

1919) TERHADAP POLITIK RANTAU ASIA BARAT

1

Page 2: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

1.1 PENGENALAN

Perang Dunia Pertama atau the Great War iaitu dari tahun 1914 hingga tahun 1918

telah berlaku antara kuasa-kuasa besar yang dikenali sebagai Kuasa Bersekutu dan

Kuasa Pusat.1 Kuasa Bersekutu diwakili oleh British, Perancis, Rusia dan Itali

manakala Kuasa Pusat pula diwakili oleh Jerman, Austria-Hungary, dan

Uthmaniyyah. Seterusnya, dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama pada 1918,

telah menyaksikan kekalahan yang berpihak kepada Kuasa Pusat. The Armistice

pada 11 November 1918 menandakan berakhirnya Perang Dunia Pertama atau the

Great War di Eropah Barat. Akan tetapi, dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama

dari tahun 1914 hingga tahun 1918, keadaan ini memberikan kesan yang cukup

besar ke atas dunia Islam, berikutan kekalahan empayar Uthmaniyyah dalam

peperangan tersebut. Antara kesan yang penting ialah membuka laluan kepada

British untuk menguasai rantau Asia Barat yang kemudiannya membawa kepada

rampasan bumi Palestin oleh golongan pendatang Yahudi.

Selepas Perang Dunia Pertama berakhir, pihak yang menang, iaitu Kuasa

Bersekutu telah mengadakan suatu perjumpaan untuk menetapkan undang-undang

atau syarat bagi memastikan keadaan kekal damai dan harmoni. Pertemuan yang

dikenali sebagai Paris Peace Conference ini telah berlangsung di Paris bermula pada

18 Januari 1919 hingga tahun 1920 yang telah melibatkan golongan diplomat

daripada 32 buah negara dan negeri.2 Akan tetapi, terdapat tiga watak utama yang

mengasaskan Paris Peace Conference 1919 ini iaitu Woodrow Wilson, Presiden

United States, Georges Clemenceau, Perdana Menteri Perancis dan juga David Lloyd

George, Perdana Menteri Great Britain.3

Woodrow Wilson, Georges Clemenceau dan juga David Lloyd George

mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dalam mewujudkan Perjanjian Paris

1919 ini. Antaranya, Woodrow Wilson merupakan seorang idealis yang percaya

kepada keamanan dan kedamaian mampu menjadikan dunia menjadi lebih baik.

Oleh itu, beliau percaya Jerman patut dihukum, tetapi bukanlah secara keras. Hal ini

1 Peter Hart, The Great War: 1914-1918, Great Britain: Profile Books Ltd, 2013, Halaman 31.

2 Margaret MacMillan, Paris 1919: Six Months That Changed the World, Great Britain: John Murrey

Publishers, 2001, Halaman 1.

3 Ibid, Halaman 6.

2

Page 3: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

kerana, layanan yang kasar dan ganas akan membuatkan Jerman ingin membalas

dendam. Selain itu, beliau percaya bahawa League of Nations mampu untuk

mewujudkan satu rangka antarabangsa yang boleh membawa kepada kedamaian

dan kemakmuran dunia.4

Sementara itu, Georges Clemenceau pula melihat Perjanjian Paris 1919 ini

sebagai peluang yang unik untuk menyingkirkan ancaman daripada kuasa Jerman

dan juga melemahkan kekuasaan Jerman. Di samping itu pula, David Lloyd George

berpandangan hampir sama dengan Woodrow Wilson di mana beliau juga

merasakan perlunya hukuman diberikan ke atas Jerman tetapi bukanlah secara

keras hingga menyebabkan Jerman ingin bangkit membalas dendam. Seterusnya,

terdapat juga peranan lain yang turut dimainkan oleh ketiga-tiga watak ini dan

termasuklah seorang lagi pemerintah iaitu Perdana Menteri Itali yang dikenali

sebagai Vittorio Emanuele Orlando. Keempat-empat kuasa besar ini dikenali juga

sebagai The Big Four.5 Selain itu, menerusi Perjanjian Paris 1919, mereka telah

mengadakan pertemuan hampir 145 kali secara tidak rasmi dan berperanan tinggi

dalam menentukan keputusan yang diambil dalam Perjanjian Paris 1919.

Dalam perjumpaan damai ini, satu persetujuan penting telah dicapai iaitu

pembentukan League of Nations, iaitu lima perjanjian damai dengan kuasa-kuasa

yang kalah, termasuklah Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 28 Jun

1919 dengan Jerman, memberikan peluang kepada Britain dan Perancis untuk

memegang kawasan-kawasan luar yang di bawah pegangan Jerman dan

Uthmaniyyah yang dikenali sebagai mandat atau mandate, pampasan oleh Jerman

terhadap ganti rugi perang, pembahagian sempadan baru dengan kuasa-kuasa

yang memerintah bagi mengawal gerakan nationalism.

Selain itu, perjanjian yang ditandatangani pada 10 September 1919 dengan

Austria dikenali sebagai Treaty of Saint-Germain atau Perjanjian Saint-Germain.

Bukan itu sahaja, Perjanjian Paris 1919 turut memperlihatkan termeterainya satu

perjanjian dengan Bulgaria pada 27 November 1919 yang dikenali sebagai Treaty of

4 Edmund Jan Osmańczyk dan Anthony Mango, Encyclopedia of the United Nations and International

Agreements: A to F, New York: Routledge, 2003, Halaman 1767.

5 Margaret MacMillan, Paris 1919: Six Months That Changed the World, Great Britain: John Murrey

Publishers, 2001, Halaman 7.

3

Page 4: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Neuilly atau Perjanjian Neuilly.6 Seterusnya, satu perjanjian dengan Hungary turut

ditandatangani pada 4 Jun 1920 yang dinamakan sebagai Treaty of Trianon atau

Perjanjian Trianon. Sementara itu, kesan penting daripada Perjanjian Paris 1919

adalah kepada Uthmaniyyah di mana Uthmaniyyah merupakan tajuk perbahasan

utama. Dalam empayar Uthmaniyyah, Perjanjian Paris 1919 telah menyebabkan

Treaty of Sevres atau Perjanjian Sevres telah ditandatangani dengan Uthmaniyyah

pada 10 Ogos 1920 dan telah diikuti dengan Treaty of Lausanne atau Perjanjian

Lausanne pada 24 Julai 1923.7 Perjanjian Sevres pada 10 Ogos 1920 adalah satu

perjanjian yang ditandatangani antara empayar Uthmaniyyah dengan Kuasa

Bersekutu atau kuasa yang menang dalam Perang Dunia Pertama.

Oleh itu, perbahasan yang ingin diutarakan adalah mengenai kesan penting

Perjanjian Paris 1919 atau Paris Peace Conference 1919 terhadap politik rantau Asia

Barat terutamanya aspek yang merangkumi Sistem Mandat. Oleh itu, perbahasan

seterusnya akan membincangkan tentang kesan Sistem Mandat terhadap

perubahan dan perkembangan politik di rantau Asia Barat.

2.1 LATAR BELAKANG PERJANJIAN PARIS 1919

Perjanjian Versailies 1919 ataupun Perjanjian Damai Paris 1919 ditandatangani oleh

German Reich yang diwakili oleh Hermann Muller dan Johanees Bell, dan Allies di

mana Woodrow Wilson mewakili negara Amerika Syarikat, Loyd George mewakili

British, Clementeau mewakili Perancis, dan Orlando mewakili Itali yang

ditandatangani di Istana Versailles pada 7 May 1919.8

Perjanjian Paris 1919 ini ditandantangani berikutan Perang Dunia Pertama

(1914-1918) yang berlaku di antara kuasa besar, iaitu British, Perancis9, Rusia dan

Itali sebagai Kuasa Bersekutu, di satu pihak manakala Jerman, Austria-Hungary dan

empayar Uthmaniyyah sebagai Kuasa Pusat, di satu pihak lain. Pembentukan dua 6 Georgi P. Genov, Bulgaria and the Treaty of Neuilly, United States: H.G. Danov and Company, 1935,

Halaman 62.

7 Heather Lehr Wagner dan George J. Mitchell, The Divison of The Middle East: The Treaty Of Sevres,

United States: Infobase Publishing, 2004, Halaman 40.

8 Christoper Condon, The Making Modern World, Australia: Macmillan Education Australia, 1994,

Halaman 81.

9 Ann Williams, Britain and France in the Middle East and North Africa, 1914-1967, New York: St Martins

Press, 1968, Halaman 17.

4

Page 5: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

pakatan ini berkait rapat dengan Sistem Pakatan Eropah yang wujud selepas

peperangan di antara Jerman dan Perancis pada tahun 1870 yang mengakibatkan

pembahagian Eropah kepada dua buah blok, iaitu Jerman, Austria-Hungary dan Itali

yang dikenali sebagai Triple Alliance dan pihak yang satu lagi adalah Rusia, British

serta Perancis yang dikenali sebagai Triple Entente yang kemudiannya juga turut

disertai oleh Itali. Empayar Uthmaniyah dan Bulgaria turut menyertai Triple Alliance,

walau bagaimanapun pada abad ke-20 persaingan dalam kalangan negara Eropah

telah menggugat sistem pakatan ini.

Jika dilihat latar belakang sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama,

gerakan nasionalisme, konflik di Balkan dan Perang Crimea menjadi faktor

mendorong berlakunya peperangan. Wilayah Balkan10 yang diduduki oleh pelbagai

bangsa seperti Serbia, Greek, Slavia dan Romania yang beragama Kristian,

mendesak kuasa autonomi dari empayar Uthmaniyyah. Namun begitu, faktor

berlakunya Perang Dunia Pertama membawa kepada pelbagai pandangan. Terdapat

pandangan yang menyalahkan Jerman dan sekutunya Austria-Hungary dan

pandangan lain pula meletakkan tanggungjawab secara relatif kepada Serbia,

Perancis11, Rusia dan kuasa yang lain. Jelasnya, berdasarkan situasi yang agak

kompleks dan juga saling berkait rapat, faktor yang membawa kepada peperangan

boleh dikelompokkan kepada lima subjek utama, iaitu sistem pakatan yang wujud,

aspek ketenteraan, semangat nasionalisme, imperialisme dalam ekonomi dan juga

perkembangan industri persuratkhabaran.

Penglibatan empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-

1918), bermula berikutan tawaran Jerman agar menyertai pakatan Kuasa Pusat

untuk menentang Kuasa Bersekutu.12 Perbincangan diadakan antara pemimpin

empayar Uthmaniyyah, iaitu Enver Pasha, Menteri Peperangan dan Said Halim

Pasha, Perdana Menteri empayar Uthmaniyyah dengan Wangenheim, iaitu duta

Jerman dan Pallavicini, duta Austria-Hungary di Istanbul pada 22 Julai 1914. Kedua-

10 Riza Sihbudi dan Smith Alhadar, Palestina dalam Pandangan Imam Khomani, Jakarta: Pustaka Zahra,

2004, Halaman 13.

11 Ann Williams, Britain and France in the Middle East and North Africa, 1914-1967, New York: St

Martins Press, 1968, Halaman 18.

12 Mohammad Redzuan Othman (Terj), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur: Percetakan

Maziza Sdn.Bhd, 1991, Halaman 180.

5

Page 6: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

dua pemimpin empayar Uthmaniyyah ini telah menandatangani perjanjian dengan

Jerman pada 2 Ogos 1914 dengan menyatakan persetujuan untuk menyokong

Jerman dalam Perang Dunia Pertama sekiranya memberikan bantuan dalam krisis

Austria dan Serbia. Perjanjian ini dihadiri Said Halim Pasha dan juga Enver Pasha,

Tal’at Pasha, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Parlimen, Halil Bey.13 Dua buah

kapal Jerman, iaitu Goeben dan Breslau diserang oleh tentera laut British dari Laut

Mediteranean ke Selat Dardanela. Enver Pasha membenarkan dua buah kapal

tersebut berada di perairan Uthmaniyyah pada 11 Ogos 1914. Bagi melindungi

perkara tersebut, dua buah kapal ini dibeli oleh Empayar Uthmaniyyah yang

kemudiannya didaftarkan dengan nama Yavuz Sultan Selim dan Midili. Admiral

Jerman, iaitu Wilhelm Souchon turut memberi bantuan kepada empayar

Uthmaniyyah. Jerman mendesak agar empayar Uthmaniyyah menyertai perang

secara rasmi untuk berhadapan dengan British di Terusan Suez dan Rusia di

Odessa.

Walaupun empayar Uthmaniyyah masih mengambil sikap berkecuali sejak

tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Julai 1914, namun British sejak awal Ogos

1914 sudah menduga kemungkinan keterlibatan empayar Uthmaniyyah dengan

memihak kepada Jerman dan sekutunya. Britain melalui dua jabatannya iaitu The

India Office (Kementerian Hal Ehwal India) dan The Foreign Office (Kementerian

Luar Negeri) di London, menerima laporan daripada pegawai-pegawai mereka di

India, Istanbul dan Mesir mengenai persediaan tentera Empayar Uthmaniyyah untuk

memasuki perang. Empayar Uthmaniyyah secara rasminya terlibat dalam perang

pada 27 Oktober 1914, apabila Wilhelm Souchon membawa angkatan laut empayar

Uthmaniyyah ke Laut Hitam dengan hasrat untuk mencetuskan peperangan. Pada

28 Oktober, Rusia mengganggu angkatan laut empayar Uthmaniyyah menjalani

latihan ketenteraan dan ini membuka ruang kepada tercetusnya peperangan.14

Pasukan empayar Uthmaniyyah kemudiannya bertindak menyerang kapal perang

Rusia, iaitu Prut dan Kubanetz. Dua hari kemudia Enver Pasha memaklumkan

kepada Perdana Menteri, Said Halim Pasha mengenai serangan oleh Rusia diketuai

oleh komander yang pernah berkhidmat di Istanbul dan menyifatkan serangan

13 Simonds, Frank Herbert, History of the World War, Vol, 5, Garden City: Doubleday, 1920, Halaman

355-356.

14 George Antonius, The Arab Awakening, Philadelphia, New York: J.B. Lippincott, 1939, Halaman 439.

6

Page 7: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

tersebut merupakan perancangan yang telah lama dirancang. Rentetan peristiwa

yang melibatkan konflik empayar Uthmaniyyah-Rusia di Laut Hitam ini menjadi

indikator penglibatan secara rasmi empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia

Pertama.

Berakhirnya Perang Dunia Pertama pada 1918, telah menyaksikan kekalahan

berpihak kepada Kuasa Pusat.15 Penglibatan empayar Uthmaniyyah dalam

peperangan ini juga mendedahkan wilayah kekuasaan mereka, terutamanya di

Timur Tengah kepada Kuasa Bersekutu. Menurut beberapa perjanjian sulit yang

dibuat oleh Kuasa Bersekutu semasa perang, seluruh wilayah empayar

Uthmaniyyah termasuk wilayah yang didiami oleh bangsa Arab akan dibahagi-

bahagikan antara mereka. Pemimpin Uthmaniyyah menyedari hal ini setelah

rancangan tersebut didedahkan oleh Rejim Bolshevik yang menguasai Rusia

selepas revolusi 1917. Perjanjian sulit Sykes-Picot yang telah ditandatangani antara

British dan Perancis membahagikan Timur-Tengah kepada zon-zon yang akan

diletakkan di bawah pengaruh mereka.16 Menerusi perjanjian ini, Perancis

mempunyai kuasa penuh di Utara Iraq, Syria dan Lubnan manakala British di Iraq,

Transjordan, Haifa dan Acre.17 Palestin diletakkan di bawah pertadbiran

antarabangsa atau international administration. Keputusan yang dibuat dalam

perjanjian ini turut dibincangkan dengan Rusia sebagai sekutu dalam perang. Pada

peringkat awal Rusia bersetuju dengan perjanjian ini, namun begitu menolaknya

berikutan tercetusnya Revolusi Bolshevik pada 1917.18 Rusia kemudiannya

mendedahkan kandungan perjanjian Sykes-Picot dan beberapa dokumen rahsia lain

yang menaikkan kemarahan orang Arab. Pihak berkuasa empayar Uthmaniyyah

telah menghubungi Sharif Makkah, iaitu Sharif Hussein dan memaklumkan

pengkhianatan British dan mencadangkan agar memutuskan hubungan dengan

kuasa tersebut dan kembali kepada sistem khilafah Islam. Namun begitu, Sharif

15 David W. Lesch, The Middle East and The United States: A Historical and Political Reassessment ,

United States: Westview Press Inc, 1996, Halaman 12.

16 Avi Shlaim, War and Peace in The Middle East: A Concise History Revised and Updated, New York:

Penguin Books, 1994, Halaman 11.

17 New York Times Current History: The European War, Vol, XVII, New York: New York Times, 1919,

Halaman 392.

18 Simonds, Frank Herbert, History of the World War, Vol, 5, Garden City: Doubleday, 1920, Halaman

355-356.

7

Page 8: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Hussein menghubungi British memohon penjelasan, malangnya penerangan yang

diberikan agak kabur, iaitu sebahagian pengakuan dan sebahagian lagi penafian

oleh British. Dengan harapan untuk mendapat yang terbaik, pemimpin Arab terus

memberikan sokongan kepada sekutunya British.

Pada Januari 1917, pasukan British di bawah pimpinan Jeneral Allenby sampai

di Palestin dan berjaya menawan perkampungan kecil di Rafah pada 6 Januari 1917.

Pasukan British memantapkan kekuatan tenteranya walaupun gagal dalam

percubaan menawan Gaza. Pada 31 Oktober 1917, mereka memulakan serangan ke

atas Beersheba dan akhirnya berjaya menawan Jerusalem pada 9 Disember 1917.

Berikutan ini membawa kepada penguasaan secara langsung kuasa Eropah ke atas

bumi Palestin. Sepanjang penglibatan empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia

Pertama, tidak banyak mengubah pandangan dan kesetiaan penduduk Palestin.

Apabila empayar Uthmaniyyah menyebelahi Jerman pada 5 November 1914 dan

menentang British, Perancis dan Rusia, kebanyakan pemimpin Palestin tetap setia

dan menyebelahi empayar Uthmaniyyah. Pengisytiharan jihad yang dilakukan oleh

Sultan Muhammad Rashad V (1909-1918) juga mendapat sokongan dari penduduk

Palestin. Di Nablus contohnya, perhimpunan besar-besaran diadakan di kediaman

keluarga al-Nimr untuk menyatakan kesetiaan kepada Sultan empayar

Uthmaniyyah. Apabila British berjaya menguasai bandar ini pada 1917,

penduduknya menghantar pulang tokoh pemimpin dan ulama Uthmaniyyah seperti

al-Shaykh Sa’id al-Karmi, al-Shaykh Rif’at Tuffaha, Abd al-Fattah Agha Tuqan dan

Fayiq Effendi al’-Inibtawi. Situasi yang tidak jauh berbeza juga turut berlaku di

Jerusalem, Shukri al-Husayni, Raghib al-Nashashibi dan beberapa orang tokoh lain

kekal menyokong empayar Uthmaniyyah. Al-Shaykh’ Abd al-Qadir al-Muzaffar

seorang pemidato terkenal memberikan ucapan yang hangat menyeru kepada

semangat nasionalisme Palestin dan berjaya menarik perhatian khalayak untuk

terus menyokong empayar Uthmaniyyah.

Sebelum berakhirnya Perang Dunia Pertama, Palestin merupakan sebahagian

dari wilayah pentadbiran empayar Uthmaniyyah (1517-1918), tiada istilah politik

yang dinamakan Palestin.19 Sebenarnya wilayah tersebut lebih dikenali oleh orang

Arab sebagai al-Ard al-Muqaddasah (The Holy Land). Palestin juga dikenali sebagai

19 Mohammad Redzuan Othman (Terj), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur: Percetakan

Maziza Sdn.Bhd, 1991, Halaman 170.

8

Page 9: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Surya al-Janubiyya (Southern Syria), kerana dari segi geografinya terletak di Syria

yang merupakan tanah besar yang masa kini terdiri daripada negara Syria,

Lebanon, Israel, Palestin dan Jordan. Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa

bagi umat Islam kerana di situlah berlakunya peristiwa Isra’ Nabi Muhammad S.A.W

dan juga tempat lahirnya Nabi Ismail. Manakala bagi orang Kristian pula, Palestin

juga merupakan tanah air bagi Nabi Isa A.S. Dari segi sejarahnya, berkait rapat

dengan penghijrahan puak daripada kabilah Kan’an yang kemudiannya menetap di

wilayah yang terletak di antara Timur Laut Mediteranean hingga ke Sungai Jordan.

Wilayah tersebut dinamakan Palestin. Penghijrahan kabilah Kan’an ini berlaku

sekitar 3 000 tahun sebelum masihi.

Sepanjang tercetusnya Perang Dunia Pertama, beberapa perjanjian telah

ditandatangani oleh Kuasa Bersekutu yang melibatkan rancangan pembahagian

wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyyah di Timur Tengah. Antara perjanjian yang

menjelaskan pembahagian wilayah tersebut ialah Perjanjian Sykes-Picot yang

ditandatangani pada bulan April 191620 dan Perjanjian Versailles atau Perjanjian

Damai Paris pada 7 Mei 1919. Cengkaman Kuasa Bersekutu ke atas wilayah

empayar Uthmaniyyah dapat dilihat dengan jelas menerusi Persidangan San Remo

pada 25 April 1920 yang memutuskan kuasa mandat Perancis ke atas Syria dan

Lubnan dan British mendapat kuasa mandat ke atas Iraq dan Palestin. Pada 24 Julai

1922, mandat British ke atas Palestin diisytiharkan oleh Majlis Persatuan Liga

Bangsa-Bangsa yang turut menyentuh bahawa "hak asasi dan agama kepada

penduduk bukan-Yahudi di Palestin‟. Penjelasan dokumen ini adalah signifikan dan

nyata menunjukkan bahawa orang Palestin tidak diiktiraf sebagai rakyat tetapi

adalah komuniti bukan Yahudi yang tidak mempunyai hak politik. Berikutan kuasa

mandat yang diperolehi oleh British, menaikkan semangat dan harapan bangsa

Yahudi untuk menubuhkan negara mereka di Palestin.21

3.1 PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG TERDAPAT DALAM PERJANJIAN PARIS

1919

3.1.1 PERJANJIAN VERSAILLES20 Avi Shlaim, War And Peace in The Middle East: A Concise History Revised and Updated, New York:

Penguin Books, 1994, Halaman 11.

21 David Pryce-Jones, Betrayal: France, the Arabs, and the Jews, New York: Encounter Books, 2006,

Halaman 30.

9

Page 10: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Perjanjian utama yang dibincangkan dalam Persidangan Damai Paris ini adalah

mengenai Perjanjian Versailles yang berkenaan dengan penyelesaian ke atas

Jerman yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini telah

ditandatangani di Istana Versailles pada bulan Jun 1919. Kesan daripada perjanjian

ini telah mengubah peta utama benua Eropah terutamanya selepas Perang Dunia

Pertama. Melalui persidangan damai, rundingan mengenai penyelesaian ke atas

empayar Uthmaniyah yang juga turut mengalami kekalahan dalam Perang Dunia

Pertama. Penyelesaian ke atas empayar Uthmaniyyah telah dicapai melalui

beberapa perjanjian seperti Perjanjian Sevres dan Perjanjian Lausanne.22

Persidangan damai ini juga adalah bertujuan untuk mencapai kedamaian dan

keselamatan yang sekaligus memperlihatkan bagaimana pentingannya kerjasama

antarabangsa yang dijalin di antara negara-negara di dunia. Melalui persidangan ini

juga satu pertubuhan yang baru telah diwujudkan iaitu Liga Bangsa-Bangsa yang

dimuatkan dalam Perjanjian Versailles.

3.1.2 PERJANJIAN SAN REMO

Perjanjian San Remo telah ditandatangani pada 24 April 1920, berdasarkan kepada

perjanjian ini Palestin telah diserahkan kepada British. Keadaan ini telah

menandakan bermulanya mandat British di Asia Barat iaitu di Palestin. Sementara

itu, Perancis telah Berjaya mendapatkan dan menguasai Syria dan Lubnan.

Perjanjian ini juga telah membawa kepada pembahagian wilayah-wilayah yang kaya

dengan sumber minyak oleh negara-negara Barat yang menjajah dan menguasai

Asia Barat terutamanya di Mesopotamia. Perjanjian San Remo telah membawa

kepada peristiwa penyerahan wilayah Palestin dan Iraq kepada pihak British

manakala Perancis pula menguasai Syria dan Lubnan. Perjanjian ini juga turut

disertakan dengan Deklarasi Balfour yang merupakan salah perjanjian yang telah

menyebabkan berlakunya pembahagian wilayah-wilayah tersebut. Melalui

Perjanjian San Remo, Liga-Liga Bangsa telah menjalankan mandat British di

Palestine pada tahun 1920. Mandat tersebut telah menjadikan wilayah Palestin

sebagai wilayah mandat yang akan diuruskan oleh British sehingga penduduk di

wilayah tersebut dapat memerintah secara autonomi.23

22 Patricia M.E. Lorcin & Daniel Brewer, France And Its Spaces Of War: Experience, Memory, Image,

New York: Palgrave Macmillan, 2009, Halaman 40.

10

Page 11: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

3.1.3 PERJANJIAN SEVRES

Perjanjian Sevres merupakan salah satu daripada siri perjanjian lain yang telah

ditandatangani oleh kuasa-kuasa Pusat selepas kekalahan mereka dalam Perang

Dunia Pertama, perjanjian ini melibatkan tiga pihak iaitu pihak Berikat dan juga

pihak Uthmaniyyah yang telah ditandatangani pada 10 Ogos 1920. Perjanjian ini

ditandatangani oleh kerajaan Uthmaniyyah namun tidak bagi Mehmed IV.24

Pihak Berikat telah membahagikan dengan Empayar Uthmaniyyah tanpa

menghiraukan segala rancangan antara dua belah pihak dan juga telah

menyerahkan barat dan timur di antara kawasan Thrace serta Edirne kepada

Greece. Dalam perjanjian ini juga pihak Berikat memperakui kemerdekaan Armenia

dan autonomi Kurdistan. Selain itu juga Greece memperoleh Smyra dengan satu

syarat iaitu satu pungutan suara mesti diadakan selepas lima tahun bagi

menentukan tarafnya. Pihak Berikat juga telah menyerahkan kuasa ke atas selat

kepada sebuah suruhanjaya antarabangsa. Manakala British, Itali dan Perancis tidak

menghapuskan sistem capitulation tetapi sebaliknya mentadbir segala bentuk

hutang Uthmaniyyah yang lalu dan sekaligus menguasai kewangan Turki.25

Pembahagian ini jelas telah menunjukkan kepada orang Turki bahawa pihak yang

menang kurang berminat dengan usaha ke arah pemerintahan sendiri tetapi lebih

cenderung kepada meluaskan tanah jajahan masing-masing.

Di samping itu juga, bilangan tentera dihadkan kepada 50 000 orang dan

dengan menguasai kelengkapan senjata Turki dan tindakan ini mereka dapat

menyekat segala usaha Turki yang mahu mengganggu ke arah penyelesaian

tersebut. Dalam perjanjian ini juga wujud negara-negara yang akan ditadbir oleh

Liga Bangsa-Bangsa sehingga satu masa yang membolehkan mereka memerintah

negara mereka sendiri tanpa campur tangan orang asing. Istilah yang sesuai dalam

pentadbiran Liga Bangsa-Bangsa ini adalah sistem mandat seperti yang diperoleh di

Palestine, Iraq (Mesopotamia), Transjordan yang berada di bawah mandat British

dan Syria dan Lubnan yang berada di bawah mandat Perancis.

23 Mohammad Redzuan Othman (Terj), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur: Percetakan

Maziza Sdn.Bhd, 1991, Halaman 80.

24 Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell, (Terj) Mohammad Redzuan Othman , Timur Tengah dan Afrika

Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. Halaman 182.

25 Ibid, Halaman 183.

11

Page 12: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

3.1.4 PERJANJIAN LAUSANNE

Perjanjian ini telah membawa kepada pengiktirafan wilayah Turki Baru. Perjanjian

Lausanne telah ditandatangani pada 24 Julai 1923 di antara Bulgaria, England,

Perancis, Greece, Itali, Jepun, Romania, Soviet Union, Turki dan Yugoslavia.

Walaupun Amerika Syarikat pada awalnya beminat kepada kawasan ini, tetapi

kemudiannya Amerika Syarikat mengelakkan campur tangan di wilayah-wilayah

Asia Barat. Amerika Syarikat hanya menghantar wakilnya sahaja semasa Perjanjian

Lausanne ini ditandatangani. Dalam perjanjian ini, Presiden Ismet dari Turki telah

mengambil tindakan berhati-hati dalam mengadakan perjanjian dengan Lord

Curzon dari Britain dan wakil-wakil negara Berikat yang lain.26

Selepas berakhirnya penyelesaian melalui Perjanjian Lausane27 negara-

negara seperti Turki, Greece, dan Itali telah membahagikan Kepulauan Agean yang

menjadi rebutan negara-negara tersebut sebelum ini. Rusia telah berusaha untuk

membantu Turki dalam menguasai sepenuhnya selat-selat yang berdekatan dengan

Kepulauan Agean. Perjanjian ini juga telah menyebabkan orang Greek dan Armenia

ada yang menetap dan masih terdapat di Istanbul sehingga ke hari ini. Walau

bagaimanapun, 1.5 juta orang Greek iaitu orang Turki Greek Ortodok telah

berpindah dari Anatolia ke Greece, manakala orang Turki iaitu orang Greek Islam

pula seramai 500 000.28

Terdapat juga peruntukan atau syarat ekonomi yang penting dalam

Perjanjian Lausane. Turki telah berjaya menghapuskan dasar kapitalisme dan

menyelesaikan beban hutang. Kawasan-kawasan empayar Uthmaniyyah yang

diduduki oleh tentera asing telah bersetuju untuk bertanggungjawab dalam

menyelesaikan hutang-hutang tersebut mengikut pembahagian tertentu. Pihak

Berikat pula bersetuju untuk membatalkan syarat ekonomi dan konsesi yang telah

dibuat sebelum perang, manakala pihak Turki pula bersetuju untuk mengekalkan

tingkat tarif yang sedang digunakan. Dengan itu, Turki telah mendapat kebebasan

26 Mohammad Redzuan Othman (Terj), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur: Percetakan

Maziza Sdn.Bhd, 1991, Halaman 85.

27 M. Jane Davis, Politics and International Relations in The Middle East: Continuity and Change, United

Kingdom: Edward Elgar Publishing Limited, 1995, Halaman 63.

28 Riza Sihbudi dan Smith Alhadar, Palestina dalam Pandangan Imam Khomani, Jakarta: Pustaka Zahra,

2004, Halaman 10.

12

Page 13: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

untuk membentuk satu rangka konsesi pada masa akan datang dan kemudiannya

digunakan dalam satu perjanjian dengan Amerika Syarikat yang berminat dengan

hasil minyak di wilayah Asia Barat. Amerika Syarikat telah berjaya mendapatkan

hak minyak di Asia Barat buat kali pertama. Keadaan ini telah menyebabkan Turki

berjaya mengekalkan kemerdekaannya yang telah diperjuangkan di kawasan yang

penting.29

Negera baru yang bersifat majmuk yang wujud di Anatolia telah

memindahkan ibu negerinya ke Ankara. Pada 29 Oktober 1923, Turki telah menjadi

sebuah negara republik. Menjelang bulan Mac 1924, dibawah arahan Presiden

Mustafa Kemal, kerajaan Turki telah membuat keputusan bahawa pemerintahan

berkhalifah tidak sesuai dalam sebuah republik yang mempunyai kuasa

pemerintahan sendiri. Dengan ini, Abdul Majid II dan keluarganya telah dibuang

negeri. Kerajaan republik ini telah mengambil alih segala urusan yang sebelum ini

ditadbir oleh ulama. Empayar Uthmaniyyah telah lenyap tetapi sebuah kerajaan

Turki di Anatolia dan Barat Thrace telah menggantikannya. Ibu kota diraja Istanbul

yang ditinggalkan, serangan ke atas urusan-urusan keagamaan merupakan tanda-

tanda yang menunjukkan ke arah mana tujuan kepimpinan politik baru Turki.30

4.1 PEMBENTUKAN SISTEM MANDAT

Kehancuran empayar Uthmaniyyah bermula lebih kurang dalam tahun 1908–1923,

dan menjadikan ini sebagai satu titik tolak kepada sejarah Timur Tengah atau pun

timur dekat. Perkara ini dapat dilihat dalam proses tranformasi dalam struktur

politik dan sosial. Perkara ini juga sama seperti yang melanda empayar Tsar dan

Jerman. Dalam kehancuran empayar Uthmaniyyah ini juga kita dapat melihat

beberapa negara yang dahulunya dikuasai oleh Utmaniyyah telah dipecah-

29 Christoper Condon, The Making Modern World, Australia: Macmillan Education Australia, 1994,

Halaman 90.

30 Christoper Condon, The Making Modern World, Australia: Macmillan Education Australia, 1994,

Halaman 181.

13

Page 14: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

pecahkan tanpa mengira ideologi, perasaan orang Arab pada ketika itu.31 Hasilnya

banyak negara yang dulunya dalam empayar Uthmaniyyah telah menerima satu

istilah dalam pemenerintah iaitu sistem mandat yang telah diberikan kepada

negara Palestine, Iraq, Syria dan sebagainya. Sistem mandat yang diberikan ini

terbahagi kepada 2 iaitu sistem mandat A dan sistem mandat B.

Di kawasan-kawasan yang penduduknya bertutur bahasa Arab dalam

empayar Uthmaniyyah, telah berlaku peperangan yang melibatkan beberapa ratus

ribu orang Arab terutamanya orang Mesir. Mereka melakukan peperangan kerana

pihak bersekutu gagal untuk memenuhi janji mereka untuk membiarkan orang Arab

ke arah pemerintahan sendiri. Pihak bersekutu tidak menunaikan janji tersebut

kerana beranggapan bahawa kemenangan orang Arab adalah tidak akan kekal

lama. Masyarakat Arab tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan mereka

tidak memandang ringan terhadap sikap mungkir janji yang ditunjukkan oleh pihak

bersekutu.32 Kuasa-kuasa asing telah mengambil alih pemerintahan daripada

golongan pemerintah tempatan. Hal ini telah menyebabkan orang-orang Arab terus

menentang penjajahan baru di setiap wilayah. Hanya Arab Saudi sahaja yang

dibenarkan untuk membentuk sebuah kerajaan bebas dibawah pemerintahan

tempatan kerana ianya merupakan sebuah negara yang tandus dan dianggap tidak

berguna.

4.1.1 MANDAT PERANCIS DI SYRIA DAN LUBNAN

Dalam tempoh antara perang Dunia I dan Perang II, sebahagian besar Timur Arab

diletakkan di bawah pemerintahan Inggeris dan Perancis. Sementara Syria dan

Lubnan diperintah di bawah mandat Perancis.33 Perancis sememangnya mempunyai

mandat di Syria tetapi bukan secara keseluruhannya.34 Sebaik sahaja menewaskan

kerajaan nasionalis, Perancis memperkenalkan susunan pentadbiran pecah dan

31 Christoper Condon, The Making Modern World, Australia: Macmillan Education Australia, 1994,

Halaman 186.

32 George Antonius, The Arab Awakening, Philadelphia, New York: J.B. Lippincott, 1939, hlm 439.

33 Bernard Lewis, The Middle East: A Brief History of The Last 2000 Years, New York: Scribner, 1995,

Halaman 343.

34 David Pryce-Jones, Betrayal: France,the Arabs, and the Jews, New York: Encounter Books, 2006,

Halaman 37.

14

Page 15: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

perintahnya di Syria. Hampir separuh penduduk Syria terdiri daripada kaum etnik

minoriti agama iaitu Syiah, Druze, Kurdi, Alaw Maronite dan Armenia. Mandat telah

memberi kuasa pada Perancis untuk memberi “nasihat dan bantuan kepada

penduduk tersebut” dan selanjutnya untuk menjalankan langkah-langkah bagi

memudahkan pembangunan progresif Syria dan Lubnan sebagai negara

merdeka”.35

Perancis wajib memastikan bahawa tidak ada wilayah Syria dan Lubnan

diserah atau dipajak atau dalam apa cara sekalipun kepada pemerintahan kuasa

luar. Bagi memelihara warisan budaya Syria, Perancis telah menubuh dan

mengadakan peruntukan undang-undang memelihara warisan kuno bagi mereka

yang menjalankan ekspedisi arkeologi dan menyimpan barang-barang penemuan.

Pembahagian awal Syria bagaimanapun telah menimbulkan halangan pertama

dalam menjalankan fungsi kehidupan politik yang lancar.36 Setelah berlakunya

pemisahan awal sehingga tahun 1925, kawasan utama Syria termasuklah Damsyik

dan Aleppo digabungkan untuk membentuk sebuah negara Syria. Parti politik

utama Syria dalam jangka masa tersebut ialah Blok Nasional yang terdiri daripada

golongan menengah dan pemilik tanah. Dasar utama mereka ialah mengkehendaki

kemerdekaan dan sokongan penuh bagi nasionalisme Arab.

4.1.2 MANDAT BRITISH DI IRAQ

Parti Nasionalisme yang ditubuhkan pada 1922 mewakili nasionalisme Iraq

tempatan dan merupakan tapak latihan bagi pemimpin politik masa hadapan.37

Parti ini adalah parti yang pertama mengambil berat golongan bawahan iaitu

golongan yang keras menentang kepentingan British. Di peringkat tempatan

memperlihatkan kuasa Syeikh yang berkuasa mengikut kuasa yang dibentuk oleh

British. Mereka diberikan daerah-daerah yang memberi mereka mentadbir

mengikut undang-undang kaum serta bercorak diktator dengan dibantu 10 peratus

penduduk yang menjadi tentera. Persoalan berkaitan dengan hasil minyak Iraq

35 Patricia M.E. Lorcin & Daniel Brewer, France And Its Spaces Of War: Experience, Memory, Image,

New York: Palgrave Macmillan, 2009, Halaman 46.

36 Lois A. Arion & Richard P. Mitchell , Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, (Terj), Mohammad

Redzuan Othman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, Halaman 227.

37 Ibid, Halaman 235.

15

Page 16: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

timbul selepas peperangan. Pemilik Syarikat Petroleum Turki (T.P.C) terdiri daripada

Bank Jerman, Syarikat Petroleum British-Saxon, Syarikat Penerokaan D’Arcy dan

Calouste Sarkis Gulbenkian.38 Mosul pada asalnya diberikan kepada Perancis

mengikut persetujuan Sykes-Picot.

Apabila peperangan dunia pertama berakhir 1918, British berminat untuk

mendapatkan Mosul sebagai tuntutan tambahan ke atas Mesopotamia. Polisi British

di Iraq telah berjaya membawa kepada penguasaan British pada 1920an terhadap

Syarikat Petroleum Turki yang bertujuan untuk menguasai dan mengeksploitasi

konsesi minyak di Mosul.39 Sebaliknya bagi Perancis pula, Perancis telah mendapat

25% pegangan saham daripada lombong minyak di kawasan tersebut.40 Dengan

memberi jaminan kepada kaum Kurdi tentang bahasa dan pengambilan pekerja

kaum tersebut dalam bidang pentadbiran dan sekolah di kawasan tersebut, ianya

dapat memberi jaminan bagi kepentingan minyak British. Kerajaan Iraq pula tetap

memberi hak konsesi kepada T.P.C British supaya mendapat perhatian lebih bagi

mendapatkan Iraq sebuah kemerdekaan penuh negara tersebut.

Di bawah perjanjian 1930 antara Iraq dan British tetap meletakkan British

menguasai sejumlah besar hal ehwal luar dan dasar ketenteraan di Iraq. Hal ini

demikian kerana British menyokong kemasukan Iraq ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Iraq mesti membantu dengan memberikan British mengunakan pangkalan udara

dan semua perkhidmatan sekiranya berlaku peperangan. Sebaliknya, British akan

memberi bantuan ketenteraan kepada Iraq.41 Perjanjian ini adalah sama dengan

corak perjanjian yang dilakukan British terhadap Mesir dan Transjordan.

38 Peter Mansfield, The Ottoman Empire and Its Successors, London: The Macmillan Press, 1973,

Halaman 78.

39 Lois A. Arion & Richard P. Mitchell, opt. cit. Halaman 234.

40 Hew Strachan, The Oxford Illustrated History Of The First World War, New York: Oxford University

Press, 1998, Halaman 302.

41 Lois A. Arion & Richard P. Mitchell, opt. cit. Halaman 234.

16

Page 17: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

4.1.3 MANDAT BRITISH DI PALESTIN

Mandat untuk Palestin, yang juga dikenali mandat British ke atas Palestin meliputi

wilayah di Timur Tengah yang pada ketika ini telah menjadi kemuncak kepada

pepecahan dan kewujudan negara Israel.42 Palestin telah diamanahkan oleh Liga

Bangsa kepada British untuk mentadbirnya setelah tamatnya Perang Dunia Pertama

dan dikenali sebagai wilayah Mandat.

Sebelum tamatnya Perang Dunia Pertama, Palestin merupakan sebahagian

daripada empayar Uthmaniyyah. Ketika British ditadbir oleh Jeneral Allenby, telah

berlaku Pemberontakan Arab yang digerakkan oleh perisik British iaitu T. E.

Lawrence yang pada ketika itu telah mengalahkan tentera Turki pada tahun 1918

dan kemudiannya menduduki Palestin dan Syria.43 Hakikatnya, kerajaan Inggeris

telah mengawal Palestin dengan sepenuhnya melalui Persidangan Damai Versailles

yang dibentuk oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1919 yang kemudiannya telah

melantik Herbert Samuel sebagai Ketua Pos Umum Kabinet Inggeris yang juga

merupakan Pesuruhjaya Tinggi pertama di Palestin menandakan bahawa mereka

memandang serius janji dan tanggungjawab bagi mencari sebuah negara kediaman

Orang Yahudi.44

Menerusi Deklarasi Balfour ini, dilihat British berhasrat untuk merealisasikan

cita-cita untuk menempatkan bangsa Yahudi di Palestin dan memastikan setiap

peluang yang ada untuk mencapai hasrat tersebut.45 Robert Cecil, iaitu pemangku

Setiausaha Negara Untuk Hal Ehwal Luar Britain menyatakan bahawa isu ini

menjadi persoalan penting yang mendapat perhatian jabatan ini dalam tempoh

yang lama.46 Pengisytiharan Deklarasi Balfour juga membawa kepada penghijrahan

beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin yang tidak mampu disekat oleh bangsa

Palestin sendiri. Kebanjiran bangsa Yahudi membuatkan penduduk Palestin merasa

42 Ibid, Halaman 248.

43 Martin Gilbert, Israel: A History, Great Britain: Transworld Publishers Ltd, 1998, Halaman 36.

44 Ibid, Halaman 189.

45 M. Jane Davis, Politics and International Relations in The Middle East: Continuity and Change, United

Kingdom: Edward Elgar Publishing Limited, 1995, Halaman 62.

46 Ingrams, D., Palestine Papers 1917-1922, London: John Murray, 1972, Halaman 9-10.

17

Page 18: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

tertekan dan wilayah tersebut mula bergolak. Mereka juga merasakan Deklarasi

Balfour sebagai salah satu punca masalah, tekanan dan beban kepada mereka.

Semasa Perang Dunia Pertama, British telah membuat dua perjanjian

mengenai wilayah di Timur Tengah. British telah menjanjikan kepada bangsa Arab

tempatan (melalui Lawrence of Arabia) untuk kemerdekaan Negara Arab. Ia

merangkumi sebahagian besar tanah Arab di Timur Tengah. Ia merupakan ganjaran

kerana British pernah menyokongnya suatu ketika dahulu. British juga telah berjanji

untuk membina negara bangsa Yahudi sebagaimana yang termaktub dalam

Perisytiharan Deklarasi Balfour 1917.47 Pada tahun 1918, pertubuhan Zionis

Amerika menulis surat kepada ahli Kongres dan meminta mereka memberikan

pandangan dan juga reaksi. Kebanyakan senator dan wakil mengumumkan

sokongan mereka terhadap Deklarasi Balfour dan memberikan alasan bahawa

bangsa Yahudi juga harus diberikan hak yang sama dengan bangsa lain dan

pengisytiharan “national home‟ kepada mereka akan memberikan peluang kepada

bangsa Yahudi untuk memberikan sumbangan dalam peranan mereka.48

Sokongan Amerika ini jelas terkandung dalam Perjanjian Paris 1919.49

Perjanjian ini juga dilihat sebagai memberikan sokongan yang jelas terhadap

penubuhan negara Yahudi di Palestin di samping jaminan yang dijanjikan untuk

menjaga hak dari segi individu, agama dan juga harta bagi penduduk yang bukan

berbangsa Yahudi. Perbincangan mengenai persempadanan akan dirujuk kepada

masalah penyaliran dan juga sumber air dengan mencadangkan negara baru akan

mengawal sumber air di Pergunungan Hermon di Timur Jordan.50

British dalam Hussein-McMahon Correspondence telah menjanjikan kepada

keluarga Diraja Hashemit sebahagian besar tanah sebagai ganjaran atas sokongan

mereka semasa Pemberontakan Arab semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun

1920 di persidangan San Remo di Itali, Liga Bangsa memusatkan mandat Palestin

47 Ann Williams, Britain and France in the Middle East and North Africa, 1914-1967, New York: St

Martins Press, 1968, Halaman 17.

48 Isharat, E., The Failure of Keys Accord and Agreement in Palestine- Israel, Idaho: Idaho State

University, 1998, Halaman 63.

49 Martin Gilbert, Israel: A History, Great Britain: Transworld Publishers Ltd, 1998, Halaman 37.

50 Esco Foundation for Palestine, Palestine: A Studies of Jewish, Arab and British Policies, New York:

Kraus Reprint and Co., 1947, hlm. 243-245.

18

Page 19: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

diberikan kepada British.51 Mandat-mandat Palestin merupakan dokumen-dokumen

yang jelas tentang tanggungjawab British dan kuasa pentadbiran di Palestin

termasuklah memastikan pembentukan negara bangsa Yahudi dan menjaga hak-

hak sivil dan keagamaan bagi penduduk Palestin.52 Dengan kuasa yang diberikan

dibawah mandat tersebut, Britain memerintah Palestin pada tahun 1920 hingga

1948 dan dalam sejarah kawasan itu dirujuk sebagai Mandat British.

5.1 KESAN SISTEM MANDAT

5.1.1 PENENTANGAN SYRIA

Kerana risau hasrat mereka tidak tercapai, Kongres National Damsyik telah

mengisytiharkan kemerdekaan bagi Syria pada bulan Mac 1920 dikenali sebagai

Perundangan Kebangsaan. Pada bulan April 1920 bertempat di San Remo, pihak

Berikat telah menyetujui mandat Perancis ke atas Syria. Keputusan ini telah

diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922. Jeneral Perancis iaitu Gouraud

telahpun mengarahkan Faisal untuk mengakui mandat pada bulan Julai. Sebelum

mandat menerima pengesahan secara rasmi, pihak Perancis terus menjalankan

dasar pecah dan perintah. Pada tahun 1920, Lubnan dan Syria telah dipecahkan

kepada empat bahagian mengikut kumpulan etnik dan agama.53 Perancis tidak cuba

membentuk sebuah kerajaan satu bangsa di Lubnan tetapi sebaliknya

menempatkan orang Islam di sepanjang kawasan pantai dan pedalaman. Sehingga

kini, Syria dan Lubnan masih lagi menerima akibat daripada keputusan ini.

Seperti Iraq dan Transjordan, Syria juga terletak di bawah kategori Mandat

Kelas A, satu kawasan yang telah bersedia menerima taraf kemerdekaan tetapi

masih memerlukan pengawasan daripada satu kuasa besar. Walau bagaimanapun,

Iraq dapat mengelakkan diri daripada dikuasai oleh satu bentuk mandat yang rasmi.

Pada mulanya pihak British telah menempatkannya di bawah jajahan India. Tidak

seperti Jajahan Hal Ehwal Luar, pegawai-pegawai pentadbir di India mengelakkan

diri daripada mencampuri hal pemerintah tempatan. Mereka mulai menganggap

51 Riza Sihbudi dan Smith Alhadar, Palestina dalam Pandangan Imam Khomani, Jakarta: Pustaka Zahra,

2004, Halaman 13.

52 Lois A. Arion & Richard P. Mitchell, opt. cit., Halaman 189.

53 Bernard Lewis, The Middle East: A Brief History of The Last 2000 Years, New York: Scribner, 1995,

Halaman 344.

19

Page 20: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Iraq sebagai sebuah tanah jajahan, iaitu dengan mengekalkan kuasa ke atas

kerajaan dan pentadbirannya di bawah pimpinan Sir Arnold Wilson.54

5.1.2 PENUBUHAN SURUHANJAYA KING-CRANE

Suruhanjaya King-Crane ini telah dicadangkan oleh Presiden Woodrow Wilson.

Suruhanjaya ini dibuat adalah bertujuan bagi memastikan sama ada Perancis benar-

benar diperlukan di Syria, British di Iraq dan Zionis di Palestin.55 Suruhanjaya ini

juga, mempersoalkan sama ada perlu atau tidak pembentukan negara Armenia dan

Kurdistan. Memandangkan perjumpaan itu diadakan antara bulan Mei dan Ogos

1919, Kongres Nasional Arab Khas telah diadakan di Damsyik bagi memberi bukti

sokongan penuh mereka terhadap ancaman tersebut. Suruhanjaya ini telah

memperkukuhkan lagi matlamat mereka untuk perpaduan Syria termasuklah

Lubnan dan Palestin, tetapi dengan memberi taraf autonomi kepada Lubnan dan

hak-hak orang Yahudi di Palestin. Negara bebas ini akan berpusat di Damsyik dan

dipimpin oleh Faysal, iaitu calon yang telah dipilih oleh umat islam, Greek Ortodoks

dan Druze.

Rakyat Syria pula membantah sistem mandat separa-merdeka itu, tetapi jika

dibuktikan perlu, kongres lebih menyukai pengawasan dari Amerika. Hanya orang

Maronite Lubnan sahaja yang menerima mandat Perancis. Di Palestin, para

pesuruhjaya mendapati tentangan menyeluruh terhadap Zionisme kecuali oleh

beberapa kumpulan kecil penduduk Yahudi. Orang Armenia dan Kurdistan telah

menyatakan hasrat mereka untuk mendapat taraf kemerdekaan.

Berdasarkan beberapa penyiasatan yang dijalankan, King dan Crane telah

mencadangkan kepada sidang tersebut satu mandat terhad bagi Syria. Faisal pula

dilantik menjadi ketua negara. Iraq pula menerima sistem mandat. Mereka

memutuskan bahawa dakwaan selama 2 000 tahun orang Yahudi terhadap Palestin

adalah tidak wajar. Pelaksanaan Pengisytiharan Deklarasi Balfour pula memerlukan

54 Mohammad Redzuan Othman (Terj), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur: Percetakan

Maziza Sdn.Bhd, 1991, Halaman 185.

55 David W. Lesch, The Middle East and The United States: A Historical and Political Reassessment ,

United States: Westview Press Inc, 1996, Halaman 11.

20

Page 21: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

tidak kurang daripada 50 000 orang tentera disebabkan oleh penentangan yang

meluas daripada penduduk.56 Disebabkan orang Eropah menentang penyiasatan

tersebut, mereka tidak menghiraukan keputusannya. Malahan, Presiden Wilson

yang terpaksa meninggalkan perjumpaan itu kerana sakit mungkin tidak pernah

melihat laporan tersebut. Dengan penarikan diri Amerika dari arena dunia serta

bantahan daripada pihak Inggeris, Perancis dan Zionis, laporan King-Crane itu

dirahsiakan dan tidak diterbitkan sehingga tahun 1922, ketika sistem mandat telah

diwujudkan.

6.1 ANALISIS

Secara analisisnya, dapatlah dilihat bahawa Perjanjian Paris 1919 atau Paris Peace

Conference 1919 yang bertempat di Paris telah menyebabkan pelbagai perjanjian

lain yang wujud selepasnya. Negara-negara yang kalah dalam Perang Dunia

Pertama perlu akur dengan kuasa-kuasa besar yang menang iaitu dengan

menandatangani perjanjian-perjanjian yang tertentu. Kuasa-kuasa yang kalah

termasuklah Jerman, Austria-Hungary, dan termasuklah empayar Uthmaniyyah yang

dikenali sebagai Kuasa Pusat. Manakala kuasa-kuasa yang menang pula dikenali

sebagai Kuasa Bersekutu yang diwakili oleh British, Perancis, Rusia dan Itali.

Pelbagai perjanjian telah ditandatangani antara Kuasa Pusat dengan Kuasa

Bersekutu bagi menjaga kepentingan masing-masing. Oleh itu, Perang Dunia Pertama

telah berakhir dengan pengisytiharan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan

sekutunya. Seterusnya, rentetan daripada kekalahan ini, kesan utamanya adalah

mengubah sistem politik dan pemerintahan Turki Uthmaniyyah yang seterusnya.

Di Uthmaniyyah, terdapat dua perjanjian kesan daripada Perjanjian Paris

1919 atau Paris Peace Conference 1919 ini yang telah ditandatangani dengan

Kuasa Bersekutu. Antaranya Perjanjian Sevres dan Perjanjian Lausanne. Perjanjian

Sevres ditandatangani pada 10 Ogos 1920 manakala Perjanjian Lausanne

ditandatangani pada 24 Julai 1923. Perjanjian-perjanjian ini memberikan kesan yang

amat ketara dari segi politik di Uthmaniyyah. Keadaan ini dapat dilihat menerusi

Perjanjian Sevres 1920. Sebagai contohnya, dengan termeterainya Perjanjian

Sevres 1920, maka ini meninggalkan kesan politik kepada negara-negara yang

terlibat iaitu Uthmaniyyah dan juga Kuasa Bersekutu atau lebih ringkas lagi kesan

56 Mohammad Redzuan Othman (Terj), Timur Tengah dan Afrika Utara, Kuala Lumpur: Percetakan

Maziza Sdn.Bhd, 1991, Halaman 185.

21

Page 22: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

politik yang positif kepada Kuasa Bersekutu dan kesan politik yang negatif kepada

empayar Uthmaniyyah. Hal ini demikian kerana, Perjanjian Sevres 1920 telah

menyebabkan The League of Nations mengisytiharkan sesetengah negara Asia

Barat sebagai mandat dan menyerahkan negara-negara tersebut kepada kuasa-

kuasa Barat yang lain untuk berada di bawah pemerintahan kuasa-kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, Turki telah kehilangan tanah dan tempatnya ke tangan kuasa

Britain, Perancis dan Greece.

Kesan daripada tindakan Kuasa Bersekutu ini telah menyebabkan

nasionalisme Uthmaniyyah bangkit untuk menyerang Kuasa Bersekutu iaitu antara

tahun 1921 hingga tahun 1922. Faktor utama kepada kebangkitan kuasa

nasionalisme Uthmaniyyah adalah kerana Uthmaniyyah tidak berpuas hati dengan

perjanjian ini yang banyak merugikan Uthmaniyyah sendiri. Jelaslah bahawa salah

satu kesan politik yang dapat dilihat daripada Perjanjian Serves 1920, empayar

Uthmaniyyah telah kehilangan tanah dan wilayahnya kepada kuasa yang menang

iaitu Kuasa Bersekutu atau secara ringkasnya diperintah oleh kuasa-kuasa

Bersekutu dan juga keadaan menjadi semakin buruk kerana berlakunya gerakan

nasionalisme Uthmaniyyah menentang Kuasa Bersekutu iaitu Britain yang akhirnya

dapat diusir dari Uthmaniyyah. Oleh itu, wujudnya sebuah perjanjian baru iaitu

Perjanjian Lausanne pada tahun 1923.

Selain itu juga, secara analisisnya yang dapat dilihat dengan jelas kesan

terhadap empayar Uthmaniyyah daripada perjanjian-perjanjian dengan Kuasa

Bersekutu adalah menerusi Perjanjian Lausanne yang ditandatangani pada tahun

1923. Dengan termeterainya Perjanjian Lausanne ini, maka Perjanjian Sevres ini

ditamatkan dan dibatalkan. Oleh itu, pelbagai dasar politik yang diubah oleh Kuasa

Bersekutu bagi menyelaraskan tuntutan yang dibuat oleh empayar Uthmaniyyah.

Sebagai contohnya, kandungan Perjanjian Lausanne 1923 yang dimasukkan dalam

perjanjian yang ditandatangani. Pertamanya Thracia Timur iaitu di daerah sekitar

Konstantinopel telah dikembalikan kepada Uthmaniyyah. Keduanya, Uthmaniyyah

akan melepaskan semua daerah yang ditadbir dan didudukinya kepada bangsa-

bangsa yang bukan daripada Uthmaniyyah dan keadaan ini telah menyebabkan

pelbagai kesan lain. Sebagai contohnya, Arabia mencapai kemerdekaan, Mesir,

Palestin, Transjordan, Iraq dan Cyprus diserahkan kepada pihak Barat, Lybia

diserahkan kepada Itali, serta juga Syria dan Lebanon telah diserahkan kepada

22

Page 23: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

pihak Barat. Di samping itu juga, kesan politik lain yang dapat dilihat melalui

Perjanjian Sevres 1923 ini adalah Selat Borporus, Marmora, dan Dardanella telah

dibuka kepada kemasukan untuk semua kapal asing. Tidak lupa juga, semua

“capitulations” atau “hak-hak istimewa penjajah” bangsa asing dihapuskan. Namun

begitu, impak positif kepada politik di Uthmaniyyah daripada Perjanjian Sevres 1923

adalah Uthmaniyyah tidak perlu mengurangkan jumlah angkatan perangnya, tidak

perlu membayar ganti rugi peperangan serta juga Uthmaniyyah harus melindungi

etnik minoriti di negara tersebut.

Oleh itu, jelaslah bahawa perjanjian kedua antara Kuasa Bersekutu dengan

empayar Uthmaniyyah ini memberi pelbagai kepentingan dan kesan politik kepada

kedua-dua kuasa ini. Seperti Perjanjian Sevres 1920 juga, Perjanjian Lausanne turut

memberikan impak negatif terhadap politik di Uthmaniyyah di mana Uthmaniyyah

terpaksa bersetuju untuk memberikan wilayah taklukannya kepada Barat serta juga

membuka pintu negaranya kepada kuasa asing melalui pembukaan pelabuhan

kepada kuasa Barat. Namun tidak dapat dinafikan juga bahawa, Perjanjian

Lausanne 1923 turut membawa kesan positif terhadap politik di Uthmaniyyah di

mana tidak berlakunya sekatan terhadap jumlah angkatan perang Uthmaniyyah

serta juga mempunyai hak untuk melindungi etnik minoriti di Uthmaniyyah.

7.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Perjanjian Paris 1919 hingga 1920 atau Paris Peace

Conference 1919 telah membawa kepada perubahan politik Asia Barat melalui

kesan yang dibawa oleh Sistem Mandat yang telah dilaksanakan.57 Hal ini demikian

kerana, dengan terbentuknya Sistem Mandat di Asia Barat, maka berlakunya

perubahan politik di Asia Barat. sebagai contohnya, Sistem Mandat yang

dilaksanakan telah mengubah persempadanan antara wilayah-wilayah dan juga

kuasa-kuasa yang mentadbir selepas kawasan-kawasan ini dibahagikan antara

kuasa-kuasa yang menang dalam Perang Dunia Pertama. Oleh itu, dengan

pendudukan kuasa-kuasa pentadbir melalui Sistem Mandat, maka corak

pentadbiran di kawasan-kawasan yang telah diduduki juga mengalami perubahan.

57 Valerie Hansen dan Kenneth Curtis, Voyages in World History, Volume 2, United States of America:

Cencage Learning, 2010 Halaman 797.

23

Page 24: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Sebagai contohnya, melalui Perjanjian Sevres pada 10 Ogos 1920 yang

termeterai antara Uthmaniyyah dengan Kuasa Bersekutu telah meninggalkan kesan

kepada bidang politik di Asia Barat.58 Hal ini demikian kerana melalui Perjanjian

Sevres ini telah menyebabkan The League of Nations yang ditubuhkan

mengisytiharkan sesetengah negara Asia Barat sebagai mandat dan menyerahkan

negara-negara tersebut kepada kuasa-kuasa Barat yang lain untuk berada di bawah

pemerintahan kuasa-kuasa tersebut. Sebagai contohnya, Turki telah kehilangan

tanah dan tempatnya ke tangan kuasa Britain, Perancis dan Greece. Bukan itu

sahaja, perubahan politik di Uthmaniyyah berlaku disebabkan oleh Perjanjian

Lausanne pada tahun 1923 dengan Kuasa Bersekutu.59 Dengan termeterainya

Perjanjian Lausanne 1923 ini, maka pelbagai perubahan politik berlaku di

Uthmaniyyah iaitu seperti wilayah jajahan takluknya diserahkan kepada pihak

Barat, Uthmaniyyah tidak perlu membayar kerugian perang, serta juga tidak ada

sekatan ke atas bilangan angkatan perang yang ingin ditubuhkan di Uthmaniyyah.60

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa kekalahan Uthmaniyyah dalam

Perang Dunia Pertama ke atas Kuasa Bersekutu telah menyebabkan pelbagai impak

terhadap empayar Uthmaniyyah khususnya dalam bidang politik. Kesan ini dapat

dilihat sejurus selepas perjanjian damai dicapai iaitu Paris Peace Conference 1919

yang telah membawa kepada pelbagai perjanjian lain berlaku antara Uthmaniyyah

dan Kuasa Bersekutu seperti termeterainya Perjanjian Sevres 1920 dan Perjanjian

Lausanne 1923. Kesan politik yang utamanya kepada Uthmaniyyah daripada

perjanjian-perjanjian ini adalah pembahagian wilayah dan kawasan Uthmaniyyah

kepada Kuasa Bersekutu, dan juga kurangnya kuasa pentadbir Uthmaniyyah ke atas

politik di Uthmaniyyah.

58 Spencer C. Tucker dan Priscilla Mary Roberts, Encyclopedia Of World War I: A Political, Social, And

Military History, California: ABC-CLIO Inc, 2005, Halaman 1080.

59 Spencer Tucker dan Priscilla Mary Roberts, World War I: A Student Encyclopedia, California: ABC-CLIO

Inc, 2006, Halaman 1067.

60 Ibid, Halaman 1069.

24

Page 25: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

RUJUKAN

Ann Williams. 1986. Britain and France in the Middle East and North Africa 1914-

1967. New York: St Martins Press.

Avi Shlaim. 1994. War And Peace in The Middle East: A Concise History Revised and

Updated. New York: Penguin Books.

Bernard Lewis. 1995. The Middle East: A Brief History of The Last 2000 Years. New

York: Scribner.

Christoper Condon. 1994. The Making Modern World. Australia: Macmillan Education

Australia.

David Pryce-Jones. 2006. Betrayal: France, the Arabs, and the Jews. New York:

Encounter Books.

David W. Lesch. 1996. The Middle East and The United States: A Historical and

Political Reassessment. United States: Westview Press Inc.

Edmund Jan Osmańczyk dan Anthony Mango. 2003. Encyclopedia of the United

Nations and International Agreements: A to F, New York: Routledge.

25

Page 26: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Esco Foundation for Palestine. 1947. Palestine: A Studies of Jewish, Arab and British

Policies, New York: Kraus Reprint and Co.

George Antonius. 1939. The Arab Awakening. Philadelphia New York: J.B. Lippincott.

Georgi P. Genov. 1935. Bulgaria and the Treaty of Neuilly. United States: H.G.

Danov and Company.

Heather Lehr Wagner dan George J. Mitchell. 2004. The Divison of The Middle East:

The Treaty Of Sevres. United States: Infobase Publishing.

Hew Strachan. 1998. The Oxford Illustrated History of The First World War. New

York: Oxford University Press.

Ingrams, D. 1972. Palestine Papers 1917-1922. London: John Murray.

Isharat, E. 1998. The Failure of Keys Accord and Agreement in Palestine-Israel.

Idaho: Idaho State University.

Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. (Terj). Mohammad Redzuan Othman. 1991.

Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Jane Davis. 1995. Politics and International Relations in The Middle East:

Continuity and Change. United Kingdom: Edward Elgar Publishing Limited.

Margaret MacMillan. 2001. Paris 1919: Six Months That Changed the World. Great

Britain: John Murrey Publishers.

Martin Gilbert. 1998. Israel: A History. Great Britain: Transworld Publishers Ltd.

Mohammad Redzuan Othman (Terj). 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara. Kuala

Lumpur: Percetakan Maziza Sdn.Bhd.

New York Times Current History: The European War. Volume XVII. 1919. New York:

New York Times.

Patricia M.E. Lorcin & Daniel Brewer. 2009. France and its spaces of war:

experience, memory, image. New York: Palgrave Macmillan.

Peter Hart. 2013. The Great War: 1914-1918. Great Britain: Profile Books Ltd.

26

Page 27: Kump. Esei 17 Group Chong.docx

Peter Mansfield. 1973. The Ottoman Empire and Its Successors. London: The

Macmillan Press.

Riza Sihbudi dan Smith Alhadar. 2004. Palestina dalam Pandangan Imam Khomani.

Jakarta: Pustaka Zahra.

Simonds, Frank Herbert. 1920. History of the World War. Volume 5. Garden City:

Doubleday.

Spencer C. Tucker dan Priscilla Mary Roberts. 2005. Encyclopedia Of World War I: A

Political, Social, And Military History. California: ABC-CLIO Inc.

Valerie Hansen dan Kenneth Curtis. 2010. Voyages in World History. Volume 2.

United States of America: Cencage Learning.

27