esei kump peristiwa 13 mei 1969 dan diskriminasi wanita dalam politik analisis dan kajian kes...

33
PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58) KUMPULAN: A TEORI PENGAJIAN MALAYSIA (HNT3013) TAJUK TUGASAN: PERISTIWA 13 MEI 1969 & DISKRIMINASI WANITA DALAM POLITIK: ANALISIS DAN KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI KONFLIK DAN TEORI FEMINISME PENSYARAH: CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMAR D20121059092 ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804

Upload: iffat-zikri

Post on 29-Sep-2015

47 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

esei kumpulan

TRANSCRIPT

PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)KUMPULAN: A

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA(HNT3013)

TAJUK TUGASAN:

PERISTIWA 13 MEI 1969&DISKRIMINASI WANITA DALAM POLITIK:ANALISIS DAN KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI KONFLIK DAN TEORI FEMINISME

PENSYARAH:

CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIK

MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMARD20121059092

ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804

RONALD AGAN TOM D20131064785

MOHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN YAACOB D20131064780

MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIND20131064782

PROGRAM PENDIDIKAN PENGAJIAN MALAYSIA (AT48)SEMESTER 1 2014/2015KUMPULAN: A

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA(HNT3013)

TAJUK TUGASAN:

PERISTIWA 13 MEI 1969:KAJIAN KES DAN ANALISIS BERDASARKAN TEORI KONFLIK

PENSYARAH:

CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIK

MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMARD20121059092

ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804

RONALD AGAN TOM D20131064785

MOHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN YAACOB D20131064780

MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIND20131064782

TARIKH HANTAR:

3 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGANBILTAJUKMUKA SURAT

1.0Pengenalan3

2.0Aliran Teori Konflik-Aliran Marx-Aliran Webber3 4

3.0Kajian Kes: Peristiwa 13 Mei4 6

4.0Analisis Kajian7 - 9

5.0Kesimpulan10

6.0Rujukan 11

1.0PengenalanTeori konflik telah diasaskan oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti olehWeber. Beliau ialah seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi yang berasal dari Jerman. Antara karya yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini adalah melalui karyanya terkenal iaitu The Communist Menifesto. Pandangan teori konflik mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya. Konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Sesuatu konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok sosial. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep dialektik, determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi. Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan. 2.0Aliran Teori KonflikA. Aliran Karl MarxPandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran sosiologikal terhadap karya-karya Marx. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama. Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanyaakan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya.

B. Aliran WebberTokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupunteori konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan (kristian protestan). Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas Weber menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti. Status merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri. Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun organisasi. Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan sosialdan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka. Dapat disimpulkan di sini bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan perjuangan yang berlaku alam masyarakat bukanlah disebabkan faktor ekonomi semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing supaya dipandang tingi oleh masyarakat.3.0Kajian Kes : Peristiwa 13 MEI 1969Melihat kepada sejarah awal penubuhan Malaysia yang kini telah menjadi sebuah persekutuan selama 51 tahun, pelbagai cabaran telah dihadapi sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam masyarakat majmuk. Majmuk menurut kamus dewan edisi keempat adalah terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian tetapi merupakan kesatuan. Masyarakat majmuk pula memberi maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa (kamus dewan edisi keempat, 2005, m/s 976). Masyarakat majmuk ini menjadi cabaran dalam perlaksanaan Malaysia kerana setiap kaum mempunyai kepentingannya tersendiri. Sebelum tertubuhnya Malaysia, Tanah Melayu telah didatangi oleh orang China dan juga orang India disebabkan oleh dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh British pada masa itu. Namun demikian, dasar pecah dan perintah oleh British membuatkan masyarakat pribumi dan juga masyarakat yang bermigrasi pada masa itu tidak bersatu. Mereka hanya menjalankan kehidupan sosial dan juga aktiviti ekonomi dalam kelompok tersendiri. Perbezaan tempat tinggal dan tidak bergaul ini menjadi faktor masyarakat pada masa itu tidak memahami budaya masing-masing dimana interaksi sosial itu tidak berlaku dan seterusnya mencetuskan rusuhan kaum pada 13Mei setelah semuanya diluar kawalan.Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah diantara kaum Cina dan juga kaum Melayu. Walaupun rusuhan kaum yang sering berlaku di masa kini akan melibatkan seluruh negara, rusuhan kaum ini pula hanya berlaku di Kuala Lumpur. Ianya bermula selepas pilihanraya 1969 di mana parti pembangkang pada masa itu iaitu Parti Tindakan Rakyat dan Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan berbanding sebelumnya. Parti kerajaan iaitu Parti Parikatan masih berjaya membentuk kerajaan tetapi mereka mengalami kemerosotan jumlah kerusi yang dimenangi. Situasi kempen merupakan detik permulaan bagi detik sejarah hitam negara ini dimana sesetengan parti memgetengahkan manifesto yang berunsurkan perkauman dan juga mencemarkan imej individu tertentu semasa berkempen.Keadaan semakin hangat apabila parti pembangkang iaitu DAP dan Gerakan melakukan perarakan besar-besaran bagi meraikan kejayaan mereka mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya ini. Namun demikian, peristiwa ini pada asalnya adalah perarakan jenazah seorang pemuda cina yang terkorban semasa bertempur dengan pihak polis semasa pilihanraya dilakukan (Mardiana Nordin, 2011). Namun demikian, kesilapan dalam kepimpinan UMNO pada masa itu juga turut menjadi punca kepada perbalahan kaum ini. Pemimpin dan penyokong UMNO pada masa itu terasda tercabar dengan perarakan yang dilakukan oleh kaum Cina tersebut. Oleh yang demikian, UMNO juga turut melakukan satu perarakan balas yang bertujuan untuk meraikan kejayaan mereka membentuk kerajaan pada masa itu. Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris yang merupakan Menteri Besar Selangor pada masa itu. Perarakan yang berunsurkan provokasi ini seterusnya mencetuskan sentimen perkauman antara orang Cina dan juga orang Melayu. Kesan daripada rusuhan kaum itu, angka kematian yang amat tinggi dicatatkan sepanjang darurat.Beberapa faktor lain yang dilihat merupakan penyumbang kepada berlakunya rusuhan kaum ini adalah seperti pemisahan tempat tinggal atau penempatan. Hubungan rasmi dinasti Ming dengan empayar Melaka pada abad ke-15 adalah detik bermulanya hubungan diplomatik dengan china (Liang Liji, 2009). Semenjak dari zaman ini, wujud perkampungan mengikut kaum maka wujudlah perkampungan seperti kampung Jawa, Kampung Cina dan juga Kampung Melayu. Pengasingan tempat kediaman ini dilakukan adalah untuk memudahkan pentadbir untuk mengurus mereka. Oleh yang demikian wujudlah ekonomi yang berbeza dalam kalangan masyarakat ini berdasarkan tempat-tempat mereka tinggal. Pengasingan yang dilakukan ini hampir menjadikan masyarakat Cina dan juga masyarakat Melayu khasnya tidak bercampur gaul dan memahami adat satu sama lain. Dari itu juga berlaku perbezaan ekonomi apabila kebanyakan kaum Cina ini tinggal di bandar-bandar dan menjalankan kegiatan perniagaan manakala masyarakat Melayu pada masa itu Cuma melakukan ekonomi saradiri dan juga mempunyai pendapatan yang amat rendah berbanding dengan kaum Cina. Hal ini membuatkan masyarakat Melayu pada masa itu merasa mereka ditindas dari segi ekonomi sedangkan mereka merupakan penduduk asal kepada tanah Melayu. Hal ini membangkitkan semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan orang Melayu pada masa itu.Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya rusuhan itu juga adalah pengasingan sistem pendidikan yang dijalankan pada awal penubuhan malaysia. sistem pendidikan ini merupakan diwariskan oleh british dimana sistem persekolahan pada masa itu adalah diasingkan mengikut kaum selarasa dengan ekpimpinan British pada masa itu yang menjalankan pemerintahan berkonsepkan pecah dan perintah. Pada masa tersebut, orang CIna, Orang India dan juga orang Melayu masing-masing memiliki sistem persekolahan yang tersendiri. British memang tidak mencadangkan untuk menyatukan kaum-kaum di Tanah Melayu pada masa itu kerana mereka risau masyarakat ini akan bangkit dan bersatu menentang British jika semangat perpaduan wujud dalam kalangan mereka. Disebabkan pengasingan yang berlaku ini, masyarakat pada masa itu tidak dapat berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik sesama mereka dan mereka tidak mengalami percampuran budaya. Semasa Laporan Razak diteliti,sebahagian orang Cina melihat ianya sebagai percubaan untuk menjatuhkan bahasa ibunda mereka (Kua Kia Soong, 2008). Kaum Cina pada masa ini risau bahawa perubahan dalam pendidikan ini merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk menghapuskan bahasa Ibunda mereka. Hal ini seterusnya menjadikan mereka sangat tidak sehaluan dengan pihak kerajaan pada masa tersebut.Kesimpulannya, jelaslah bahawa setiap kaum mempunyai sensitiviti mereka yang tersendiri. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil ikhtibar daripada rusuhan yang berlaku ini. Masyarakat dan kerajaan Malaysia kini dilihat sangat mengambil serius terhadap ancaman perkauman ini. 4.0Analisis : Kesesuaian Teori Konflik dengan Peristiwa 13 Mei 1969Teori Konflik merupakan teori alternatif kepada Teori Fungsionalisme Struktural dalam bidang sosiologi. Teori ini menganggap konflik itu merupakan satu aspek utama (fundamental) dalam kehidupan masyarakat dan ini tidak mungkin dapat diatasi semua permasalahan yang berlaku itu. Dari perspektif teori konflik, undang-undang merupakan alat yang sangat penting untuk digunakan oleh kerajaan atau badan berkuasa dalam masyarakat untuk menjamin semua masyarakat tidak melanggar peraturan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan institusi utama dalam masyarakat. Salah seorang tokoh utama yang menyokong kuat Teori Konflik ini adalah Karl Marx. Pemikir Karl Marx ini sangat berpengaruh dan menjadikan dasar daripada teori konflik ini. Teori ini mula berkembang dan merebak dari tahun 1950an dan 1960an. Selain itu, antara tokoh yang bersetuju dengan teori konflik ini juga adalah Weber, Simmel, Danredolf dan Coser. Setiap daripada mereka mempunyai persepsi masing-masing dalam teori konflik ini. Di Malaysia, ketika pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri Malaysia pertama telah meluahkan rasa gembiranya kerana kejayaan beliau yang mampu menyatupadukan tiga komuniti etnik utama yang berbeza peradaban dan budaya bersama-sama membina negara bangsa yang baru dan maju. Komuniti utama inilah yang terdiri daripada etnik Melayu selaku penduduk asal dan komuniti majoriti di Tanah Melayu, manakala komuniti kedua terbesar ialah komuniti etnik Cina dan diikuti komuniti etnik India, kedua-dua etnik inilah merupakan golongan pendatang pada asalnya. Walau bagaimanapun, kerjasama antara kaum ataupun etnik ini yang diharap untuk terus berterusan kembali bergelora selepas merdeka kesan daripada perubahan di Persekutuan Tanah Melayu seperti penubuhan Malaysia 1963, penyingkiran Singapura 1965, rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan setiap kali pilihan raya diadakan akan berlaku konflik atau permasalahan. Namun begitu, untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu, sudah menjadi lumrah akan munculnya koflik nilai induk antara komuniti etnik yang berbeza ketika meluahkan pandangan dan mempertahankan rukun teras masing-masing. Sejauhmanakah konflik ini berterusan, ia bergantung pada tahap ancaman dan persaingan yang dihadapi melalui tindakan masing-masing. Teori konflik mempunyai perkaitan dalam peristiwa 13 Mei 1969, kerana teori konflik menggunakan pendekatan teori konflik horizontal dimana peristiwa ini berlaku disebabkan oleh perbalahan antara kaum atau ras.Dasar pemerintahan British telah dianggap sebagai pencetus perkauman. Ini dapat dilihat melalui aspek bagaimana reaksi etnik-etnik tertentu terhadap polisi tersebut. Analisis dan kajian dapat dibuktikan melalui tindakan etnik Melayu, terutamanya apabila kelas bawahan berhadapan dengan pendiskriminasian dalam bidang ekonomi, pendidikan dan tindakan etnik Cina yang dihadkan dalam pentadbiran. Polisi bumiputera dan bukan bumiputera yang dikatakan bersifat perkauman sehingga meminggirkan kedudukan etnik Cina dan Etnik bukan Melayu juga dititikberatkan. Abraham mengatakan bahawa beliau tidak yakin bahawa kekuatan etnisiti sebagai pencetus konflik antara etnik Melayu dengan etnik Cina. Hal ini demikian kerana menurut Khoo Kay Kim, etnisiti merupakan faktor yang sangat kuat mempengaruhi manusia dan ini sukar dikikis menerusi ideologi. Menurut Karl Von Vorys, kegagalan sistem demokrasi yang menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah menyebabkan kebanyakan pemimpin lebih cenderung untuk mengekalkan sifat sosial masyarakat sebangsa namun, secara tidak sedar ia melibatkan pentadbiran yang bersifat autokrasi. Peristiwa 13 Mei inilah membuktikan bahawa ketegangan hubungan etnik masih gagal diatasi walaupun teras formula ini tetap diteruskan.Selepas penyingkiran Singapura, etnik Cina berasaskan hala tuju kepada pemerintahan Kerajaan Pusat lebih kepada menjurus kepada pro-Melayu dan ketika itu seluruh etnik Cina ataupun India telah pun diterima sebagai warganegara dan bukan lagi warga asing. Namun, berlaku pertelingkahan antara UMNO dan PAS yang hangat memperdebatkan bahawa parti pelindung Melayu itu gagal melindungi hak etnik orang Melayu. Kesan daripada pertembungan nilai induk dan rukun teras ini akhirnya berlaku pertumbuha melampau dalam kalangan etnik. Isu yang menjadikan kempen Pilihan raya 1969 lebih menjurus kepada perjuangan melindungi rukun teras bagi meraih undi daripada komuniti etnik masing-masing sehingga mencetuskan sentimen perkauman.Faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini adalah berpunca daripada hasutan komunis. Corak kempen pilihan raya etnik Melayu dan bukan Melayu adalah provokasi yang dimulakan oleh etnik Cina. Ada juga yang berpendapat kejadian ini berpunca ketidakseimbangan ekonomi dan kedudukan ekonomi etnik Melayu yang jauh lebih mundur jika dibandingkan dengan penguasaan ekonomioleh etnik Cina dan bukan Melayu. Walau bagaimanapun, konflik 13 Mei ini berpunca daripada persepsi negatif etnik Melayu terhadap etnik Cina atau sebaliknya ini termasuklah etnik Melayu penyokong UMNO atau PAS, mereka ada pandangan tindakan agresif etnik Cina selepas pilihan raya 10 Mei 1969. Keputusan Pilihan Raya 1969 memeranjatkan semua pihak apabila UMNO dan MCA kalah teruk dan hampir separuh kerusi di Parlimen dan Negeri parti Perikatan itu kehilangan kerusi. Kebanyakan kerusi UMNO berjaya dikuasai oleh PAS. UMNO tidak puas hati kerana kegagalannya melindungi hak kebajikan dan rukun teras Melayu secara menyeluruh manakala etnik Cina menganggap UMNO peneraju Perikatan lebih cenderung mendiskriminasikan mereka yang pro-Melayu. Malahan, peranan polis dan tentera menyemarakkan huru-hara kerana mereka berperanan menyebarkan maklumat dan bukan bekerjasama menyeleraikan pertelingkahan. Rusuhan 13 Mei 1969 tercetus apabila etnik Cina di bawah hasutan PKM/Cina bertindak agresif menghina, memprovokasi nilai Kemelayuan-Islam ketika mengadakan perarakan kemenangan. Hasilnya, kesabaran etnik Melayu semakin pudar dengan tindakan etnik Cina yang menghina secara melampau nilai Kemelayuan-Islam. Mereka pada awalnya tergamam, lalu terimbaulah memori hitam sewaktu pemerintahan di bawah penguasaan MPAJA/Cina. Lalu, etnik Melayu mula bersepakat membuat perarakan namun, penghinaan daripada etnik Cina semakin menjadi-jadi walaupun mereka belum memulakan perarakan. Akhirnya, pada petang 13 Mei 1969, etnik Melayu bersedia dengan ilmu persilatan yang telah direstui oleh para kiyai mengamuk apabila mereka mendengar khabar angin bahawa surau dibakar oleh etnik Cina. Etnik Melayu membakar kereta di jalan raya justeru ketika itu seruan pemimpin Melayu sudah tidak dihiraukan lagi. Akibatnya, pembunuhan beramai-ramai terjadi apabila seramai 196 orang di kalangan etnik Cina (125 orang), etnik Melayu (37 orang) manakala etnik India (17 orang). Rentetan inilah, di bawah MANGERAN, Tun Abdul Razak telah membentuk Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan, Rukun Negara sebagai ideologi negara dan menyusun semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa 13 MEI berlaku diantara kaum cina dengan kaum melayu selepas selesai pilihanraya dimana parti perikatan yang majoriti disokong oleh orang melayu gagal memenangi 2/3 walaupun berjaya membentuk kerajaan. Konflik berlaku apabila hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi persekutuan.

5.0KesimpulanTeori konflik dapat menjelaskan bahawa Peristiwa 13 Mei 1969 bersesuaian dengan dimensi horizontal iaitu konflik bersama rakyat dan rakyat. Walaupun ada sedikit kaitan faktor dimensi vertikal di dalam kajian kes ini, ianya dapat menunjukkan teori ini dapat menjelaskan peristiwa 13 Mei dengan baik dan terperinci. Selain itu juga, pelbagai pendapat dan pandangan tentang peritiwa hitam negara yang di kaitkan dengan mana-mana teori yang bersesuaian mengikut pengkaji. Peristiwa ini membawa pengajaran buat negara Malaysia untuk menjaga keamanan dan kesejateraan bagi memastikan tiada rusuhan kaum yang berlaku di negara ini. Bibit-bibit permulaan rusuhan kaum sudah bermula sejak lama lagi tetapi ianya dapat dikawal atas faktor undang-undang dan kesedaran tentang kesepaduan antara kaum serta penerimaan budaya antara satu sama lain.

6.0RujukanKua Kia Sian.(2008). 13 Mei Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan Kaum 1969 Malaysia, Suaram Komunikasi, Petaling Jaya, Selangor.Liang Liji .(2009). Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi SelangorMardiana Nordin Dan Hasnah Hussin. (2011). Pengajian Malaysia, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Selangor Darul EhsanTurner, J. H. (1998). The Structure of Sosiological Theory (Sixth Edition), Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company

PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)KUMPULAN: A

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA(HNT3013)

TAJUK TUGASAN:

DISKRIMINASI WANITA DALAM POLITIK : ANALISIS DAN KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI FEMINISME

PENSYARAH:

CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIK

MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMARD20121059092

ROSHAIDIH BIN MADING D20131064804

RONALD AGAN TOM D20131064785

MUHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN YAACOB D20131064780

MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIND20131064782

TARIKH HANTAR:

3 DISEMBER 2014

ISI KANDUNGAN

BILTAJUKMUKA SURAT

1.0Pengenalan14

2.0Perkembangan Ideologi Feminisme Gelombang A Gelombang B Tokoh dan aliran Feminisme15 - 18

3.0Kajian Kes: Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita19 - 22

3.1Analisis Kajian22 - 23

3.2Rumusan 23

4.0Kesimpulan 24

5.0Rujukan 25

1.0 PengenalanTeori Feminisme adalah berkaitan tentang kepercayaan bahawa wanita dan lelaki adalah manusia yang mempunyai sifat, kebolehan, dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Gerakan Feminisme ini lahir dengan dua gelombang yang berbeza dan masing-masing mempunyai tujuan asal namun gerakan mereka bertambah radikal dan profesional. Pada abad ke-19, Pelopor gerakan ini ialah Lady Mary Montagu dan Marquis de Condoracet yang muncul di Eropah dan memperjuangkan hak mereka yang dipanggil universal sisterhood (http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/543/jbptunikompp-gdl-eighwikaku-27140-6-unikom_e-i.pdf, Tarikh akses 27. Nov. 2014 ) . Disebabkan masalah penindasan terhadap kaum wanita terlalu ketara pada abad ke-18, kemunculan tokoh-tokoh feminisme wujud bagi membincangkan soal-soal berkaitan gender ini. Masalah ini telah menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan wanita khususnya bagi wanita yang mempunyai keupayaan dalam pelbagai aspek namun terhalang atas sebab jantina atau biologi. Terdapat dua gelombang tahap perkembangan teori Feminisme iaitu ;

2.0 Perkembangan Ideologi FeminismeA. Gelombang pertama : Perkataan feminisme adalah berasal dari seorang tokoh sosiologi iaitu Charles Fourier yang telah pun tersebar luas sekitar tahun 1837. Penulis John Stuart Mill (1869) yang menerbitkan sebuah buku yang berjudul The Subjection of women yang dulunya berpusat di Eropah kini berkembang sehingga ke Amerika. Fahaman feminisme pada masa ini dianggap sebagai kelahiran gerakan feminisme yang terawal pernah dicatatkan. Pada abad ke-18, penindasan terhadap hak-hak wanita kian berleluasa dan banyak kes yang melibatkan wanita dipandang rendah dan dihina sehingga mereka tersisih dari arus pembangunan. Kedudukan mereka yang dianggap rendah seolah-olah golongan wanita tidak mempunyai peranan setaraf dengan lelaki. Pada abad ke-18 dilihat sebagai suatu tahap yang mencerminkan kedudukan dan martabat wanita sehingga menjadi mangsa dalam arus permodenan sehingga menjadi alat penindasan semata-mata. Pada tahap ini, wanita telah mula bangkit bahkan ada di antara mereka yang mengetuai gerakan tersebut adalah dari kalangan yang berpengaruh dan dianggap berkerjaya. Sejarah dunia juga membuktikan bahawa golongan wanita sering dimanipulasi dalam soal sosial kerana dianggap tidak mempunyai kredibiliti berbanding lelaki. Dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya, golongan lelaki lebih diutamakan berbanding wanita kerana faktor kemampuan, pemikiran, daya tahan dan sebagainya. Semasa kedatangan era Liberalisme di Eropah dan selepas kejadian Revolusi Perancis pada abad ke-18, gerakan feminisme di kalangan wanita kian bertambah disebabkan wujudnya kesedaran terhadap penindasan terhadap mereka. Malahan, golongan wanita telah berani untuk keluar rumah walhal mereka sedar akan kemampuan mereka dan percaya bahawa apa yang dimiliki lelaki juga mampu dimiliki oleh golongan wanita. Dalam soal keagamaan contohnya dalam aspek kepimpinan, harta, rumah tangga, wanita lebih cenderung dilihat sebagai institusi kedua terpenting selepas lelaki. Hal ini dibuktikan oleh Agama Islam sendiri. Namun, tidak semestinya apa yang dimiliki oleh lelaki bermaksud untuk menindas wanita semata-mata. Tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh lelaki dalam hal-hal kekeluargaan seperti menjadi pemimpin atau ketua keluarga merupakan tuntutan yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan. Namun, ada yang menganggap bahawa hukum tersebut tidak seimbang malah mengenepikan peranan wanita. Keperluan semasa yang tidak relevan juga dianggap satu penindasan terhadap wanita.Pada tahun 1792, Mary Wolllstoncraft telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Vindication of the right of Woman yang di dalamnya terdapat prinsip-prinsip feminisme. Selain itu, pada tahun 1830-1840, pembebasan wanita daripada penindasan berserta hak-hak wanita mula diberi perhatian. Perkara yang berkaitan tentang bidang pekerjaan mula diperbaiki seperti waktu bekerja, gaji mengikut tahap pendidikan dan keterbukaan hak untuk memilih tanpa mengira jantina.

B. Gelombang Kedua Pada tahun 1960, Jutaan wanita di seluruh dunia terutamanya golongan muda seperti pelajar, pekerja dan suri rumah yang berlatar belakangkan pendidikan yang lebih tinggi. Mereka menolak beberapa pandangan yang lebih ke arah fundamental disebabkan penindasan terhadap mereka sejak berabad lamanya. Kemunculan fenomena massa yang begitu radikal adalah seperti yang berlaku di Amerika di mana golongan wanita begitu menyerlah untuk memperjuangkan feminisme malah tersebar ke negara-negara dunia ketiga.

Pada gelombang kedua perjuangan feminisme menyaksikan peranan yang lebih besar ditunjukkan oleh golongan wanita untuk menentang isu reaksioner, hukum perkahwinan yang menindas, hukum pewaris harta, Mereka menggunakan banyak kaedah dan metode dari pelbagai sudut untuk mengakses maklumat untuk kajian dalam politik, pekerjaan dan pendidikan hingga hal-hal peribadi.Tuntutan bagi memenuhi kesamaan dalam apa jua bidang adalah idealisme feminisme yang menuntut keseimbangan dalam institusi masyarakat. Mereka merasakan dengan adanya keseimbangan tanpa memilih jantina adalah suatu yang dianggap transformasi seluruh hubungan sosial antara manusia. Mereka tidak lagi ingin dianggap sebagai golongan bawahan yang tidak memberi faedah kepada pembangunan malah tidak menganggap golongan ini tidak berkepentingan. Mereka ingin memperjuangkan kebebasan dalam apa jua bidang sekali gus dianggap sebagai golongan yang berstatus tinggi dalam masyarakat setanding dengan kaum lelaki. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, kemunculan negara-negara bebas dari penjajahan oleh Negara Eropah juga telah mewujudkan ideologi feminisme yang bersifat terbuka. Pada tahun 1980, gelombang kedua gerakan feminisme mencapai tahap yang begitu tinggi yang mana suara wanita kian lantang dalam kerajaan malahan pada masa itu telah wujud wakil-wakil wanita yang tampil untuk mewakili parlimen.

2.1 Tokoh-Tokoh dan Aliran FeminismeAntara tokoh yang terkemuka dalam Teori Feminiseme adalah seperti Jean Elstain, Cynthia Enloe, J. Ann Tickner dan Christine Sylvister.Jenis-jenis Aliran Feminime :1) Feminisme LiberalPelopor teori ini adalah Mary Wollstonecraft (1929) dan BettyFriedan (1965), mereka berpendapat bahawa antara lelaki dan wanita tidak ada jurang perbezaan. Dalam sistem sosial masyarakat khususnya dalam sistem politik dan pekerjaan dimana taraf dan penglibatan wanita perlu diseimbangkan. Kesamarataan antara wanita dan lelaki perlu diutamakan tanpa adannya penindasan terhadap golongan tertentu. 2) Feminisme RadikalUntuk mempertahankan hak wanita dalam sistem sosial masyarakat, peranan waniita dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat adalah pendekatan perjuangan mereka. Mereka menganggap bahawa dengan menuntut segala pembebasan dalam pemilihan perlu diberi keutamaan kerana ia melibatkan soal sejagat dan umum. Sistem patriarki dalam masyarakat juga dianggap sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia kerana melanggar nilai-nilai asasi manusia. Dalam perkahwinan, menurut Simon de Beauvoir ( 2008) menyatakan bahawa tidak semestinya wanita menyerahkan kebebasan dan kemerdekaannya kepada lelaki seperti yang berlaku di India.3) Feminisme BudayaIdealisme ini merupakan kepercayaan bahawa lelaki dan wanita adalah berbeza. Perbezaan ini wujud dari segi didikan, peranan, tanggungjawab, sikap kewanitaan menjadikan golongan ini lebih baik berbanding lelaki. Naluri seorang wanita adalah sangat berbeza dengan lelaki kerana nilai-nilai yang ada pada seorang wanita juga menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana wanita lebih berpengaruh dalam bidang tersebut. Wanita dianggap sebagai pelengkap dalam institusi keluarga kerana seorang wanita semestinya akan melahirkan seorang anak dan memberi sepenuh kasih sayang berbeza dengan peranan lelaki yang hanya mencari rezeki dan mencari punca pendapatan keluarga. Namun fahaman ini bertentangan dengan fahaman feminisme yang lain kerana peranan yang wujud itu boleh dipelajari oleh golongan lelaki. Apa yang kita lihat berlaku pada hari ini adalah peranan yang dulunya dikuasai oleh wanita juga dikuasai oleh lelaki seperti memasak, penjagaan anak dan mengemas rumah.4) Feminisme Sosialis-MarxisTeori ini adalah kepercayaan di mana wanita berpegang teguh kepada aspek diskriminasi dan kelas gender. Wanita yang sering diabaikan dari segi peranannya dalam masyarakat juga menjadi objektif perjuangan mereka kerana hanya mementingkan satu kelas gender sahaja. Mereka berpendapat bahawa untuk menjadikan sesuatu sistem masyarakat itu benar-benar memenuhi keseimbangan ialah dengan mengkaji peranan masing-masing boleh mewujudkan sesuatu yang dianggap memenuhi hak asasi manusia.

3.0 Kajian Kes dan Bentuk Diskriminasi Terhadap WanitaPendekatan Feminisme merujuk kepada unsur-unsur kebebasan terhadap wanita bahawa dunia ini adalah perkongsian bersama. Konsep ini adalah sinonim dengan masalah yang menimpa kaum wanita sejak berabad lamanya. Biarpun wanita pada hari ini memiliki sifat kepimpinan namun disebabkan jantina mereka tidak layak untuk memegang sebarang jawatan yang lebih tinggi melebihi kaum lelaki. Perubahan ketara oleh golongan feminin ini adalah sangat baik dari semasa ke semasa dari segi penglibatan mereka dalam bidang politik adalah sesuatu yang menjadi sumber inspirasi kepada parti-parti politik. Mereka sedar akan keterbatasan fizikal, sifat kewanitaan, sifat kepimpinan yang tidak setanding lelaki tapi disebabkan pada hari ini wanita telah mula membina institusi sendiri contohnya dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga, masyarakat Malaysia (KPWKM) yang bertanggungjawab menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarha dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada persidangan penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita. Diskriminasi wanita yang berlaku pada hari ini bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai perkara biasa. Masalah ini telah pun berlaku sejak ke abad ke 18 lagi, wanita diperlakukan seperti hamba perdagangan, menjadi pelacur, menjadi hamba abdi malahan menjadikan mereka sebagai suri rumah sepenuh masa tanpa membenarkan mereka melakukan perkara yang dilakukan oleh golongan lelaki. Di Eropah, migrasi yang berlaku oleh golongan wanita secara beramai-ramai adalah disebabkan dasar diskriminasi yang terlalu menindas golongan wanita malah tidak menganggap mereka sebagai warganegara. Penglibatan wanita dalan arena politik adalah objektif dan saranan daripada kemodenan yang semakin pesat. Golongan wanita mempunyai potensi untuk membangunkan negara dan membawa perubahan di dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam badanbadan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang lebih mengutamakan kepada wanita dan keluarga. Biarpun dalam arena politik wanita mempunyai halangan untuk menyertai parlimen di peringkat kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, namun ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender yang sepenuhnya di dalam pentadbiran. Melihat daripada bentuk politik yang lebih terbuka, peratus peningkatan penglibatan tidak berlaku secara terus malah ia berlaku secara berperingkat untuk mencapai tahap itu. Bermula dari zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawah pendidikan sehingga kepada gaya sosial semasa adalah sangat diragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan yang bernas. Bentuk diskriminasi ini juga terjadi akibat daripada tanggungjawab yang besar oleh wanita di dalam institusi keluarga adalah keutamaan yang diberikan lebih kepada wanita berbanding lelaki. Di Indonesia, wanita mempunyai peranan yang cukup besar dalam politik kerana wujudnya perjanjian tentang hak asasi wanita. Kedudukan wanita di Indonesia secara formal adalah cukup kuat kerana proses penentuan undang-undang serta peraturan yang telah diwujudkan adalah berkaitan soal hak asasi manusia. Namun, secara praktiknya wanita masih lagi mengalami satu penjajahan dan diskriminasi. Menurut Pof. Miriam Budiardjo ( 2008: 257) menyatakan bahawakedudukan perempuan secara de jure jauh berbeda dengan kedudukannya secara de fact. Selain itu, kekuatan wanita dalam politik Indonesia telah mewujudkan beberapa perjanjian mengenai hak politik wanita ( Convention on the Political Rights of Women) dan perjanjian penghapusan Diskriminasi terhadap wanita (Convention on the Political Elimination og All Forms of Discrimination againts Women atau CEDAW. Pada tahun 1993, Deklarasi Wina juga telah memberi kesempatan kepada wanita untuk memenuhi 30% kerusi wakil rakyat mengikut Undang-Undang Pemilihan Umum 2004.Konvensyen PBB juga telah mengeluarkan tindakan yang sewajarnya untuk mempertahankan hak wanita antaranya menetapkan bahawa wanita berhak untuk menyuarakan segala unsur penindasan tanpa diskriminasi oleh golongan lelaki. Wanita juga berhak untuk memegang mana-mana jawatan setelah memenangi pilihan raya tanpa mengira badan elektif berlandaskan undang-undang pilihan raya. Selain itu, wanita berhak menduduki jabatan-jabatan dalam kerajaan bagi menyelanggara semua proses pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.

Antara isu yang dilihat sebagai amat menindas golongan wanita ialah isu dalam rumah tangga, kewarganegaraan, dan perdagangan (trafficking) wanita dan anak-anak. Pada dasarnya, peranan wanita lebih terserlah dalam institusi keluarga. Mereka kurang memahami soal-soal politik mahupun soal berkaitan negara bukanlah disebabkan kekurangan ilmu dan pendidikan namun atas nilai-nilai kecekapan yang lebih dimonopoli golongan lelaki. Pada tahun 2007, wanita di Indonesia terlalu kuat untuk memperjuangkan hak mereka sehingga Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengesahkan undang-undang tentang penghapusan kekerasan rumah tangga, undang-undang tentang kewarganegaraan dan undang-undang pemerdagangan wanita. Penglibatan wanita dalam politik juga berada di tahap yang rendah. Semenjak Malaysia mengecapi kemerdekaan, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar sederhana dan masih di tahap sederhana. Pada tahun 1990, dianggarkan hanya 5% daripada ahli-ahli parlimen adalah wanita. Namun bilangan ini terus bertambah pada tahun 1999 kepada 10%. Selepas pilihan raya 2004, bilangan ini tidak mengalami perubahan sedangkan wanita-wanita adalah lebih ramai mempunyai pendidikan lebih tinggi berbanding lelaki. Kekurangan bilangan wanita dalam politik adalah disebabkan faktor yang disebabkan individu itu sendiri kerana dengan dasar-dasar yang telah diwujudkan untuk memberi keseimbangan dalam politik sebagai galakan kepada mereka. Peranan wanita Malaysia bermula dengan kemenangan Halimaton Saadiah dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama iaitu pada tahun 1955. Dengan pelantikan beliau sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 menyemarakkan lagi penglibatan wanita dalam politik negara masa itu. Kesetaraan gender oleh Feminis sebenarnya tidak terdapat dalam hukum Islam. Kemunculan ideologi feminisme muncul di Barat semasa era pencerahan (enlightenment era) iaitu semasa kebangkitan wanita bagi menuntut hak-hak mereka. Sebelum zaman pencerahan iaitu pada zaman gelap (dark ages), golongan lelaki lebih mendominasi sistem dalam masyarakat malah tidak membenarkan wanita untuk melibatkan diri dalam soal pendidikan pekerjaan luar rumah atau berpolitik. Bahkan lebih teruk lagi wanita dianggap tidak mempunyai status keberadaan dan dipertikaikan taraf kewarganegaraan mereka sehingga pada masa itu wanita di Eropah benar-benar kehilangan kemuliaannya. Kedudukan wanita dalam Islam adalah sama darjatnya malah dilayan sebagai manusia iaitu makhluk Allah. Wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan menceburi bidang politik. Pada zaman Rasullullah S.A.W dan Umar Al-Khattab r.a di mana Nabi memberi ilmu berkaitan Al-Quran kepada wanita dan menerima baiat (ikrar) dari dua orang perempuan semasa Baiat Al-Aqabah 2. Malahan, pada zaman Umar Al-Khattab, ada seorang wanita yang menegur Umar berkaitan nilai mahar perkahwinan. Dalam Islam juga, politik yang dilaksanakan adalah sangat berbeza dengan politik sekuler. Namun, idealisme dalam Teori Feminisme dalam Islam hanya wujud seperti dalam perkahwinan, poligami, harta dam sebagainya. Undang-undang dalam Islam juga menjadikan golongan lelaki sebagai pemimpin dalam sosial masyarakat contohnya pemimpin dalam keluarga dan pemimpin kerajaan. Umat Islam yang menjadikan hukum-hukum ini sebagai pedoman hidup semestinya tidak akan melahirkan sentimen ataupun isu melibatkan gender. Segala panduan yang terkandung di dalam Al-Quran perlu dipatuhi dan diikuti kerana di dalamnya terdapat undang-undang dan peraturan yang telah dikhaskan bagi mengimbangi peranan wanita dalam masyarakat. Dalam Islam sendiri menyeru umatnya untuk berdawah dengan mengajak kepada yang maaruf dan menjauhi perkara mungkar. Kewajipan setiap umat manusia tidak kira lelaki mahupun wanita adalah suatu yang dituntut bahkan menjadi sebahagian dari dakwah Islam.3.1 Analisis Kajian Untuk menjelaskan masalah yang berlaku akibat daripada diskriminasi wanita dalam politik Teori Feminisme liberal adalah sangat sesuai untuk merungkai masalah yang berlaku. Dalam Teori Feminisme percaya bahawa wanita dan lelaki adalah sama dan tidak wujud perbezaan. Perbezaan hanyalah wujud pada struktur biologi dan fizikal. Dalam politik, peranan wanita adalah cukup besar untuk membina sebuah institusi kerajaan yang lebih manpan. Golongan wanita dilihat sebagai individu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh lebih baik berbanding lelaki. Peranan mereka juga amat diperlukan dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan lebih-lebih lagi dalam proses penggubalan undang-undang dalam institusi kekeluargaan dan anak-anak. Teori Feminisme Liberal juga menjelaskan bahawa kecenderungan golongan lelaki mendominasi institusi politik sehingga mencemar martabat dan status wanita adalah bercanggah dengan konsep hak asasi manusia itu sendiri. Dalam arena politik, penglibatan wanita hanya cukup rendah contohnya di Malaysia, pada tahun 1990 hanya 5% dari ahli-ahli parlimen adalah wanita. Kerajaan cukup menitikberatkan soal-soal hak-hak wanita di Malaysia sehingga memperuntukkan dana untuk melaksanakan pembangunan wanita. Dengan ini, teori feminisme sangat menyokong sokongan yang diberikan kerajaan biarpun hanya sedikit berlaku diskriminasi gender dalam institusi kekeluargaan. Secara praktiknya, pengaruh wanita dalam politik tidaklah sehebat lelaki yang hampir mengeksplotasi segala sudut sistem sosial dalam masyarakat. Teori Feminisme Liberal ini juga sangat bersesuaian digunakan bagi membahas tentang pembebasan terhadap wanita tanpa adanya diskriminasi berkaitan gender. Mereka diberi peluang dan ruang untuk bersama-sama membangunkan negara ini demi kepentingan umum. Wanita bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa adannya diskriminasi. Pada zaman moden ini, wanita bukan sahaja boleh menjadi pemimpin malah menjadi simbol perjuangan-perjuangan wanita bagi mempertahankan institusi wanita di seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia Dalam institusi masyarakat, wanita yang sering dilabel sebagai individu yang kurang cekap malah tidak tegas adalah faktor yang menjadi penghalang kepada teori feminisme liberal ini. Masalah yang menimpa golongan wanita ini adalah disebabkan kurangnya daya fikir untuk membuat keputusan dalam bentuk krisis pemikiran yang lebih kompleks. Dalam institusi yang melibatkan kerajaan adalah amat sukar bagi wanita untuk menangani masalah-masalah yang lebih serius disebabkan faktor persekitaraan politik yang mana lelaki lebih mendominasi ruang tersebut. Masalah ini juga timbul akibat daripada desakan agama yang lebih mengutamakan lelaki untuk menjadi pemimpin atau khalifah di muka bumi ini. Setiap individu sama ada lelaki ataupun wanita adalah berfungsi untuk melengkapi hidup antara satu sama lain. Fungsi ini juga boleh difahami dengan fungsi Kontra antara dua gender yang berbeza3.2 Rumusan: Terima atau Menolak Teori Berdasarkan analisis kajian tentang diskriminasi terhadap wanita, dapat digambarkan dan dinilai bahawa golongan wanita mempunyai potensi untuk membangunkan negara dan membawa perubahan dalam masyarakat. Melihat daripada bentuk politik yang lebih terbuka, peratus peningkatan penglibatan tidak berlaku secara terus malah ia berlaku secara berperingkat untuk mencapai tahap itu. Wanita juga berhak untuk memegang mana-mana jawatan setelah memenangi pilihan raya tanpa mengira badan elektif berlandaskan undang-undang pilihan raya. Selain itu, wanita berhak menduduki jabatan-jabatan dalam kerajaan bagi menyelenggarakan semua proses pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Perwakilan wanita-wanita dalam badan-badan perundangan adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita Teori feminisme liberal yang dipopularkan oleh Wollstonecraft (1929) dan Betty Friedan (1965), bertetapan dengan kajian ini iaitu diskriminasi terhadap wanita dan dapat menjelaskan bahawa antara lelaki dan wanita tidak ada jurang perbezaan. Aliran pemikiran politik yang merupakan asal mula feminisme liberal, berada dalam proses pemikiran dan penstrukturan. Feminisme liberal menekankan, bahawa keadilan gender menuntut kita untuk membuat peraturan yang adil. Tujuan umum dari feminisme liberal adalah untuk menciptakan masyarakat yang adil dan peduli tempat kebebasan. Hanya di dalam masyarakat seperti itu perempuan dan lelaki dapat mengembangkan diri. Dalam sistem sosial masyarakat khususnya dalam sistem politik dan pekerjaan di mana taraf dan penglibatan wanita perlu diseimbangkan. Kesamarataan antara wanita dan lelaki perlu diutamakan tanpa adanya penindasan terhadap golongan tertentu. Teori feminisme liberal bertetapan dengan kajian ini kerana kedudukan wanita dalam Islam adalah sama darjatnya malah dilayan sebagai manusia iaitu makhluk Allah. Wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan menceburi bidang politik. Jelaslah bahawa feminisme liberal berkeinginan untuk membebaskan perempuan dari diskripsikan atau kebebasan untuk memberikan alasan yang lebih rendah atau tidak memberikan tempat sama sekali terhadap wanita baik dalam akademik mahupun pasaran. Mereka menekankan bahawa masyarakat mencampur adukan seks dan gender sebagai serta menganggapnya sebagai suatu tindakan yang dihubungkan dengan keperibadian feminisme yang layak untuk perempuan.4.0 KesimpulanTeori Feminisme adalah sesuatu mekanisme bagi wanita untuk terus memperbaiki mutu kehidupan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Landasan yang menjadi faktor penentu kesamarataan (equality) turut diperkukuhkan dengan berpandukan kepada kajian, metode dan tinjauan yang menyeluruh. Peranan mereka adalah sangat dialu-alukan dalam politik dalam kebanyakan negara-negara membangun kerana mereka lebih mengutamakan hak sejagat bukannya menjalankan kekuasaan dengan kekerasan yang hanya mementingkan nilai-nilai peribadi semata-mata. Namun, masalah teori feminisme ini ialah sifat wanita yang lahirnya kerana tentangan daripada hukum-hukum agama. Mereka membangkitkan soal-soal pemilikan harta, poligami, hak penceraian dan sebagainya yang mana perkara itu adalah ketentuan yang perlu dipatuhi di dalam agama Islam. Kitab yang diturunkan adalah wahyu yang di dalamnya terdapat hukum hakam kehidupan dan ini juga adalah soal ketaatan seseorang terhadap agamanya. Oleh yang demikian, Teori feminisme adalah tujuan asalnya hanyalah berkaitan pembebasan penindasan terhadap wanita disamping memperjuangkan keseimbangan dalam kehidupan agar boleh dinikmati.

5.0RujukanBUKU1. Prof Miriam Budiardjo (2008), Dasar-Dasar Politik. Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. JURNAL1. Nyoman Yatmi Pravitra Dewi (2004). Bab 2, Landasan Teori, Pendekatan Feminisme, Pergerakan Perempuan, Subordinasi Perempuan dan Stereotip jender. 2. Penulis tidak dinyatakan. Bab2, Landasan Teori. Boleh diperolehi dari Laman Web : http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/543/jbptunikompp-gdl-eighwikaku-27140-6-unikom_e-i.pdf3. Jai Nurrozaq ( 2014 ). Nilai-Nilai Feminisme. Boleh diperolehi dari Laman Web : http://digilib.ump.ac.id/files/disk1/25/jhptump-ump-gdl-jainurroza-1228-3-babii.pdf4. Universitas Sumatera Utara. Konsep, Landasan Teori, dan Tinjauan Pustaka. Boleh diperolehi dari Laman Web : http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/25836/3/Chapter%20II.pdf

22