kump. esei 1 group quinefera.docx

24
FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN AJ21903 SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL SOALAN 1: SIGNIFIKAN KEPELBAGAIAN TAMADUN DAN AGAMA TERHADAP SOSIO-POLITIK SEMASA ASIA BARAT. NAMA PENSYARAH : EN.MOHD SHAUKI BIN MOHMMAD RADZI NAMA TUTOR : MISS SALBIAH BUAJAN MASA TUTORIAL : (10.00-11.00 PAGI) NAMA PELAJAR NO. MATRIK JASWIN JELINUS BA13110136 MARCELLA GAUHIN BA13110174 MARY SATIAU BA13110180 QUINEFERA AMBROSE BA13161072 SITI NOORSOFFERA ZAINUDDIN BA13110584 SIVABALAN A/L NATARAJAN BA13110483

Upload: scott-sheppard

Post on 07-Dec-2015

290 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

AJ21903 SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL

SOALAN 1: SIGNIFIKAN KEPELBAGAIAN TAMADUN DAN

AGAMA TERHADAP SOSIO-POLITIK SEMASA ASIA BARAT.

NAMA PENSYARAH : EN.MOHD SHAUKI BIN MOHMMAD RADZI

NAMA TUTOR : MISS SALBIAH BUAJAN

MASA TUTORIAL : (10.00-11.00 PAGI)

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

JASWIN JELINUS BA13110136

MARCELLA GAUHIN BA13110174

MARY SATIAU BA13110180

QUINEFERA AMBROSE BA13161072

SITI NOORSOFFERA ZAINUDDIN BA13110584

SIVABALAN A/L NATARAJAN BA13110483

Page 2: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Peta 1 : Peta Rantau Asia Barat atau Timur Tengah

Page 3: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

1.0 Pengenalan

Asia Barat atau Timur Tengah adalah satu istilah lain yang boleh

menggambarkan Asia Barat. Istilah Middle East telah diperkenalkan oleh Admiral

Alfred Thayer Mahan iaitu seorang pegawai tentera laut Amerika yang

merupakan seorang sejarawan geopolitik pada tahun 1950-an. Asia Barat atau

Timur Tengah juga turut dikenali sebagai The Holy Land, The Hejaz, Sarqu al-

Awsat, The Lewant dan istilah Near East telah kerap digunakan oleh kuasa-kuasa

barat sehinggalah Perang Dunia Kedua. Negara atau wilayah-wilayah lain yang

termasuk di dalam Asia Barat atau Timur Tengah ini adalah seperti Bahrain,

Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Israel (Palestin), Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, dan Yamen. Selain itu ada juga para sarjana

yang menulis bahawa ada juga negara di kawasan Afrika Utara termasuk di

dalam Asia Barat iaitu seperti Libya, Tunisia, Algeria,dan Morocco atas alasan

bahawa negara-negara tersebut mempunyai budaya yang sama dengan budaya

yang ada di Asia Barat. Latar belakang Asia Barat sememangnya mempunyai

kestrategikan yang benar-benar telah menarik perhatian atau minat kuasa-kuasa

luar untuk menguasainya atau dengan kata yang lebih tepat banyak kuasa lain

yang cuba merampas wilayah-wilayah yang boleh membawa keuntungan yang

banyak kepada mereka baik dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

Justeru,kepelbagaian tamadun da agama Asia barat telah memberikan impak

kepada sosio-politik di Asia Barat. Oleh itu, esei ini akan cuba menerangkan

bagaimana signifikan kepelbagaian tamadun dan agama terhadap sosio-politik

semasa asia barat.

Page 4: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

2.0 KEPELBAGAIAN TAMADUN DAN AGAMA

2.1 Kerajaan Bani Umayyah

Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu

Umaiyah bin Abdul Shams seorang peniaga peniaga terkenal. Kerajaan ini

diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa

daripada Saidina Hassan bin Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.

Pada Tahap pertama pemerintahannya berpusat di Damsyik. Pemerintah

menggunakan geraran khalifah, diasaskan oleh Khalifah Muawiyah. Manakala

pada Tahap kedua, kerajaan ini berpusat di Codova dan pemerintah

menggunakan gelaran Amir diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.1

2.2 Kerajaan Bani Abbasiyyah

Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umayyah, golongan Mawali (orang

Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) telah didiskrimisikan. Mereka tidak

dapat menjawat jawatan yang lebih baik berbanding dengan Bani Umayyah dan

dikenakan cukai yang lebih tinggi. Bani Umayyah yang mentadbir pula mula

mengabaikan ajaran Islam. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan

Abbasiyah. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentang oleh orang Islam Syiah

dan Khawarij. Akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan

kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama

Ahlulbait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan. Pusat

operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah. Pemimpin terkenalnya ialah

Abu Salamah dan Abu Muslim. Ketika pemerintahan Abu Jaafar Al–Mansur

pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini

berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan

keturunan raja). Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa

saudara Nabi Muhammad s.a.w).

2.3 Kerajaan Uthmaniyyah

1 Mariana Adnan dan J.U Bracus, Ensiklopedi Ternatis Dunia Islam Khilafah (2), Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve 2002, Hlm. 22

Page 5: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti

Saljuk di Turki. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah

Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir. Kemudian kerajaan kecil

Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki

Uthmaniyah. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman

b. Ertughrul. Beliau ialah Amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang

bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.

Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan

tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah pimpinan Uthman untuk

memperluaskan taklukan.

3.0 PERMULAAN PERLUASAN KUASA POLITIK UTHMANIYYAH DI ASIA

BARAT

Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah,

kekuatan empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa

pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.2 Hal ini menjadikan Empayar

Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia. Sepanjang kurun

ke-16, Empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan

kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di

barat daya dan Parsi di sebelah timur.3 Semasa Perang Chaldiran, di sebelah

timur Anatolia, (sekarang di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera

Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim I memenangi pertempuran

menentang tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Uthmaniyyah

di sebelah timurnya.

Selepas itu tumpuan Empayar Uthmaniyyah beralih kepada bahagian

barat empayar terbabit. Sultan Suleiman I, selepas menaiki takhta pada tahun

1518, mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan. Di bawah Suleiman yang

juga merupakan seorang pemikir strategi perang yang hebat, tentera

Uthmaniyyah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), mengalahkan

Hungary (1526), dan menyerang Vienna (1529). Kejayaan pengembangan kuasa

Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan

taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan.

2 Ibid. hlm. 453 Hamka, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara, 1977, Hlm. 87

Page 6: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan

kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang

teruk terhadap musuh mereka. Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan

kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa

peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul pada tahun 1453. Semasa

serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok

yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa

berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping

penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam

ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap

tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera

Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar

memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.

Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua

zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan

perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada

tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the

Magnificent) pada tahun 1566.4 Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman

kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan

kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun

1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.

Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa

zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui

laluan air iaitu laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi

tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan

menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka

juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera

laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan

rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-

kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera

lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan

Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping

mempertahankan perdagangan rempah dan hamba.

4 Ibid hlm. 95

Page 7: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

3.1 KEKUATAN KUASA POLITIK EMPAYAR UTHMANIYYAH DI ASIA BARAT

3.1.1 Kuasa Sultan

Sultan ialah pemerintah tertinggi di Empayar Uthmaniyyah walaupun pada

akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Empayar ini

dikenali sebagai Ottoman atau Uthmaniyyah di dalam sejarah. Pemerintah

pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka

mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah

pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya

Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke

kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga

merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai

gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang

Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.

3.1.2 Undang-Undang

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah:

satu bagi orang Islam(kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi

perdagangan.5 Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang

Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah.

Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa

pusat dan tempatan. Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang

Syariah dan Undang-Undang Kanun.6 Tidak berlaku percampuran kuasa bagi

masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran

dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil)

ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di

sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan

oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

3.1.3 Ketenteraan

Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera

Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera

Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini

menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti

yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi

tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama

menggunakan khidmat askar bersenapang. Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah

5 Muhd. Jamil Mukmin, Sejarah Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1992, Hlm 67.6 Badri Yatim, 2005, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: PT Rajagrafindo Persada, 2005, Hlm 13.

Page 8: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas

kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan

tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang

korup.

Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika

perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan

teknologi. Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan

pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama

mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk

menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata

baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan

tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan

angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat

menandingi kuasa-kuasa Barat.

3.2 TEMPAT KELAHIRAN TAMADUN (CRADLE OF CIVIISATION)

Tamadun Mesopotamia yang merupakan tamdun yang terawal di dunia

telah muncul di rantau Timur Tengah ini sekitar 3500 Sebelum Masihi.

Mesopotamia dikenali dengan nama negara Iraq kini. Tamadun-tamadun

seterusnya yang telah muncul di rantau ini terdiri daripada tamadun Babyon dan

tamadun Asyur.

Dalam abad yang keempat Sebelum Masihi, bandar di negeri-negeri yang

maju di selatan Mesopotamia telah diuasai oleh kuil-kuil yang diwakili oleh dewa-

dewa penaung bandar. Bandar yang paling menonjol ialah bandar Summer yang

merupakan bandar yang terbesar dalam tamadun manusia. Bandar Summer juga

merupakan bandar yang telah memberikan bahasa yang pertama kepada

kehidupan manusia. Pada tahun 2360 sehingga 2305 Sebelum Masihi Sargon

besar telah menyatukan semua negeri-negeri di selatan dan telah mengasaskan

sebuah dinasti yang dikenali sebgaai dinasti Akkadia yang turut merupakan

empayar yang pertama di dunia7. Tidak lama selepas tamadun Summeria

bermula, tamadun Mesir telah bersatu di bawah Firaun pada abad yang ke

empat Sebelum Masihi. Tamadun Mesir purba telah berkembang melalui Bulan

Sabit Subu di panati barat Laut Mediteraanean dan sehingga ke seluruh Levant.

7Subhi Y. Labib, Capatalism in Mediavel Islam, The Jounal Of Ecocnomic History, Cambridge University Press: Cambridge.1996. Hlm 79, 96, dan 80.

Page 9: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Orang Elam, Het, Amori, Phonecia, Israel dan lain-lain kemudiannya telah

menubuhkan negeri-negeri yang penting di rantau Asia Timur Tengah.

3.2.1 Empayar Assyria

Tamadun Mesopotamia merupakan asas kepada kemunculan bberapa

tamdun atau empyar berkuasa yang telah muncul dan memrintah seluruh Timur

Tengah. Antaranya ialah empayar Assyria yang merupakan merupakan sebuah

empayar yang menjadi sebuah empayar yang terbesar di rantau Asia Timur

semasa zaman kemuncaknya. Empayar Assyria telah memerintah hampir

kesemua negara-negara yang wujud pada hari ini sperti negara Iraq, Lubnan,

Israel, Palestin, Kuwait, Jordan, Mesir, Cuprus, Bahrain, Iran, Turki, Armenia,

Georgia, Sudan, dan Arab. Empayar Assyria telah memberikan kesan yang

mendalam dan yang berkekalan di rantau Timur Tengah.

3.2.2 Empayar Iran

Bermula pada abad yang keenam Sebelum Masihi, empayar Iran telah

muncul dan telah menguasai rantau ini. Empayar ini telah bermula dengan

kemunculan Medo dan Empayar Neo-Babylon dan seterusnya telah diganti

dengan empayar Archaemenid yang telah memerintah untuk sebuah tempoh

yang sangat singkat. Empayar Archaemanid turut dikanali sebagai empayar Parsi

yang pertama dan ia telah ditawan pada lewat abad ke empat Sebelum Masihi.

Empayar yang sangat singkat ini telah ditawan oleh empayar Macedonia

Alexender yang merupakan pengganti kerajaan besar dan kemudiannya telah

diganti oleh Ptolemy Mesir dan negeri Seleciud di Asia Barat.

Selepas satu abad kemunculanya, empayar Parsi telah dihidupkan semula

oleh Parthians Asia Tengah Iran di abad ke tiga Sebelum Masihi dan diteruskan

oleh pengganti mereka iaitu Sassanids yang telah memerintah pada abad ke tiga

Masihi. Empayar ini telah menguasai bahagian yang besar daripada apa yang

kini dikenali sebagai rantau Asia Timur dan Afrika Tengah.

3.2.3 Empayar Rom

Pada abad yang pertama Sebelum Masihi, empayar Rom berkembang

telah berkembang menjadi sebuah empayar yang berjaya menawan seluruh

kawasan Mediterannean Timur termasuk kebanyakan Timur Dekat. Eropah dan

Afrika Utara telah disatukan oleh empayar Rom di dalam satu unit politik dan

ekonomi. Empayar Rom menjadi kawasan yang paling berkuasa dari segi politik

Page 10: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

dan budaya selam berabad-abad. Walabagaimanpun budaya Latin telah mula

merebak di Macedonia dan telah menguasai seluruh rantau ini. Budaya dan

bahasa Yunani mula tersebar di rantau akibat daripada pengaruh empayar

Mecedonia da terus menguasai seluruh Rom. Bandar di Timur Tengah,

terutamanya Alexendria, menjadi pusat bandar utama bagi empayar Rom dan

rantau pula menjadi tempat pengeluaran roti yang utama di empayar Rom.

Agama Kristian telah mula merebak empayar Rom dan Parsi dan menjadi

akar Di Timur Tengah dan bandar-bandar seperti Alxendria dan Edessa. Bandar-

bandar ini telah menjadi puat penyebaran agama Kristian. Menjelang abad

kelima, agama Kristian merupakan agama yang dominan di Timur Tengah dan

menjadi yang penting berbanding dengan agama-agama yang lain yang wujud di

Asia Tengah ketika itu. Hubungan politik antara Asia Timur dengan Rom telah

mula utus secara beransur-ansur apabalia barat mula menjadi rantau agama

Kristian dan Rom mula dikenali sebagai Rom Constantinople. Empayar Rom

Timur hari ini dikenali sebagai Empayar Byzantine yang memerintah di kawasan

Balkan Efrat. Pada zaman Rom bahasa Yunani telah menjadi menjadi lingua

franca di rantau ini. Walaubagaimanapun, bahasa-bahasa lain seperti bahasa

Syriacs dan Ibrani terus digunakan. Kawasan Byxzantine dan Yunani telah

berada dalam kedaan yang stabil dan makmur di bawah pemerintahan Rom.

3.2.4 Tamadun Islam

Pada abad yang ketujuh, sebuah kuasa yang baru telah muncul di

kawasan Asia Tengah iaitu tamadun Islam. Empayar Rom Byzantine dan

Sassanid Parsi telah menjadi lemah akibat daripada peperangan iaitu Perang

Rom-Parsi. Dalam siri penaklukan Islam yang pesat, tentera Arab telah didorong

oleh agama Islam dan telah diketuai leh khalifah dan komander tentera yang

mahir seperti Khalid Ibn Al-Walid. Peperangan ini telah emalnda kebanyakan

Timur Tengah dan telah megurangkan hampir separuh tanah Byzantine dan

sepenuhnya Parsi. Di Anatiloa, perkembangan mereka telah disekat oleh

Byzantine yang masih lagi kuat akibat daripada bantuan orang Bulgaria.

Walaubagaimanapun sebarang penakhlukan Islam tidak dapat dilakukan ke atas

Byzantine, Roman Syria, Afrika Utara, dan Silicy. Empayar Arab merupakan

empayar pertama yang telah megawal keseruhan Timur Tengah serta tiga

perempat daripada rantau Mediterannean8. Khalifah Arab yang pertama telah

8 Subhi Y. Labib, Capatalism in Mediavel Islam, The Jounal Of Ecocnomic History, Cambridge University Press: Cambridge.1996. Hlm 79 dan 96.

Page 11: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

menyatukan Timur Tengah dan seluruh rantau yang berbeza dan telah berjaya

mewujudkan sebuah identiti yang dominanan dari segietnik yang berterusan

sehingga ke hari ini. Empayar Saljuk juga kemudiannya telah muncul dan

menguasai rantau ini.

Kebanyakan kawasan di rantau Afrika Utara telah menjadi kawasan

penriferal atau psat uatam bagi agama Islam di Timur Tengah tetapi Iberia atau

Andalusia dan Magribi telah berjaya berpisah dan menubuhkan masyarakat

dunia yang paling maju pada masa ini. Selain itu Bagdad dan Timur

Mediterannean turut melakukan perkara yang sama. Antara tahun 831 dan 1071,

Emiriah Sicily merupakan salah sebuah pusat utama bagi kebudayaan Islam di

rantau Mediterannean. Selepas penakhlukan oleh Norman pulau tersebut telah

membangunkan budaya mereka tersendiri yang berbeza dengan hasil gabungan

budaya Arab dan penaruh barat serta Byzantine. Palermo kekal menjadi pusat

utama seni di Mediterannean si zaman pertengahan.

Afrika telah dihidupkan semula, bagaimanapun sebagai sebuah negeri

yang lebih tersusun dan berpusat ia mula terbentuk pada lewat zaman

pertengahan selepas Renaissance pada abbad kedua belas. Didorong oleh

agama dan impian penakhlukan, raja-raja Eropah melancarkan beberapa Perang

Salib untuk cuba melancarkan kuasa islam kembali dan merebut kembali tanah

suci. Perang Empayar telah menggoyakan Byzantine yang mula kehilangan

peingkatan jumlah wilayah Turki Uthmaniyyah. Mereka juga disusun semula

imbangan kuasa di dunia Islam yang telah mengakibatkan Mesir sekali lagi

muncul sebagai kuasa utama di Mediterannean timur.

4.0 KESAN TERHADAP SOSIO-POLITIK

4.1 Politik

Selain itu impak dan kepentingan yang diterima oleh asia barat hasil

daripada perkembangan tamadun awal dan agama dari segi sosio-politik ialah

seperti berikut. Dari segi politik telah wujud hubungan politik antara negara asia

barat dan negara-negara dari benua lain. Sebagai contoh penubuhan persatuan

Islam sedunia iaitu “Organisation of Islamic Cooperation”. Persatuan ini disertai

Page 12: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

oleh seluruh negara Islam dari Asia barat, asia timur, asia tenggara dan asia

selatan serta benua Eropah dan benua Afrika.

Selain itu, dari segi perundangan pula, negara asia barat seperti Arab

Saudi menggunakan ajaran Islam dalam pelaksanaan dasar dan undang-undang

dinegara ini seperti penggunaan hukum Hudud, Takzir, Qisas dan lain-lain,

merupakan kesan daripada kewujudan agama Islam di Asia barat. Malahan,

penggunaan dan penggubalan fatwa-fatwa Islam juga digunakan di negara-

negara asia barat seperti Turki dalam memperkukuhkan sistem pentadbiran

negara tersebut. Sistem fatwa ini hasil daripada kerajaan Turki Uthmaniyah telah

menjadi satu komponen penting dalam membangunkan sesebuah negara di asia

barat. Wujudnya, sistem demokrasi dalam pemerintahan negara-negara asia

barat pada masa kini hasil daripada perkembangan tamadun dan agama awal

dikawasan mereka. Sebagai contoh kewujudan sistem pilihanraya dimana-mana

negara Asia barat dalam memilih pemimpin untuk mentadbir negara.9

Di samping itu, akibat daripada kepelbagaian Tamadun dan agama di Asia

Barat ini telah memberi kesan kepada Politik Asia Barat. Antara kesan yang telah

wujud adalah kewujudan semangat yang kuat dan semangat jihad dalam

kalangan masyarakat Asia Barat. Hal ini dapat dibuktikan ketika zaman kerajaan

Turki Uthmaniyah. Kerajaan Turki Uthmaniyah terkenal dengan sifat mereka

yang berani dan kuat. Selain itu, semangat Jihad yang tinggi juga wujud yang

bermaksud perjuangan dalam bahasa Arab. Perkataan jihad ini sering muncul

dalam Al-Quran dan juga pengunaan umum yang digunakan sebagai experesi

ideamatik untuk berjuang di jalan Allah, yang juga disebut sebagai Al-jihad fi

sabil Allah.10 Semangat jihad yang dimiliki oleh mereka inilah yang menjadikan

kerajaan di rantau Asia Barat amat kuat khususnya dalam bidang ketenteraan.

Dari segi aspek politik, terutama dalam bidang perundangan, Sultan

Suleiman I telah berjaya memperkenalkan satu kanun yang dikenali sebagai

Kanun Suleiman. Dimana dibawah kanun ini, semua hak rakyat dipelihara dari

segi harta, keselamatan dan nyawa, serta kehormatan individu pelbagai bangsa

dan agama. Selain itu, jawatan kadi dan mufti dijadikan sebagai sebahagian

daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Disamping itu, jawatan

Sheikh ul Islam iaitu ketua ulamak. Tugas Sheikh ul Islam atau ketua ulamak ini

adalah untuk mengeluarkan fatwa-fatwa.

9 Ibid.hal 16-20.10 Sir Thomas Arnold, The Legacy of Islam, Oxford Clarendon Press, 1931, hlm. 110.

Page 13: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Seterusnya, ketenteraan di Asia Barat juga turut berkembang dengan

begitu mendadak seiring dengan peluasan kuasa wilayah oleh Kerajaan

Uthmaniyah. Dalam rantau Asia Barat khususnya Uthmaniyyah sahaja, telah

diperintah oleh 37 orang pemimpin. Aspek ketenteraan dan perluasaan kuasa

wilayah adalah amat terkenal pada ketika itu hasil daripada kepelbagaian

tamadun dan agama di Asia barat. Sebagai contoh, sewaktu Uthman bin

Ertorghrul meninggal dunia, kekuasaan Empayar Uthmaniyyah sudah menguasai

kawasan Saqarya di sebelah timur dan Yani di selatan Turki dan bandar-bandar

Yunani yang tertentu seperti Iznik dan Izmit. Sebahagian besar diperoleh

menerusi kegiatan politik dan ketenteraan daripada kerajaan Byzantine. Hasil

kemaraan tersebut, Empayar Uthmaniyyah telah menjadi satu kuasa yang

terbesar di kawasan Anatolia.11

Pada tahun 1352, tentera Uthmaniyyah telah memasuki benua Eropah.

Empat tahun kemudian, memasuki benua Eropah. Empat tahun kemudian,

mereka berjaya menawan bandar Gallipoli. Pada zaman Murad I dan Bayazid,

iaitu dari tahun 1389 hingga tahun 1403, keseluruhan kawasan barat

Constatinople ataupun Istanbul, telah ditawan oleh tentera Uthmaniyyah

termasuklah Adrianople, Bulgaria, Hungary, Bosnia, Wallachia, dan selatan

Yunani.12 Sebahagian kawasan Balkan telah dikuasai oleh mereka, dan kawasan-

kawasan ini telah disatukan oleh mereka, dan kawasan-kawasan ini telah

disatukan dalam wilayah Rumelia.

Kesan politik yang seterusnya, akibat daripada kepelbagaian tamadun dan

agama adalah wujud hubungan yang erat antara rakyat dan juga pemimpin.

Semasa pemerintahan Murad I, hal ini dapat dilihat dengan jelas di Asia Barat.

Disebabkan itu, kebanyakkan penganut agama kristian tertarik hati terhadap

islam. Oleh hal yang demikian, banyak bangsa Eropah telah memeluk Islam dan

pada masa itu telah terbentuk satu unit tentera khas yang diberi nama

“Janissari” atau “Yeni Cheri”.

Kesan politik yang paling ketara di Asia Barat akibat kepelbagaian

tamadun dan agama adalah wujud persaingan untuk mendapatkan kawasan

tanah jajahan. Setiap kawasan yang berada di sekitar Asia Barat masing-masing

mempunyai pegangan politik yang berbeza serta ideologi yang tidak sama. Oleh

itu, mereka masing-masing mahu mempertahankan ideologi mereka dan

11 Dr.William Spencer, The Middle East, The McGraw-Hill Companies,2003, hlm.4312 Ibid, hlmn. 44

Page 14: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

berusaha untuk mendapatkan satu kawasan baru untuk dijadikan naungan.

Hingga ke hari ini, perperangan masih lagi berlaku antara negara-negara di Asia

barat kerana mahu mempertahankan kawasan mereka daripada diambil alih

kuasa lain serta mempertahankan idologi negara mereka sendiri sehingga

menyebabkan ramai nyawa yang terkorban. Antara negara yang masih

berperang akibat kesan kelbagaian tamadun dan agama adalah Palestin dan

Israel. Perperangan antara kedua-dua negara ini walaupun dalam rantau Asia

Barat yang sama masih berlaku hingga ke hari ini kerana sejarah terdahulu

masih lagi menghantui dan sudah tertanam dalam diri masyarakat Israel dan

Palestin.

4.2 Ekonomi

Manakala dari segi ekonomi pula, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya

membentuk Jalinan Perdangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal

ini demikian kerna, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu

sbuah bandar perdagangan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam.

Jalinan perdagangan Kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan

di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi , dan Laut Mediterranean.

Tambahan juga, dalam aspek sosial, kerajaan Turki Uthmaniyah telah

memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum

kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun

lapis masyarakat telah diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah

memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan

kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha

individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosial yang lebih luas dalam

masyarakat Eropah.

4.3 Sosial

Antara impak yang terjadi terhadap kepelbagaian tamadun dan agama di Asia

Barat ialah, akibat daripada kepelbagaian tamadun dan agama maka Terdapat

pelbagai kesan daripada tamadun awal dan agama yang memberi impak dan

kepentingannya kepada pembangunan sosio-politik masyarakat di Asia barat.

Antara tamadun awal yang hebat yang telah memberi impak besar kepada asia

barat seperti empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah ini

merupakan sebuah empayar Islam yang agung pada era pembentukan tamadun

awal di Asia barat. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Osman I pada tahun 1299 di

Page 15: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

timur barat Anatolia. Kerajaan ini telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang

era penguasaan mereka.13

Dalam aspek sosial pula, berlakunya perkembangan agama Islam di Asia

barat kebanyakan negara asia barat seperti Turki, Arab Saudi, Jordan, Syria,

Mesir dan sebagainya merupakan negara yang mengamalkan ajaran Islam.

Perkara ini berlaku disebabkan pengaruh agama dari tamadun terdahulu iaitu

Islam. Selain itu, kemunculan pelbagai mazhab agama Islam seperti Sunnah

Waljamaah, Syiah, Wahabi, dan lain-lain hasil daripada perkembangan agama

Islam di Asia barat. Malahan, berlakunya perkembangan agama Yahudi dan

Kristian di kawasan Asia barat sehingga kini akibat daripada kejatuhan kerajaan

Turki Uthmaniyah. Disamping itu, berlaku perang saudara di negara-negara asia

barat seperti Syria dan Iraq. Berlaku konflik diantara penganut agama Islam dan

penganut agama yahudi dalam merebut kawasan Jerussalem untuk dijadikan

kawasan ibadat bagi kedua-dua pihak ini.14

Oleh yang demikian, sebagai contoh kesan yang terjadi akibat daripada

impak kepelbagaian tamdun dan agama terhadap masyarakat pada masa kini

ialah, dari aspek agama kita melihat tentang krisis sejak jatuhnya The Arab

Spring awal tahun 2011 . hal ini berlaku akibat daripada Konflik Syi’ah-Sunni

adalah konflik yang terjadi sewaktu pasca kematian Nabi Muhammad SAW di

mana pemerintahan-Nya digantikan oleh Abu Bakar yang beraliran Sunni Dan

perlantikan ini menyebabkan terajadinya konflik antara kedua –dua aliran ini

kerana tidak sefahaman. Iaitu, Ali ibn Abi Thalib iaitu yang beraliran Syi’ah.

Kedua-dua kelompok ataupun aliran ini saling bercanggah fikiran antara satu

sama lain dan ini membuatkan terjadinya konflik antara kedua aliran ini.

Malah, konflik ini telah mewarnai ataupun menjadi hangat dalam

perkembangan politik Timur Tengah hingga kini, apatah lagi setelah kebangkitan

aliran Syi’ah yang dimulai dari Imam Khomeini yang telah memulakan Revolusi

Islam Irannya pada tahun 1979. Selain itu juga, setelah kebangkitan The Arab

Spring, maka melalui ini kedua-dua aliran dalam Islam iaitu aliran Syi’ah-Sunni

masing-masing menggunakan The Arab Spring untuk memperkuatkan lagi

pengaruh kekuasaan mereka dalam politik di kawasan Asia Timur untuk

menyingkirkan yang lain. Hal ini masih terjadi di Bahrain, Mesir, dan Suriah yang

13 Morton, Michael Quentin. 2011. Narrowing the Gulf: Anglo-American Relations and Arabian Oil, 1928-74. And Liwa Journal 3 (6): 39-54. http://www.ncdr.ae/liwa/issues/LIWA06E.pdf. Retrieved 14 July 2012.14 Ahmad Sahide.2013. Konflik Syi’ah-Sunni Pasca-The Arab Spring. VOLUME 3 No. 3, 22 Desember 2013 Halaman 227-334.

Page 16: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

masih berlaku sehingga hari ini. Malah, The Arab Spring juga yang

mengakibatkan konflik yang semakin panas antara Syi’ah dan Sunni seiring

dengan musim tersebut.

Antara sebab yang mengakibatkan konflik ini berlaku ialah, Perbezaan

ideologi Syi’ah-Sunni. Dalam fahaman Syi’ah ini terdapat empat prinsip utama

iaitu ismah (ketakcercacatan Imam),Mahdiisme (Dalam Syi’ah Itsna Asyariah,

yang mempercayai terdapat dua belas Imam dan Muhammad al-Mahdi al-

Muntazhar adalah Imam yang kedua belas. Al-Muntazhar gaib (menghilang) pada

tahun 260 H. Syi’ah Itsna Asyariah meyakini bahwa suatu hari nanti Muhammad

al-Mahdi al-Muntazhar (Imam Mahdi) akan kembali untuk menegakkan keadilan

dan kebenaran kepada kaumnya. Maka fahaman inilah yang dikatakan

Mahdiisme. Selain itu, fahaman yang disebut taqiyyah (melindungi atau

menuntun diri) Taqiyyah ini adalah salah satu strategi gerakan politik Syi’ah di

mana dalam konsep ini sekiranya seorang pengikut Syi’ah terancam maka

mereka boleh menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada diketahui.

Konsep ini muncul kerana sarjana-sarjana Syi’ah menganggap bahwa Syi’ah

dalam sejarah selalu menjadi mangsa keadaan kaum Sunni yang besar dan

memiliki kekuatan politik yang besar. Salah satu perbezaan fahaman antara

aliran Syi’ah-Sunni adalah pemahaman mereka terhadap ijtihad. Menurut salah

satu prinsip teosofi Syi’ah yang paling berpengaruh, kebenaran Islam. Kebenaran

yang tepat hanya diketahui oleh Tuhan, Nabi, dan anggota keluarganya. Salah

satu hal yang dikritik oleh Sunni dari Syi’ah adalah klaim Syi’ah bahwa Imamah

merupakan salah satu dari rukun Islam.15

Oleh itu, terdapat lagi faktor yang menyebabkan krisis antara kedua-dua

aliran ini berlaku yang mengakibatkan konflik terjadi sehingga kini. Oleh itu

kesan terhadap impak kepelbagaian tamadun dan agama itu masih dapat dilihat

sehingga kini akibat daripada pembawaan terdahulu sehingga adanya tempias

sehingga hari ini. Di mana, akibat daripada kepelbagaian agama maka terjadinya

pelbagai aliran atau dengan erti kata lain munculnya pelbagai mazhab-mazhab

agama yang berlainan serta fahaman yang berbeza yang mendatangkan

pertelingkahan dan konflik. Ini dapat dilihat dalam dua aliran dalam satu agama

yang terjadi pada masa kini iaitu antara syiah dan sunni itu sendiri. Hal ini,

menjadi bukti tentang kesan terhadap kepelbagaian tamadun dan agama pada

15 Ahmad Sahide.2013. Konflik Syi’ah-Sunni Pasca-The Arab Spring. VOLUME 3 No. 3, 22 Desember 2013 Halaman 227-334.

Page 17: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

masa kini yang menjadi contoh terhadap kepelbagaian tamadun dan agama

terdahulu.

4.4 Agama

Kewujudan pelbagai tamadun awal manusia di kawasaan Asia Barat iaitu

Tamadun Rom, Tamadun Parsi, Byzantine, Mesir Kuno, Mesopotamia, Islam dan

Kerajaan Bani Israel yang seterusnya menjadikan kawasaan Asia Barat sebagai

pusat perkembangan tiga agama utama terbesar dunia atau agama Samawi

yang terdiri daripada agama Islam, Kristian dan agama Yahudi. Samawi melalui

kata sifatnya daripada kata Arab yang membawa maksud ‘langit’ yang bererti

agama ‘langit’, maksudnya agama daripada wahyu Allah, agama yang

diturunkan dari langit melalui para Nabi atau Rasul sejak Nabi Adam a.s.

terdapat perbedaan dan penekanan terhadap ketiga-tiga agama ini yang

menegaskan bahawa agama Yahudi, agama Kristian mahupun Islam sebenarnya

memiliki satu akar ajaran yang sama yang memiliki kesamaan yang dijadikan

pegangan ajaran bersama iaitu ajaran tauhid.16

Seperti sedia maklum bahawa ketiga-tiga agama ini wujud di kawasaan

Asia Barat ekoran daripada kebanyakan tamadun besar yang wujud adalah di

kawasaan berkenan, melihat kepada keadaan ini juga dapat dilihat

perkembangan tiga agama utama dunia sangat berkembang di Asia Barat yang

memiliki pelbagai persamaan dan perbezaan yang mana boleh dilihat daripada

pelbagai dimensi. Hal ini kerana, ketiga-tiga agama utama terbesar di dunia ini

mempunyai kitab sebagai panduan yang menjurus kepada kitab kepercayaan

masing-masing, memiliki tempat suci iaitu sebagai tempat untuk melakukan

ibadat mengikut kepercayaan yang dipegang masing-masing dan mempunyai

pegangan agama dan kepercayaan yang sangat kuat terhadap Tuhan bagi

penganutnya masing-masing.

Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga agama utama terbesar di dunia ini

masing-msing memiliki tempat-tempat yang dipanggil tempat suci bagi mereka,

pertama sekali agama Islam. Bagi penganut agama ini, mereka mempunyai

tempat suci dimana mereka akan melaksanakan segala ibadat di kawasaan

berkenan malah menjadikan tempat tersebut sebagai kiblat bagi mereka dalam

melakukan ibadah lima waktu. Di kawasaan Asia Barat, Jurusalem, Mekah,

Madinah dan Iskandariah merupakan tempat di mana penganut yang beragama 16 Uzair Suhaimi, 2010, Silsilah Agama Samawi: Perspektif Al-Qur’an.https://uzairsuhaimi.files.wordpress.com/2010/11/silsilah-agama-samawi6.pdf. Diakses pada 12.04.2015.

Page 18: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Islam akan melakukan ibadah sembahyang mereka di situ, di Mekah terletaknya

kaabah menurut ajaran Islam kabaah tersebut merupakan petunjuk atau kiblat

bagi mereka mengerjakan solat fardhu. Sememangnya setiap tiga-tiga agama ini

memiliki tempat-tempat suci mereka masing-masing, tempat suci juga boleh

disebut sebagai tempat mereka melaksanakan ibadat mereka iaitu sebagai ritual

keagamaan tertentu seperti masjid, Gereja dan Kuil. Kota Jurusalem juga

dikatakan menjadi tempat suci bagi agama Kristian, Islam dan Yahudi.17 Dimana

ia juga menjadi tempat perebutan bagi ketiga-tiga agama ini. Tambahan lagi,

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci bagi agama Islam kerana ianya

merupakan tempat di mana berlakunya peristiwa Isra’ mikraj.18 Masjid Al-Aqsa ini

didirikan oleh khalifah Umar Al-Khattab semasa baginda menjadi Khalifah.

Tambahan lagi, Baitul Maqdis juga turut menjadi tempat ketiga suci bagi

penganut yang beragama Islam di Asia Barat tersebut kerana ia merupakan

masjid mereka iaitu tempat mendirikan solat.

Selain itu, kitab suci yang dibawa oleh ketiga-tiga agama ini dilihat

terdapat juga persamaan yang hampir ketara, kitab suci ini adalah sebuah

rujukan bagi sesebuah agama tersebut yang mana di dalamnya menentukan

segala kegiatan umat tersebut iaitu cara-cara beribadah atau bersembahyang

dan sebagai petunjuk dan panduan kepada kehidupan. Sebagai contoh, agama

Islam mempunyai kitab suci yang telah diturunkan melalui wahyu Allah kepada

Nabi Muhammad s.a.w iaitu Al-Quran dan Sunah yang mana ia dijadikan sebagai

pegangan dan panduan bagi umat Islam sehingga kini. Kitab suci Al-Quran dan

Sunah ini diturunkan daripada Allah ia merupakan kalam Allah kepada umatnya

agar umatnya tidak tersesat daripada kebenaran dan membawa kepada

kebenaran. Sebagai buktinya, dalam rukun islam mahupun rukun iman ada

menyatakan bahawa mempercayai Al-Quran dan Sunah dan beriman kepada

Nabi.

Terdapat seramai 25 bilangan Nabi yang ada yang wajib untuk

dipercayai, bagi umat Islam mereka mempercayai kesemua Nabi yang ada,

namun Nabi terakhir iaitu Nabi Muhamad menjadi pegangan iman bagi mereka

kerana umat Islam wajib beriman kepada setiap Nabi atau Rasul. Rasul atau Nabi

merupakan pengutus yang diutuskan oleh Allah dimuka bumi ini yang

17 Mikael Marasabessy, karakteristik agama Islam. www.academia.edu/10729918/Karakteristik_Agama_Islam. Diakses pada 12.05.201518 Abidfana, 2009, bangunan al-masjid al-aqsa yang sebenarnya.Abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/. Diakses pada 11.05.2015.

Page 19: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

ditugaskan untuk menyebarkan ajaran islam disamping mengajar umat islam

untuk sembahyang. Rasul atau Nabi telah diutus ke bumi adalah tanda

kekuasaan Allah di mana umat islam perlu sedar bahawa sememangya Allah itu

benar-benar ada. Disamping itu, bagi umat Islam mereka mempercayai dan

mengakui bahawa Allah itu benar-benar wujud, mereka sebagai khalifah di muka

bumi harus sujud dan patuh kepada perintah Allah yang maha Esa. Sehubungan

dengan itu, penganut agama Islam mempercayai Tuhan yang Esa iaitu Allah

yang bukan daripada kalangan para Nabi dan Rasul mahupun dalam kalangan

manusia tetapi Allah yang maha Esa.

Seterusnya, tempat suci bagi agama Kristian juga berada di bahagian

Jerusalem iaitu merupakan wilayah yang suci bagi ketiga-tiga agama ini. Wilayah

ini menjadi fokus utama kerana ia sangat bersejarah dan sangat penting bagi

ketiga-tiga agama dunia ini. Hal ini kerana, bagi penganut agama Kristian di

dalamnya terletak Gereja Makam Kudus (The Holy Sepulchre) di mana ia

merupakan tempat berlakunya penyaliban Tuhan Yesus mereka (kiblat kepada

kaum Yahudi dan turut pernah menjadi kiblat bagi Islam).19 Gereja The Holy

Sepulchre menjadi tempat paling suci bagi orang-orang Kristian tempat tersebut

di mana Tuhan mereka di salib dan dikuburkan.20 Kristian mempercayai Tuhan

Yesus iaitu Nabi Isa sebagai Tuhan mereka, dimana dalam kitab suci mereka ada

menerangkan bahawa Tuhan Yesus telah mati dibunuh atau disalib oleh orang

Yahudi.21 Manakala kitab agama Kristian pula disebut sebagai kitab Bible atau

kitab Injil yang mempunyai isi kandungan hampir sama dengan kitab suci agama

Islam dipercayai telah diselewengkan oleh para pengikutnya. Kitab suci ini

menjadi pegangan hidup bagi mereka.

Seterusnya, kitab agama Yahudi yang mempunyai kitab suci dipanggil

kitab Taurat. Orang Yahudi mempercayai bahawa isi kandungan kitab suci

mereka merupakan kehendak Tuhan yang mutlak dan tidak diragukan lagi

dengan mentaati Tuhan maka mereka mentaati kitab Taurat mereka. orang

Yahudi juga mempercayai bahawa tiada agama benar sebenar agama mereka di

dunia kerana bagi mereka agama merekalah satu-satunya kebenaran Tuhan.22

Manakala, tempat suci bagi orang-orang Yahudi ialah kuil juga berada di wilayah

Jerusalem yang menjadi pusat rebutan tiga agama dunia ini. Menurut perjanjian

19 www.bbc.co.uk/indonesia/majalah/2014/04/140418_majalahlain_yerusalem. Diakses pada 02.04.2015.20 M.kompasiana.com/post/read/534889/2/gereja-makam-kudus-the-holy-sepulchre.html. diakses pada 21.05.2015.21 Malay.bismikaallahuma.org/nabi-isa-islam-vs-isa-kristian-aka-tuhan-yesus/. Diakses pada 19.04.2015.22 Donald B. Kraybill, 2005. Terjemahan Indonesia: Kerajaan yang sungsang, PT BPK Gunung Mulia.

Page 20: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

lama iaitu Kitab Ibrani orang Yahudi, kuil suci mereka tersebut telah didirikan

oleh Nabi Sulaiman (Solomo) sekitar abad ke-10 yang menggantikan binaan bagi

Nabi Musa sebelumnya yang telah dihancurkan. Kuil suci yang dimaksudkan

disini adalah berada di Jerusalem iaitu Gunung Moriah, orang Yahudi

menggangapnya sebagai tempat suci iaitu tempat kuil Nabi Sulaiman Solomon

Temple atau lebih dikenali dengan gelaran Baitul Maqdis bagi penganut agama

Islam.23 Kota Baitul Maqdis menjadi pertikaian bagi ketiga-tiga agama ini, orang

Yahudi menginginkan Kota ini kerana ingin mengambil semula hak ke atas emas

dipercayai berada dalam bangunan Baitul Maqdis tersebut malahan Kota

tersebut dianggap sebagai hak mereka kerana ia merupakan Kuil Bagi Nabi

Sulaiman atau Solomo terdahulu.24

Penutup

Sebagai penutupnya bolehlah disimpulkan bahawa kestrategikan rantau

Asia Barat atau Timur Tengah dari segi sosialnya sememangnya rantau tersebut

adalah tempat di mana agama samawi iaitu agama Yahudi, Kristian dan agama

Islam telah pada asalnya lahir di tempat tersebut, hanya sahaja akibat

penyelewengan agama-agama yang sebelum kedatangan Islam telah

mengakibatkan perpecahan yang begitu besar antara pengikut-pengikutnya.

Akibat daripada kelahiran agama-agama tersebut di rantau yang sama maka

semua pengikut atau penganutnya masing-masing mentafsir atau menganggap

bahawa rantau Asia Tenggara sebagai Tanah Suci atau The Holy Place yang

mana pada akhirnya masing-masing cuba mempertahankan hak terhadap tanah

tersebut sebagai milik salah satu agama antara mereka. Dari sudut politik pula

rantau Asia Barat atau Timur Tengah pada sejarah awalnya sememangnya

memiliki beberapa buah kerajaan Islam yang sangat hebat sehingga berjaya

menguasai hampir 3/4 dunia dengan kelebihan pemerintahan yang sangat kuat.

Maka kuasa-kuasa eropah yang iri hati terhadap pemerintahan yang kuat

tersebut telah berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan kesannya masih

lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini apabila banyak kuasa barat yang cuba

merampas rantau Asia Barat apatah lagi kerana kekayaan sumber minyak yang

nyata begitu penting sekali kegunaannya. Kestrategikan dari aspek politik

sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kestrategikan dalam

aspek ekonomi, kerana mana-mana kuasa yang berjaya mendapatkan atau

23 www.commongroundnews.org/article.php?id=28309&lan=ba&sp=1. Diakses pada 20.05.201524 www.commongroundnews.org/article.php?id=28309&lan=ba&sp=1. Diakses pada 20.05.2015

Page 21: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

menguasai rantau Asia Barat maka secara langsung akan memiliki kekayaan

sumber ekonomi yang ada pada rantau tersebut. Oleh itu pelbagai konflik yang

mulai timbul dan rantau tersebut sehingga kini masih lagi berada dalam keadaan

yang sangat tegang akibat peperangan.

RUJUKAN

BUKU

Alfred Schlicht. 2008. Die Araber und Europa (The Arabs and Europe). German: Stuggart

Donald Quataert. 2000.The Ottoman Empire, 1700-1922. Cambridge: Cambridge University Press

Donald B. Kraybill, 2005. Terjemahan Indonesia: Kerajaan yang sungsang, PT BPK Gunung Mulia.

Dr.William Spencer. 2003. The Middle East, The McGraw-Hill Companies

Subhi Y. Labib. 1996. Capitalism in Medieval Islam, The Journal of Economic History. Cambridge: Cambridge University Press

Sir Thomas Arnold. 1931. The Legacy of Islam, Oxford Clarendon Press.

Watson, Peter. 2006. Ideas: A History of Thought and Invention, from Fire to Freud. New York: Harper Perenn

Muhd. Jamil Mukmin, 1992, Sejarah Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Badri Yatim, 2005, Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: PT Rajagrafindo Persada.

Mariana Adnan dan J.U Bracus, 2002, Ensiklopedi Ternatis Dunia Islam Khilafah

(2), Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve.

Hamka, 1977, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara.

INTERNET

Abidfana, 2009, Bangunan Al-Masjid Al-Aqsa Yang Sebenarnya.Abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/.

Diakses pada 11.05.2015

Uzair Suhaimi, 2010, Silsilah Agama Samawi: Perspektif Al-Qur’an.

Page 22: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

https://uzairsuhaimi.files.wordpress.com/2010/11/silsilah-agama-samawi6.pdf. Diakses pada 12.04.2015.

Malay.bismikaallahuma.org/nabi-isa-islam-vs-isa-kristian-aka-tuhan-yesus/. Diakses pada 19.04.2015.

M.kompasiana.com/post/read/534889/2/gereja-makam-kudus-the-holy-sepulchre.html. diakses pada 21.05.2015

www.commongroundnews.org/article.php?id=28309&lan=ba&sp=1.

www.bbc.co.uk/indonesia/majalah/2014/04/140418_majalahlain_yerusalem. Diakses pada 02.04.2015.

www.academia.edu/10729918/Karakteristik_Agama_Islam. Diakses pada 12.05.2015

JURNAL

Ahmad Sahide.2013. Konflik Syi’ah-Sunni Pasca-The Arab Spring. Volume 3 No. 3, Diakses Pada 12 Mei 2013

Morton, Michael Quentin. 2011. Narrowing the Gulf: Anglo-American Relations and Arabian Oil, 1928-74. And Liwa Journal 3 (6): 39-54. http://www.ncdr.ae/liwa/issues/LIWA06E.pdf. Retrieved 14 Mei 2015.

Page 23: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

LAMPIRAN

Gambar lampiran

Gambar 1: peta timur tengah

Gambar 2: Kota Baitul Maqdis

Page 24: Kump. Esei 1 Group Quinefera.docx

Gambar 3: Makam Kudus

Gambar 4: Jerusalem

The Temple of Solomo