kum 6tugasan prinsip penulisan

15
TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu 5.14 AKTIVITI 1. Bincangkan tentang prinsip penulisan. 2. Bincang tentang isi kandungan, proses menulis dan khalayak atau pembaca yang ditujukan oleh penulis. 3. Bincang tentang tujuan penulis menulis teks, penyusunan teks merujuk kepada aspek perenggan, tajuk dan huraian tajuk, ikatan dan kesatuan. 4. Bincang tentang pemilihan kata untuk menerangkan mesej atau idea. 5. Bina peta konsep dan peta minda tentang prinsip penulisan. 6. Terokai dalam pembacaan tambahan tentang prinsip penulisan. SOALAN 1 Bincangkan Tentang Prinsip Penulisan. Tujuan pengajaran penulisan di sekolah-sekolah ialah untuk melatih pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka menghasilkan karangan yang baik. Walaupun demikian perlu diingat bahawa penulisan bukanlah satu proses yang mudah. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib ( 1989; 321 ) menyatakan bahawa kemahiran penulisan merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai kerana mengarang memerlukan berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran, seperti kemahiran bahasa, gaya, mencari dan menyusun isi, keaslian, diksi dan ekpresi. Menurut Arapoff (1970 :4) pula penulisan ialah suatu pemilihan dan penyusunan pengalaman yang disengajakan. Oleh yang demikian tujuan penulisan, ketepatan serta penyusunan fakta yang disampaikan secara teratur menentukan keberkesanan sesebuah penulisan. Menurut modul TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu, prinsip-prinsip yang terlibat dalam penulisan Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut; Isi merujuk kepada isi kandungan atau idea utama yang ingin diutarakan dalam penulisan tersebut. Penulis yang baik mampu menyatakan ideanya dengan jelas, tepat, logik, asli serta memberi manfaat kepada pembaca yang membaca hasil tulisannya. Proses Menulis proses menulis ini bermula dengan aktiviti mendapatkan idea atau isi kandungan yang akan dimuatkan didalam

Upload: fready-fook-liew

Post on 01-Dec-2015

430 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tugasan penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

5.14 AKTIVITI

1. Bincangkan tentang prinsip penulisan.

2. Bincang tentang isi kandungan, proses menulis dan khalayak atau pembaca yang

ditujukan oleh penulis.

3. Bincang tentang tujuan penulis menulis teks, penyusunan teks merujuk kepada aspek

perenggan, tajuk dan huraian tajuk, ikatan dan kesatuan.

4. Bincang tentang pemilihan kata untuk menerangkan mesej atau idea.

5. Bina peta konsep dan peta minda tentang prinsip penulisan.

6. Terokai dalam pembacaan tambahan tentang prinsip penulisan.

SOALAN 1

Bincangkan Tentang Prinsip Penulisan.

Tujuan pengajaran penulisan di sekolah-sekolah ialah untuk melatih pelajar dalam kemahiran-

kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka menghasilkan karangan yang baik. Walaupun

demikian perlu diingat bahawa penulisan bukanlah satu proses yang mudah. Menurut Abdul

Aziz Abdul Talib ( 1989; 321 ) menyatakan bahawa kemahiran penulisan merupakan

kemahiran yang paling sukar dikuasai kerana mengarang memerlukan berbagai-bagai

pengetahuan dan kemahiran, seperti kemahiran bahasa, gaya, mencari dan menyusun isi,

keaslian, diksi dan ekpresi.

Menurut Arapoff (1970 :4) pula penulisan ialah suatu pemilihan dan penyusunan pengalaman

yang disengajakan. Oleh yang demikian tujuan penulisan, ketepatan serta penyusunan fakta

yang disampaikan secara teratur menentukan keberkesanan sesebuah penulisan. Menurut

modul TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu, prinsip-prinsip yang terlibat

dalam penulisan Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut;

Isi – merujuk kepada isi kandungan atau idea utama yang ingin diutarakan dalam

penulisan tersebut. Penulis yang baik mampu menyatakan ideanya dengan jelas, tepat,

logik, asli serta memberi manfaat kepada pembaca yang membaca hasil tulisannya.

Proses Menulis – proses menulis ini bermula dengan aktiviti mendapatkan idea atau isi

kandungan yang akan dimuatkan didalam penulisan tersebut. Langkah pertama

selalunya dimulakan dengan menulis rangka atau draf karangan.

Page 2: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Khalayak – merupakan pembaca sasaran yang ingin dicapai oleh penulis. Penulis

terlebih dahulu mesti mengenalpasti kepada golongan atau kelompok manakah

tulisannya ditujukan.

Tujuan- objektif menulis sesebuah karangan merupakan aspek penting dalam

penulisan. Tujuan penulisan berbentuk tulisan memberitahu, memujuk, menjemput

dan sebagainya.

Pemilihan kata – golongan kata dan laras bahasa yang digunakan dalam sesebuah

penulisan mestilah menepati tujuan dan khalayak pembaca.

Penyusunan – berkait dengan susun atau perenggan dan isi yang hendak disampaikan,

mestilah jelas dan mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan isi seterusnya.

Mekanis penulisan – lebih kepada jenis dan bentuk tulisan yang digunakan dalam

karangan. Khalayak cenderung kepada bentuk tulisan yang kemas dan cantik.

Tatabahasa – aspek ini memainkan peranan yang penting kerana kesalahan

penggunaan tatabahasa boleh membawa kepada maksud yang berbeza daripada

maksud asal yang ingin disampaikan oleh penulis.

SOALAN 2

Bincang tentang isi kandungan, proses menulis dan khalayak atau pembaca yang ditujukan

oleh penulis.

Isi karangan hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan. Isi hendaklah disusun dengan

teratur, bersistematik dan berkait antara satu dengan yang lain. Isi-isi itu dipecah-pecahkan

dalam perenggan-perenggan. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu perenggan dan

diperkembangkan. Namun begitu beberapa isi juga boleh ditulis dalam satu perenggan jika

didapati isi tersebut pendek-pendek dan berkait rapat antara satu sama lain. Isi karangan

mestilah asli dan tidak ditiru sepenuhnya daripada hasil tulisan orang lain. Penyampaian isi

juga mesti jelas dan tidak terkeluar daripada tajuk karangan. Isi penulisan yang baik boleh

didapati melalui pembacaan, pemerhatian dan melalui pengalaman. Secara ringkasnya isi

karangan meliputi aspek-aspek;

Struktur Isi Karangan

Pendahuluan

Isi

Page 3: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Penutup

Pemerengganan

Ayat topik

Menghurai ayat topik

Bahasa

Ejaan

Bentuk tulisan

Ayat

Laras

Peribahasa

Jenis Karangan

Berformat

Tidak berformat

Proses menulis menurut pendapat Murray (1968), Golub (1969) dan Carlson (1970), terdapat

tujuh bahagian dalam sesesuatu proses penulisan. Antara proses-proses yang terlibat ialah;

1. Persediaan untuk menulis- pelajar bersedia untuk menulis daripada pengalaman,

ransangan benda, gambar, perbincangan yang menimbulkan minat dan juga daripada

arahan guru itu sendiri.

2. Mengimbas semula pengalaman yang dilalui – pelajar perlu diberi masa untuk

mengetahui apa yang boleh mereka tulis berkenaan dengan pengalaman dan

pemerhatian yang telah mereka lalui.

3. Masalah Kreatif – pelajar mencari bahan penulisan dan idea. Mereka juga akan cuba

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam menyediakan karangan mereka.

4. Perbincangan secara lisan – pelajar boleh berbincang secara lisan dengan guru dan

rakan sebaya tentang tajuk dan isi karangan mereka.

5. Penulisan draf – pelajar merangka draf karangan berdasarkan tajuk dan hasil

perbincangan mereka. Mereka boleh memilih apa isi yang perlu ditulis dan tidak

ditulis dalam karangan mereka.

Page 4: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

6. Membentangkan isi karangan – proses ini boleh dilakukan secara lisan atau secara

tulisan karangan secara senyap.

7. Setelah proses satu hingga enam dilaksanakan, karangan itu akan dipamerkan. Pada

peringkat inilah akan timbul perasaan gembira didalam hati pelajar kerana aktiviti

karanganya mendapat perhatian dan penilaian yang sewajarnya.

Khalayak atau audien merupakan golongan membaca sasaran sesuatu karangan. Mengenal

pasti audiens atau khalayak merupakan salah satu aspek karangan yang penting untuk

memastikan corak pengolahan dan hasil karangan sesuai dibaca oleh sesuatu kelompok

audiens tertentu. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam pengenalpasti audiens ialah ;

1. Latar belakarang

2. Sosio ekonomi.

3. Ideologi politik

Dalam konteks sekolah rendah, faktor audiens tidak begitu ketara akan kepentingannya. Guru

jarang menekankan faktor audiens kepada murid-murid. Namum begitu, murid-murid harus

diperingatkan agar tidak menulis sesuatu yang bersifat sensitif yang menyentuh perkara-

perkara seperti agama, bangsa dan kepercayaan.

SOALAN 3

Bincang tentang tujuan penulis menulis teks, penyusunan teks merujuk kepada aspek

perenggan, tajuk dan huraian tajuk, ikatan dan kesatuan.

Tujuan Menulis – tujuan mengarang atau menulis di peringkat sekolah secara amnya adalah

untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi

atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Antara tujuan menulis

karangan ialah ;

1. Melatih murid-murid melahirkan idea.

2. Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea.

3. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang

betul.

4. Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul

berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

5. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yanng betul.

Page 5: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

6. Menggunakan pengalaman menulis karangan dalam situasi sebenar sehari-hari.

7. Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

Aspek perenggan merupakan aspek penting dalam penyusuan isi karangan agar mempunyai

kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. Perenggan terbahagi kepada 3 bahagian

utama iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Ciri-ciri

perenggan yang baik ialah;

1. Perengggan Pendahuluan.

Ditulis dengan jelas menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak

ditulis. Pernyataan yang dikemukakan adalah dalam bentuk pernyataan umum.

Penggunaan ayat selapis atau ayat mudah adalah digalakkan.

2. Perenggan Isi.

Perenggan isi dihurai berdasarkan keterangan yang terdapat di dalam

perenggan pendahuluan.

Perenggan isi dihuraikan dalam bentuk susunan ; ayat topik, ayat hurai dan

contoh.

Perenggan isi dihurai dengan mengambil kira tajuk karangan.

Murid-murid digalakkan menulis 3 hingga 5 ayat bagi setiap perenggan.

Antara satu perenggan dengan perenggan yang lain hendaklah dihubungkan

dengan penanda wacana.

Memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk.

Memasukkan unsur-unsur peribahasa dan pantun ke dalam perenggan isi.

3. Perenggan Penutup

Perenggan penutup mestilah menggambarkan tentang apa yang ditulis di dalam

keseluruhan perenggan.

Isi dalam perenggan penutup adalah sama dengan perenggan pendahuluan

cuma diungkapkan dalam bentuk dan struktur ayat yang berlainan.

Perenggan penutup hanya ditulis dengan pernyataan umum dan tidak

disertakan dengan contoh-contoh.

Page 6: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Karangan yang baik selalunya mempunyai satu perenggan pendahuluan, 3 perenggan isi dan

satu perenggan penutup.

Ikatan atau kesatuan atau perkaitan dan pertautan dalam karangan merupakan aspek yang penting dalam soal kesinambungan isi. Kohensi membawa takrifan perkaitan manakala koherens membawa pengertian pertautan. Tanpa kohensi, karangan tidak akan berkembang dengan baik manakala tanpa koherens, idea yang dikemukakan tidak mantap. Ciri-ciri kohensi atau perkaitan dalam karangan adalah dengan penggunaan penanda wacana yang sesuai, ayat topik dihuraikan dengan baik serta ada pengaliran idea dari satu ayat kepada ayat yang lain.

Ciri-ciri koherens atau pertautan yang baik dalam sesebuah karangan ialah tajuk dapat dikembangkan di bawah satu gagasan idea yang sama. Setiap perenggan menyokong atau berkaitan secara langsung dengan tajuk karangan dan penghuraian disertakan dengan contoh-contoh yang releven.

SOALAN 4

Pendahuluan –Gambaran secara keseluruhan tentang apa yang akan diperkatakan di dalam karangan

Perenggan 2 – Menghuraikan isi kedua seperti yang tersirat di dalam perenggan pendahuluan.

Perenggan 3 – Menghuraikan isi ketiga seperti yang tersirat di dalam perenggan pendahuluan.

Penutup – Gambaran secara keseluruhan tentang apa yang telah diperkatakan di dalam karangan.

Perenggan 1 – Menghuraikan isi pertama seperti yang tersirat di dalam perenggan pendahuluan.

Page 7: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Bincang tentang pemilihan kata untuk menerangkan mesej atau idea.

Aspek pemilihan kata dalam menulis karangan berkait kemahiran atau pun menguasaan perbendaharaan kata atau kosa kata murid. Perbendaharan kata ini boleh diperkukuhkan dengan murid mempunyai banyak pengalaman menbaca, pemerhatian dan juga latihan penulisan. Pemilihan kata atau kosa kata dalam karangan melibatkan sistem bahasa dan gaya bahasa.

Pemilihan kata ini sangat bergantung kepada jenis karangan yang hendak ditulis. Kosa kata hendaklah sesuai dengan peringkat umur murid-murid. Pembelajaran kosa kata hendaklah disokong dengan penggunaan kamus. Sistem bahasa yang digunakan dalam karangan melibatkan aspek ejaan, morfologi dan sintaksis. Selain itu penggunaan laras bahasa yang sesuai juga perlu ditekankan dalam sistem bahasa agar dapat difahami oleh khalayak. Gaya bahasa memberikan kesan psikologi kepada pembaca.

SOALAN 6

Terokai dalam pembacaan tambahan tentang prinsip penulisan.

Bagi seorang guru, pengajaran penulisan merupakan satu cabaran, kerana penulisan

merupakan tahap kemahiran tertinggi dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu sebagai panduan

pengajaran, terdapat beberapa prinsip atau amalan pengajaran penulisan yang efektif iaitu;

1. Semua orang mempunyai kemampuan untuk menulis. Penulisan boleh diajar dan guru

boleh mengajar pelajar menjadi penulis yang lebih baik.

2. Pelajar belajar menulis melalui penulisan.

3. Menulis merupakan sesuatu proses.

4. Menulis merupakan alat pemikiran.

5. Menulis mempunyai pelbagai tujuan.

6. Hasil dan teks yang diedit adalah penting kepada pembaca dan penulis itu sendiri.

7. Penulisan dan pembacaan adalah berhubung kait.

8. Penulisan mempunayi hubungan yang kompleks dengan pertuturan.

9. Amalan literasi adalah tertanam dalam perhubungan sosial yang kompleks.

10. Berkarya dengan penulisan berlaku dalam pelbagai bentuk moduls dan teknologi.

5.15 LATIHAN

Page 8: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Bina lima soalan struktur tentang prinsip penulisan

1. Berikan tiga teknik mencari idea dalam penulisan yang anda ketahui.

i) .....................................................................................

ii) .....................................................................................

iii) .....................................................................................

2. Apakah ciri-ciri khalayak atau audiens yang mesti diambil kira dalam penulisan teks.

i) .................................................

ii) .................................................

iii) ................................................

3. Penulis yang baik dapat menyampaikan isi karangan dengan;

i) .................................................

ii) ................................................

iii) ................................................

4. Mengapakah ciri keaslian dalam penulisan karangan amat penting.

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

5. Senaraikan peringkat-peringkat kemahiran menulis

i) ............................................

ii) ............................................

iii) ...........................................

Bina lima soalan esei panjang tentang prinsip penulisan.

Page 9: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

1. Terangkan fungsi dan makna setiap penanda wacana yang anda ketahui, sebagai rujukan teliti 20 penanda wacana yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan. Pada pendapat anda sebagai guru, apakah perlu menerangkan fungsi dan makna kesemua penanda wacana kepada murid-murid anda? Kenapa?

2. Huraikan kemahiran-kemahiran menulis yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR. Bandingkan sukatan pelajaran tersebut dengan sukatan pelajaran yang lama KLSR.

3. Huraikan aspek koheren dan kohensif dalam penulisan karangan. Tuliskan sebuah karangan pendek (200 mukasurat) bertajuk “Generasi Hari Ini Pemimpin Hari Esok” dan terangkan di mana penggunaan kedua-dua aspek ini dalam karangan pendek anda.

4. Apakah ciri-ciri penulisan karangan yang baik menurut prinsip pengajaran penulisan. Terangkan berserta contoh yang sesuai dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah.

5. Pemilihan kata dan tatabahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan karangan. Rancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid sekolah rendah berkaitan dengan pengajaran pemilihan kata dan tatabahasa secara tidak langsung dalam penulisan karangan.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN [JSU]

Page 10: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

ARAS KESUKARAN

pengetahuan kefahaman aplikasi analisis sintesis penilaian

M SD S M SD S M SD S M SD S M SD S M SD S

NO SOALAN 1,2 7 3,6,5,9 4 8,10

Bina lima soalan objektif tentang prinsip penulisan.

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan prinsip penulisan?

A Tatabahasa

B Morfologi

C Proses Menulis

D Khalayak

2. Dalam mengenalpasti khalayak, yang manakah antara berikut tidak berkaitan?

A Latar Belakang

B Ideologi

C Sosio Ekonomi

D Etnik

3. Penanda wacana bermaksud perkataan-perkataan atau rangkai kata tertentu yang digunakan untuk melancarkan hubungan idea satu ayat dengan ayat yang lain atau satu perenggan dengan perenggan yang lain. Antara penanda wacana yang biasa digunakan dalam penulisan karangan adalah seperti berikut;

A Justeru

B Walaupun

C Oleh itu

D Kesemua yang di atas

Page 11: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

4. Antara yang berikut yang manakah BUKAN tujuan menulis bagi murid sekolah rendah?

A Melatih murid mengembangkan idea.

B Sebagai persedian murid menghadapi peperiksaan.

C Bagi mendapatkan pendapatan tambahan dengan berkarya.

D Melatih murid menggunakan format karangan yang betul.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan?

A Pemilihan perkataan-perkataan laras tinggi.

B Penggunaan peribahsa bagi menerangkan tajuk karangan.

C Penggunaan tanda baca yang betul.

D Penyusunan isi karangan dengan betul dan releven.

6. Antara ciri-ciri penulisan yang baik adalah seperti berikut kecuali :

A menggunakan ayat gabungan bahasa Inggeris.

B mudah difahami kerana menggunakan ayat yang jelas.

C menggunakan tanda baca dengan betul.

D dapat mempengaruhi khalayak untuk membacanya.

7. Antara jenis-jenis huruf berikut, yang manakah digunakan untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan Hadis secara tepat.

A Huruf Rencong

B Huruf Kawi

C Huruf Palava

D Huruf Arab

8. Terdapat 3 objektif dalam prinsip penulisan, kecuali

Page 12: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

A Mengenal pasti tujuan penulis

B Mengenal pasti pemilihan kata

C Mengenal pasti isi kandungan

D Mengenal pasti penilaian

9 Penulis perlu memahami rumus tatabahasa bagi unsur bahasa seperti penggunaan kata sifat,

kata kerja, kata ganti dan

A. kata tugas

B. kata seru

C. kata hubung

D. kata frasa

10. Kesan beberapa prinsip penulisan KECUALI

A. huruf rencong

B. khalayak

C. Pemilihan kata

D. mekanis penulisan

1B 9A

2D 10A

3D

4C

5D

6A

7D

8D

DAFTAR KANDUNGAN

Page 13: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Prinsip Penulisan ............. 1

Isi Kandungan Karangan, Proses Menulis Dan Khalayak ............. 2

Tujuan Menulis, Aspek Perenggan, Ikatan Dan Kesatuan ............. 4

Pemilihan Kata ............. 7

PETA KONSEP PRINSIP PENULISAN

PETA MINDA PRINSIP PENULISAN

Bacaan Tambahan Prinsip Penulisan ............ 7

Lima Soalan Struktur Prinsip Penulisan ........... 8

Lima Soalan Essei Panjang Prinsip Penulisan ........... 9

Lima Soalan Objektif Prinsip Penulisan ........... 10

Bibliografi ........... 12

BIBLIOGRAFI

Page 14: KUM 6Tugasan Prinsip Penulisan

TL20103 Prinsip Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu

Abdul Jalil Othman. (2001). Kajian pertautan ayat dalam penulisan karangan: Satu

pengenalan. Dewan Bahasa, 44 (6), 671-685.

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. (2001). Integrasi media: Pengajaran bahasa dan

sastera. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Awang Mohd Amin. (1987). Kekerapan kesalahan bahasa peringkat kata (morfologi)

Bahasa Melayu: Satu tinjauan khusus terhadap prestasi kemahiran bahasa tulisan

pelajar- pelajar Melayu tingkatan 4 kesalahan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan

pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (2002). Bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Dewan

Bahasa, 2 (10): 34-39.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma

Publications Sdn. Bhd.