tugasan krb3023 prinsip pengajaran penulisan

20
1 PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 KUMPULAN PEMBELAJARAN E-LEARNING : UPSI02 (A132PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABU BAKAR BIN YUSUF TARIKH SERAH: 04 MEI 2014 TUGASAN 1 ESEI

Upload: mohd-zaini-abu-bakar

Post on 22-Nov-2015

760 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KRB 3023

TRANSCRIPT

  • 1

    PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

    KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

    TAJUK ESEI ILMIAH

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016

    KUMPULAN PEMBELAJARAN E-LEARNING :

    UPSI02 (A132PJJ)

    NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABU BAKAR BIN YUSUF

    TARIKH SERAH: 04 MEI 2014

    TUGASAN 1 ESEI

  • 2

    1.0 PENDAHULUAN

    Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan

    penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah

    penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 6. Kemahiran

    pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan

    perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya

    juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 26 orang murid

    terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.

    Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika digunakan

    imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini mungkin disebabkan

    mereka baru melepasi kemahiran di tahap 2 dan tahun 6 memerlukan kemahiran yang lebih

    meluas. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-

    perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan

    kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh satu

    bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan.

    Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula

    menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan

    bahan dan aktiviti yang pelbagai.

    2.0 METODOLOGI

    Kajian ini menjurus kepada kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Kajian ini melihat

    permasalah yang timbul dalam kalangan murid untuk membina ayat dalam bahasa Melayu.

    Penekanan kemahiran menulis adalah fokus yang paling penting dan perlu dikuasai oleh individu

    yang bergelar murid. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea

    atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Jika pembinaan ayat

    tidak dikuasai oleh murid-murid pada peringkat awal penulisan maka murid akan menghadapi

    masalah. Kelemahan dalam menulis ayat adalah salah satu punca murid gagal untuk mencapai

    keputusan yang baik. Asas penulisan adalah menulis ayat dengan meperluas predikat ayat supaya

    ayat itu bermakna, gramatis dan lengkap serta mempunyai struktur ayat yang betul.

  • 3

    Penguasaan menulis ayat ini merupakan kemahiran yang penting bagi membolehkan murid

    menguasai kemahiran penulisan pelahiran. Dengan bantuan gambar, murid akan

    menterjemahkan maklumat dalam bentuk grafik kepada bentuk tulisan. Murid-murid perlu

    penguasaan dalam pemilihan pembendaharaan kata yang betul serta pola dan struktur ayat yang

    tepat bagi menyatakan makna yang digambarkan. Penguasaan penulisan juga sebenarnya banyak

    dipengaruhi oleh cara mereka berfikir. Oleh yang demikian penguasaan menulis ayat yang

    kurang memuaskan dalam kalangan murid perlu ditangani segera dalam mencapai hasrat objektif

    sukatan Bahasa Melayu dan huraian sukatan bahasa Melayu tahun 6 serta Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negera

    menjelang tahun 2020.

    3.0 CONTOH-CONTOH KARANGAN

  • 4

  • 5

  • 6

    4.0 SEBAB-SEBAB KESILAPAN

    4.1 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN

    4.1.1Tinjauan masalah

    Sebagai guru, kita haruslah menjadi sebahagian daripada golongan yang mencetuskan keadaan

    untuk melihat kegagalan pelajar dalam menguasai penulisan dari pelbagai sudut secara lebih

    objektif. Berdasarkan kajian mendalam, punca yang dapat dikesan adalah salah satu daripadanya

    ialah penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai. Sebilangan besar

    pelajar sukar mengenal pasti peluasan predikat ayat. Ini adalah kesan daripada penggunaan

    teknik yang konvensional (Vygotsky, 2006). Menurut (Barton, 2006), kesan daripada situasi ini

    menyebabkan tumpuan pelajar terjejas. Ini menimbulkan gejala- gejala berikut:

    Pelajar tidak berminat untuk mengikuti kemahiran menulis ayat.

    Pelajar sukar mendapat markah yang tinggi.

  • 7

    Pelajar mempelajari bahasa hanya semata-mata untuk lulus peperiksaan sahaja dan bukan

    cenderung ke arah menguasai penulisan.

    Berdasarkan kajian mendalam, punca dikesan daripada penggunaan teknik yang tidak sesuai.

    Sebilangan besar pelajar sukar mengenal pasti keterangan bagi sesuatu perkara dalam peluasan

    predikat ayat. Murid ramai yang membina ayat mudah tetapi tidak lengkap huraiannya. Selain

    itu, ayat yang dibina oleh murid tergantung serta penggunaan kata kerja atau kata adjektif yang

    murid tulis tidak tepat berdasarkan tajuk yang diberikan.

    5.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPERBAIKI KESILAPAN

    Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan

    pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan

    seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh

    dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah

    satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan

    perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid

    mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan

    oleh guru untuk difahami oleh murid.

    Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai

    penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang

    meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah

    menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya

    saya akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan

    kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti aktiviti

    yang menarik dan menggunakan pelbagai media seperti audiovisual yang menarik dan

    berkesan.

  • 8

    6.0 KELEMAHAN KARANGAN

    A] Kesalahan memilih tajuk

    Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang

    dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan.

    Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

    B] Kekurangan isi

    Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau

    meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku

    kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

    C] Pembahagian perenggan

    Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi

    tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu

    karangan !

    D] Tidak merangka karangan

    Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak

    merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan

    bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.

    Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan

    isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

    E] Kesalahan tatabahasa

  • 9

    Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan

    mendapat A.

    Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada

    calon yang tidak dapat membezakan antara pada dengan di, dari dengan daripada, bila

    dengan apabila dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul.

    Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

    F] Kesuntukan masa

    Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting.

    Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa

    untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.

    Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan

    mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya

    mendapat 50 % ( C ) sahaja.

    G] Kesalahan lain

    Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

    Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.

    Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Negeri

    Sembilan )

    Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di dalam kurungan adalah

    pembetulannya.

    Kesalahan kata nama khas:

    hari raya Aidilfitri

    ( Hari Raya Aidilfitri)

  • 10

    Kesalahan struktur ayat:

    Tujuan kami ialah untuk menyambut

    ( Kami bertujuan/berhasrat untuk menyambut ....)

    Permulaan ayat dengan penanda wacana:

    Manakala ibu membuat kuih raya di dapur. Dan ibu menyuruh saya membeli.....

    ( Ketika/Sewaktu ibu sedang membuat kuih di dapur, ibu menyuruh saya membeli...... )

    Kesalahan susunan ayat:

    kerana pada tahun perayaan kali ini ada jualan murah.

    ( kerana pada perayaan tahun ini/kali ini terdapat jualan murah di ....... )

    RUJUKAN

    1. Mok Soon Sang. (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Puchong, Selangor:

    Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.

    2. Asmah Haji Omar. (2010). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Edisi Kedua. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    3. Khairuddin Mohamad et al.(Ed.). (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam,

    Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    4. Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu, Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar

    Sdn. Bhd.

    5. Tuan Jah Tuan Yusof PhD. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

    Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    6. http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html

    dimuat turun pada 30/04/2014.

    7. http://keterampilanmembaca91.blogspot.com/2013/05/pendekatan-dalam-mengajar-

    membaca.html dimuat turun pada 30/04/2014.

  • LAMPIRAN: SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS/ KATEGORI B /SEKOLAH BANDAR

    BIL NAMA MURID TAHUN GAMBAR NAMA BAPA

    DAN IBU

    PEKERJAAN

    PENJAGA ALAMAT

    1 MUHAMMAD KHAIRUL

    ISKANDAR

    6 MAWAR

    NORAZIANA

    BT ABD SALIB

    KERANI NO 295, BLOK 10, FELDA JELAI 2,

    GEMAS.

    2 NUR SOPHIA BT AZHAR 6 MAWAR

    AMRIANI BT

    ABD MUNIR

    SENDIRI NO 6 JLN LENTANG 4, TMN BKT

    LENTANG, GEMAS

  • 12

    3 NURHANIS BT ADNAN 6 MAWAR

    ADNAN B.

    MOHD YATIM

    PESARA NO 89, RMH RAKYAT, KG SRI GEMAS,

    GEMAS.

    4 ADAM SHAUQI 6 MAWAR

    KEE MAS

    NOORLIN B.

    MOHD ALI

    PENGURUS

    TESCO

    NO 2560, TMN SENTOSA 3, GEMAS.

    5 ALIF MUHAIMIN 6 MAWAR

    RAZALI

    B.NOR

    PENYELIA

    TREN

    NO. 96 JLN. PERMAI , KTMB, GEMAS

  • 13

    6 AZIATUL AZIRA 6 MAWAR

    ANUAR B. ISA KILANG NO 4487, JLN DAMAI 8, TAMAN

    PERMAI, GEMAS

    7 FATHURRAHMAN 6 MAWAR

    MOHD

    YUSOFF B.

    ISMAIL

    PESARA NO 16, JLN RIA, TAMAN GEMBIRA,

    GEMAS

    8 MUHAMMAD QAIRUL

    IZMAN

    6 MAWAR

    SHAHROON B.

    MOHD NOOR

    PEN

    PENGURUS

    NO 4358, JLN DAMAI, TAMAN DAMAI

    JAYA, GEMAS

  • 14

    9 MUHAMMAD AMIRUL

    HAFIZ

    6 MAWAR

    MOHD

    RAZALI

    MOHD

    SALLEH

    PEMANDU

    LOKOMOTIF

    NO 2685, LORONG BELIDA, TAMAN

    SUNGAI GEMAS, GEMAS

    10 MUHAMMAD ASYRAAF

    SYAZANI

    6 MAWAR

    MAZLI B.

    HASSAN

    PEGAWAI

    BANK

    NO 11, JALAN ORKID 1, GEMAS

  • 15

    BIL NAMA MURID TAHUN GAMBAR NAMA BAPA

    DAN IBU

    PEKERJAAN

    PENJAGA ALAMAT

    11 MUHAMMAD AZIMIZAN

    REDHO

    6 MAWAR

    SITI MARYATI

    MARYAYU

    KLINIK 23 RMH RAKYAT JLN TAMPIN

    12 MUHAMMAD FAIZ 6 MAWAR

    ROSLI MD

    JAIS

    POSMEN 1755 TMN GEMAS INDAH

    13 MUHAMMAD

    FAKHURAZI

    6 MAWAR

    ABD SAMAD

    MUSA

    PESARA 1656 KG GEMAS INDAH

  • 16

    14 MUHAMMAD HANIF 6 MAWAR

    ISMAIL CHE

    MAT

    KILANG 4436 TMN DAMAI GEMAS

    15 MUHAMMAD HATEEM

    JAZIRI

    6 MAWAR

    MOHD

    ARARAT RAJA

    AHAMAD

    KTMB 296 KUARTES KTMB

    16 MUHAMAD NASHRIQ 6 MAWAR

    MOHD NOR

    SALIH

    PENOREH

    GETAH

    279 KUARTES KTMB

  • 17

    17 NORSHAFIKA 6 MAWAR

    RAMLAN

    KAMARDIN

    KTMB 1206 TAMAN SENTOSA

    18 NURUL HAZIQAH 6 MAWAR

    MOHD HATTA

    TUNADI

    KERANI 1804 TMN GEMAS INDAH

    19 NUR IZZATI NAJIHAH 6 MAWAR

    AHMAD

    OTHMAN

    PENOREH

    GETAH

    2009 TMN DESA PERMAI

  • 18

    20 SHAHRUL 6 MAWAR

    EFENDY JIMIN BURUH 941 TMN GEMAS JAYA

    21 SITI NORASHIKIN 6 MAWAR

    MOHD RASID

    B. SAID

    KILANG NO2657 TMN SG GEMAS

    22 SITI NURFITRAH 6 MAWAR

    SUHAIMIE B,

    SULAIMAN

    PESARA NO163 JLN MURNI, TMN GEMAS

    INDAH

  • 19

    23 TENGKU AFIQ 6 MAWAR

    TG KHAIRUL

    FAIZI TG

    MOHAMED

    PESARA NO 4346 JLN DAMAI 4

    24 WAN MUHAMMAD

    ZUHAIRIN

    6 MAWAR

    MOHD

    ZAILANI B.

    YAZID

    TENTERA NO4327 TMN DAMAI

    25 WAN NURFATIHAN

    KHAIRIAH

    6 MAWAR

    HALIMAH BT

    HARUN

    PESARA NO 1165 TMN SENTOSA

  • 20

    26 SITI NORHIDAYAH 6 MAWAR

    SUHAIMIE

    SULAIMAN

    PEMANDU

    LORI

    NO 446 TMN DAMAI