aneka kuih

Upload: nurizan-muhamad

Post on 20-Jul-2015

179 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ANEKA KUIH-MUIHApam Balik Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum cawan gula camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil pewarna kuning 1 biji telur 1 cawan air Cara: Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan. camca kecil baking powder 1 cawan kacang tanah (dimesin)bahan tabur 1 tin jagung - bahan tabur 1 cawan gula - bahan tabur Sedikit mentega

Apam Kukus Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 cawan gula 2 cawan tepung gandum Cara: Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam. cawan air suam 1 camca besar baking powder

Apam Seri Ayu Bahan-Bahan: 3 biji telur cawan santan atau susu camca kecil soda bikarbonat cawan susu Sedikit garam Sedikit tepung Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit. 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula camca kecil ovallete (jika ada) 1 cawan kelapa parut Garam secukup rasa

Buah Melaka Special Bahan-Bahan: tepung pulut air pandan sedikit garam sedikit air kapur Cara: 1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam. 2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung. 3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab. 4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda. 5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat. 6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut. Tambahan: 1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil gula kabung/melaka dipotong kecil kelapa parut (putih)

Masalodeh Rangup Bahan-Bahan: 1 kg kacang dal 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 2 ulas bawang puteh 1 cm halia sedikit jintan puteh sedikit belacan Sedikit air sedikit garam sedikit serbuk perasa ajinomoto Daun Kari Minyak untuk menggoreng Cara: Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati. kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba..... Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 4-5 orang Tambahan: Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas & sejuk Bahan A :Kacang dal direndam semalaman. Toskan kan . Kisarkan hingga hancur. Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa. Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah

Muffin Pisang Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gula castor 1 cawan butter (yg sudah dicairkan) 4 biji pisang (yg sudah masak) 1 biji telur besar Cara: ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon. Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit. Cadangan Hidangan: Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy.. 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil bicarbonat soda sude kecil garam sudu kecil serbuk cinnamon

Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 3 gelas gula pasir 3 biji telur 4 gelas tepung gandum Cara: Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit. 3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas) 3 camca kecil soda bikarbonat

Apam Pisang Bahan-Bahan: 4 1 6 2 biji telur cawan gula biji pisang cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat 1 camca kecil baking powder Secubit garam

Cara: Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

Apam Tepung Beras Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras yis secukupnya air sejuk 2 cawan gula pasir Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. pewarna merah 1 biji kelapa acuan apam

Donat (I) Bahan-Bahan: 1000 g tepung gandum 11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan 340 g (1 cawan) air 60 g (2/3 cawan) teung susu penuh krim 100 g (2 biji) telur Cara: Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan. 180 g (1 cawan) marjerin 60 g (6 camca besar) gula pasir halus 10 g (1 camca besar) garam 14 g (1 camca besar) serbuk penaik

Karipap Ayam Bahan-Bahan: kg tepung gandum 1 sudu besar lemak sayuran 5 biji ubi kentang 1 peket rempah kari daging 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 tangkai daun kari Cara: Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai. Untuk membuat intinya: Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering. Sedia utk membuat karipap. Tambahan: Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap. Mentega juga poleh digunakan. 2 ketul Sedikit Sedikit Sedikit isi ayam (dada)- ptg dadu kayu manis halia Gula/garam/serbuk perasa

Lapis Batik Bahan-Bahan: 500 gm tepung ubi 150 gm tepung gandum 400 gm gula pasir 8 cawan santan Cara: Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan. Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan. Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak. *terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil Coconut Pandan Pewarna hijau, kuning dan lain-lain

Roti Jala Bahan-Bahan: 1 kilo tepung gandum 2 biji telor ayam 1 tin susu cair Carnation Cara: Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga. 1 sudu marjerin Sedikit garam Setitik pewarna kuning

Tepung Pelita Bahan-Bahan: 1 1 2 5 bungkus tepung beras cawan gula halus cawan santan pekat cawan air panas cawan jus pandan Garam secukup rasa Daun pisang (potong empat segi)

Cara: Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

Abok-abok Sagu Bahan-Bahan: 1 kg kelapa parut (sudah dikupas kulitnya) 500g sagu biji 2 tsp rata garam halus Cara: 1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit. 2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi. 3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus. 4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut. 5 Semat daun pisang dengan lidi. 6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu. Tambahan: Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya. Gula melaka secukupnya daun pisang(dilayur) Lidi secukupnya

Abuk-Abuk Pisang Bahan-Bahan: 10 biji pisang masam 1 cawan sagu biji mata ikan 1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam Cara: Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api. Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak. Sedikit pewarna merah atau jus pandan Daun pisang secukupnya (yang telah dilayur)

Akak Berlauk Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam 10 sudu gula 300 gm tepung gandum Bahan untuk inti: 500 gm daging lembu 500 gm bawang besar Cara: Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata. Cara membuat inti: Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan. 2 sudu besar rempah kermuk 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Garam dan gula secukup rasa

Akok Bahan-Bahan: 8 2 1 2 biji telur itik biji telur ayam kg gula melaka cawan tepung gandum 6 kuntum bunga cengkih 2 helai daun pandan 1 biji kelapa

Cara: Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

Anika Muffin Bahan-Bahan: 400 gm tepung gandum 350 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh) 200 ml air suam 250 gm gula pasir 30 gm serbuk penaik 20 gm tepung jagung 20 gm susu tepung 3 biji telur Bahan perisa: Coffee Emulco Keladi Pisang Blackcurrent

Cara: Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel. Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan. Cadangan Hidangan: Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing. Tambahan: Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek.

Apam Gula Hangus Bahan-Bahan: 5 biji telor ayam 1 cawan gula pasir cawan susu pekat manis 2 cawan tepung gandum (diayak) cawan gula pasir (dibuat gula hangus) cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)

Cara: Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit. Cadangan Hidangan: Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil. Tambahan: Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.

Apam Gula Merah Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum Sebesar ibu jari yis basah cawan gula merah, dimasak dan tapis Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam. cawan gula pasir 4 cawan air

Apam Halus Gebu Bahan-Bahan: 3 1 1 3 cawan tepung gandum cawan gula kastor cawan aiskrim soda biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75 1 sudu teh esen ros Sedikit pewarna merah Mangkuk kertas secukupnya

Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai. Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

Apam Jagung Kukus Bahan-Bahan: Bahan A tin jagung manis dalam tin 1 cawan gula 6 biji telur 1 cawan majerin 1 sudu teh bikarbonat sedikit air Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar. 2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati. 3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai. Bahan B 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder.

Apam Madu Bahan-Bahan: 1 cawan gula 2 cawan tepung 4 biji telur cawan minyak mazola Cara: 1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan. 2. gaul sampai halus 3. kukus sehingga masak Cadangan Hidangan: jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat Tambahan: serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit 1 sudu kecil bikarbonat soda 1 sudu kecil baking powder 1 cawan air sudu kecil esen vanila cawan koko

Apam Siam Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda) 3 cawan tepung gandum 1 cawan gula Pewarna (ikut suka) Cara: Cara membuatnya:1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. 3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit. Cadangan Hidangan: Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil. Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.

Apam Susu Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan air 4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki) 1 biji telur garam secukup rasa mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga

sebati. Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk.

Apam Tepung Beras Bahan-Bahan: 1 cawan tapai nasi 1 cawan gula pasir 4 cawan air 500 gram tepung beras Cara: Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda. Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja. Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi. satu sudu teh mauripan satu sudu teh serbuk Eno secubit garam Kelapa parut

Asam Gumpal Bahan-Bahan: 250 gm biji sago 2 liter air 5 gm garam halus Kuah: 1 liter santan 60 gm gula merah 15 gm biji halba 20 gm bawang merah (dihiris) 15 gm halia (dihiris)

Cara: Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak. Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya. Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat. Cadangan Hidangan: Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan buah-buahan campuran

Badak Berendam Bahan-Bahan: 1 bungkus tepung pulut 15 helai daun pandan, diambil airnya 2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat Cara: Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak. 2 cawan gula merah Secukup air Sedikit garam

Bahulu Tradisi Melayu Bahan-Bahan: semangkuk telur ayam (sederhana besar) semangkuk gula pasir setengah kilo tepung gandum sedikit minyak masak acuan kuih bahulu atau kuih cara. Cara: Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Bakar sehingga masak. Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan. Tambahan: Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman. Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia. Goreng tepung sampai masak.Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan. Ini agar kuih jadi ringan.

Bauhulu Bahan-Bahan: 10 biji telur 600 gm tepung gandum ]dijemur hingga 600 gm gula halus ]kering 1 sudu teh esen vanila Cara: Telur dipukul dengan gula sehingga kembang dan gulanya hancur. Kemudian masukkan bikarbonate of soda dan esen vanila serta teruskan memukul adunan ini sehingga campuran ini kembang dan naik. Tepung digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga kering dan warnanya kekuningan, setelah itu campurkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Sapukan minyak kacang ke dalam acuan bauhulu dengan menggunakan serai dan panaskan di dalam ketuhar. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak. 2 batang serai 1 cawan minyak kacang 1 sudu teh serbuk bicarbonate of soda

Belebab Bahan-Bahan: 2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati santan 2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus Cara: Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan. Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak. 4 cawan tepung beras cawan gula

Bengkang Ani Terengganu Bahan-Bahan: UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG 1kg tepung beras air 1 liter 4 biji telur ayam UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG. 1 biji kelapa (santan) 1 cawan tepung beras 10 ulas bawang merah (dimayang)

UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN. 1kg ikan kembung@selayang 1 biji kelapa parut 300g bawang merah 2 inci halia

1 sudu halba inci halia (dihiris halus) garam secukup rasa UNTUK KUAH MANIS. 1 cawan tepung beras 4 keping gula melaka(kecil) 2 cawan air

Cara: cara - cara membuat kuih bekang. tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu. cara memasak sambal ikan. ikan direbus dan ambil isi sahaja. kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding. cara membuat kuahlemak. bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat. masukkan garam secukup rasa. cara - cara membuat kuah manis. tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat. Cadangan Hidangan: SESUAI DIMAKAN PADA WAKTU SARAPAN DAN MINUM PETANG.HIDANGAN INI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA. Tambahan: RESIPI INI ADALAH MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU ZAMAN BERZAMAN.SEKARANG SUKAR UNTUK KITA DAPATI DIMANA-MANA GERAI MAKAN

Bengkang Kelapa Muda Bahan-Bahan: 4 biji kelapa muda 1 cawan tepong beras 2 biji telor Cara: Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa. 2 cawan air secubit garam 1 cawan gula

Bepang Coklat Milo Bahan-Bahan: kilo biskut marrie kilo kacang tanah 1 peket kecil serbuk milo 1 tin kecil susu pekat 1 tin kecil planta Cara: 1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. 2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4. 3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan. 4. Panaskan kuali dan cairkan planta. Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati. 5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api. 6. Masukkan pecahan biskut marrie. 7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata. 8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan. 9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan. 10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang. 11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula.

Cadangan Hidangan: Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan.

Bingka Cempedak Bahan-Bahan: 2 cawan isi cempedak (dikisar halus) 3 biji kuning telur 500 gm tepung gandum 2 cawan gula pasir Cara: Pukul telur dengan gula sehingga hancur. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur sambil digaul sehingga sebati. Masukkan marjerin, santan, garam dan isi cempedak. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Sediakan sebuah acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak. 2 cawan santan pekat 4 camca besar marjerin cair Sedikit garam

Bingka Kelapa Muda Bahan-Bahan: cawan tepung beras 3 cawan air kelapa secubit garam 1 biji telor Cara: Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya. Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang. Tambahan: Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api. cawan tepung gandum 2 cawan isi kelapa muda cawan gula pasir

Cucur Badak Bahan-Bahan: 600 gm keledek 2 cawan tepung gandum minyak secukupnya Bahan inti: biji kelapa parut 3 sudu besar udang 8 ulas bawang merah 3 batang serai Cara: Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan. 10 biji cili kering sudu teh ketumbar sudu teh jintan manis sudu teh jintan putih sudu teh kunyit minyak masak garam 2 cawan air

Karipap Bahan-Bahan: Bahan-bahan untuk doh: kg tepung gandum 1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan) Air garam (suam) Bahan-bahan untuk inti: 4-5 biji ubi kentang (dipotong dadu) Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus) Bahan A: 5 tangkai cili kering (dikisar) 1-2 sudu besar jintan manis (dikisar) 1-2 sudu besar lada hitam (dikisar) 2 kuntum lawang (dikisar) 5 kuntun bunga cengkih (dikisar) 1-2 inci halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) Garam,gula dan MSG secukup rasa

Cara: Untuk membuat doh: Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan. Untuk membuat inti: Kisar semua bahan-bahan A Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari. Masak sehingga kering Cadangan Hidangan: Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana) Tambahan: Sewaktu membuat doh,minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin. Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup.

Karipap Daging Bahan-Bahan: Bahan Inti : 1 kg kentang - dipotong dadu 600 gm bawang besar - dipotong dadu 800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil Tumbuk Lumat : 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1" halia 1 sd besar jintan manis 1 paket serbuk kari cawan minyak 1 batang besar kulit kayu manis 3 sd besar gula 1 sd besar garam sd teh msg 700 ml air Doh Karipap : 1 kg tepung gandum - diayak 1 sd besar garam buku (188gm) lepa susu `Farmcows' 2 biji telur 1 cawan ais 500 ml air Minyak untuk menggoreng Secukup tepung untuk mencanai

Cara: Inti : Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan. Doh : Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam. Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping

karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Cadangan Hidangan: Untuk minum petang dan berbuka puasa. Tambahan: Mneghasilkan lebih kurang 100 keping karipap saiz sederhana. Campuran lemak susu dan sayuran dalam Farmcows memberkan rasa yang enak dan rapuh pada doh karipap. Boleh juga digunakan marjerin, crisco, vanaspathi atau minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Penggunaan ais dan lemak yang dicairkan memberikan tekstur doh karipap yang rangup dan gebu bila dimakan. Doh karipap boleh dibekukan dan biarkan pada suhu bilik (thaw) sebelum digunakan semula. Gunakan plastik untuk membungkus setiap bahagian doh yang hendak disimpan. Inti juga boleh dibekukan, untuk rasa yang lebih enak selepas dibekukan (pembekuan mungkin memyebabkan rasa inti menjadi hambar kerana bercampur cairan seperti ais), cairkan 1 sd besar mentega dan tumis 1 sd teh serbuk kari masukkan inti dan kacau, masukkan 1 biji bawang dadu dan kacau hingga sebati. Rasalah masin dan manisnya. Gunakan kembali.

Karipap Kesuma Hati Bahan-Bahan: Untuk inti: 1 cawan ikan tuna/udang 1 batang carrot 3 kuntum daun kesum 2 biji bawang kecil 1 biji cili hijau Cara: 1. Bahan untuk inti tuna/udang, carrot, bawang, cili hijau dan daun kesum dikisar kering.Tambahkan secubit garam untuk rasa. 2. Bahan untuk kulit: Gaulkan tepung dan crisco. 3. Masukkan garam. 4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul adunan sehingga menjadi doh. 5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat. 6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah bi potong bulat. Kelipkan keliling seperti bentuk karipap. 7. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan. Cadangan Hidangan: 2-3 orang. Sesuai untuk sarapan, atau minum petang. Tambahan: Masa digunakan: 30 minit Bahan untuk kulit: 1 cawan tepung 2 sudu crisco(atau mana mana vegetable shortening) Secubit garam Setengah cawan air Minyak untuk menggoreng

Kastad Jagung Bahan-Bahan: 1 cawan tepung kastad 3 cawan gula pasir 1 tin jagung manis Cara: 1 biji kelapa parut Sedikit garam Bahan pewarna kuning

Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.

Kek Kukus Simple Bahan-Bahan: 5-6 sudu besar tepung serba guna 1 biji telur 2-3 sudu kecil gula sudu besar susu pekat Cara: Pukul gula dengan telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi. Masukkan tepung serba guna sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Masukkan adunan dalam acuan atau loyang dan kukuskan selama 45 minit. Cadangan Hidangan: Sesuai untuk hidangan 2 orang. Tambahan: Sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba! 3-4 sudu gula hangus (boleh juga digantikan dengan buah-buahan kering atau chocolate chips/rice mengikut citarasa)

Ketupat Sotong Bahan-Bahan: 1 kg Sotong (sederhana besar) 250 gm pulut 250 gm santan pekat 250 gm gula merah garam secukup rasa Cara: 1. Sotong yg telah dibersihkan diisikan dengan pulut dan kepala disatukan dgn badan dan dicucuk dengan lidi 2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan. 3. Masukkan gula merah yg telah ditapis ke dalam santan pekat. 4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. 2 helai Daun pandan cawan air

5. Masukkan sotong yang telah siap diisi dgn pulut kedalam bhn2 td. masak sehingga kuah kering dan sotong nampak kembong. Cadangan Hidangan: hidangan untuk 3-5 orang Tambahan: Kurangkan gula sekiranya tidak suka manis.

Ketupat Sotong Terengganu Bahan-Bahan: 1kg Sotong sederhana besar 250gram beras pulut santan seinci halia dipotong halus 5 ulas bawang merah dipotong halus sesudu kecil halba garam lidi dipotong kecil Cara: 1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. 2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong. 3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala. 4. angkat apabila sotong telah masak. Cadangan Hidangan: di makan begitu sahaja @ bersama nai putih Tambahan: 1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir. 2. resepi dari trg ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

PENCUCI MULUT1.Bergedil Roti Bahan-bahannya 1.5 biji ubi kentang 1 cawan tepung gandum (ikut suka) daging cincang daun saderi bawang nesar 1 keping roti kosong (ikut suka) Minyak masak Bahan untuk sos: Bawang putih Sedikit cuka Lada merah Caranya

Rebus ubi kentang jangan terlalu lembik Daun saderi,bawang besar dicincang halus Roti disoyat supaya menjadi halus Setelah ubi kentang separuh masak, ubi tersebut hendaklah dilenyekkan kemudian gaul bersama tepung gandum tadi Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang halus tadi Seterusnya masukkan roti yang telah disoyat halus tadi Kemudian gaul hingga rata.Bentukkan bulat dan goreng menggunakan minyak banyak dan panas

Untuk sos: Bawang putih dan lada merah dikisar halus Gaulkan lada dan bawang tersebut hingga rata kemudian masukkan sedikit cuka.

2. Jelly Kopi Bahan-bahannya 400 gm agar-agar (dimasak bersama air) 1 biji kelapa (ambil santannya) 5 sudu tepung jagung 4 sudu Nescafe

2 sudu tepung beras garam gula caranya

Agar-agar tersebut di bahagikan dua. Separuh dimasak bersama gula dan nescafe. Kemudian tuangkan ke dalam loyang. Manakala separuh lagi dimasak dengan santan, teping jagung, tepung beras dan garam. Kemudian tuangkan agar-agar yang pertama tadi.

3. Pai Epal dengan Aiskrim Bahan-bahannya 225 gm gula perang 45 gm tepung gandum 30 gm mentega 1 sudu teh perahan lemon sudu teh serbuk kayu manis Secubit serbuk pala 5 biji epal (kupas kulit dan hiris nipis) Aiskrim vanilla Bahan-bahan doh: 150 gm tepung gandum 2 sudu teh serbuk penaik 45 gm mentega 175 ml susu caranya

Dalam periuk yang sederhana besar, masak 250 ml air bersama gula perang hingga pekat. Sejukkan. Masukkan mentega, perahan lemon, serbuk kayu manis dan buah pala ke dalam air gula tadi untuk dijadikan sos. Sementara itu susun hirisan epal ke dlaam dulang pembakar berukuran 12 x 8 cm. Curahkan sos ke atasnya. Panaskan ketuhar pada kepanasan 190C.

Untuk membuat doh, ayak tepung dan serbuk penaik. Gaul tepung dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Campur susu ke dalam adunan. Uli hingga mendapat adunan lembut tetapi tidak lembik. Dengan menggunakan senduk, lapiskan adunan ke atas epal yang telah disusun. Bakar selama 40 minit. Bahagian atas sepatutnya berwarna perang. Hidangkan dengan aiskrim sebagai hidangan pencuci mulut, minum pagi atau petang.

4. Puding Koktel Berkuah Bahan-bahannya BAHAN2 UNTUK PUDING: 1 paket agar-agar 4 cawan air 2-3 sudu besar tepung kastard 1 tin susu cair 5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula) Daun pandan BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL: 1 tin susu cair 1 tin koktel tin air 2-3 sudu besar tepung kastard Gula (Anggaran manis) sedikit garam Daun pandan caranya CARA MEMBUAT PUDING:

Masak agar2 dengan air hingga larut. Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi.

Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.

CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:

Masukan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi. Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.

5. Pengat Labu Bahan-bahannya 1 1 1 2 1 biji labu kuning cawan santan, daripada 2 biji kelapa cawan gula pasir helai daun pandan cawan air

caranya

Labu dipotong kecil-kecil. Rebus bersama air hingga empuk. Kemudian masukkan gula. Kacau rata. Apabila gula larut masukkan santan dan daun pandan. Kacau sebati. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

6. Panc Buah-buahan Tropikal Bahan-bahannya cawan perahan mangga cawan peraha jambu batu cawan perahan belimbing cawan perahan nanas cawan perahan tembikai cawan siraop gula batu 1 cawan isi tenmbikai 1 cawan nanas (dipotong dadu) 1 biji mangga (dipotong dadu) 1 biji belimbing (dipotong dadu)

caranya

Campur semua bahan ke dalam mangkuk panc & kacau sebati. Simpan didalam peti sejuk & biarkan sejuk. Jika hendak lebih sejuk, masukkan ketulan ais.

7. Sira Ubi Kayu Bahan-bahannya 3 ketul ubi kayu cawan gula pasir cawan gula merah 2 helai daun pandan Garam secukupnya Air caranya

Ubi kayu direbus hingga empuk. Angkat dan sejat. Masukkan ubi rebus, gula merah, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk. Masukkan air dan garam secukupnya. Kacau sebati dan masak hingga mendidih.

8. Triffle Bahan-bahannya Sponge cake (potong ikut suka) 1 peket agar (perasa ikut suka) 1 tin mixed fruit Whipped cream 1 cawan custard 4 cawan air 2 sudu besar gula pasir caranya Untuk Custard

Campurkan tepung custard dan air. Masak atas api perlahan Masukkan gula Masak sehigga custard agak pekat

Untuk Agar-agar

Campurkan sepeket agar dengan air yg panas. Susun kek yg dah dipotong dalam mangkuk renjiskan sedikit dengan air buah dalam tin Tuangkan custard yang dah siap dimasak atas kek (ikut selera nak berapa banyak) Bila custard dah hampir set, tuang agar di atas custard Last sekali, pancitkan whipped cream atas agar Kemudian, sumbat dalam peti sejuk.

9. Suji Bahan-bahannya 1 cawan tepung suji(semolina) 1 tin susu cair 200g gula(1 cawan) Minyak sapi 1 sudu kecil Daun pandan 3 helai Buah pelaga 2 atau 3,kayu manis 1 ibujari atau kurang Air 3 tin susu cair Pewarna kuning sudu kecil atau kurang sikit Air mawar 1 sudu kecil caranya

Mendidihkan air 3 1/2 tin tadi. masukkan daun pandan,buah pelaga,kayu manis. Bila sudah mendidih,wangi,angkat bahan tadi dan ketepikan(buang) kerana tidak digunakan lagi. Tuang warna kuning. Tuang gula,susu cair,kacau. Tuang tepung suji sedikit demi sedikit sambil dikacau, sampai pekat sedikit. Api perlahan. Tuang minyak sapi 1 sudu kecil dan air mawar sambil di gaul sebati untuk mengelakkan hangus.

10. Choco Da Milk Shake Bahan-bahannya 2 sudu besar Milo 2 sudu besar susu Grow (perasa Coklat)

gelas aiskrim vanilla gelas air masak caranya Masukkan Milo dan susu Grow ke dalam bekas.Masukkan air masak dan kacau sehingga larut. Kemudian, masukkan aiskrim vanilla kedalam bekas tersebut dan kacau sehingga larut.Dihidangkan serta merta.

Karipap Inti Ikan

Makanan Tradisi Terengganu Bahan Kulit Karipap : 3 cawan tepung gandum 2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan) Sedikit air Cara Membuat: 1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum. 2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh. Bahan Inti Karipap: 1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan) 1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya 1 sudu kecil halba 6 ulas bawang merah } mayang halus 1 inci halia} mayang halus Garam secukup rasa Cara Membuat: 1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)

2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering. 3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa 4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering 5. Boleh lah diangkat dan sejukkan. 6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan

Nasi Impit Sambal Hitam

Makanan Tradisi Terengganu Bahan-bahan Sambal Hitam:Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya) 5 batang serai (hiris) 5 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 2 keping gula nisan/ gula melaka Garam secukup rasa

Cara Membuat 1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis. 3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat. 4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Kuih Bronok SaguDecember 22, 2009 at 9:32 am (Kuih Muih, Resepi)

Bahan-Bahan: 2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu) 1 1/2 cawan gula 3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah 2 cawan air Kelapa parut ambil yang putihnya saja Secubit garam Cara membuat: 1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air. 2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat. 3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api. 4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.Leave a Comment

BUBUR ASYURA TERENGGANU

Bahan-bahan: 1 kg beras 1 kg bawang merah(1/2 kg dikisar ,1/2 kg dijadikan bawang goreng) 1 kg gula 1 kg daging 1 ekor ayam [potong kecil] 2 kg santan 250 gram kacang hijau 500 gram ubi keledek 250 gram kerisik 5 batang serai 5 cm halia 5 ulas bawang putih 6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura] Garam secukup rasa Topping/Hiasan kelapa goreng isi ikan hancurkan] telur dadar [hiriskan] Cara Membuat: 1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur. 2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai. 3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.

4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan. 5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat. 6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil. 7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Apam Berkuah TerengganuMakanan Tradisional Terengganu

APAM GANDUM

Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum 3 5 keping gula nisan (atau gula melaka) 1 peket mauripan Air secukupnya (lebih kurang 5 6 cawan) Cara Membuat Apam1. Masak gula nisan/ gula melaka dengan 2 cawan air sehingga cair,kemudian tapis dan biarkan sejuk 2. Masukkan mauripan ke dalam air gula yang telah disejukkan.Kacau sehingga mauripan mengembang dan nampak berbuih. 3. Ayak tepung gandum, tuangkan air gula tadi dan gaul rata (seeloknya gunakan tangan). Adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik . Tambah air lagi jika tidak mencukupi. 4. Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ketiga terus tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil untuk kuih apam. 5. Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dalam 40 minit).

Nota: apam beras boleh juga untuk menggantikan apam gandum. Apam Eno kurang sesuai. KUAH APAM 2 sudu besar ketumbar 1 susu besar jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu besar lada hitam 5 cm kulit kayu manis 3-4 kuntum bunga lawang 4-5 biji buah pelaga 2-3 cm kunyit hidup 2-3 cm lengkuas 2-3 cm halia 1 batang serai 3 sudu besar kerisik 3 sudu besar kelapa parut 3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar (ambil isinya) 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih

Gula/gula nisan secukup rasa Garam secukup rasa 1 biji kelapa ( untuk dapatkan santan pekat dan cair) Cara Membuat: 1. Kesemua bahan-bahan di atas dikisar bersama. 2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula nisan dan garam.

ASAM GUMPALMakanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan : 500 gm sagu mata ikan 1 biji kelapa [3 cawan santan] 1 sudu besar halba 2 cm halia [dihiris ] 2 ulas bawang merah [hiris] 1 cawan kacang hijau 1 cawan gula Cara Membuat: 1. Kacang hijau direbus sehingga empuk dan nampak pecah. 2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga betul-betul kering. 3. Tutup api dan biarkan sejuk. 4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan. 5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata. 6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi. 7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit] 8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendidih. 9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar. 10. Sejukkan dan hidangkan

Pulut Serikaya @ Tok Aji Serban

Bahan-bahan Lapisan Bawah 2 cawan pulut 2 1/2 cawan santan cair dan sedikit garam Lapisan Atas 3 cawan santan pekat 1/2 cawan gula pasir cawan gula merah 1/2 cawan tepung gandum 3 biji telur 1 sudu teh garam Cara Memasak Lapisan Bawah 1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak. 2. Kukuskan sehingga masak. 3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci. 4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik. 5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas. Lapisan Atas 1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan. 2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. 3. Kukuskan lebih kurang 30 minit. 4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Kuih Tepung Bunga

Bahan-bahan: 500 gram tepung pulut 3 biji telur ayam 2 cawan air Gula secukupnya Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng Cara Membuat:1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .

2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata. 3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.

4. Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya.

KUIH PUTERI MANDI

Bahan-bahan: 1 paket tepung pulut 1/2 cawan tepung beras 2 1/2 cawan air daun pandan Inti: 1 biji kelapa parut muda Gula melaka secukupnya Air secukupnya Cara Membuat:

1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan. 2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. 3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak. 4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya. 5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab. 6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.

PAUNG GORENG

Bahan-bahan: 1/2 kg tepung pulut cawan tepung gandum 400 ml air sedikit garam minyak untuk menggoreng terendam Bahan Inti 5 ekor ikan selayang 5 ulas bawang merah [hiriskan] 1 cawan santan 3 cm halia [hiris] 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil gula garam secukupnya Cara membuat: 1. Ikan direbuskan dan sejukkan. 2. Ambil isi ikan dan hancurkan. 3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. 4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air. 5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula. 6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup). 7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.