kronologi pendidikan sekolah di malaysia

7
KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri- negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.

Upload: mandainese

Post on 08-Jun-2015

10.498 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Zaman Dahulu dan Selepas Kemerdekaan, Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu, Cina,Tamil dan Perbezaan Tahap Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)

Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan

soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah

laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di

sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal

pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di

negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu

sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun,

kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah

berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam

bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

(1786-1956)

TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap

pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah

mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-

negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan

bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua

buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858

hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu

di Pulau Pinang dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah

Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani

dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu

Page 2: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu

Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers

and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di

dalam perkhidmatan kerajaan.

Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah

ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I

hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang

berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat

meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh

London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada

tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China,

Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan

menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat.

Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China.

Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.

Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan

kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang

getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari

negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa

Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai

tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan

kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat

awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511

buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta

di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu,

sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan

Page 3: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan

negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka

dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha

kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan

dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:

1. untuk semua bangsa;

2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;

3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan

kadar berpatutan;

4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari

Ilmu Kira-kira;

5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;

6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;

7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-

lain;

8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan

penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping

pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih

oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College

Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka

Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun

1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.

Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah

diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan

Page 4: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah

Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran

Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya

menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta

menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi

mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika

pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)

Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah

tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya

telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah

Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib

diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969

Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun

Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek

yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut

ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini

sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah

bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada

bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan

bagi:

“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran

sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran

yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan

tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka

Page 5: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

pendek mahupun jangka

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)

Graf di atas menunjukkan jumlah pendaftaran pelajar sekolah rendah

dan sekolah menengah bermula dari tahun 1956 hingga 1984.

panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem

pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan

masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah

iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam

sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan

bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan,

pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

dicadangkan.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran

vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata

pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum,

bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah dicadangkan.

Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan

berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan

ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan

diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang

Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan

masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap

Page 6: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang

terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek

kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif

ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman Dahulu

Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di

Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu

amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya

pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala

pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman

dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti

kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal

berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka

berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum

ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem

pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang

bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-

Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak

1956.

Pendidikan Zaman Sekarang

Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British,

sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur.

Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh

(RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati

dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi

memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi

seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap

kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat

Page 7: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan

swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh

menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang

Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi

dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan

teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak

mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para

pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu

mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan

dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi

maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan

pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa

mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.

Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata

pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada

komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan.

Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi

internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk

tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak

resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di

tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja

menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan

disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.

Kesimpulan

Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum

penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat

kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem

pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa

dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek

Page 8: Kronologi Pendidikan Sekolah Di Malaysia

pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan

oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap

perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar

untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan

negara.

Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa

kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih

besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha

menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat

yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah

tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras

dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan

yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.

Bibliografi

Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj,

Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala

Lumpur.

Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran

Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar

Publishers, United States of America.

http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453