kronologi enekmen tanah melayu - haji azmir final

25
TRP 512 LAND ADMINISTRATION KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU 1.0 PENGENALAN Pembangunan tanah merupakan satu medium yang digunakan oleh pemerintah atau kerajaan bagi memajukan sesebuah kawasan yang merangkumi kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Pembangunan tanah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan atau kemajuan wilayah. Sejak dari dahulu, proses pembukaan dan pembangunan wilayah–wilayah baru digunakan oleh kuasa–kuasa penakluk atau empayar bagi membuka tanah–tanah jajahan yang baru. Dalam konteks pembangunan tanah, ia merangkumi era–era klasik, pertengahan, moden awal dan moden. Pembangunan tanah juga digunakan sebagai alat bagi memudahkan pembangunan pertanian dan ekonomi setempat selaras dengan keperluan semasa. Proses bagi perlaksanaan program pembangunan tanah ini memerlukan perancangan dan strategi yang baik. Ini adalah untuk menjamin pembangunan yang akan dijalankan menjamin pulangan ekonomi yang baik dari segi peningkatan hasil keluaran desa, penyediaan kemudahan infrastruktur desa, peningkatan tahap sosio-ekonomi masyarakat dan sebagainya. Kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan program pembangunan tanah adalah berbeza mengikut era atau zaman. Kalau dahulu pembukaan dan pembangunan tanah yang digunakan oleh pemerintah adalah lebih kepada perluasan empayar atau tanah jajahan. Namun pada masa kini, manusia hidup lebih bertamadun dan pembukaan tanah–tanah jajahan baru tidak lagi wujud sebaliknya kerajaan bagi sesebuah negara 1

Upload: nuaishahishak

Post on 25-Jun-2015

680 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

1.0 PENGENALAN

Pembangunan tanah merupakan satu medium yang digunakan oleh

pemerintah atau kerajaan bagi memajukan sesebuah kawasan yang

merangkumi kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Pembangunan tanah ini

mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan atau kemajuan

wilayah. Sejak dari dahulu, proses pembukaan dan pembangunan wilayah–

wilayah baru digunakan oleh kuasa–kuasa penakluk atau empayar bagi

membuka tanah–tanah jajahan yang baru. Dalam konteks pembangunan

tanah, ia merangkumi era–era klasik, pertengahan, moden awal dan moden.

Pembangunan tanah juga digunakan sebagai alat bagi memudahkan

pembangunan pertanian dan ekonomi setempat selaras dengan keperluan

semasa.

Proses bagi perlaksanaan program pembangunan tanah ini memerlukan

perancangan dan strategi yang baik. Ini adalah untuk menjamin

pembangunan yang akan dijalankan menjamin pulangan ekonomi yang baik

dari segi peningkatan hasil keluaran desa, penyediaan kemudahan

infrastruktur desa, peningkatan tahap sosio-ekonomi masyarakat dan

sebagainya. Kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan

program pembangunan tanah adalah berbeza mengikut era atau zaman.

Kalau dahulu pembukaan dan pembangunan tanah yang digunakan oleh

pemerintah adalah lebih kepada perluasan empayar atau tanah jajahan.

Namun pada masa kini, manusia hidup lebih bertamadun dan pembukaan

tanah–tanah jajahan baru tidak lagi wujud sebaliknya kerajaan bagi sesebuah

negara akan membuka tanah–tanah yang terdapat dalam sempadan

negaranya untuk kemajuan rakyat jelata dan penerokaan tanaman pertanian

baru untuk kepentingan ekonomi negara.

2.0 KRONOLOGI ENAKMEN TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1

Page 2: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Tanah boleh dikatakan sebagai salah satu faktor ekonomi yang utama. Maka,

perkara-perkara perundangan dan pentadbiran berkenaan dengan tanah

perlu diuruskan dengan berkesan dan sentiasa dikemaskini. Kanun Tanah

Negara 1965 (KTN 1965) iaitu undang-undang tanah utama sentiasa disemak

dari semasa ke semasa dalam usaha memperkemaskannya selari dengan

perkembangan pembangunan negara yang pesat kebelakangan ini.

Kebelakangan ini, beberapa masalah dalam pentadbiran tanah yang telah

dibangkitkan perlu dilaksanakan kajian semakan semula ke atas peruntukan-

peruntukan tertentu dalam KTN 1965.

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan perundangan tanah yang setelah

sekian lama diaplikasikan di Semenanjung Malaysia iaitu KTN 1965.

Penguatkuasaan Akta yang berasaskan Sistem Torrens (juga dikenali sebagai

Sistem Pendaftaran Hakmilik) sejak 1 Januari 1966 dan menjadi amalan di

negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

2.1 SEJARAH TANAH MENGENAI SISTEM TANAH DI SEMENANJUNG

MALAYSIA

2.1.1 SISTEM PENTADBIRAN' TANAH SEBELUM SISTEM TORRENS

Pentadbiran tanah adalah merupakan salah satu daripada institusi yang

tertua didalam urusan pentadbiran di Malaysia. Negeri-negeri Melayu

Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menggunakan

satu sistem tanah yang dikenali sebagai tanah adat'' dimana hanya orang-

orang yang berupaya membuka tanah sahaja yang berhak untuk menduduki

dan mengusahakan tanah tersebut. Di zaman penjajahan Inggeris, cara

pentadbiran dan undang-undang telah turut berubah di mana sistem

pentadbiran tanah negara kita telah dipengaruhi oleh undang-undang

Inggeris.

2

Page 3: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menggunakan undang-undang 'Straits

Settlement' yang merupakan satu kawalan ^pentadbiran ke atas tanah-tanah

persendirian). Pulau Pinang dan Melaka pula telah menggunakan

'Registration of Deeds' ataupun sistem Perdaftaran Suratikatan. Sistem ini

telah diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun 1807 dan telah

dikuatkuasakan di Melaka dalam tahun 1856. Sistem pendaftaran ini dikenali

sedemikian kerana dibawah ordinan-ordinan yang terpakai di Pulau Pinang

dan Melaka ketika itu, tiada sebarang surat ikatan yang melibatkan tanah

boleh diterima sebagai sah oleh pegawai awam atau mahkamah melainkan

jika suratikatan itu telah didaftarkan di Pejabat Perdaftaran Surat ikatan di

Pulau Pinang dan Melaka.

Surat ikatan hakmilik ini merupakan rekod tunggal yang menunjukkan

penjualan telah dilakukan dan bukti tunggal bahawa pembeli yang baru

adalah tuanpunya yang sah di mana proses ini diulang setiap kali dilakukan

penjualan. Maka akan terdapatlah rangkaian-rangkaian pindah hak dimana

bagi mempastikan bahawa tuanpunya tanah pada masa itu mempunyai

hakmilik yang sah, tiap-tiap hubungan dalam rangkaian tersebut mestilah

diperiksa yang menurut undang-undang mestilah 30 tahun kebelakang

ataupun lebih.

Satu undang-undang baru yang dikenali sebagai 'Straits Land Act' telah

diperkenalkan dalam tahun 1839 sebagai permulaan. Tujuannya adalah

untuk mengujudkan satu sistem pentadbiran dan perdaftaran yang selaras ke

atas pengurusan tanah. Bagaimanapun, percubaan ini nyata gagal kerana

penduduk-penduduk tempatan telah dengan sesuka hati membahagi,

memindah dan menyewakan tanah mereka tanpa membuat perdaftaran.

Walau bagaimanapun, kesan ke atas pentadbiran tanah secara formal

dimulai dengan ujudnya 'Perak General Land Regulation' dalam tahun 1855.

Ia merupakan peraturan pertama di Negeri Perak dan Negeri Selangor.

3

Page 4: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Sebelum Sistem Torrens diperkenalkan, sudah terdapat satu sistem undang-

undang dan pentadbiran tanah berasaskan adat Melayu dan undang-undang

Islam di negeri-negeri Melayu. Peraturan Tanah Am yang seragam telah

digubal dan dikuatkuasakan di semua Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri

daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dan diikuti dengan

Peraturan Pendaftaran Hakmilik dan Enakmen Tanah Pahang 1897. Namun,

semua undang-undang ini kemudiannya dimansuhkan dan diganti dengan

Enakmen Tanah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1911 dan Enakmen

Pendaftaran Hakmilik Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1911.

Pada hari ini undang-undang tanah di Malaysia pada umumnya berasaskan

Sistem Torren yang diperkenalkan oleh penjajah British. Undang-undang ini

dilaksanakan melalui Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). KTN berkuatkuasa di

seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak. Sebelum penjajahan British,

negeri-negeri Melayu sudah memiliki sistem perundangan yang tersendiri

berasaskan undang-undang adat dan Islam. Mengikut kronologi

(peredaran masa), terdapat 4 sumber undang-undang tanah negara

iaitu –

i. undang-undang adat

ii. undang-undang Islam

iii. undang-undang Inggeris

iv. Kanun Tanah Negara (teras utama sistem Torrens) dan

beberapa undang-undang bertulis yang lain.

Oleh yang demikian, sejarah perkembangan undang-undang tanah di

Malaysia boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pemakaian undang-

undang Islam dan adat dan fasa pemakaian undang-undang Inggeris.

4

Page 5: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

3.0 LATARBELAKANG SISTEM PEMEGANGAN TANAH ORANG-ORANG

MELAYU

3.1 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN ADAT

Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu mengamalkan undang-

undang adat yang terdiri dari adat temenggung dan adat perpatih. Adat

perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Melaka,

sementara negeri-negeri lain mengamalkan Adat Temenggung. Apabila

Tanah Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke 15, undang-undang

Islam berkaitan dengan tanah mula diterimapakai di negeri-negeri Melayu.

Kedatangan Islam ini menjadikan undang-undang tanah adat yang diamalkan

di negeri-negeri Melayu disesuaikan dengan hukum Islam. Perlaksanaan

undang-undang Islam di dalam undang-undang tanah terserlah melalui

kenyataan Maxwell HB di dalam kes Sharip lwn Mitchell (1870) Leic. 466:

‘Sudah diketahui umum iaitu mengikut undang-undang Melayu lama atau

undang-undang adat Melaka bahawa raja memiliki semua tanah di dalam

negeri; setiap orang berhak mengerjakan dan menduduki tanah hutan dan

tanah mati tertakluk kepada syarat menyerahkan satu persepuluh daripada

hasil tanah itu kepada raja’.

Konsep yang dinyatakan di atas bertepatan dengan prinsip undang-undang

tanah Islam seperti yang berkaitan dengan hukum pemilikan tidak mutlak,

hukum menghidupkan tanah yang mati (ihya’ al-mawat), hukum satu

persepuluh cukai tanah (‘usyur). Di samping itu ciri-ciri lain undang-undang

tanah adat seperti kuasa raja untuk mengambil kembali tanah yang tidak

diusahakan, konsep harta sepencarian dan jualjanji juga menepati menepati

ajaran Islam. Tegasnya, sebelum zaman penjajahan Barat, negeri-negeri di

tanah Melayu telah mengamalkan undang-undang tanah adat yang

berasaskan syariat Islam.

5

Page 6: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Perlaksanaan undang-undang Islam ini berakhir apabila penjajah British

memperkenalkan undang-undang yang diimport dari luar. Di Melaka undang-

undang tanah adat dimansuhkan dengan perlaksanaan sistem suratikatan

Inggeris pada tahun 1861. Di negeri-negeri Melayu Bersekutu perlaksanaan

undang-undang tanah adat ditamatkan melalui sistem Residen dan

penguatkuasaan Peraturan Tanah Am seawal tahun 1882. Sementara di

Negeri-negeri Tidak Bersekutu perlaksanaan undang-undang Islam dan adat

berakhir dengan penguatkuasaan Enekmen Tanah bermula pada 1909 di

Kedah.

3.2 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS

Pada era penjajahan British, negeri-negeri di Malaysia berada dalam empat

sistem sosio-politik yang berbeza iaitu, Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri

Melayu Bersekutu (NMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan

Negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Setiap kelompok negeri ini

mengalami perubahan undang-undang tanah berbeza.

Bagi Negeri-negeri Selat, perlaksanaan undang-undang common law Inggeris

dan ekuiti bermula melalui Piagam Keadilan yang pertama, untuk Pulau

Pinang pada tahun 1807. Melaka dan Singapura pula tertakluk kepada

undang-undang Inggeris mulai tahun 1826 melalui Piagam Keadilan yang

kedua. Piagam-piagam Keadilan ini telah menyebabkan Negeri-negeri Selat

menerimapakai undang-undang tanah yang berasaskan sistem Suratikatan

Inggeris (English Deed system). Sistem suratikatan ini terus diterimapakai

sehingga ia dimansuhkan melalui Akta Kanun Tanah Negara (Hak Milik Pulau

Pinang dan Melaka) 1963, dan digantikan dengan sistem Torren melalui

penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN).

6

Page 7: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Bagi NMB, undang-undang Inggeris secara umumnya mula berkuatkuasa

melalui sistem Residen bermula di Perak melalui Perjanjian Pangkor pada

tahun 1873. Secara khususnya, undang-undang tanah yang berasaskan

sistem Torren mula dilaksanakan oleh British bermula di Selangor pada tahun

1882 melalui Peraturan Tanah Am. British melaksanakan sistem Torren

melalui beberapa peringkat:

i. Peraturan Tanah Am yang seragam dan dikuatkuasakan di Selangor

(1882), Negeri Sembilan (1887), Pahang (1888) dan Perak (1897).

ii. Peraturan Pendaftaran Hak Milik yang seragam dan dilaksanakan di

Selangor (1891), Perak dan Pahang (1897) dan Negeri Sembilan (1898)

iii. Enakmen Tanah NMB 1911 dan Enakmen Pendaftaran Hak Milik

NMB 1911 berkuatkuasa dan memansuhkan semua undang-undang

negeri yang berasingan terdahulu.

iv. Kanun Tanah 1928 yang memansuhkan kedua-dua enakmen

terdahulu.

4.0 ENAKMEN TANAH NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 1911

Agenda utama penjajah pada zaman penjajahan ialah untuk membuka tanah

ladang terutamanya ladang getah dan juga membuka kawasan-kawasan

perlombongan bijih timah. Untuk tujuan ini pihak penjajah telah pun

membawa masuk ramai pendatang dari luar terutama dari benua kecil  India

dan China dimana kisah-kisah mereka ini telah pun menjadi sebahagian dari

sejarah Tanah Melayu. Demi mempastikan kesejahteraan dan keselamatan

pendatang ini, pihak Istana dengan nasihat penjajah British telah menjanjikan

satu jaminan keatas harta benda yang dimilikki iatu melalui satu suratan

hakmilik milik. Dari itu lahirkan konsep suratan hakmilik keatas tanah-tanah

yang dimilikki.

7

Page 8: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Bermula dengan penggubalan Peraturan Am Tanah di Perak (1879), Selangor

(1882), Negeri Sembilan (1887) dan Pahang (1888 ) dan juga Peraturan

Pendaftaran Hakmilik disekitar tahun yang sama maka  wujudlah sistem

pemberimilikan tanah yang berdasarkan kepada suratan hakmilik. Kemudian

pada tahun 1911 set undang-undang ini telah digabungkan menjadi dua iaitu

Enakmen Tanah dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik Tanah ekoran

dari wujudnya pembentukan  Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Melalui undang-undang ini, tanah  *tanah yang dimilikki oleh rakyat biasa

direkodkan didalam Mukim Register yang diuruskan Pejabat Tanah dan tanah

ladang, lombong dan Bandar yang biasanya dipegang oleh Pegawai

Ekspatriat British dan kaum Cina direkodkan didalam Buku Daftaran

Pendaftar yang diurus di Pejabat Pendaftar Hakmilik. Juga hartanah adalah

terletakhak kepada pihak  Pemerintah dan boleh diberimilik selama lamanya

atau pun pajakan selama 999 tahun. Tanah desa kurang dari 100 ekar

terletak dibawah kawalan Pejabat Tanah manakala tanah Bandar, pekan dan

tanah desa melebihi 100 ekar dan tanah estet terletak dibawah jagaan

Pejabat Pendaftar. Justru lahirlah Hakmilik Pejabat Tanah (EMR) dan Hakmilik

Pejabat Pendaftar (CT ) .

Kedua-dua undang-undang ini kemudian digabungkan menjadi Kanun

Tanah 1926 berkuatkuasa pada tahun 1928 dan lebih dikenali sebagai

Cap 138 dengan sedikit perbedaan dimana tanah tidak lagi diberi pajakan

selama 999 tahun sebaliknya 99 tahun.  Kanun ini kemudiannya diterima

pakai oleh Negeri* Negeri Melayu yang lain. Apabila Tanah Melayu diambang

kemerdekaan Suruhanjaya Chick telah mencadangkan supaya undang-

undang tanah di Tanah Melayu diseragamkan dan penekanan yang sama

dibuat oleh Suruhjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan

lantas pada tahiun 1965 KTN telah digubal dan mula berkuatkuasa diseluruh

8

Page 9: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Semenanjung pada tahun 1966 dengan mengambil Cap 138 sebagai acuan

utamanya.

Menurut Salleh Buang (1993), pelaksanaan kedua-dua undang-undang ini

sememangnya merupakan satu perubahan yang radikal daripada undang-

undang tanah adat Melayu memandangkan terdapat enam ciri utama Sistem

Torrens. Ciri-ciri berkenaan adalah seperti berikut :-

i. Semua tanah dimiliki Raja yang berkuasa mutlak untuk memberikan

tanah kepada sesiapa sahaja (rakyat) sama ada berupa milik kekal

atau milik bertempoh (maksimum 999 tahun),

ii. Menggunakan borang-borang tertentu dalam semua urusan tanah dan

didaftarkan kepada pihak berkuasa jika tidak ia dianggap tidak sah dan

terbatal,

iii. Pemilik tanah mempunyai hakmilik yang tidak boleh disangkal

(dipersoalkan) melainkan dalam keadaan tertentu sahaja,

iv. Cara pemilikan tanah yang diiktiraf mengikut undang-undang tanah

adat seperti dengan cara membuka dan mengerjakan tanah hutan,

tanah paya (tanah mati) dan sebagainya telah dihapuskan,

v. Bentuk urusan yag diperakui di bawah undang-undang ini ialah pindah

milik, pajakan melebihi tiga tahun, gadaian dan lien; dan

vi. Memperakui dua bentuk kaveat iaitu kaveat peersendirian dan kaveat

pendaftar.

Kedua-dua undang-undang ini telah mengekalkan pengelasan tanah dalam

negara kepada dua kategori yang berlainan iaitu Enakmen Tanah dipakai

bagi semua tanah desa yang mempunyai keluasan tidak melebihi 100 ekar

dan diletakkan dalam Daftar Mukim iaitu semua tanah yang sebelum ini

digolongkan dalam kategori pemegang tanah adat. Sementara Enakmen

Pendaftaran Hak Milik pula dipakai bagi semua tanah bandar dan tanah desa

yang melebihi 100 ekar serta estet. Ia kemudiannya dimansuhkan dan

diganti dengan Kanun Tanah 1926 yang berkuatkuasa pada 1 Januari

1928 yang kemudiannya dikenali sebagai Kanun Tanah 1928.

9

Page 10: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

5.0 KANUN TANAH 1926

Bagi NMB, undang-undang Inggeris berkuatkuasa melalui Sistem Residen

yang bermula di Perak melalui Perjanjian Pangkor pada 1873. Undang-

undang tanah yang berasaskan Sistem Torrens pula mula dilaksanakan oleh

British di Selangor pada 1882 melalui Peraturan Tanah Am. British

melaksanakan Sistem Torrens berasaskan empat peringkat perundangan

iaitu :-

i. Peraturan Tanah Am yang seragam dan dikuatkuasakan di Selangor

(1882), Negeri Sembilan (1887), Pahang (1888) dan Perak (1897).

ii. Peraturan Pendaftaran Hakmilik yang seragam dan dilaksanakan di

Selangor (1891), Perak dan Pahang (1897) dan Negeri Sembilan (1898)

iii. Enakmen Tanah NMB 1911 dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik NMB

1911 berkuatkuasa dan memansuhkan semua undang-undang negeri

yang berasingan terdahulu.

iv. Kanun Tanah 1928 yang memansuhkan kedua-dua enakmen

terdahulu.

Kanun Tanah 1928 ini terus berkuatkuasa di semua NMB sehingga

dimansuhkan melalui penguatkuasaan KTN 1965. Bagi NMTB,

penguasaan British melalui perlantikan Penasihat di Kedah, Kelantan dan

Terengganu bermula pada 1909 melalui perjanjian antara British dan Siam.

Undang-undang tanah Inggeris yang berasaskan sistem Torren diperkenalkan

secara berasingan di negeri-negeri berkenaan. Undang-undang tersebut

adalah Enakmen Tanah 1910 di Johor, Enakmen Tanah 1906 (Pindaan 1912)

dan Enakmen Konsesi 1909 di Kedah, Enakmen Tanah 1926 di Kelantan,

Enakmen Tanah 1929 di Terengganu dan Enakmen Tanah 1938 di Perlis.

Enakmen-enakmen ini terus berkuatkuasa di negeri masing-masing sehingga

dimansuhkan melalui penguatkuasaan KTN 1965.

10

Page 11: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Di Sabah dan Sarawak pula, Inggeris turut memperkenalkan undang-undang

tanah melalui penguatkuasaan beberapa ordinan. Kedua-dua negeri ini

melaksanakan undang-undang tanah yang berasingan dengan negeri-negeri

lain di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai undang-undang sendiri

iaitu Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) yang juga berasaskan Sistem Torrens.

Namun, Sabah pula tertakluk kepada Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) yang

tidak berasaskan Sistem Torrens.

Seperti yang dijelaskan di atas, terdapat tiga perundangan tanah yang

berbeza di Malaysia. Pertama, KTN 1965 yang berkuatkuasa di seluruh

Semenanjung Malaysia, Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) untuk Sarawak dan

Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) untuk Sabah. Bagi menyesuaikan pelaksanaan

KTN 1965 dengan undang-undang tanah berasaskan Sistem Surat Ikatan

yang sedia ada di Pulau Pinang dan Melaka, maka Parlimen telah meluluskan

satu undang-undang penyelarasan yang dikenali sebagai Akta KTN (Hakmilik

Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang hanya berkuatkuasa di dua negeri

terbabit. Semua negeri termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak

mengamalkan Sistem Torrens kecuali Sabah. Oleh itu, prinsip-prinsip Sistem

Torrens terutamanya prinsip hakmilik tidak boleh sangkal tidak berkuatkuasa

di Sabah. Dalam Kanun Tanah 1928, yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1928

yang kemudiannya dikenali sebagai Kanun Tanah 1928. Terdapat beberapa

perubahan telah dilakukan ke atas Sistem Torrens tanpa memansuhkan ciri-

ciri utama yang sedia ada iaitu :-

i. Memperkemaskan prinsip hak milik tanah yang tidak boleh disangkal

dengan lebih terperinci dengan menghuraikan pengecualiannya sekali;

ii. Hak milik tanah individu tidak boleh hilang akibat pemilikan

bertentangan; hak milik pihak berkuasa negeri telah pun diberi

perlindungannya dalam undang-undang Torrens yang terdahulu;

iii. Pemegangan tanah di bawah Adat Perpatih diperakui dan dikekalkan;

iv. Terdapat kelonggaran undang-undang daripada segi kewajipan

menggunakan borang-borang tertentu dan mendaftarkan urusan,

berbeza dengan kedudukan undang-undang sebelumnya.

11

Page 12: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

v. Jenis-jenis tanaman khusus atau kaedah mengerjakan tanah telah

ditentukan dalam undang-undang.

Walaupun begitu, penyeragaman undang-undang ini hanya berlaku di Negeri

Melayu Bersekutu sahaja sementara di Negeri Melayu Tidak Bersekutu masih

tidak berubah. Menjelang Merdeka, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai

tujuh perundangan tanah yang berbeza-beza iaitu :-

i. Satu Kanun Tanah yang seragam bagi empat Negeri Melayu Bersekutu.

ii. Lima undang-undang tanah yang berlainan di semua Negeri Melayu

Tidak Bersekutu iaitu Enakmen Tanah 1910 di Johor, Enakmen Tanah

1906 dan Enakmen Konsesi 1909 di Kedah, Enakmen Tanah 1926 di

Kelantan, Enakmen Tanah 1929 di Terengganu dan Enakmen Tanah

1938 di Perlis.

iii. Sistem surat ikatan Inggeris yang masih dipakai di Pulau Pinang dan

Melaka.

Namun bertitik tolak dari hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang

merdeka, maka dirasakan perlu diwujudkan satu undang-undang tanah yang

seragam untuk seluruh negara. Oleh itu, Bank Pembangunan dan Pembinaan

Semula Antarabangsa telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu

badan petugas yang dipimpin oleh Sir Louis Chick bagi mengkaji undang-

undang tanah yang sediaada, seterusnya mengemukakan cadangan kepada

pihak kerajaan. Pada tahun 1955, satu laporan telah dikemukakan yang

menyarankan kerajaan untuk mewujudkan satu kanun tanah kebangsaan

bagi menggantikan undang-undang tanah yang sedia ada.

Saranan ini disambut baik oleh kerajaan dengan menubuhkan Suruhanjaya

Pakar bagi mengkaji secara terperinci laporan badan petugas tersebut. Di

antara kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran tanah Negara

yang telah dikesan oleh badan petugas dan perlu diberi perhatian lanjut oleh

Suruhanjaya Pakar adalah seperti berikut :-

12

Page 13: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

i. Pengeluaran dan pembaharuan lesen pendudukan sementara yang

tidak dirancang dan tidak teratur menyebabkan orang ramai salah

faham tentang kedudukan undang-undang yang sebenar

mengenainya.

ii. Kegagalan kerajaan Negeri mengawasi dan menghalang penduduk

secara haram tanah Kerajaan dan tanah berimilik.

iii. Pembahagian tanah berimilik yang berleluasa.

iv. Pelupusan tanah yang tidak teratur oleh Pihak Berkuasa Negeri.

v. Kedudukan Tanah Rizab Melayu yang tidak seimbang. Kanun Tanah

1928 inilah yang kemudiannya menjadi model dalam merangka satu

Kanun Tanah Negara yang baru untuk seluruh negara. Satu Akta Khas

juga telah digubal dan diluluskan bagi memansuhkan sistem surat

ikatan Inggeris yang digunapakai di Pulau Pinang dan di Melaka

kepada satu sistem undang-undang tanah yang baru iaitu Sistem

Torrens. Kedua-dua undang-undang yang baru ini telah

dikuatkuasakan pada tarikh yang sama iaitu 1 Januari 1966.

Kanun Tanah 1928 ini terus berkuatkuasa di semua NMB sehingga ia

dimansuhkan melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965. Bagi

NMTB, penguasaan British melalui perlantikan Penasihat di Kedah, Kelantan

dan Terengganu bermula pada tahun 1909 melalui perjanjian antara British

dan Siam. Undang-undang tanah Inggeris yang berasaskan sistem Torren

diperkenalkan secara berasingan di negeri-negeri berkenaan. Undang-

undang tersebut adalah Enakmen Tanah 1910 di Johor, Enakmen Tanah 1906

(dipinda pada tahun 1912) dan Enakmen Konsesi 1909 di Kedah, Enakmen

Tanah 1926 di Kelantan, Enakmen Tanah 1929 di Terengganu dan Enakmen

Tanah 1938 di Perlis. Enakmen-enakmen terus berkuatkuasa di negeri

masing-masing sehingga ia dimansuhkan melalui penguatkuasaan Kanun

Tanah Negara 1965.

13

Page 14: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Bagi Sabah dan Sarawak, Inggeris turut memperkenalkan undang-undang

tanah melalui penguatkuasaan beberapa ordinan. Sehingga kini kedua-dua

negeri ini melaksanakan undang-undang tanah yang berasingan dengan

negeri-negeri lain di Malaysia. Sarawak mempunyai undang-undang sendiri

iaitu Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) yang juga berasaskan sistem Torren.

Namun demikian, Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah Sabah (Cap 68)

yang tidak berasaskan sistem Torren.

6.0 PENGENALAN KEPADA KANUN TANAH NEGARA 1965

Ketika penjajahan British, negeri-negeri di Malaysia berada dalam empat

sistem sosio-politik yang berbeza iaitu, negeri-negeri Selat, Negeri-negeri

Melayu Bersekutu (NMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan

negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Setiap negeri ini mengalami

perubahan undang-undang tanah berbeza-beza. Bagi negeri-negeri Selat,

pelaksanaan undang-undang common law Inggeris dan ekuiti bermula

melalui Piagam Keadilan yang pertama, untuk Pulau Pinang pada 1807.

Melaka dan Singapura pula tertakluk kepada undang-undang Inggeris mulai

1826 melalui Piagam Keadilan yang kedua. Piagam-piagam Keadilan ini telah

menyebabkan Negeri-negeri Selat menerimapakai undang-undang tanah

yang berasaskan Sistem Surat Ikatan Inggeris Sistem Surat Ikatan ini terus

diaplikasikan sehingga dimansuhkan melalui Akta Kanun Tanah Negara

(Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, dan digantikan dengan Sistem

Torrens melalui penguatkuasaan KTN 1965.

14

Page 15: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

7.0 KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG TANAH SEKARANG

Pada hari ini terdapat tiga undang-undang tanah yang berbeza di negeri-

negeri di Malaysia berdasarkan latarbelakang sejarah. Pertama, Kanun Tanah

Negara 1965 yang berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia, Kanun

Tanah Sarawak (Cap 81) untuk Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah (Cap 68)

untuk Sabah. Bagi menyesuaikan perlaksanaan KTN dengan undang-undang

tanah berasaskan sistem suratikatan yang sedia ada di Pulau Pinang dan

Melaka maka Parlimen telah meluluskan satu undang-undang penyelarasan

yang dikenali sebagai Akta KTN (Hak Milik Pulau Pinang dan Melaka) 1963

yang hanya berkuatkuasa di dua negeri terbabit.

Semua negeri termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak mengamalkan

sistem Torren kecuali Sabah. Oleh yang demikian prinsip-prinsip sistem

Torren terutamanya prinsip hak milik tidak boleh sangkal tidak berkuatkuasa

di Sabah. Kanun Tanah Negara mula digubal sebelum merdeka, di tahun

50an. Ia diasaskan kepada undang-undang terdahulu yang sedia ada (Land

Code 1926), dikemaskini dan ditambah beberapa bahagian baru. Mula

dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966, KTN sudah menjangkau usia KTN

hampir 44 tahun. Walaupun telah melalui pindaan sebanyak 28 kali, pada

asasnya bentuk dan isinya masih kekal seperti asal (kecuali bahagian

mengenai hakmilik strata telah dimansuhkan, setelah Parlimen menggubal

Akta khas mengenainya). Secara ringkasnya, pada teorinya KTN dikatakan

berpaksi kepada sistem Torrens, yang mana kehendaknya tersimpul dalam

kata-kata hikmat "Di bawah sistem Torrens, daftar adalah segala-galanya"

(Under the Torrens system, the register is everything), hakikatnya kata-kata

hikmat itu tidak terpakai secara mutlak.

7.1 WUJUDNYA SISTEM TORRENS

15

Page 16: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

7.1.1 LATARBELAKANG DAN SEJARAH SISTEM TORRENS

Perdaftaran ke atas tanah telah dimulakan di Labuan dalam tahun 1849 yang

dikenali.sebagai 'The Labuan Enactment 1849'. Menurut Hoff dalam bukunya

'The Australia Torrens System, undang-undang ini adalah merupakan

undang-undang perdaftaran yang pertama didunia. Sistem Torrens berasal

dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena

nama Sir Robert Torrens yang memperkenaIkannya di Australia Selatan

dalam tahun 1858. Kemudiannya sistem ini telah berkembang keseluruh

Australia dan kepada banyak bahagian-bahagian lain dalam dunia.

Pada hari ini terdapat sebanyak 123 bidang kuasa) didunia ini yang telah

menerima sistem pendaftaran tanah sebagai sistem yang paling berkesan

sekali dalam pentadbiran tanah. Sistem Torrens menetapkan dan

memperakui bahawa kerajaan kuasa yang tidak boleh disangkal ke atas

hakmilik tanah. Sistem ini memudahkan, mempercepatkan serta

merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah. Tujuan sistem torrens

adalah untuk memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah.

Hakmilik adalah merupakan bukti muktamad bahawa orang yang disebutkan

didalamnya adalah tuanpunya tanah yang dinyatakan didalamnya.

Di Malaysia, Sistem Torrens dipercayai mula diperkenalkan kepada Negeri-

negeri Melayu Bersekutu tetapi tidak didalam 'Straits Settlement'. Ini adalah

hasil daripada usaha Residen British dimana Negeri Selangor adalah

merupakan negeri yang mula-mula sekali menjadi penerimanya. Dibawah

'Selangor Registration of Title Regulation 1981', mana-mana pengurusan

persendirian yang bersangkutan dengan tanah mestilah didaftarkan dan

dibuat dihadapan pegawai tanah. Jika tidak dibuat demikian, ianya tidak

diakui sah. Buku 'Registration of Title' telah diujudkan di Pejabat Tanah

Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah diperkenalkan dengan Sistem

16

Page 17: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Torrens melalui undang-undang yang diperuntukkan bagi negeri-negeri

tersebut dalam tahun I980an.

Kesemua undang-undang tersebut telah dimansuhkan oleh undang-undang

terkemudian iaitu Enakmen Tahun 1911. Enakmen ini pula telah

dimansuhkan oleh Kanun Tanah 1926 (Cap 138) yang kemudiannya

dimansuhkan oleh Kanun Tanah Negara pada Ihb Januari, 1966. Sistem

Torrens telah mula diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

pada tahun 1930an melalui undang-undang negeri masing-masing dengan

beberapa pindaan bagi menyesuaikannya dengan kepentingan ekonomi

negeri tersebut (dipengaruhi oleh keadaan pembangunan ekonomi colonial

yang berbeza di antara negeri).

Melaka dan Pulau Pinang masih terus menggunakan system 'Registration of'

Deeds' yang dicontohi daripada undang-undang Inggeris di mana undang-

undang ini adalah berasaskan daripada maklumat pemunya terdahulu.

Proses ini berulang sehingga akhirnya berta1i-ta1i. Untuk menghapuskan

sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara telah dibuat

dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada Ihb Januari, 1966*. Oleh itu

dengan adanya Kanun Tanah Negara dan Akta Kanun Tanah Negara 1963,

semua negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem tanah yang sama

mulai dari Ihb Januari 1966. Ia juga bermakna mulai dari tarikh ini semua

negeri di Semenanjung Malaysia memakai Sistem Torrens.

8.0 KESIMPULAN

17

Page 18: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Perundangan tanah di Malaysia pada hari ini adalah berasaskan Sistem

Torrens yang diperkenalkan oleh penjajah British. Undang-undang tanah

utama ialah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). KTN berkuatkuasa di seluruh

Negara kecuali di Sabah dan Sarawak. Sebelum penjajahan British, negeri-

negeri Melayu sudahpun memiliki sistem perundangan yang tersendiri

berasaskan undang-undang adat dan Islam. Oleh yang demikian, sejarah

perkembangan undang-undang tanah di Malaysia bolehlah dibahagikan

kepada dua fasa iaitu fasa pemakaian undang-undang Islam dan adat dan

fasa pemakaian undang-undang Inggeris.

9.0 RUJUKAN

18

Page 19: Kronologi Enekmen Tanah Melayu - Haji Azmir Final

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

i. Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2001. Akta A1104. Percetakan

Nasional Berhad. Kuala Lumpur

ii. F.M.S Land Code 1926

iii. Akta Kanun Tanah Negara 1963

iv. Akta Kanun Tanah Negara 1966

v. Akta Kanun Tanah Negara 2007 (Pindaan)

vi. ____________. Nota. “The System and Structure of Land Administration

In

Malaysia”. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. 1992

vii. “National Land Code 2001 (NLC 2001) amendments”. 15 Jun 2001.

Property Times : New Straits Times

19