1. kronologi kurikulum

22
IPG PERLIS NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 5 1.0 PENDAHULUAN SEJARAH adalah intipati ketamadunan atau peradaban. Melalui sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Dalam bahasa mudah, sejarah memperkatakan hakikat asal-usul. Secara filosofis sejarah cuba menjawab persoalan siapakah kita atau siapakah manusia. Menolak sejarah atau meremehkan sejarah bermakna mempersenda kewujudan manusia, masyarakat dan negara. Melalui sejarah negara mampu melahirkan warganegara berjiwa besar yang yakin dengan asal- usul dan tamadun serta kekal dengan identiti. Cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan sudah lama dikemukakan. Ia dibangkitkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2010). Kurikulum mata pelajaran Sejarah telah mengalami perubahan yang pesat sejak zaman penjajah sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Peranan dan kepentingan Sejarah dalam memenuhi aspirasi dan hasrat negara tidak dapat dinafikan. Ini terbukti apabila mata pelajaran ini dijadikan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah menengah pada tahun 1989 apabila KBSM dilaksanakan. Semakan kurikulum pada tahun 2000 telah memberi keutamaan kepada Sejarah tempatan yang ditulis dari perspektif penulis tempatan. Di sekolah, terdapat pihak yang beranggapan mata pelajaran Sejarah tidak memberi apa-apa kelebihan dalam kerjaya dan masa depan pelajar. Soalan 'mahu kerja apa jika mendalami bidang sejarah' sering dibangkitkan. Ini menyebabkan subjek Sains dan Teknologi, Ekonomi, Perakaunan dan Perdagangan lebih menarik minat para pelajar dalam merangka masa depan dan kerjaya masing-masing. Bukan sahaja Sejarah, subjek Kesusasteraan Melayu juga menghadapi nasib yang sama kerana dikatakan tidak memiliki nilai ekonomi. Tanggapan sedemikian menggambarkan jiwa manusia yang kontang. Semuanya diukur dari sudut material. SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PENSYARAH : PN. ZAITON BT MAT NON) Page 1

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 25-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

IPG PERLIS

NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 5

1.0 PENDAHULUAN

SEJARAH adalah intipati ketamadunan atau peradaban. Melalui sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Dalam bahasa mudah, sejarah memperkatakan hakikat asal-usul. Secara filosofis sejarah cuba menjawab persoalan siapakah kita atau siapakah manusia.

Menolak sejarah atau meremehkan sejarah bermakna mempersenda kewujudan manusia, masyarakat dan negara. Melalui sejarah negara mampu melahirkan warganegara berjiwa besar yang yakin dengan asal-usul dan tamadun serta kekal dengan identiti. Cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan sudah lama dikemukakan. Ia dibangkitkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2010).

Kurikulum mata pelajaran Sejarah telah mengalami perubahan yang pesat sejak zaman penjajah sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Peranan dan kepentingan Sejarah dalam memenuhi aspirasi dan hasrat negara tidak dapat dinafikan. Ini terbukti apabila mata pelajaran ini dijadikan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah menengah pada tahun 1989 apabila KBSM dilaksanakan. Semakan kurikulum pada tahun 2000 telah memberi keutamaan kepada Sejarah tempatan yang ditulis dari perspektif penulis tempatan.Di sekolah, terdapat pihak yang beranggapan mata pelajaran Sejarah tidak memberi apa-apa kelebihan dalam kerjaya dan masa depan pelajar. Soalan 'mahu kerja apa jika mendalami bidang sejarah' sering dibangkitkan.

Ini menyebabkan subjek Sains dan Teknologi, Ekonomi, Perakaunan dan Perdagangan lebih menarik minat para pelajar dalam merangka masa depan dan kerjaya masing-masing. Bukan sahaja Sejarah, subjek Kesusasteraan Melayu juga menghadapi nasib yang sama kerana dikatakan tidak memiliki nilai ekonomi. Tanggapan sedemikian menggambarkan jiwa manusia yang kontang. Semuanya diukur dari sudut material.

2.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHLatar belakang kurikulum Sejarah di Malaysia :

Secara kronologinya, pendidikan Sejarah melalui beberapa tahap perubahan mengikut zaman, iaitu Zaman Pemerintahan British (1900-1957), Zaman Selepas Merdeka (1957-1979), Pendidikan Sejarah dalam KBSR dan KBSM (1980-2002), Pendidikan Sejarah dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR (2003-2013) dan yang terbaru Pendidikan Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR (2014).

Subjek sejarah telah diajar di sekolah-sekolah Melayu semenjak zaman penjajahan British lagi. Namun, pendidikan Sejarah ini dilaksanakan bertujuan bagi memenuhi kepentingan dan matlamat kolonialisme British. Kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut jenis-jenis sekolah yang berlandaskan kaum atau sekolah-sekolah vernakular yang mempunyai kurikulum yang tersendiri.

Pada zaman selepas merdeka sebelum pengenalan KBSR dan KBSM, pendidikan Sejarah masih tidak mempunyai banyak perubahan berbanding dengan zaman sebelumnya. Ini kerana isi kandungan kurikulum Sejarah masih lagi mengikat Sejarah Tanah Melayu dari persepsi Barat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah tidak menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai nilai-nilai kewarganegaraan yang sewajarnya. Umumnya, kandungan sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah dan menengah pada zaman awal selepas merdeka masih bersifat western-centric dan tidak jelas falsafah dan matlamat perlaksanannya.Pada tahun 1918, matapelajaran Tawarikh telah diperkenalkan dalam kursus latihan perguruan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dengan tujuan untuk memenuhi keperluan guru-guru Sejarah terlatih untuk mengajar matapelajaran tersebut di sekolah-sekolah Melayu.Tawarikh bermaksud sejarah. Isi kandungan pelajaran Tawarikh meliputi sejarah Tanah Melayu sehingga terbentuknya Malaysia, sejarah Negara Indonesia, Filipina, Siam, China, dan beberapa Negara Asia yang lain. Sekitar tahun 1950an, wujud desakan agar kurikulum Sejarah ditulis mengikut kaca mata tempatan. Ini secara jelas dinyatakan oleh Aminuddin Baki (1953) yang menggariskan dua prinsip asas yang harus wujud dalam kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah di Tanah Melayu, iaitu: Pengajaran dan pembelajaran Sejarah harus diberi penekanan kepada situasi di Malaya. Tumpuan perlu diberi kepada sejarah sosial dan ekonomi negara untuk menunjukkan wujudnya kebergantungan kepada budaya antara masyarakat berbilang kaum di Malaya.

Penekanan kepada Sejarah Malaya dalam konteks hubungannya dengan negara-negara serantau asia dan dunia. Ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar terhadap sumbangan negara terhadap peradaban dunia .

Kemerdekaan negara pada tahun 1957, telah membawa perubahan kepada kurikulum yang sedia ada. Hasil Laporan Rahman Talib pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun semula sukatan pelajaran Sejarah Darjah 4 hingga ke Tingkatan 3. Hanya tahun 1967 buat pertama kalinya kurikulum Sejarah telah diajar menggunakan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dekad awal 1970an, beberapa cendekiawan, budayawan dan sejarawan tempatan mula melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap kandungan kurikulum Sejarah yang dilihat lebih berpaksikan barat. Berikutannya beberapa Kongres dan Forum dilaksanakan seperti Seminar Sejarah Malaysia 1 dan II yang diadakan pada tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat 1988). Implikasinya wujud cadangan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan kurikulum Sejarah yang lebih bersifat Malaysian Centric. Susulan dengan cadangan ini satu dokumen kurikulum yang bertajuk Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah (KPM, 1978) telah dihasilkan. Ini merupakan kurikulum Sejarah yang pertama yang dihasilkan dalam erti kata kurikulum yang sebenar dan mula dilaksanakan pada tahun 1978. Maka, subjek Sejarah Malaysia pun secara rasminya diajar di sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 telah membawa dimensi baru kepada kurikulum Sejarah. Sejarah terus kekal diajar di sekolah-sekolah dan dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan sebagai salah satu subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Unsur-unsur pendidikan Sejarah digunakan sebagai isi kandungan Bahasa Malaysia melalui penyerapan. Oleh kerana KBSR Tahap Satu mementingkan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M), maka pelbagai jenis bidang pengetahuan diserapkan dalam pembelajaran bahasa sebagai memupuk kemahiran asas 3M tersebut. Penyerapan ialah penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran lain. Melalui pembelajaran bahasa, murid dapat pengetahuan tentang sejarah disamping menguasai kemahiran asas bahasa.Manakala pada Tahap Dua, pendidikan bertujuan untuk pengukuhan dan penggunaan kemahiran itu bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu. Tiga komponen diberikan penekanan, iaitu Kemahiran Asas, Kemanusiaan dan Persekitaran, dan Kesenian dan Rekreasi. Pendidikan Sejarah telah diterapkan dalam Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran di bawah mata pelajaran Alam dan Manusia. Antara isi pelajaran Alam dan Manusia ialah sejarah kebudayaan, adat resam, perlembagaan, pembangunan negara, perusahaan dan pengangkutan. Pembelajaran Alam dan Manusia ini menggunakan pendekatan integrasi yang menggabungkan berbagai-bagai bidang pengetahuan menjadi satu kesatuan yang menyeluruh.KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 (percubaan) di 305 buah sekolah terpilih di seluruh negara dan pada tahun 1983 ia dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah. Isu yang berbangkit dalam KBSR adalah apabila pembentang menerangkan mengenai latar belakang KBSR di mana pada tahun 1994, terdapat perubahan pada subjek Alam dan Manusia di mana subjek ini adalah gabungan antara Sejarah, Geografi dan Sains. Satu permasalahan yang berlaku bilamana subjek ini digabungkan ialah apabila pelajar berada di peringkat sekolah menengah, mereka agak lemah dalam matapelajaran Sains. Akibat daripada kelemahan pelajar dalam subjek Sains ini, hasrat kerajaan untuk mendapatkan nisbah 60:40 ( Sains : Sastera) untuk pelajar yang mengambil aliran Sains dan Sastera di tingkatan empat tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, perubahan di lakukan pada tahun 1994 dengan memecahkan subjek Alam dan Manusia ini kepada dua subjek yang berlainan iaitu Sains dan Kajian Tempatan.Pada tahun 2003, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk melahirkan murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Dengan itu berlaku perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah telah dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, Ilmu Kesihatan, Sivik dan Hal-Ehwal Tempatan. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi telah digabung menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali sebagai Kajian Tempatan (KT). Mata pelajaran ini merangkumi bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji interaksi manusia dengan maniusia dan manusia dengan alam persekitarannya. Tujuan mata pelajaran Kajian Tempatan ini ialah untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat patriotik.Keistimewaan Kajian Tempatan terletak pada aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajarannya yang banyak melibatkan pelajar-pelajar. Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan kajian terhadap latar belakang sejarah diri masing-masing. Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini tidak dimasukkan dalam komponen mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini memberi implikasi terhadap pemberatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Pada dasarnya, kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam KBSR telah mengalami banyak perubahan. Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan Sejarah telah dinyatakan dengan jelas dan terperinci sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah bagi sekolah rendah. Hasrat untuk menerapkan unsur-unsur perpaduan kaum dan nilai-nilai kewarganegaraan juga telah dinyatakan dengan jelas.Aspek terpenting dalam memperkasa subjek Sejarah adalah penyusunan kembali kurikulumnya. Justeru itu, Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya. Sejarah dijadikan mata pelajaran teras mengikut KSSR mulai 2014, berbanding elemennya diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini. KSSR dilaksanakan dari Tahun Empat mulai tahun depan, diikuti Tahun Lima dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan secara hands-on

learning, di samping keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai jenis pembelajaran yang menyeronokkan, katanya.

Sebagai kesimpulannya, rentetan kurikulum mata pelajaran Sejarah itu sendiri semakin diperbaiki dari masa ke masa dengan mengambil kira pelbagai faktor yang telah dikenalpasti. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlu sedar betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.3.0 HUBUNGKAIT KURIKULUM SEJARAH DENGAN NILAI DAN UNSUR PATRIOTISMEDewasa ini, kita sering dipersoalkan tentang pemupukan semula semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Saranan ini memang wajar memandangkan generasi muda khususnya pelajar tidak lagi bersemangat patriotik seperti generasi sebelum merdeka. Semangat patriotik sangat penting untuk membina jati yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional. Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.Hal ini demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita. Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usahauntuk mencapai kemerdekaan.Sehubungan itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk menghargai jasa-jasa yang telah ditaburkan.Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demikeadilan negara.Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air.Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk semangat patriotik dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara. Misalnya semasa guru mengajar tentang Kesultanan Melayu Melaka, pelajar dapat mengkaji bagaimana empayar Melaka menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran yang cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16. Ketika itu, pengajian islam dan kesusasteraan berkembang.

Dijangkakan mata pelajaran Sejarah dapat menolong pelajar memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Tujuan mata pelajaran ini, antara lainnya ialah untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai, moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat patriotik.Selain itu, matlamat pendidikan Sejarah ini ialah untuk memupuk semangat kesetiaan kepada negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair. Melalui pemahaman dan penghayatan subjek Sejarah ini, nilai-nilai kewarganegaraan yang hendak dipupuk ialah perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia, semangat setianegara, disiplin, patriotisme, perasaan ingin berusaha dengan bersungguh-sungguh dan produktif. Seterusnya, matlamat dan tujuan mempelajari Sejarah telah ditentukan dengan jelas dan terperinci, berasaskan metlamat Falsafah Pendidikan Negara. Perincian kurikulum dan sukatan pelajaran telah dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah. Matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan hanya untuk pemerolehan ilmu semata-mata, tetapi lebih penting lagi adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai fakta dan isi pelajaran dengan baik di samping mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Peranan dan fungsi mata pelajaran Sejarah dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai nilai-nilai kewarganegaraan yang baik turut diberi keutamaan dalam kurikulum Sejarah yang baru ini.

Dengan mempelajari subjek Sejarah juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ingin mempertahankan kedaulatan bangsa. Mempelajari dan mengkaji sejarah memungkinkan kita mengetahui sebab mengapa sesuatu itu berlaku pada masa lalu dan mengapa ia tidak harus diulangi pada masa kini dan akan datang. Contohnya, sejarah kejadian 13 Mei 1969 banyak mendedahkan faktor ideologi, pertentangan ras, kemelut sosio-ekonomi, pemahaman budaya dan konflik politik yang menyebabkan muafakat hilang dan terjadinya rusuhan kaum. Kesimpulannya, mengapa kita perlu belajar sejarah? Sejarah di sini bukan sahaja sejarah negara, tetapi juga sejarah-sejarah lain seperti sejarah keluarga, tempat, dan lain-lain perkara. Segala yang ada di sekeliling kita bermula dari sejarah. Sejarah itu penting, dan ada beberapa sebab mengapa kita perlu belajar dan memahami sejarah, iaitu;

PERTAMA : Sejarah membantu kita mengenali asal-usul sesuatu perkara. Mengetahui dari mana dia, peristiwa atau sesuatu benda itu datang penting kerana ia memberi kita satu keyakinan kerana kita tahu mengapa, di mana dan siapa yang melakukannya. Kita tidak akan mudah percaya kepada kata-kata, hasutan orang lain jika kita tahu dan faham sebab-musabab (sejarah) sesuatu perkara itu.

KEDUA : Sejarah dapat mengelakkan diri kita kita daripada melakukan kesilapan, terutamanya kesilapan yang bodoh. Sudah tercatat dalam SEJARAH bahawa banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada SEJARAH terdahulu. Begitu juga diri kita, ada yang tidak mengambil iktibar dari sesuatu peristiwa yang telah berlaku, terutamanya peristiwa yang kurang enak dan menyayat hati. KETIGA : Sejarah membantu kita bertindak secara bijak dan berfikir secara kritikal dan kreatif. Perlu diingatkan sejarah itu tidak terbatas kepada ruang lingkup ketika peristiwa yang disebutkan itu berlaku, sejarah adalah rantaian peristiwa yang berterusan dan berkembang. Maka adalah salah untuk kita katakan sejarah itu bersifat statik.Pada pendapat saya, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi meningkatkan kualiti dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Sebagai guru, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita juga perlu lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tawarikh agar nilai sejarah kita tidak luput ditelan zaman.Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Lantaran itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat kebangsaan ini. 4.0 REFLEKSI

Bila disebut sahaja perkataan SEJARAH, mungkin ramai yang akan mengeluh dan mula memikirkan persepsi-persepsi kurang enak. Bukan menjadi satu rahsia, subjek sejarah yang diajar di sekolah merupakan antara subjek yang paling kurang diminati oleh kebanyakan pelajar. Pelbagai alasan diberikan, yang tipikal adalah seperti susah, banyak yang perlu diingat, tidak minat, dan lain-lain alasan yang menghalalkan mereka untuk mengelak daripada mempelajari subjek ini. Saya amat yakin, kekuatan guru sejarah teramatlah penting untuk mengimbangi faktor luaran yang kurang menyokong subjek ini. Dengan kekuatan tersebut, isi kandungan sejarah yang diajar menjadi menarik dan hebat.Walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan menjalankan tugas seharian, akhirnya tugasan projek SJH3103 : Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah ini dapat saya siapkan dengan baik. Alhamdulillah. Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru. Semasa mengumpul maklumat berkaitan tugasan ini, saya telah mendalami betapa pentingnya generasi masa kini untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran jati diri supaya generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah supaya kesayangan kepada negara terbina.Secara peribadinya, saya sangat bersetuju dengan langkah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang mewajibkan subjek Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran yang wajib lulus. Ia merupakan satu langkah yang bijak dan saya amat mengalu-alukan langkah ini. Memang benar, sejak isu ini dibangkitkan, ramai yang telah memberikan komen, kritikan yang menyokong malah ada yang membantah cadangan ini. Namun, tanpa mempelajari sejarah seseorang itu mungkin tidak akan bersikap patriotik dan tidak sayangkan negara tanah tumpah darahnya ini.Kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasa subjek Sejarah amat tepat sekali. Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.Bila generasi hari ini mengkaji dan memahami sejarah Malaysia, mereka memiliki rasa kepunyaan dan kebanggaan terhadap negara ini kerana mereka bukan sahaja diberikan kefahaman mengenai permulaan negara ini, cabaran yang dihadapi, cabaran sejarah Melaka yang menjadi landasan sejarah Malaysia, muafakat pemimpin berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, prinsip-prinsip dan hikmah di sebalik terbinanya Perlembagaan Malaysia, tolak ansur yang terjadi sehingga Malaysia mencapai ke tahap negara yang sedang maju seperti hari ini.Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi, saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk memaknakan kemerdekaan tanah air. Pengertian yang diperoleh menerusi mata pelajaranSejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa rendah diri bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Meminati mata pelajaran Sejarah kelihatan tiada nilai ekonomi tetapi besar peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mewujudkan jati diri dalam kalangan kita semua. Justeru, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Zaiton Bt Mat Non yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya menjadi seorang guru yang berkualiti.Sekian, terima kasih.

5.0 RUJUKANhttp://ibnismail.wordpress.com/2008/10/28/kementerian-perlu-kaji-keberkesanan-subjek-sejarah-di-sekolah-rendah/http://hanputra.blogspot.com/2011/01/mewajibkan-mata-pelajaran-sejarah.htmlhttp://studentsrepo.um.edu.my/730/5/BAB4.pdfhttp://yazid83.blogspot.com/2010/08/refleksi-3-seminar-isu-isu-pendidikan.htmlhttp://feldatrolakselatan.blogspot.com/2010/08/antara-tarawih-dan-tawarikh.htmlhttp://naimqlate.blogspot.com/2010/11/subjek-sejarah-dan-propaganda.htmlhttp://www.ukm.my/fpendidikan/images/download/10.77-88%20Usulan%20Ahamad,%20A.%20Razak%20&%20Anuar.pdfhttp://selamilmu.blogspot.com/2012/03/penulisan-cara-cara-memupuk-semangat.htmlhttp://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-item-baru.html

HYPERLINK "http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=ZtiiVM3U0wjbUM&tbnid=Fv0_yDSOjweTvM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fbluesriders.blogspot.com%2F2011%2F05%2Fbuku-sejarah-malaysia-darjah-enam.html&ei=wPobUoCoEMLUrQek44GYBg&bvm=bv.51156542,d.bmk&psig=AFQjCNGBFU3g56eqAy6bMDcg0WN6Jbm1Mw&ust=1377651627196415" INCLUDEPICTURE "https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRAIZxgcc89HAtbWH0yM2diVkOhtHVxwey8wOVhs1gH0AIGxpr-7g" \* MERGEFORMATINET

Gambar 2 : Buku Teks Sejarah

Malaysia Darjah 6

HYPERLINK "http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=ZTU25NmCQ_7IrM&tbnid=x8OidjRwLcd9AM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.dawama.com%2FKajian-Tempatan-Tahun-4%2Fq%3Fpid%3D181%26doit%3Dorder&ei=lx4dUsXvE6idiAeu5ID4Dw&bvm=bv.51156542,d.bmk&psig=AFQjCNFVtkN8h32sIUP8Ab9pzR-66M7I5A&ust=1377651907947010" INCLUDEPICTURE "http://www.dawama.com/store/pic/dawama/item/BT2306.jpg" \* MERGEFORMATINET

Gambar 4 : Buku Teks Kajian

Tempatan Tahun 4

Kajian Tempatan

2003 - 2013

Sejarah (KSSR)

2014

Alam dan Manusia

1980

Gambar 1 : Buku Tawarikh

Sekolah Rendah Malaysia

Sejarah Malaysia

1973

Tawarikh

1918

HYPERLINK "http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=LpLK735bJJu_vM&tbnid=2DMkSkYuSszxmM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fdanauilmu.net%2Fupsi%2Fbilik2%2Fbm%2FA2.2-8.html&ei=H_sbUpSqF4eSrgeuqYHABw&bvm=bv.51156542,d.bmk&psig=AFQjCNEndznxeCaVirfkT6HGzK9tRpkuPQ&ust=1377651832049148" INCLUDEPICTURE "http://danauilmu.net/upsi/bilik2/graphics/buku_teks/alam%20dan%20manusia%20tahun%205.jpg" \* MERGEFORMATINET

Gambar 3 : Buku Teks Alam dan Manusia Tahun 5

SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PENSYARAH : PN. ZAITON BT MAT NON)Page 1