sumbangan prof. dr. m. quraish shihab dalam …€¦ · universiti teknologi malaysia ... jadual 1...

21
SUMBANGAN PROF. DR. M. QURAISH SHIHAB DALAM BIDANG PENTAFSIRAN: KAJIAN TERHADAP SURAH AN-NISA’ DALAM TAFSIR AL-MISHBAH AEMY LIZA BINTI MINHAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuphuc

Post on 04-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SUMBANGAN PROF. DR. M. QURAISH SHIHAB DALAM BIDANG PENTAFSIRAN: KAJIAN TERHADAP SURAH AN-NISA’ DALAM

TAFSIR AL-MISHBAH

AEMY LIZA BINTI MINHAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUMBANGAN PROF. DR. M. QURAISH SHIHAB DALAM BIDANG PENTAFSIRAN: KAJIAN TERHADAP SURAH AN-NISA’ DALAM TAFSIR AL-MISHBAH

AEMY LIZA BINTI MINHAT

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2010

 

iii 

 

 

DEDIKASI

Suami tercinta Kasih sayang, bimbingan dan dorongan yang diberi

Sentiasa membakar semangat juangku Kaulah tunjang inspirasi hatiku

Ayahanda dan bonda kandung & kedua mertua yang disayangi Segala dorongan, sokongan, pengorbanan

dan iringan doa tulus kalian Membuatkan anakanda teguh di sini

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati Ilmu yang dicurah tidak terhingga

Umpama air di lautan Tidak mengenal erti jemu

Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Sahabat-sahabat yang dikasihi Mengenali kalian saat terindah bagiku

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan Bersama mengharungi cabaran

Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya

Barakallahufikum... 

iv 

 

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam

disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat

baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq

serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek

Sarjana Muda (PSM) ini.

Jutaan penghargaan buat Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah selaku penyelia

Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan

segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek

ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta, Tuan Ahmad

Zahidi bin Tuan Abd Rahman serta kedua ibu bapa kandung dan kedua mertua yang

dikasihi lagi disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang

tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan

cemerlang.

Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun

Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu

sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima kasih

kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan

mendapat balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang

diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Amin

 

 

 

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berkaitan keistimewaan tafsir

Al-Mishbah, metodologi pentafsiran yang digunakan oleh Prof. Dr. M. Quraish Shihab

dalam mentafsir surah An-nisa’ serta sumbangan beliau dalam bidang pentafsiran Al-

Quran menerusi surah An-Nisa’. Surah An-Nisa’ dalam Tafsir al-Misbah dipilih sebagai

sampel kajian. Penyelidik telah menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya. Hasil

kajian mendapati; pertama, keistimewaan tafsir Al-Mishbah ialah ia bersesuaian dengan

kemampuan, budaya, keadaan dan perkembangan ilmu masyarakat masa kini. Prof. Dr.

M. Quraish Shihab menggunakan metodologi التفسير بالمأثور sebagai sumber rujukan

serta menggunakan metodologi penyampaian التفسير التحليلي . Ketiga, sumbangan beliau

dalam bidang pentafsiran Al-Quran menerusi surah An-Nisa’ merangkumi pelbagai

bentuk percetakan buku, artikel di dalam internet dan sebagainya. Di akhir kajian,

beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu untuk

memartabatkan bidang tafsir dan al-Quran seterusnya meneladani keperibadian dan

kehidupan Prof. Dr. M. Quraish Shihab sebagai salah seorang cendekiawan dan tokoh

muslim yang berjaya.

vi 

 

 

 

 

 

ABSTRACT

This study is investigates the questions regarding the advantageous of Tafsir al-Misbah,

the methodology of quranic interpretation done by M. Quraish Shihab towards surah

An-Nisa’ and his contribution in the quranic interpretation area through this Surah.

Surah An-Nisa’ had been selected as sample of this study. This study was fully

conducted by using library research methodology. The research findings are stated as

follow; First, Tafsir al-Misbah has many advantages such as the suitability with the

current society abilities, culture, situation and knowledge development. Second, M.

Quraish Shihab used the methodology of Tafsir bil Ma’thur as the sources of references

and the methodology of Tafsir Tahlili as the ways to convey the meanings. Third, M.

Quraish Shihab has made contribution in many media such as books, internet articles,

television programs and etc. And last but not least, several suggestions have been made

in the end of this study to selected parties in order to encourage to noble quranic

interpretation area and al-Quran itself. Thus, muslim society looking M. Quraish Shihab

as an Islamic icon that consist great attitude and personality.

vii 

 

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

viii 

 

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Penutup 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Kajian Lepas 16

2.3 Biografi Muhammad Quraish Shihab 21

2.3.1 Kelahiran 22

2.3.2 Pendidikan 22

2.3.3 Kegiatan 24

2.3.4 Hasil Karya 26

2.3.5 Penampilan di Televisyen 27

2.3.6 Anugerah Penghargaan 29

2.3.7 Pusat Studi Al-Quran 29

2.3.8 Keluarga 31

2.3.9 Sifat Dan Keperibadian 31

\2.4 Pengenalan Tafsir Al-Misbah 38

2.5 Surah An-Nisa’ 43

2.6 Pengenalan Ilmu Metodologi Tafsir dan Kepentingannya 43

2.6.1 Pengertian Metodologi Pentafsiran 44

2.6.2 Kepentingan Tafsir 44

2.7 Penutup 46

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 47

ix 

 

3.2 Proses Kajian 48

3.3 Metode Penentuan Subjek 49

3.4 Metode Pengumpulan Data 50

3.4.1 Metode Dokumentasi 52

3.4.2 Metode Historik 52

3.4.3 Metode Penyelidikan Perpustakaan 54

3.5 Metode Analisis Data 55

3.5.1 Metode Induktif 56

3.5.2 Metode Deduktif 57

3.6 Penutup 57

BAB IV DATA DAN ANALISIS

4.1 Pendahuluan 58

4.2 Keistimewaan Tafsir Al-Mishbah 59

4.3 Surah An‐Nisa’ Dalam Tafsir Al‐Mishbah      60 

      4.3.1  Analisis Kandungan 61

4.4 Metodologi Pentafsiran M. Quraish Shihab Berkenaan

Surah An-Nisa’ Dalam Tafsir Al-Mishbah 63

4.4.1 Analisis Metodologi Pentafsiran 63

4.5 Sumbangan Prof. Dr. M. Quraish Shihab Dalam Bidang

Pentafsiran Al-Quran Menerusi Surah An-Nisa’

Berkaitan Wanita 78

4.5.1 Karya Penulisan 78

4.5.2 Penglibatan di Televisyen 83

4.5.3 Hasil Sumbangan Beliau Menjadi Rujukan 84

4.6 Kritikan Terhadap Pentafsiran M. Quraish Shihab 85

4.7 Penutup 86

 

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 88

5.2 Rumusan 89

5.3 Cadangan Dan Saranan 91

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 94

5.5 Kesimpulan 95

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

xi 

 

 

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 1 Kronologi peringkat pendidikan

Prof. Dr. M. Quraish Shihab. 24

Jadual II: Kronologi peringkat kerjaya

Prof. Dr. M. Quraish Shihab. 26

Jadual III: Senarai jilid dan nama-nama surah yang

terdapat di dalam Tafsir al-Mishbah. 41

Jadual IV Analisis kandungan ayat yang terdapat

di dalam surah An-Nisa’. 48

Jadual V: Pengelasan ayat-ayat dalam surah An-Nisa’

mengikut kelompok. 63

xii 

 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

I Senarai Judul Buku Hasil Karya Prof. Dr.

M. Quraish Shihab

II Senarai Judul Artikel-artikel bebas Prof.

Dr. M. Quraish Shihab

III Senarai Koleksi audio/video ceramah Prof.

Dr. M. Quraish Shihab

IV Analisis Metodologi Tafsir Surah An-Nisa’

Dalam Tafsir Al-Mishbah

 

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Al-Quran adalah Kalamullah. Ia merupakan bukti terbesar kebenaran risalah

yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, sekaligus ia menjadi petunjuk dan pedoman

bagi umat manusia sepanjang zaman.

ãΑÍi”t∴çΡ uρ z⎯ ÏΒ Èβ# u™ ö à)ø9 $# $tΒ uθ èδ Ö™ !$x Ï© ×π uΗ÷q u‘ uρ t⎦⎫ ÏΖ ÏΒ÷σ ßϑù=Ïj9   Ÿω uρ ߉ƒÌ“tƒ t⎦⎫ ÏϑÎ=≈ ©à9 $# ω Î)

#Y‘$ |¡yz

Terjemahannya:

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi ubat penawar dan

rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra’ 17:82)

2

Untuk memahami, menghayati dan beramal dengan kandungan wahyu al-Quran,

bidang ilmu pentafsiran amat perlu diterokai oleh umat Islam. Abd Muin Salim (2005:5)

mendefinisikan pengertian tafsir sebagai dialog antara teks al-Quran yang memuatkan

pelbagai makna di dalamnya, dengan batasan pengetahuan manusia dan permasalahan

kehidupannya yang terus mengalami perubahan dan dinamika yang tidak terhenti.

Menurutnya lagi, oleh yang demikian, kekayaan teks al-Quran sangat bergantung kepada

tingkat pengetahuan مفسر tersebut. Manna‛ Khali al-Qattan (2006:641) mendefinisikan

Ilmu Tafsir sebagai aktiviti yang harus memperhatikan sejumlah syarat dan moral, demi

menjernihkan sumber dan memelihara keindahan wahyu dan keagungannya.

Al-Quran juga merupakan sumber hidayah yang mengandungi panduan hidup

umat Islam. Al-Quran perlu dibaca, dipelajari dan difahami isi kandungannya agar

matlamatnya dapat dicapai serta mudah dilaksanakan. Berdasarkan kepada pentingnya

pengajian tasir dan fungsinya yang besar, menyebabkan bidang ini mendapatperhatian

yang tinggi oleh ulama-ulama Islam seluruh dunia dan tidak terkecuali ulama Islam di

Nusantara. Penulisan kitab-kitab tafsir di Nusantara khususnya di Indonesia telah lama

dilakukan dan kegiatannya semakin meluas. Menurut Muhd. Najib Ab. Kadir & Mazlan

Ibrahim (2002:91), perkembangan penulisan dan penterjemahan lebih pesat dengan

perkembangan pengajian pondok iaitu di sekitar abad ke-20.

Justeru, dalam bab pertama ini penyelidik akan menghurai dan menjelaskan

secara terperinci berkenaan kajian dari aspek latarbelakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian serta definisi

istilah.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Farid Mat Zain & Roziah Sidek (2003:24) menyatakan bahawa generasi Al-

Quran merupakan tingkat tertinggi dalam masyarakat Islam. Generasi ini lahir pada

zaman Nabi Muhammad SAW. Ini kerana segala tindakan dan kelakuan umat Islam

pada masa itu adalah berlandaskan al-Quran dan Rasulullah SAW menjadi pembimbing

kepada keutuhan generasi tersebut. Selepas Rasulullah SAW wafat, umat Islam telah

kehilangan arah untuk meneruskan kehidupan, apalagi untuk memimpin dunia ini.

Namun, Rasulullah SAW meninggalkan dua sumber utama sebagai rujukan dan panduan

kepada umat manusia, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Namun selepas zaman para sahabat, praktikal keagamaan kian merosot. Justeru,

lahir beberapa tokoh besar yang muncul pada pertengahan abad ke-20 seperti Sayyid

Qutb, Yusuf al-Qaradawi, Imam Hassan al-Banna, dan ramai lagi. Mereka merupakan di

antara tokoh ilmuan Islam terkemuka dunia yang telah banyak menyumbang dalam

usaha pembentukan generasi al-Quran. Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid (1999:111),

berpendapat bahawa perubahan sosial yang dibawa oleh ulama pada zaman

kegemilangannya bukan sahaja terbatas kepada menyebarluaskan ilmu syariah, bahkan

juga ilmu sains dan kemahiran seperti yang ditonjolkan oleh Imam Syafie.

Tetapi malangnya, masyarakat Islam masa kini lebih menguasai ilmu akademik

seperti dalam bidang sains dan teknologi berbanding ilmu akhirat seperti ilmu al-Quran

sedangkan al-Quran itu merupakan panduan hidup umat Islam. Malahan tokoh ilmuan

dalam bidang al-Quran turut jarang dikenali dan diambil manfaat menerusi

keistimewaan dan kebijaksanaan ilmu yang dimiliki mereka.

4

Menurut Rozali Adam (1985:19), meskipun dalam setiap zaman dan generasi ada

umat manusia yang berupaya menghafaz kitab suci al-Quran, tetapi sebaliknya

pengajaran dan penilaian terhadap pengertian al-Quran masih amat kurang. Kesedaran

terhadap kelemahan dan kekurangan ini jelas menonjol di kalangan umat Islam hari ini

dan hanya mendapat perhatian semula terutamanya apabila berlaku sesuatu pergolakan

dalam masyarakat yang mengharapkan satu bentuk pimpinan yang baru.

Justeru, melihat kepada permasalahan tersebut, penyelidik terpanggil untuk

mengkaji dan mendalami seorang tokoh ulama Nusantara yang mahir dalam bidang

pentafsiran al-Quran sebagai salah satu usaha membongkar rahsia kejayaan dan

sumbangan yang telah dihasilkan oleh beliau disamping dapat menyebarluas dan

memartabatkan tokoh ilmuan Islam ke seluruh tanahair menerusi kajian ini serta

membantu usaha melahirkan pencinta generasi al-Quran. Tokoh terbilang tersebut yang

dipilih adalah Prof Dr. M. Quraish Shihab yang merupakan anak jati Indonesia.

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah, dapat dirumuskan perincian pernyataan

masalah berkaitan tajuk kajian iaitu Sumbangan Prof. Dr. M. Quraish Shihab Dalam

Bidang Pentafsiran: Kajian terhadap Surah An-Nisa’ Dalam Tafsir Al-Mishbah, yang

perlu dirungkai dan dijelaskan oleh penyelidik secara terperinci.

Dalam kajian ini, penyelidik perlu menjawab persoalan-persoalan seperti

siapakah Prof. Dr. M. Quraish Shihab dari sudut biografinya iaitu berkaitan kelahiran,

pendidikan, kegiatan, hasil karya ilmiah, penampilan beliau di televisyen, anugerah

penghargaan yang diperiolehi, sumbangan, perhatian dan khidmat terhadap masyarakat,

5

sifat keperibadiannya serta tentang keluarganya? Apakah Tafsir Al-Mishbah? Apakah

latarbelakang surah An-Nisa’? Apakah ilmu metodologi tafsir serta kepentingan

mempelajarinya?

Seterusnya, penyelidik perlu menjawab persoalan terpenting iaitu pertamanya,

apakah keistimewaan tafsir Al-Mishbah? Kedua, apakah metodologi pentafsiran yang

digunakan oleh Prof. Dr. M. Quraish Shihab dalam mentafsir surah An-Nisa’? Ketiga,

apakah sumbangan beliau dalam bidang pentafsiran Al-Quran menerusi surah An-Nisa’

dalam Tafsir Al-Mishbah?

Surah An-Nisa’ dalam Tafsir al-Misbah dipilih sebagai sampel kajian. Justeru, di

dalam bab seterusnya ini akan dijelaskan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti keistimewaan tafsir Al-Mishbah.

2. Mengenalpasti Metodologi pentafsiran Prof. Dr. M. Quraish Shihab

berkenaan surah An-Nisa’ dalam tafsir Al-Mishbah.

3. Mengenalpasti sumbangan Prof. Dr. M. Quraish Shihab dalam bidang

penafsiran Al-Quran menerusi surah An-Nisa’.

6

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah keistimewaan tafsir Al-Mishbah?

2. Apakah metodologi yang digunakan oleh M. Quraish Shihab dalam mentafsirkan

surah An-Nisa’ dalam tafsir Al-Mishbah?

3. Apakah sumbangan M. Quraish Shihab dalam bidang penafsiran al-Quran

menerusi surah An-Nisa’?