kronologi hari kiamat. allahuakhbar

34
MABAHITH SAM’IYYAT IUS 4313 NAMA AHLI : NIK NOR ZURAIDAH BINTI NIK SIDEK 033044 NURUL WAFA’ BINTI MOHD ALI 033239 RABIATUL ADAWIYAH BINTI AHMAD 032967 SITI NUR JAMILAH BINTI MOHAMMAD NASIR 032993 NAMA PENSYARAH : USTAZ MAHADI BIN MOHAMAD

Upload: ctnur-jamilah

Post on 21-Jul-2015

472 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

MABAHITH SAM’IYYAT IUS 4313NAMA AHLI :

NIK NOR ZURAIDAH BINTI NIK SIDEK 033044

NURUL WAFA’ BINTI MOHD ALI 033239

RABIATUL ADAWIYAH BINTI AHMAD 032967

SITI NUR JAMILAH BINTI MOHAMMAD NASIR 032993

NAMA PENSYARAH :

USTAZ MAHADI BIN MOHAMAD

Page 2: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

ISU YANG DIKUPASKAN :

“KRONOLOGI AKHIR ZAMAN

MENGIKUT TURUTAN HINGGA KIAMAT”

Page 3: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Hudzaifah bin Usaid berkata bahwa Rasulullah SAW muncul ketika kamisedang berbincang-bincang tentang kiamat. Beliau bertanya “Apa yangsedang kalian perbincangkan?”. Mereka pun menjawab,”Kami sedangmembicarakan tentang kiamat”. Lalu Rasulullah bersabda :

مغرهبامنالشمسوطلوعوالدابةوالدجالالدخانآياتعشرترىحىتتقوملناهناباملغربوخسفباملشرقخسفخسوفوثالثةومأجوجويأجوجمرميابنعيسىونزول

.رهمحمشإىلالناستطردعدنقبلمنخترجنارذلكوآخرالعربجبزيرةوخسف(مسلمرواه)

“Kiamat itu tidak akan terjadi hingga kalian melihat sepuluh tanda: asap,Dajjal, binatang melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa binMaryam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga gempa (di timur, barat dan Jazirah arab),dan yang terakhir adalah api yang keluar dari ‘And yang menggiringmanusia ke Mahsyar”.(HR. Muslim)

Page 4: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 5: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 6: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

AD-DUKHAN (ASAP)

Peristiwa atau fenomena keluarnya asap atau kabus yang

menyelubungi alam merupakan azab kepada manusia.

Menurut Abdullah Ibn Mas’ud, asap ini dikaitkan dengan

kesengsaraan dan penderitaan yang berupa kesempitan hidup

seperti kelaparan, kemarau dan penularan wabak penyakit.

Kesimpulannya, dukhan ini berkemungkinan asap yang dapat

dilihat dan dialami secara fizikal ataupun asap yang diistilahkan

dengan suatu keadaan atau situasi yang dirasakan sebagai

kiasan kepada ‘asap’.

Page 7: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

DALIL

10. oleh itu tunggulah (Wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau Yang jelas nyata

(yang menyebabkan kebuluran Yang dahsyat),

11. Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini

adalah azab Yang sungguh menyakitkan". (ad-Dukhan : 10 & 11)

Page 8: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

MUNCULNYA DAJJAL

Satu gelaran kepada seorang lelaki.

Kerana pembohongannya yang terlalu hebat dan

keistimewaan yang luar biasa.

Berketurunan Yahudi dari sebelah Timur

Mendakwa dirinya sebagai pembawa kedamaian

dan kebahagiaan.

Setelah itu, dia mendakwa dirinya sebagai tuhan

pula.

Page 9: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 10: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

HADIS TENTANG DAJJAL

( ص)قام رسول هللا: روى الشيخان وغريمها عن ابن عمر رضي هللا عنهما قال إين ألنذركموه : )مث ذكر الدجال، فقال ،يف الناس، فأثىن على هللا مبا هو أهله

قله نيب وما من إال وقد إنذر قومه، ولكين سأقول لكم فيه لكم فيه قوال مل ي.)إنه أعور، وإن هللا ليس بأعور. لقومه

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w

pernah berdiri di hadapan manusia lalu memuji-muji Allah dan

kemudiannya menyebutkan tentang dajjal : “ Sesungguhnya aku

akan memberitahu kamu semua kerana setiap nabi dan rasul pasti

akan memberitahu kaumnya. Tetapi aku akan mengatakan kepada

kamu suatu kata-kata yang belum pernah diperkatakan oleh nabi-

nabi sebelumku kepada kaumnya. Sesungguhnya dia (dajjal)

adalah pendusta dan Allah bukanlah pendusta.” (Riwayat Bukhari

dan Muslim).

Page 11: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 12: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

DABBATUL ARDH

Apakah yang dimaksudkan dengan

Dabbatul Ardh?

Bagaimanakah rupa bentuk Dabbatul

Ardh?

Dalam sejarah manusia, masih

belum ada sesiapa pun yang

melihat Dabbatul Ardh kerana

masanya belum tiba lagi.

Page 13: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Dabbatul Ardh ( األرضدابة ) bermaksud binatang buas(raksasa) yang muncul dari perut bumi sebagai salahsatu tanda sebelum datangnya Hari Kiamat.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabbatul Ardhini akan keluar di kota Mekah di Gunung Sofa, ia akanberbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas.

Dabbatul Ardh ini akan membawa tongkat Nabi Musaa.s dan memakai cincin Nabi Sulaiman a.s.

Dabbatul Ardh bererti “binatang” atau “binatang buas(raksasa)”, berasal dari kata Debbe, yang bermaksudmelata, perkataan ini sering digunakan untuk binatangdan serangga.

Sedangkan kalimat al-Ard (األرض) bererti bumi. Namunmaksud secara bahasa, Dabbatul Ardh memilikimaksud “haiwan yang melata di tanah”.

Page 14: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Ibnu Jurayj mengatakan bahawa Ibnu Zubair

mengkhabarkan binatang ini dengan terperinci,

"Kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti

mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah,

tanduknya seperti tanduk rusa jantan, lehernya

seperti leher burung unta, dadanya seperti dada

singa, warna kulitnya seperti warna kulit harimau,

pinggulnya seperti pinggul kucing, ekornya seperti

ekor biri-biri jantan dan kakinya seperti kaki unta.

Diantara sepasang persendiannya sejarak 12 ukuran

garis lurus.

Page 15: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Ibnu Jurayj mengatakan juga bahawa

Ibnu Zubair mengkhabarkan, "Ia

akan membawa tongkat Nabi Musa

a.s dan memakai cincin Nabi

Sulaiman a.s. Tiada tersisa bagi

orang beriman yang tersisa tanpa

membuat tanda putih diwajahnya,

sehingga bersinarlah wajahnya dan

tiada yang tersisa bagi orang kafir

tanpa membuat tanda hitam

diwajahnya, sehingga hitam legam

ke seluruh wajahnya.

Page 16: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Abu Dawud at Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah

r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Binatang ini

akan muncul dari perut bumi dan akan membawa

tongkat Nabi Musa a.s dan memakai cincin Nabi

Sulaiman a.s.

Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat

itu dan akan mengusap wajah orang beriman

sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka

makan bersama, mereka akan saling mengenali

orang yang beriman dan yang kafir."

Page 17: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Juga kisah ini dicatat oleh

Imam Ahmad dalam

musnadnya, "Binatang itu

akan memukul hidung

orang kafir dengan cincin

dan akan membuat wajah

orang beriman menjadi

cerah dengan tongkat,

sehingga ketika mereka

makan bersama, mereka

akan berkata satu sama

lainnya, "Wahai orang

beriman" dan "Wahai

orang kafir".

Beberapa hadis juga

mencatat seperti berikut,

apabila binatang ini

memukulkan tongkatnya

ke dahi orang yang

beriman, maka akan

tertulislah di dahi orang

itu ‘Ini adalah orang yang

beriman’. Apabila tongkat

itu dipukul ke dahi orang

yang kafir, maka akan

tertulislah ‘Ini adalah

orang kafir’.

Page 18: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 19: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

MATAHARI TERBIT DI SEBELAH BARAT

• Merupakan salah satu tanda kiamat yang telah

dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan as-

Sunnah.

• Apabila berlakunya fenomena ini, maka segala pintu

taubat telah tertutup.

• Fenomena yang dimaksudkan ialah matahari seperti

yang kita lihat pada hari ini akan muncul di ufuk

Barat pada waktu pagi sebagai ganti arah Timurpada kebiasaannya.

Page 20: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

HADIS TENTANG FENOMENA INI

هللاولرسمنحفظت:قال,عمروبنهللاعبدعنبسندهمسلموروىاآلياتلأو إن):يقول(ص)هللارسولمسعت,بعدأنسهملحديثا(ص)

أيتهاو ضحىالناسعلىالدابةوخروجمغرهبامنالشمسطلوعخروجا.(قريباأثرهاعلىفاألخرىصاحبتهاقبلكانت

Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abdullah bin

Umar : ‘Aku telah menghafal daripada Rasulullah s.a.w. sebuah hadis

yang aku masih belum melupakannya. Aku telah mendengar

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya tanda yang pertama

sekali muncul ialah terbitnya matahari dari sebelah Barat dan

kemudian keluarnya ad-dabbah kepada manusia”. (Hadis Sahih).

Page 21: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

TURUNNYA NABI ISA A.S

- Para ulama' menyatakan bahawa turunnya Nabi Isa a.s ke dunia

setelah dajjal muncul dan melakukan kerosakan di muka bumi.

- Turunnya Nabi Isa a.s di suatu tempat yang terdirinya menara

putih di bahagian Timur Damsyiq, Syria.

- Kedatangannya sebagai nusrah Allah kepada orang Mukmin

yang sedang menghadapi kesengsaraan dan kerosakan

angkara dajjal dan fitnahnya.

- Ada riwayat yang menyatakan bahawa selain membunuh dajjal,

Nabi Isa a.s juga akan memusnahkan palang salib, membunuh

babi dan menghapuskan jizyah dalam tempoh pemerintahannya

bagi mengembalikan keamanan dan kemakmuran sejagat.

Page 22: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

DALIL

157. dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya

Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak

membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi

mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-

orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada

Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu

pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan

semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin. (an-nisa :157)

Page 23: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

MUNCULNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ

Ditafsirkan sebagai makhluk perosak samada dalamkalangan manusia mahupun daripada jenis makhlukyang tidak diketahui.

Manusia dan ummat Islam tidak dapat mengenalisiapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj akibat daripadatanggapan dan tafsiran yang tidak tepat.

Ummat Islam dilalaikan daripada memikirkantentang Yakjuj dan Makjuj dengan kepesatanpembangunan, kemodenan teknologi, kemewahanekonomi, kekuatan ketenteraan dan menjuaraipelbagai bidang seperti sukan, hiburan, fesyen danproduk perniagan.

Page 24: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

94. mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan

kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil

pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?" (al-

Kahfi : 94)

96. (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok Yang menyekat Yakjuj dan Makjuj,

serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat Yang tinggi. (al-Anbiya’ : 96)

DALIL

Page 25: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

TIGA KHASYFUN:GEMPA BUMI DI TIMUR, BARAT DAN

SEMENAJUNG ARAB

Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga berlaku

banyak gempa bumi.“ (HR Bukhari)

Istilah khasyfun ditakrifkan sebagai gempa ataupun

tenggelam yang merujuk kepada fenomena sesuatu

kawasan di muka bumi yang ditimpa malapetaka

seperti tenggelam, tertanam, tertimbus, atau ditimbuni

tanah termasuklah keadaan terjerumus serta ditelan ke

dalam perut bumi. (HR Muslim)

Page 26: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Gempa bumi yang sudah berlaku di Timur antaranya

ialah Indonesia (Aceh dan Sumatera Utara), Sri

Langka, India, Bangladesh, Thailand dan Jepun

(Tokyo).

Mengikut pengkaji Barat, gunung berapi Yellow Stone

akan meletus dan melenyapkan hampir 2/3 penduduk

di US dan akan melintasi gegaran ke Eropah. Ini

semua adalah spekulasi berdasarkan hadis dan

kajian yang dilakukan mereka dan dijangkakan

berlaku pada tahun 2012.

Page 27: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Manakala Mayan Calender meramalkan tanggal 21/12/1012 @

11:11 dunia akan mengalami Kiamat Besar/End-Time

sehinggakan dibikin sebelum tarikh tersebut, sebuah movie

"2012" yang menggambarkan suasana bencana alam

tersebut. Bermula berlakunya gempa bumi, gelombang

tsunami, hentaman komet-komet hingga berlakunya banjir

dunia, bagaikan berulang semula zaman Nabi Nuh a.s.

Kemudian diramalkan disusuli pula bumi akan bergelapan

berterusan selama 3 hari berturut-turut. Namun ramalan-

ramalan tersebut ternyata tidak benar sama sekali kerana kita

masih berada di bumi sehingga sekarang 2014.

Page 28: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Manakala gempa bumi di Semenanjung

Arab ialah di negara Riyadh pada tahun

2009. Banjir besar yang melanda Makkah

pada tahun 1960-an telah

menenggelamkan sebahagian Kaabah.

Begitu juga banjir yang melanda Jeddah

dan Padang Arafah semasa musim haji

tahun 2009 menjadi sebahagian daripada

peristiwa penenggelaman yang berlaku

sepanjang sejarah ketamadunan Islam di

Jazirah Arab. Peristiwa di Jazirah Arab ini

turut menjadi aspek penting dalam

memperkatakan tanda-tanda hari kiamat.

Page 29: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

API BESAR

Isyarat yang dinyatakan dalam riwayat hadith tentang

keluarnya api dari bumi merupakan antara tanda hampirnya

kedatangan hari kiamat.

Ia juga sebagai tanda pertama yang mengisyaratkan

tegaknya hari kiamat.

Banyak riwayat yang menyatakan bahawa api tersebut

keluar dari Yaman, iaitu dari jurang ‘And.

Page 30: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Ada dua dalil hadith yang menyatakan hal tersebut yang

mafhumnya:

1. “Daripada Hudzaifah bin Asid ketika menyebutkan tanda-tanda

besar kiamat, dalamnya ada sabda Baginda Rasulullah S.A.W, “Dan

yang terakhir ialah api yang keluar dari Yaman, mengiringi manusia

ke tempat mereka berkumpul.”

(Muslim)

2. “Daripada Anas bahawa Abdullah bin Salam ketika masuk Islam

bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang beberapa masalah,

antaranya, “apakah tanda pertama datangnya kiamat?” lalu Baginda

S.A.W menjawab, “Adapun tanda kiamat yang pertama ialah api

yang mengumpulkan manusia dari timur ke barat.”

(Bukhari)

Page 31: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 32: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Page 33: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar

Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Butiy, Kubra al-yakiniyyat al-kauniyyat,

Darul Fikr Muasirah, Lubnan, cetakan 9 tahun 2010.

Diterjemah Zayuki bin Mohamed, Hakikat Alam Semesta dan Cakerawala

Menuju Iman Yang Teguh, Jasmin Enterprise, 2000.

http://www.addeen.my/index.php/rohani/fardhu-ain/item/228-tanda-kiamat-kecil-

dan-besar

http://harmoni-my.org/arkib/1001kisah/tandatandakiamat.htm

http://kamerakupang.blogspot.com/2012/04/kajian-hadis-rasullulah-saw-

tentang.html

http://www.addeen.my/index.php/rohani/fardhu-ain/item/228-tanda-kiamat-kecil-

dan-besar

http://40hadith.blogspot.com/2007/12/sepuluh-tanda-tanda-kiamat-yang-

besar.html

RUJUKAN

Page 34: Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar