kronologi perlembagaan

Download KRONOLOGI PERLEMBAGAAN

Post on 18-Jul-2015

2.768 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

CARTA GARIS MASA

1.0 GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA TAHUN 1963 PERISTIWA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963 SURUHANJAYA COBBOLD Terdiri daripada dua orang wakil British dan dua orang wakil kerajaan. Tujuan suruhanjaya ini adalah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk membina satu Perlembagaan baru. TOKOH TERLIBAT Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1962

Lord Cobbold Dato Wong Pow Nee En. Mohd Ghazali bin Shafie Sir Anthony Abell Sir David Watherston Mr. Harris

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957 1957 PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos (Secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan ini diambil daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu1948. Dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja. SURUHANJAYA REID Dibentuk bagi membincangkan dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Antara perkara penting yang dipertimbangkan dalam laporan suruhanjaya ini ialah: 1. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan 2

1956

Lord Reid (British) Sir Ivor Jennings (British) Sir Williamn Mckell

dengan kerajaan pusat yang kuat. 2. Pemeliharaan kedudukan keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu. 3. Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agung. 4. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain ; dan 5. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis dan bersidang sebanyak 118 kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Merupakan Kontrak Sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada Julai 1957.

(Australia) B. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Februari 1956

PERJANJIAN LONDON Ditandatangani pada 8 Februari 1956 Isi Perjanjian London 1. British memberi kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya) pada 31hb Ogos 1957. 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi. 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui AngloMalayan Defence Treaty 1956. 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid. RUNDINGAN LONDON Rombongan kemerdekaan Ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk menuntut kemerdekaan. Terdiri daripada lapan orang wakil iaitu wakil RajaRaja Melayu dan Parti Perikatan. Berlangsung daripada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956

Wakil Rajaraja Melayu Wakil Perikatan Pihak British yang diketuai oleh Lord Lennox-Boyd

Januari 1956

Wakil Raja-Raja Melayu Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Aziz Abdul Majid Dato' Wan Idris Wan Ibrahim Dato' Nik

3

Ahmad Kamil Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman Datuk Abdul Razak Hussein Kol. H.S. Lee Dr. Ismail Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock V.T Sambanthan

1955

PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN Diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan Parti Persatuan Islam Se-Tanah Malaya (PAS) telah memenangi satu kerusi iaitu di Kerian, Perak. PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHAN RAYA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN (MPP). Dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan beberapa orang pegawai tinggi British. Jawatankuasa inimencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British PENUBUHAN PARTI PERIKATAN Penubuhan Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO-MCA-MIC Parti perikatan mendesak British mengadakan piihan raya untuk seluruh Tanah Melayu bagi mengisi kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. RUNDINGAN MEJA BULAT UMNO-MCA Rentetan kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua kumpulan etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan. UMNO meletakkan syarat agar MCA menerima dan mengiktiraf segala hak orang Melayu dan mendapat persetujuan MCA.

1954

1953

Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock V.T Sambanthan

1953

Wakil UMNO Tunku Abdul Rahman Tun Dr. Ismail Saadon Zubir Bahaman Shamsuddin Syed Nasir Ismail Wakil MCA Tan Cheng

4

PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN KUALA LUMPUR 12 kerusi dipertandingkan oleh UMNO dan MCA yang telah membuat pakatan secara tidak rasmi. Pakatan memenangi sembilan kerusi dan selebihnya dikuasai oleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) dan calon bebas. Bermula era kerjasama dalam kalangan golongan etnik di Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dengan pembentukan Perikatan. PENGENALAN SISTEM AHLI British melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri. Beri latihan dan peluang kepada pemimpin tempatan memerintah secara demokrasi. Lima orang warga tempatan dilantik. JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM (CLC) Terdiri daripada pelbagai golongan etnik untuk menyelesaikan masalah berkaitan perlembagaan, politik, ekonomi, kewarganegaraan dan lain-lain isu akibat permintaan berlainan daripada pelbagai etnik. Cadangan CLC kebanyakan dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

1952

Lock H.S Lee Leong Yew Koh S.M Yong T.H Tan Dato Yahya Abdul Razak Ong Yoke Lin. Dato Onn Jaafar

1951

1949

Dato Onn Jaafar E.E.C Thuraisingham Tunku Yaakob Lee Ting Keng Dato Mahmud Mat Dato Onn Jaafar Dato Abdul Wahab Abdul Aziz Tan Cheng Lock C.C. Tan Dr. J.S. Goonting E.E.C. Thuraisingham

1948

1946

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Tujuh ciri penting terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Kesan kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat. JAWATANKUASA PERUNDING 5

Dianggotai oleh lima orang Eropah, dua orang Cina, dua orang India. Mendapatkanpandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja. Perwakilan Kerajaan British: A.T Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union) K.K. O Connors (Peguam Malayan Union) W.D God sall (Setiausaha Kewangan) Dr W.Linehan (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu) A.William (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu) Sir Thedore Adam (Penasihat Raja Melayu dalamJawatan Kuasa)

1946

JAWATANKUASA KERJA Ditubuhkan pada Julai 1946 oleh British. Dianggotai oleh empat orang wakil Raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam wakil pegawai British. Rangka perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.

Perwakilan Raja Melayu : 6 Raja Kamarul zaman Dato Hamzah Haji Mohamad Sheriff

Dato Setia

Perwakilan UMNO: Dato Onn Jaafar Dato Abdul Rahman Dato Onn Jaafar Sir Harold MacMichael Sir Edward Gent

1941

MALAYAN UNION Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat. Singapura dijadikan tanah jajahan berasiningan di bawah kuasa seorang Gabenor British. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Hak kerakyatan sama bagi semua orang. Ditentang hebat oleh Orang Melayu. Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

7

ANALISIS ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN

8

2.0 2.1

ISU SEMASA TENTANG HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA ANALISA ISU DENGAN UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN MALAYSIA

2.1.1 ISU BAHASA

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah mengikut Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan. Namun begitu, pihak Kementerian Pelajaran telah diminta untuk memberi perhatian yang serius berhubung penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan golongan muda yang dilihat semakin merosot. Berikutan daripada itu, Kementerian Pelajaran perlu memastikan pengajaran bahasa Melayu bukan sekadar untuk mengetahui penggunaan bahasa bagi keperluan komunikasi sosial semata-mata. Namun, Perkara 152 juga menekankan bahawa bahasa-bahasa lain turut dibenarkan dalam situasi-situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran walau bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara kita, Malaysia. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia harus saling menghormati bahasa kaum lain selain memperkukuhkan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. Hal ini penting ekoran isu bahasa ini pernah timbul dan hangat diperkatakan oleh orang ramai pada tahun 2011 mengenai novel Interlok hasil penulisan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein yang telah dibakar oleh 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK). Perkara ini berpunca daripada penggunaan perkataan Paria dalam novel tersebut bagi menggambarkan kaum India dan hal ini dianggap satu kejian terhadap kaum tersebut kerana menggunakan nama kasta yang memalukan agama Hindu. Hal ini menjadi lebih serius apabila sesetengah pihak politik mengambil kesempatan memperbesarkan isu yang melibatkan kaum ini walhal karya Interlok tersebut telah diterbitkan pada 40 tahun yang lalu tanpa sebarang halangan dan penolakan dari mana-mana pih