kronologi maunah

45
Pada subuh 02hb Jun 2000, sekumpulan ahli pertubuhan ilmu kebatinan alMaunnah telah menyamar sebagai pegawai kanan tentera, masuk menceroboh ke dua kem tentera di 302 AW di Kuala Rui dan 304 AW di Grik, Perak. Mereka berjaya melarikan beratus-ratus laras senjata dan beribu-ribu butir peluru. Mereka berkubu di sebuah dusun durian di Bukit Jenalek, Sauk, lebihkurang 60km dari Grik. Mereka telah menangkap 2 orang anggota polis yang sedang menjalankan penyiasatan di kawasan mereka dan menawan seorang penduduk kampung yang sedang mencari durian. Mereka berjaya menawan seorang anggota tentera yang tersesat masuk ke kawasan mereka dan membunuhnya. Dalam satu pertembungan dengan pihak tentera, seorang anggota kumpulan mereka telah terbunuh. Mereka kemudiannya membunuh salah seorang tebusan mereka, seorang anggota polis berbangsaIndia. Mereka telah dikepung oleh tak kurang dari 2,000 personnel Pasukan Keselamatan; yang melaksanakan pelbagai teknik pengharuan, pujukan dan rundingan sebelum mereka menyerahkan diri kepada Pasukan Keselamatan. KRONOLOGI TINDAKAN `C’ SQN. 69KOMANDO SEMASA OPS. SUBUH 030800 Julai PP 69Komando mengarahkan C/Insp. Abd. Razak bersama Ptl. 41 Berjumpa dengan OCPD Kuala Kangsar kerana laporan beberapa orang penduduk kampung yang mendengar bunyi tembakan yang mencurigakan 030900 Julai Setelah berjumpa dengan DSP Nazri, Timbalan OCPD Kuala Kangsar, C/Insp. Abd. Razak dan kumpulannya diarahkan balik kerana menurut DSP Nazri, KPN telah menyerahkan operasi ini kepada pihak tentera. 050800 Julai PP 69Komando mengarahkan 2 orang pegawai bersama kekuatan 3 ptl.

Upload: encikmut

Post on 27-Jun-2015

201 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: kronologi maunah

 Pada subuh 02hb Jun 2000, sekumpulan ahli pertubuhan ilmu kebatinan alMaunnah telah menyamar sebagai pegawai kanan tentera, masuk menceroboh ke dua kem tentera di 302 AW di Kuala Rui dan 304 AW di Grik, Perak. Mereka berjaya melarikan beratus-ratus laras senjata dan beribu-ribu butir peluru. Mereka berkubu di sebuah dusun durian di Bukit Jenalek, Sauk, lebihkurang 60km dari Grik. Mereka telah menangkap 2 orang anggota polis yang sedang menjalankan penyiasatan di kawasan mereka dan menawan seorang penduduk kampung yang sedang mencari durian. Mereka berjaya menawan seorang anggota tentera yang tersesat masuk ke kawasan mereka dan membunuhnya. Dalam satu pertembungan dengan pihak tentera, seorang anggota kumpulan mereka telah terbunuh. Mereka kemudiannya membunuh salah seorang tebusan mereka, seorang anggota polis berbangsaIndia. Mereka telah dikepung oleh tak kurang dari 2,000 personnel Pasukan Keselamatan; yang melaksanakan pelbagai teknik pengharuan, pujukan dan rundingan sebelum mereka menyerahkan diri kepada Pasukan Keselamatan.

 KRONOLOGI TINDAKAN `C’ SQN. 69KOMANDO SEMASA OPS. SUBUH

030800 Julai   PP 69Komando mengarahkan C/Insp. Abd. Razak bersama Ptl. 41

                       Berjumpa dengan OCPD Kuala Kangsar kerana laporan beberapa orang   

                       penduduk kampung yang mendengar bunyi tembakan yang mencurigakan

 

030900 Julai   Setelah berjumpa dengan DSP Nazri, Timbalan OCPD Kuala Kangsar,    

                       C/Insp. Abd. Razak  dan kumpulannya diarahkan balik kerana menurut 

                       DSP Nazri, KPN telah menyerahkan operasi ini kepada pihak tentera.

 

050800 Julai   PP 69Komando mengarahkan 2 orang pegawai bersama kekuatan 3 ptl.

                       berlepas ke Balai Polis Kati. Mereka akan menerima arahan selanjutnya di 

                        sana.

 

050930 Julai   C/Insp. Abd. Razak dan Kpl. Ismail b. Che Mat telah diarahkan untuk

                        mengawal DSP Halim dan 2 orang anggotanya dari Cawangan

                        Komunikasi IPK Perak memasang alat pembesar suara di Sekolah

                        Kebangsaan Jenalek untuk digunakan oleh Pihak Perunding

 

Page 2: kronologi maunah

051130 Julai   Semua anggota `C’ Sqn. ditempatkan di quarters lama JKR, berhadapan 

                       Pondok Polis Sauk

 

051730 Julai   2 orang pegawai dan ptl. 34 telah membuat tinjauan di belakang Sekolah

                       Kebangsaan Jenalek, berada di GR 261499; lebih kurang 300m dari

                       kedudukan musuh

 

051940 Julai   Kumpulan tinjaun balik ke martek

 

060700 Julai   PP 69Komando menyampaikan taklimat gerakan di martek, 2 orang

                       Pegawai dengan kekuatan 3 ptl.; ptl. 34, 41 dan 42 digerakkan dengan 3

                       Volvo ke Sekolah Kebangsaan Jenalek. Mendapatkan `pointer’ dari Major

                       Fadhil, selaku Pemerintah Medan Angkatan Tentera dalam operasi ini.

 

060915 Julai   Pegawai dan anggota `C’ Sqn. dapat arahan melalui walkie-talkie untuk                

                        masuk ke kawasan dari PP 69Komando

 

060930 Julai   Bergerak dengan 3 buah kenderaan jenis Volvo ke Debussing Point

                        bersama-sama pointer dari ATM

 

060940 Julai   Sampai di Debussing Point.(Bt. 73.1 Jalan Sauk/Lenggong, berhampiran

                       Sekolah ugama lama). Meneruskan perjalanan ke kawasan tanggung jawab   

                       dengan berjalan kaki

 

060955 Julai   Singgah di GR 257497 untuk bertukar pointer

                       

061010 Julai   Bergerak ke kawasan operasi di GR 258500 bersama pointer baru

Page 3: kronologi maunah

 

061020 Julai   Sampai ke kawasan tanggungjawab. Buat penilaian mukabumi, arah angin,

                       lokasi musuh dan pasukan sahabat. Merapati seberapa dekat yang boleh

                       dan tunggu arahan selanjutnya dari PP 69Komando

 

061240 Julai   C/Insp. Abd. Razak memanggil semua trooper balik ke `backstop’ untuk

                       menyusun perancangan baru. Mendengar set perhubungan untuk

                       mengetahui keadaan semasa.  Mendapat berita 2 anggota musuh dapat

                       diberkas ketika sedang melarikan diri dari kumpulan mereka dan  

                       menyerah diri kepada pasukan keselamatan. Menurut musuh yang diberkas

                       itu, ramai lagi rakan-rakan mereka yang hendak menyerah diri, tetapi

                       takut ditembak oleh Pasukan Keselamatan.

 

061315 Julai   C/Insp. Abd. Razak mengarahkan troopernya merapatkan kepungan untuk

                       menyambut mana-mana anggota musuh yang hendak menyerah diri

 

061325 Julai   C/Insp. Abd. Razak menyusup menghampiri kubu musuh dan berlindung

                       di sebalik batu besar berhampiran `water point’ musuh

 

061330 Julai   Timbalan Presiden kumpulan musuh menghampiri `water point’ untuk

                        mengambil air sembahyang. C/Insp. Abd. Razak mencabar Timbalan

                        Presiden itu untuk menyerah diri. Bermulanya perbincangan untuk

                        menyerah diri.

 

061535 Julai   C/Insp. Abd. Razak menghubungi semua `call sign’ untuk masuk ke kubu

                        musuh dengan aman kerana musuh sudahpun bersetuju untuk menyerah

                        diri

Page 4: kronologi maunah

 

061550 Julai   C/Insp. Abd. Razak bersama troopernya keluar dari kawasan tanggung

                        jawab melalui jalan masuk

 

061615 Julai   3 buah kenderaan sudah menunggu di `roadhead’ untuk membawa trooper

                        `C’ Sqn. pulang ke Martek

 

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ‘C’ SKUADRON

YANG TERLIBAT DALAM OPS SUBUH

PEGAWAI

 

1.       C/INSP           I/10958         ABDUL RAZAK BIN MOHD YUSOFF

2.       C/INSP           I/11741         HAKEMAL BIN HAWARI

 

PATROL 34

 

3       SJN                70772             ABU BAKAR BIN HUSSIN

4.      KPL               71697             KULOP A/L LEAMA

5.      L/KPL           100089            ABD MALEK BIN NORDIN

6.      KPL               75092             SHADZAL BIN MAT YON

7.      L/KPL            112306            JOHARI BIN HASNAN

8.      L/KPL            112902            JASNINATA BIN MAD SAID

 

PATROL 41

 

9.       KPL               7526              ISMAIL BIN CHE MAT

Page 5: kronologi maunah

10.     L/KPL           111164           ABU BAKAR BIN WAGIO

11.     L/KPL           87004             ARIF BIN KASAH

12.     L/KPL           119132           MOHD ZAKUAN BIN SOAIT

13.     L/KPL           112990           DIHANAN BIN ANGKAK

14.     L/KPL           124667           MOHD AZHAR BIN SULAIMAN

 

PATROL 42

15.     SJN               62265             BAH UDAR A/L BAH WIN

16.     KPL              88181             SAID MOHD IDRIS BIN SAID MOHD DUN

17.     KONS          71840              KARIM BIN MAT

18.     L/KPL          119761            NOR AHMAD KEFLI BIN MOHD SHUKOR

19.     KPL              88172             MOHD DAHLAN BIN JALIL

20.     KONS          68889              KULOP A/L PAK BIOK

 

DIALOG DAN RINGKASAN KEJADIAN OPS. SUBUH

 

Lebih kurang 1200hrs C/Insp. Abd. Razak telah memanggil semua anggota di bawah arahannya yang sedang melaksanakan tinjauan, untuk berkumpul, berbincang, merancang dan menerima arahan baru. Menurut penilaian mereka; mereka sependapat rancangan awal mereka untuk melancarkan tembakan gas pemedih mata ke lokasi musuh adalah kurang praktikal. Ini adalah kerana lokasi musuh dilitupi oleh kanopi tumbuhan yang lebat, kedudukan musuh di muka bumi yang lebih rendah dari muka bumi pasukan sendiri dan pasukan sahabat juga diambil kira antara salah satu sebab mereka membatalkan rancangan awal mereka.

Sambil berbincang, mereka mengikuti laporan pasukan-pasukan sahabat menerusi set perhubungan. Antara laporan yang menarik perhatian C/Insp. Abd. Razak ialah laporan yang menyatakan Pasukan Keselamatan yang berkawal sekeliling kedudukan musuh telah berjaya memberkas 2 orang musuh yang lari dari kumpulan mereka untuk menyerah diri. Dari laporan 2 orang musuh yang telah diberkas itu, mereka menyatakan; ramai lagi ahli kumpulan mereka yang hendak menyerah diri, tetapi mereka takut ditembak oleh pihak Pasukan Keselamatan atau kumpulan mereka sendiri kerana berpaling tadah.

Page 6: kronologi maunah

/Insp. Abd. Razak kemudiannya mengarahkan semua anggota di bawah jagaannya merapatkan kepungan. Beliau sendiri kemudiannya menyusup rapat ke kubu musuh dan berselindung di sebalik sebuah batu besar. Tiba-tiba salah seorang anggota musuh, menghampiri anak sungai betul-betul di hadapan C/Insp. Abd. Razak tak sampai 3m jaraknya. Tanpa disedari musuh, C/Insp. Abd. Razak mengikuti setiap pergerakan musuh yang berhampiran dengannya dengan bidikan senjata tepat ke kepala musuh itu. Setelah mendapati musuh yang dibidiknya itu sedang mengambil air sembahyang, perasaan insaf timbul di hatinya. Beliau berdoa di dalam hati berkali-kali; Menyerahlah yob… Tiba-tiba terpacul doanya dan dapat didengari oleh musuh yang sedang berwudhu’ itu.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Menyerahlah yob…”

 

Zahit  :   “Assalamu’alaikum!... jangan tembak teman, teman mujahiddin!”.                       

C/Insp. Abd. Razak  :  “Wa’alaikumsalam, takkan teman nak tembak, kita sasama orang      Islam, tapi menyerahlah!”.

                                          

Zahit  :  “Memang teman nak menyerah, tapi bagi teman mandi dulu…panas!”.     

               .

Pada masa yang sama, Pihak Perunding yang berada di sekolah berhampiran memberikan salam dengan menggunakan pembesar suara kepada pihak musuh. Musuh yang berada di atas permatang lebihkurang 50m dari kedudukan C/Insp. Abd. Razak melaung beramai-ramai menjawab salam Pihak Perunding. Laungan mereka menarik perhatian C/Insp. Abd. Razak, lalu beliau bertanya :

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Camana dengan depa yang kat atas tu… depa pun nak menyerah jugak ka?”.

 

Zahit  :  “Deme pun semua nak menyerah juga ”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :   “Panggillah depa turun”.

 

Zahit  :  “Hoi!, sape nak menyerah mohlah turun!” …berkali-kali

 

Page 7: kronologi maunah

Setelah mendengar tawaran menyerah diri yang dilaungkan oleh musuh yang dibidik oleh C/Insp. Abd. Razak, 7 ke 8 orang musuh yang berada di atas permatang, berjalan menuju ke arah mereka. Melihatkan keadaan ini, 7 ke 8 orang anggota 69Komando yang berada di belakang C/Insp. Abd. Razak bergegas turun ke arah C/Insp. Abd. Razak untuk memberi perlindungan kepada beliau. Salah seorang anggota yang bergegas memberi perlindungan kepada C/Insp. Abd. Razak itu ialah L/Kpl. Malik, orang kampung musuh yang hendak mengambil air sembahyang tadi :

Zahit  :   “Eh… orang kampong teman pun ade!”

 

L/Kpl. Malik  :  “Eh… Zahitla, orang kampung kite, orang kite!”. Dengan rasa teruja dan kemudiannya berpelukan dengan Zahit.

 

L/Kpl. Arif turun dari permatang, menyeberangi anak sungai di sebelah kiri C/Insp. Abd. Razak lalu menegur Zahit :

 

L/Kpl. Arif   :   “Apa dah jadi ni sahabat?”.

 

Zahit   :   “Eh!, orang lama pun ada!”. Melepaskan pelukannya dengan L/Kpl. Malik dan memeluk L/Kpl. Arif pula

 

Kpl. Said Md. Dris, salah seorang anggota yang turun dari permatang tempat perlindungan Pasukan Keselamatan untuk memberi perlindungan kepada C/Insp. Abd. Razak yang turut mengenali Zahit, menerpa ke arah Zahit dan menampar kepala Zahit sambil berkata :

 

Kpl. SM Dris  :  “Mike ni la Zahit, tak hahabis terkene… dulu dengan Arqam, lepas tu sekarang dengan ape pulak ni?...”

 

Zahit  :  “Eh, mike Said, nasib teman le,  teman nak berjihad…”. Memeluk Kpl. SM Dris pula.

L/Kpl. Malik   :   “Mike nak berjihad, kuat lagi ke?”

 

Page 8: kronologi maunah

Zahit   :   “Dah tak larat dah, naik bukit sikit pun dah mengah. Tengok la badan ni ha!, Siapa lagi orang kita yang datang?”.  Bertanya kepada L/Kpl. Malik, L/Kpl. Arif dan Kpl. SM Dris.

7/8 orang anggota musuh; Jasmin, Rashidi, Sharkawi, Zainal, Che` Sabri, Azlan dan Bokhari yang kelihatan pada mulanya tercengang-cengang kemudiannya turut berpelukan dengan L/Kpl. Malik dan Kpl. SM Dris. Anggota 69Komando yang lain, L/Kpl. Jasninata. L/Kpl. Dihanan, L/Kpl. Bakar dan L/Kpl. Johari pada mulanya seolah-olah mahu berpelukan dengan kumpulan musuh tetapi ditegah oleh C/Insp. Abd. Razak, yang masih membidik senjata dan beliau kemudiannya mengarahkan anggotanya yang lain supaya mengambil perlindungan.

L/Kpl. Malik  :  “Tu, tuan Razak tak kenal ke?”.

 

Zahit  :  “Pernah tengok dalam paper, masa tuan kawin terjun payung dulu, lepas tu terjun kat South Pole…  masa tuan masuk, teman dah keluar. Eh!, Man Korea ade?”

 

L/Kpl. Malik  :  “Dia kat luar, dia Bravo Squadron, sini semua Charlie Squadron, mohlah kite keluar”.

 

Zahit  :  “Tunggu kejap teman nak mandi… panas”.

 

L/Kpl. Malik  :  “Tulah mike, banyak makan doghoyan sangat..., mike dah makan ke Zahit?”

 

Zahit   :   ``Dah... awak ration jenuh, tu ha!, 2-3 bulan makan tak abis“. Sambil menunjukkan pondok di tepi anak sungai itu.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Siapa ketua… mana dia?”.

 

Jemari  :  “Kat atas”

 

Pada masa yang sama, ketua kumpulan musuh dan beberapa orang lagi pengikutnya sedang melaung bertukar-tukar salam dengan Pihak Perunding.

Page 9: kronologi maunah

Kumpulan Musuh  :  “Wa’alaikumsalam!!!...  Assala-mu’alaikum!!!...”

 

Anggota 69Komando  :  “Wa’alaikumsalam!!!...”  Melaung beramai-ramai.

Amin  :  “Bukan bagi salam kat hangpa la, orang bagi salam kat atas tu”. Menuding ke arah sekolah tempat Pihak Perunding berada sambil ketawa.

 

Mendengar kata-kata ketua kumpulan musuh sambil ketawa itu, dibalas oleh anggota 69Komando dengan ketawa juga. Firasat C/Insp. Abd. Razak setelah melihat gelagat musuh yang melaung dari atas permatang itu, merasakan yang beliau adalah ketua kumpulan musuh.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Tolong panggil dia kejap”. Mengarahkan Rashidi sambil menuding kepada Amin. “Yang lain-lain  kosong, serahkan senjata, lepas tu menyerah. Mula-mula kita keluarkan mereka yang cedera dulu, tebusan dan semua yang lain, termasuk senjata”. Beliau kemudiannya bercakap melalui set walkie-talkienya : “Mofaz, Raider; Tango telahpun menyerah diri, over”.

C/Insp. A. Rahim  : “ Raider, Cindai; mana lokasi anda sekarang, over?”.

C/Insp. Abd. Razak  : Cindai, Raider; saya dalam kubu musuh ni, over”.

C/Insp. A. Rahim  :   “Raider, Cindai; keluar dari kawasan tu, Mofaz tak bagi masuk, KPN dah serahkan kes ni pada Army, over”.

 

C/Insp. Abd. Razak  : “Cindai, Raider; rileksla depa dah menyerah dah ni, sayangla kita dah gain ground, tiba-tiba kita nak lose ground camtu je, rugila… over”.

Anggota-anggota 69Komando sibuk menguruskan proses penyerahan diri pasukan musuh. Sebahagian membantu pihak musuh mengosongkan senjata mereka dan sebahagian lagi berkawal. Antara dialog semasa proses itu berlaku :

 

Jemari  :  “Dulu sapa suruh orang kafir masuk tempat kami?. Korang semua sembahyang ke?”. Sambil memegang senjata.

Page 10: kronologi maunah

 

L/Kpl. Jasninata  :   “Serahkan senjata, kosongkan dulu!”.

 

Cara Jemari mengendalikan senjata semasa mengosongkannya agak merbahaya kerana laras senjata itu menghala ke arah Jasninata.

 

L/Kpl. Jasninata  :   “Eh, apa ni!”. Sambil menepis muncung senjata itu ke arah lain.

 

Jemari  :   “Senapang ni boleh serah, tapi  parang ni tak boleh!, bukan senang nak dapat parang ni tau, macam nak dapat beret komando juga”.

 

Riuh rendah pertukaran salam antara kumpulan musuh dan anggota 69 Komando, ditambah pula dengan gelak ketawa mereka, menarik perhatian Cpt. Raja Ahmad untuk turun dari tempat perlindungannya dan turut sama mengambil tindakan.

 

Cpt. Raja Ahmad  :  “Mereka dah menyerah ke?”. Bertanya kepada beberapa orang anggota 69Komando. “Betul ke dah menyerah?”. Bertanya kepada beberapa orang kumpulan musuh, setelah mendapat jawapan yang positif beliau bertanya. “Mana ketua?”. Beberapa orang anggota musuh yang menyerah diri memberitahu kepada beliau yang ketua kumpulan mereka masih berada di atas permatang, beliau terus bergegas menuju ke sana. Sambil berjalan, beliau melaung : “Korang ni berjuang untuk apa hah?!”

 

Jemari  :  “Kami datang sini nak mengamalkan ilmu kami saja, kami bukan penjahat, kalau diorang kata kami jahat, taktaulah…  komunis pun menyerah dapat rumah, dapat tanah”.

 

Setelah melihat senjata yang terkumpul di tepi sungai tidak sebanyak seperti yang dilaporkan hilang, C/Insp. Abd. Razak bertanya : “Mana lagi senjata yang lain?”. Anggota kumpulan musuh yang menyerah menjawab : tinggal kat atas. C/Insp. Abd. Razak bertanya lagi : “Mana ketua tadi, dah turun ka, sapa nama dia?”.

 

Zahit  :  “Ustadz Amin”

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Rasa macam pernah dengar je nama tu, hangpa ni geng silat ke, silat apa?”.

Page 11: kronologi maunah

 

Zahit  :  “AlMaunnah”

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “AlMaunnah?”. Beliau yang merupakan seorang pesilat, selalu mengikuti perkembangan silat di negara ini, tau sedikit sebanyak tentang pertubuhan silat alMaunnah ini, apatah lagi artikel yang menceritakan tentang beliau sendiri dalam Majalah Seni Beladiri, keluaran Jalur Citranusa bulan itu bersebelahan dengan iklan silat alMaunnah. “Takpa, takpa, takpayah panggil dia, biar saya sendiri naik jumpa dia. Jom tunjuk sat...”. Berkata kepada Zahit, kemudian beralih kepada anggota 69Komando dan memberi arahan : “Yang lain ambil perlindungan hingga dapat arahan lain nanti!”

 

Zahit  :  “Jom…”

 

Sementara dalam perjalanan ke atas permatang, C/Insp. Abd. Razak berbual dengan Zahit

C/Insp. Abd. Razak  :  “Macamana hangpa boleh masuk ambik senjata geng Mat Sabun ni?”

 

Zahit  :  “Camana kami tak boleh masuk ambik tuan, sentri deme bukan setakat tidor je, pakai kain pelikat pulak tu. Bila kami masuk kejutkan deme, senjata pun takdak. Bila kami tanya senjata mana?, baru nak teraba-raba cari, lepas tu senjata tak caj peluru pulak tu”.

 

Dalam perjalanan ke atas mereka berselisih dengan Cpt. Raja Ahmad.

Cpt. Raja Ahmad  :  “Hei!… jangan naik atas, aku nak keluar bawa diorang nak menyerah. Engkau tinggal sini ganti aku, in-charge bubudak kita. Jangan naik atas, diorang tak suka dengan polis”

 

C/Insp. Abd. Razak  :   “Takpa aaa”. Selamba, kemudian mengalih pandangan kepada Zahit dan menyambung perbualan : “Camana dengan tebusan?”

 

Zahit  :  “Deme semua selamat tuan”.

 

Page 12: kronologi maunah

Cpt. Raja Ahmad terkocoh-kocoh turun permatang sambil melaung hala ke permatang tempat Pasukan Keselamatan berlindung, mengarahkan anggotanya mengambil `pouches’nya yang tertinggal. Setelah mendapatkan `pouches’nya itu dia bergegas naik semula ke permatang musuh, menaiki salah sebuah Pajero musuh yang menyerupai kenderaan tentera bersama-sama 4 orang ahli alMaunnah, 2 darinya yang kelihatan tercedera. Bakar telah dipapah, Naqshabandi terdengkut-dengkut menaiki kenderaan, Cpt. Raja Ahmad duduk di sisi pemandu dan Azlan pula memandu kenderaan. Belum sempat kenderaan bergerak jauh, Jemari menahan kenderaan itu dan menaikinya keluar dari kawasan berkenaan. C/Insp. Abd. Razak yang menaiki permatang itu sambil berbual dengan Zahit mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke tempat Amin berada.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Ada berapa orang tebusan?”.

 

Zahit  :  “2 orang”

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Eh mana lagi?”

 

Zahit  :   “Seorang tu dia keras kepala, kami ikat dia kat pokok,  lepas tu kami kene serang dengan Mat Sabun, kami semua `take cover’ dalam kubu, dia tak boleh `take cover’, kenelah tembak. Kami cuba nak selamatkan tapi tak dapat. Kami mintak doktor pun deme tak bagi, bila dah mati kami tanamlah, kalau kami tinggal … busuk. Tu yang kami geram tu, kami tembak orang deme!”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Awat hampa tembak bughan rata, kena orang awam naya ja?. Depa tu tak dosa apapa”

 

Zahit  :  “Mujahidin tuan, kenalah tunjuk garang sikit, barulah deme respek kita”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Salah macam tu, tu…”

 

Zahit memperkenalkan Amin kepada C/Insp. Abd. Razak

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Assala-mu`alaikum!”. Beliau memberikan ucapan salam kepada Amin dan pengikut-pengikutnya dan berjabat tangan ramah dengan mereka. Amin dan pengikut-

Page 13: kronologi maunah

pengikutnya menyambutnya dengan sikap ramah juga. “Selama ni saya dok tengok ustadz dalam majalah aja. Tak sangka kita nak jumpa kat sini. Ramai kat sini ni yang saya rasa, saya pernah tengok muka kat dalam majalah Seni Beladiri, rasa macam kenal je semua”. Memandang tepat ke muka Amin dan bertanya padanya :  “Betulke nak menyerah diri?”.

 

Amin  :   Mengalihkan mata dari bertentangan dengan C/Insp. Abd. Razak, kemudian menjawab dengan berat, seolah-olah nak menukar tajuk perbincangan.  “Kami bukan takut dengan peluru ke, bom ke, meriam ke, kalau kami mati… kami mati syahid!”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :   “Abis?”

 

Amin  :  “Camana nak lawan, mak bapak tak restu…  datang merayu-rayu”.

 

Kamarudin  :  “Diorang main tipu!”.

 

Amin  :  “Lawan tipu cam tu mana aci!”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Yalah, kan Nabi ada kata : `alharbu-khud`ah’, perperangan itu adalah muslihat, tipudaya… kenapa berkubu kat sini?”.

 

Amin  :  “Orang atas suruh”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Orang atas tu sapa?”.

 

Amin  :  “Wali-wali”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Wali-wali tu banyak bangsa, yang mana satu, Qutub ke…, Afrod ke…, Autad ke…, Nuqoba’, Nujaba’, Ruqoba’, Budala’ ke… yang mana satu?”.

 

Amin  :  “Banyak… susah cerita”.

Page 14: kronologi maunah

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Kita kena kenal, bukan semua yang berkomunikasi dengan kita dari alam ghaib tu wali”.

 

Amin bersikap seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh C/Insp. Abd. Razak. Mungkin juga suara dari pembesar suara Pihak Perunding yang semakin bertukar nada, dari memujuk kepada mengancam. C/Insp. Abd. Razak kemudiannya menghubungi C/Insp. Hakemal, pegawai yang membantunya dalam operasi ini.

 

C/Insp. Abd. Razak  : “Minor, Raider; mintak hantar orang pasang set kat sini, over”.

 

C/Insp. Hakemal  :  “Raider, Minor: Mofaz arahkan anda keluar dari kawasan tu, over”.

C/Insp. Abd. Razak  :  “Rileksla, depa dah berdamai dah ni. Minta antar orang naik atas ni pasang set, aku nak bincang dengan depa pun susah… loud hailer tu kalut sangat, over”. Beliau kemudian menyambung perbualannya dengan Kumpulan alMaunnah. “Sebelum ni saya sangat menghormati pertubuhan silat Ustadz, sebab bila saya tengok iklan dalam Majalah Seni Beladiri tu, silat Ustadz nampak cenderung dengan agama; dalam iklan tu kata silat Ustadz mengajar ahlinya beriman, beramal dan berjihad… tapi sekarang apa dah jadi?”.

 

Amin  :  “Kami bukan mengamalkan ajaran sesat, amalan kami semuanya ayat qur-an”.

 

Salah seorang ahli alMaunnah sambil menunjukkan pas dari jauh kepada C/Insp. Abd. Razak sambil mengatakan : “Silat kami berdaftar dengan JAIS, ni ha kalau tak percaya tengok ni!”.

 

Kamaruddin  :  “Masa nak masuk jadi ahli pertubuhan ni dulupun kami dah sembahyang sunat istikharah dulu. Takkan kami sesat kot?”

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Kalau setakat mengamalkan ayat qur-an, syaitan lagi pandai. Dia dulu tu guru malaikat. Dalam alQur-an ada menceritakan Syaitan ada berkata : `Wala- ughwiyannahum ajma`iin, illa `ibadiKa minhumul mukhlashsiin’; yang bermaksud; dan kami akan menggoda mereka keseluruhannya, kecuali hambaMu yang diikhlaskan (alHijr : 39, 40). Kalau kita mengamalkan ayat qur-an, sembahyang istikharahpun, tapi kalau niat kita tak ikhlas, ghoyah kita ghairuLlah, kerana nak kebal, nak ghaib, gila nak jadi ketua, mencari keuntungan dunia…  syaitan boleh masuk, goda dan 

Page 15: kronologi maunah

sesatkan kita. Syaitan memerangkap kita dengan menghiaskan dunia ini, seperti kata syaitan yang diterangkan oleh ayat alQur-an sebelum ayat yang saya bacakan tadi : `Qoala Robbi bimaa aghwaitanii la-uzaiyyinannalahum fil ard’ ; Yang maksudnya lebihkurang: Wahai Tuhan, kerana Engkau telah mencelakakan aku, izinkan aku menghiaskan dunia ini (untuk memerangkap manusia supaya mereka celaka seperti aku juga). Kan dalam hadith ada kata : `Hubbud-dunya ra’su kulli khooti’ah’, cintakan dunia asas setiap kejahatan. Syaitan cuma tak dapat menggoda orang yang ikhlas mencari ‘mardhotiLlah’. Lagipun kalau kita kaji ayat alQur-an yang saya bacakan tadi, Tuhan gunakan perkataan `mukhlasin’, iaitu `isim maf’ul’, bukannya `isim fa’il’.  Sebab Tuhan menggunakan `isim maf’ul’ ni ialah untuk menunjukkan keikhlasan kita tu bukannya dengan kemampuan kita sendiri, tetapi dengan bantuan Tuhan. Cuba baca kitab `Durrun-nafis’ yang ada menceritakan tentang ‘Tauhidul Af’al’, ‘Tauhidus Sifat’ dan ‘Tauhiduz Zat’. Itulah peringkat ikhlas sebenar… bukan dok sibuk layan diri, layan hawa nafsu yang mengajak kepada `hubbun-dunya’, macamana syaitan tak selewengkan kita. Saya sebagai seorang Islam dan juga pesilat, nak tau apa motif ustadz buat macam ni, ni?”

 

Amin  :  “Kami nak sedarkan masyarakat yang duit cukai yang mereka bayar kepada kerajaan telah digunakan untuk membayar gaji kepada tentera yang lalai. Tau tak macamana senang kami masuk ambik senjata mereka. Sentri mereka dahlah tidor, pakai kain pelikat, senjatapun tak caj peluru. Itu sebab kami bagi mereka `double’. Tu kira nasib baik kami yang masuk ambik senjata mereka, kalau orang lain?. Sepatutnya masyarakat tahu dan baiki kelemahan Angkatan Tentera. Yang keduanya, kami mintak supaya Dr. Mahathir datang berbincang dengan kami. Kami nak mintak supaya dia berhenti dari menghina Islam dan mufti-mufti. Kami mintak dia melaksanakan undang-undang Islam di negara ini. Kalau dia tak mahu, kami akan mintak dia dan kabinet dia letak jawatan. Sebab kita tak laksanakan Islamlah, maksiat bermaharajalela; ramai penagih dadah, bohsia, bohjan, kaki judi, kaki arak, zina, sana-sini orang buang anak… sebab tulah Tuhan turunkan bala, ribut, banjir dan baru-baru ni jerebu”.

 

Beberapa orang ahli alMaunnah menyampuk membenarkan kata ketua mereka menghina Dr. Mahathir dan mengatakan beliau penakut. Menurut mereka, Dr. Mahathir tak akan datang menemui mereka, buktinya semasa insiden Memali dulu, beliau telah menyerahkan kes itu kepada Musa Hitam untuk menyelesaikannya, dan beliau sendiri lari ke luar negara.

 

C/Insp. Abd. Razak  :  “Abih, kalau semua anggota kabinet letak jawatan, siapa kat dalam ni yang pandai tentang hukum alQur-an dan hadith yang boleh gubal undang-undang Islam untuk dilaksanakan”.

 

Kamaruddin  :  “Kami serahkan pemerintahan ni kepada ulama’”.

 

Page 16: kronologi maunah

Setelah 2 orang anggota 69Komando ; L/Kpl. Zakuan dan L/Kpl. Johari selesai memasang set perhubungan seperti yang diminta oleh C/Insp. Abd. Razak kepada C/Insp. Hakemal. C/Insp. Abd. Razak terus menggunakannya untuk menghubungi Pemerintah Medan.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, this is 2Bravo; minta tutup loud hailer, saya tengah berbincang dengan ketua kumpulan depa ni, jangan ganggu saya, over”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2; siapa yang cakap tu, ganti”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B; saya C/Insp. Abd. Razak on set ni, over”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2; Kapten Razak dari pasukan mana ni, ganti”

 

C/Insp. Abd. Razak   : “2, 2B; bukan Kapten Razak, tapi C/Insp. Abd. Razak, dari 69Komando, Polis… mintak hentikan perhubungan dengan loud hailer tu, kacaula saya nak `negotiate’ dengan Tango, saya dalam kubu depa la ni, over”. Beralih pandangan kepada Amin : “Ustadz dalam alQur-an ada menyatakan: `walaa tabghil fasaada fil ard, innaHu laa yuhhibul mufsidiin’ ;  dan janganlah kamu mencari kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Tuhan tidak sukakan orang yang membuat kerosakan (alQoshsoshs : 77). Tuhan suruh kita seru kejalanNya dengan bijaksana dan contoh tauladan yang baik. Kalau tanya ulama’, ulama’pun tak setuju hangpa buat macam ni. Hangpa ni `bughah’, golongan melampau”.

 

Ahli Kumpulan alMaunnah   :   “Ha!... tu diorang dah tutup loud hailer tu dah”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   Menyambung leterannya : “Dalam silat pun, kita ada kira langkah sebelum mengambil sebarang tindakan. Langkah kena bijak, macam menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung pun tak berselerak. Pesilat ni kalau kecundang, orang kata tersilap langkah… orang tak kata silap tumbuk ke, silap tendang. Kalau pasal silat ni jangan cong saya. Saya belajar silat sejak saya umur 7 tahun. La ni umur saya dah 37 tahun, ustadz tak beranak lagi saya dah start belajar silat dah. Tapak langkah silat…, tapak langkah saya, sepakterajang silat…, sepakterajang saya. Siapa sebenarnya Tok Guru Ustadz ni?”.

 

Amin   :   “Tok Guru Hj. Omar”.

 

Page 17: kronologi maunah

C/Insp. Abd. Razak   :   “Tok Guru Hj. Omar mana?”

 

Amin   :   “Tok Guru Hj. Omar, Baling”

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Tok Guru Hj. Omar az-Zuhdi, Lanai, Baling, Kedah ke?”.

 

Amin   :   “Aha…”. Mengangguk.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Jangan bohong!, kalau arwah tok guru tu saya kenal, kalau dia hidup lagi…, tentu dia tak mengaku ustadz ni anak murid dia. Tentu dia haramkan silat ustadz macamana dia haramkan silat Abjad dalam tahun 76 dulu tu”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2; berapa jumlah mike-sierra-hotel yang ada dengan anda sekarang ni, ganti”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B ; mike-sierra-hotel tu apa?, tak boleh baca, over”.

Pemerintah Medan   : “2B dari 2, (seolah berbisik) musuh, ganti”.

 

C/Insp. Abd. Razak   : “2, 2B ; OK terima…, wait one”. Mengalih pandangan kepada ahli alMaunnah kembali : “Ada berapa orang ahli ustadz kat sini sekarang, ustadz?”.

 

Ahli alMaunnah mengira-ngira antara satu sama lain, kemudian memaklumkan kepada C/Insp. Abd. Razak jumlah mereka seramai 16 orang. C/Insp. Abd. Razak kemudiannya melaporkan kepada Pemerintah Medan jumlah ahli alMaunnah seperti yang diberitahu oleh mereka, tanpa memeriksa semula jumlah sebenar mereka, yang sebenarnya seramai 17 orang. Kesilapan ini berlaku kerana orang yang mengira jumlah ahli, tidak mengira dirinya sendiri.

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2 ; siapa nama tebusan, ganti”.

 

Page 18: kronologi maunah

C/Insp. Abd. Razak   :   “2,2B; wait one…,”. Mengalih pandangan ke arah ahli alMaunnah semula : “Siapa nama tebusan…aaa?”

 

Ahli alMaunnah yang berada berhampiran dengan Md. Shah yang terlindung di belakang 2 buah Pajero seperti milik angkatan Tentera berkata kepada Md. Shah : “Tu diorang tanya nama tu…”

 

Md. Shah   :   “Md. Shah!”

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Sorang lagi mana, sapa nama?”

 

Ahli alMaunnah berhampiran C/Insp. Abd. Razak melaung ke arah Jaafar yang sedang duduk dalam keadaan tangan berikat ke belakang, dikawal oleh 2 orang ahli alMaunnah lebih kurang 30m berhadapan dengan C/Insp. Abd. Razak; bertanyakan namanya.

Jaafar  :   “Jaafar !”. Melaung dari jauh, dan diulang balik oleh beberapa ahli alMaunnah.

 

C/Insp. Abd. Razak   : “2, 2B ; seorang nama Md. Shah dan seorang lagi nama Jaafar, over”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2 ; ada lagi tak?,ganti”

C/Insp. Abd. Razak   : “2, 2B; wait one…”. Memandang Amin dan bertanya : “Ada lagi tak?”.

 

Amin   :   Mengelak dari bertentangan mata dan menjawab :  “Panjang cerita…”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B ; sorang lagi panjang cerita…, nantilah kemudian nanti saya bagi tau…, over”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2 ; Jaafar bin apa, ganti?”.

 

Page 19: kronologi maunah

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B ; wait one…”. Melaung ke arah Jaafar dan bertanya : “Jaafar bin apa?!”

 

Jaafar   :   “Putih!”

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B; Jaafar bin Putih, over”. Mengalih pandangan kepada Amin :  “Ustadz tau tak siapa sebabaik guru?”.

 

Amin   : Memandang kepada Bokhari dan Che` Sabri yang berada di sisi kanan C/Insp. Abd. Razak seolah-olah meminta mereka tolong jawabkan, tetapi mereka mengelak dari bertentangan mata dengannya. Kemudian Amin mengalih pandangan kepada Rashidi dan berkata   :   “Mmm..., sheikh pi masak nasi, kita jamu Pak Sheikh ni”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Nabi kata: `adabbani Rabbi…’,  maksudnya : yang mendidik aku adalah Tuhanku. Dari kecil Tuhan didik Nabi, mak, ayah, tokwan Baginda Tuhan wafatkan, sebab Tuhan nak bagi didikan terus pada Nabi. Umur Nabi 5 tahun, Tuhan utuskan Jibrail turun basuh dada Nabi. Lepas tu Jibrail turun basuh dada Nabi 2-3 kali lagi sebelum Baginda dilantik jadi Nabi. Bila Nabi berusia 40 tahun, barulah Nabi dilantik jadi pemimpin. Ustadz ni umur berapa, dah nak jadi pemimpin pertubuhan ilmu kerohanian?. Umur baru setahun jagung…, bukan pemimpin kerohanian, tapi pemimpin kesesatan, pemimpin ceroboh”.

 

Amin   :   “Apa salah kami?, kalau kami ceroboh, kami dah tembak semua askar dalam dua kem yang kami ambil senjata dulu, mereka dah takdak senjata nak lawan. Kalau kami ceroboh, kami dah rompak bank-bank sepanjang jalan kami ke sini. Kami ada orang-orang yang mahir menggunakan senjata dan letupan, kami boleh letupkan pintu bank bila-bila masa yang kami mau. Kalau kami mau lagi, kami boleh tuntut wang tebusan dari orang-orang yang kami tangkap ni…, tapi kami tak mau, sebab itu bukan perjuangan kami. Apa yang kami mau ialah supaya Dr. Mahathir datang jumpa kami…, tapi dia penakut, dia tak berani datang jumpa kami”.

 

Beberapa orang ahli alMaunnah menyokong kata-kata Amin, mereka turut menuduh Dr. Mahathir penakut, Cuma berani kerana ada pengawal peribadi sahaja. Mereka juga menuduh Dr. Mahathir takutkan Anwar Ibrahim sebab itu beliau menabur fitnah dan menangkapnya. Menurut mereka lagi, jika benar Anwar terlibat dengan liwat atau khalwat, mengapa beliau tak dibicarakan di mahkamah syariah. Untuk menuduh seseorang itu berzina atau meliwat dalam mahkamah syariah perlukan sekurang-kurangnya 4 orang saksi. Oleh kerana Dr. Mahathir tidak mempunyai saksi, beliau telah menggunakan wang untuk merasuah mahkamah.

Page 20: kronologi maunah

Setelah merasakan dirinya mendapat sokongan yang kuat dari pengikut-pengikutnya, Amin bertanya sekali lagi  :   “Apa salah kami?”

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Kalau nak bagi tau salah ustadz dan anak buah ustadz, memang banyak. Tindakan ustadz macam ni, telah memburukkan nama pejuang Islam. Merata-rata nanti orang akan mengatakan orang Islam tu penceroboh, pengganas, rampas senjata orang, duduk kebun dan kampung laman orang, lepas tu bughan tembak merata-rata, zalim… ganas. Sedangkan dalam alQur-an, kita disuruh menyeru ke jalan Tuhan dengan bijaksana dan contoh tauladan yang baik, berbincang dengan baik, macam kataNya : `Ud`u ilaa sabiili Robbika bil hhikmah, wal mau`izatil hhasanah’ (anNahli : 125) Tentu ustadz tahu apa maksud  `hikmah’ dan `mau`izatul hasanah’kan?”.

 

Amin   :   Sekali lagi memandang kepada Bokhari dan Che` Sabri seolah-olah meminta mereka berdua tolong jawabkan soalan C/Insp. Abd. Razak tadi, tapi tak mendapat respons dari mereka, lalu beliau berdalih   :   “Mmmm… mana nasi tadi, dah masak dah?, bawa sini, kita jamu Pak Seikh kita ni”.

 

C/Insp. Abd. Razak  :   “Salah ustadz yang ke2, selain memburukkan nama pejuang Islam, ustadz dan ananak buah ustadz juga telah memburukkan nama pesilat. Orang ramai akan menganggap semua pesilat tu gopoh, terburu nafsu dan tidak bijak dalam mengatur langkah. Kan dalam alQur-an Tuhan ada kata: `Wa a`idduu lahum mastatdto’tum min quwwah’ ; Dan kumpulkanlah kekuatan sekuasa-kuasa kamu… (alAnfal  :  60). Ustadz tak punya `syaukah’, taktik, perancangan… tindakan ustadz membabi buta, langkah ustadz sumbang. Ke3nya : tindakan ustadz dah mendedahkan kelemahan negara kita pada negara-negara asing, terutamanya musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Ini akan menarik perhatian mereka untuk menyerang dan menjajah negara kita. Bila kita dijajah nanti, ustadz jangan harap kita boleh sembahyang berjamaah, berpuasa dan beramal macamana kita boleh beramal sekarang. Nabi pun pernah bersabda : `hubbul watdton minal iimaan’, cintakan negara adalah (sebahagian) dari iman. Kesalahan lain, ustadz dah buat, ialah ustadz dah huru-harakan kampung ni. Orang kampung ni berada dalam ketakutan, ustadz balun tembak merata-rata, siang, malam, tak kira orang sakit, demam ke, bubudak nak tidor, orang tua nak berihat ke… apa salah, apa dosa depa?. Lepas tu ustadz ceroboh kebun depa, sampai depa tak dapat nak menoreh, cari hasil dusun, hasil tanaman pokok kayu, nak bagi makan anak-bini depa… apa salah depa?. Tuhan kata : `Wattaqu fitnatanl- laa tushsiibannallaziina dzolamu minkum khooshsoh’ ; Ertinya : takutlah kamu dari fitnah/bala yang kamu timbulkan menimpa bukan khusus kepada orang yang zalim saja (alAnfal : 25), lebihkurang macam tula maksud dia. Menurut qaedah fiqah : `al-ghoayah la tubarrirul wasilah’, matlamat tak menghalalkan cara”. Rashidi kemudiannya datang menjinjing 3-4 biji durian, mengupasnya dan memakannya dengan lahap bersama 2-3 orang ahli alMaunnah di sebelah kanan C/Insp. Abd. Razak berhampiran Pajero. Melihat keadaan mereka itu, beliau meneruskan leterannya lagi  :  “Ni…ha!, dok melantak kedaghah buah dughian orang ni, mintak kebenaran sapa?.  Haram makan hak milik orang tanpa kebenaran!... ha!, tak salah lagi?”.

 

Page 21: kronologi maunah

Amin   :   “Ni yang kami makan ni adalah dari bahagian tuan kebun yang tak keluarkan zakat, kami ambil la”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Macamana ustadz tau tuan kebun ni tak keluarkan zakat?. Ustadz dah buruk sangka dengan tuan kebun ni.  `Su`uz-dzon’ ni salah satu dari sifat-sifat `Mazmumah’. Kalau kita ada satu je sifat `Mazmumah’ dalam diri kita, jangan harap kita akan mencapai maqam yang tinggi dalam kerohanian atau tasauf. Satu lagi, semalam saya pergi berjamaah kat Masjid Sauk. Tapi jamaah tak dapat nak dilaksanakan kerana perintah berkurung. Ini semua angkara ustadz dan anak buah ustadz. Sapa nak tanggung dosa ni… sapa?!...sapa?!”. Meninggikan suara.

Sarkawi   :   “Sabar… sabar…, nah isap rokok dulu”. Sambil menghulurkan sekotak rokok dan membetul-betulkan batangnya agar mudah diambil.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Maaf, saya tak merokok. Ha!, ni satu lagi. Kata nak berjihad menegakkan Negara Islam. Tapi jangan kata nak kalahkan musuh, dengan hawanafsu sendiri yang ketagihkan rokok pun tak dapat nak kalahkan. Kalau saya nak hujjahkan kesalahan ustadz dan ananak buah ustadz, 3 hari 3 malam pun tak habis. Sepatutnya ustadz sebagai pemimpin satu jamaah kerohanian yang terkenal, tentu tahu yang jihad paling besar ialah jihad melawan hawanafsu. Nabi ada bersabda : `Rojie’na minal jihaadul asghar ilal jihaadul akbar’ ; kita kembali dari perang yang kecil menuju ke perang yang lebih besar. Bila para sahabat bertanya apa perang yang lebih besar tu, maka nabi jawab : `jihadun-nafs’; jihad menentang hawanafsu”.

 

Kamaruddin   :   “Tu hadith palsu tu. Dalam ceramah ustadz Hadi, ada dia baca hadith yang mengatakan jihad yang paling afdol ialah berkata yang benar kepada penguasa yang zalim”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Ya betul, saya pun pernah dengar hadith tu, tapi kita tak boleh nasakhkan terus hadith yang saya bacakan tadi. Untuk menilai hadith, kita mesti punya

ilmu dalam `mushstdtolahh hadith’. Walaupun kedua-dua hadith tu nampak bertentangan, tapi ada `taufiq’nya. Kalau nak berkata benar kepada pemerintah yang zalim pun, perlukan jiwa yang bersih. alQur-an ada kata :  `inna nafsa la-ammaarotunm bissu’ ; Adapun nafsu ammarah itu, mengajak kepada kejahatan (Yusuf : 53). Ini kalau berjihadpun; kerana nak dipuji-puji, nak menunjuk-nunjukkan keberanian, nak pikat pompuan, nakkan harta rampasan atau mengharapkan sesuatu yang selain dari keridoan Tuhan pun tak guna. Nabi ada tunjukkan orang yang berperang dengan Baginda dalam perang Uhud menentang kafir Quraisy pun mati dalam keadaan kufur. Nabi bersabda : `innamal a’maalu binniyat’ ; setiap amalan bermula dengan niat. Cuma orang yang berjiwa bersih saja punya niat yang ikhlas dalam perjuangan. Lagipun, saya rasakan hadith yang saya bacakan tadi lebih `rojih’ sebab disokong oleh matan-matan yang lain. Sheikh Toriqat saya, Kiyai Haji Ahmad Sohibulwafa Tajul `arifin dalam kitabnya `Miftahus shsudur’ ada menghimpunkan banyak 

Page 22: kronologi maunah

matan berkenaan aulanya `jihadun-nafs’ ini. Antaranya : `Qod aflahhaman zzakkaa-ha’ ; Sesungguhnya beroleh kejayaanlah orang yang membersihkan hatinya (as-Syams : 9).  `Qod aflahhaman tazzakka’ ; Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya(alA’la : 14).  `Wa ammaa man khoafa maqoama Robbihi, wa nahannafsa `anil hawaa’ ; Barangsiapa yang takutkan maqam Tuhannya, hendaklah ia menahan hawanafsunya (anNaazi`at : 40). ` Wa man adhollu mimmanittaba`a hawaa hu, bighairi hudanm minaLlaah’ ; Siapakah yang lebih sesat dari orang yang mengikuti hawanafsunya tanpa petunjuk dari Tuhan (alQoshsooshs : 50). Kalau hadith pula, Nabi ada bersabda : `Laisasy syadiidu bishs-shsuro`ah, innamaasy syadidullazii yamliku nafsahu `indal ghodoob’; kekuatan itu bukan diukur kerana kekuatan beradu tenaga. Tetapi diukur dari kekuatannya mengalahkan nafsunya sendiri ketika ia marah. Sebenarnya ada banyak lagi matan yang boleh memperkukuhkan hadith yang saya bacakan tadi, tapi saya tak hafalla semuanya. Dalam satu perperangan, Sayyidina Ali berlawan pedang dengan seorang pahlawan Yahudi. Bila pedang Yahudi tu dah terlucut jatuh, Sayyidina Ali pun menghayunkan pedangnya untuk menebas kepala Yahudi tu. Yahudi tu sempat meludah ke muka Sayyidina Ali. Sayyidina Ali ‘brake’ pedang dia bebetul sisi tengkok Yahudi tu, dia tak jadi tetak. Dia tinggalkan Yahudi tu dan pergi bertempur dengan orang lain dulu. Bila perang tamat, Yahudi yang ludah muka Sayyidina Ali tu datang jumpa dan tanya Sayyidina Ali, kenapa baginda tak cantas kepala dia selepas dia ludah muka Sayyidina Ali. Jawab Sayyidina Ali : Aku berperang dan membunuh kerana Allah. Bila hang ludah muka aku, niat aku dah berubah kerana marah. Aku tak mau membunuh kerana selain dari Allah. Bila Yahudi tu dengar apa yang Sayyidina Ali kata tadi, dia kagum dengan sifat orang Islam dan terus masuk Islam. Takkan ustadz tak pernah dengar cerita tu?. Sayyidina Ali adalah contoh orang yang dapat mengalahkan hawanafsunya.sebelum dia mengalahkan musuhnya yang lain. Bukan macam ustadz, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Sebab tu Sayyidina Ali seorang pahlawan yang tiada tolok bandingannya. Ustadz tau tak, samada alQur-an maupun hadith ni, ada ilmu dia. Kita tak boleh tafsir ikut suka kita. Cuma tau satu ayat je, lepas tu buat kesimpulan sendiri. Kalau nak tafsir alQur-an ni, yang pertama sekali, kita kena tau bahasa Arab, tau `asbabun nuzul’ ayat, tau kategori ayat tu `muhkamat’ ke `mutasyabihat’, maani, bayan, nasakh, mansukh. Dalam ilmu hadith pula ; kita kena tau mana hadith soheh, hadith hasan dan mana hadith dhoif. Fungsi hadith terhadap alQur-an, ada bayanut-taqrir, bayanut-tasyri’, bayanut-tafsir dan bayanun-nasakh.  Ustadz tau tak ada ayat alQur-an yang menasakhkan ayat alQur-an lain dan ada pula yang menasakhkan hadith. Ada pula hadith yang menasakhkan hadith lain dan ada yang menasakhkan ayat alQur-an pula. Ustadz tau tak apa yang saya cakap ni?”.

 

Semasa membacakan potongan-potongan matan alQur-an dan hadith itu, beberapa kali C/Insp. Abd. Razak tersasul, tetapi diperbetulkan oleh Bakhori dan beliau bersama-sama Che` Sabri mengangguk-anggukkan kepala mereka seolah-olah membenarkan hujjah-hujjah C/Insp. Abd. Razak.

 

Amin   :   “Tau, contohnya macam pengharaman arak. Ayatnya turun berperingkat-peringkat. Ayat yang kemudian meminda hukum ayat yang sebelum tu”. Memandang muka Bokhari dan Che` Sabri seolah-olah meminta mereka menyokongnya, tapi mereka masih tak memperdulikannya.

 

Page 23: kronologi maunah

C/Insp. Abd. Razak   :    “Ha!... taupun, tu la, lain kali, kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Nak berjihad ikut nafsu, semangat tinggi kemampuan kurang. Macam orang yang bercita-cita nak bawa kapal terbang. Baru berlajar sikit dah gopoh sangat nak terbang, sedangkan macamana nak mendarat pun tak berlajar lagi. Bila dah gopoh terus aja terbang… tunggu ajalah masanya nak terhempas. Baru setahun jagung berlajar, dah sibok nak cari salah orang. Salah sendiri tak nampak. Lagak ayam jantan; kokok berderai-derai, ekor penuh taik. Ustadz Hadi pun tak sokong apa yang hangpa buat ni. Kalau dah meluat sangat kat Dr. Mahathir, masuklah politik macam Pas tu. Kan lebih hikmah?”.

 

Amin    :    “Kami tak percayakan SPR, semua dah diperalatkan, semuanya penipu”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Kalau tipu, Pas tak menangla kat Kelantan dan Terengganu”.

 

Kamaruddin   :   “Pas pun tak boleh percaya!, Ketua Pemuda Pas Johor tu bapak ayam, siapapun tak tegur”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “`Alfitnatu asyaddu minal qotl’ ; fitnah tu lebih kejam dari membunuh. Tadi hangpa salahkan Dr. Mahathir sebab tuduh Anwar Ibrahim takdak saksi, ni hangpa pulak tuduh orang takdak saksi. Hangpa tak takut hukum Tuhan ke?.

`Innallaziina fatanul mu`miniina wal mu`minaati, thsumma lam yatuubuu, falahum `azaabu jahannam walahum `azaabul hariiq’ ; Dan mereka yang menabur fitnah kepada lelaki dan perempuan yang beriman, kemudiannya tidak bertaubat, bagi mereka azab neraka dan siksa yang pedih (alBuruj : 10). Kalau hangpa nak bertaubat dosa yang hangpa buat pada orang, hangpa kena pi jumpa dia sendiri minta maaf. Kalau dia tak mau maafkan hangpa, hangpa tanggungla dosa tu sampai hangpa jumpa Robbul Jalil nanti”.

 

Amin   :   “Pak Sheikh, anta memang pandai cakap pasal agama, tapi apa yang anta buat masa Dr. Mahathir menghina ulama’, menghina janggut Nabi?”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Sabda Nabi :  `Man ro-aa munkaron, falyunkirhu biyadihi, waman lam yastatdtie’, fabi lisaanihi, waman lam yastatdtie’, fabi qolbihi, wazlika adtd`aful iimaan’  ; Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengingkarinya dengan tangan. Jika dia tak mampu, ubahlah dengan lidah, jika tak mampu juga, ubahlah dengan hati. Dengan hati tu adalah tanda selemah-lemah iman”.

 

Page 24: kronologi maunah

Amin   :   “Yalah!... kami nak merubah kemungkaran dengan tanganlah ni, sebab tu kami angkat senjata”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Sebab tu saya katakan ustadz dan jamaah ustadz ni `musta’jilun’… gopoh, terburu nafsu, hingga bersikap ceroboh. Bercita-cita tinggi tapi kemampuan kurang. Sepatutnya ustadz menguji iman ustadz daripada bawah. Cuba tentang kemungkaran dengan hati dulu, kalau dah mampu, cuba dengan lisan pula. Kalau itupun dah mampu, barulah tentang kemungkaran tu dengan tangan. Kita kena ambil kira `khud`ah’; muslihat, perancangan, taktik dan `quwwah’; kekuatan – mental, fizikal, logistik… ini tak, main balun je, sisikit angkat senjata, sisikit angkat senjata. Itu je yang ustadz tau, punyalah sempit fikiran ustadz. Negara kita kan negara demokrasi. Kita bebas bercakap, memberi pendapat, menulis dan memilih pemimpin mana yang kita suka. Pilihlah cara yang bijaksana yang boleh kita laksanakan. Ikutlah kaedah `Fiqhul maqasid’; ikut keutamaan. Berjuang ikut kemampuan kita. Tuhan ada berfirman :  `Laa yukallifuLlaahu nafsan, illa wus`aha’ ; Takkan Tuhan membebankan sesuatu jiwa itu hingga mereka tak mampu (alBaqoroh : 286). Dalam satu ayat lagi Tuhan berfirman : `Walaa tulquu bi aidii kum ilat tahlukah’ ; Janganlah kamu melemparkan diri kamu ke lembah kebinasaan.(alBaqoroh : 195). Dengan perancangan ustadz yang macam ni, entah apa-apa, kubu yang tak cukup dalam, orang yang tak terlatih, senjata yang tak seberapa… titiba ustadz nak cabar Dr. Mahathir yang mempunyai kerajaan, polis dan tentera yang kuat, cukup dengan kereta kebal, kapalterbang dan jet pejuang; bukan tandingan ustadz. Kita kena buat pendekatan dan perancangan dengan lebih bijaksana”.

 

Amin   :   “Kalau perancangan kami tak betul, takkan kami dapat masuk ambil semua senjata dari dua kem tentera tu. Tengok dalam berapa hari saja, kami dah berjaya mengumpulkan kekuatan yang menggerunkan Dr. Mahathir. Kami ada beribu-ribu ahli di luar sana yang sanggup mati syahid, yang sedang menunggu-nunggu panggilan kami untuk berjihad bersama-sama. Tengoklah kubu kami, muka bumi yang kami pilih ni ikut taktik tentera. Kalau Jenderal masuk pun, dia akan kagum dengan kami. Ulama’ di negara kita ni cuma pandai cakap pasal jihad je, tapi nak pegang senapang pun tak reti. Kami bukan sekadar pandai cakap pasal jihad, tapi kami betul-betul berjihad. Oleh kerana orang Islam di negara kita tak mahu berjihad, kita akan jadi macam Chechnya dan Kosovo; umat Islam lemah, dihina, dicabul dan dibunuh. Sekarang Indonesia pun dah hampir nak jadi macam tu”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Indonesia lemah dan kacau bilau, sebab ramai penduduk dia macam ustadz… suka buat huru-hara”.

 

Amin   :   “Sheikh, anta takkan faham perjuangan kami”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Ustadz, saya pun orang perjuangan. Sayapun bercicita nak mati syahid. Apa ustadz ingat kami tak mati syahid ke kalau kami terkorban dalam menentang pengganas komunis 

Page 25: kronologi maunah

yang tak ada pegangan agama, menentang penceroboh, bughah, lanun, penjenayah dan kejahatan; demi kesejahteraan ugama, ummah dan negara. Kalau negara tak aman, kita nak sembahyang jamaah, nak puasa, belajar ugama, pendek kata nak beribadat  pun susah”.

 

Amin   :   “Pak sheikh, anta kena baca buku ni, baru anta faham perjuangan kami”. Amin kemudiannya menyuruh Rashidi mengambil buku di bawah tikar tempat tidornya di depan Pajero. Setelah mengambil buku yang bertajuk `Tentera Allah di Bumi Malaysia’ itu, Rashidi menghulurkannya kepada Amin, dan Amin menghulurkannya pula kepada C/Insp. Abd. Razak.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Menyerah ajelah ustadz, senang cerita”. Sambil membelek-belek buku yang baru diberikan kepadanya.

 

Amin   :   “Kami memang nak menyerah diri, tapi bagi saya sembahyang dulu. Sasambil tu pak sheikh bacalah buku tu dulu”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Call-sign 2, call-sign 2, this is 2B; musuh sudah bersetuju untuk menyerah diri, tapi sebelum tu, ketua dia nak sembahyang dulu, over”.

 

Pemerintah Medan   : “2B dari 2; ganti”

C/Insp Abd. Razak   : “2, 2B; send, over”.

 

Pemerintah Medan   : “2B dari 2; jangan bagi dia sembahyang dekat sana. Suruh dia sembahyang dekat sini. Sini semua ada; surau, sejadah, kain, air, ganti”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B; nah, cakap dengan ketua kumpulan depa, over”. Sambil menghulur gagang set kepada Amin :  “Nah ustadz, cakap dengan depa”.

 

Amin   :   “Call-sign diorang apa?”

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Depa call-sign 2, kita 2B”

Page 26: kronologi maunah

 

Amin   :   “2 dari 2B; rilekslah, kami bukan apa-apa, kami nak main-main aja. Kami Cuma nak praktikkan apa yang kami pelajari, ganti”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2; turunlah sembahyang kat bawah ni, sini semua ada, ganti”.

 

Amin   :   “2 dari 2B; rilekslah, bagilah kami sembahyang dulu kat sini, ganti”. Menghulurkan gagang set kepada C/Insp. Abd. Razak sambil mengomel. “Nahlah!, cakap balik dengan diorang, apala!, kita nak sembahyang dulu pun diorang tak bagi”.

 

Pemerintah Medan   :    “2B dari 2; ini arahan, jangan bagi dia sembahyang kat sana, dia tu banyak ilmu, nanti lepas sembahyang… entah-entah dia ghaib, ganti”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B; wait one…”. Sambil tersenyum kerana beliau tak percayakan fahaman karut Pemerintah Medan itu, tetapi oleh kerana sudah menjadi arahan, beliau akur. Beliau melaung memanggil Amin yang sudah berada di tepi sungai  : “Ustadz, saya rasa baik ustadz sembahyang kat sana, sana semua ada… kan alQur-an ada kata : `fastabiqul khairat’, bersegeralah menuju kebaikan!”.

 

Amin yang berada di sungai, mempelawa beberapa orang anggota tentera yang sedang menjolok-jolok buah rambutan ditepi sungai, supaya terus memanjat dan mengambil buah rambutan itu sebanyak mungkin, seolah-olah pokok rambutan itu miliknya. Salah seorang anggota tentera yang berkeliaran di situ telah tersepak `trip flare’ yang dipasang oleh anggota alMaunnah sebagai amaran awal dan keadaan menjadi kelam-kabut seketika. Bila mendengar laungan C/Insp. Abd. Razak tadi, beliau menjawab :

 

Amin   :   “Rilekslah, bagi ana sembahyang dulu, apa lah Pak Sheikh ni, orang Islam kena la pegang pada janji”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Baiklah,  saya mau ustadz juga pegang pada janji ustadz”.

 

Amin    :   “Saya orang Islam lah, sentiasa pegang pada janji”.

 

Page 27: kronologi maunah

C/Insp. Abd. Razak   :    “2, 2B; takpa bagi dia sembahyang dulu kat sini, kalau jadi apapa, biar saya yang bertanggung jawab, over”. Bercakap melalui set perhubungan, kemudian bertukar kepada walkie-talkie : “Minor, Raider; mintak 8 orang naik atas ni untuk eskot geng ni nak menyerah diri. Ambik 4 orang anggota kita dan 4 orang army, over”.

 

Pemerintah Medan    : “2B dari 2; eskot semua anggota musuh yang sudah menyerah diri turun ke bawah ni, pastikan mereka tak bersenjata dan tangan mereka di atas kepala, ganti”.

 

Ahli Kumpulan alMaunnah terdengar percakapan set perhubungan tadi dan mereka tak berpuas hati dengan syarat menyerah diri yang dikenakan kepada mereka. Menurut mereka, mereka malu diperlakukan oleh Pasukan Keselamatan seperti penjenayah sedangkan kaum keluarga mereka sedang menunggu di bawah. Mereka mendakwa mereka adalah mujahidin dan bukannya penjenayah. Ada juga ahli alMaunnah yang menyatakan kebimbangan mereka, yang mereka akan diperlakukan oleh Pasukan Keselamatan seperti insiden Memali dulu. Ada yang meminta kebenaran untuk membawa parang berkembar mereka walaupun tak dibenarkan membawa senjata lain. Riuh-rendah rungutan ahli alMaunnah menarik perhatian Amin yang kelihatan seolah-olah mempercepatkan sembahyangnya.

C/Insp. Abd. Razak    :   “Jangan bimbang,  saya janji akan mempastikan keselamatan tuan-tuan… biar nyawa saya sendiri jadi taruhan”.

 

Amin   :   Selepas terburu-buru menyelesaikan sembahyangnya, Amin bingkas bangun dan berkata : “Kami takmau menyerah!, kalau kami menyerahpun kami akan mati, macamana yang diorang buat kat Memali. Kami tak takut mati!…, tapi dari mati menyerah, lebih baik mati melawan. Kalau kami mati, kami mati syahid!… SYAHID!!!”. Memekik sekuat-kuat hati, mengepal penumbuk dan melepaskannya keatas.

Pekikan Amin itu diulang sahut oleh ramai ahli alMaunnah lain. 8 orang Pasukan Keselamatan diketuai oleh C/Insp. Hakemal yang baru sampai ke atas permatang kubu musuh itu, bersama-sama L/Kpl. Jasninata, L/Kpl. Bakar, L/Kpl. Zakuan dan 4 orang anggota tentera lagi kelihatan tercengang-cengang dengan keadaan itu. Untuk mengurangkan risiko C/Insp. Abd. Razak meminta C/Insp. Hakemal membawa mereka kembali semula ke Permatang Perlindungan Pasukan Keselamatan.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Jangan takut, saya janji saya akan mempastikan tuan-tuan selamat, percayalah… saya pertaruhkan nyawa saya sendiri demi keselamatan tuan-tuan!”. Merapati Amin

Page 28: kronologi maunah

dan bercakap dengan nada marah : “Ustadz, macamana ni … macamana janji ustadz?!… orang munafik takkan mendapat pahala syahid!”

 

Amin    :   “Kami tak mau menyerah diri, diorang nak malukan kami. Keluarga kami ada kat bawah. Diorang nak layan kami macam orang salah. Kami bukan perompak atau penyamun… kami mujahidin!”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Baiklah, saya cuba runding”. Memegang gagang set perhubungan dan bercakap :  “2, 2B; Tango malulah depan keluarga depa, kita nak layan depa macam orang salah… kena angkat tangan atas kepala. Depa pun ada maruah. Jangan jatuhkan maruah depa depan keluarga depa, over”.

Pemerintah Medan   : “2B dari 2; tunggu sebentar, ganti”

Ahli alMaunnah masih meneruskan rungutan mereka. Antara perkara-perkara yang tidak memuaskan hati mereka ialah; bila orang yang berjuang kerana Islam menyerah diri, mereka ditahan di bawah akta ISA dan dibunuh macam di Lubuk Merbau serta Memali, tetapi jika Pengganas Komunis menyerah diri; mereka dianugerahkan dengan rumah dan tanah. Menurut mereka, nasib Pejuang Islam tidak terbela.

C/Insp. Abd. Razak   :   “Saya tak boleh janji nak bagi tanah, nak bagi rumah. Tapi apa yang boleh saya janjikan pada tuan-tuan, ialah tuan-tuan keluar dari sini dengan selamat. Sebagai Mujahidin kita kena sanggup berkorban. Tuhan berfirman : ` Walanabluannakum bi syai`ienm minal khaufi wal ju’ienw wa naqshsinm-minal amwaali wal anfusi wath thsamaroat, wabasysyirishsoobiriin, allaziina izaa ashsoabat-hum mushsiibaton, qoaluu innaaliLaahi wa innaa ilaihi roaji`uun’ ; Dan Kami akan menguji kamu dengan bermacam-macam cubaan; rasa takut, rasa lapar, kehilangan harta benda, jiwa raga dan tanam-tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; mereka yang apabila ditimpakan musibah, lalu mereka berkata: sesungguhnya semua ini dari Allah dan akan kembali semula padaNya. (alBaqoroh : 155) Orang kafir dia berjuang untuk dunia, dia tak dapat akhirat. Kita kalau berjuang nakkan dunia juga, takut kita pun sama macam depa, tak dapat akhirat juga”.

 

Kamaruddin   :   “Dalam ramai-ramai ni, sayalah yang dah banyak berkorban. Dahlah saya tinggalkan anak isteri saya… kerja saya pun saya tinggalkan juga demi perjuangan. Gaji saya RM2,000 lebih”.

 

Page 29: kronologi maunah

C/Insp. Abd. Razak   :   “Orang zaman dulu lebih teruk diuji. Mereka dilontar ke parit api macam cerita `Ash-habul ukhdud’ tu, ada yang digergaji kepalanya, dilontar ke kawah air mendidih macam cerita `Aa-li `Imron’ tu. Tuan-tuan semua belum sampai tahap tu lagi. Jangan cuma pandai cakap tentang jihad saja, tapi takut menanggung risiko. Camana janji ustadz dengan saya tadi?, ustadz dah janji nak menyerah?”.

 

Amin   :   “Kami semua takmau menyerah, kami sanggup syahid!”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Syahid apa ustadz?, ustadz kata ustadz orang Islam tak mungkir janji. Ustadz dah janji nak menyerah diri, titiba ustadz mungkir janji…antara 1 dari 4 sifat orang munafik ialah mungkir janji, orang munafik takkan dapat pahala syahid ustadz!. Kalau betul ustadz alim dalam hadith, tentu ustadz ada jumpa Hadith Soheh Bukhari yang Nabi melarang kita menentang pemerintah yang walaupun zalim tapi masih mendirikan sembahyang. Takkan ustadz tak pernah tengok Dr. Mahathir sembahyang kot?. Dalam alQur-an pun ada melarang kita berbalah sesama Islam. Kalau disuruh berdamaipun ustadz takmau, darah ustadz halal dalam Islam. Nanti, ustadz bukan mati sebagai syuhada’, tapi sebagai `bughah’, penderhaka!”.

 

Amin   :   “Kami mau kami dilayan dengan baik. Kami bukan pengganas, bukan komunis, kami sekadar mau mengamalkan ilmu kami… kami mujahidin!”.

.

C/Insp. Abd. Razak   :   “Kalau macam tu, apa ustadz nak takut, ustadz patut rasa bangga”.

 

Amin   :   “Diorang tak faham, diorang bukan macam Pak Sheikh. Diorang tau nak bunuh kami aje macam kat Memali tu… patut diorang naik atas ni, tengok camana kami buat latihan”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Saya kan ada, saya akan bersama-sama ustadz. Saya akan jadi jaminan… kalau ustadz mati, saya mati. Tuhan kata :`fastabaqul khairat’ ; bersegeralah menuju kebaikan. Tak baik ustadz melambat-lambatkan perdamaian ni ustadz, berdosa”.

 

Pemerintah Medan   : “2B dari 2; mereka boleh turun menyerah diri dengan tangan di bawah… tapi tak mau bawa senjata, ganti”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “2, 2B; wait one… saya ada cadangan lain, over”.  Meletakkan gagang dan berpaling kepada Amin :   “Sekarang camana ni Ustadz?”.

Page 30: kronologi maunah

 

Amin   :   “Kami akan menyerah diri cara berperingkat-peringkat… 5-5 orang, ana akan turun last”.

 

C/Insp. Abd. Razak   : Mencongak-congak cadangan Amin dengan jumlah anggotanya, kemudian beliau berkata :    “Macamni lah ustadz, saya cadangkan supaya saya panggil semua call-sign naik ke sini. Biar depa tengok macama tempat ustadz buat latihan ni. Depa tentu kagum dengan kebijaksanaan ustadz dalam bidang perang. Ustadz jangan bimbang, saya jamin keselamatan ustadz dan ananak buah ustadz. Jika ustadz dan ananak buah ustadz mati… sayapun mati jugak. Biar kita sasama mati kat sini”.

 

Amin   :   “Kami tak takut mati… kalau kami mati, kami mati syahid!”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “InsyaAllah, saya takkan biarkan tuan-tuan mati dalam perjuangan tuan-tuan yang sia-sia ni. Nanti, dalam medan jihad yang sebenar, nanti… tuan-tuan akan tengok sayalah orang yang pertama yang menyahutnya. Masa tu, kalau tuan-tuan nak, bolehlah kita berjihad sama-sama…”.Mengambil gagang set dan berhubung : “Semua call-sign this is 2B; semua call-sign boleh masuk ke lokasi kami, musuh telah meletakkan senjata… masuk cara aman, musuh telah meletakkan senjata, masuk cara aman, musuh telah meletakkan senjata, masuk cara aman...”

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2; tunggu sebentar, ganti”.

 

Amin  :   “Jangan ingat perjuangan kami berakhir di sini saja. Di luar sana beribu-ribu mujahidin sedang menunggu-nunggu arahan untuk meneruskan perjuangan kami. Kami mempunyai rangkaian ahli yang ramai bukan saja di Malaysia, bahkan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Jordan, Mesir dan banyak lagi”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Tak memadai ustadz. Tak memadai dengan jumlah ahli yang ramai saja. Ustadz masih kurang satu senjata yang paling ampuh”.

 

Amin   :   “Apa dia?”.

 

C/Insp Abd. Razak   :   “Ilmu…, Nabi kata : kalau kamu hendakkan dunia, kamu kena menggunakan ilmu. Kalau kamu hendakkan akhirat, kamu kena menggunakan ilmu, kalau kamu hendakkan kedua-duanya juga, kamu kena menggunakan ilmu juga. Ustadz kena banyak belajar lagi. Kalau kail panjang 

Page 31: kronologi maunah

sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Kalau ustadz ada ilmu, insyaAllah ustadz takkan tenggelam. Jamaah Ikhwanul Muslimun boleh tersebar luas seluruh dunia fikrahnya, dan maintain hingga sekarang, adalah kerana pemimpinnya berilmu tinggi dan mereka tak terburu nafsu macam ustadz”.

 

Pemerintah Medan   :   “2B dari 2; kami akan masuk kesana dengan 4 buah Condor”.

C/insp. Abd. Razak   :   “Eh… yang belakang tu jangan lagi!, yang belakang tu jangan lagi!, yang belakang tu bahaya, nanti depa panic, over”.

Pemerintah Medan   : “2B dari 2, apa boleh buat, ini arahan, ganti”.

Selang beberapa minit kemudian, terdengar bunyi 4 buah Condor yang diarahkan semakin menghampiri kawasan musuh. Deruman kuat enjin ke4-4 kenderaan yang berusia itu menggerunkan ahli alMaunnah, mereka berebut-rebut mengambil balik senjata yang telah mereka letak dan kumpulkan sebagai usaha terakhir mereka mempertahankan diri. Melihatkan keadaan ini, C/Insp. Abd. Razak berlari-lari ke sana-sini, cuba menahan, menolak dan menarik ahli alMaunnah supaya tidak berbuat demikian. C/Insp. Abd. Razak memekik-mekik sekuat hatinya : “Jangan lawan!... jangan lawan!... jangan lawan!”. Beberapa orang ahli alMaunnah merintih ketakutan berkata : “Mereka akan bunuh kami!..., mereka akan bunuh kami!..., peristiwa Memali akan berulang lagi!”. Amin berdiri longlai, tangannya longlai memeluk senjata M-16 yang dipasangkan grenade launcher M203 bertali sandang(sling). Badannya dipusingkan ke kiri dan kanan dan matanya merenung jauh.

 

Kereta perisai tentera itu berhenti sebaris, kereta yang paling hampir lebih kurang 50m dari tempat perbincangan meletak senjata yang dibuat antara C/Insp. Abd. Razak dan ahli alMaunnah. Sebaik sahaja kenderaan berkenaan berhenti, terdengar bunyi kuat `ramp’nya terbuka, diikuti dengan lebih dari 40 orang trooper berpakaian lengkap Kumpulan Penggempur serba hitam melompat turun tangkas menyerbu arah ahli-ahli alMaunnah. Melihatkan hal ini, C/Insp. Abd. Razak berlari-lari kearah mereka dan memekik : “Masuk cara aman!... masuk cara aman!... masuk cara aman!".

 

Sedang beliau terhambat-hambat ke sana dan ke sini cuba membetulkan keadaan, tiba-tiba-tiba Lt. Gen. Dato’ Zaini datang menyentap senjatanya dengan satu herdikan :  “Bagi balik senjata tu!”. C/Insp. Abd. Razak merentap semula dan menengking : “Ini senjata saya!”. Tarik menarik senjata berlaku antara mereka berdua hingga kemudiannya Dato’ Zaini bertanya:

 

Page 32: kronologi maunah

Dato’ Zaini   :   “Awak sapa?”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Saya polis… tu!, Tanya komander saya”. Sambil menuding kepada SAC II Hadi, Komander Briged Utara PPH.

 

SAC II Hadi   :   “He’s my man”.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   Menghampiri SAC II Hadi dan melaporkan keadaan : “Tuan, depa semua dahpun menyerah diri, that’s their leader. They address him as ustadz… ustadz Amin. But careful tuan… he’s mentally unstable”.

 

SAC II Hadi   :   “Orang gila ke, aku ingat tok alim… mana satu Jasmin, mana Jasmin”. Bertanya-tanyakan beberapa orang ahli alMaunnah berhampiran Amin.

Sepanjang proses perundingan berjalan antara C/Insp. Abd. Razak dan ahli alMaunnah, Jasmin berada di belakang Amin mengadap kepada C/Insp. Abd. Razak. Dia bersifat mesra, senantiasa tersenyum dan tak pernah menentang cakap C/Insp. Abd. Razak.

C/Insp. Hakemal   :   “Raider, Minor; Mofaz suruh withdraw sekarang, over”. Melalui walkie-talkie.

 

C/Insp. Abd. Razak   :   “Minor, saya akan withdraw bersama-sama depa nanti, over”.

Beliau berhasrat untuk mententeramkan Amin, kerana menurut firasatnya Amin sudah kerasukan disebabkan jiwanya kosong apabila cita-cita tingginya terus jatuh terhempas.

 

C/Insp. A. Rahim   : “Raider, Cindai; Mofaz arahkan keluar dari kawasan tu sekarang juga!, over”.Nada C/Insp. A. Rahim lebih mendesak, ditekankan pada perkataan `arahkan’.

 

C/Insp. Hakemal   :   “Raider, Minor; withdraw sekarang ikut jalan masuk tadi, over”.

Desakan Pegawai Pemerintah unitnya untuk keluar dari kawasan itu segera, membantutkan hasrat C/Insp. Abd. Razak untuk me`neutral’kan Amin. Beliau pergi berjumpa Komander Briged

Page 33: kronologi maunah

Utara melaporkan arahan yang baru diterima dari Pegawai Pemerintahnya.SAC II Hadi sekadar menjawab : “OK, OK…”.

 

Dengan berat hati, C/Insp. Abd. Razak beredar dari situ, dia sempat melirik kearah Amin yang berdiri longlai, menggayut tali sandang senjata. Senjatanya berkeadaan terbalik, pistol grip dan kelopak mengadap ke atas, dalam keadaan tak bermaya, berpusing ke kiri dan kanan. C/Insp. Abd. Razak mengumpul semula semua anggota di bawah arahannya di permatang perlindungan Pasukan Keselamatan. Setelah menunggu L/Kpl. Dihanan dan L/Kpl. Zakuan balik dari mengambil semula set perhubungan yang dipasang di permatang musuh sebelum ini tiba, mereka terus beredar keluar dari situ mengikut jalan mereka masuk pagi itu.

Tak sampai 150m mereka beredar keluar dari kawasan operasi, tiba-tiba meletus bunyi tembakan. C/Insp. Abd. Razak menjeritkan perkataan : “Down!... take cover!”, yang diulang sahut oleh semua anggotanya yang lain. Kemudian terdengar satu letusan bunyi tembakan lagi. C/Insp. Abd. Razak meninjau-ninjau arah kubu musuh yang kelihatan kelam-kabut. Terdengar laungan : “medic!... medic!... medic!”; bersahut-sahutan. Beliau kemudiannya mengarahkan L/Kpl. Malik memasang set perhubungan dan bertanya kepada Kumpulan Penggempur di kubu musuh; samada mereka memerlukan bantuan atau tidak. Setelah menerima jawapan dari Kumpulan Penggempur mengatakan keadaan terkawal dan mereka tak perlukan sebarang bantuan, C/Insp. Abd. Razak kemudiannya mengarahkan pasukannya meneruskan perjalanan mereka ke `road head’.

 

 

SP.VAT69.UK

  

Nota   :   Dalam kertas yang disediakan ini, penulis cuba merakamkan semua fakta perundingan yang mengambil masa lebih dua jam itu. Fakta yang tidak jelas dan berulang-ulang tidak dimasukkan penulis kerana difikirkan tidak perlu.

                      Dalam menggunakan matan alQur-an ketika berhujjah, C/Insp. Abd. Razak cuma membacakan ayat-ayatnya sahaja tanpa menyebut surah dan bilangan ayat. Surah dan bilangan ayat ditulis dalam Dialog dan Ringkasan ini adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan pembaca kerana penulis berpendapat ayat alQur-an tidak sesuai ditulis dengan huruf rumi.

 

SP.VAT69.UK.

                    

A - Tempat perlindungan pasukan keselamatan

Page 34: kronologi maunah

B - Tempat di mana C/Insp Abdul Razak mula berjumpa Zahit

C - Tempat perundingan perletakan senjata dengan Ketua Kumpulan Al-Maunnah (Amin Bin Ghazali)

D - Jaafar berada dikawal oleh 3 orang anggota alMaunnah

E - Md Shah berada dikawal oleh 2 orang

F – Pondok menyimpan bekalan makan

Pajero menyerupai kenderaan tentera

Serangan Kumpulan penggempur

Regimen Gerak Khas ATM