krm 3023 asas ukuran tugasan 2

10
1 KRM 3023 ASAS UKURAN KERK LEY TING (D20102045927) NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah KRM3023 ASAS UKURAN TUGASAN 2 KUMPULAN Group UPSI 20 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON KERK LEY TING D20102045927 0177637527 NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah TARIKH SERAH: 27 / 10 / 2012 TUGASAN 2: (Individu) a. Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Di samping itu, kenal pasti kesukaran yang biasa dihadapi oleh murid dalam unit pengajaran yang telah dipilih. Bagi setiap kesukaran, bincangkan cara untuk mengatasi. b. Buat satu rakaman video yang memberi penerangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dalam (a).

Upload: halin-othman-mjc

Post on 15-Feb-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UPSI

TRANSCRIPT

Page 1: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

1

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

KRM3023 ASAS UKURAN

TUGASAN 2

KUMPULAN

Group UPSI 20 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

KERK LEY TING D20102045927 0177637527

NAMA TUTOR E-LEARNING:

Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

TARIKH SERAH: 27 / 10 / 2012

TUGASAN 2: (Individu)

a. Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri,

rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada

bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis

dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah

menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya

bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja

yang bersesuaian.

Di samping itu, kenal pasti kesukaran yang biasa dihadapi oleh murid dalam unit

pengajaran yang telah dipilih. Bagi setiap kesukaran, bincangkan cara untuk

mengatasi.

b. Buat satu rakaman video yang memberi penerangan pengajaran dan

pembelajaran yang telah dirancang dalam (a).

Page 2: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

2

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

Isi kandungan Muka surat

a. Pengenalan 3

b. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaram 3-4

c. Miskonsepsi 5

d. Penutup 6

e. Rujukan 7-10

Page 3: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

3

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

a. Pengenalan

Unit pengajaran yang saya pilih ialah Timbangan Berat. Timbangan berat

merupakan satu nilai. Dalam matematik kita dapat mengaitkan nilai timbangan

berat untuk sedikit sebanyak menggambar ketepatan dan perincian dalam

timbangan tanpa mengira unit timbangan digunakan. Timbangan berat boleh

dapat melalui proses membanding, memperkayakan perbendaharaan kata

pelajaran mengenai timbangan berat dengan menggunakan alatan untuk

menimbang dan membaca alatan ini.

Penambahan dimulakan dengan unit yang sama iaitu gram dengan gram

atau kilogram dengan kilogram.

Dalam jangka masa satu jam ini, saya akan mengajar mata pelajaran

Matematik bagi tahun 4. Bilangan murid yang terdapat dalam kelas ialah 34

orang. Bidang yang saya akan ajar ialah Timbangan Berat. Tajuknya 7.3

Penambahan timbangan berat (kilogram). Hasil pembelajaran yang akhir ialah

murid berupaya untuk melaksanakan pengiraan tambah dua timbangan berat

dalam unit kilogram yang melibatkan satu tempat perpuluhan

b. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam set induksi, saya menunjuk dua gambar (2kg epal dan 4kg epal)

sambil menanya soalan kepada murid-murid (berapakah jumlah kilogram dua

epal ini?), apabila murid-murid dapat menjawab soalan, saya terus

memberitahu tajuk pelajaran hari ini kepada murid-murid, iaitu Penambahan

timbangan berat (kilogram).

Page 4: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

4

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

Langkah pertama, saya akan menerangkan apa itu operasi penambahan

dua timbangan berat dalam unit kilogram yang melibatkan satu tempat

perpuluhan.

Langkah kedua, saya terus menunjukkan beberapa contoh operasi

penambahan di atas “SMART Board” sambil mengajar murid cara pengiraan.

Seterusnya, saya akan mempamerkan beberapa soalan penambahan dua

timbangan berat di “SMART Board” dan meminta murid-murid menjawab

soalan di atas “SMART Board”. Semasa murid sedang menjawab soalan, saya

menerap nilai murni seperti berani cuba, kesunggunhan dan sifat tidak putus

asa supaya murid-murid lebih berkeyakinan diri. Apabila murid tidak dapat

menjawab soalan, saya akan memberi bimbingan sambil tunjukkan cara

menjawab.

Dalam langkah ketiga, saya membahagikan murid-murid kepada beberapa

kumpulan. Seterusnya, saya akan mengedarkan pen maker dan kertas

mahjong, maka saya akan tunjukkan soalan di atas “SMART Board” kepada

setiap kumpulan. Seterusnya saya terus meminta murid-murid membuat

pengiraan dalam kumpulan, maka saya akan mengingatkan murid-murid agar

tidak lupa menulis simbol g atau kg (kilogram). Semasa murid-murid sedang

menjalankan aktiviti kumpulan, saya menerap sikap keusahawanan iaitu

mengaitkan penambahan dalam aktiviti perniagaan. Selepas murid-murid

menyiapkan latihan, saya akan minta murid-murid menampal kertas latihan di

atas papan hitam. Dengan itu, saya akan membuat perbincagan jawapan

bersama dengan murid-murid sambil menanda soalan dalam kertas mahjong.

Page 5: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

5

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

c. Miskonsepsi

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertajuk Penambahan Timbagan

Berat (kilogram) ini, saya mendapati ada sebahagian murid mempunyai

miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah artimetik atau digit yang selalu

disusun secara menegak dan bermula dari kanan. Apabila murid-murid

diberikan masalah seperti 1.2kg + 3kg, mereka biasa menghadapi kesukaran

menyusun nombor dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi

jawapan yang salah seperti 1.5kg.

Selain itu, murid-murid sering tidak mengetahui nilai tempat kepada

sesuatu nombor bulat. Sebagai contoh 3kg +12kg, murid-murid biasa tidak

mengetahui nlai tempat bagi setiap nombor yang diberi, mereka ini biasa

meletakkan nombor bulat nilai tempat sa ke nilai tempat puluh, maka memberi

jawapan yang salah iaitu 42kg.

Tambahan pula, ada sebahagian murid juga menghadapi masalah

meletakkan titik perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat, apabila suatu

nombor itu ditulis tanpa titik perpuluhan, tetapi sebenarnya terdapat tititk

perpuluhan bagi sebarang nombor bulat itu. Sebagai contoh 4kg +5.4kg,

murid-murid sentiasa menjalankan pengiraan tambah dengan tanpa menulis

titik perpuluhan kepada nombor 4kg, oleh itu murid-murid biasa memberi

jawapan yang salah seperti 5.9kg.

Page 6: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

6

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

d. Penutup

Bagi bahagian penutup, saya akan mengedarkan lembaran kerja kepada

murid-murid. Semasa murid-murid menjawab lembaran kerja, saya akan

memberi bimbingan sambil membuat pentaksiran kefahaman murid-murid.

Untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid-murid, saya akan

menggunakan garis nombor untuk menunjukkan beza antara integer dan nilai

perpuluhan. Semasa membuat latihan, saya akan sentiasa meminta

murid-murid meletakkan titik perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat.

Sebagai contoh, kepada nombor-nombor seperti 3.5kg, 12kg, 1kg, 4.1kg, 6kg

dan 23kg, saya akan galakkan murid-murid menulis dalam bentuk 3.5kg,

12.0kg, 1.0kg, 4.1kg, 6.0kg dan 23.0kg. Tambahan pula, saya akan sentiasa

mengingat murid-murid bahawa, walaupun suatu nombor ditulis tanpa titik

perpuluhan tetapi sebenarnya terdapat titik perpuluhan bagi sebarang nombor

bulat.

Page 7: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

7

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

e. Rujukan

1. Billstein, R, Libeskind, S.& Lott J.W. (1990). A problem Solving

Approach to Mathematics for Elementary School Teachers, Fourth

Edition. USA: Addison Wesley Longman.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) Modul Pengajaran dan

Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi. Kuala Lumpur.

Bahagian Pembangunan Kurikulum.

3. Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2011).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun 4 Sekolah

Kebangsaan Buku Teks, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean & Rabiyah Fakir Mohd. (2011).

Integrated Curriculum for Primary Schools Mathematics Year 4

Teacher’s Handbook, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1988 ) Pengajaran pembelajaran

matematik : Nombor Bulat. Kuala Lumpur. DBP.

6. Lim, C. S.,Fatimah, S & Munirah, G., (2003). Alat bantu mengajar

matematik. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Page 8: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

8

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

Gambar set induksi:

2kg

4kg

Page 9: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

9

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

Lembaran kerja Kumpulan:

1. 6.5kg + 7kg =

5. 6.3kg + 9kg =

2. 4kg + 9.7kg =

6. 19kg + 4.3kg =

3. 71kg + 1.3kg =

7. 3.5kg + 12kg =

4. 3.7kg + 6kg =

8. 3kg + 5.9kg =

Page 10: Krm 3023 Asas Ukuran Tugasan 2

10

KRM 3023 ASAS UKURAN

KERK LEY TING (D20102045927)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Yang Mulia Raja Lailatul Zuraida binti Raja Maamor Shah

Lembaran kerja:

Nama:___________________ Kelas: __________ Tarikh:__________

1. 4.5kg + 7kg =

5. 6kg + 3.9kg =

2. 41kg + 6.7kg =

6. 9kg + 23kg =

3. 7kg + 13kg =

7. 3kg + 12.4kg =

4. 17kg + 4.6kg =

8. 2.3kg + 4kg =