srf 3023 tugasan 2

1
Bateri merupakan salah satu keperluan yang boleh dikatakan sangat penting penggunaannya dalam kehidupan seharian. Pelbagai jenis dan jenama bateria yang dijual di kedai. Antara jenama bateri yang paling popular dijual di pasaran ialah Energizer , Panasonic dan Everaday. Harga bagi ketiga-tiga jenama ini adalah berbeza-beza . Pada kebiasannya penetapan harga sesuatu bateri itu berdasarkan tahap ketahanan dan ekonomikal bateri tersebut. Semakin tahan lama bateri tersebut semakin mahal harganya. Dalam kajian ini , pengkaji akan membuat satu ujikaji terhadap 3 jenis bateri 2A yang berlainan jenama. Bateri tersebut akan digunakan untuk menghidupkan sebuah litar yang mengandungi sebiji mentol . Mentol akan dibiarkan bernyala sehingga bateri yang digunakan kehabisan cas. Dalam kajian ini bateri yang digunakan ialah Energizer , Panasonic dan Everaday. Kaedah pemerhatian akan dijalanlan semasa ujikaji itu dijalankan. Tujuan utama ujikaji ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana ketahanan bateri itu boleh digunakan dan untuk memilih bateri yang paling ekonomikal. Selain daripada itu , ujikaji ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah tanggapan orang ramai benar atau tidak bahawa harga yang mahal mempunyai ketahanan yang lama dan begitu juga sebaliknya. Daripada apa yang diperolehi daripada keputusan ujikaji dan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji , dapatlah disimpulkan bahawa bateri yang mempunyai jenama dan harga yang mahal mempunyai ketahanan yang lama dan ekonomikal berbanding jenama-jenama yang lain. Daripada kajian tersebut , bateri jenama Energizer adalah yang ekonomikal dan tahan lama berbanding dua jenis bateri iaitu Panasonic dan Everaday. Walalau bagaimanapun , pengguna boleh juga menggunakan bateri jenama Everaday dan Panasonic ini kerana ianya juga mempunyai kualiti dan ketahanan yang baik berbanding bateri-bateri lain yang ada dijual di kedai. Oleh yang demikian pengguna perlu berfikir dengan bijak semasa membeli sesuatu barangan , gunalah barangan yang mempunyai kualiti yang tahan lama walaupun harganya mahal kerana ianya sangat ekonomikal dan jangan hanya memilih barang yang murah yang mempunyai kualiti yang kurang baik dan ini akan menyebabkan pembaziran wang. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana ketahanan dan ekonomikalnya bateri 2A yang menjadi sampel dalam kajian ini . Tiga jenis bateri yang mempunyai saiz dan volt tetapi berlainan jenama dan harga digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel tersebut dibuat secara persampelan mudah iaitu 3 jenis bateri dipilih berdasarkan harga yang mahal (Energizer) , sederhana ( Panasonic) dan murah (Eveready). Dalam pelaksanaan kajian , tiga litar mentol ringkas digunakan untuk menguji bateri tersebut. Mentol dibiarkan hidup sehingga bateri kehabisan cas. Semasa ujikaji dijalankan , permerhatian dijalankan selang beberapa jam untuk mengenalpasti perubahan yang berlaku ke atas bateri- bateri tersebut. Daripada hasil kajian yang diperolehi , didapati bateri jenis Energizer adalah yang paling tahan lama dan ekonomikal diikuti dengan Panasonic dan terakhir adalah Eveready REKA BENTUK KAJIAN Kajian kualititif - Bentuk Analisisi Dokumen 3 jenis bateri akan dianalisis dengan cara menguji ketahanan 3 bateri tersebut menggunakan litar mentol ringkas SAMPEL KAJIAN Persampelan Mudah 3 jenis bateri 2A dipilih berdasarkan harga. Pengkaji memilih bateri yang harga mahal ( Energizer ) , sederhana ( Panasonic ) dan murah ( Eveready ) PROSEDUR MENGANALISIS DATA Maklumat yang diperolehi akan diambil dan diterjemahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual tersebut terdapat perkara seperti jenama bateri , harga dan ketahanan bateri PROSES PENGUMPULAN DATA Bateri diuji dengan menggunakan litar mentol. Pemerhatian berterusan dilakukan untuk mengenalpasti mentol yang mana dahulu mati dan lama bernyala. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk :- 1. Mengenalpasti jenis bateri yang paling tahan lama dan ekonomikal antara 3 jenis bateri yang diuji. 2. Mengenalpasti adakah tahap ketahanan bateri mempunyai hubungan dengan jenama dan harga . Hasil ujikaji yang dilakukan terhadap tiga jenis bateri pada litar mentol yang dinyalakan secara berterusan , pada pemerhatian 1 dan 2 didapati ketiga-tiga bateri itu masih dalam keadaan yang cerah. Tetapi dalam pemerhatian 3 didapati mentol Eveready kelihatan pudar , mentol Panasonic mula pudar tetapi mentol Energizer masih dalam keadaan cerah. Pada pemerhatian 4 , didapati bahawa mentol Eveready sudah tidak bernyala , mentol Panasonic pudar dan mentol Energizer kelihatan mula pudar. Pada pemerhatian yang terakhir , didapati hanya mentol Energizer sahaja yang masih bernyala tetapi dalam keadaan pudar manakala mentol Panasonic dan Eveready tidak bernyaka. Daripada pemerhatian yang diperolehi , dapatlah diputuskan bahawa bateri Energizer adalah yang tahan lama diikuti oleh Panasonic dan terakhir Eveready. NAMA : ZAIDIMAN BIN RUSLI GROUP : UPSI 03 NO MATRIK : D20112054763 PENSYARAH : EN AHMAD KAMAL B ARIFFIN

Upload: wakdee

Post on 13-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: SRF 3023 Tugasan 2

Bateri merupakan salah satu keperluan yang boleh

dikatakan sangat penting penggunaannya dalam kehidupan

seharian. Pelbagai jenis dan jenama bateria yang dijual di kedai.

Antara jenama bateri yang paling popular dijual di pasaran ialah

Energizer , Panasonic dan Everaday. Harga bagi ketiga-tiga

jenama ini adalah berbeza-beza . Pada kebiasannya penetapan

harga sesuatu bateri itu berdasarkan tahap ketahanan dan

ekonomikal bateri tersebut. Semakin tahan lama bateri tersebut

semakin mahal harganya.

Dalam kajian ini , pengkaji akan membuat satu ujikaji

terhadap 3 jenis bateri 2A yang berlainan jenama. Bateri tersebut

akan digunakan untuk menghidupkan sebuah litar yang

mengandungi sebiji mentol . Mentol akan dibiarkan bernyala

sehingga bateri yang digunakan kehabisan cas. Dalam kajian ini

bateri yang digunakan ialah Energizer , Panasonic dan Everaday.

Kaedah pemerhatian akan dijalanlan semasa ujikaji itu dijalankan.

Tujuan utama ujikaji ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti

sejauh mana ketahanan bateri itu boleh digunakan dan untuk

memilih bateri yang paling ekonomikal. Selain daripada itu , ujikaji

ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah tanggapan orang

ramai benar atau tidak bahawa harga yang mahal mempunyai ketahanan yang lama dan begitu juga sebaliknya.

Daripada apa yang diperolehi daripada keputusan ujikaji

dan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji , dapatlah

disimpulkan bahawa bateri yang mempunyai jenama dan harga

yang mahal mempunyai ketahanan yang lama dan ekonomikal

berbanding jenama-jenama yang lain. Daripada kajian tersebut ,

bateri jenama Energizer adalah yang ekonomikal dan tahan lama

berbanding dua jenis bateri iaitu Panasonic dan Everaday. Walalau

bagaimanapun , pengguna boleh juga menggunakan bateri

jenama Everaday dan Panasonic ini kerana ianya juga mempunyai

kualiti dan ketahanan yang baik berbanding bateri-bateri lain yang

ada dijual di kedai.

Oleh yang demikian pengguna perlu berfikir dengan bijak

semasa membeli sesuatu barangan , gunalah barangan yang

mempunyai kualiti yang tahan lama walaupun harganya mahal

kerana ianya sangat ekonomikal dan jangan hanya memilih barang

yang murah yang mempunyai kualiti yang kurang baik dan ini akan

menyebabkan pembaziran wang.

Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana

ketahanan dan ekonomikalnya bateri 2A yang menjadi sampel

dalam kajian ini . Tiga jenis bateri yang mempunyai saiz dan volt

tetapi berlainan jenama dan harga digunakan dalam kajian ini.

Pemilihan sampel tersebut dibuat secara persampelan mudah iaitu

3 jenis bateri dipilih berdasarkan harga yang mahal (Energizer) ,

sederhana ( Panasonic) dan murah (Eveready). Dalam pelaksanaan

kajian , tiga litar mentol ringkas digunakan untuk menguji bateri

tersebut. Mentol dibiarkan hidup sehingga bateri kehabisan cas.

Semasa ujikaji dijalankan , permerhatian dijalankan selang beberapa

jam untuk mengenalpasti perubahan yang berlaku ke atas bateri-

bateri tersebut.

Daripada hasil kajian yang diperolehi , didapati bateri jenis

Energizer adalah yang paling tahan lama dan ekonomikal diikuti

dengan Panasonic dan terakhir adalah Eveready

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian kualititif - Bentuk Analisisi Dokumen 3 jenis bateri akan dianalisis dengan cara menguji ketahanan 3

bateri tersebut menggunakan litar mentol ringkas

SAMPEL KAJIAN

Persampelan Mudah – 3 jenis bateri 2A dipilih berdasarkan harga.

Pengkaji memilih bateri yang harga mahal ( Energizer ) , sederhana

( Panasonic ) dan murah ( Eveready )

PROSEDUR MENGANALISIS DATA

Maklumat yang diperolehi akan diambil dan diterjemahkan dalam

bentuk jadual. Dalam jadual tersebut terdapat perkara seperti

jenama bateri , harga dan ketahanan bateri

PROSES PENGUMPULAN DATA

Bateri diuji dengan menggunakan litar mentol. Pemerhatian

berterusan dilakukan untuk mengenalpasti mentol yang mana

dahulu mati dan lama bernyala.

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk :-

1. Mengenalpasti jenis bateri yang paling tahan lama dan

ekonomikal antara 3 jenis bateri yang diuji.

2. Mengenalpasti adakah tahap ketahanan bateri mempunyai

hubungan dengan jenama dan harga .

Hasil ujikaji yang dilakukan terhadap tiga jenis bateri pada litar

mentol yang dinyalakan secara berterusan , pada pemerhatian 1

dan 2 didapati ketiga-tiga bateri itu masih dalam keadaan yang

cerah. Tetapi dalam pemerhatian 3 didapati mentol Eveready

kelihatan pudar , mentol Panasonic mula pudar tetapi mentol

Energizer masih dalam keadaan cerah. Pada pemerhatian 4 ,

didapati bahawa mentol Eveready sudah tidak bernyala , mentol

Panasonic pudar dan mentol Energizer kelihatan mula pudar. Pada

pemerhatian yang terakhir , didapati hanya mentol Energizer sahaja

yang masih bernyala tetapi dalam keadaan pudar manakala mentol

Panasonic dan Eveready tidak bernyaka.

Daripada pemerhatian yang diperolehi , dapatlah diputuskan

bahawa bateri Energizer adalah yang tahan lama diikuti oleh

Panasonic dan terakhir Eveready.

NAMA : ZAIDIMAN BIN RUSLI GROUP : UPSI 03

NO MATRIK : D20112054763 PENSYARAH : EN AHMAD KAMAL B ARIFFIN