unit 1 kal 3023

25
Perkembangan Moral Kanak-kanak 1 UNIT 1 FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL DAN TEORI ETIKA PENDIDIKAN MORAL HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan falsafah Pendidikan Kebangsaan, falsafah Pendidikan Islam dan falsafah Pendidikan Moral. 2. Membincangkan asas Pendidikan Islam 3. Membincangkan teori-teori Etika dan kritikan terhadap teori dalam Pendidikan Moral. 4. Membandingkan teori falsafah Pendidikan Islam dengan teori falsafah Pendidikan Moral. PENGENALAN endidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah untuk membentuk personaliti murid yang mencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Unit ini membincangkan teori-teori dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Selain itu, guru-guru diharapkan dapat mengaplikasikan segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah kanak- kanak yang berkualiti. P

Upload: mohd-jamil-patah

Post on 25-May-2017

281 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 1

UNIT 1

FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL DAN TEORI ETIKA PENDIDIKANMORAL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan falsafah Pendidikan Kebangsaan, falsafah Pendidikan Islam dan falsafah PendidikanMoral.

2. Membincangkan asas Pendidikan Islam

3. Membincangkan teori-teori Etika dan kritikan terhadap teori dalam Pendidikan Moral.

4. Membandingkan teori falsafah Pendidikan Islam dengan teori falsafah Pendidikan Moral.

PENGENALAN

endidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah untuk membentuk personaliti murid yangmencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Unit ini membincangkan teori-teori dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Selain itu, guru-gurudiharapkan dapat mengaplikasikan segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalamPendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah kanak-kanak yang berkualiti.

P

Page 2: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 2

ISI KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

endidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakatdan Negara.

Falsafah Pendidikan Islam

endidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatanIslam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan

pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat,alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Falsafah Pendidikan Islam ini secara jelas menjurus pembangunan dalam empat aspek yang utama :

- Menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran seumur hidup bagi mendapatilmu, kemahiran dan penghayatan

- Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah yang mahir, mempunyai keperibadian yang tinggi sertamempunyai pandangan semesta yang selari dengan ajaran Islam

- Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar- Membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat

Matlamat Pendidikan Islam

atlamat Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan,beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan sunnah supaya menjadi hamba dan

khalifah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara.

P

P

M

Page 3: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 3

Asas Pendidikan Islam

Asas pendidikan Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan hadis, maka asas utama kepada pendidikan Islamadalah berteraskan akidah, ibadat, tasyrik dan akhlak.

Asas Akidahkidah menyemaikan keyakinan kepada wujudnya Allah, menjelaskan dan menyatakan kepadamuslimin tentang Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang sahih. Muhammad Baisar

(1973), menegaskan bahawa akidah yang sahih ialah akidah yang disampaikan kepada manusia yangbersumberkan wahyu yang dating daripada Allah sama ada secara iktikad, perundangan atau akhlak. Akidahini menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar ,petunjuk kepada jalanyang lurus dan diakui sah oleh Allah SWT dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahayaIslam yang dapat membezakan antara benar dengan salah. Muslim yang baik akan membuat pilihanberteraskan akal yang dipandu oleh ilmu dan seterusnya dapat menangkis segala cabaarn hidup di dunia dandi akhirat.

Asas Ibadatendidkan Islam adalah berasaskan ibadat kerana ia merupakan tujuan dalam hidup ini. MenyembahAllah SWT bererti memusatkan penyembahan kepada Allah semata-mata dengan menjalani dan

mengatur segala aspek kehidupan di dunia ini, zahir dan batin, jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendakIslam, baik dalam kehidupan individu dengan Allah sebagai hamba-Nya mahupun dalam hubungan sesamamanusia sebagai anggota masyrakat.

Asas ibadat dalam konteks pendidikan Islam terhasil daripada kombinasi isi dan kesepaduan ajaran asas iaituRukun Islam dan Rukun Iman. Ia dapat membentuk keperibadian Muslim yang baik dan terbina atas asastakwa kepada Allah SWT. Takwa bererti menjaga hubungan dengan Allah dengan sebaik-baiknya. Inibermakna dalam setiap tindakan, seseorang muslim akan berusaha mengelakkan hubungan daripada terjejasdengan melaksanakan seluruh kaedah yang ditentukan oleh Allah. Inti takwa pula ialah iman. Iman melibatkankemahuan dan melahirkan amal soleh daripada insan yang soleh yang dapat menumpukan seluruhpengabdian kepada Allah, mempunyai keperibadian yang lengkap dan terdidik dari segi kerohanian, akal danfizikalnya.

A

P

Page 4: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 4

Asas Tasyrikslam telah mengemukakan undang-undang atau hukum-hukum kepada manusia. Hukum-hukum inimengatur hubungan sesama manusia. Menurut Aliah Othman (1986), Islam telah menetapkan hukum-

hukum dan balasan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut sama ada hukuman danbalasan bersifat sivil yang dilaksanakan ke atas harta penjenayah atau hukuman dalam bentuk membalasbalik perbuatan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut. Syariat Islam ialah ciptaan Allah dan Islam itumerupakan agama fitrah (sesuai dengan pembentukan kejadian manusia), maka segala undang-undang danhukum yang terdapat di dalamnya tidak mungkin diganti , diubah atau dibatalkan.

Asas Akhlakbdul Ghani (1989), menyatakan bahawa ilmu akhlak ialah ilmu yang meneroka sifat perbuatan akhlak,mengkaji hakikat kebaikan, keburukan, kewajipan, hati nurani kemanusiaan, kebahagiaan, penilaian

akhlak, tanggungjawab akhlak, motif kelakuan, asas-asas teori keyakinan akhlak, contoh utama serta kaedahdan prinsip umum yang patut menjadi landasan kelakuan manusia.

Al-Ibrasyi (1969), menyatakan bahawa pendidikan akhlak merupakan asas atau jiwa pendidikan Islam. Puncakakhlak yang mulia merupakan sasaran murni dari segala pendidikan. Oleh sebab tingginya kedudukan akhlakdalam risalah rasul-rasul, maka akhlak Islam itu telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Justeru, teraspendidikan Islam ialah pendidikan akhlak. Imam Asyahid Hassan Al-Banna menamakan pendidikan akhlaksebagai asas perubahan kerana ia dianggap sebagai aass yang boleh menentukan arah perkembanganmasyarakat.

Bidang-bidang Pendidikan Islam

endidikan Islam menghubungkan seluruh aspek kemanusiaan dan kehidupan manusia. PendidikanIslam dilengkapkan dengan segala persediaan hidup untuk menempuh segala keadaan. Abdul Jawad

(1983), membahagikan aspek-aspek pendidikan Islam berdasarkan hadis Rasulullah SAW kepada enamaspek :

- Pendidikan keimanan ( tarbiyah al-Imaniyah)- Pendidikan akhlak (Tarbiyah al-Akhlaqiyyah)- Pendidikan jasmani (Tarbiyah al-Jismiyah)- Pendidikan pemikiran (Tarbiyah al-Aqliah)- Pendidikan kerohanian (Tarbiyah ar-Ruhiyah)- Pendidikan kemasyarakatan (Tarbiyah al-Ijtima’iyah)

I

A

P

Page 5: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 5

Pendidikan Keimanan ( Tarbiyah al-Imaniyah) atau Pendidikan Akidahbdullah Nasih (1981), berpendapat pendidikan keimanan ialah memperkenalkan kanak-kanak sejakmereka mula berakal kepada asas-asas keimanan, membiasakan mereka dengan Rukun Islam sejak

awal lagi dan mengajar prinsip-prinsip syariat yang mulia semenjak usia tamyiz. Tujuan pendidikan keimananadalah untuk mengikat anak-anak dengan iman dan Islam sejak lahir lagi supaya apabila besar kelak, merekamemahami Islam sebagai ad-din , Al-Quran sebagai al-Kitab dan Rasul sebagai teladan terbaik.

Pendidikan Akhlak (Tarbiyah al-Akhlaqiyyah)l-Ibrasyi (1969), pernah menulis bahawa pendidikan akhlak merupakan jiwa pendidikan Islam.Puncakakhlak mulia merupakan sasaran murni daripada segala pendidikan.

Menurut Abdul Jawad (1983), matlamat pendidikan akhlak ialah :- Pendidikan Dhamir iaitu perasaan manusia- Pendidikan insan muslim kearah berakhlak secara Islam dalam menjaga dan mengawal tingkah laku- Pendidikan insan muslim kearah berakhlak secara Islam dalam urusan kemasyarakatan- Pendidikan insan muslim mengikut akhlak Rasulullah sebagai pendidik dari segi perkataan, perbuatan

dan sifat yang menggambarkan akhlak Al-QuranMiqdad Yalchin (1983), berpendapat peranan pendidikan akhlak penting mengikut pandangan Islam secaraumumnya boleh dibataskan sebagai satu usaha untuk membina peribadi, masyarakat dan budaya yang palingbaik.

Pendidikan Jasmani (Tarbiyah al-Jismiyah)esempurnaan jasmani merupakan satu daripada perkara yang diberi perhatian dalam pendidikan Islam.Ini kerana menjaga tubuh badan merupakan satu dari matlamat syariat Islam. Al Mursafi (1987)

menegaskan bahawa adalah menjadi dasar pendidikan Islam yang menuntut agar setiap individu menjagakesihatan tubuh badan dan menghindarkan diri daripada segala jangkitan penyakit. Oleh itu, tujuan pendidikanjasmani adalah untuk melahirkan insan muslim yang sihat dan kuat supaya dapat menjalankantanggungjawab terhadap Allah.

A

A

K

Page 6: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 6

Abdul Ghani Shamsuddin (1958) telah menggariskan prinsip pendidikan jasmani:- Badan merupakan amanah Allah kepada manusia. Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih

dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah- Hubungkait antara perlaksanaan ibadah dengan pergerakan jasmani. Badan yang kuat amat perlu

untuk memenuhi tuntutan ibadah dan menghadapi cabaran hidup- Merangkumi pendidikan pemakanan, kesihatan, riadah dan penyusunan waktu lapang secara

bijaksana sesuai dengan tuntutan Islam.

Pendidikan Pemikiran (Tarbiyah al-Aqliah)lwan Abdullah Nasih (1981) mentakrikan pendidikan pemikiran atau akal ini sebagai membentukpemikiran anak-anak dengan setiap apa yang boleh memberi manfaat , terutama ilmu-ilmu syarak,

pengetahuan semasa, kesedaran pemikiran dan ketamadunan hingga mereka berfikiran matang, berilmu danmengikut perkembangan semasa. Akal merupakan nikmat kurniaan Allah yang paling berharga kepadamanusia. Islam memberi penghargaan yang tinggi terhadap akal dan penggunaannya. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengarahkan manusia supaya menggunakan akal semasa mencari ilmu, menetapkan beberapaprinsip khas, hukum dan sebagainya.

Pendidikan Kerohanian (Tarbiyah ar-Ruhiyah)ijazi Abdul Rahman (1985), menyatakan bahawa pendidikan kerohanian merupakan pendidikan yangdapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia dengan Penciptanya (Allah) dalam semua

keadaan. Beriman kepada Allah merupakan asas kepada pendidikan kerohanian. Oleh itu, pendidikankerohanian adalah merupakan asas kepada pembaikan jiwa manusia.

Abdul Ghani Shamsuddin (1994), telah menggariskan prinsip-prinsip pendidikan rohani:- Mengasuh pelajar sejak peringkat pertama perkembangannya supaya menyembah dan beribadt

kepada Allah SWT- Berusaha menghapuskan sifat atau kecenderungan yang buruk, membentuk intuisi dan jiwa

beragama yang peka dan bertanggungjawab- Mengasuh pelajar dengan sifat-sifat batin yang cenderung kepada pengamalan sifat-sifat terpuji dan

menghindari sifat-sifat tercela- Membentuk anak didik supaya berasa sentiasa memerlukan Allah SWT- Mendidik pelajar mencintai Allah., Rasulullah, keluarga Baginda, orang soleh dan beriman di samping

rajin membaca Al-Quran

U

H

Page 7: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 7

Pendidikan Kemasyarakatan (Tarbiyah al-Ijtima’iyah)endidikan kemasyarakatan bermaksud mendidik anak-anak dari sejak kecil untuk mengamalkan adabsusila yang mulia dalam masyarakat dan asas rohani yang tinggi, akidah Islamiah yang abadi serta

perasaan keimanan yang mendalam.

Abud Abdul Ghani (1982), menyatakan bahawa tanggungjawab pendidikan kemasyarakatan mempunyai ciri-ciri berikut:

- Menyemai dasar-dasar kejiwaan yang mulia- Memelihara hak orang lain- Membiasakan mereka dengan peraturan umum sosial- Pengawasan, pemerhatian dan kritikan yang membina terhadap masyarakat sekeliling

Pendidikan Moral

endidikan Moral merupakan pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusian dankemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberi kepada pemupukan, penghayatan dan amalan murni

yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia. Pemupukan danpenghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan insan yang mulia dan bertanggungjawabselaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Pengertian Moral, Etika dan Akhlak

oral berasal dari perkataan ‘mores’ yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisidan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok. Ia merujuk kepada satu sistem

perlakuan berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan. Ia juga merujuk kepadacara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak. Manakala ‘tidak bermoral’ bermaksud tidakmengikut prinsip dan melakukan sesuatu perkara yang tidak benar dan tidak baik.

tika berasal daripada perkataan Yunani 'ethos’ bererti hukum, cara hidup, kebiasaan, adat resam danbudi pekerti . Oleh itu, etika boleh dimaksudkan sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia

sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja.

P

P

M

E

Page 8: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 8

Khlak berasal dari perkataan Arab ‘khuluk’ yang bermaksud perangai atau tingkah laku, tabiat,kepercayaan, pegangan atau agama. Justeru, akhlak boleh dimaksudkan sebagai sifat semulajadi atau

tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.

Pernyataan Normatif dan Pernyataan Deskriptif

Cuba anda fikirkan yang mana satukah pernyataan normatif dan yang mana satu pulakahpernyataan deskriptif?

Contoh ayat:i. Ini sebuah rumah.

Ayat ini adalah satu pernyataan deskriptif yang merujuk kepada fakta dan tidak melibatkan pertimbangan nilai.

ii. Ini sebuah rumah yang baik.Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang rumah yang mempunyai beberapa cirri yang dianggap baik.

iii. Dia sentiasa menggunakan internet.Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta tanpa pertimbangan nilai.

iv. Dia tidak patut menggunakan internet sehingga mengabaikan kerja lain.Ayat ini satu pernyataan yang melibatkan pertimbangan nilai tentang perkara yang patut atau tidak patut dilakukan.

Ayat (i) dan (iii) berbentuk deskriptif atau fakta adalah bukan pernyataan normatif, manakala ayat (ii) dan (iv)yang melibatkan pertimbangan nilai adalah pernyataan normatif.

Namun ayat (ii) tidak melibatkan soal moral berbanding dengan ayat (iv). Ini bermaksud, tidak semuapertimbangan nilai adalah normatif dan bukan semua pernyataan normatif melibatkan moral.

A

Page 9: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 9

Pernyataan Normatif(a) Pernyataan Normatif adalah pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita.

Kita menggunakan pernyataan normatif untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benaratau salah, diterima atau ditolak.

Pernyataan normatif berhubung dengan soal estetika.Contoh: Tiada motorsikal yang dapat menandingi motorsikal Rahimi

Melahirkan pernyataan nilai tentang soal logikal.Contoh : Hujah pemidato itu tidak boleh diterima.

Pernyataan normatif berkaitan soal atau domain agama.Contoh : Berzina itu satu dosa.

Dalam domain moral ada dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan,tanggungjawab, hak dan sebagainya.

Pertama apabila kita menilai sesuatu perbuatan individu atau perlakuannya. Pertimbangan nilai ini dikenalisebagai pertimbangan moral obligasi atau deontic dan tidak mengambil kira kesan sesuatu perbuatan itu.Contoh:

i. Saya tidak patut memaksa kawan saya berjudi.ii. Membunuh orang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun.iii. Kita patut menepati janji.

Kedua, apabila kita menilai cara perwatakan, motif atau peribadi perseorangan. Pertimbangan nilai ini dikenalisebagai pertimbangan nilai aretaic.Contoh :

i. Mother Theresa seorang yang baik.ii. Sikap mementingkan diri adalah tidak baik.iii. Seseorang yang baik tidak akan terlibat dalam rasuah.

Page 10: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 10

Dalam domain bukan moral, istilah baik, salah dan sebagainya tidak digunakan untuk menentukan nilai moralperbuatan atau watak seseorang. Istilah-istilah ini digunakan untuk menilai sesuatu benda lain seperti ayat ini :Ini sebuah buku yang baik. Atau menilai sesuatu perkara yang harus atau tidak harus dilakukan tetapi tiadakaitan dengan soal moral seperti ayat ini: Anda tidak perlu membeli kasut ini.

(b) Terdapat pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadaptingkah laku. Apabila kita membuat pernyataan berkenaan, kita menentukan sama ada seseorang itupatut atau tidak patut berkelakuan sedemikian.

Contoh:i. Kecuaian memandu kereta di jalanraya akan membahyakan nyawa pemandu itu sendiri dan

pengguna jalan raya yang lain. Justeru, kita harus berhati-hati di jalan raya.

ii. Kita patut membantu orang yang kurang bernasib baik. Oleh itu, kita harus bermurah hati terhadapmereka yang memerlukan bantuan.

(c) Terdapat pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk arahan atau perintah melibatkanperbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi individu dalam masyarakat.

Contoh:i. Peraturan kolej meati dipatuhi.ii. Dilarang membuang sampah di kawasan ini. Denda RM5000.iii. Tempat ibadat semua agama perlu dihormati.

Pernyataan Bukan Normatif/ DeskriptifPernyataan bukan normatif bebas daripada nilai, iaitu tidak melahirkan pertimbangan nilai. Pernyataan inivalue neutral terdiri daripada laporan atau sesuatu yang berbentuk deskriptif untuk menyatakan faktaempirikal atau logikal.

Contohnya:i. Dia dapat menjawab semua soalan denagn betul.ii. Saya sentiasa tidur lewat.iii. Kereta itu berwarna biru.

Page 11: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 11

Peraturan Moraleraturan moral merupakan kajian tentang tingkah laku manusia yang dianggapkan salah atau betulmengikut peraturan moral dan undang-undang yang ada dalam masyarakat itu. Peraturan moral

menekankan cara-cara manusia berfikir, undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral itu.

Prinsip-prinsip Peraturan Moralrinsip peraturan moral boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

i. Prinsip KeadilanKeadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat keadilan jugamembolehkan seseorang individu menggunakan kuasanya dengan saksama dan tidak ada perasaan pilihkasih atau tamat dalam menjalankan tugasnya.

ii. Prinsip AutonomiPrinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Tingkah laku atas pertimbangan individu ituhasil dari paksaan sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh guru mengikutarahan guru besar sekolah. Jadi tingkah laku atau pertimbangan itu bukan tanggungjawab moral guru keranaia hanya atau menurut perintah guru besar sekolah.

iii. Prinsip AltruismePrinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berkaithubung dengan orang lain. Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral makakeputusannya adalah lebih perikemanusiaan dan bermoral. Perasaan kasih saying, simpati dan memikirkanperasaan kepentingan diri, tamak dan kelakuan jahat.

Aliran Pemikiran Moral

Aliran pemikiran moral terbahagi kepada empat aliran utama iaitu aliran pemikiran naturalis, emotivis,intuisionis dan rasionalis.

aturalis ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Seseorangyang beraliran pemikiran naturalis akan melihat sesuatu objek itu pada keadaan yang sebenarnya. Ia

akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab –sebab wujudnya keadaaan itu.

P

P

N

Page 12: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 12

motivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihatkepada fakta dan bukti. Perasaan ini ditunjukkan melalui tingkah laku, air muka, suara dan kata-kata

yang digunakan. Oleh itu, pemikir aliran ini menerangkan bahawa pertimbangan moral bukan mengikutpernyataan fakta tetapi mengikut emosi, sikap dan perasaan. Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itumula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

ntuisionis menyatakan bahawa pertimbangan moral tidak berpunca daripada sebarang generalisasi yangempirikal seperti yang dikatakan oleh naturalis tetapi ianya terbukti dengan sendiri. Seseorang itu menentukanapa yang baik dan tidak baik mengikut naluri dan tidak memerlukan sebarang penerangan atau sebabuntuknya. Orang yang beralairan ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpamemikirkan akibat, kualiti atau kesannya.

asionalis menitik beratkan penggunaan sebab yang munasabah dalam membuat keputusan danmelakukan sesuatu. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yang

sentiasa memikir sesuatu dengan waras dan logik. Golongan ini mengganggap sesuatu ilmu itu hanya bolehmencapai taraf kesahihan melalui kriteria rasionalis iaitu dengan bukti dan hujah yang rasional

Konsep Asas Nilai

ilai merupakan satu konsep yang kompleks disebabkan ianya berbentuk abstrak dan tidak dapatdisentuh atau dilihat. Ahli-ahli falsafah belum lagi mencapai kata sepakat bagaimana hendak

memberikan satu definisi rigid tentang nilai. Namun demikian, ia boleh diterangkan dengan melihat ciri-ciriamnya, iaitu dengan melihat penonjolan secara lisan atau perlakuan seseorang.Nilai juga merupakan standarddan prinsip individu dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda dan juga kriteria pemilihan sesuatubenda.

Secara amnya, nilai boleh digunakan dalam tiga konteks iaitu :- Nilai sifat (attribute) : untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu objek seperti nilai yang diberikan

kepada masa contohnya masa itu emas.- Nilai kadar : sesuatu seperti haraga atau markah sesuatu objek atau perkara seperti berapa harga

barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas yang dijalankan- Nilai aksiologi : berkaitan dengan falsafah nilai. Contohnya nilai budi yang tidak terbatas.

E

I

R

N

Page 13: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 13

Jenis-jenis Nilai

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) dan Nilai Intrinsik

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik- Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat

mencapai sesuatu matlamat.

- Bergantung pada nilai lain untuk mencapaisesuatu matlamat.

- Nilai peringkat kedua ( second order value),misalnya berani, rajin, hormat-menghormati.

Contoh :- Mengebom Hiroshima untuk menamatkan

Perang Dunia Kedua

- Mengenakan hukuman bunuh kepadapengedar dadah bagi menghapuskankegiatan pengedaran dadah.

- Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpamengambil kira kesannya.

- Tidak bergantung pada nilai lain untukmencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebutsendiri sebagai matlamat akhir.

- Nilai peringkat pertama (first order value),misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan.

Contoh:- Seorang hakim menjatuhkan hukuman

gantung sampai mati kepada pengedardadah semata-mata kerana kewajipannyaberbuat demikian mengikut peruntukanundang-undang yang ada bukan atas tujuanmembasmi kegiatan pengedaran dadah.

Nilai Subjektif dan Nilai Objektif

Nilai Subjektif Nilai Objektif- Kualiti yang diterima atau ditolak oleh

seseorang yang memberikan pandangan.

- Diterima atau ditolak mengikut pandanganseseorang individu.

Contoh :- Serangan Amerika ke atas Iraq wajar

mengikut pandangan sekutunya tetapi kejamdari pandangan negara-negara yangmenyokong Iraq

- Pembinaan bangunan-bangunan untukkemajuan negara adalah wajar untuk pihaktertentu tetapi bukan bagi pihak yangmengganggap sebagai pembaziran sumberkewangan.

- Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yangbebas daripada pilihan peribadi.

- Diterima atau ditolak berdasarkan satu setkriteria yang dipersetujui oleh semua ataukebanyakan orang.

Contoh:- Peperangan adalah satu tragedi yang

dahsyat.

- Perhambaan tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan.

- Buruh kanak-kanak adalah satu kezalimandan mesti dihapuskan.

Page 14: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 14

Nilai Relatif dan Nilai Mutlak (Absolute).

Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute)- Nilai yang diterima atau ditolak oleh

peraturan sesuatu masyrakat untukmencapai sesuatu matlamat masyarakat.

- Arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna danberbeza-beza antara masyarakat yangberlainan.

- Boleh berubah mengikut masa

Contoh :- Di Malaysia, pembentukan keluarga adalah

melalui perkahwinan rasmi. Sebaliknya diAmerika, pembentukan keluarga tanpa perlumelalui perkahwinan rasmi

- Nilai yang berhargatidak terikat kepadasesuatu kebiasaan bagi sesuatu masyarakat.

- Diterima umum dan telah diuji atau terbuktisebagai baik atau buruk.

- Kekal sepanjang masa dan di semua tempatserta hampir semua situasi normamasyarakat.

Contoh:- Hidup berkeluarga adalah satu amalan

kehidupan yang baik.

Page 15: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 15

Teori-teori Etika Pendidikan Moral

Teori Kemoralan Sosial

tika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaandan budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan

mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi ‘moral’ yang ditakrif sebagai kesusilaan, adab,sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok.

Berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah jika bagi sesetengah orang kemoralan atau etikamerupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusilaatau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaanatau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu.Peraturan juga bersifat maujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut. Justeru,terbitlah teori etika yang dikenali sebagai kemoralan sosial (kemoralan konvensional dan tradisionalisme ataukonservatisme dalam kemoralan).

E

Teori-teori EtikaPendidikan Moral

Teori KemoralanSosial

Teori DeontologiTeori Teleologi

Teori EtikaKeperibadian

Mulia

Utilitarianism Egoism Prinsip Kewajipan Eksistensialisme

Page 16: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 16

Contohnya, peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,kasih saying,kebersihan, saling bantu membantu, kerjasama, kesyukuran dan semangat kemasyarakatan.Nilai atauperaturan ini ialah ukuran dan persetujuan masyarakat yang mesti diterima untuk menyekat perbuatanmencuri, sifat tamak, rasuah, kezaliman dan sebagainya. Nilai ini lebih mementingkan masyarakat, bukanindividu, sebagai matlamat etika atau kemoralan. Dengan kata lain, dalam sesebuah masyarakat ada perkarayang diizinkan dan ada pula yang ditegah.

Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjaminmanusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting danperlu dikaji secara keseluruhan. Teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilangjenis dan kaum. Ia banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalansejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat.

Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapaimatlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satukewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkanseseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Teori ini banyak memberikan kelemahan daripada memberikan kebaikan. Antaranya ialah ia banyak menyekatkebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu, banyakberlaku salah faham, koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza.Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang adakerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan.

Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun perkara itu bertentangandengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuatoleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatifdan akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akanmemberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkaraseperti itu sukar untuk berlaku.

Page 17: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 17

Sebagai contoh, peraturan-peraturan yang digunakan dalam Institusi, kolej ataupun universiti, tidakmembenarkan pelajar menggunaan alatan elektrik seperti cerek elektrik dan seterika dalam asrama. Perkaraini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar. Pelajar memerlukan satu penampilan yang baik.Walaupun, alatan berkenaan telah disediakan tetapi alatan-alatan berkenaan berada dalam keadaan burukataupun sudah usang. Sebenarnya, tidak selamat digunakan dan keselamatan pelajar juga tidak dijamin jikamenggunakannya.

Maka, pelajar terpaksa melanggar peraturan-peratauran yang ditetapkan dengan membawa alatan-alatantersebut untuk digunakan di asrama. Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku.Bagaimana seseorang pelajar mengikut peraturan-peraturan yang ditatapkan itu sedangkan peraturan ituadalah menyusahkan mereka sendiri?

Kritikan terhadap teori Kemoralan sosial

rankena (1973), kritikan terhadap teori kemoralan sosial yang mungkin paling serius ialah peraturansesuatu masyarakat itu sendiri, iaitu boleh jadi peraturan itu buruk dan jahat, tidak bermoral dan salah,

bersifat zalim dan tidak adil, atau akan menjadikan kehidupan manusia semakin keji. Peraturan atau nilai-nilaiyang dimaksudkan itu termasuklah diskriminasi ras (seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan) danimperialisme (seperti yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah dan Israel).

Milgram (1974) misalnya, berpendapat bahawa manusia sanggup melakukan apa-apa sahaja keranadiperintahkan oleh autoriti dan terus melakukannya walaupun mereka tahu tindakan itu bertentangan dengansuara batin mereka. Bagaimanapun, apa yang lebih merisaukan ialah akibat yang menimpa individu yangmenyerah dan patuh kepada autoriti. Milgram berpendapat bahawa individu yang patuh kepada autoriti akan‘melupai’ kesan-kesan perbuatannya kerana asyik melaksanakan tugasnya. Jika kesannya buruk, jahat dantidak bermoral, dia akan menyerahkan tanggungjawab moral itu kepada autoriti sah yang terlibat. Dia akanberkata, "Hanya mengikut arahan”. Contohnya, kita percaya ramai tentera Amerika Syarikat berpendapatkebanyakan perbuatan mereka di Vietnam salah dari segi moral. Di Vietnam, ramai orang awam, kanak-kanakserta wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa peperangan.Ramai juga anak haram dilahirkan.Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan membunuh yang terkutuk itu, merekaakan berkata itu ialah tanggungjawab ketua atau pemerintah mereka, bukan tanggungjawab moral mereka.

F

Page 18: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 18

Bagi tentera berkenaan, mereka hanya menjalankan tugas. Walau apapun alasannya, ringkasnya, kehilanganperasaan tanggungjawab moral ini merupakan satu daripada akibat buruk mematuhi autoriti. Oleh itu, dalamkes tertentu, patuh kepada autoriti secara membuta tuli boleh dianggap tidak sesuai, tidak patut dan salah darisegi moral.

Teori Keperibadian Mulia

ekiranya Teori Kemoralan Sosial merujuk kepada kemoralan standard dalam sesebuah masyarakat,Teori Keperibadian Mulia merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat seseorang individu

menjadi agen moral dan diterima dalam masyarakat setempat dan global. Teori Keperibadian Mulia sentiasamembuat seseorang individu bertanya kepada diri sendiri “Apakah yang patut saya lakukan dan mengapakahsaya patut berindak sedemikian rupa?’’ Teori Keperibadian Mulia mengutamakan sifat peribadi mulia terhadapsuatu kehidupan yang bermoral.

Fokus Teori Keperibadian Mulia ialah terhadap sifat peribadi mulia yang patut ada pada setiap individu. Untukmengenalpasti sifat peribadi mulia ini, objektif atau matlamat dalam kehidupan perlu dianalisa. Sekiranyaseseorang pelajar kolej ingin berjaya dalam akademik dan seterusnya dalam kerjaya, dia perlu memiliki nilaikerajinan. Apabila sudah bekerja dan pelajar tersebut mahu bekerja dalam suasana yang bebas daripadarasuah, dia perlu jujur dan amanah.

Dalam situasi berikutnya, sikap peribadi Tony yang jujur dan amanah dalam melakukan tugas dan amalankehidupan hariannya menyebabkan dia berasa bersalah apabila diminta menandatangani penyata kira-kirayang palsu. Menurut Aristotle, seseorang ahli falsafah Greek yang memberi sumbangan besar terhadap TeoriKeperibadian Mulia, terdapat tiga keadaan yang perlu wujud apabila seseorang individu boleh diterimasebagai agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuannya. Yang pertama, individu tersebut tahuapa yang dilakukan. Kedua, individu tersebut mesti memilih perlakuan yang dia mahu kerana perlakuan itumulia. Ketiga, perlakuan atau tindakan itu mesti timbul daripada tingkah-laku yang konsisten dan tidakberubah.

Berbalik kepada situasi di atas, Tony sedar dia perlu tandatangan satu dokumen yang penting danmenentukan keutuhan syarikatnya. Kedua, dia tahu perbuatannya menandatangani dokumen penyata palsuitu salah dan tidak amanah dan ketiganya sebagai seorang yang jujur, Tony tidak mahu menandatanganidokumen palsu dan sebaliknya mahu menolak tawaran pengurus untuk menandatangani dokumen ataupenyata kira-kira yang palsu.

S

Page 19: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 19

Secara umumnya, Teori Keperibadian Mulia menyatakan sesuatu tindakan atau perlakuan itu betul, sekiranyaagen yang bersikap peribadi mulia akan melakukan perkara yang sama dalam apa jua keadaan. Agen moraltersebut akan mempraktikkan nilai mulia yang ada pada dirinya. Nilai mulia pula ialah ciri-ciri kemanusiaanyang ada pada manusia dan penting untuk perkembangan dan kehidupan yang baik. Kalau di Malaysia, nilaimulia itu dipraktikkan oleh individu tersebut dan diterima dalam masyarakat Malaysia.

Cara-cara mengembangkan sifat peribadi mulia

ejak kecil lagi ibu bapa dan anggota keluarga menasihati, memberi didikan dan tunjuk ajar sertamenegur kanak-kanak untuk mengamalkan keperibadian yang mulia. Proses ini yang bermula secara

informal di rumah diteruskan di alam persekolahan dan ditambah dengan proses denda dan ganjaran yangmembantu meningkatkan kematangan pelajar. Proses ini diteruskan melalui pengalaman kehidupan sehariandi mana apa yang dipelajari secara informal di rumah dan formal di sekolah dipraktikkan dalam kehidupanseharian mereka. Semakin dewasa, sifat peribadi mulia mula stabil dalam seseorang individu sehinggakerasionalan dan kematangan memainkan peranan yang utama. Individu akan mula sedar bahawa sifatperibadi mulia adalah baik dan menghindari mereka daripada perbuatan yang tidak baik dan tidak diterimamasyarakat setempat.

S

Cara-caramengembangkan

sifat peribadi mulia

Proses pengajarandan pembelajaran

Pengalaman dalamkehidupan

Danda dan ganjaran Kerasionalan dankematangan

Page 20: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 20

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Muliaeori Keperibadian Mulia merujuk kepada sifat peribadi untuk mencapai hidup yang baik denganmengamalkan kesedarhanaan antara dua pendirian yang ekstrem. Misalnya, pernyataan buat baik

berpada-pada. Ada keadaan di mana pekerja sosial menjalankan aktiviti kebajikan yang begitu banyakterhadap masyarakat sehingga lalai menguruskan rumahtangga dan kehidupannya sendiri. Maka satukelemahan dalam Teori Keperibadian Mulia ialah bagaimana mengenal pasti situasi yang sederhana dalammengamalkan sifat peribadi yang mulia.

Teori Teleologikalatu lagi teori etika yang memberi panduan kepada kehidupan bermoral ialah Teori Teleologikal.Andaian umum dalam Teori Teleologikal ialah nilai ‘betul atau ‘salah’ yang bergantung kepada akibat

sesuatu perbuatan. Teori kemoralan ini berasal daripada keperluan dalam obligasi moral tentang apa yangbaik dan dikehendaki akibat sesuatu tindakan atau perlakuan. Teori Teleologikal boleh dianalisa daripada duaperspektif iaitu utilitarianisme dan egoisme.

Utilitarianismetilitarianisme ialah satu bahagian daripada Teori Teleologikal yang menyatakan ‘betul’ atau ‘salah’sesuatu tindakan ditentukan oleh kepentingan tindakan tersebut dan kebahagiaan atau keseronokan

yang dibawa kepada bilangan orang yang ramai. Utilitarianisme ialah satu bentuk konsequentialisme yangmengutarakan tindakan mana yang betul yang membawa kebaikan terbaik yang menyeluruh.

Contohnya, Amerika Syarikat mengebom dua bandar di Jepun untuk melemahkan kuasa ketenteraan Jepundan pada masa yang singkat juga telah menamatkan Perang Dunia Kedua. Perbuatan mengebom Hiroshimadan Nagasaki telah menyebabkan ramai penduduk dunia keluar daripada kesengsaraan peperangan

T

S

U

Teori Teleologikal

Utilitarianisme

Memaksimumkan kebahagiaan/keseronokan untuk bilangan orangyang banyak.

Egoisme

Nilai baik jika mengutungkan dirisendiri dan nilai buruk jika sesuatuitu merugikan diri sendiri.

Page 21: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 21

walaupun pengebomam dua bandar di Jepun menyebabkan ramai penduduk di sana terkorban danmenghadapi kesan lepas peperangan sehingga ke masa kini.

Kritikan terhadap Utilitarianismeerdasarkan contoh di atas, satu kritikan utama utilitarianisme ialah iannya mudah berkonflik denganprinsip keadilan moral kerana matlamat menghalalkan cara. Matlamat pengeboman Hiroshima dan

Nagasaki ialah untuk menamatkan Perang Dunia Kedua tetapi cara iaitu menggunakan senjata kimia sepertibom atom menyebabkan ramai yang tidak berdosa terkorban dan menjadi masyarakat yang kurang dayatahan terhadao penyakit dan sebagainya.

Egoisme

ahagian satu lagi dalam Teori Teleologikal ialah egoisme. Egoisme ialah Teori Teleologikal yangmengandaikan sesuatu itu ‘baik’ sekiranya ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu

itu ‘tidak baik’ sekiranya ia membawa keburukan kepada diri sendiri.

Egoisme terbahagi kepada dua iaitu egoisme psikologikal dan egoisme etika. Egoisme psikologikalberlandaskan doktrin yang menyatakan seseorang individu selalunya melakukan sesuatu atau mengambiltindakan tertentu disebabkan oleh motivasi untuk kepentingan diri sendiri. Egoisme etika ialah doktrin yangberlandaskan apakah yang patut dilakukan oleh seseorang agen moral berdasarkan kepentingan diri.

Egoisme etika menekankan bahawa seseorang individu mempunyai obligasi atau kewajipan moral untukmengambil keputusan dan bertindak dengan merujuk kepada ukuran moral yang meningkatkan kebajikan dirisendiri.

B

B

Egoisme

Egoisme psikologikal Egoisme etika

Page 22: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 22

Kritikan terhadap egoisme

alah satu kritikan terhadap egoisme ialah apabila seseorang individu bertindak berdasarkan egoism,kepentingan orang lain dipinggirkan. Individu tersebut hanya memikirkan diri sendiri dan kebaikan

serta kepuasan yang diperoleh daripada tindakan tersebut. Misalnya, mendahulukan diri dalam proseskenaikan pangkat walaupun ada orang lain yang lebih layak.

Teori Deontologikaleori Deontologikal ialah satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Untukmemilih tindakan moral yang betul, kita perlu memahami obligasi atau kewajipan moral kita danapakah peraturan betul yang sedia ada untuk kita melakukan kewajipan tersebut. Andaian dalam Teori

Deontologikal ialah apabila kita mengikut kewajipan, kita berkelakuan moral dan apabila kita gagal mengikutkewajipan, kita berkelakuan tidak bermoral.

Prinsip Kewajipanrinsip Kewajipan dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) yang menegaskanpelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab.

Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Ramaiahli kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi terdapattanggungjawab yang tidak berubah mengikut agama atau adat resam, misalnya tidak membunuh, tidakberzina atau tidak menipu dalam apa jua keadaan merupakan peraturan universal. Menurut Kant, sesuatutindakan yang betul perlu selari dengan kemoralan universal. Maka, kita tidak perlu membuatpertimbangan tentang kesan tindakan (Teori Teleologikal) sebelum kita membuat keputusan.

Kritikan terhadap amalan prinsip kewajipan

Menurut Prinsip Kewajipan, individu bertanggunjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negaranya.Kadang-kala individu tersebut akan berdepan dengan keadaan yang wujudnya dua kewajipan yang berkonflik.Misalnya, dia perlu menunaikan kewajipannya sebagai suami untuk menjaga isteri yang sakit, dan dia jugaperlu menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru yang perlu menghadiri mesyuarat di sekolah. Olehkerana kedua-dua kewajipan perlu dilaksana pada masa yang sama, maka dia menghadapi kesukaran untukmemilih yang mana satu kewajipan perlu diberi keutamaan. Ini merupakan satu kelemahan PrinsipKewajipan yang selalu dikritik.

S

T

P

Page 23: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 23

Cuba anda fikirkan adakah tindakan “berbohong untuk menyembunyikan mangsa daripadadibunuh beramai-ramai dalam peperangan” merupakan sesuatu tindakan yang betul?

“Berbohong jika keadaan itu memerlukan”.

Adakah anda setuju untuk menjadikan prinsip “berbohong jika menguntungkan dan sesuai untuk kamu”sebagai prinsip kemoralan sejagat?Buatlah perbincangan dengan rakan-rakan anda dalam kumpulan anda.

Prinsip Eksistensialismerinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individusecara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa

peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau jugamenyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukantindakan bermoral. Oleh itu, relativisme individu dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau buruk adalahberasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yangbertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, peperangan dan konflik antara rasadalah tanggungjawab manusia yang menimbulkan masalah-masalah tersebut. Maka, manusia yang jugamenyelesaikan masalah tersebut. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadappertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

Kritikan terhadap amalan prinsip Eksistensialisme

ndividu yang berpegang kepada prinsip Eksistensialisme hanya berpegang kepada prinsip sesuatunilai yang baik atau buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Kadang-kala nilai

pilihan individu ini tidak mengambil kira prinsip moral keluarga dan masyarakat setempat, malahmempunyai standard moral yang jauh berbeza.

P

I

Page 24: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 24

RINGKASAN1. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

2. Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatanIslam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian danpandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi diakhirat.

3. Asas pendidikan Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan hadis, maka asas utama kepada pendidikanIslam adalah berteraskan akidah, ibadat, tasyrik dan akhlak.

4. Teori-teori etika Pendidikan Moral terdiri dari empat bahagian iaitu Teori Kemoralan Sosial, TeoriKeperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.

KATA KUNCI1. Moral. 6. Jenis-jenis nilai2. Etika 7. Teori Kemoralan Sosial3. Akhlak 8. Teori Etika Keperibadian Mulia4. Pernyataan Normatif 9. Teori Teleologikal5. Pernyataan Deskriptif 10.Teori Deontologi

PENILAIAN KENDIRI1. Senaraikan Keempat-empat (4) teori Etika dalam Pendidikan Moral.

2. Huraikan kritikan terhadap amalan prinsip kewajipan dalam teori Deontologi?

Page 25: unit 1 KAL 3023

Perkembangan Moral Kanak-kanak 25

RUJUKAN

Abdul Rahman Md.Aroff. (2008). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti PutraMalaysia.

Aristotle. (1979). The Nicomachean Ethics. Diterjemahkan oleh Thomas, J.A.K., Harmondworth: PenguinBooks.

Eow Boon Hin, Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat and Puteri Nilofar Ahmed Kamil. (2002). Moral Education.Petaling Jaya: Pearson Sdn. Bhd.

Jennifer Wee Beng Neo, Kartini Binti Abdul Mutalib, Ng Sook Gun, Noriati Binti A. Rashid, dan Taib BinAhmad. (2010). Modul Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Milgram, S. (1974). Obedience and authority: An Experimental View. London: Tavistock Publication Limited.

Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Shah Alam: Arah PendidikanSdn. Bhd.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Teori-teori etika Pendidikan Moral terdiri dari empat bahagian iaitu Teori Kemoralan Sosial, TeoriKeperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal.

2. Menurut Prinsip Kewajipan dalam teori Deontologikal, individu bertanggunjawab terhadap diri, keluarga,agama dan negaranya. Kadang-kala individu tersebut akan berdepan dengan keadaan yang wujudnyadua kewajipan yang berkonflik. Misalnya, dia perlu menunaikan kewajipannya sebagai suami untukmenjaga isteri yang sakit, dan dia juga perlu menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru yang perlumenghadiri mesyuarat di sekolah. Oleh kerana kedua-dua kewajipan perlu dilaksana pada masa yangsama, maka dia menghadapi kesukaran untuk memilih yang mana satu kewajipan perlu diberikeutamaan. Ini merupakan satu kelemahan Prinsip Kewajipan yang selalu dikritik.