kk edu 3023

53
TAJUK 1: KERELEVAN APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN DALAM PERJELASAN CIRI- CIRI PERKEMBANGAN ASPEK-ASPEK KANAK. 1.0 PENGENALAN Pembentukan manusia merupakan hasil daripada satu sel persenyawaan benih ibu dan bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Kemudiannya, bayi itu akan berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak- kanak yang membesar. Maka, proses perubahan yang dilalui bayi itulah dipanggil proses pertumbuhan dan perkembangan. Setiap manusia mengalami pertumbahan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif, bahasa, moral, sosial, dan emosi sejak lahir sehinggalah memasuki alam remaja dan usia tua. Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila aspek fizikal, kognitif, dan saraf murid mencapai kematangan. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut melibatkan perubahan dari segi rupa bentuk, kebolehan mental, dan sahsiah. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat. Setiap individu dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi setiap peringkat tersebut. Menurut Faridah et al. (2014), terdapat tujuh peringkat perkembangan individu yang ketara seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut. 1

Upload: -

Post on 27-Sep-2015

186 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fsdfdsfsf

TRANSCRIPT

TAJUK 1: KERELEVAN APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN DALAM PERJELASAN CIRI-CIRI PERKEMBANGAN ASPEK-ASPEK KANAK.1.0 PENGENALANPembentukan manusia merupakan hasil daripada satu sel persenyawaan benih ibu dan bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Kemudiannya, bayi itu akan berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak-kanak yang membesar. Maka, proses perubahan yang dilalui bayi itulah dipanggil proses pertumbuhan dan perkembangan. Setiap manusia mengalami pertumbahan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif, bahasa, moral, sosial, dan emosi sejak lahir sehinggalah memasuki alam remaja dan usia tua. Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila aspek fizikal, kognitif, dan saraf murid mencapai kematangan. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut melibatkan perubahan dari segi rupa bentuk, kebolehan mental, dan sahsiah. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat. Setiap individu dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi setiap peringkat tersebut. Menurut Faridah et al. (2014), terdapat tujuh peringkat perkembangan individu yang ketara seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

Rajah 12.0 KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGANPertumbuhan bermaksud aspek perubahan pada tubuh badan seseoang yang dapat diukur secara kuantitatif. Menurut Rahil (2008), perubahan kuantitatif merupakan perubahan yang boleh diperhati, mudah diukur, dan dapat diramal. Woolfolk dan Margetts (2007) pula menyifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Dari segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian, dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Perkembangan pula bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Menurut Suppiah et al. (2008), perubahan kualitatif merupakan perubahan yang berlaku secara mendadak, agak sukar untuk diukur dan diramalkan serta berlaku pada kanak-kanak seperti penggunaan kata-kata atau bahasa, penguasaan perbendaharaan kata yang bertambah dari semasa ke semasa akibat daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia iaitu kematangan, latihan, dan pembelajaran. Menurut Santock (2008), perkembangan merupakan perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga akhir hayat. Menurut Ragbir kaur (2008), perkembangan boleh didenifnisikan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Secara eksplisitnya, perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam situasi yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi fizikal, kognitif, emosi, dan sosial. Menurut D.S. Wright & Ann Taylor (N.D), perkembangan merupakan perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Setiap manusia akan mengalami perubahan cara hidup melalui proses pertumbuhan dan perkembangan merka. Woolfolk dan Margetts (2007) mentasfirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran, perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta pengurusan emosi, dan perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan individu lain. Perkembangan ini dipengaruhi oleh dua faktor yang menjadikan setiap manusia mempunyai perwatakan dan personaliti yang berbeza antara satu sama lain, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.3.0 KANAK-KANAK YANG TERPILIHSaya telah mengaplikasikan teori perkembangan dalam mengkaji perkembangan fizikal dan moral kanak-kanak semasa menjalani program PBS selama seminggu. Kajian kes ini dijalankan terhadap dua orang kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah SJK (C) Thai Kwang. Kaedah-kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah pemerhatian, temu bual, dan soal selidik. Saya telah menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mengumpul maklumat authetik mengenai murid-murid tersebut. Instrumen-instrumen kajian ini termasuk senarai semak pemerhatan, soalan temu bual, dan soalan soal selidik. Saya telah memilh satu murid lelaki dan satu murid perempuan bagi mengkaji tahap perkembangan fizikal dan moral mereka. Rajah berikut merupakan portfolio tentang kanak-kanak yang terpilih.Gambar:

Maklumat murid

Nama murid:Edward Ting Chai SiangJoey Ting Kee Sing

Jantina:LelakiPerempuan

Umur:9 tahun9 tahun

Tarikh lahir:22 Januari 200513 Julai 2005

Tempat lahir:SibuSibu

Keturunan:Cina Cina

Anak ke:23

Agama:BuddhaKristian

Kelas: 3 E3 B

Rajah 2Menurut Faridah et al. (2014) dalam buka perkembangan kanak-kanaknya, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikjut.

Rajah 3Edward Ting dan Joey Ting merupakan kanak-kanak pada peringkat awal (9-11 tahun). Mereka mula menyesuaikan diri dengan aktiviti alam dewasa. Pada peringkat ini, Edward Ting dan Joey Ting telah memahami peraturan dan mula menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya.

4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAKPerkembangan fizikal merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal serta koordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Seseorang individu membesar dari keadaan bayi hingga keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali apabila badan mula melalui proses penuaan. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian berat badan serta dapat melakukan kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal merupakan proses perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2008). Kemahiran psikomotor biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, seperti seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis, dan kemudian membaca.Pertumbuhan dan perkembangan fizikal merujuk kepada dua spek yang berlainan. Rajah berikut merupakan perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek fizikal.

Rajah 4Kehidupan manusia di dunia bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Sejak lahir hingga mati, banyak perkembangan dan perubahan yang dialui oleh seseorang individu. Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup manusia. Dengan itu, perkembangan dalam psikologi ialah perubahan-perubahan yang berlaku secara teratur dan berterusan pada seseorang bermula dari dalam rahim sehingga ke liang lahad (Sigelman & Shaffer, 1995). Manusia merupakan makhluk yang terus berkembang semasa hayatnya dan menyebabkan perkembangan fizikal manusia tidak berhenti dengan bermulanya dari kandungan hingga ke peringkat dewasa. Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. 4.1 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAKPerkembangan fizikal merupakan suatu proses semula jadi terhadap diri manusia. Terdapat lapan prinsip dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak (Faridah, 2014). Rajah berikut menunjukkan prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan fizikal.

Rajah 54.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAKPerkembangan fizikal berlaku secara sistematik. Perkembangan fizikal individu adalah ditentukan oleh faktor baka dan persekitaran. Faktor baka melibatkan kesan genetik terhadap perkembangan manusia. Menurut Haliza Hamzah (2009), baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen ibu bapa diturunkan kepada anak-anak dan ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa (Faridah, 2014). Dengan kata lain, gen ibu bapa merupakan pembawa maklumat genetik kanak-kanak. Ciri-ciri fizikal yang boleh diwarisi adalah seperti warna dan bentuk mata, warna dan jenis rambut, warna kulit serta kumpulan darah. Menurut Norman L. Munn. (1969), persekitaran merupakan kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Persekitaran merupakan kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu (W. Edgar Vinacke, N.D). Secara ringkasnya, persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir yang mempengaruhi tahap perkembangan fizikalnya. Terdapat dua jenis kategori faktor persekitaran iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir (Faridah, 2014). Rajah berikut menunjukkan faktor pralahir dan faktor selepas lahir.

Rajah 6Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu yang akan menghadapi di rumah, sekolah, dan kawasan tempat tinggal bersama ahli keluarga, guru atau rakan sebaya, dan jirannya. 4.3 KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Seperti mana yang diketahui, saya telah memilih dua orang murid sekolah rendah SJK (C) Thai Kwang untuk mengaji tahap perkembangan fizikal mereka. Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Penyelidikan merupakan satu proses penyiastan dan penelitian bagi menemui fakta dan maklumat atau pengetahuan baru (Rohana, 2003). Penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi (Weber, 1983). Tujuaan saya memilh kanak-kanak tersebut adalah untuk membuat perbandingan di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dari segi perkembangan fizikal mereka. Saya telah menggunakan beberapa kaedah dan instrumen kajian dalam menjalankan kajian saya terhadap murid-murid tersebut. Instrumen ialah alat untuk memboleh penyelidik membuat pengukuran atau pengumpulan data (Muhamad Kasim, 2012).Murid-murid yang terpilih ialah Edward Ting dan Joey Ting. Edward Ting merupakan seorang murid lelaki manakala Joey Ting pula merupakan seorang murid perempuan. Mereka berbangsa cina dan berasal dari Sibu. Kedua-dua murid tersebut berumur 9 tahun dan merupakan murid tahun 3. Mereka belajar di kelas yang berlainan. Joey belajar di kelas 3 B, manakala Edward Ting pula belajar di kelas 3 E.

4.3.1 SENARAI SEMAK PEMERHATIANSaya telah membuat pemerhatian secara teliti dan terperinci terhadap kedua-dua murid lelaki dan murid perempuan yang terpilih itu. Menurut Shelley Anand (2002), kaedah pemerhatian merupakan penglihatan tepat terhadap sesuatu fenomena yang wujud secara semula jadi dengan memberikan perhatian terhadap sebab dan kesan atau hubungan yang saling berkait. Saya memerhatikan perkembangan ciri-ciri fizikal mereka dari segi peningkatan saiz badan seperti ketinggian dan berat badan serta pertumbuhan gigi. Pemerhatian merupakan kaedah penilaian melalui pemerhatian yang sistematik dan tepat untuk megumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat. Selain itu, saya juga memerhatikan warna kulit, warna dan bentuk mata serta warna dan jenis rambut mereka. Saya telah memerhatikan kemahiran psikomotor mereka. Kemahiran psikomotor merupakan kemahiran menggunakan anggota badan yang melibatkan motor halus dan motor kompleks. Antara kemahiran psikomotor yang saya perhatikan ialah keupayaan melari, melompat, dan mengimbangkan badan. Dengan itu, saya telah menyediakan satu set senarai semak pemerhatian untuk menyenangkan saya mengumpul maklumat authentik mengenai pertumbuhan dan perkembangan murid-murid tersebut dari aspek fizikal. Senarai semak merupakan senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi fizikal. Saya mencacatkan segala permerhatian saya dalam senarai semak untuk mengumpul maklumat kajian saya.Gambar-gambar berikut merupakan pemerhatian saya terhadap perkembangan kemahiran psikomotor murid-murid yang terpilih.Edward Ting sedang memegang satu sudu. Saya memerhatikan kemahiran pergerakan motor halusnya. Joey Ting sedang memegang satu bola keranjang. Saya memerhatikan kemahiran motor kasarnya.

Gambar 1Gambar 2

4.3.2 TEMU BUALDi samping itu, saya telah mengadakan sesi temu bual dengan Edward Ting dan Joey Ting. Saya telah menemu bual mereka dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan aspek perkembangan fizikal mereka. Tujuan temu bual adalah untuk mengetahui tahap perkembangan fizikal murid lelaki dan murid perempuan yang berada pada peringkat yang sama. Menurut Patton (1980), temu bual merupakan salah satu cara yang dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Melalui sesi temu bual, saya dapat memperoleh jawapan secara langsung daripada kedua-dua murid-murid yang terpilih itu. Kaedah temu bual merupakan perbualan dua hala yang melibatkan interaksi bersemuka antara penemu bual dan responden yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian (Chua Yan Piaw, 2006). Sesi temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita kaset. Saya juga mencacatkan pendapat, pandangan, dan perjelasan responden terhadap soalan-soalan yang diutarakan dalam sebuah buku nota. Gambar-gambar berikut menunjukkan sesi temu bual yang telah pun dijalankan semasa saya menjalani program PBS di sekolah rendah SJK (C) Thai kwang. Saya telah mengadakan sesi temu bual dengan Edward Ting.

Gambar 3

Saya telah mengadakan sesi temu bual dengan Joey Ting.

Gambar 4

4.3.3 SOAL SELIDIKSementelahan itu, saya juga menyediakan borang soal selidik untuk kedua-dua orang murid tersebut bagi mengumpul maklumat kajian. Murid-murid tersebut diberikan kebebasan sepenuhnya dan masa yang secukupnya dalam menjawab soalan soal selidik. Sekaran (1992) berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik dalam pengumpulan maklumat. Borang soal selidik merupakan nadi kaji selidik yang dianggapkan sebagai pengganti pengkaji. Soal selidik merupakan borang yang menyediakan soalan-soalan dalam beberapa bahagian serta ruang bagi respoden untuk dijawab. Penggunaan kaedah soal selidik sebagai alat kajian adalah bersifat logik, saintifik, dan khusus (Bailey, 1992). Ukuran secara kuantitatif dan kualitatif mudah diperoleh dan seterusnya dapat membantu saya dalam meninjau pandangan respoden berkaitan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Menurut Syed Arabi (1993), soal selidik merupakan satu alat kajian yang penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya. Melalui soal selidik, saya dapat mengetahui pemikiran Edward Ting dan Joey Ting dalam aspek fizikal secara tidak langsung. Dengan itu, saya dapat menentukan tahap perkembangan fizikal mereka. Gambar berikut menunjukkan murid yang terpilih menjawab borang soal selidik.Joey Ting sedang menjawab borang soal selidik yang disediakan oleh saya.

Edward Ting sedang menjawab borang soal selidik yang disediakan oleh saya.

Gambar 5Gambar 6

4.4 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN ASPEK FIZIKAL KANAK-KANAKMenurut Dobzhansky (N.D), setiap individu berbeza dari segi biologi dan genetik. Keunikan dan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan manusia menyebabkan wujudnya individu yang berbeza antara satu sama lain (Faridah, 2014). Perbezaan individu merupakan cara-cara individu yang berada pada tahap umur yang sama berbeza antara satu sama lain (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2009). Edward Ting dan Joey Ting merupakan kanak-kanak yang berada pada peringkat umur yang sama tetapi mereka menunjukkan perbezaan dalam aspek perkembangan fizikal masing-masing.Perkembangan individu menyumbang kepada perbezaan ini. Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing (Hurlock, 1978). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan, dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan atau masalah dalam persekitaran kanak-kanak tersebut, maka boleh membantutkan perkembangan kanak-kanak tersebut. Pengalaman pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran (Hurlock, 1978).Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, bentuk badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti, dan emosi. Kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat, dan minat (Slavin, 1997). Begitu juga dengan Edward Ting dan Joey Ting, mereka yang berlainan jantina adalah berbeza dari segi ciri-ciri fizikal. Faktor baka dan persekitaran telah menyebabkan setiap manusia menunjukkan ketidakseragaman dan tahap yang berbeza dalam proses perkembangan masing-masing. Rajah berikut menunjukkan faktor baka dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada perbezaan individu dalam pelbagai aspek seperti aspek fizikal.

Rajah 7Perbezaan individu boleh dilihat dari aspek fizikal. Rajah berikut menunjukkan perbezaan individu dari segi fizikal. Aspek Kebolehan/ kemahiran

Fizikal Perbezaan dari segi jantina, paras rupa, fisiologi, berat badan, ketinggian, kumpulan darah, jenis dan warna rambut, warna mata dan lain-lain.

Rajah 8Perbezaan individu merupakan kepelbagaian dan perbezaan perwatakan yang boleh diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan (Faridah, 2014). Dalam pada itu, Edward Ting dan Joey Ting merupakan ahli-ahli dalam kumpulan murid tahun 3. Mereka adalah berbeza dari segi ciri-ciri fizikal walaupun pada peringkat umur yang sama, iaitu 9 tahun. Ciri-ciri seorang lelaki tidak sama dengan ciri-ciri seorang perempuan baik dari segi saiz, bentuk badan, suara, perwatakan, dan tingkah laku (Faridah, 2014). Hal ini demikian kerana tahap perkembangan fizikal kanak-kanak lelaki adalah tidak sama dengan kanak-kanak perempuan. Selepas menganalisis hasil instrumen kajian, saya mendapati bahawa Edward Ting dan Joey Ting adalah berbeza dalam beberapa aspek. Rajah berikut menunjukkan perbezaan ciri-ciri fizikal antara Edward Ting dengan Joey Ting.

Rajah 9Rajah berikut menunjukkan ketidaksamaan tahap perkembangan fizikal antara Edward Ting dengan Joey Ting dalam aspek jenis rambut, ketinggian, berat badan, tahap pertumbuhan gigi dan rangka tulang, tahap kecergasan fizikal serta kemahiran psikomotor (kasar dan halus).Edward TingNama murid Joey Ting

Aspek

121Ketinggian (cm)130

21Berat badan (kg)30

AKumpulan darahB

LulusJenis rambutKerinting

Lebih sempurnaTahap Pertumbuhan gigi dan rangka tulangKurang sempurna

TinggiTahap kecergasan fizikalRendah

Mahir Kemahiran psikomotor Kurang mahir

Rajah 10Walaubagaimanapun, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan tetap mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama. Faktor baka atau genetik merupakan faktor perdana yang menyumbang kepada persamaan ciri-ciri fizikal tersebut. Rajah berikut menunjukkan persamaan ciri-ciri fizikal antara Edward Ting dengan Joey Ting.

Rajah 11Secara umumnya, Edward Ting dan Joey Ting mempunyai warna kulit, bentuk dan warna mata serta warna rambut yang sama. Rajah berikut menunjukkan warna kulit, bentuk dan warna mata serta warna rambut Edward Ting dan Joey Ting.

Rajah 12Kesimpulannya, Edward Ting (murid lelaki) mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama dan berbeza dengan Joey Ting (murid perempuan). Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Faridah, 2014). Antara aspek yang perlu dititikberatkan adalah seperti dalam rajah berikut:

Rajah 134.5 APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM PERJELASAN CIRI PERKEMBANGAN ASPEK FIZIKAL KANAK-KANAK 4.5.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAKMenurut Faridah (2014), perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran pergerakan (motor) kasar dan halus serta pengawalan dominan tangan (kanan dan kiri). Setiap manusia akan berkembang dari bayi kecil sehingga menjadi orang dewasa melalui proses pertumbuhan dan perkembangan. Edward Ting dan Joey Ting merupakan kanak-kanak berumur 9 tahun yang berada pada peringkat pertumbuhan dan perkembangan dari aspek fizikal, kognitif, bahasa, moral, emosi, dan sosial. Edward Tng dan Joey Ting menunjukkan tahap perkembangan yang berbeza dalam aspek fizikal. Menurut Faridah (2014), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

Rajah 14Menurut Faridah (2014), pada peringkat umur Edward Ting dan Joey Ting, iaitu 9 tahun, mereka akan melalui peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak. Peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak pula dapat dibahagikan kepada dua kategori seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

Rajah 15Edward ting dan Joey Ting adalah pada peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun. Kadar pertumbuhan dan perkembangan Edward Ting dan Joey Ting adalah stabil dan tidak begitu pesat berbanding peringkat sebelum ini. Kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka meningkat secara beransur-ansur berbanding peringkat sebelumnya. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan mereka lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikolomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, petumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu mereka akan diganti. Sebagai buktinya, dalam kajian saya mendapati bahawa gigi susu Joey Ting mula merosot manakala gigi kekal mula bertumbuh dalam mulutnya. Gambar berikut merupakan keadaan gigi dalam mulut Joey Ting.Gigi Joey Ting

Gambar 7

Joey Ting sering menjerit kesakitan gigi. Melalui temu bual dengan Joey Ting, saya mengetahui bahawa ibu Joey Ting sering membawa dia ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi. Pada tahap Edward Ting dan Joey Ting, badan mereka akan menjadi lebih kurus dan tinggi. Dada mereka akan melebar dan kepala akan membesar. Gambar-gambar berikut merupakan pemerhatian saya terhadap badan Edward Ting dan dada Joey Ting.Badan Edward Ting dan dada Joey Ting

Badan Edward Ting yang kurus dan tinggi Dada Joey Ting yang melebar

Gambar 8Gambar 9

Purata berat kanak-kanak pada peringkat ini akan meningkat sebanyak 3 kg setahun manakala purata ketinggian mereka meningkat sebanyak 5 cm setahun (Faridah, 2014). Menurut temu bual dengan guru kelas mereka, saya mendapati bahawa Edward Ting dan Joey Ting mengalami purata peningkatan sebanyak 3 kg dan 5 cm setahun dalam berat badan dan ketinggian masing-masing. Rajah-rajah berikut menunjukkan perubahan ketinggian dan berat badan Edward Ting dan Joey Ting pada tahun-tahun lepas.Tahun

Aspek 201220132014

Ketinggian111116121

Berat badan151821

Edward Ting

Rajah 16Tahun

Aspek 201220132014

Ketinggian120125130

Berat badan242730

Joey Ting

Rajah 17Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada usia 8 hingga 10 tahun dan mencapai kemuncakan pada usia 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki pula mula bertambah pada usia 10 hingga 12 tahun dan mencapai kemuncakan pada usia 15 tahun. Justeru, Joey Ting adalah lebih tinggi daripada Edward Ting. Ketinggian Joey Ting ialah 130 cm manakala ketinggian Edward Ting ialah 120 cm. Hal ini demikian kerana Joey Ting mencapai kepecutan ketinggian pada usia yang lebih awal daripada Edward Ting. Kanak-kanak perempuan akan lebih berat bebanding dengan kanak-kanak lelaki pada usia ini. Sebagai buktinya, Joey Ting adalah lebih berat daripada Edward Ting. Berat badan Joey Ting ialah 30 kg manakala berat badan Edward Ting ialah 21 kg. Pada umumnya, kanak-kanak akan menjadi lebih kurus pada umur 11 tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat, dan mempunyai keupayaaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka (Faridah, 2014) Edward Ting dan Joey Ting yang berada peringkat ini kelihatan lebih kurus jika dibandingkan dengan peringkat awal perkembangan fizikal mereka.Jenis bentuk badan manusia boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak lagi. Hal ini berdasarkan kepada kandungan lemak badan dan otot seseorang. Bentuk badan terbahagi kepada tiga bentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut. Rajah 18Menerusi pemerhatian saya, Edward Ting adalah di bawah kategori ektomorf manakala Joey Ting pula di bawah kategori mesomorph. Kanak perempuan akan mencapai akil baligh seawal usia 10 tahun manakala kanak-kanak lelaki akan mencapai akil baligh pada usia 11 tahun (Faridah, 2014). Namun, ada kanak-kanak yang cepat akil baligh dan ada yang lewat. Perubahan perkembangan fizikal kanak-kanak akan berlaku dengan sangat pesat pada masa akil baligh. Sebagai buktinya, Joey Ting adalah pada peringkat persediaan untuk mencapai akil baligh. Jadi, ketinggian dan berat badannya adalah lebih tinggi dan berat daripada Edward Ting.Menurut Faridah (2014), pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, kemahiran motor kasar kanak-kanak semakin halus dan terurus berbanding pada peringkat awal kanak-kanak. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Menerusi pemerhatian saya, Edward Ting dan Joey Ting mempunyai tahap kecergasan fizikal dan kemahiran psikomotor yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan budak-budak kecil yang berada pada peringkat awal perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang (Faridah, 2014). Sebagai buktinya, Edward Ting adalah lebih aktif dalam bidang kokukulum manakala Joey Ting pula lebih aktif dalam bidang akademik. Melalui temu bual dengan Edward Ting dan Joey Ting, saya mendapati bahwa mereka mempunyai minat yang berlainan. Edward Ting suka aktiviti luar seperti bermain bola sepak di padang manakala Joey Ting suka tinggal di rumah sahaja untuk mengulang kaji pelajaran.Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga dan juga harapan yang tinggi. Di sekolah, murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisplin manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran (Faridah, 2014). Oleh itu, pencapaian akademik Joey Ting adalah lebih baik daripada Edaward Ting. Sebaliknya, pencapaian kokurikulum Edward Ting adalah lebih tinggi.

4.5.2 GENETIK Genetik memainkan peranan yang penting dalam menentukan ciri-ciri fizikal kanak-kanak seperi warna rambut, warna mata, ketinggian, paras rupa, dan bentuk (Faridah, 2014). Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam. Kedua-dua ibu bapa Edward Ting dan Joey Ting adalah berambut tinggi, jadi Edward Ting dan Joey Ting juga berambut hitam. Di samping itu, ibu bapa yang berwarna mata coklat juga akan melahirkan anak yang berwarna mata coklat. Kedua-dua ibu bapa Edward Ting dan Joey Ting adalah berwarna mata coklat, jadi Edward Ting dan Joey Ting juga berwarna mata coklat. Warna rambut dan mata merupakan persamaan ciri-ciri fizikal Edward Ting dan Joey Ting. Edward Ting dan Joey Ting merupakan orang Asia yang berbangsa cina. Kebanyakan mata orang Asia adalah berwarna coklat di samping orang cina adalah berkulit kuning. Edward Ting dan Joey Ting adalah tidak sama dari segi jenis rambut. Edward Ting adalah berambut lurus manakala Joey Ting adalah berambut kerinting. Hal ini demikian kerana ibu bapa Edward Ting adalah berambut kerinting manakala ibu bapa Joey Ting adalah berambut kerinting. Kumpulan darah sama ada A+, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Edward Ting dan Joey Ting adalah tidak sama dari segi kumpulan darah. Kumpulan darah ibu bapa Edward Ting ialah A, jadi kumpulan Edward Ting juga A manakala kumpulan darah Joey Ting ialah B, jadi kumpulan darah Joey Ting juga B. Saiz tubuh badan seseorang kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Menerusi temu bual dengan kanak-kanak terpilih, saiz tubuh badan ibu bapa Joey Ting adalah lebih besar dan tinggi daripada saiz tubuh badan ibu bapa Edward Ting. Jadi, joey ting adalah lebih tinggi dan berat daripada Edward Ting.Jantina Edward Ting dan Joey Ting adalah tidak sama. Hal ini demikian kerana pembawa gen mereka yang berbeza. Gen merupakan bahan baka yang membawa maklumat genetik yang terletak dalam kromosom. Seseorang individu membawa 23 pasang kromsom yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Kromosom yang ke-23 pasang juga dikenali sebagai kromosom gender. Kromosom gender yang menentukan jenis jantina. Apabila seseorang ayah menurunkan kromosom X maka akan menghasilkan kombinasi XX dan jenis kelamin anak akan menjadi anak perempuan. Apabila menurunkan kombinasi XY dan jenis kelamin anak akan menjadi anak lelaki.

4.5.3 PERSEKITARANPersekitaran bermaksud pengaruh luar atau pengalaman hidup (individu, objek, dan peristiwa yang ditemui) yang mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu selepas lahir. Rajah berikut menunjukkan pengaruh luar yang mempengaruhi perkembangan fizikal Edward Ting dan Joey Ting.

Rajah 19Persekitaran juga melibatkan lokasi tempat tinggal seseorang, rumah ibadat, sekolah, dan masyarakat di sekelilingnya. Melalui temu bual, saya mendapati bahawa Edward Ting merupakan seorang budak yang suka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti luar. Edward Ting suka bersenam dan bersukan pada masa lapang. Edward Ting adalah mahir dalam pelbagai jenis permainan dan sukan seperti bola sepak, bola keranjang, badminton, ping pong dan sebagainya Jadi, ibu bapanya selalu membawa dia pergi luar untuk menjalankan aktiviti riadah pada hujung minggu di samping merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Edward Ting juga selalu mengajak kawan-kawannya untuk bermain bola sepak di padang sekolah pada waktu petang. Manakala, Joey Ting pula merupakan seorang budak perempuan yang suka membaca buku. Hal ini demikian kerana ibu bapanya selalu membawa Joey Ting mengunjungi ke perpustakaan awam dan kedai buku untuk memupuk amalan membaca dalam sanubari Joey Ting. Kadang-kala, Joey Ting juga akan mengajak rakan-rakannya untuk belajar bersama-sama di rumahnya, terutamanya masa peperiksaan. 4.5.4 TEORI KEMATANGAN BIOLOGI ARNOLD GESELLPerkembangan fizikal dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell yang dikenali sebagai Teori Kematangan Biologi Arnold Gesell. Teori ini melihat perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi dalam diri seseorang dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap serta urutan dan pola tertentu. Misalnya, seorang kanak-kanak mungkin boleh mula berjalan pada umur 10 bulan kerana dia bersedia melakukan sedemikian. Kesediaan ini bermaksud perkembangan dan pertumbuhan tulang, otot, dan saraf telah mencapai tahap yang membolehkan kanak-kanak tersebut berjalan. Sebagai buktinya, Edward Ting dan Joey Ting yang berumur 9 tahun menunjukkan urutan dan pola perkembangan fizikal yang sama. Hal ini telah membuktikan bahawa perkembangan fizikal mereka adalah mengikut jadual waktu yang tetap. Akan tetapi, Joey Ting mencapai kematangan pada usia yang lebih awal daripada Edward Ting. Hal ini bermaksud kesediaan perkembangan dan pertumbuhan fizikal Joey Ting berlaku pada peringkat yang lebih awal jika dibandingkan dengan Edward Ting. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Sebagai buktinya, tahap perkembangan fizikal Edward Ting adalah berbeza daripada Joey Ting. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.

4.5.5 TEORI GALLAHUEMenurut Gallahue (1993), perkembangan fizikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu keseimbangan (kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti), aspek pergerakan (berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak), dan aspek manipulasi (kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek persekitarannya). Rajah berikut menunjukkan perkembangan fizikal mengikut Teori Gallahue.

Rajah 20Menurut temu bual dengan kanak-kanak terpilih, saya mendapati bahawa mereka menunjukkan mereka dapat mengimbangkan badan mereka dengan lebih baik jika dibandingkan dengan masa mereka masih budak kecil yang belajar di tadika. Sebagai contohya, mereka dapat berdiri dan melompat dengan sebelah kaki tanpa jatuh. Selain, itu, mereka juga menunjukkan ciri tingkah laku yang lebih matang. Edward Ting dan Joey Ting tidak akan begitu mudah untuk menangis sekiranya menghadapi sesuatu kesukaran. Mereka juga akan berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu keputusan. Kemahiran mereka untuk berhubung dengan persekitarannya juga meningkat. Sebagai contohnya, mereka berani untuk meluahkan keinginan mereka kepada orang yang selain daripda ibu bapa mereka seperti guru dan rakan sebaya. Hal ini telah membuktikan bahawa perkembangan fizikal Edward Ting dan Joey Ting adalah mengikut Teori Gallahue.Kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman (Wright & Sudgen, 1999). Proses pembelajaran itu pula berlaku dalam ruang persekitaran serta memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberi kepada kanak-kanak (Faridah, 2014). Perkembangan fizikal Edward Ting dan Joey Ting adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan merupakan kemunculan potensi yang sedia ada dalam diri mereka, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dan berlari. Kematangan mereka adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran pula merupakan hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu Edward Ting dan Joey Ting untuk memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam diri mereka. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan Edward Ting berenang tetapi Edward Ting hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

4.5.6 TEORI SCHMIDT DAN WRISBERGMenurut Schmidt dan Wrisberg (2000), kemahiran fizikal kanak-kanak djelaskan terbahagi kepada dua aspek, iaitu tertutup dan terbuka seperti yang ditunjukkan di rajah berikut.

Rajah 21Menerusi pemerhatian, saya mendapati bahawa Edward Ting dan Joey Ting dapat menjalankan aktiviti dalam persekitaran berubah dan tidak berubah. Menurut Teori Schmidt dan Wrisberg, terdapat empat prinsip asas perkembangan fizikal. Dalam kajian saya mendapati bahawa Edward Ting dan Joey Ting menunjukkan perkembangan fizikal yang mengikut empat asas perkembangan fizikal tersebut. Rajah berikut menunjukkan empat prinsip asas perkembangan fizikal.

Rajah 22

4.6 RUMUSAN PERKEMBANGAN ASPEK FIZIKAL KANAK-KANAKKesimpulannya, setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan kepada perkembangan otak seseorang manusia itu. Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dilahirkan lagi. Melalui perkembangan fizikal ini, terdapat banyak proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak dihuraikan. Dengan itu, kita dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.

5.0 PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK Perkembangan kerohanian berbentuk kepercayaan keagamaan dan falsafah hidup yang ditanam di dalam diri kanak-kanak. Perkembangan rohani meliputi perkembangan perasaan diri mereka, potensi unik yang kanak-kanak miliki, kefahaman mereka tentang kekuatan dan kelemahan diri dan cara untuk memperoleh atau mengatasi kelemahan tersebut melalui nilai dan pegangan agama yang mereka peroleh daripada kesan interaksi sosial dengan orang lain seperti ibu bapa, keluarga, masyarakat, dan negara (Faridah, 2014). Perkembangan rohani dan perkembangan moral tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya memerlukan kanak-kanak berfikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dan bertindak ke atas situasi yang berlaku berlandaskan agama dan moral yang dipegang bersama.Oleh hal yang demikian, perkembangan moral kanak-kanak memerlukan kefahaman kanak-kanak terhadap betul dan salah ataupun konflik moral. Edward Ting dan Joey Ting perlu belajar untuk memahami orang lain dan membuat keputusan tentang apa yang baik dilakukan. Mereka boleh membuat refleksi terhadap tindakan mereka dan belajar untuk memaafkan diri mereka dan diri orang lain. Edward Ting dan Joey Ting membina pengetahuan, kemahiran, kefahaman kualiti, dan sikap yang diperlukan untuk bertanggungjawab membuat keputusan yang bermoral dan bertindak dengan keputusan tersebut.

5.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK Faktor persekitaran merupakan faktor perdana yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peribadi, dan akhlak kanak-kanak. Dengan kata lain, faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak. Terdapat dua institusi utama yang memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral kanak-kanak seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

Rajah 23

5.1.1 INSTITUSI KEKELUARGAAN Pada peringkat permulaan perkembangan, kanak-kanak mencuba untuk memahami konsep moral. Cubaan ini perlu dibantu dengan tunjuk ajar daripada orang dewasa (ibu bapa) dalam sesebuah institusi kekeluargaan supaya kanak-kanak dapat menunjukkan dan menaakul perlakuan moral yang seimbang.Ibu bapa bertanggungjawab memberi asuhan yang baik dan membimbing anak-anak untuk menjadi individu yang harmonis. Kanak-kanak bertanggungjawab mematuhi nilai-nilai baik yang diajar oleh ibu bapa serta menjalin hubungan yang positif dengan ibu bapa. Saling menyedari dan mematuhi tanggungjawab ini boleh menyumbang kepada perkembangan moal kanak-kanak yang positif. Perlekatan yang selamat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral kanak-kanak dari segi kualiti hubungan. Kanak-kanak dapat memahami dan mengaplikasi kehendakan atau etika-etika moral yang diterapkan oleh ibu bapa melalui perlekatan yang selamat. Cara ibu bapa mendisplinkan anak-anak mempengaruhi tahap perkembangan moral mereka.

5.1.2 INSTITUSI SEKOLAH

Rajah 24

5.2 KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAKSaya menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan soal selidik bagi menentukan tahap perkembangan Edward Ting dan Joey Ting dari aspek moral. Gambar-gambar berikut menunjukkan Edward Ting dan Joey Ting sedang menjawab soalan soal selidik.Edward Ting sedang menjawab borang soal selidik yang disediakan oleh saya.

Gambar 10

Joey Ting sedang menjawab borang soal selidik yang disediakan oleh saya.

Gambar 11

5.3 PERBANDINGAN PERKEMBANGAN ASPEK MORAL KANAK-KANAKSaya telah menjalankan ujian moral terhadap kedua-dua kanak-kanak yang terpilih, iaitu Edward Ting dan Joey Ting dengan menggunakan kaedah soal seldik. Soalan-soalan soal selidik yang dikemukakan merupakan soalan yang berkaitan dengan dilema moral yang biasa akan diragui oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Borang berikut merupakan soal selidik yang telah pun dijawabkan oleh Edward Ting dan Joey Ting.

5.3.1 BORANG SOAL SELIDIKSoalan 1:Ali mencuri barang jirannya untuk membeli sebuah kereta mewah. Dengan kereta tersebut, Ali dapat menghantar anaknya ke sekolah.

Jawapan:

Soalan 2:Ali meniru jawapan daripada rakannya semasa peperiksaan. Ali berbuat demikian kerana ingin dapat keputusan yang baik.

Jawapan:

Soalan 3:Ali memecahkan pasu bunga. Ali berbohong kepada ibunya bahawa dia tidak memecahkan pasu bunga. Ali berbuat demikian kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya.

Jawapan:

Soalan 4:Ali merebut menonton rancangan television dengan adiknya. Ali bergaduh dengan adiknya demi menonton rancangan television kegemarannya.

Jawapan:

Soalan 5:Ali bersifat tamak. Dia tidak ingin berkongsi makanannya dengan adiknya walaupun dia mempunyai makanan yang berlebihan.

Jawapan:

Soalan 6:Abu merupakan rakan sekelas Ali. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat selepas waktu persekolahan. Abu lupa untuk membawa payung sebelum pergi ke sekolah. Ali yang mempunyai payung tidak ingin berkongsi dengan Abu.

Jawapan:

Soalan 7:Ali mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran matematik. Abu menghadapi masalah dalam aspek pengiraan, dia meminta tolong dari Ali. Tetapi, Ali yang sombong tidak ingin menunjuk ajar.

Jawapan:

Soalan 8:Abu merupakan seorang murid yang datang daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak membazirkan wang yang diberikan oleh ibunya. Malahan, dia berjimat cermat dalam penggunaan wang tersebut.

Jawapan:

Soalan 9:Abu merupakan seorang murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik. Tetapi, dia tidak berputus asas dalam mata pelajaran tersebut. Abu rajin mempelajari matematik demi memperoleh keputusan yng lebih baik.

Jawapan:

Soalan 10:Abu merupakan seorang murid yang bersopan-santun. Dia menghormati guru-guru di sekolahnya. Apabila Abu berjumpa dengan gurunya di sekolah, Ali akan memberi salam dalam ucapan.

Jawapan:

5.3.2 HASIL INSTRUMEN KAJIANEdward TingJoey Ting

Soalan 1 (mencuri)Tidak BetulTidak Betul

Soalan 2 (meniru)Tidak BetulTidak Betul

Soalan 3 (membohong)BetulTidak Betul

Soalan 4 (Bergaduh)Tidak BetulTidak Betul

Soalan 5 (Tamak)BetulTidak Betul

Soalan 6 (Pentingkan diri sendiri)BetulTidak Betul

Soalan 7 (sombong) BetulTidak Betul

Soalan 8 (berjimat-cemat)BetulBetul

Soalan 9 (rajin)BetulBetul

Soalan 10 (bersopan-santun)BetulBetul

Rajah 25Ujian moral ini menunjukkan bahawa Joey Ting dapat menjawab semua soalan soal selidik dengan betulnya manakala Edward Ting tidak dapat menjawab semua soalan dengan betulnya. Edward Ting menganggap bahawa perbuatan membohong, tamak, mementingkan diri sendiri, dan sombong adalah betul dari segi moral. Edward Ting menganggap perbuatan-perbuatan tersebut tidak menganiayai orang lain, jadi perbuatan-perbuatan tersebut boleh dilakukan. Hal ini telah menunjukkan bahawa tahap perkembangan moral Joey Ting adalah lebih tinggi daripada tahap perkembangan moral Joey Ting. Kedua-dua mereka menunjukkan tahap perkembangan moral yang berbeza.

5.4 APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN MORAL DALAM PERJELASAN CIRI PERKEMBANGAN ASPEK MORAL KANAK-KANAK 5.4.1 TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERGPerkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan, dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Perkembangan moral mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaski sosial dengan orang di persekitaran (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2009). Pemikiran, perasaan, tingkah laku, dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu.Perkembangan moral kanak-kanak dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg yang dikenali sebagai Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg. Kohlberg telah mewawancarakan kanak-kanak dan orang dewasa tentang dilema moral. Beliau telah memperkenalkan enam peringkat perkembangan moral. Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut. Tahap 1: Prakonvensional

Peringkat 1:Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

Peringkat 2:Orientasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2: Konvensional

Peringkat 3:Orientasi Perlakuan Baik

Peringkat 4:Akur kepada Sistem Sosial dan Etika Peraturan

Tahap 3: Poskonvensional

Peringkat 5:Etika Kontrak sosial dan Hak sosial

Peringkat 6:Etika Prinsip Sejagat

Rajah 25Menurut Teori Perkembangan Moral Kohlberg, pada peringkat umur seperti Edward Ting dan Joey Ting, iaitu 9 tahun, mereka adalah berada pada tahap satu perkembangan moral kanak-kanak. Tahap satu juga dikenali sebagai tahap moral prakonvensional. Tahap satu merupakan tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Pada tahap ini, perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Oleh itu, Edward Ting dan Joey Ting akan bertindak ke atas sesesutu perkara disebabkan akibat yang akan diterima nanti. Tahap satu perkembangan moral kanak-kanak terdapat dua peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut (Faridah, 2014).

Rajah 26Pada peringkat 1 (orientasi kepatuhan dan hukuman), pemikiran moral kanak-kanak adalah lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Mereka mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Pada peringkat 2 (orientasi ganjaran peribadi), kanak-kanak melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendakan apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat apa yang disuruh? Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana ingin menerima ganjaran. Secara ringkasnya, Edward Ting dan Joey Ting merupakan murid sekolah rendah yang melalui tahap satu perkembangan moral kanak-kanak. Namun, dalam kajian sata mendapati bahawa Edward Ting adalah berada pada peringkat satu manakala Joey Ting pula adalah berada peringkat dua.

5.4.1 CARA IBU BAPA MENDISPLINKAN KANAK-KANAKMenerusi temu bual dengan kanak-kanak terpilih, saya dapati bahawa cara ibu bapa Edward Ting dan Joey Ting mendisplinkan mereka adalah tidak sama. Cara mendisplin anak-anak yang berlainan telah menyebabkan tahap perkembanagn moral Edward Ting dan Joey Ting yang berbeza. Ibu bapa Edward Ting adalah lebih garang dan serius. Oleh itu, Edward Ting takut akan ibu bapanya. Edward Ting akan selalu mendengar nasihat ibu bapa. Edward Ting mematuhi segala adat resam, pantang-larang tradisi, dan peraturan keluarga mereka. Bagi Edward Ting, peraturan ibu bapanya adalah segala-galanya. Menurut Edward Ting, jikalau dia tidak mendengar apa yang ibu bapanya pesan, dia akan dihukum oleh ibu bapanya. Ibu bapanya akan menjarakkan perhatian atau kasih sayang terhadap anaknya seperti tidak bercakap atau menyatakan rasa tidak gemar terhadap perbuatannya sekiranya Edward Ting mengingkari arahan mereka. Oleh itu, Edward Ting selalu menganggap nasihat orang dewasa adalah betul. Hal ini selaras dengan Teori Perkembangan Moral Kohlberg, iaitu kanak-kanak pada peringkat satu perkembangan moral akan berorientasikan kepatuhan dan hukuman. Bagi Joey Ting pula, ibu bapanya lebih mementingkan perasaannya di rumah. Ibu bapanya adalah lebih bersifat penyayang. Dengan kata lain, ibu bapa Joey Ting mengamalkan sistem demokrasi di rumah. Mereka mementingkan komunikasi dua hala. Oleh itu, Joey Ting boleh berunding dengan ibu bapanya sekiranya berasa apa yang diminta oleh ibu bapanya adalah melampau dan tidak adil. Ibu bapa Joey Ting juga selalu mengadakan perbincangan dengan Joey Ting apabila Joey Ting menghadapi sebarang masalah di sekolah. Ibu bapa Joey Ting selalu mendorong Joey Ting memikirkan sebab dan menerangkan akibat dari perbuatannya. Sekiranya Joey Ting melakukan sebarang kesalahan, Ibu bapa Joey Ting akan menerangkan tentang akibat kesalahan tersebut dan membincangkan sebab Joey Ting melakukan kesalah tersebut.

5.5 RUMUSAN PERKEMBANGAN ASPEK MORAL KANAK-KANAKSebagai intihanya, Joey Ting merupakan kanak-kanak yang bermoral manakala Edward Ting perlu diberikan lebih bimbingan dari guru-gurunya bagi mengembangkan aspek moralnya. Sehubungan itu, perkembangan sosioemosi kanak-kanak amatlah penting diketahui oleh seseorang pendidik. Hal ini akan menjadi seorang pendidik itu jelas dan sedar tentang ciri-ciri emosi yang ada pada diri seseorang murid. Malahan, kanak-kanak dapat dibimbing menjadi lebih berjaya mengawal dan meluahkan emosinya dengan cara yang betul. Hal ini disebabkan oleh antara punca kecelaruan jiwa kanak-kanak adalah berpunca daripada keadaan emosi yang terganggu. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat banyak masalah dalam kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada ketidakstabilan emosi dan kurangnya kekuatan kerohanian dan moral. Jika gangguan seperti ini tidak dipedulikan oleh guru, maka dalam jangka masa panjang, hal ini mungkin memudaratkan keseluruhan kehidupan kanak-kanak yang akhirnya boleh merosakkan masyarakat.

6.0 PENUTUPManusia ialah individu yang unik. Setiap individu mengalami perubahan perkembangan dan pertumbuhan yang pesat dalam pelbagai aspek terutama dari segi fizikal, sosial, emosi, rohani, dan intelek (Faridah 2014). Perkembangan individu berlaku pada kadar berbeza mengikut kematangan dan pengalaman yang dilalui oleh individu. Faktor baka dan persekitaran juga menyumbang kepada perkembangan seseorang. Guru-guru harus memahami perkembangan kanak-kanak dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.9