sosiologi islam ssl 3023

Click here to load reader

Post on 23-Jun-2015

1.368 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. SOSIOLOGI ISLAM SSL 3023 AMALAN MISTIK DALAM MASYARAKAT MELAYU NOOR AZRINA TUAH 110821 NURUL LIZANIE AZMI 110729 FARAH MD KASSIM 110772 CIK FARRAH WAHIDAH MUSTAFAR

2. MISTIK?? Mistik bermaksud suatu keadaan yang melibatkan unsur keagamaan atau unsur alam ghaib yang tidak dapat diselami oleh permikiran manusia. 3. Jenis-Jenis Amalan Dan Kepercayaan Mistik Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu kaya dengan kepelbagaian amalan serta kepercayaan tentang alam mistik dan masih diamalkan sehingga kini. Mempercayai alam ghaib memang dituntut dalam Islam. Sejarah perhubungan antara manusia dengan jin telah dirakam didalam Al- Quran sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s, pendebatan Nabi Musa a.s dengan ahli sihir Firaun, Nabi Sulaiman dengan Ratu Balkis malah Nabi Muhammad SAW juga turut berdakwah kepada kaum jin. Menurut Mohd. Taib Osman (1985), terdapat sekurang-kurangnya lima bentuk kepercayaan orang Melayu, iaitu : 4. (i) Kepercayaan kepada Allah dan Rasulnya. (ii) Kepercayaan kepada ayat-ayat Al-Quran. (iii) Kepercayaan kepada sihir. (iv) Kepercayaan kepada kuasa luar biasa, haiwan dan benda-benda yang dianggap keramat. (v) Kepercayaan kepada semangat, penunggu, dan kuasa- kuasa luar biasa seperti hantu, jembalang, polong dan sebagainya 5. Jika diperhatikan dari kelima-lima kepercayaan ini, kepercayaan kepada alam mistik masih memonopoli pemikiran dan kepercayaan masyarakat Melayu. Keadaan ini membuktikan kepada kita bahawa masih terdapat saki baki kepercayaan mistik yang masih mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu sehingga mengatasi kepercayaan tentang agama. Sememangnya kepercayaan mistik masih mendapat tempat dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. 6. Jenis-jenis Amalan 1. Meminta Restu Kepada Makhluk Halus. 2. Mantera, Jampi dan Serapah. 3. Ancak. 4. Mandi Bunga. 5. Sihir. 7. 1) Meminta restu kepada makhluk halus Amalan meminta restu untuk membuang air besar atau kecil kepada datuk nenek di sesuatu kawasan yang dianggap keras atau berpenunggu merupakan amalan yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu. Amalan ini kononnya bertujuan bagi meminta kebenaran dari penunggu atau makhluk halus di sesuatu kawasan supaya memberi keizinan dan tidak marah apabila kawasan mereka dijadikan sebagai tempat membuang air. 8. 2) Mentera , Jampi dan Serapah Penggunaan mentera, jampi dan serapah memang tidak asing lagi dalam amalan mistik. Seperti kita sedia maklum, perkataan mentera berasal dari perkataan Sanskrit mantra yang mermaksud bentuk fikiran. Dalam penggunaan mentera, ungkapan-ungkapan khas yang dianggap suci digunakan semasa upacara pemujaan roh atau upasara magis. Ungkapan-ungkapan mentera sering digunakan oleh ahli sihir bertujuan memanggil jin Ungkapan-ungkapan tertentu digunakan semasa upacara ini dijalankan kononnya jin yang dipuja akan mematuhi segala perintah ahli sihir. Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, terdapat hubungkait sejarah kehadiran agama di tanah Melayu dalam penggunaan mentera dalam perubatan tradisional Melayu. Bermula dari kepercayaan animisme kepada kepercayaan Buddha, Hindu, dan kedatangan Islam telah mengubah kepercayaan karut ini kepada kepercayaan sebenar 9. 3) Ancak Acak atau ancak mungkin kurang dikenali oleh masyarakat Melayu kini kerana amalan ini kurang dipraktikkan. Ancak ialah persembahan kepada makhluk halus merangkumi makanan seperti bertih, pulut kuning, ayam panggang, telur mentah/rebus dan anak patung tradisional. Ancak itu dibuat dari pelepah pokok pinang iaitu upeh. Upeh ini dibentuk menjadi empat segi. Ia merupakan seperti bakul.Terdapat juga persembahan yang menggunakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas khas. Penggunaan ancak dalam amalan mistik masyarakat Melayu selalunya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan jin bagi memberi jamuan. Selain itu ancak turut digunakan dalam perubatan tradisional. Ancak yang disediakan dihanyutkan kesungai dan jin yang mengganggu dipujuk supaya mengikut ancak tersebut. Teknik ini turut digunakan oleh pengamal ilmu kebatinan yang ingin membuang ilmu yang dipakainya seperti susuk atau makhluk belaannya seperti toyol. 10. 4) Mandi Bunga Selain menghanyutkan ancak,yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah upacara mandi bunga. Upacara ini mempunyai unsur-unsur yang pelbagai meliputi unsur animisme, Hindu, dan Islam. Upacara ini dikatakan mampu menjauhkan seseorang daripada didekati oleh semangat jahat dan menaikkan seri wajah. Dalam upacara ini, pelbagai ramuan digunakan, antaranya ialah limau dan sirih pinang. 11. 5) Sihir Asal makna sebenar sihir ialah pembalikan hakikat sesuatu daripada realitinya atau sesuatu yang bukan sebenar. Individu yang disihir melihat kepalsuan sebagai kebenaran dan melihat sesuatu bukan berdasarkan hakikat yang sebenar atau apa yang dilihatnya adalah palsu. Amalan mistik yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu ialah amalan penyihiran. Walaupun zaman telah mengalami perubahan, masih terdapat masyarakat yang menggunakan kaedah sihir untuk mencapai sesuatu kehendak atau niat. Ilmu sihir memberi kesan buruk dan kemudaratan kepada orang lain dan biasanya dilakukan bagi menganiaya orang lain. Sihir bermaksud menampilkan sesuatu yang halus dan tidak nampak, manakala Syeihk ai-Azhari membuat pentakrifan sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. 12. 6) Patung Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. 13. 7) Santau Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat- ayat tertentu oleh tukang sihir. Mangsa akan keracunan selepas memakan bahan-bahan yang dicampur dengan makanan tersebut dan boleh membawa maut. 14. 8) Telur Layang Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. 15. 9) Tangkal dan Azimat Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. 16. 10) Sihir Pembenci dan Kasih Sayang Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. 17. Barang yang Digunakan Untuk Melakukan Pemujaan. 1) Keris , lembing dan limau. 2) Ancak. 3) Sanggu. 4) Sangkak. 5) Pemujaan tanduk kerbau. 18. Punca-Punca Berlakunya Amalan Mistik Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Terdapat satu persoalan mengapa masih terdapat kepercayaan dan amalan mistik dalam kalangan masyarakat Melayu walaupun zaman telah berubah. Kurang pengetahuan tentang ilmu agama merupakan penyebab utama mengapa amalan mistik masih diamalkan. Dalam agama Islam, amalan mistik sangat ditegah kerana bertentangan dengan akidah. Kekurangan ilmu agama menyebabkan seseorang itu mudah terpengaruh untuk mempelajari dan mengamal ilmu mistik yang secara terang ditegah oleh agama. Terdapat segelintir individu mengamalkan ilmu mistik untuk kepentingan peribadi. Amalan tersebut selalunya digunakan untuk kepentingan duniawi walaupun individu tersebut terpaksa melakukan perkara yang menggadaikan akidah. 19. Kesimpulan Seperti yang telah kita ketahui, masyarakat Melayu masih lagi mempercayai amalan mistik walaupun zaman telah berubah. Sejarah kepercayaan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan animism, Hindu ataupun Buddha turut mempergaruhi kepercayaan masyarakat Melayu berhubung perkara mistik. Pegangan agama yang dihayati oleh orang Melayu tidak berupaya menyingkirkan sebahagian amalan karut dan bertentangan dengan hukum Islam. Pengetahuan yang kurang mengenai Islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat islam terjebak kedalam lembah kesyirikan tanpa disedari. Kepelbagaian amalan yang tidak sepatutnya dilakukan masih mekar dalam kehidupan masyarakat Melayu walaupun perbuatan tersebut terpesong dari landasan akidah. 20. ANY QUESTION??