kreativiti

Upload: tiong-ning-doreen

Post on 13-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

yui

TRANSCRIPT

  • Kreativiti

  • OTAK MANUSIAadalah suatu objek yang begitu menakjubkan. Ia merupakan anugerah Maha Pencipta kepada manusia yang berfungsi sebagai bahan pemangkin untuk manusia berfikir.

    Kanak-kanak seawal usia 0 3 tahun ibarat span yang menyerap air! Telah terbukti bahawa usia pra sekolah, sejak lahir hingga 6 tahun adalah masa yang paling penting untuk memastikan kejayaan anak-anak di sekolah Falsafah pendidikan Amerika Syarikat.

    Apa itu sebenarnya kreativiti ?

    Biasanya kegiatan-kegiatan kreatif untuk kanak-kanak dihadkan dan disalah tafsir sebagai hanya kerja tangan, melukis, hasil imiganisi terhadap fantasi mereka. Lukisan dijadikan suatu asas untuk menilai kekreatifan seseorang kanak-kanak.

  • Jika kreativiti hanya ditumpukan kepada bidang seni terutamanya lukisan dan mewarna maka konsep kreativiti seperti yang dinyatakan di atas bukanlah konsep kreativiti yang sebenarnya.

    Sebenarnya anak-anak kita telah dibekalkan dengan kemampuan untuk menjadi kreatif dalam pelbagai bidang; kreatif dalam pertuturan; kreatif dalam seni gerak-geri dan sukan; kreatif dalam mengesan reka bentuk baru; kreatif dalam menyesuaikan emosinya mengikut keadaan; kreatif dalam menggunakan bahan-bahan bauan(cita rasa).

    Apa yang mendorong kesemua inspirasi kreatif kanak-kanak yang dinyatakan di aatas adalah apa yang disediakan di persekitarannya.

  • Jika kreativiti hanya ditumpukan kepada bidang seni terutamanya lukisan dan mewarna maka konsep kreativiti seperti yang dinyatakan di atas bukanlah konsep kreativiti yang sebenarnya.

    Sebenarnya anak-anak kita telah dibekalkan dengan kemampuan untuk menjadi kreatif dalam pelbagai bidang; kreatif dalam pertuturan; kreatif dalam seni gerak-geri dan sukan; kreatif dalam mengesan reka bentuk baru; kreatif dalam menyesuaikan emosinya mengikut keadaan; kreatif dalam menggunakan bahan-bahan bauan(cita rasa).

    Apa yang mendorong kesemua inspirasi kreatif kanak-kanak yang dinyatakan di aatas adalah apa yang disediakan di persekitarannya.

  • OTAK MANUSIAOTAK KIRIBahasaLogikSainsMatematikLisanAnalitikBerurutanSatu maklumat pada satu masalinearOTAK KANANPerhubungan ruangPemikiran kreatifFantasiApresiasiGlobalKeseluruhan/holistikAnalogiTanpa rasionalIntuitif

  • KREATIVITILowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkankreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingintahu.

    Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yangmembawa maksud membuat. Manakala daripada perkataanGreek pula creare bermaksud memenuhi.

  • KREATIVITIKamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu Kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

    Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuanseseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Adajuga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagaipenghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

  • KREATIVITIKajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

    FRYER, 1996

  • KREATIVITIberpendapat bahawa walaupun tiada suatu definisi mutlak atau menyeluruh pada masa kini, secara umumnya kreativiti dianggap sebagai suatu fenomena yang merangkumi pelbagai aspek YONG DAN BIRIAMAH (1996)

  • KREATIVITIEmpat aspek utamanya ialah

    proses kreatif yang merangkumi keseluruhan sesuatu kerja dijalankan dari peringkat awal mendapatkan idea sehingga ke peringkat penghasilan,

    hasil kreatif pula merupakan aspek penilaian kreatif yang merujuk kepada hasil sahaja tanpa menghurai proses perlaksanaan,

    insan yang kreatif memberi gambaran pelaku yang mempunyai pemikiran yang baik dengan ciri-ciri keupayaan berfikir yang menjangkau kebiasaan,dan

    situasi yang kreatif merupakan ruang yang wujud di antara insan dengan proses untuk menghasilkan suatu hasil yang kreatif.

    YONG DAN BIRIAMAH (1996)

  • KREATIVITImenjelaskan, pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut, dimensi.

    Seseorang melakukan suatu bentuk pemikiran divergen yang menuntutnya untuk berfikir dari pelbagai aspek, dan ada kalanya tidak masuk akal.

    Apabila berfikir menggunakan daya kreatif, matlamat berfikir adalah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara penyelesaian masalah, cara meleraikan konflik, reka cipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perbincangan merupakan antara bentuk pemikiran yang menjurus kepada kreatif.

    ABDULLAH DAN AINON (1996)

  • KREATIVITImenyatakan kreativiti sebagai kreativiti secara relatifnya sangat mudah. Ia merupakan gabungan beberapa siri idea, penyusunan semula idea-idea tersebut, penggabungan, adaptasi, penggantian dan idea-idea yang mengkagumkan

    BOB PROCTOR (1994)

  • KREATIVITImenjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu,

    menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik,

    melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi,

    sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga,

    galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri,

    kelainan, VIKTOR LOWENFELD DAN BRITTAIN (1982)

  • KREATIVITIunik,

    individual dan keaslian,

    berlaku proses pemikiran kreatif,

    mementingkan proses dan bukan hasil,

    kekuatan pengetahuan dan kemahiran,

    keinginan meneroka sendiri,

    mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji .VIKTOR LOWENFELD DAN BRITTAIN (1982)

  • KREATIVITImenilai,

    idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji .

    teliti,

    menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).

    Prinsip-prinsip ini boleh membantu seseorang untuk melahirkan pemikiran kreatif, kreatif bukan sekadar perkara atau objek yang dihasilkan, kreatif boleh dihasilkan.

    VIKTOR LOWENFELD DAN BRITTAIN (1982)

  • KREATIVITIViktor Lowenfeld (1987) menggariskan tret individu yang kreatif kepada 8 ciri yang dapat dipupuk pada diri seseorang iaitu

    kelenturan, pemikiran bercapah, mempunyai keaslian dalam hasil karya, kelancaran dalam berfikir, sedia menghadapi risiko, kerumitan, perasaan ingin tahu, dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.VIKTOR LOWENFELD DAN BRITTAIN (1982)

  • KREATIVITIMenjelaskan 4 ciri individu kreatif

    Keaslian - keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang lain, unik

    Kelancaran - keupayaan untuk menghasilkan pelbagai idea, membuat andaian, untuk menyelesaikan sesuatu masalah/situasi/tugasan

    Fleksibel - mengadaptasi perubahan, pelbagai pendekatan

    Penjelasan(elaboration) keupayaan untuk membentuk idea yang disertai oleh keterangan

    TORRANCE (1970)

  • KREATIVITImenyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.EDWARD DE BONO (1992)

  • KREATIVITImengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.DUNN (1992)

  • KREATIVITImenyatakan kreativiti boleh didefinisikan kepada enam aspek yang merangkumi :

    1. kreativiti sebagai sikap:

    kreatif adalah suatu cara yang unik untuk melihat persekitaran tanpa jawapan betul atau salah, yang ada hanya kemungkinan-kemungkinan terhadap sesuatu situasi.

    Kanak-kanak menunjukkan sikap kreatif apabila mereka mencuba sesuatu yang baru dan cara lain melakukan sesuatu. Menolak sempadan dan meneroka kemungkinan, memanipulasi idea dan bahan mengikut kehendak mereka. Memisahkan dan mencantumkan idea menerusi cara yang berbeza. Terlibat secara fizikal, menyelesaikan masalah mereka dan bertanya soalan atau melakukan sesuatu yang menuntut cabaran.ROBERT SCHIRRMACHER (1997)

  • KREATIVITI

    2. kreativiti sebagai proses melakukan sesuatu

    Pendekatan proses diperlukan untuk melibatkan proses kreatif walaupun akhirnya tidak akan mendapatkan hasil yang dikehendaki. Proses kreatif melibatkan pemikiran, percakapan, bermain, mencatat, mengkaji objek, memanipulasi idea sebagai asas proses.ROBERT SCHIRRMACHER (1997)

  • KREATIVITI

    3. kreativiti sebagai suatu produkSetiap produk mempunyai nilai kreatif.

    4. kreativiti sebagai hasilHasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun hasil maujud merupakan suatu bentuk kreatif yang telah melalui proses pemikiran, penjanaan dan penghasilan.Edison sebagai contoh berjaya menghasilkan mentol lampu hasil pemikiran kreatifnya. Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai orientasi hasil kerana mereka cepat bosan, namun jika digalakkan dan dimotivasikan, akan menjadi hasil yang mereka banggai.ROBERT SCHIRRMACHER (1997)

  • KREATIVITI

    5. Kreativiti sebagai kemahiran mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran biasanya mempunyai potensi bakat. Namun jika kemahiran ini tidak diasuh dan digunakan ianya kan pudar.

    6. Kreativiti sebagai tret personalitiIa sebagai bentuk personaliti seseorang yang terdapat di dalam dirinya.

    ROBERT SCHIRRMACHER (1997)

  • KREATIVITIdalam kajian kreativiti yang dilaksanakan 77 tahun yang lalu menjelaskan empat fasa utama dalam proses berkreatif iaitu

    Fasa 1 ialah maklumat (information) yang membawa seseorang secara berfikir ke arah perkara yang dinyatakan,

    Fasa 2 ialah inkubasi iaitu proses melihat perkara tersebut dari pelbagai arah dan aspek secara bercapah,

    Fasa 3 ialah iluminasi iaitu mengenal pasti,dan

    Fasa 4 ialah verifikasi iaitu memikirkan kejeleketan dan efek tindakan sebelum membuat keputusan. WALLAS (1926)

  • KREATIVITIJ. Presbury dan A. J Benson dalam Children and Creativity (2004) menjelaskan tanpa kreativiti kita tidak dapat mengadaptasi situasi baru atau menukar cara kita melihat dunia. Apabila seseorang dikatakan kreatif, kreatif itu boleh dilihat pada tahap mana, adakah kreatif itu mengakibatkan keaslian, kelainan, mempengaruhi keputusan atau hasil kerja? Tiada siapa yang dapat meletakkan tahap kreativiti seseorang. Orang dewasa sering menganggap kanak-kanak seumur dengan mereka sehingga kanak-kanak merasa tertekan dan hilang nilai kreativiti yang sedia ada dalam diri mereka. Imaginasi adalah the heart of thinking bagi kanak-kanak untuk berusaha berimaginasi, berfantasi, membina impian adalah suatu kebenaran yang harus dibantu oleh orang dewasa. Kerangka pemikiran mereka masih terbuka luas untuk peluang-peluang kreatif berbanding orang dewasa yang dikekang oleh norma-norma dan peraturan. PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITISeterusnya J. Presbury dan A. J Benson (2004) menambah tret personaliti kanak-kanak mempunyai perbezaan dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang kreatif menunjukkan tret berikut:

    berfikir bebas - bermain dengan idea yang hadir tidak secara tersusun dan sering berakhir tanpa penyelesaian

    gullility- kanak-kanak biasanya mempunyai idea half baked dan sukar untuk menyatakan idea mereka secara tersusun

    kelakar kanak-kanak kreatif menjumpai idea secara lucu. Keupayaan untuk bertanya dan melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza dilihat sebagai peniruanPERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIAngan-angan - kanak-kanak kreatif belajar menerusi imaginasi dan menyelesaikan masalah mereka menerusi aktiviti praktikal

    Keseorangan - kanak-kanak kreatif suka bersendiri, kerana pemikiran mereka terangsang pada ketika begini

    Aktiviti - idea kanak-kanak datang secara aktif semasa menjalankan aktiviti. Apabila mereka mempunyai idea,aktiviti akan menjadi menyeronokkan, namun sedikit masalah boleh membawa putus asa.PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIFlorence Beetlestone (1988)

    menjelaskan kreativiti sebagai suatu bentuk pembelajaran kerana ianya sebahagian daripada fungsi kognitif dan berkait rapat dengan aktiviti seni, kerja-kerja lukisan merupakan representasi kepada kualiti kreativiti kanak-kanak.

    Kreativiti dapat membantu kanak-kanak menjelaskan dan menerangkan konsep-konsep abstrak yang tersembunyi yang melibatkan kemahiran dan keupayaan seperti ingin tahu, kebolehan menghasilkan dan mereka cipta, meneroka, mempunyai sifat telus, suka mencuba yang mana kesemua kualiti ini terdapat di dalam diri kanak-kanak dan tidak mendapat perhatian oleh individu di sekeliling mereka. PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIPiaget (1973)

    menyatakan pemikiran kanak-kanak secara kualitatifnya begitu berbeza daripada orang dewasa.

    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan intelektualnya:

    pengalaman, kematangan, transisi sosial dan paling asas iaitu keseimbangan equilibrium (iaitu menyeimbangkan perkara yang telah difahami dengan menerima fahaman baru). Kesemua faktor ini menjana kepada proses perkembangan artistik, imaginatif dan estetika.PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIRobert Schirmacher 1998

    Menerusi kajian telah menghasilkan satu model perkembangan kreatif yang menjelaskan model holistik perkembangan kanak-kanak yang boleh dibahagi kepada 4 aspek perkembangan:

    1. Kognitif (pemikiran)penyelesaian masalahpenerokaanbahasaingin tahukeinginan dan kesungguhan belajar

    PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIRobert Schirmacher 1998

    Menerusi kajian telah menghasilkan satu model perkembangan kreatif yang menjelaskan model holistik perkembangan kanak-kanak yang boleh dibahagi kepada 4 aspek perkembangan:

    1. Kognitif (pemikiran)penyelesaian masalahpenerokaanbahasaingin tahukeinginan dan kesungguhan belajar

    PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIRobert Schirmacher 1998

    2. Sosial/emosional (kefahaman kendiri dan penerimaan kendiri)hubungan dengan orang lainkonsep kendiriekspresi kendiripersonalitikawalan emosikawalan diriPERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIRobert Schirmacher 1998

    3. Fizikal (pembentukan motor kasar)pembentukan motor halusmotor perseptual/ koodinasi mata-tangansensorikesihatanpenjagaan diri

    PERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIRobert Schirmacher 1998

    4. Kreatif (keaslian pemikiran)imaginasiekspresi verbal dan non verbalPERBEZAAN KREATIF ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITIKanak-kanak yang kreatif berasa terperangkap dalam persekitaran yang mempunyai struktur sosial, norma, nilai, kepercayaan dan budaya yang telah ditetapkan (Habibah & Noran 2002).

    Kanak-kanak kreatif berani menyatakan pendapat yang berbeza dari biasa bukan sahaja tidak diberi ganjaran sebaliknya ditertawakan dan dilabel sebagai pengacau atau banyak mulut.

    Mereka juga biasanya akan ditegur dan penggunaan perkataan jangan membantutkan keupayaan kreatif kanak-kanak. Menurut Yong (1983) pada usia 4 hingga 5 kanak-kanak berada pada tahap kreatif yang paling berbanding apabila usia mereka semakin meningkat, ini adalah disebabkan faktor-faktorHALANGAN-HALANGAN KEPADA KREATIVITI

  • KREATIVITIPersekitaran yang menghadkan kreativiti seperti peraturan, desakan, arahan dan larangan tanpa penjelasan. Sebaliknya mereka yang memberi jawapan yang selamat tetapi tidak kreatif diberi penghargaan kerana mampu memberi apa yang dikehendaki oleh guru.

    Torrance dan Myres (1970) menyatakan bahawa ramai kanak-kanak disekat pemikiran mereka kerana ibu bapa dan guru memberi amaran supaya mereka menghentikan khayalan. Sebenarnya khayalan patut dihidupkan sehingga perkembangan mental kanak-kanak sudah sampai ke tahap yang membenarkan pemikiran kreatif yang lebih realistik.HALANGAN-HALANGAN KEPADA KREATIVITI

  • KREATIVITIAlamshah (1972) menyatakan bahawa halangan kepada kreativiti ada banyak.

    Antaranya boleh dikenal pasti adalah sosio ekonomi, psikologikal dan characterological. Halangan-halangan sosioekonomi terdiri daripada tanggapan-tanggapan yang salah, pengambilan risiko dan kecerdasan manusia. Halangan psikologikal pula merangkumi kurangnya desakan dalaman, perasaan rendah diri dan tanggapan yang salah tentang bakat berhubung dengan kreativiti. Halangan-halangan characterological berfokus kepada kurangnya disiplin kendiri, pertautan, ketiadaan dan komitmen.HALANGAN-HALANGAN KEPADA KREATIVITI

  • KREATIVITI(a) Bersifat FleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinyadalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinanoptimis.(b) Sensitif dan PekaIndividu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadapkeadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan,persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.CIRI-CIRI KREATIF

  • KREATIVITI(c) Gagasan/Idea yang Asli dan TulenSeseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kalimengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan jugatidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

    (d) Bersifat TerbukaMempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan danpendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.CIRI-CIRI KREATIF

  • KREATIVITI(e) LogikMurid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

    (f) Berfikiran BebasGolongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidakterkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka inisangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.CIRI-CIRI KREATIF

  • KREATIVITIKaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

    (a) Kaedah PertamaElakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awalsumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untukmenyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI

  • KREATIVITIKaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

    (b) Kedah KeduaElakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini keranaapabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI

  • KREATIVITIKaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

    (c) Kaedah KetigaMenjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

    (d) Kaedah KeempatMenggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yangkadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsangmurid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya muridmempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifatbiasa sahaja.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI

  • KREATIVITITeori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

    (a) PenyoalanRangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

    (b) PenemuanProses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikangalakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagimenggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI

  • KREATIVITITeori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

    (c) Pemerhatianproses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

    (d) PercubaanPercubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkanhasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI

  • KREATIVITITeori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

    (e) PenerokaanPenerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untukmemanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat disekeliling.

    (f) Memanipulasimurid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikanseni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI

  • KREATIVITITeori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

    (g) Aktiviti/BermainKreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengankeseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkanmelalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.CARA-CARA MERANGSANG KRETIVITI