pengenalan kreativiti

30
PENGENALAN KREATIVITI Kreativiti bersifat dualiti iaitu semula jadi dan dipelajari. Menurut Hasan (1991), potensi kreativiti seperti mereka cipta atau mereka bentuk sesuatu yang indah (menarik) dianugerahkan Allah SWT pada setiap manusia. Kreativiti memang wujud secara semula jadi pada manusia (Craft, 2000; Rowe, 2004). Kreativiti juga dipelajari melalui pengajaran secara penyebatian tersurat (infusi/eksplisit) (Beyer, 1997). Pendekatan penyebatian juga disarankan oleh Kementerian Pendidikan untuk sekolah-sekolah Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Tahap kreativiti seseorang pula adalah berbeza dan boleh dikembangkan dengan mempelajari pelbagai teknik (Craft, 2000). Dengan itu, kreativiti semula jadi boleh dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal di peringkat sekolah.

Upload: yus-muhamad

Post on 11-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kreativiti

TRANSCRIPT

PENGENALAN KREATIVITI

Kreativiti bersifat dualiti iaitu semula jadi dan dipelajari. Menurut Hasan (1991), potensi kreativiti seperti mereka cipta atau mereka bentuk sesuatu yang indah (menarik) dianugerahkan Allah SWT pada setiap manusia. Kreativiti memang wujud secara semula jadi pada manusia (Craft, 2000; Rowe, 2004). Kreativiti juga dipelajari melalui pengajaran secara penyebatian tersurat (infusi/eksplisit) (Beyer, 1997). Pendekatan penyebatian juga disarankan oleh Kementerian Pendidikan untuk sekolah-sekolah Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Tahap kreativiti seseorang pula adalah berbeza dan boleh dikembangkan dengan mempelajari pelbagai teknik (Craft, 2000). Dengan itu, kreativiti semula jadi boleh dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal di peringkat sekolah.

Teknologi adalah manifestasi kreativiti manusia dan proses penciptaan sesuatu teknologi pula perlu difahami oleh pelajar sekolah (Lewis, 1999). Ini memberi implikasi kepada bidang pendidikan yang memerlukan kreativiti dikembangkan di peringkat awal supaya produk-produk kreatif untuk keperluan pelbagai industri dan kehidupan seharian dapat dihasilkan oleh kanak-kanak bila dewasa nanti (Torrance, 1980). Walau

bagaimanapun, pelbagai isu dan cabaran timbul tentang pelaksanaan kreativiti di peringkat sekolah sama ada di dalam atau luar negara. Umumnya, kreativiti di bilik darjah masih kurang diberi penekanan (Craft, 2000; Sternberg,2003). Menurut Torrance (1993), untuk menterjemahkan proses kreatif dalam proses P&P di sekolah, ini merupakan satu cabaran besar. Torrance mencadangkan agar kajian kreativiti

hendaklah dimulakan dengan proses kreatif. Seterusnya, apakah personaliti kreatif yang membawa kejayaan kepada proses kreatif, apakah persekitaran yang boleh memudahcarakan kreativiti dan apakah produk yang berjaya dihasilkan melalui proses kreatif. Menurut Craft (2000) pula, jika model-model proses kreatif sedia ada dipraktikkan kepada pelajar sekolah yang masih mentah dari segi pengalaman dan pengetahuan, ia menjadi terlalu berstruktur dan tidak semula jadi. Menurut Kamus Dewan 1993 : kreativiti member maksud sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan.TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher

(a) Peringkat Rangsangan

Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan

Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:

Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui

perbincangan,

pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui

persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?

(e) Kajian Semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Laura H. Chapman

3 kaedah diperkenalkan :

(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.

Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan

melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Calvin W. Taylor

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif

Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.

Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.

Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan

guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada

kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif

Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif

Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat Emergen

Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip

formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.

CIRI-CIRI KREATIVITI

(a) Bersifat Fleksibel

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka

Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen

Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka

Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

(e) Logik

Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.

Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas

Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

(a) Kaedah Pertama

Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kaedah Kedua

Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga

Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat

Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance

Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Fathers Of Creativity).

Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.

Tujuh perkara tersebut adalah:

PENYOALAN

Mencari jawapan sesuatu perkara yang tidak diketahui tetapi ingin diketahui. Penyoalan boleh terjadi dalam diri dengan pihak lain. Jenis penyoalan dikemukakan dalam bentuk tertutup atau bercapah. Guru perlu tahu, kesesuaian soalan yang akan ditanya kepada kanak-kanak ini daripada segi tahap umur, pemeringkatan soalan, dan kesan soalan itu kepada kanak-kanak itu. Misalnya, sebelum memulakan lakaran tentang perspektif , beberapa boleh dikemukakan seperti, apakah perbezaan dari segi pandangan kita apabila berada di tempat tinggi, sederhana, dan rendah?Diakhir pengajaran, guru mesti menyoal semula murid-murid akan apa yang telah di pelajari tadi. Dalam membina kereta pula jenis penyolaan yang sesuai ditanya seperti :1. Dari mana kereta berasal ?

2. Siapakah yang mula-mula mencipta kereta ?

3. Bagaimana hendak membentuk sebuah kereta ?

4. Apakah kereta yang menjadi kegemaran saya ?

Persoalan-persoalan ini perlu untuk mewujudkan satu pemikiran yang kreatif untuk memulakan proses membentuk sebuah kereta yang kreatif.

Hasil ciptaan manusia melalui peniruan alam semula jadi

Bentuk hadapan kereta yang cuba diolah menjadi seperti ikan jerung melalui mata dan gigi.PEMERHATIAN

Pemerhatian yang berfokus dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Pemerhatian dapat melatih pengamatan kita kepada 1 perkara. Sebagai contoh, sebelum penghasilan produk logam. Murid-murid ditunjukkan contoh-contoh kereta yang telah dibuatkan oleh murid-murid yang lepas. Melalui pemerhatian ini, murid-murid diminta membuat pengamatan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, sentuhan dan penglihatan.Seterusnya murid berbincang dengan guru bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaiman hal benda diolah menjadi kereta yang dikehendaki. Contoh, guru menunjukkan gambar-gambar kereta . Murid-murid perlu mengubah objek menjadi rujukan.

PENEMUAN

Penemuan memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha menemukan sesuatu yang baru, Murid-murid perlu mencari 1 kelainan, hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan. Sebagai contoh, gabungan bentuk-bentuk setiap kereta yang diperhatikan akan diubahsuai, diselidik dan kajian secara keartif melalui penemuan baru.

Hasil kajian dan penyelidikan gabungan bentuk yang dikehendaki.

Kepingan polistrim yang dipotong dan dicantumkan semula.

Bahan-bahan yang digunakan hasil dari penyelidikan dan kajian.

Penemuan penggunaan tayar melalui gelas polistrim yang dibentuk.

Bahagian tayar akan dicantumkan dengan lidi dan penutup botol yang digam

pada cawan polistrim yang dipotong.

PERCUBAAN

Melibatkan eksperimentasi murid-murid tindakan spontan dan kesalahan semasa pembelajaran.Sebagai contoh, penghasilan kereta dapat memberi peluang kepada murid-murid mencuba dan melihat hasil pada reka bentuk kereta. Percubaan dapat memberi pengalaman estetika semasa penghasilan produk. Ini penting kerana, melalui pengalaman murid-murid dapat menghasilkan kereta dengan baik daripada sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik seseorang murid itu erti kesabaran.

KEPENTINGAN KAJIAN 1. Membantu guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam mengenal pasti tahap kreativiti dan amalan kreativiti murid-murid.2. Membantu guru-guru Pendidikan Seni Visual menilai keberkesanan sendiri dalam pengajaran dan pembelajarannya.

3. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual dapat membimbing guru-guru Seni Visual ke arah pengajaran yang berkesan.

4. Pihak-pihak tertentu dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan kreativiti guru Seni Visual.

PENEROKAAN

Penerokaan bermaksud mencari sesuatu perkara, mendalami sesuatu yang baru.Sebagai contoh, mendalami dan mencari penemuan baru.Penerokaan ini boleh berlaku dalam atau luar bilik darjah.Contohnya, melalui pengajaran dan pembelajaran membina kereta, murid-murid digalakkan mencari bahan-bahan yang terbuang. Pelbagai bahan tadi digabungkan untuk menghasilkan kereta yang unik dan menarik.

Bahan terbuang yang digunakan untuk membina sebuah keretaBalutan kertas surat khabar untuk menguatkkan lagi struktur binaan asas.

Hasil gabungan struktur asas polistrim dan mula dicat dengan menggunakan cat spray

bagi mencantikan lagi struktur body kereta.

Kereta yang dicat dengan spray ditabur serbuk pengilat bagi mencantikan lagi warna kereta

Hasil langkah demi langkah untuk menjadikan sebuah kereta dari pelbagai sudut .

MEMANIPULASIKAN

Memanipulasikan membawa maksud kepekanan pada persekitaran yang perlu digalakkan. Contohnya, murid-murid perlu peka pada persekitaran supaya dapat memanipulasikan objek di sekeliling mereka menjadi suatu bahan seni. Murid-murid secara kratif boleh memanipulasikan bahan, ruang, cahaya dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid-murid bagi menggembangkan bakat murid-murid tersebut. Guru perlu mencipta kumpulan dikalangan murid-murid, kemudian meminta menggunakan bahan yang terbuang untuk dijadikan sesuatu bahan yang baru, yang boleh digunakan semula. Secara tidak langsung kreativiti murid akan berkembang dan dapat mencipta sesuatu yang baru. Melalui pendidikan seni, guru dapat menjana minda murid-murid untuk berfikir secara logik. Bahan yang terbuang dapat digunakan semula, dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar secara berleluasa dan pembaziran.

Bahan-bahan yang terbuang digunakan semula dalam membentuk kereta.

SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN

Guru mencadangkan sesuatu cara yang terbaik memupuk kreativiti murid-murid iaitu dengan memberi kepercayaan penuh bagi murid-murid menonjolkan bakat mereka dengan pelbagai suasana. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmonis dalam kelas dan tidak mengongkong murid-murid bagi menghasilkan karya. Ini dapat memberikan keseronokan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Hasilan kereta yang kreatif mewujudkan satu proses pembelajaran yang menyeronokan bagi murid-murid.MENINGKATKAN MOTIVASI

Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.

(a) Memilih Bahan dan Alat

Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

(b) Masa

Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan

Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

(e) Hormat-menghormati

Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan Motivasi

Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

REFLEKSI

Alhamdullah syukur Kehadrat Allah s.w.t kerana limpah kunianya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun dalam kesibukan setiap hari menjalankan tugas sebagai guru dan juga ayah kepada anak-anak.

Daripada hasil tugasan ini dapatlah rasanya saya berterima kasih kepada Tuan Hj Yaakob kerana banyak memberi gambaran dan tunjuk ajar sehingga terhasilnya kerja khusus ini. Melalui proses menghasilkan kereta polistrim ini , saya telah mendapat pengalaman baru dalam hidup saya.

Mungkin pengalaman ini saya akan kongsikan dengan rakan-rakan di sekolah dan tidak lupa juga pada murid-murid di sekolah. Tambahan pula saya guru tahun 6 akan menggunakan pengalaman ini untuk menjalankan satu aktiviti yang melibatkan tahun 6 selepas peperiksaan UPSR nanti dalam aktiviti Seni Visual.

Akhir kata semoga apa yang telah dihasilkan menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna bagi saya terutamanya kerja-kerja yang melibatkan amali.

Sekian terima kasih.

RujukanMohamad Bin Aman dan Kasim Bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal

Kanak-kanak. Kajang; Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004). Kreativiti: Teori, Konsep dan Praktis. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia PressLaman Wabhttp://flow-sharul.blogspot.com/2009/11/tokoh-kreativiti-ellis-paul-torrance.htmlzaman88.blogspot.com/2009/07/general-creativity.html

imann9969.blogspot.comsenivisual2.blogspot.com