kreativiti 2.doc

42
Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG TOPIK 4 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGASAAN (KSPK) 4.1 PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Latar Belakang Petunjuk Prestasi Utama (KPI} Sub-NKRA : Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penyemakan Kurikulum 1970an KEMAS dan Jab. Perpaduan mulakan kelas prasekolah awam 1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 1992 KPM memulakan Prasekolah 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2008/9 KPK disemak semula 2010 Pelaksanan KSPK Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada: - Pembangunan modal insan - Penghasilan pelajar celik minda - Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat - Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif Perubahan yang dilakukan: - Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan - Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. - Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama - Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah 94

Upload: aiza-shah

Post on 14-Sep-2015

305 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 4

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGASAAN (KSPK)4.1 PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Latar BelakangPetunjuk Prestasi Utama (KPI} Sub-NKRA : Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penyemakan Kurikulum1970an KEMAS dan Jab. Perpaduan mulakan kelas prasekolah awam1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

1992 KPM memulakan Prasekolah1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)2008/9 KPK disemak semula 2010 Pelaksanan KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

Perubahan yang dilakukan: Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah

Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia:

Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasar kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberI sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Matlamat KSPKPendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut: Jasmani: Mempunyai tubuh badan yang sihat

Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik

Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan

Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan motor kasar Emosi: Mempunyai konsep kendiri yang positif Mempunyai keyakinan diri Mempunyai jati diri Berani mencuba Mempunyai kematangan emosi

Menghormati perasaan dan hak orang lain

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Intelek:

Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia

Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris

Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)

Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)

Memperolehi kemahiran proses sains asas

Memperolehi kemahiran matematik asas Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid

Mempunyai daya kreatif dan estetika

Menghargai keindahan alam dan warisan budaya Rohani:

Mengamalkan nilai murni Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Sosial: Berkebolehan berkomunikasi yang mantap. Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Menyuarakan pandangan dan perasaan. Bekerjasama dengan orang lain. Fokus pembelajaran berpusatkan murid Kumpulan murid berumur 4-6 tahun

proses pengajararan- inkuiri penemuan

pendekatan bertema, bersepadu dan belajar melalui bermain.

prinsip Developmentaly Appropriate Practice (DAP) diutamakan Penekanan Kurikulum dan Tahap Persekolahan dalam Kurikulum Transformasi:perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, sahsiah, sikap dan nilai, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul )

4 kata kekunci: Menyuburkan (Enriching) Aktif Penglibatan (Engaging) Selamat (Safe) Seronok (Fun)Organisasi kurikulum Digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh kanak-kanak. Berpaksikan kepada pengetahuan,kemahiran asas serta nilai

Terkandung di dalam 6 tunjang: komunikasi, kerohanian sikap dan nilai, kemanusian,Literasi sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri.

Rekabentuk kurikulum 2 ciri utama iatu kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.1). Kurikulum berasaskan standard

Ekuiti dan kualiti

Standard kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard pembelajaran

Objektif tingkah laku.

2) Kurikulum berbentuk modular 2 jenis modul diwujudkan iaitu modul asas dan modul bertema Modul asas

komponen Bahasa (Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil) ,Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini

Modul Bertema

Modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.

Pelaksanaan KurikulumPeruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah 4 jam sehari (termasuk waktu rehat) Jika bahasa pengantar selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa Malaysia

hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu

Jika bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia maka Bahasa Inggeris

hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu

Jika bahasa pengantar adalah selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa Inggeris diajar hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu.

Jika terdapat 5 orang atau lebih murid beragama Islam maka pengajaran agama islam hendaklah diajar oleh guru yang bertauliah sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.

Jika terdapat 5 orang atau lebih murid bukan beragama Islam maka pengajaran pendidikan moral hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 2 jam semingguJadual 1: Peruntukan masa mengikut Akta Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kelas PrasekolahBilPERKARAPeruntukan masa seminggu utk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya (minit)

1Bahasa Malaysia180

180

2Bahasa Inggeris180180

3Pendidikan Islam/Pendidikan Moral120120

4Bahasa Cina/ Bahasa Tamil180

Waktu pengajaran berdasarkan modul asas dan teras. Lebih fleksibel.

Modul asas diberi peruntukan waktu lebih pada awal tahun untuk penguasaan

membaca, menulis, mengira dan menaakul.Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas Prasekolah yang Bahasa Pengantarnya Bahasa Malaysia

50%

35%

0% (Awal tahun) (akhir tahun)

Peruntukan waktu untuk Modul bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke akhir tahun secara beransur-ansurJadual 2: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa MalaysiaBilModulPeruntukan masa

Seminggu (minit)

Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%)

1Rutin pagi50

2Perbualan pagi100

3Rehat150

4Refleksi sebelum balik50

Jumlah350

Modul asas (lebih kurang 35%)

4Bahasa Malaysia90

5Bahasa Inggeris90

6Pendidikan Islam/Pendidikan Moral120

7Permainan Luar80

8Matematik40

Jumlah420

Modul bertema (lebih kurang 35%)

9Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik430

Jumlah430

Jumlah minit seminggu1200

Jadual 3: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Cina.Bahasa Tamil dan Bahasa Pengantar lain

BilModulPeruntukan masa

Seminggu (minit)

Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%)

1Rutin pagi50

2Perbualan pagi100

3Rehat150

4Refleksi sebelum balik50

Jumlah350

Modul asas (lebih kurang 40%)

4Bahasa Malaysia90

5Bahasa Inggeris90

6Pendidikan Islam/Pendidikan Moral120

7Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Pengantar lain80

8Permainan Luar80

8Matematik40

Jumlah510

Modul bertema (lebih kurang 30%)

9Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik340

Jumlah340

Jumlah minit seminggu1200

Jadual 4: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

BilBidang PembelajaranPeruntukan masa

Seminggu (minit)

1Rutin pagi50

2Perbualan pagi100

3Rehat150

4Refleksi sebelum balik50

5Bahasa Malaysia

-modul asas BM

-*modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BM90

34045 min x 2 hari

70 min x 5 hari

6Bahasa Inggeris

-Modul asas BI

-* modul teras bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BI*90

9045 min x 2 hari

45 min x 2 hari

7Pendidikan Islam/Pendidikan Moral12040 min x 3 hariAtau

60 min x 2 hari

8Permainan Luar8040 min x 2 hari

9Matematik4040 min x 1 hari

Jumlah minit seminggu1200

*elemen yang dimaksudkan termasuk bahasa, sains, matematik, kemanusian, muzik, seni visual, perkembangan sosio emosi, pendidikan moralJadual 5: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau bahasa pengantar lain

BilBidang PembelajaranPeruntukan masa

Seminggu (minit)

1Rutin pagi50

2Perbualan pagi100

3Rehat150

4Refleksi sebelum balik50

5Bahasa Malaysia (BM)

-modul asas BM

-*modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BM90

9045 min x 2 hari

45 min x 2 hari

6Bahasa Inggeris (BI)

-Modul asas BI

-* modul teras bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BI*90

9045 min x 2 hari

45 min x 2 hari

7Pendidikan Islam/Pendidikan Moral12040 min x 3 hari

Atau

60 min x 2 hari

8Bahasa Cina/Bahasa Tamil/ Bahasa Pengantar Lain

-modul asas

-*Modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam bahasa pengantar90

16045 min x 2 hari

30 min x 5 hari

8Permainan Luar8040 min x 2 hari

9Matematik4040 min x 1 hari

Jumlah minit seminggu1200

4.2. TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN(Rujuk Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)

4.2.1. Tunjang Komunikasi Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib diajar kepada semua kanak-kanak prasekolah.

Bahasa Cina dan Tamil diajar kepada prasekolah aliran cina dan tamil.

Bahasa Malaysia diajar 2 jam seminggu , Bahasa Inggeris diajar 2 jam seminggu bagi prasekolah bahasa penghantarnya Bahasa Malaysia dan 1 jam seminggu jika bahasa penghantarnya bukan Bahasa Malaysia.

Fokus utama Bahasa Komunikasi ialah mengajar kemahiran bahasa dan seni bahasa.

Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menuis.

Bahan yang digunakan mesti sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

4.2.2. Tunjang Sains dan Teknologi Merangkumi awal sains,awal matematik,aktiviti menggunakan blok dan ICT.

Memberi peluang kanak-kanak meneroka alam sekitar dengan deria dan peralatan mudah.

Mencungkil sifat ingin tahu,sistematik dan teliti.

Mengenal konsep pranombor, nombor,operasi nombor yang mudah,konsep waktu,wang, bentuk dan ruang.

Memberi peuang kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu.4.2.3. Tunjang Kemanusiaan Tunjang ini memberi peluang kanak-kanak mengenali diri sendiri. perhubungan antara keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar.

Kanak-kanak diajar tanggungjawab terhadap perhubungan ini.

Pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.4.2.4. Tunjang Fizikal Dan EstetikaMerangkumi perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta perkembangan Kreativiti.

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus,motor kasar dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.

Mengajar teknik yang betul untuk melompat,menyambut objek,membaling objek dan postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan diri,kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat juga aspek keselamatan.

Perkembangan Kreativiti

Merangkumi seni visual,pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif.

Kanak-kanak diberi peluang menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dengan aktiviti kreativiti. Seni visual

-aplikasi seni (mengenal dan memilih bahan untuk menghasilkan sesuatu karya)

-aspresi kreatif ( proses penghasilan karya) -apresiasi seni ( proses menceritakan hasil kerja sendiri dan menunjukan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain)

Pendidikan Muzik-aktiviti menyanyi,bermain perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi dan aspresiasi muzik.

Drama dan Gerakan Kreatif aktiviti drama dan gerakan. Kanak-kanak main peranan, berlakon, menari dan gerakan kreatif.

4.2.5. Tunjang Ketrampilan Diri

Merangkumi mengenali dan pengurusan emosi diri , pencapaian emosi positif, pembinaan konsep kendiri positif.

Perkembangan sosio emosi berlaku sepanjang masa, tidak dicapai melalui aktiviti spesifik, boleh melalui aktiviti rutin, rehat dan semasa makan.4.2.6 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Merangkumi Pendidikan Islam dan pendidikan Moral.

Pendidikan Islam dipelajari selama 2 jam seminggu.

Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam

memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman, Sirah Rasulullah, dan Kalimah Syahadah.

Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakkan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan mengikut adab , jawi, surah pendek dan doa pilihan.

Pendidikan Moral merangkumi nilai-nilai murni, kepercayaan kepada Tuhan 4.3. PERANCANGAN RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Pengajaran TahunanMerupakan satu kerangka perancangan pengajaran & pembelajaran lengkap dengan komponen, hasil pembelajaran & aktiviti serta bahan yang disusun mengikut kesesuaian masa yang dirancang dari minggu ke minggu.

Dilaksanakan dalam tempoh setahun ObjektifGuru dapat merancang, merangka, menyedia dan menyelaras secara tersusun Rancangan PengajaranTahunan/Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk mencapai Hasil PembelajaranProsedur menyediakan rancangan pengajaran tahunan

Memilih dan menentukan tema Membina web tema umum & web tema khusus Menyediakan senarai semak hasil pembelajaran Menulis Rancangan Pengajaran Tahunan/Mingguan

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan

MINGGUStandard KandunganStandard PembelajaranAktiviti

2TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA

(BM 1) Kemahiran Mendengar.

(BM 1 .1) Mendengar dengan penuh perhatian dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang). (BM 2) Kemahiran Bertutur.

(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.

(BM 3) Kemahiran Membaca.

(BM 3.1) Mengenal bentuk huruf A - Z. (BM 4) Kemahiran Menulis.

(BM 4.1) Menguasai kemahiran pratulis

TUNJANG KEMANUSIAAN (KM 1.0) Diri saya

(KM 1.1) Mengetahui tentang latar belakang sejarah diri sendiri

TUNJANG KOMUNIKASI

BAHASA INGGERIS

(BI 1)Listening speaking (BI 1.1) Listen to and discriminate sounds (BI 2 Pre reading skills (BI 2.1) Understand that printed materials contain meaning.

(BI 3 ) Reading Skills.

(BI 3.1) Identify alphabet.

(BI 4) Writing Skills.

(BI 4.1) Pre-writing skills. (BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila dengan bimbingan.

(BM2.1.1) Berbual dengan sebutan perkataan yang betul.

(BM 3.1.1) Menyebut huruf mengikut urutan (BM 4.1.1) Memengang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis.

(KM 1.1.2) Menceritakan tentang diri sendiri (contoh: nama, umur, jantina, bangsa, hobi).

(BI 1.1.1) Listen to and identify common sounds around them. (BI 2.1.1) Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading. (BI 3.1.1) Recognize letters of the letters of the alphabet by their shapes.

(BI 4.1.1) Engage in activities requiring eye-hand coordination. 1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.

2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.

3. Menyanyikan lagu ucapan selamat

Contoh: Selamat pagi cikgu,

Selamat pagi cikgu,

Selamat pagi,

Selamat pagi,

Selamat pagi cikgu.

(Melodi: Happy Birthday)

4. Bercerita tentang diri sendiri. 5. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu.

6. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar.

7. Main peranan memberi ucapan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan.

8. Berlakon mengikut emosi -gembira ,sedih,takut dan marah

9. Permainan mimik muka

1. Bercerita tentang diri sendiri.

2. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu.

3. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar.

4. Teacher introduces each of the students to the class.

5. The children introduce themselves to the class, e.g : My name is Ali.

6. Teacher reads a short story.

7. Teacher ask questions and the children answer them.

8. The children act out lines from the short story.

9. Talk to children about the letters that represent the sounds they hear at the beginning of their names. 10. Say childrens names and help them match letters with the first sound of their name Farah F.

11. Encourage children to draw and paint and talk about what they have done.

Contoh Web:

Rancangan Harian Kriteria-kriteria yang perlu ada sewaktu menulis Rancangan Harian ialah ;

Rancangan Tahunan / Rancangan Mingguan

Tema

Hari, Tarikh, Masa

Komponen, Hasil Pembelajaran

Aktiviti, Bahan

Kesepaduan

Catatan

Penutup

Refleksi

Aktiviti dalam Rancangan Harian perlu berteraskan ABP (Amalan Bersesuaian Perkembangan) yang menjana perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor.

Perlaksanaan pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu perlu seimbang di dalam dan di luar kelas Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid dengan pendekatan yang bersesuaian.

Pemilihan sumber hendaklah berasaskan tema, persekitaran dan pengetahuan sedia ada serta minat murid.Contoh Rancangan Slot PengajaranKelas

:Tadika Mustika

Tarikh

: 05 Januari 2010

Masa

: 0800- 0830 pagi

Bil. murid: 25 orang

Modul

:Tema

Tajuk/Tema:Keluarga saya

Tunjang Utama :

KM2.0 Saya dan Keluarga

Standard Kandungan:

KM2.1 Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek, ibu, bapa, adik beradik)BM2.2

Meransang pertuturan melalui soal jawab

Standard Pembelajaran : KM2.1.2Menceritakan salasilah keluarga terdekat.BM2.2.6Menjawab soalan dengan jawapan yang bersesuaianKesepaduan Tunjang :

BM2.0

Kemahiran bertuturObjektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- (i)bercerita tentang salasilah keluarga sendiri.

Pengetahuan Sedia ada :

Murid telah didedahkan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak.

Kemahiran Berfikir (KB):

Mengekategori umur dan jantina.Penerapan Nilai:

Kasih sayang, hormat menghormatiAlat Bantu Mengajar :

Carta Pokok Keluarga, Gambar Keluarga, Lagu Kasih SayangFokus MI:

Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan interperonalKosa Kata:Ibu, bapa, datuk, nenek, adik, abang, kakakLANGKAH/ MASA ISI PELAJARANAKTIVITI P&PCATATAN/ ABM

Set Induksi

( 5 minit )Kasih sayang (Tulis senikata lagu)1.Guru perdengarkan lagu Kasih Sayang Keluarga.

2.Guru dan murid menyanyi lagu Kasih Sayang Keluarga sambil berpegang tangan.

ABM:

CD / kaset Lagu: Kasih Sayang Keluarga

Langkah 1

( 5 minit )

Ahli keluarga: datuk, nenek, ibu, bapa dll

Soalan guru:

Siapakah yang kamu paling sayang ?.

Siapakah yang paling tua dalam keluarga?1.Guru bertanya dan murid akan

memberitahu / menjawab soalan.

2. Guru mempamerkan gambar keluarga mengikut jawapan murid.

ABM:Gambar ahli keluarga

KB: menjana ideaPN: hormatMI: linguistik

Langkah 2

( 10 minit )

Susunan gambar

mengikut:

Peringkat umur;

Jantina;

Pasangan

1.Murid diminta

menyusun gambar keluarga mengikut umur atau jantina di papan tulis.

2.Murid diminta menyusun gambar mengikut pasangan.

ABM:Gambar ahli keluarga

KB: mengkategoriPN: hormatMI: linguistik

Langkah 3

( 7 minit )Pokok Keluarga/

Salasilah keluarga1. Guru bahagikan murid dalam kumpulan secara berpasangan dan mengedar gambar pokok keluarga untuk dilengkapkan.

2. Murid bercerita tentang pokok keluarga yang telah disiapkan.ABM:Gambar pokok keluarga

KB: mengkategoriPN: linguistikMI: linguistik

Penutup

( 3 minit)Kasih sayang terhadap keluargaGuru merumuskan pelajaran hari itu dan bersama-sama menyanyi lagu Kasih Sayang Keluarga.

ABM: CD/ Kaset Lagu

KB: refleksiPN: penyayang

Refleksi Guru: KESIMPULAN Penulisan perancangan tahunan dan harian merupakan asas dan panduan untuk guru mencapai hasil pembelajaran yang dirancang.

Agihan masa dan komponen akan lebih seimbang dalam P&P.

Cadangan yang diberi diharap dapat memberi idea kepada guru untuk merancang dan menyedia dengan format penulisan yang lebih sistematik

Guru dapat melaksanakan aktiviti P&P dengan lebih bermakna dan menarik minat murid serta akhirnya mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.

4.4. PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN

Konsep Pentaksiran

proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.

proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.

(Arthur et.al.; 1996)

Ia merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan pelbagai kaedah.Definisi Pentaksiran Prasekolah:

Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian.

Tujuan Pentaksiran di Prasekolah

mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur

mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi memperkukuhkan

mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. memberi maklumbalas kemajuan murid Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK

Merangkumi keseluruhan tunjang termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial.

Penyertaan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran kerana melibatkan banyak faktor. Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.

Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).

Dijalankan dalam suasana tidak formal.

Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.

Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.

Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.

Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.

Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid

Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :

Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.

Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

Apakah yang ditaksir? Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung dalam KSPK yang mengandungi : Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan Termasuk elemen berikut : penerapan nilai pembentukan sikap penguasaan kemahiran status kecergasan status kesihatan kesediaan sosial Maksud konstruk dalam pentaksiran di prasekolah adalah:Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu

- Kemahiran Mendengar

- Kemahiran Bertutur

- Kemahiran Membaca Perkataan

- Kemahiran Membaca Ayat

- Kemahiran Menulis Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard Prestasi.Standard Prestasi Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.Standard Prestasi digunakan semasa kita mentaksir.

Pentaksiran di prasekolah melibatkan proses:

i) Merancang

ii) Membina Instrumen

iii) Melaksanakan Pentaksiran

iv) Merekod

v) Menyimpan, Menganalisis Maklumat dan MelaporMODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

Senarai Semak

Definisi:Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan sesuatu pelakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan Prosedur Perkara yang perlu diberi perhatian : Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas

Rekod Anekdot

Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.

Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.Panduan Merekod Anekdot Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat Menulis apa yang dilihat secara objektif Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid

CONTOH REKOD ANEKDOT

Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.

Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 5 minit.Prosedur

Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.

Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.

Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.

Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan Menulis Rekod Berterusan

Rekod perkara yang benar-benar berlaku Guna bahasa yang mudah difahami Guna singkatan semasa mencatat Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit. CONTOH REKOD BERTERUSANNama: Asri bin Yusof Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2010

Guru: Mohd Ismail Masa: 11.00 pagi Item: Peraturan

PemerhatianUlasan

Asri masih berada diruang mengambil wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat.

Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan.

Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk Amin menyampuk ,Tadi dia main air, cikgu.

Asri mengundur masuk ke saf belakang. Belum memahami tertib mendirikan solat berjemaah

Skala Kadar

Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala - secara angka atau gred.

Semasa merancang guru perlu menentukan :

Tajuk

Kemahiran , tingkah laku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas

Penerangan skala dinyatakan

Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan

Tindakan susulan

Mempunyai 2 jenis tindakan susulan :i. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran - Murid yang sudah menguasai - Perlu latihan lebih mencabar ii. Bimbingan dan pemulihan - Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard - Perlu galakan dan aktiviti bimbingan Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.

Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid

Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang

ditentukan

Etika Pentaksiran Hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja Rekod tidak boleh dipamerkan Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun

Modul Teras Asas

Modul Bertema

Nama: Maria

Masa: 9.00 pagi

Tarikh: 20.10.2010

Tempat: Di luar Kelas

Pemerhatian:Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolah-olah seperti bola raga.Maria menegur: Mana boleh buat macam tu Tak apa, kata Agus.Tak reti..itu bukan bola kata Maria lagi. Tak apalah.. , jawab Agus lagi.Sayang bunga tu Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ.

Interpretasi:

- Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar.

- memiliki kecerdasan naturalis

Persekitaran Rumah

Suasana ampaian/pokok bunga/kolam Ikan/haiwan ternakan/pokok buah-buahan/kebun sayur

Kebersihan Rumah Saya

Cara-cara membersih rumah

Peralatan yang diperlukan-pongkes/penyapu/tong sampah/pewangi

Keselamatan

Alat-alat yang membahayakan diri

Cara menyimpan alatan

Peti pertolongan Cemas

Pemadam api

Cara merawat

RUMAH SAYA

Bentuk dan Jenis Rumah Saya

Rumah batu

Rumah papan

Banglo

Teres

Flat/pangsa

Ruang Rumah Saya

Ruang tamu/bilik air/dapur/bilik tidur

Peralatan setiap ruang

Cara penggunaan alatan

112

24

Insan

seimbang

Pemikiran Kritis & Kreatif

Inovatif

Fizikal & EstetikaPerkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

TUNJANG KSPK

24

Bahagian Pembangunan Kurikulum

24