kreativiti guru pendidikan seni

7
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(1): 11-17 (2003) Kreativiti Guru Pendidikan Seni ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press CHUA YAN PIAW, SHARIFAH MD. NOR, NAIM B. MOHD & WAN ZAH WAN ALI Jabatan Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43300 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Kreativiti, guru Pendidikan Seni sekolah menengah ABSTRAK Matlamat utama kajian ialah untuk membandingkan kreativiti guru Pendidikan Seni Terlatih dan guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih yang mengajar di sekolah-sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan alat Ujian Pemikiran Kreatif Figural Torrance untuk memperoleh indeks kreativiti guru. Subjek kajian terdiri daripada seramai 34 guru Pendidikan Seni terlatih dan 45 guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22 sekolah menengah daerah Rulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan guru Pendidikan Seni adalah lebih kreatif secara signifikan berbanding kumpulan guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari segi kelancaran dan penghuraian. Ini bererti guru Pendidikan Seni terlatih ini lebih berupaya memahami, membaca dan menghuraikan idea-idea kreatif yang dihasilkan pelajar. Pengkaji mencadangkan agar kursus dan latihan yang diberikan kepada para guru Pendidikan Seni pada masa depan lebih mengutamakan aspek kreativiti. ABSTRACT The main purpose of this study is to compare the creativity of trained and untrained art education teachers. This is a descriptive study that uses the Torrance Test of Creative Thinking as its instrument to obtain the creative thinking indexes of the teachers. Subjects of the study comprise 34 trained art education teachers and 45 untrained art education teachers from 22 secondary schools located in the district of Rulu Langat, Selangor. The results of the study indicated that trained art education teachers are significantly more creative than untrained art education teachers in the aspects of fluency and elaboration. This suggests that trained art education teachers can understand creative ideas better and elaborate on them in more detail than untrained art education teachers. The researcher suggests that in future teachers training programmes should place more emphasis on creativity. PENGENALAN Kreativiti merupakan salah satu keupayaan unik semula jadi manusia. Adalah dipercayai bahawa seseorang individu tidak dapat menggunakan potensi dirinya dengan sempuma tanpa kreativiti. Pendidikan seni merupakan salah satu mata pelajaran utama di sekolah yang penting untuk merangsang pemikiran kreatif para pelajar. Walau bagaimanapun, menurut Victor (1978), guru-guru Pendidikan Seni yang tidak terlatih dalarn Pendidikan Seni adalah kurang kreatif dan kurang berupaya memperkembang kreativiti pelajar. Dakwaan Victor disokong oleh Pertubuhan Seni Negeri-negeri Barat, Amerika Syarikat (1976), yang melaporkan kajian ke atas lebih daripada 5000 sekolah di Amerika Syarikat. Lebih daripada 2000 pelukis dan seniman profesional ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut sebagai guru seni untuk meningkatkan keupayaan kreatif pelajar. Hasil kajian tersebut menunjukkan minat pelajar dan pencapaian mereka dalarn akademik juga bertambah. Bagi memperlihat sarna ada guru yang dilatih untuk mengendali aktiviti kreatif dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam mata

Upload: lydang

Post on 28-Jan-2017

274 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(1): 11-17 (2003)

Kreativiti Guru Pendidikan Seni

ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

CHUA YAN PIAW, SHARIFAH MD. NOR, NAIM B. MOHD & WAN ZAH WAN ALIJabatan Pendidikan

Fakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia

43300 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Kreativiti, guru Pendidikan Seni sekolah menengah

ABSTRAK

Matlamat utama kajian ialah untuk membandingkan kreativiti guru Pendidikan Seni Terlatih danguru Pendidikan Seni Tidak Terlatih yang mengajar di sekolah-sekolah menengah. Kajian inimerupakan kajian deskriptif yang menggunakan alat Ujian Pemikiran Kreatif Figural Torranceuntuk memperoleh indeks kreativiti guru. Subjek kajian terdiri daripada seramai 34 guruPendidikan Seni terlatih dan 45 guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22 sekolah menengahdaerah Rulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan guru PendidikanSeni adalah lebih kreatif secara signifikan berbanding kumpulan guru Pendidikan Seni tidakterlatih dari segi kelancaran dan penghuraian. Ini bererti guru Pendidikan Seni terlatih ini lebihberupaya memahami, membaca dan menghuraikan idea-idea kreatif yang dihasilkan pelajar.Pengkaji mencadangkan agar kursus dan latihan yang diberikan kepada para guru PendidikanSeni pada masa depan lebih mengutamakan aspek kreativiti.

ABSTRACT

The main purpose of this study is to compare the creativity of trained and untrained art educationteachers. This is a descriptive study that uses the Torrance Test of Creative Thinking as itsinstrument to obtain the creative thinking indexes of the teachers. Subjects of the study comprise34 trained art education teachers and 45 untrained art education teachers from 22 secondaryschools located in the district of Rulu Langat, Selangor. The results of the study indicated thattrained art education teachers are significantly more creative than untrained art educationteachers in the aspects of fluency and elaboration. This suggests that trained art educationteachers can understand creative ideas better and elaborate on them in more detail thanuntrained art education teachers. The researcher suggests that in future teachers trainingprogrammes should place more emphasis on creativity.

PENGENALAN

Kreativiti merupakan salah satu keupayaan uniksemula jadi manusia. Adalah dipercayai bahawaseseorang individu tidak dapat menggunakanpotensi dirinya dengan sempuma tanpa kreativiti.Pendidikan seni merupakan salah satu matapelajaran utama di sekolah yang penting untukmerangsang pemikiran kreatif para pelajar.Walau bagaimanapun, menurut Victor (1978),guru-guru Pendidikan Seni yang tidak terlatihdalarn Pendidikan Seni adalah kurang kreatifdan kurang berupaya memperkembang kreativiti

pelajar.

Dakwaan Victor disokong oleh PertubuhanSeni Negeri-negeri Barat, Amerika Syarikat(1976), yang melaporkan kajian ke atas lebihdaripada 5000 sekolah di Amerika Syarikat. Lebihdaripada 2000 pelukis dan seniman profesionalditempatkan di sekolah-sekolah tersebut sebagaiguru seni untuk meningkatkan keupayaan kreatifpelajar. Hasil kajian tersebut menunjukkan minatpelajar dan pencapaian mereka dalarn akademikjuga bertambah.

Bagi memperlihat sarna ada guru yang dilatihuntuk mengendali aktiviti kreatif dapatmeningkatkan kreativiti pelajar dalam mata

Page 2: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Chua Van Piaw, Sharifah Md. Noor, Nairn b. Mohd & Wan Zah Wan Ali

pelajaran Pendidikan Seni, Richmond (1993)membina satu konsep imaginatif dalampengajaran Pendidikan Seni untuk membantumeningkatkan imaginasi pelajar dalam hasil senipelajar. Dalam kajian itu, guru-guru yang dilatihdengan konsep tersebut telah meningkatkankeupayaan kreatifpelajar. Ferrell, Kress dan Croft(1988) juga melaporkan bahawa hasil kajianmereka menunjukkan kumpulan guru yangdilatih di bawah program pengajaran yangberorientasikan konsep kreativiti adalah lebihinovatif, lebih kreatif dan lebih menghargai idea­idea pelajar daripada kumpulan guru yang dilatihdi bawah program pendidikan guru yang biasa.

Sementara itu, Mohan (1973) membuatkajian ke atas kreativiti guru dan mendapatikandungan kursus-kursus pendidikan pusatlatihan guru adalah kurang menekankan aspekkreativiti. Beliau mencadangkan bahawa programlatihan guru harus lebih mementingkan aspekkreativiti guru. Menurut beliau, kursus-kursuskreativiti adalah amat diperlukan oleh para guruterlatih dan guru pelatih.

Lowendeld dan Brittain (1975) berpendapatbahawa guru harus berminat dalam PendidikanSeni dan meningkatkan keupayaan diri untukmengendalikan aktiviti yang kreatif secaraberterusan bagi melibatkan pelajarnya dalamekspresi kreatif. Semua kanak-kanak mempunyaidesakan kreativiti dalaman yang dapat disalurkanmelalui aktiviti-aktiviti seni. Pelajar harusdidedahkan kepada sebanyak bentuk idea danrangsangan yang mungkin, kerana proses kreatifadalah bukan hanya satu keseronokan bagipelajar sendiri sahaja, ia merupakan latihanuntuk menemui dan memahami diri sendiri dandunia. Oleh itu, guru Pendidikan Seni harusdiberi latihan yang dapat meningkatkan kreativitiguru.

Di Malaysia, tiada kajian dilakukan untukmengenal pasti kreativiti guru-guru pendidikanseni, walaupun sebilangan besar guru yangmengajar mata pelajaran Pendidikan Seni disekolah-sekolah menengah adalah guru-guruyang tidak terlatih di bidang Pendidikan Seni(Chua 1998).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk melihat sama adaguru Pendidikan Seni yang terlatih lebih kreatifdaripada guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih.

KAEDAH

Responden

Bagi . ~enepat~ objektif kajian ini, 34 guruPendldikan Sem Terlatih dan 45 guru PendidikanSeni Tidak Terlatih di dalam Daerah Hulu~gat, Selangor dipilih sebagai responden kajianml. Responden ini dipilih secara rawak daripada151 guru Pendidikan Seni dalam daerah tersebut.Guru Pendidikan Seni Terlatih adalah guru yangpernah mengikuti kursus Pendidikan Seni dimakta~perguruan atau institusi pengajian tinggiyang lam, manakala guru Pendidikan Seni Tidak~erlatih adalah guru sekolah menengah yangtldak terlatih dalam bidang Pendidikan Seni,yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni.

Alat Kajian

Alat kajian bagi penyelidikan ini dinamakanUjian Kreatif Figural Torrance (TTCT).P~nggunaan dan penteIjermahan alat kajiandlbenarkan oleh pembina alat kajian ini.Te~dapat tiga aktiviti melengkapkan gambarlukisan dalam TTCT yang menguji kreativiti guru­guru Pendidikan Seni. Lima komponen kreativitiyang dikenal pasti melalui TTCT ialah:1. ~easlian ..- idea. yang unik, iaitu idea yang

Jarang d~umpal.

2. ~ela~caran - Bilangan idea baru yangdihasilkan oleh individu.

3. Penghuraian - Kebolehan memberi butir­butir lanjut yang menerangkan idea yangtelah dihasilkan.

4. Keabstrakan tajuk - keupayaan mensintesisdan menyusun pemikiran, memperolehmaklumat-maklumat penting yang diperlu­kan, mengetahui apa yang penting dalamgambar yang dilukis dan seterusnya memberitajuk yang baik kepada gambar tersebut.

5. Penentangan Penutupan "Premature" ­keupayaan untuk menentang kecenderunganuntuk membuat keputusan akhir denganserta-merta tanpa memikir atau menimbangmaklumat-maklumat yang lain.

a. Kesahan dan Kebolehpercayaan neTKajian ten tang kesahan dank~bolehpercayaannya telah banyakd~alankan dan dilaporkan. Sejumlah besarbukti ujian kesahan telah dihasilkan danditerbitkan (Torrance 1974). Kajian-kajiantersebut termasuk kesahan kandungan(content validity), kesahan ramalan

12 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.1 2003

Page 3: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Kreativiti Guru Pendidikan Seni

(predictive validity), kesahan seiring(concurrent validity) dan kesahan binaan(construct validity). Terdapat banyak kajianyang berkaitan dengan kesahan ramalan,kesahan seiring dan kesahan binaan. Kajian­kajian tersebut dihuraikan dalam 'TTCTStreamlined (Revised) Manual' (Torranceand Orlow 1984).

b. Adaptasi dan Ujian Rintis TTCT VersiBahasa Malaysia TTCT (BM)TTCT diteIjemah ke dalam bahasa Malaysiadan kemudiannya disemak dan diperbaikioleh tiga guru yang mahir dalam kedua-duabahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Kajianrintis kemudian dijalankan denganmenggunakan 11 guru sekolah menengah.Semua guru tersebut kemudian ditemu bualsecara individu. Kesemua guru tersebutmengatakan bahawa arahan-arahan mudahdifahami dan tidak mengelirukan. Setelahdua bulan, TTCT (BM) diuji semula ke atasguru-guru yang telah menjalani ujian rintis.Pekali kolerasi Kebolehpercayaan uji danuji semula bagi komponen keaslian,kelancaran, penghuraian, keabstrakan tajukdan penentangan penutupan "premature"adalah 0.82, 0.76, 0.75, 0.84 dan 0.79 masing­masing pada p< .001. Pekali kolerasiKebolehpercayaan untuk kreativiti figuralialah 0.83. Berdasarkan keputusan kajian diatas, TTCT (BM) diputuskan sesuai danboleh dipercayai untuk memperoleh skoryang stabil daripada responden.

Prosedur

Ujian TTCT diberikan secara individu kepadaguru-guru pendidikan seni di sekolah masing­masing oleh pengkaji sendiri.

Analisis Data

Statistik seperti min, sisihan piawai, varian dikiramenggunakan perisian menganalisis data SPSS.Bagi membandingkan kreativiti kumpulan guruPendidikan Seni terlatih dan kumpulan guruPendidikan Seni tidak terlatih, data yangdipungut oleh alat k<:9ian dianalisis menggunakanujian-t berdasarkan indeks kreativiti dan kelima­lima komponen kreativiti iaitu keaslian,kelancaran, penghuraian, keabstrakan tajuk danpenentangan penutupan "premature".

KEPUTUSAN

Analisis Ujian t Membandingkan Indeks KreativitiGuru Pendidikan Seni Terlatih dan GuruPendidikan Seni Tidak Terlatih

Ujian t dua sampel tidak bersandar dijalankanuntuk menguji perbezaan antara:a. Min indeks kreativiti guru Pendidikan Seni

Terlatih dan min indeks kreativiti guruPendidikan Seni Tidak Terlatih.

b. Min setiap komponen kreativiti guruPendidikan Seni Terlatih dan guruPendidikan Seni Tidak Terlatih.

Berdasarkan nilai indeks kreativiti guru-gurupendidikan seni yang diperoleh daripada skorujian TTCT,Jadual1 diperoleh seperti di bawah:

Berdasarkan Jadual 1, nilai min bagi indekskreativiti guru Pendidikan Seni Terlatih adalahlebih tinggi daripada nilai min bagi indekskreativiti guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih.Guru Pendidikan Seni Terlatih mempunyai nilaimin bagi indeks kreativiti sebanyak 78.97 dansisihan piawai sebanyak 15.85. Nilai minimumdan nilai maksimum bagi indeks kreativiti pulaialah 53.80 dan 118.80. Bagi guru PendidikanSeni Tidak Terlatih pula, nilai min bagi indekskreativiti dan sisihan piawai ialah 63.61 dan16.36. Skor indeks kreativiti ialah dari 32.20

JADUAL 1Ujian t membandingkan indeks kreativiti di antara kedua-dua kumpulan guru Pendidikan Seni

Guru Pendidikan Seni Guru Pendidikan Seni Ujian tTerlatih Tidak Terlatih(n=34) (n=45) p< .005

Min 78.97 63.61Sisihan piawai 15.88 16.36

4.03 SignifikanMinima 53.80 32.20Maksima 118.80 104.00

Sisihan piawai min = 16.35, df = 75, t(krit.) = 2.66, Aras signifikan = 1 ekor.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.1 2003 13

Page 4: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Chua Van Piaw, Sharifah Md. Noor, Nairn b. Mohd & Wan Zah Wan Ali

sehingga 104.00. Nilai sebanyak 4.03 adalahsignifikan secara statistik pada p < .005menunjukkan bahawa indeks kreativiti guruPendidikan Seni Terlatih (min = 78.97) adalahlebih tinggi secara signifikan daripada indekskreativiti guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih(min = 63.61).

Berdasarkan keputusan analisis ujian t tadi,jelaslah bahawa kumpulan guru PendidikanSeni Terlatih adalah lebih kreatif secara signifikandaripada kumpulan guru Pendidikan Seni TidakTerlatih.

Analisis Ujian t bagi Membandingkan Komponen­Komponen Kreativiti Kedua-dua Kumpulan GuruPendidikan Seni

Berdasarkan skor setiap komponen kreativiti yangdiperoleh guru-guru Pendidikan Seni dalam ujianTTCT, Ujian t dua sampel tidak bersandar

dijalankan dan keputusannya dipersembahkandalam Jadual 2.

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2,guru Pendidikan Seni Terlatih mempunyai nilaimin keaslian sebanyak 106.58 dan sisihan piawaisebanyak 29.41 manakala nilai min keaslian dansisihan piawai bagi kumpulan guru PendidikanSeni Tidak Terlatih ialah 92.47 dan 28.13. Nilait sebanyak 1.90 (df = 75, P < .05) adalah tidaksignifikan secara statistik.

Keputusan ujian ini menunjukkan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan di antaramin keaslian guru Pendidikan Seni Terlatih danguru Pendidikan Seni Tidak Terlatih. Denganerti kata lain, keputusan di atas menunjukkanbahawa tidak ada perbezaan kreativiti dari segimenghasilkan idea yang asli dan unik antaraguru Pendidikan Seni Terlatih dan guruPendidikan Seni Tidak Terlatih.

JADUAL 2Ujian t komponen-komponen kreativiti antara guru Pendidikan Seni

terlatih dan guru Pendidikan Seni tidak terlatih

Komponen-Komponen Kreativiti

KEASLIANMinSisihan piawaiMinimumMaksimum

KELANCARANMinSisihan piawaiMinimumMaksimum

PENGHURAIANMinSisihan piawaiMinimumMaksimum

KEABSTRAKAN TAJUKMinSisihan piawaiMinimumMaksimum

PENENTANGANPENUTUPAN"PREMATURE"

MinSisihan piawaiMinimumMaksimum

d.E = 75, p< .05

14

Guru Pendidikan Seni

Terlatih Tidak Terlatih

106.58 92.4729.41 28.1372 4

172 164

104.5 90.5625.10 22.4567 0

160 151

51.21 46.887.00 7.34

44 3072 80

55.00 37.0029.77 42.14

0 0100 170

60.44 55.4714.58 13.840 0

85 85

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.1 2003

1.90

2.16

2.07

1.63

1.30

Ujian t

Tidak signifikan

Signifikan

Signifikan

Tidak signifikan

Tidak signifikan

Page 5: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Data di dalamJadual2 menunjukkan bahawaterdapat perbezaaan yang signifIkan antara minkelancaran guru Pendidikan Seni Terlatih danguru Pendidikan Seni Tidak Terlatih. GuruPendidikan Seni Terlatih mempunyai nilai minkelancaran sebanyak 104.50 dan sisihan piawaisebanyak 25.10, manakala guru Pendidikan SeniTidak Terlatih memperoleh nilai min sebanyak90.56 dan sisihan piawai sebanyak 22.45. Nilai tsebanyak 2.16 adalah signifikan pada arasp < .05. Daripada keputusan ujian ini, didapatikumpulan guru Pendidikan Seni Terlatih adalahlebih kreatif dari segi kelancaran daripadakumpulan guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih,iaitu kumpulan guru Pendidikan Seni Terlatihadalah lebih berupaya menghasilkan bilanganidea barn yang banyak daripada kumpulan guruPendidikan Seni Tidak Terlatih.

Keputusan ujian t juga menunjukkanterdapat perbezaan yang signifIkan di antarakedua-dua kumpulan guru Pendidikan Seni darisegi penghuraian. Min dan sisihan piawai bagiguru Pendidikan Seni Terlatih ialah 51.21 dan7.00 manakala min dan sisihan piawai bagi guruPendidikan Seni Tidak Terlatih ialah 46.88 dan7.34. Nilai t sebanyak 2.07 adalah signifIkanpada p < .05. lni bererti kumpulan guruPendidikan Seni Terlatih lebih berupayamentafsir dan menghuraikan idea-idea pelajardaripada kumpulan guru Pendidikan Seni TidakTerlatih.

Data dalam Jadual 2 juga menunjukkanbahawa tidak terdapat perbezaan yang signifIkanantara guru Pendidikan Seni Terlatih dan guruPendidikan Seni Tidak Terlatih dari segikeabstrakan tajuk dan penentangan penutupan"premature".

PERBINCANGAN

Keputusan analisis ujian t dua sampel tidakbersandar menunjukkan bahawa terdapatperbezaan kreativiti yang signilikan antara kedua­dua kumpulan guru Pendidikan Seni Terlatihdan guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih.Kumpulan guru Pendidikan Seni Terlatih adalahlebih kreatif secara signifIkan daripada kumpulanguru Pendidikan Seni Tidak Terlatih padap < .005.

Selain daripada itu, keputusan kajian inijuga menunjukkan bahawa guru Pendidikan SeniTerlatih adalah lebih kreatif dari segi kelancarandan penghuraian. lni bererti guru PendidikanSeni Terlatih lebih berupaya menghasilkan idea-

idea yang lebih banyak dalam masa yang singkatdan lebih berupaya menghuraikan idea-ideasecara teliti daripada guru Pendidikan Seni TidakTerlatih, dan mereka lebih mementingkankreativiti dalam catan pelajar daripada guruPendidikan Seni Tidak Terlatih semasa membuatpenilaian. Dapatan kajian ini selaras denganpendapat Lowenfeld dan Brittain (1975) danVictor (1978) bahawa guru Pendidikan Seni yanglebih kreatif lebih memahami idea-idea barndan luar biasa pelajar-pel,yarnya berbanding guruPendidikan Seni yang kurang kreatif.

Mengapa kumpulan guru Pendidikan SeniTerlatih mempunyai kreativiti yang lebih tinggidaripada kumpulan guru Pendidikan Seni TidakTerlatih? Soalan ini mungkin dapat diterangkanoleh dapatan kajian Wikstrom, Ekvall danSanstrom (1994); Ferrel, Kress dan Croft (1988)dan Liikanen (1975).

Dapatan kajian Wikstrom, Ekvall danSanstrom (1994) menunjukkan bahawa aktiviti­aktiviti Pendidikan Seni meningkatkan kreativitidari segi penambahan idea-idea luar biasa iaitukelancaran. Selain itu, kajian Ferrel, Kress danCroft (1988) juga menunjukkan bahawa guru­guru yang telah menghadiri program latihanPendidikan kreatif adalah lebih inovatif dankreatif.

Basil ~ian di atas juga sepadan dengankajian Liikanen (1975) yang menggunakan alatkajian yang sama dengan kajian ini iaitu alatTTCT untuk menyukat kreativiti responden.Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawaprogram latihan Pendidikan Seni meningkatkankreativiti pelajar dari segi keaslian, kelancaran.lni bererti guru-guru Pendidikan Seni harusdiberi kursus atau latihan Pendidikan Seni untukmeningkatkan kreativiti mereka.

Walaupun dapatan kajian ini menunjukkanbahawa guru Pendidikan Seni Terlatih lebihkreatif dari segi kelancaran dan penghuraian,keputusan juga menunjukkan bahawa tidakterdapat perbezaan di an tara kedua-duakumpulan guru tersebut dari segi keaslian,keabstrakan tajuk dan penentangan penutupan"premature". Dengan erti kata yang lain, dapatankajian ini menunjukkan bahawa latihan gurutidak meningkatkan keupayaan guru PendidikanSeni untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif(keaslian). Selain daripada itu, ia juga tidakmeningkatkan keupayaan guru untuk mensintesis,menyusun pemikiran dan seterusnya mentafsiridea-idea utama dalam karya seni yang

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.1 2003 15

Page 6: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Chua Van Piaw, Sharifah Md. Noor, Nairn b. Mohd & Wan Zah Wan Ali

diperhatinya (keabstrakan tajuk). Di sarnpingitu, latihan guru dalarn bidang Pendidikan Senijuga tidak meningkatkan keupayaan guru untukmenentang kecenderungan membuat keputusanakhir tentang sesuatu idea dengan serta-mertatanpa memikirkan dan menimbangkan maklumatyang lain (penentangan penutupan "premature").

Dapatan ini adalah arnat penting keranakeupayaan seseorang guru untuk menjalankanproses pengc:garan dan pembelajaran yang berjayabergantung kepada keupayaan guru tersebutmenggunakan pengetahuannya yang sedia adasecara kreatif. Jika guru-guru tidak dapatmenghasilkan idea-idea barn (keaslian), adalahsukar bagi guru untuk menyelesaikan pelbagaimasalah yang dihadapi dalarn proses pengajarandan pembelajaran. Begitu juga jika guru tidakdapat mensintesis, menyusun pemikiran,mentafsir idea utama (keabstrakan tajuk) dalamcatan pelajar dan terus membuat keputusansecara serta-merta tentang idea tersebut tanpamemikirkan maklumat-maklumat yang lain(penentangan penutupan "premature"), adalahsukar bagi guru untuk membuat penilaian yangtepat dan adil terhadap catan pelajar.Memandangkan hakikat bahawa tiada perbezaankreativiti secara signifikan antara guruPendidikan Seni Terlatih dan guru PendidikanSeni Terlatih dari segi keaslian, keabstrakan tajukdan penentangan penutupan "premature", usahaperlu dilakukan untuk meningkatkan kreativitiguru Pendidikan Seni dari ketiga-tiga komponenkreativiti ini, kerana guru yang kreatif lebihmemahami dan menggalakkan pemikiran kreatifpelajar (Lowenfeld dan Brittain 1975). Disarnping itu, berdasarkan hasil kajian ini, kajianlanjut juga boleh dilakukan untuk menyelidiksarna ada terdapat perbezaan kreativiti antarapelajar yang mengambil mata pelajaranpendidikan seni dan pelajar yang tidakmengarnbil mata pelajaran seni.

RUMUSAN

Kajian ini telah membandingkan kreativiti guru­guru Pendidikan Seni sekolah menengah didaerah Hulu Langat. Rumusan hasil kajianadalah seperti berikut:1. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

kreativiti di an tara kumpulan guruPendidikan Seni Terlatih dan guru

Pendidikan Seni Tidak Terlatih.Kumpulan guru Pendidikan Seni Terlatihadalah lebih kreatif secara signifikandaripada kumpulan guru Pendidikan SeniTidak Terlatih.

2. Guru Pendidikan Seni Terlatih adalah lebihkreatif dari segi kelancaran danpenghuraian. Walau bagaimanapun,keputusan menunjukkan tiada perbezaanantara kedua-dua kumpulan guru tersebutdari segi keaslian, keabstrakan tajuk danpenentangan penutupan "premature".

RUJUKANCHUA, Y. P. 1988. Penilaian guru pendidikan seni

terhadap kreativiti catan pelajar. Thesis Master,Universiti Putra Malaysia, Serdang.

FERRELL, B., M. KRESS dan J. CROFT. 1988.Characteristics of teacher in a full day giftedprogram. Roeper Review 10(3): 136-139.

LIIKANEN, P. 1975. Increasing Creativity Through ArtEducation Among Pre-School Children, JyvaskylaUniversity. Jyvaskyla, Finland:Jyvaskyla UniversityLibrary.

LOWENFELD, V. dan W. L. BRITIAlN. 1975. Creativeand Mental Growth. 6th ed. New York: MacmillanPublishing Co.

MOHAN, M. 1973. Is there a need for a course increativity in teacher education? Journal ofCreative-Behavior 7(3): 175-86.

Pertubuhan Seni egeri-Negeri Barat AmerikaSyarikat. 1976. A Study of the Poetry and VisualArts Components of the Artists-in-Schools Program.Study Summary and Study Highlights. m.s.1-24.Denver: Colo.

RICHMOND, S. 1993. Art, imagination and teaching:researching the high school classroom.Canadian Journal of Education 18(4): 366-380.

TORRANCE, E. P. 1974. Torrance Test of CreativeThinking. Lexitgon, Mass: Personal Press/Ginnand Company.

TORRANCE, E. P. dan E. B. ORLow. 1984. TorranceTest of Creative Thinking Streamlined (Revised)Manual Including Norm and Direction forAdministering and Scoring Figural A and B.Bensenville: Scholastic Testing Service.

VICTOR, D. 1978. The preparation of the teacherand the grade teacher. Dalam Seminar on

16 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.1 2003

Page 7: Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Elementary & Secondary School, Education in thevisual Arts, disunting oleh C. Howard, m.s. 93­95. New York: New York University PrintingOffice.

WIKSTROM, B. M., R. EKVALL dan O. E. SANDSTROM.1994. Stimulating the creativity of elderlyinstitutionalised women through works of art.Creativity Research Journal 7(2): 171-182.

(Diterima: 23 Februari 2000)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.1 2003 17