proses kreativiti dan aplikasi

Upload: farhana-rashid

Post on 13-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hhh

TRANSCRIPT

PROSES KREATIVITI DAN APLIKASI

PROSES KREATIVITI DAN APLIKASIAplikasi asas seni rekaSusun Atur - Berdasarkan daripada tanggapan dan pengamatan yang mendalam berlakulah pengurusan susun atur dengan kombinasi beberapa elemen yang berhubungan untuk mencipta satu komposisi.menyusun motif/subjek (subject matter) kepada reka letak tertentu mengambilkira unsur seni ruang, prinsip rekaan imbangan, kontra, penegasan dan lain-lainaspek komposisi dan uniti (unity).aplikasi unsur-unsur seni.~garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang.aplikasi prinsip-prnsip rekaan.~harmoni, imbangan, penegasan, kontra, kepelbagaian, kesatuan, pergerakan.Hubungan antara asas-asas seni yang diaplikasikan dalam hasil karya.Mengambilkira aspek-aspek formalistik.Memperlihatkan aplikasi asas senireka melalui aplikasi bahan, proses dan teknik penghasilan karya

Bentuk dan maknaImejan / bentuk yang terhimpun dalam sesebuah karya.Kadang-kadang ia juga disebut subjek atau motif.Ikonografi ialah satu istilah yang terbit dan digunakan secara meluas oleh pengkritik seni untuk menjelaskan kesenian pada zaman Renaissance (abad ke-14 hingga ke-17) di Itali melalui lukisan atau arca bagi menggambarkan aktivitikeagamaan dalam kebaktian gereja Kristian Ortodoks. Juga disebut ikonologi yang membawa maksud menganalisa imej.Dasar katanya ialah mengenalpasti motif dan imej di dalam sesuatu karya,membuat interpretasi dan penyiasatan yang mendalam untuk mendapatkanmakna daripada paparan motif dan simbol yang boleh dikaitkan dengan latar budaya dan sosial sesuatu masyarakat.

Semiotik juga boleh dikaitkan dengan ikonografi. Semiotik ialah theory of sign iaitu tanda yang mewakili makna yang lain. Peirce (1931:58) menjelaskan, A sign.is something which stands to somebody for something in some respect or capacity. It addresses somebody, that is, creates in the mind of that person an equivalent sign, or perhaps a more developed sign. That sign which it creates I call the interpretant of the first sign (dlm. DAlleva, 2005:33).

Simbol dalam sesebuah karya boleh disamakan dengan imejan atau form yang memberi petunjuk kepada pemerhati untuk menjelaskan ikon. Ia juga membawa makna yang sama dengan form and content. Ocvirk, et al , (1998:12) menjelaskan,The term form is used in various ways when referring to art objects, and content is the emotional, intellectual message and a statement of an artwork.

Untuk mendapatkan makna sesebuah karya, haruslah melalui pemerhatian dan sensitiviti yang tinggi, ianya melalui sensasi dan persepsi visual iaitu dua perkara yang harus dilalui sebelum membuat sesuatu tanggapan pada sesebuah karya.

PenilaianProses Pemantapan - proses pengukuhan di mana pelukis harus melihat kembali setiap aspek pada peringkat tanggapan, pengamatan, susun atur secara menyeluruh untuk menghasilkan satu konsep yang signifikan. satu proses pemerhatian yang terancang disebut The Critical Performance. Proses pemerhatian ini mengelaskan pemerhatian imej kepada empat tahap iaitu tahap deskripsi, tahap analisis formal, tahap interpretasi dan tahap penilaian. Hipotesis yang berjaya pada sesebuah karya ialah apabila adanya satu interpretasi yang berkesan hasil daripada indeks yang didapati daripada paparan imejan, simbol dan bentuk dalam karya tersebut. satu rumusan yang secara langsung melibatkan pengetahuan tata bahasa visual dilakukan.Tugas pemerhatian karya seni pada peringkat ini harus pada yang mempunyai authority bagi mengelakkan pemesongan fakta.