hbae1203 kreativiti

35
Isi Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Komponen Kreativiti 1 3. Pengertian Kreativiti 2 4. Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Seni 3 5. Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4 6. Peringkat Kreativiti Fisher 5 7. Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran 6-11 8. Implikasi 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak 12-16 9. Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru 17-23 10. Penutup 24 11. Rujukan

Upload: anne-gd

Post on 11-Aug-2015

87 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 1

2. Komponen Kreativiti 1

3. Pengertian Kreativiti 2

4. Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Seni 3

5. Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4

6. Peringkat Kreativiti Fisher 5

7. Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah

Pengajaran

6-11

8. Implikasi 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dengan

Perkembangan Diri Kanak-Kanak

12-16

9. Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan

Kepentingan Soalan Guru

17-23

10. Penutup 24

11. Rujukan

anneyza@sktm HBAE1203

1.0 Pengenalan

Mengapa kreativiti? Elemen kreativiti dan inovasi telah lama bertapak dalam kurikulum

persekolahan di Malaysia dan dibangunkan secara dinamik sejak KBSR dan KBSM.

Kesinambungan daripada itu, pada tahun 2010 kerajaan telah mengisytiharkan tahun

tersebut sebagai tahun kreatif dan inovatif. Bidang Keberhasilan Utama Negara menuntut

generasi baru berfikiran kreatif, inovatif, mementingkan nilai murni dan berdaya saing di

peringkat global. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan modal insan yang kreatif,

inovatif, berdaya cipta, mampu menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti. Seterusnya

fonomena itu akan menjadi budaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi aset negara yang

bernilai. Menurut tokoh seni Carl Rogers, individu yang bebas dan mempunyai

kesedaran tentang tanggung jawab akan menyumbang kreativiti sama ada dalam bentuk

sains atau seni kepada manusia atau makhluk di sekelilingnya.

Tugasan ini akan membincangkan tentang peringkat kreativiti Fisher dan implikasi setiap

peringkat kepada pembangunan ciri-ciri individu kanak-kanak.

2.0 Komponen Kreativiti

Menurut Adam (2005), komponen kreativiti terdiri daripada;

Pengetahuan

Semua pemahaman berkaitan yang individu terjemahkan sebagai usaha

kreatif.

Pemikiran kreatif

Cara individu mendekati masalah dan bagaimana mereka menggunakan

personaliti dan gaya berfikir untuk menyelesaikan atau mengintrepretasi

masalah tersebut

Motivasi

Motivasi selalunya menjadi kunci utama dalam penghasilan produk kreatif

tetapi pendorong yang lebih efektif ialah azam dan minat mendalam pada apa

yang dilakukan.

1

anneyza@sktm HBAE1203

3.0 Takrifan Kreativiti

Sumber: Abdul Shukor Hashim et al. (2011)

Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

2

Berasal daripada bahasa Latin 'creare' ertinyaMembuat

Perkataan daripada bahasa Greek 'creare' maksudnya Memenuhi

Kamus Dewan (2005)Kebolehan mencipta, daya kreatif, kekreatifan

....kebolehan untuk menghasilkan dan mencernakan idea baru dan asli. Idea tersebut dihasilkan melalui gabungan idea yang ada dan ilham ... (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

anneyza@sktm HBAE12033.0 Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang ‘Kreativiti’

Ellis Paul Torrance (1974) menjelaskan kreativiti adalah proses yang terjadi bila

seseorang peka terhadap kekurangan, unsur-unsur yang tiada, jurang pengetahuan,

sesuatu yang tidak harmoni, mengenal pasti sesuatu yang sukar seterusnya mencari

penyelesaian dengan meneka, membentuk hipotesis berdasarkan kekurangan-kekurangan

itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis lalu melakukan pengubahsuaian ,

diuji semula hingga akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.

Pendapat daripada June King McFee, menyatakan kreativiti seseorang berlaku apabila

individu menyumbangkan idea dan berupaya menghasilkan idea yang baru yang lebih

bermakna daripada idea tersebut. Di sini McFee menjelaskan bahawa idea boleh diolah

dan dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru.

Viktor Lowenfeld (1975) mendifinisikan kreativiti sebagai naluri yang dimiliki oleh

setiap insan sejak lahir. Faktor pertama yang digunakan untuk menyelesaikan masalah

adalah naluri manakala keinginan mendorong individu meneroka dan menyelidik

sesuatu. Manusia bertindak kerana ada naluri dan keinginan.

Untuk menjadi kreatif, membawa maksud mewujudkan sesuatu yang baru dan

mempunyai nilai. Sesuatu yang kreatif tidak mudah, luarbiasa dan ianya jarang ditemui

serta unik. - Edward De Bono (1992)

Kesimpulannya, semua manusia memiliki kapasiti pemikiran kreatif. Kreativiti juga

boleh ditakrifkan sebagai kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang asli dan

tidak ada sebelumnya. Kemahiran otak kanan adalah sinonim dengan pemikiran kreatif.

Fitrah pemikiran kreatif adalah divergen kerana kaedah pemikirannya pelbagai.

Pemikiran kreatif itu digunakan untuk menjana idea, membuat hipotesis, menggunakan

imaginasi dan mencari alternatif serta menginovasi idea daripada aktiviti yang kita

lakukan.

3

anneyza@sktm HBAE12034.0 Kepentingan Kreativiti kepada Kanak-Kanak

Pengajaran dan pembelajaran pemikiran kreatif adalah cara yang berkesan untuk menarik

minat kanak-kanak kepada pelajarannya. Pemikiran kreatif menyediakan minda kanak-

kanak dengan kemahiran yang fleksibel untuk membantu mereka menghadapi masa

depan yang tidak diketahui.

Selain itu, murid juga akan mengetahui potensi dan kecenderungan diri serta cuba

membangunkan potensi tersebut agar memberi manfaat kepada diri dan makhluk

sekelilingnya.

Kanak-kanak yang didorong berfikir secara kreatif menunjukkan peningkatan dalam

motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang inovatif, berupaya

menyelesaikan masalah dan bijak berkomunikasi. Justeru, keyakinan diri adalah elemen

penting yang dipupuk melalui pemikiran kreatif.

Bersumberkan Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,

Kepentingan kreativiti dinyatakan seperti berikut;

Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,

Kementerian Pelajaran Malaysia

4

anneyza@sktm HBAE12035.0 Peringkat Kreativiti Fisher (1943)

5

Rangsangan

Meransang pemikiran kreatif dengan variasi kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, bila, di mana, bagaimana dan sebagainya. Murid dibimbing berinteraksi secara aktif, menjelaskan rasa ingin tahu dan mengemukakan persoalan kritikal untuk meransang minda.

Penerokaan

Apabila peringkat ransangan telah berjaya meransang minda murid untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan maka latihan menyelesaikan masalah boleh membantu.Peringkat ini kanak-kanak akan melakukan eksperimen dan kajian untuk mencari jawapan kepada masalah.Perancangan

Perancangan melalui interaksi verbal seperti perbincangan dan pemerhatian.Menggunakan visual seperti graf, carta atau imej lukisan untuk merancang dan menggalakkan pemikiran kreatif.

Aktiviti

Melakukan tindakan terhadap aktiviti yang telah direncanakanBertindak berdasarkan persoalan bagaimana dan apa yang akan kita lakukan terhadap cadangan berkenaan?

Kajian Semula

Membuat refleksi ke atas keberkesanan tindakan yang telah diambil untuk tujuan penambahbaikan.

anneyza@sktm HBAE1203

6.0 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran

Peringkat perkembangan kreativiti fisher akan diterjemahkan dalam bentuk langkah pengajaran untuk menunjukkan bagaimana kreativiti murid dibangunkan melalui pembelajaran dengan teknik penyoalan dan melakukan aktiviti fizikal serta kemahiran berfikir.

Teknik penyoalan membantu interaksi yang aktif antara guru dan murid atau murid dengan murid. Penyoalan juga mengembangkan pemikiran kreatif murid dengan menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan logik. Soalan yang bermutu dan terancang menjadikan sesi pembelajaran dinamik dan efektif.

Soalan-soalan guru akan dibangunkan berpandu kepada Taksonomi Bloom.

Taksonomi

Bloom

Maksud Contoh Indikator

Pengetahuan Mengingat semula Menamakan

Menyenaraikan

Menamakan semula

Pemahaman Memahami tentang Menghurai dengan

perkataan sendiri

Menghujah

Merumus

Penerapan Mengaplikasi pengetahuan dalam

situasi lain

Guna semula idea

Merancang

Menyelesai

Analisa memecahkan maklumat kepada

bahagian-bahagian, menyiasat

hubungan

Menjelaskan

Menyusun semula

menaakul

Sintesis Menggabungkan bahagian-bahagian

dan menghasilkan idea baru

Mereka bentuk

Memberi pendapat

mengembangkan

Penilaian Menimbangkan keputusan dan

membuat penilaian

Mewajarkan pilihan

Mengadili

6

anneyza@sktm HBAE1203

7

anneyza@sktm HBAE1203

6.1 Peringkat Ransangan

Peringkat Aktiviti dan Soalan Bahan Ransangan

Peringkat

Ransangan

1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang.

Gambar apakah ini? (aras pengetahuan)

Terangkan tentang pokok pisang. (aras pengetahuan)

2. Guru menunjukkan batang pelepah pisang dan meminta murid menyentuhnya.

Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati? (aras pemahaman)

Sebutkan bentuk dan teksturnya. (aras analisis)

3. Murid melihat contoh gambar capan yang pamerkan oleh guru.

Bagaimanakah corak ini terhasil? (analisis)

4. Murid-murid mendengar penjelasan guru tentang maksud capan.

Gambar capan

Buku yang dibalut dengan corak

capan.

6.2 Peringkat Penerokaan

8

anneyza@sktm HBAE1203

Perkara Aktiviti dan soalan Bahan/Alatan

Peringkat

Penerokaan

1. Guru mempamerkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan capan.

Sebutkan bahan-bahan yang cikgu tunjukkan. (aras pengetahuan)

2. Murid-murid diminta menyentuh tumbuhan yang dibawa dan bimbing murid

mengaitkan bentuk dengan corak.

3. Guru membuat demonstrasi cara-cara membuat capan.

Bagaimanakah bentuk memainkan peranan menghasilkan corak? (aras

aplikasi)

4. Murid-murid diminta mencuba membuat capan di atas kertas yang diedarkan oleh

guru. Cuba jaya.

Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan dan kecairan memainkan

peranan? (aras penilaian)

5. Murid-murid dibimbing memotong dan melihat hasil jalinan pada permukaan

tumbuhan yang digunakan.

Perhatikan jalinannya, apakah bezanya? (aras aplikasi)

Batang pada daun pisang

Kertas lukisan

Berus lukisan

Warna air

Air

Bekas pembancuh warna

Pisau

6.3 Peringkat Perancangan

9

anneyza@sktm HBAE1203

Peringkat Aktiviti dan soalan Bahan

Peringkat

Perancanga

n

1. Guru menunjukkan buku yang telah dibalut dengan corak capan.

Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang,

jalinan dan rupa. (aras penilaian)

2. Murid melihat contoh-contoh capan pada pembalut buku.

3. Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan dan berbincang

bagaimanakah corak yang akan dihasilkan.

Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang

menarik? (aras penilaian)

4. Setiap kumpulan akan menunjukkan bagaimana susunan corak,

warna dan bentuk potongan pelepah.

Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah? (aras

sintesis)

Buku-buku yang dibalut dengan corak

capan

Kertas A4

Marker pen

6.4 Peringkat Aktiviti

10

anneyza@sktm HBAE1203

Peringkat Aktiviti dan Soalan Bahan @ Alat Bantu

Peringkat

Aktiviti

1. Guru meminta murid mengambil bahan-bahan yang mereka perlukan

untuk memulakan aktiviti.

Mengapa kita perlu tertib bila membuat sesuatu?(aras analisis)

2. Guru menerangkan aspek keselamatan semasa menggunakan pisau dan

juga aspek kebersihan.

3. Murid-murid memulakan aktiviti dengan bimbingan guru.

Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu? (aras aplikasi)

4. Murid-murid digalakkan bertanya dan bekerja sama dengan rakan-

rakan.

Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat

digunakan semasa membuat aktiviti? (aras penilaian)

Kertas lukisan

Warna air

Berus lukisan

Pisau

Air

Pelepah daun pisang

6.5 Peringkat Kajian Semula

Perkara Aktiviti dan soalan Bahan bantu

11

anneyza@sktm HBAE1203

Peringkat

Kajian

Semula

1. Murid-murid diberi masa untuk melihat hasil kerja rakan-rakan.

2. Guru memilih hasil kerja murid dan murid-murid dibimbing membuat

apresiasi secara kelas.

Apakah pendapat kamu tentang hasil kerja ini dari segi warna, rupa

ruang dan bentuk? (aras analisis)

3. Murid-murid dipilih secara rawak untuk memberi pendapat apakah elemen

yang perlu diperbaiki atau penambahbaikan.

Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih

menarik? (aras penilaian)

4. Guru meminta murid-murid menyenaraikan kesilapan yang mereka lakukan

dan cara mengatasinya.

Senaraikan kesilapan yang telah kamu lakukan. Bagaimanakah cara

mengatasinya? (aras sintesis)

5. Murid-murid diminta menyebut nilai-nilai murni dalam pembelajaran hari

ini.

Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini? (aras pemahaman)

Hasil kerja murid

Kad perkataan unsur-unsur

seni

12

anneyza@sktm HBAE1203

7.0 Implikasi 5 Peringkat Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak

Sumber: Buku Panduan Kreativiti – Kementerian Pelajaran Malaysia

4 Domain yang Membangunkan Potensi Individu

Domain Kognitif Afektif Sensorimotor Sosial

Proses Pemikiran Perasaan Menggunakan

deria &

bergerak

Interaksi

Kandunga

n

Intelektual Emosi Fizikal Sosio budaya

Tujuan Mengembangkan

Minda

Sensitiviti Meningkatkan

kepekaan

deria dan

pergerakan

Memperkayakan

Hubungan

Matlamat Menimba Ilmu Memaham

i Diri

Memupuk

Ekspresi Diri

Menggalakkan

Sosialisasi

Sumber: Peggy Dettmer (Four Domain In Learning And Doing)2006

ProQuest Education Journals- OUM

13

anneyza@sktm HBAE1203

7.1 Aspek Kognitif

Kamus Dewan Edisi Keempat- Kognitif bermaksud segala perkara berkaitan kognisi

seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Menurut

Buku Panduan Kreativiti, KPM- dalam disiplin ilmu, aspek kognitif membolehkan

kanak-kanak mengenali perkara baru, mengaplikasi apa saja kemahiran berkaitan

untuk berkreatif dalam mencipta, mereka, mengeksperimen dan menghasilkan

produk baru.

Dalam pendidikan seni visual menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher,

aspek kognitifnya boleh diterjemahkan seperti berikut;

14

Pendidikan Seni membangunkan kemahiran berfikir dengan;

Kemahiran menyelesaikan masalah dikuasai apabila

murid melalui pengalaman pembelajaran yang luas

dalam seni dan kraf.(Peringkat penerokaan,

perancangan, aktiviti dan kajian semula)

Kemahiran membuat keputusan sentiasa berlaku

dan diperlukan semasa menjalankan aktiviti seni.(Peringkat penerokaan,

perancangan, aktiviti dan kajian semula)

Kemahiran pemikiran visual dan bahan pembelajaran tiga dimensi sentiasa digunakan untuk menjayakan proses

penghasilan karya.(Semua peringkat)

anneyza@sktm HBAE1203

7.2 Aspek Psikomotor

Integrasi fizikal dengan peralatan dan bahan dalam pendidikan seni visual membuka

ruang kepada kanak-kanak melatih koordinasi tangan dan mata. Penerokaan alam

benda dan alam semula jadi meningkatkan kepekaan kanak-kanak pada unsur-unsur

seni dan prinsip rekaan. Otot-otot tangan dan mata memainkan peranan penting

apabila kanak-kanak melakukan aktiviti seni.

Pada peringkat penerokaan Fisher, murid digalakkan menggunakan deria dan

pergerakan untuk menghasilkan karya capan. Interaksi yang kreatif dengan alatan

dan bahan seni adalah salah satu tujuan pendidikan seni visual.

15

Aspek Psikomotor

Kemahiran motor yang cekap dikembangkan melalui penggunaan

peralatan seni dan alatan dalam bilik seni.

Koordinasi mata dan tangan yang terlatih

semasa pendidikan seni menyediakan minda kanak-

kanak untuk menghadapi tugasan di sekolah dan di

rumah.

Keyakinan diri berkait rapat dengan kesedaran

kanak-kanak tentang keupayaannya menguasai

kemahiran motor.

anneyza@sktm HBAE1203

7.3 Aspek Emosi

Perkembangan individu merangkumi emosi, sikap, nilai, pembentukan sahsiah dan apresiasi. Pendidikan seni visual menjadi pemangkin kepada luahan emosi yang sihat. Luahan emosi secara ekstrem mungkin berlaku dalam bentuk yang pelbagai tetapi melalui pendidikan seni visual kebebasan mengekspresi perasaan dapat diluahkan melalui lukisan atau kepuasan menghasilkan karya.

Kolaborasi dan interaksi semasa peringkat penerokaan, perancangan ,aktiviti dan kajian semula dalam peringkat perkembangan kreativiti Fisher melatih kanak-kanak berinteraksi dan secara tidak langsung mengembangkan pelbagai jenis emosi dan bentuk kawalan tersendiri.

7.4 Aspek Sosial

16

Aspek Emosi

Ekspresi diri adalah dasar kepada penghasilan karya.Intervensi krisis dalam pendidikan seni boleh dijadikan medium menguruskan stres dan trauma dalam kehidupan.Memahami nilai dan mengaplikasikannya dan membuat pertimbangan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

anneyza@sktm HBAE1203

Social menurut Dettmer (2006) ditakrifkan sebagai satu bentuk kebiasaan dan pengulangan di mana individu berinteraksi dan belajar daripadanya dan menyokong satu sama lain. Kecerdasan social terdiri daripada kognitif, afektif dan mahir dalam bertingkah laku. Dalam perkembangan peringkat kreativiti fisher, setiap peringkat menjurus kepada aspek social di mana murid berinteraksi dengan guru dan rakan-rakannya. Dalam peringkat perancangan dan aktiviti contohnya murid berbincang dan mempelajari nilai seperti adab sopan apabila berbincang, kerja sama, empati, sensitif dan hormat. Sinambungan daripada situasi dalam setiap peringkat tersebut secara tidak langsung mengembangkan semua aspek lain dalam diri kanak-kanak.Komunikasi membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal serta menggerakkan cara mereka berfikir dan bertingkah laku dalam masyarakat.

17

Aspek Sosial

Perkongsian material seni memerlukan interaksi sosial dan kerja sama.Kerjasama dalam aktiviti seni menggalakkan perhubungan dan kemahiran bersosial.Kanak-kanak yang kurang bercakap dapat menyertai aktiviti seni tanpa perlu bersaing dan menjadi aktif.

anneyza@sktm HBAE1203

8.0 Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru

Untuk mengukur perkembangan pemikiran kreatif dalam langkah pengajaran

menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, korelasinya dapat dilihat melalui

soalan-soalan yang telah dirancang fungsinya untuk mencetuskan aktiviti berfikir

dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, satu sistem ukuran kreativiti yang menjadi rujukan pendidik digunakan.

Ukuran pemikiran kreatif Lowenfeld terdiri daripada empat komponen iaitu

kelancaran, keluwesan (fleksibiliti), keaslian dan kepekaan (sensitiviti).

Sumber: Abdul Shukor et al. 2011

18

Indikator Pemikiran Kreatif Lowenfeld

KelancaranIdea yang spontan.

Mencari penyelesaian

alternatif.Kebolehan

menghubung kait.

FleksibilitiToleransi

Bijak menyesuaikan diriBerfikiran terbuka terhadap cabaran

KeaslianKeaslian idea

Sentiasa mencari idea baru

anneyza@sktm HBAE1203

8.1 Peringkat Ransangan

Guru menunjukkan gambar pokok pisang.

Soala

n 1

Gambar apakah ini?

Kelancaran/ Kepekaan

Jawapan murid untuk soalan ini adalah spontan. Walaupun soalan ini hanya

mempunyai satu jawapan yang pasti tetapi tujuannya hanyalah untuk

membuka minda murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran.

Kebolehan menghubungkait juga akan terjadi bila murid selalunya akan

bertanya kepada guru ‘mengapa pokok pisang? / kita nak buat apa?

Murid yang peka akan mengaitkan pokok pisang dengan meneka aktiviti

yang akan dilakukan.

Soala

n 2

Terangkan tentang pokok pisang?

Kelancaran / kepekaan/ Keaslian

Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang

pokok pisang dan mendorong murid berfikir apa saja tentang pokok pisang.

Pemikiran kreatif akan terjadi apabila murid cuba menghubungkan

gambarannya tentang pisang melalui perkataan.

Murid akan mengaitkan pengetahuan sedia adanya.

Jawapan murid yang pelbagai tentang pokok pisang menunjukkan idea asli

daripada pemikirannya.

Soala

n 3

Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati?

Kelancaran/Kepekaan

Soalan ini mendorong murid mengamati dan berfikir untuk mengingat

semula pengetahuannya tentang pokok pisang.

19

anneyza@sktm HBAE1203

Soala

n 4

Sebutkan bentuk dan teksturnya.

Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / Keaslian

Murid akan menggunakan pancaindera untuk merasa dan mengamati objek

serta memberi pendapat tentang apa yang dirasai oleh derianya.

Soala

n 5

Bagaimanakah corak ini terhasil?

Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / Keaslian

Murid bebas memberikan pendapat dan ideanya serta menggabungkan idea

rakannya untuk mendapatkan jawapan.

20

anneyza@sktm HBAE1203

8.2 Peringkat Penerokaan

Dalam Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, penerokaan adalah satu peringkat

di mana murid digalak meneroka untuk mengembangkan kreativiti. Penerokaan

murid menggunakan semua panca indera dengan memberi respon pada soalan-soalan

guru.

Soala

n 1

Sebutkan bahan-bahan yang ditunjukkan.

Apakah kegunaannya?

Kelancaran/ Kepekaan

Murid menggunakan kemahiran mengait untuk menjawab soalan ini.

Soalan ini bertujuan meningkatkan kepekaan murid pada bahan-bahan seni

di samping menguji ingatan, pengetahuan dan kebolehan mengkolerasi

murid.

Soala

n 2

Bagaimanakah bentuk memainkan peranan untuk menghasilkan corak?

Kelancaran/ Kepekaan/ Keaslian / Fleksibiliti

Idea yang spontan daripada murid mungkin tercetus.

Murid yang kreatif akan mengungkapkan ideanya melalui pemerhatian.

Soalan ini menggalakkan keaslian idea serta kepelbagaian pendapat.

Soala

n 3

Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan atau kecairan

memainkan peranan?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Soalan ini mengukur semua komponen memandangkan aktivitinya ialah

penerokaan secara cuba jaya dengan membuat capan untuk menguji.

Murid akan menjawab setelah percubaannya membancuh warna dan

membuat eksperimen capan selesai.

Soala

n 4

Apakah perbezaan jalinannya?

Kepekaan / Kelancaran / fleksibiliti

Murid akan menggunakan pancaindera untuk mengamati objek.

21

anneyza@sktm HBAE1203

8.3 Perancangan

Aktiviti pada peringkat ini ialah meniru idea tetapi merancang semula untuk

mendapatkan idea baru yang lebih menarik.

Soala

n 1

Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang, jalinan dan

rupa.

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Soalan ini menuntut murid menggunakan semua komponen ukuran kreativiti

untuk menjawabnya.

Soala

n 2 Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang menarik?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Kemahiran berfikir, bersosial, kognitif dan kreativiti murid akan terserlah

melalui aktiviti ini.

Soala

n 3

Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Jawapan atau pendapat yang berlainan daripada murid akan menunjukkan

kreativiti mereka.

22

anneyza@sktm HBAE1203

8.4 Peringkat Aktiviti

Pada peringkat ini aktiviti diselitkan dengan pengetahuan tentang kepentingan proses dan nilai dalam menghasilkan karya.

Soala

n 1

Mengapakah kita perlu tertib bila melakukan sesuatu?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Soalan ini mendorong murid mengaitkan dan memikirkan sebab dan akibat

sesuatu tindakan.

Soala

n 2 Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Aktiviti dan proses menghasilkan karya seni memberi murid peluang merasa

pengalaman dan belajar sesuatu darinya termasuk kreativiti dan metakognisi.

Soala

n 3

Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat digunakan

semasa membuat aktiviti?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Murid dibimbing membanding beza, membuat kesimpulan, mengenal pasti

dan menjana idea untuk mengetahui hasilnya.

23

anneyza@sktm HBAE1203

8.5 Peringkat Kajian Semula

Apresiasi seni ,cadangan pengubahsuaian dan nilai.

Soala

n 1

Berikan pendapat kamu tentang hasil kerja dari segi warna, rupa, ruang

dan bentuk?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Pelbagai cetusan apresiasi akan diungkapkan dan murid akan menampakkan

sensitiviti.

Soala

n 2 Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih

menarik?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Mencungkil idea asli dan kebolehan memanipulasi idea untuk mendapatkan

hasil karya berkualiti.

Soala

n 3

Apakah kesilapan yang dikenalpasti? Bagaimanakah cara mengatasinya?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Mengenal pasti, mencari penyelesaian kepada masalah dan memikirkan

alternatif.

Soala

n 4 Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslian

Tindakbalas kepada soalan adalah melalui proses mengkorelasi, menyenarai,

memberi sebab, mengenal pasti, menghargai dan bersyukur.

24

anneyza@sktm HBAE1203

9.0 Penutup

Kesimpulannya teori Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher adalah salah satu

strategi yang sesuai digunakan untuk mengajar murid kemahiran berfikir dan

mengembangkan kreativiti. Strategi dan teknik menyoal pula perlu di rancang selari

dengan kematangan dan kebolehan murid dengan menggunakan aras soalan Bloom

contohnya dan indikatornya boleh diukur menggunakan ukuran kreativiti Lowenfeld

atau Torrance.

Aspek sosial, kognitif dan fizikal juga tergabung di setiap peringkat secara tidak

langsung kerana pada dasarnya kepekaan murid kepada individu dan objek di

sekitarnya sentiasa berlaku dalam proses penghasilan karya seni.

Kecerdasan murid adalah pelbagai namun Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher

boleh sampai kepada setiap murid melalui variasi aktiviti di setiap peringkat.

Perancangan pengajaran guru yang tersusun serta faktor seperti kebolehan murid,

persekitaran, alatan, bahan dan set soalan yang sesuai dengan aktiviti adalah elemen

penting dalam menjayakan Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher.

25

anneyza@sktm HBAE1203

Rujukan

.

26