bahan kreativiti

135
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK : TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM, SKUDAI, JOHOR. ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: pushpa-kandasamy

Post on 21-May-2015

1.366 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan kreativiti

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK : TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM, SKUDAI, JOHOR.

ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Bahan kreativiti

PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ BIN SYED MANSOR AL HABSHI

PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK :TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM,

SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2006/2007 Saya: ZUBAIDAH BEGAM BINTI MOHAMED ZAKARIA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT TERHAD . √ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh _____________________________________ ____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 34, JALAN LIM YEW LEONG,

83000 BATU PAHAT, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM.

Tarikh : 13 APRIL 2007 Tarikh : 13 APRIL 2007

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan

Page 3: Bahan kreativiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling).”

Tandatangan : ...........................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ BIN

SYED MANSOR AL HABSHI

Tarikh : ..........................................................................

Page 4: Bahan kreativiti

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Potensi individu boleh dikembangkan dengan ilmu selaras dengan pesanan

Rasulullah S.A.W kepada umatnya iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang

lahad”. Ilmu diperolehi apabila seseorang itu belajar dan berinteraksi dengan

maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber samada secara langsung (pusat

pendidikan) ataupun tidak langsung.

Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk

kepada stail atau cara pembelajarannya. Gaya pembelajaran (learning styles) juga

merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan

kemudian memproses dan menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk

dijadikan pengetahuan. Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri

yang berbeza secara individu seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Gaya

pembelajaran merupakan satu konsep yang paling penting dan perlu diberi tumpuan

dalam aspek pendidikan di sekolah kerana ia merupakan faktor utama membentuk

seseorang individu.

Page 5: Bahan kreativiti

2

Pelajar merupakan seseorang individu yang unik dan berbeza di antara satu

sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan

individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan,

pencapaian dan pemahaman. Justeru, pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang

tersendiri untuk menerima dan bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam

proses pembelajaran. Pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah dengan

menurut tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks

pembelajarannya. Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik

merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah suatu yang kompleks

dan jarang sekali orang mempersoalkan bagaimana isi pelajaran dipindahkan dari

pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran. Di sekolah, para pelajar

membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan

bantuan guru yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu

mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar tanpa

menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T.,1996). Oleh itu, peranan

guru tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah

pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru

dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).

Mengikut Honey & Mumford (1992a), proses pembelajaran berlandaskan

kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan sepanjang hayat dan dalam

proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki dan

diamalkan oleh seseorang pelajar. Kecenderungan yang dimaksudkan itu ialah

mengimbas kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu berdasarkan

pengalaman dan membuat implementasi.

Page 6: Bahan kreativiti

3

Shea (1994) menyatakan pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang

membawa perubahan dalam tingkah laku. Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan

sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang

sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakkan proses pembelajaran yang

signifikan adalah dari apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan

pemerhatian.

Gremli (1996) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran melibatkan

aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan

terhadap garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan

terdapatnya kelainan dalam diri individu. Gaya pembelajaran yang bersesuaian

dengan diri seseorang individu adalah salah satu penentuan kearah kecekapan dan

kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan.

Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keberkesanan

dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.

Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian

akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus

menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik.

Hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan

menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan

meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979)

menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat-

sifat gaya pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan

meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran tidak

sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot.

Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman

seseorang terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan

menentukan masa depan yang lebih gemilang. Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat

tersebut, suasana pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat

Page 7: Bahan kreativiti

4

sekarang begitu menitikberatkan pencapaian akademik kerana keputusan akademik

yang cemerlang menjadi kayu pengukur kepada kerjaya masa depan seseorang

pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya

pembelajaran yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan keputusan

akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran

seseorang pelajar berkesan atau tidak. Peningkatan dan penurunan pencapaian

akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pelajar universiti memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul untuk

mendapat keputusan yang cemerlang sebelum keluar bekerja. Menurut Bloom

(1956), sistem pembelajaran di universiti lebih membebankan dari segi aras

kesukaran kerana ia akan mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan teliti

(Abu Hassan, 2001 dalam Soon Mey Che, 2004). Dengan kata lain, hanya dengan

mengamalkan gaya pembelajaran yang betul dan bersistematik baru dapat menjamin

kejayaan yang cemerlang.

Walaupun begitu banyak pentakrifan yang telah diberikan, persoalan disini

ialah bagaimanakah kita dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk

seseorang individu dan seterusnya membolehkan seseorang itu mengeksploitasi gaya

pembelajaran tersebut ke arah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan

seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran? Seseorang pelajar di

UTM haruslah mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya bagi

mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mengelakkan daripada

tersenarai dalam kategori Pelajar Kedudukan Bersyarat (KS) dan Kedudukan Gagal

(KG). Kategori KS adalah diantara PNGK 1.70 – 2.00 dan Kategori KG pula ialah

dibawah PNGK 1.70. Seseorang pelajar haruslah berusaha untuk mencapai

Page 8: Bahan kreativiti

5

Kedudukan Baik (KB) dan mendapat PNGK lebih 2.00 dalam peperiksaan (Peraturan

Akademik).

Pengajian tahun pertama dalam universiti boleh dianggap sebagai tahun

peralihan di antara alam sekolah rendah ke universiti. Alam persekolahan di

universiti memerlukan kesungguhan, kerajinan serta gaya pembelajaran yang

bersistematik bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat universiti.

Kecemerlangan amat penting dan sangat diidam-idamkan oleh setiap manusia.

Pada hakikatnya, tidak ada perbezaan di antara orang yang berjaya dengan

orang yang gagal. Yang membezakan di antara kedua-dua golongan ini ialah tahap

kenalan diri. Felder (1996) dalam kertas kerjanya, Matters of Style, setiap pelajar

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan

keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Ada pelajar yang lebih suka

kepada fakta, data dan algoritma, manakala ada pelajar yang suka kepada teori dan

model matematik. Selain daripada itu, ada pelajar yang bersifat visual atau verbal

dan sebagainya. Orang yang berjaya lebih mengenali dirinya berbanding dengan

orang yang gagal dan akan memilih gaya pembelajaran yang sesuai bagi diri mereka

sendiri. Oleh itu, seseorang pelajar haruslah mengenali dirinya sebelum memilih

gaya pembelajaran yang sesuai dengannya.

1.2 Pernyataan Masalah

Pelajar merupakan golongan yang menjadi harapan negara untuk meneruskan

kecemerlangan pada masa akan datang. Kecemerlangan hanya akan dapat dicapai

oleh para pelajar sekiranya mengamalkan pembelajaran yang bersesuaian.

Sebaliknya, gaya pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tidak berkesan semasa

pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah.

Page 9: Bahan kreativiti

6

Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh

kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang matapelajaran sekiranya

pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka gemari. Felder & Silverman

(1998) pula mengatakan bahawa gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza

begitu juga dengan pengajaran guru yang berbeza. Apabila perbezaan diantara gaya

pembelajaran dan gaya pengajaran berlaku, ini akan menyebabkan pelajar cepat

berasa bosan dan tidak memberi perhatian di dalam kelas, tidak membuat

peperiksaan dengan baik, dan kadang kala ada pelajar yang tertinggal dalam

pelajaran.

Berdasarkan hal itu, maka satu kajian tentang gaya pembelajaran terhadap

pelajar universiti perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan kerana kefahaman tentang

gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk membantu pelajar dalam proses

pembelajaran. Menurut Ng Sook Chin (2005), kajian tentang gaya pembelajaran

pelajar adalah perlu dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru dalam

mengetahui gaya pembelajaran yang paling banyak diamalkan oleh para pelajar dan

seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu subjek atau matapelajaran dan

membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini kerana gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajarannya yang

seterusnya memberi impak ke atas pencapaian akademik pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Kajian seumpama ini perlu dijalankan adalah untuk :

1.3.1 Untuk mengenalpasti tahap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-

pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi 2006/2007 sama ada

active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan

verbal learners serta sequential dan global learners.

Page 10: Bahan kreativiti

7

1.3.2 Untuk mengenalpasti perbezaan tahap gaya pembelajaran active dan

reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners

serta sequential dan global learners dari segi demografi (jantina dan setiap

program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL,

SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT).

1.3.3 Untuk mengenalpasti hubungan tahap gaya pembelajaran active dan reflective

learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta

sequential dan global learners dengan pencapaian akademik pelajar di

kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi

2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,

SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini cuba menjawab terhadap soalan-soalan berikut:

1.4.1 Apakah tahap gaya pembelajaran bagi active dan reflective learners, sensing

dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global

learners yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun

pertama sesi 2006/2007?

1.4.2 Apakah perbezaan di antara tahap gaya pembelajaran bagi active dan

reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners

serta sequential dan global learners dari segi demografi (jantina dan setiap

program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL,

SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT)?

1.4.3 Apakah hubungan di antara tahap gaya pembelajaran active dan reflective

learners, sensing dan intuitive learners, visual dan verbal learners serta

Page 11: Bahan kreativiti

8

sequential dan global learners dengan pencapaian akademik pelajar di

kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama sesi

2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,

SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT?

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian 1.4.2 dan 1.4.3, hipotesis-hipotesis kajian yang

berkenaan ialah :-

1.5.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran

(active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan

verbal learners serta sequential dan global learners) dari segi demografi

(jantina dan setiap program pengajian iaitu SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI,

SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT).

1.5.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap gaya pembelajaran

(active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan

verbal learners serta sequential dan global learners) dengan pencapaian

akademik pelajar dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun

pertama sesi 2006/2007 yang mengambil program pengajian SPA, SPC, SPE,

SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.

Page 12: Bahan kreativiti

9

1.6 Kepentingan Kajian

Menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapkan bahawa gaya pembelajaran

para pelajar dapat membantu golongan pendidik menepati kehendak dan perubahan

arus globalisasi dalam bidang pendidikan masa depan. Amalan gaya pembelajaran

yang sesuai akan dapat membantu para pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan

dan menjurus mereka ke arah peningkatan dalam pencapaian akademik. Selain itu,

dengan adanya daya kreatif gaya pengajaran pensyarah yang bersesuaian dengan

gaya pembelajaran para pelajar sudah pasti mendatangkan keseronokkan dan

keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah.

Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti dan menyelesaikan

sebahagian daripada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar di dalam

memberi tumpuan semasa berada di dalam kuliah. Hal ini amat perlu sebagai

langkah persediaan untuk membentuk diri setiap pelajar dalam menghadapi cabaran

dalam arus pendidikan pada masa akan datang.

Selanjutnya, penyelidik mengharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan

sebagai panduan dan rujukan kepada pihak universiti dan pelajar fakulti pendidikan

dalam menjayakan dan meningkatkan mutu pelajaran serta prestasi universiti. Secara

langsung dapat membetulkan dan membawa pelajar ke arah gaya pembelajaran yang

berkesan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik.

Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk pengkaji

mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan seterusnya dapat mengemukakan

cadangan dan pendapat supaya para pelajar dapat mengubah sikap ke arah yang lebih

positif dalam pembelajaran disamping pensyarah-pensyarah dapat menyediakan

kaedah dan bahan pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan

minat dan tahap penguasaan para pelajar.

Page 13: Bahan kreativiti

10

1.7 Model Kajian

Rajah 1.1 Model Kajian

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun

pertama,UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007. Seramai 296 orang pelajar tahun

pertama dari semua program pengajian yang ditawarkan (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,

SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT) dipilih sebagai sampel kajian.

Kajian ini tidak melibatkan para pelajar tahun kedua, ketiga, keempat dan tahun

kelima Fakulti Pendidikan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik

kepada pihak Kementerian dan pihak Pentadbiran UTM tentang gaya pembelajaran

pelajar, sepatutnya kajian ini dijalankan terhadap satu populasi pelajar UTM.

Pembolehubah Bebas

1. Jantina

2. Program Pengajian

Pembolehubah Bersandar

1. Active dan Reflective learners

2. Sensing dan Intuitive learners

3. Visual dan Verbal learners

4. Sequential dan Global

learners

Pembolehubah Bersandar

Pencapaian akademik

Perbezaan

Hubungan

Page 14: Bahan kreativiti

11

Kajian ini hanya terbatas kepada semua item yang terkandung dalam borang

soal selidik Index Of Learning Style (ILS) Felder & Solomon yang telah diedarkan

dengan tujuan untuk mengkaji dan menganalisis persoalan mengenai gaya

pembelajaran pelajar-pelajar tahun pertama Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

bagi sesi 2006/2007.

Kajian ini juga hanya membataskan kepada faktor gaya pembelajaran yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kemungkinan terdapat pengaruh

faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti

rakan sebaya, latar belakang keluarga, status sosioekonomi keluarga, motivasi diri,

aspirasi, konsep kendiri dan sebagainya yang tidak diambilkira dalam kajian ini.

1.9 Konsep-konsep Dalam Kajian

Beberapa konsep penting yang telah digunakan di dalam kajian ini. Konsep

kajian akan diterangkan dengan lebih mendalam bahagian definisi konsep.

1.9.1 Definisi Konsep

Definisi konsep ialah suatu elemen yang digunakan dalam proses kajian

saintifik dimana suatu konsep khas diertikan sebagai kekerapan pengukuran. Ianya

kerap digunakan dalam bidang philosophy, psikologi dan pengajian komunikasi.

Ianya amat penting dalam melakukan analisis kandungan.

Page 15: Bahan kreativiti

12

1.9.1.1 Pelajar

Menurut Kamus Am (1995), pelajar merujuk kepada murid atau mahasiswa.

Dalam kajian ini, pelajar adalah merujuk pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun

pertama, UTM, Skudai, Johor bagi sesi 2006/2007 yang dipilih dari semua program

pengajian yang ditawarkan (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM,

SPN, SPP, SPS dan SPT).

1.9.1.2 Gaya Pembelajaran

Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri

seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya) untuk

mendapat sesuatu (kepandaian dan lain-lain) (Kamus Dewan, 2005). Menurut

Subahir (1992) dalam Lee (2001), gaya pembelajaran (learning style) merujuk

kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul, memproses, mengingat dan

menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya dengan alam sekitar.

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan

model Felder & Silverman yang mengklasifikasikan gaya pembelajaran kepada 4

dimensi dan 4 sub-skala iaitu Pemprosesan (Active / Reflective Learners), Persepsi

(Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual / Verbal Learners) dan Pemahaman

(Sequential / Global Learners).

Page 16: Bahan kreativiti

13

1.9.1.3 Pencapaian Akademik

Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai

atau prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan

bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Dengan

kata lain, pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh

seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu

mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang

akademik dan sebaliknya.

Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan

PNGK (Purata Himpunan Mata Nilai) pelajar tahun pertama Fakulti Pendidikan,

UTM, Skudai. Selain itu, pencapaian akademik ini juga merujuk kepada keputusan

Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia dan Fizik.

1.9.2 Definisi Operasional

1.9.2.1 Active Learners

Active learners merujuk kepada pelajar yang lebih cenderung untuk

mengingati sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti yang berkaitan dengannya

seperti menggunakannya, menerangkannya ataupun membincangkannya dengan

orang lain. Mereka yang suka menunjukkan gaya pembelajaran ini akan mengatakan

“Mari kita cuba dan lihat bagaimana ianya berfungsi”. Selain itu, pelajar yang

menggunakan gaya pembelajaran active ini lebih suka bekerja secara berkumpulan

Page 17: Bahan kreativiti

14

dan tidak gemar pengajaran secara kuliah sahaja. Menurut Kamus Inggeris-Melayu

(1992), active bermaksud cergas.

1.9.2.2 Reflective Learners

Reflective bermaksud sentiasa berfikir (Kamus Inggeris-Melayu, 1992).

Reflective learners pula adalah pelajar yang lebih suka memikirkan maklumat

yang diperolehi terlebih dahulu. Pelajar yang menggunakan gaya ini biasanya akan

berkata “Mari kita fikirkan dahulu”. Mereka juga lebih gemar melakukan kerja

secara bersendirian dan cuba memikirkan penyelesaian masalah secara senyap.

Mereka lebih senang sekiranya pengajaran adalah secara kuliah.

1.9.2.3 Sensing Learners

Sensing learners adalah pelajar yang lebih cenderung membaca sesuatu yang

berkenaan dengan fakta. Sensors lebih sabar dengan maklumat-maklumat,

mempunyai kelebihan mengingati fakta-fakta dan melakukan aktiviti secara hands-

on. Pelajar-pelajar jenis ini lebih menggemari untuk mempelajari fakta,

menyelesaikan masalah secara tersusun dengan contoh yang berkaitan, lebih teliti

dalam menjalankan kerja-kerja amali, gemar menghafal dan tidak gemar

pembelajaran yang tiada hubungkait dengan kehidupan diluar kelas.

Page 18: Bahan kreativiti

15

1.9.2.4 Intuitive Learners

Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran Intuitive ini lebih cenderung

untuk mencari sebab, kemungkinan dan perkaitan. Intuitors lebih baik dalam

memahami sesuatu konsep baru dan sentiasa berasa lebih selesa dengan idea-idea

abstrak dan formula matematik. Pelajar jenis ini lebih gemar kepada sesuatu yang

baru, cepat bekerja dengan keadaan yang tidak tersusun dan tidak gemar menghafal.

Pelajar jenis ini juga tidak gemar guru mengulangi pembelajran yang telah dipelajari

dan lebih suka kepada inovasi.

1.9.2.5 Visual Learners

Visual learners adalah pelajar yang dapat mengingat dengan baik apa yang

telah mereka lihat seperti gambar, lukisan, gambarajah bersiri, filem dan

demonstrasi. Mereka lebih menggemari guru yang mengajar dengan menggunakan

bahan bantu mengajar serta menggunakan banyak persembahan grafik dalam

pengajaran.

1.9.2.6 Verbal Learners

Sementara Verbal learners adalah pelajar yang lebih biasa dan menggemari

gaya pembelajaran menerusi perkataan, lukisan serta penjelasan secara berhujah.

Pelajar ini lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas

dan suka membaca secara kuat serta mengulanginya beberapa kali.

Page 19: Bahan kreativiti

16

1.9.2.7 Sequential Learners

Sequential learners adalah pelajar yang lebih cenderung dan selesa untuk

memahami sesuatu secara sistematik dan dengan mengikut turutan. Sequential yang

diambil dari perkataan sequence bermaksud susunan yang berturutan atau yang

mengikut urutan (Kamus Inggeris-Melayu, 1992). Pelajar ini lebih mudah

mengingat dan memahami sesuatu jika sesuatu pengajaran disampaikan secara

tersusun dari mudah ke sukar dan mengikut langkah-langkah yang logic. Oleh itu, ia

lebih menggemari guru mengajar secara tersusun dan menunjukkan hubungkait

dengan apa yang telah diajar sebelum itu.

1.9.2.8 Global Learners

Global bermaksud pandangan menyeluruh (Kamus Inggeris-Melayu, 1992)

dan global learners adalah pelajar yang lebih cenderung untuk mengumpulkan

maklumat yang mereka perlu secara rawak dan seterusnya memahami sesuatu secara

spontan berdasarkan maklumat yang mereka kumpulkan itu. Selain itu, pelajar jenis

ini boleh menerima sesuatu maklumat dalam apa cara sekalipun sama ada tersusun

atau tidak dan mereka berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks secara

pantas. Walaubagaimanapun mereka sukar menerangkan sesuatu yang mereka

faham secara terperinci cara bagaimana mereka dapat menyelesaikan sesuatu

masalah itu.

Page 20: Bahan kreativiti

17

1.10 Kesimpulan

Bab ini telah menyatakan mengenai pengenalan, latarbelakang masalah yang

ingin dikaji, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian,

kepentingan kajian, model kajian, batasan kajian dan konsep-konsep yang digunakan

dalam kajian ini. Penyelidik telah mengkaji tahap gaya pembelajaran di kalangan

pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor.

Selain itu, penyelidik turut melihat sejauh manakah perhubungan antara pencapaian

akademik dengan gaya pembelajaran pelajar. Penyelidik berharap hasil kajian ini

dapat membantu para pelajar supaya dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang

bersesuaian dengan diri mereka bagi meningkatkan prestasi akademik.

Page 21: Bahan kreativiti

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini, beberapa aspek berkaitan dengan kajian akan dibincangkan.

Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan

pembelajaran, gaya pembelajaran pelajar, kerangka teoritikal gaya pembelajaran dan

implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan model-model gaya

pembelajaran. Ia juga akan meliputi kajian-kajian lepas mengenai pelbagai gaya

pembelajaran berdasarkan pelbagai model gaya pembelajaran, gaya pembelajaran

pelajar dari segi demografi dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian

akademik.

2.1 Pembelajaran

Berdasarkan literatur, pembelajaran ialah satu fenomena yang telah sebati

dengan kehidupan manusia. Menurut Horton dan Turnhage (1967) dalam Wan Zah

Page 22: Bahan kreativiti

19

Wan Ali (2000), apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu

yang mampu dilakukan olehnya, boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu

pembelajaran. Oleh yang demikian, hampir seluruh masa dalam hidup ini, manusia

terlibat dalam aktiviti pembelajaran (Borger dan Seaborne, 1982 dalam Wan Zah

Wan Ali, 2000).

Menurut Goldenson (1984) dalam Mahmood Nazar Mohamed (1990),

pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan informasi-informasi, tingkah

laku atau kebolehan yang baru. Pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai

perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan

yang diteguhkan dan ia boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal (Ee Ah

Meng, 1992).

Didalam pembelajaran, tidak semua orang memperolehi kebolehan yang

sama. Travers (1979) mengatakan bahawa pelajar-pelajar belajar melalui banyak

saluran seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan (biasanya penting diperingkat

awal), merasa dan membau. Sesetengah pelajar memerlukan pertolongan guru

sepenuhnya dan yang lain mencapainya secara ‘berdikari’ atau ‘tanpa bergantung’.

Dikalangan pelajar ada yang belajar dengan aktif secara berkumpulan, sebaliknya

ada yang lebih suka belajar bersendirian.

Pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah laku individu

yang dihasilkan oleh peristiwa-peristiwa alam sekitar (Carlson, 1987). Secara

kuantitatif, pembelajaran adalah kegiatan pengisian atau pengembangan kemampuan

kognitif dengan fakta sebanyak-banyaknya dalam otak pelajar manakala pengertian

pembelajaran secara kualitatif pula adalah proses memperolehi kefahaman serta cara-

cara mentafsir dunia disekeliling pelajar dengan tercapainya daya pemikiran yang

berkualiti (Muhibbin Syah, 1995).

Page 23: Bahan kreativiti

20

2.2 Gaya Pembelajaran

Pelajar mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya

dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan

pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta

dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan

model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual

seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara

lisan atau kuliah (Felder, 1996).

McCarty (1985) menyarankan empat stail belajar melalui “Sistem 4 Mat”

dimana sistem ini mempunyai dua skala. Skala pertama mempunyai kontinum

daripada pengalaman konkrit kepada konsep abstrak. Skala kedua pula mempunyai

kontinum daripada membayangkan - memerhati kepada melakukan eksperimen

secara aktif serta merujuk kepada bagaimana individu memproses pengalaman dan

maklumat. Kombinasi daripada empat teknik membuat tanggapan dan memproses

pengalaman serta maklumat ini, menghasilkan empat kategori pelajar dengan empat

stail belajar iaitu kategori pertama terdiri daripada para pelajar bersifat inovatif,

kedua bersifat analitikal, ketiga bersifat gemar menggunakan budi bicara dan

kategori keempat pula ialah bersifat dinamik.

Pengetahuan tentang gaya pembelajaran kendiri adalah penting dalam

pembelajaran. Pelajar yang meneruskan pengajian di universiti kebanyakkannya

tidak menyedari sepenuhnya gaya pembelajaran yang paling sesuai dengan diri

mereka yang menyebabkan mereka secara berterusan mempraktikkan gaya

pembelajaran yang kurang produktif tanpa menyedari mereka sebenarnya

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, pelajar haruslah mengenali

gaya pembelajaran mereka sendiri supaya mereka dapat menyedari keindividuan

gaya pembelajaran dan membolehkan mereka menggunakan pendekatan

pembelajaran yang pelbagai agar mendapat kesan pembelajaran yang optimum

(Entwistle, 1981).

Page 24: Bahan kreativiti

21

Menurut Hunt (1990) dalam Suresh Kesavalu (2005), gaya pembelajaran

tertakluk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan sesuatu pembelajaran

berlaku dengan berkesan dan syarat-syarat itu merangkumi persekitaran kawasan

pembelajaran, struktur pembelajaran sama ada formal, informal atau non-formal serta

gaya pembelajaran yang digemari dimana gaya pembelajaran akan berubah mengikut

suasana dan keadaan masing-masing.

Felder (1993) cuba menerangkan gaya pembelajaran dengan mengatakan

bahawa setiap pelajar mempunyai alternatif yang tekal dan berlainan dalam cara

membuat pengamatan, penyusunan dan ingat kembali (flash back) yang bercirikan

kognitif, efektif dan tingkah laku atau perlakuan fisiologi yang menjadi petunjuk

bagaimana seseorang pelajar cuba membuat pengamatan, tinjauan, penelitian,

berinteraksi dan bertindakbalas kepada sekitaran pembelajarannya.

Peterson (1979) dan Stewart (1981) dalam Ee Ah Meng (1995), pula

berpendapat bahawa gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan

pengajaran yang digemari seseorang pelajar. Ada pelajar gemarkan cara syarahan

manakala ada pula yang lebih gemarkan cara belajar sendiri. Personaliti individu

yang berbeza akan menentukan gaya pembelajaran yang paling sesuai serta berkesan

baginya.

2.3 Kerangka Teoritikal Gaya Pembelajaran

Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan

Tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta

proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan

penghuraian tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses

pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji

Page 25: Bahan kreativiti

22

selidik atau pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran

logik berasaskan falsafah (Mok Soon Sang, 2003). Teori-teori pembelajaran boleh

dibahagikan kepada beberapa mazhab seperti mazhab behaviorisme, mazhab

kognitif, mazhab sosial dan mazhab humanis.

2.3.1 Mazhab Behaviorisme

Mazhab behavioris menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil

proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan)

dengan tindakbalas organisma. Diantara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang

terpengaruh ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner (Mok Soon Sang, 2003).

2.3.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Ivan P. Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik. Menurut

Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Gerakbalas ialah apa-apa

sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Rangsangan ialah apa-apa sahaja

bentuk tenaga yang menimbulkan gerakbalas. Contohnya, apabila pensyarah

memberikan arahan supaya berdiri, pelajar dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah

rangsangan manakala tindakan berdiri itu ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya,

Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara

rangsangan dengan gerakbalas. Rangsangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu

rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran, contohnya seorang

pensyarah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan

(Ee Ah Meng, 1995).

Page 26: Bahan kreativiti

23

Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan dikenali sebagai pelaziman

klasik. Dalam eksperimen Pavlov, dia menggunakan seekor anjing. Anjing itu telah

mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Air liur dikenali sebagai gerakbalas

tak terlazim (semulajadi) kerana ia berlaku tanpa pembelajaran. Makanan itu ialah

rangsangan tak terlazim. Pavlov ingin tahu sama ada anjing itu boleh belajar

mengeluarkan air liur walaupun makanan tidak ditunjukkan.

Seekor anjing diletakkan di atas sebuah meja dan badannya diikat ke sebuah

pasung. Setiap kali makanan dihidangkan kepada anjing yang lapar itu, loceng

dibunyikan. Lazimnya anjing tersebut akan mengeluarkan air liur apabila terlihat

makanan. Bunyi loceng dan makanan ini diulang beberapa kali dan pada satu ketika,

loceng sahaja dibunyikan. Pavlov mendapati anjing memberi tindak balas kepada

bunyi loceng itu dengan mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa anjing

tersebut telah belajar membuat perkitan antara bunyi loceng dengan makanan yang

ditunjukkan itu sehingga tahap dimana apabila loceng dibunyikan, anjing itu telah

menduga bahawa makanan akan diberi lalu menyebabkan air liurnya terkeluar

(Mahmood Nazar Mohamed,1990).

Menurut Ee Ah Meng (1995), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

a) Untuk mengajar dengan berkesan seorang guru seharusnya mengaitkan

pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran

(rangsangan tak terlazim) supaya menghasilkan pembelajaran yang berkesan

(gerakbalas terlazim).

b) Latihan pengukuhan yang mencukupi adalah cara terbaik untuk memastikan

gerakbalas terlazim yang berkesan.

c) Peneguhan sekunder harus diberikan sekiranya didapati gerakbalas terlazim

semakin berkurangan.

Page 27: Bahan kreativiti

24

2.3.1.2 Teori Pelaziman Operan Thorndike

E.L. Thorndike (1874-1949) merupakan ahli behavioris pertama yang

mengemukakan konsep pelaziman operan.Beliau memperkenalkan pembelajaran

cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dengan gerak balas.

Melalui kajiannya ke atas seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar

dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah

melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar yang dikenali sebagai

pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini kucing tersebut akan

melakukan pelbagai reaksi dan apabila terpijak selak pintu sangkar itu terbuka.

Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke

dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa

percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut

belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan (Ramlah Jantan,

2002).

Menurut Shahabuddin Hashim dan rakan-rakan (2003), melalui eksperimen

ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S-R

iaitu Stimuli (rangsangan) dan Responses (tindakbalas). Hukum-hukum

pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga hukum iaitu

a) Hukum Kesediaan

Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada

sebelum indiviu dapat bertindak. Contohnya, pelajar-pelajar harus bersedia

mempelajari sesuatu dan persediaan ini harus ditunjukkan melalui sikap dan set

mental.

Page 28: Bahan kreativiti

25

b) Hukum Latihan

Menurut hukum ini, pertalian antara rangsangan dan gerakbalas akan

bertambah kukuh jika latihan diadakan. Ganjaran-ganjaran yang tertentu harus

diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang diingini atau

yang menjadi matlamat.

c) Hukum Kesan

Hukum kesan menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan

gerakbalas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas

terhasilnya gerakbalas dan sebaliknya, kesan yang menyakitkan pula akan

melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas. Ganjaran yang diberikan

kepada pelajar yang sudah menunjukkan tingkah laku yang diingini atau yang

menjadi matlamat harus melalui tahap-tahap tertentu. Tujuannya adalah untuk

mengukuhkan tingkah laku yang dihajatkan tersebut dan untuk mengelakkan tingkah

laku yang tidak diingini.

2.3.1.3 Teori Pelaziman Operan Skinner

Burrhus F. Skinner (1904-1990) sependapat dengan Pavlov tetapi

menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangkamasa yang panjang

dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Peti

Skinner ialah satu kotak yang mempunyai alat penekan pada dindingnya. Apabila

alat penekan itu ditekankan secara sengaja atau tidak sengaja, maka makanan akan

terkeluar. Skinner telah memasukkan tikus ke dalam peti kajian yang diciptanya.

Tikus tersebut menunjukkan pelbagai tingkah laku rawak, namun secara tidak

sengaja tikus tersebut tertekan alat penekan tersebut. Makanan terkeluar dan tikus

tersebut memakannya. Tikus itu mempelajari bahawa alat penekan tersebut memberi

Page 29: Bahan kreativiti

26

makanan kepadanya. Menurut Skinner, gerakbalas boleh dikuatkan (diulangi) atau

dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu

ditunjukkan. Skinner telah mengemukakan satu Jadual Peneguhan seperti rajah 2.1

di bawah ini (Ramlah Jantan, 2002).

Rajah 2.1 : Jadual Peneguhan Oleh Skinner

2.3.2 Mazhab Kognitif

Tokoh-tokoh mazhab kognitif menekankan proses kognitif yang sebenarnya

menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Mereka tidak bersetuju

dengan teori stimuli-tindakbalas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana

stimuli-tindakbalas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran

ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam

persekitarannya. Diantara tokoh-tokoh mazhab kognitif ialah Bruner dan Gagne

(Mok Soon Sang, 2003).

PENEGUHAN

Berubah Berubah

Tetap Tetap

Masa Nisbah

Peneguhan Berkala Peneguhan Berterusan

Page 30: Bahan kreativiti

27

2.3.2.1 Teori Kognitif Jerome Bruner

Kajian Bruner menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam

sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. Teori Pembentukan

Konsep Bruner banyak digunakan sebagai aktiviti pengajaran di sekolah kerana teori

pembelajaran beliau adalah berkait rapat dengan banyak kaedah mengajar. Teori ini

juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Penemuan. Teori kognitif ini

mementingkan pemikiran secara logikal dan pemikiran analisis dan intuitif. Bruner

mementingkan aspek-aspek seperti suasana pembelajaran yang kondusif serta

mengajar sesuatu konsep dalam struktur dan bentuk pengetahuan yang sistematik

dalam teori penemuannya (Ee Ah Meng, 1995).

Menurut Bruner, peringkat perkembangan kognitif yang dilalui oleh kanak-

kanak normal adalah peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan

peringkat simbolik (5-7 tahun). Pada peringkat enaktif, banyak aktiviti yang

dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakkan anggota kanak-kanak. Peringkat

ikonik membolehkan kanak-kanak menggunakan otak untuk memikirkan sesuatu dan

menggambarkan imej dalam fikiran mereka manakala simbolik pula, mereka sudah

boleh berfikir dengan menggunakan bahasa dan konsep (Jenny Leach, 1999).

Bruner mengemukakan empat ciri-ciri penting dalam teori Pembelajaran

Bruner (Jenny Leach, 1999).

a) Sifat semulajadi pembelajaran/persekitaran pembelajaran.

Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh

itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Guru perlu

menyediakan aktiviti yang menggalakkan pembelajaran penemuan dan memberi

arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.

Page 31: Bahan kreativiti

28

b) Struktur dan bentuk pengetahuan

Proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu

isi pelajaran. Pelajar dicadangkan supaya membuat sistem mengkod, contohnya,

menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang

baik membolehkan pelajar memahami rangsangan dengan baik.

c) Urutan

Bahan pengajaran mesti disusun mengikut urutan yang spesifik supaya

pelajar memahaminya dengna berkesan. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan

pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam

pembelajaran.

d) Peneguhan.

Guru perlu memberi maklumbalas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar dan

masa peneguhan yang diberikan amat penting kepada pelajar. Jika peneguhan

diberikan terlalu awal, pelajar akan jadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu

lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut.

Aplikasi prinsip pembelajaran Bruner dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah

Meng, 1995).

i. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Oleh itu, guru hendaklah

menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium

dan merasa. Pengalaman seperti ini membawa mendatangkan pembelajaran

yang bermakna. Ini bermakna aktiviti seperti projek, lawan dan kajian luar

hendaklah dikendalikan.

ii. Bruner mencadangkan agar guru memberi banyak contoh-contoh semasa

pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep,

Page 32: Bahan kreativiti

29

membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep

(Ramlah Jantan, 2002).

iii. Penekanan juga diberikan kepada motivasi intrinsik dan ektrinsik. Guru perlu

memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang ingin

ditonjolkan. Dalam jangka panjang, motivasi intrinsik lebih dipentingkan.

2.3.2.2 Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne

Memproses maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan

menerima maklumat menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan. Model

memproses maklumat sama seperti komputer iaitu terdiri daripada ingatan deria,

ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Menurut Gagne (1970) dalam Ee

Ah Meng (1995), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada

yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung pada pembelajaran pada

aras yang rendah. Gagne telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran atau hierarki

pembelajaran seperti berikut.

1. Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerakbalas terhadap sesuatu isyarat.

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk

ke kelas, semua pelajar akan berdiri dan memberi ucapan “Selamat sejahtera,

Cikgu”.

Page 33: Bahan kreativiti

30

2. Pembelajaran Gerakbalas

Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan

dengan gerakbalas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya

gerakbalas yang positif dapat dikekalkan.

3. Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti

permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu

siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

4. Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa

untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu

rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari

dahulu.

5. Pembelajaran Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri untuk

memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pembelajaran

diskriminasi sangat penting dalam proses pembelajaran kerana pelajar dapat menapis

maklumat penting dari maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses

pengenkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Page 34: Bahan kreativiti

31

6. Pembelajaran Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahsa dan diskriminasi iaitu

mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep

yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan

peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya

dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

7. Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep dalam sesuatu

urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan

generalisasi.

8. Penyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep

dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat

langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah seperti Mengenal masalah,

Mencari maklumat, Membuat hipotesis, Memilih cara menyelesaikan masalah

(memilih alternatif terbaik), Menguji hipotesis dan Membuat rumusan.

Gagne juga telah mengemukakan lapan fasa pembelajaran dan peristiwa

pengajaran (Event Of Instruction). Fasa tersebut digambarkan seperti berikut.

1. Fasa Motivasi

Motivasi mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan

tertentu yang dapat memberikan kepuasan kepadanya. Lazimnya, motivasi akan

menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila wujudnya jangkaan dan

harapan.

Page 35: Bahan kreativiti

32

2. Fasa Kefahaman

Dalam fasa kefahaman ini, individu perlu didorong untuk memberikan

perhatian kepada yang sedang dialami dan dipelajari. Dalam hal ini, ia harus dapat

memberikan tumpuan kepada sesuatu aspek atau peristiwa dan dapat pula memilih

apa yang dilihat dan dirasainya itu secara berkesan. Untuk memastikan

pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan sempurna, individu

tersebut harus mempunyai kebolehan untuk mendiskriminasikan persepsinya.

3. Fasa Pemerolehan

Fasa pemerolehan adalah segmen yang menyimpan segala rangsangan yang

telah dikodkan dalam stor jangka pendek. Biasanya terdapat juga rangsangan-

rangsangan yang telah dikodkan, dipanjangkan ke dalam stor ingatan jangka panjang.

Kod-kod seperti itu boleh disimpan lebih lama dan dikeluarkan semula pada masa

hadapan apabila diperlukan.

4. Fasa Penahanan

Bahagian yang berkeupayaan menerima dan menyimpan sebanyak mana

maklumat atau data yang diperoleh dalam memori dikenali sebagai fasa penahanan.

5. Fasa Mengingat Kembali

Bahagian ini melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data

yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang.

Page 36: Bahan kreativiti

33

6. Fasa Generalisasi

Generalisasi dalam konteks ini adalah keupayaan menggunakan pembelajaran

yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang

seakan-akan serupa atau dipersepsikan sebagai seakan-akan sama. Dalam hal ini,

pembelajaran boleh dipindahkan daripada keadaan khusus kepada keadaan umum

melalui proses generalisasi tersebut.

7. Fasa Perlakuan

Fasa ini menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu

pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat

diketahui melalui tingkahlaku yang dicerminkan daripada kadar pembelajaran yang

diperoleh

8. Fasa Maklumbalas

Maklumbalas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang

sesudah melalui proses pembelajaran. Maklumbalas seperti ini bukan sahaja menjadi

pengukur kepada prestasi seseorang pelajar, tetapi juga berfungsi sebagai peneguh

yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut.

Aplikasi prinsip pembelajaran Gagne dalam pengajaran dan pembelajaran

(Ramlah Jantan, 2002).

i. Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula

daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit. Sebelum guru

mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar

telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.

Page 37: Bahan kreativiti

34

ii. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru

merancang pengajaran seperti langkah-langkah yang dicadangkan dalam 8

fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

2.3.3 Mazhab Sosial

Mazhab sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori

mazhab behavioris dan mazhab kognitif yang telah dihuraikan di atas. Tokoh

mazhab sosial seperti Bandura menegaskan pembelajaran melalui proses

permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian atau peniruan (Mok

Soon Sang, 2003).

2.3.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Menurut Robert (1997), Albert Bandura dilahirkan pada 1925 di Alberta,

Canada merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori

pembelajaran sosial dan teori modelnya. Albert Bandura mengemukakan teori

pembelajaran sosial, iaitu tabiat dan tingkahlaku kita adalah kita tiru dan pelajari

daripada interaksi kita dengan masyarakat. Pembelajaran sosial berfokus kepada

pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial. Ia merujuk kepada bagaimana

seseorang individu itu belajar melalui orang sekelilingnya. Konsep yang terlibat

ialah pembelajaran melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan.

Bandura telah melakukan eksperimen terhadap sekumpulan kanak-kanak

berumur diantara 3 tahun hingga 6 tahun telah diarahkan untuk melihat sekumpulan

Page 38: Bahan kreativiti

35

orang dewasa menumbuk, menendang dan menjerit terhadap satu patung besar yang

berisi udara (Bobo Doll). Kemudian kanak-kanak tersebut disuruh memukul patung

yang sama. Didapati kanak-kanak tersebut telah menunjukkan tingkahlaku agresif

dua kali ganda daripada orang dewasa serta menggunakan perkataan yang sama oleh

orang dewasa tersebut (Ee Ah Meng, 1995). Ini menunjukkan pembelajaran berlaku

dengan memerhati individu lain (observational learning). Ia terdiri daripada dua

bentuk iaitu peniruan (imitation) dan permodelan (modelling).

Terdapat empat proses yang membentuk Teori Pembelajaran Sosial (Robert,

1997).

i. Perhatian (Attention)

Pembelajaran hanya berlaku jika ada penumpuan perhatian.

ii. Mengingat (Retention)

Pemerhatian harus berupaya mengekalkan tingkahlaku yang

diperhatikan dalam ingatan.

iii. Reproduksi (Motor Reproduction)

Pemerhatian harus berupaya melakukan semua tingkahlaku yang ditiru.

Kecekapan bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran motor.

iv. Peneguhan/Motivasi (Motivation)

Individu akan meniru tingkahlaku yang diperhatikan jika ia mendatangkan

kepuasan, peneguhan positif dan ganjaran.

Aplikasi model sosial Bandura dalam pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng,

1995).

Page 39: Bahan kreativiti

36

i. Guru boleh menggunakan tayangan video, filem dan gambar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat perhatian pelajar-

pelajar dalam pembelajaran.

ii. Guru boleh menunjukkan cara menyelesaikan sesuatu masalah.

iii. Menggunakan pelajar-pelajar lain (rakan sebaya) sebagai model untuk

menunjukkan tingkahlaku model bagi seluruh kelas.

2.3.4 Mazhab Humanis

Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada

emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara

belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan

pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi

pelajar sendiri (Mok Soon Sang, 2003).

2.3.4.1 Teori Keperluan Maslow

Abraham Maslow telah memperkenalkan hierarki keperluan Maslow.

Menurut Maslow, manusia mempunyai motivasi untuk memenuhi keperluan-

keperluan hidupnya. Keperluan-keperluan tersebut adalah berdasarkan hierarki iaitu

mulai dari yang paling rendah (bersifat asas/fisiologi) sehingga yang paling tinggi

(kesempurnaan kendiri).

Page 40: Bahan kreativiti

37

Rajah 2.2 : Hierarki Keperluan Maslow

Keperluan

Paling

Tinggi

Keperluan Paling

Rendah

Keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi seperti minuman,

makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak dipenuhi,

keperluan yang lain akan diabaikan. Apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi,

timbullah keperluan keselamatan yang merangkumi keperluan untuk rasa selamat,

perlindungan, bebas daripada rasa takut dan kebimbangan). Keperluan untuk

disayangi dan menyayangi akan timbul setelah keperluan keselamatan dipenuhi.

Keperluan ini dapat dipenuhi melalui kawan, keluarga dan pasangan hidup.

Keperluan rasa harga diri pula terbahagi kepada dua jenis iaitu rasa harga diri

berasaskan rasa hormat kepada diri sendiri dalam aspek persaingan, berdikari dan

penilaian orang lain. Selain itu, seseorang individu mendapat penghargaan daripada

orang lain untuk mendapat status, dominan dan kepentingan tertentu. Kesempurnaan

kendiri dapat dicapai apabila keperluan-keperluan lain telah dipenuhi. Dalam tahap

ini, seseorang individu akan mencari matlamat hidup dan berusaha kearah sempurna

kendiri dalam potensi diri yang unik yang ada pada mereka (Robert, 1997).

Teori pembelajaran humanis menitikberatkan prinsip-prinsip berikut dalam

proses pembelajaran (Ee Ah Meng, 1995).

Kesempurnaan

Kendiri

Penghargaan

Kendiri

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi (asas)

Keperluan Untuk Kasih Sayang

Page 41: Bahan kreativiti

38

i. Pelajar akan belajar apa yang mereka kehendaki dan ingin diketahui.

ii. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar tidak berasa terancam. Suasana

sosiemosi yang sihat dengan guru haruslah diwujudkan.

2.4 Model-model Gaya Pembelajaran

Model-model gaya pembelajaran yang akan dibincangkan secara ringkasnya

ialah Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman, Model Gaya Pembelajaran

Honey & Mumford, Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya Pembelajaran

Slavin, Model Gaya Pembelajaran Entwistle dan Model Gaya Pembelajaran Grasha-

Riechmann.

2.4.1 Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman

Pada tahun 1988, Richard Felder dan Linda Silverman telah menghasilkan

satu model pembelajaran yang memfokus spesifik kepada gaya pembelajaran

pelajar-pelajar kejuruteraan. Tiga tahun kemudiannya, instrumen penilaian

psikometrik iaitu Felder & Solomon’s Index of Learning Styles dihasilkan. Menurut

Felder & Silverman (1988), pada awalnya terdapat lima dimensi iaitu Persepsi

(Sensing-Intuitive), Input (Visual-Auditory), Organisasi (Inductive-Deductive),

Proses (Active-Reflective) dan Pemahaman (Sequential-Global). Kemudian dua

perubahan telah dilakukan iaitu dimensi Organisasi (Inductive-Deductive) telah

dibubarkan dan sub-skala Visual-Auditory telah diubah kepada Visual-Verbal.

Page 42: Bahan kreativiti

39

Model ini akhirnya mengklasifikasikan pelajar kepada lapan kategori

berdasarkan empat dimensi seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 : Dimensi Gaya Pembelajaran Felder & Silverman

Dimensi Gaya Pembelajaran Ciri-ciri

Active

Lebih mudah belajar apabila

dikehendaki melakukan sesuatu seperti

aktiviti ‘hands on’ dan gemar bekerja

dalam satu pasukan. Sekiranya pelajar

jenis ini diberikan satu projek untuk

dilaksanakan, mereka lebih mudah

memahami konsep yang berkaitan.

Pemprosesan

Reflective

Lebih suka memikirkan sesuatu perkara

sedalam-dalamnya sebelum

mencubanya. Kebiasaannya pelajar

jenis ini suka bekerja bersendirian.

Persepsi

Sensing

Lebih cenderung kepada memahami

fakta-fakta dan data, bersifat lebih

praktikal dan senang memahami sesuatu

yang konkrit dan berkaitan dengan

kehidupan harian. Pelajar jenis ini lebih

memahami penerangan yang terperinci

tetapi bukan yang mengelirukan dan

selalunya sangat teliti dalam

menyelesaikan masalah walaupun

kadangkala agak lambat.

Page 43: Bahan kreativiti

40

Intuitive

Lebih cenderung kepada memahami

teori-teori, konsep-konsep dan formula-

formula, bersifat lebih inovatif,

imaginatif, suka kepelbagaian dalam

penyelesaian masalah. Pelajar jenis ini

cepat melakukan sesuatu tetapi agak

kerap melakukan kesilapan.

Visual

Lebih menggemari penyampaian bahan

pembelajaran dalam bentuk gambar,

rajah, carta aliran, graf dan lakaran.

Pelajar jenis ini lebih mengingati apa

yang dilihat daripada yang

didengarinya.

Input

Verbal

Lebih memahami sesuatu perkara

apabila disampaikan dalam bentuk

kuliah, penulisan teks dan formula

matematik.

Sequential

Lebih cenderung belajar secara teratur

dan tersusun.

Pemahaman

Global

Lebih menggemari pembelajaran secara

holistik, keseluruhan dan pemikiran

secara bersistem.

Page 44: Bahan kreativiti

41

2.4.2 Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford

Menurut Honey & Mumford (1992b), istilah gaya pembelajaran digunakan

untuk menerangkan sikap dan tingkahlaku yang menentukan gaya pembelajaran

individu yang mengamalkannya. Honey & Mumford membahagikan gaya

pembelajaran pelajar kepada empat kumpulan iaitu Aktivis, Reflektif, Teoris dan

Pragmatis. Terdapat juga tahap-tahap peredaran proses pembelajaran seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3 : Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran

i. Aktivis

Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini gemar mencari

pengalaman baru. Mereka berfikiran terbuka dan amat ingin mengambil tahu

tentang perkara-perkara yang baru. Mereka lebih suka terlibat dalam

Tahap 1 Menimba Pengalaman

(Aktivis)

Tahap 4 Merancang Langkah Seterusnya

(Pragmatis)

Tahap 2 Mengulas Pengalaman

(Reflektif)

Tahap 3 Membuat Kesimpulan Daripada Pengalaman

(Teoris)

Page 45: Bahan kreativiti

42

perbincangan seperti sumbangsaran atau sesi buzz. Falsafah mereka ialah

“Saya sangat ingin mencubanya.”

ii. Reflektif

Golongan pelajar ini belajar melalui pemerhatian dan berfikir terhadap apa

yang telah berlaku. Mereka suka mengumpul dan menganalisis data serta

berfikir dengan cermat sebelum membuat kesimpulan yang sesuai. Falsafah

mereka adalah ‘Berhati-hati.”

iii. Teoris

Golongan pelajar ini belajar melalui model, konsep dan pernyataan. Mereka

bersifat objektif iaitu melihat sesuatu idea dari semua sudut agar sesuatu

situasi dapat dilihat dengan lebih jelas. Rumusan yang dibuat adalah

berasaskan bukti, analisis data dan logik. Falsafah mereka ialah “Jika ia logik

maka ia baik.”

iv. Pragmatis

Golongan pelajar ini bersifat praktikal. Mereka gemar mencuba idea, teori

dan teknik untuk memastikan sama ada ia berguna dalam situasi sebenar.

Mereka suka menggunakan alat-alat konkrit bagi menyelesaikan masalah.

Falsafah mereka ialah “Cara yang lebih baik sentiasa wujud.”

Page 46: Bahan kreativiti

43

2.4.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb

Menurut Kruzich (1986), Kolb telah mengemukakan gaya pembelajaran

melalui pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman iaitu:

1. Pengalaman konkrit adalah individu yang belajar daripada pengalaman yang

spesifik, berkait dengan orang lain dan sensitif terhadap perasaan orang lain.

2. Pemerhatian reflektif adalah pembelajaran yang melibatkan pemerhatian teliti

sebelum membuat keputusan, melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif

dan melihat kepada makna sesuatu perkara.

3. Konseptual abstrak adalah pembelajaran berdasarkan analisis logikal,

perancangan yang sistematik dan pemahaman secara intelektual terhadap

sesuatu situasi.

4. Eksperimentasi aktif pula merujuk kepada kemampuan untuk melakukan

sesuatu sehingga selesai, mengambil risiko, mempengaruhi orang lain dan

bertindak terhadap sesuatu perkara.

Daripada pengalaman pembelajaran tersebut, Kolb mengenalpasti empat gaya

belajar iaitu Konverger, Diverger, Akomodator dan Assimilator. Instrumen bagi

mengenalpasti pelajar dengan gaya belajar ini dikenali sebagai Kolb Learning Style

Inventory (KLSI) yang mengandungi 12 item soal selidik. Jadual 2.2 menunjukkan

ciri-ciri gaya pembelajaran Kolb yang telah diubahsuai (Shahabuddin Hashim

(2003).

Page 47: Bahan kreativiti

44

Jadual 2.2 : Gaya Pembelajaran Kolb

Gaya Belajar Ciri-ciri

1) Konverger • Menerima maklumat yang bersifat abstrak dan rumit, serta

memprosesnya dengan cara melakukan percubaan.

• Mencari hanya satu idea yang paling logik dan tepat dalam

menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh yang demikian, tidak

gemar menjana pelbagai idea.

• Tidak bersifat emosi dan lebih gemar berhubung dengan

alat-alatan daripada orang ramai.

2) Diverger • Menerima maklumat yang nyata dan spesifik serta

membuat pemerhatian mendalam terhadap maklumat

tersebut sebelum membuat keputusan.

• Berkebolehan menjana pelbagai idea.

• Menggunakan pendekatan sosial dalam pembelajaran dan

sensitif dengan perasaan.

• Berkebolehan berimaginasi.

3) Akomodator • Menerima maklumat yang bersifat nyata dan spesifik, serta

memprosesnya dengan cara melakukan percubaan.

• Cenderung mencari pengalaman baru dan melakukan

pelbagai percubaan.

• Gemar mengikut gerak hati dan belajar menggunakan

kaedah ‘cuba jaya’ dalam menyelesaikan sebarang masalah.

4) Assimilator • Menerima maklumat bersifat abstrak dan rumit, serta

memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang

mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

• Kebolehan membuat model teoritikal.

• Berkebolehan menggabungkan pelbagai idea bagi

membentuk suatu konsep.

Page 48: Bahan kreativiti

45

2.4.4 Model Gaya Pembelajaran Slavin

Mengikut Slavin dalam Mok Soon Sang (2003), gaya pembelajaran boleh

digolongkan dalam dua kategori yang dihuraikan seperti berikut:

1. Gaya Pembelajaran Bergantung (Dependent Learning Style)

Golongan pelajar ini mengutamakan bidang kognitif dalam semua pola dan

menerimanya secara keseluruhan.

Ciri-ciri gaya pembelajaran ini ialah

i. Mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara menyeluruh.

ii. Menerima pendapat yang bersifat umum.

iii. Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik.

iv. Sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain.

v. Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi.

vi. Tidak mempunyai inisiatif belajar dan terlalu bergantung kepada motivasi

dan pengajaran guru.

vii. Tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri.

viii. Mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar tanpa

menyoal.

Pelajar bergantung lebih suka belajar bersama dengan rakan sebaya dalam

kumpulan kecil. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk pelajar golongan

ini ialah kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan dan kaedah kumpulan.

2. Gaya Pembelajaran Tidak Bergantung (Independent Learning Style)

Golongan pelajar ini mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau

corak secara terperinci.

Page 49: Bahan kreativiti

46

Ciri-ciri gaya pembelajaran tidak bergantung ialah :

i. Mengamati perkara secara analitik.

ii. Berminat menentukan objektif pembelajaran sendiri.

iii. Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran orang.

iv. Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat.

v. Mampu menguruskan pembelajaran sendiri.

vi. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

vii. Belajar dengan inisiatif sendiri.

Golongan pelajar yang tidak bergantung lebih suka belajar dan berfikir

masalah diri sendiri. Strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk golongan

pelajar ini ialah kaedah uji kaji, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah penyelesaian

masalah.

2.4.5 Model Gaya Pembelajaran Entwistle

Model gaya pembelajaran Entwistle (1998), bukan sahaja menganalisis

proses pembelajaran malah mengutamakan orientasi pelajar terhadap pembelajaran.

Entwistle telah mengkaji tumpuan pelajar dalam pembelajaran dan gaya yang

diamalkan oleh para pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Gaya

pembelajaran Entwistle dikategorikan kepada tiga konsep utama iaitu pendekatan

berorientasikan pemahaman secara mendalam (deep approach), pendekatan

berorientasikan reproduktif atau secara permukaan (surface approach) dan

pendekatan strategik (strategic approach) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.

Page 50: Bahan kreativiti

47

Jadual 2.3 : Gaya Belajar Entwistle Gaya Belajar Ciri-ciri

1) Pendekatan Berorientasikan

Pemahaman Secara Mendalam (Deep

Approach)

• Melibatkan empat sub-skala iaitu

kemahiran untuk memahami sesuatu

makna dengan lebih mendalam,

menghubungkaitkan sesuatu idea,

menggunakan segala fakta dan bukti

yang diperolehi serta berminat

terhadap idea-idea yang telah

dipelajari (Entwistle, Tait &

McCune, 2000).

• Melibatkan pelajar yang

mempunyai keinginan intrinsik

untuk belajar dan

menghubungkaitkan bahan-bahan

baru dalam kehidupannya.

• Pelajar kecenderungan untuk

menerima sesuatu yang lebih

mendalam dalam pembelajaran.

Page 51: Bahan kreativiti

48

2) Pendekatan Berorientasikan

Reproduktif atau secara Permukaan

(Surface Approach)

• Terdapat empat sub-skala bagi

elemen ini iaitu kurang keazaman

untuk bertindak, tiada perkaitan

dalam mengingat, batasan silibus

dan ketakuatan dalam menghadapi

kegagalan (Entwistle, Tait &

McCune, 2000).

• Melibatkan pelajar yang

berkecenderungan terhadap

pembelajaran secara permukaan

sahaja.

• Pelajar hanya akan mengingat fakta

tetapi mungkin tidak mampu untuk

menggabungkan fakta baru dengan

bidang pengetahuan yang lebih luas.

• Pelajar ini juga mempunyai

keinginan ekstrinsik untuk belajar.

3) Pendekatan Strategik (Strategic

Approach)

• Terdapat lima sub-skala iaitu

pembelajaran yang teratur,

pengurusan masa, peka terhadap

keperluan penilaian, pencapaian dan

pengawalan efektif (Entwistle, Tait

& McCune, 2000).

• Melibatkan pelajr yang sanggup

melakukan apa sahaja untuk

mendapatkan gred kelulusan yang

cemerlang.

Page 52: Bahan kreativiti

49

2.4.6 Model Gaya Pembelajaran Grasha-Riechman

Menurut Wong Chai Ling (2006), Model Grasha-Riechmann telah dibentuk

untuk menentukan gaya pembelajaran pelajar kolej di dalam kelas. Menurut Grasha

(1996) dalam Wong Chai Ling (2006), skala gaya pembelajaran pelajar Grasha-

Riechman adalah ideal daripada beberapa segi iaitu instrumen ini dibentuk untuk

menilai gaya pembelajaran pelajar kolej dan universiti, ia adalah fokus kepada cara

pelajar berinteraksi dengan pengajar dan pelajar lain, ia menggalakkan penyediaan

dan pembelajaran yang dapat membantu fakulti mereka memilih kursus yang sesuai

dan memenuhi keperluan pelajar dan dengan instrumen ini, pelajar boleh memiliki

keenam-enam gaya pembelajaran dalam had yang banyak atau kurang kerana

pengelasan sistem ini dapat menghalang gaya pembelajaran yang berulang dan

menyediakan insentif untuk penggunaan gaya pembelajaran optimum. Enam sifat

daripada Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann (GRSLSS) adalah

seperti berikut:

1. Berdikari

Ciri-ciri : Seseorang pelajar gemar menyiapkan tugas secara bersendirian dan

menerima arahan daripada guru pada tahap yang minima.

Kebaikan : Membina kemahiran seperti inisiatif kendiri dan pembelajaran

kendiri.

Kelemahan : i) Menjadi seorang yang sentiasa kekurangan dalam kemahiran

kolaboratif.

ii) Gagal mendapat nasihat daripada orang lain atau mendapat

bantuan apabila diperlukan.

2. Penghindaran

Ciri-ciri : i) Pelajar berkecenderungan mendapat gred yang rendah dan

mempunyai ketidakhadiran ke kuliah yang tinggi.

ii) Mereka adalah lemah dalam menguruskan tugasan mereka dan

lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka.

Kebaikan : Berkebolehan untuk mengelakkan tekanan dan kebimbangan dalam

Page 53: Bahan kreativiti

50

mengambil langkah yang serius untuk mengubah cara hidup

mereka.

Kelemahan : i) Hasil kerja menurun.

ii) Mengelakkan mereka daripada menentukan matlamat yang

produktif.

3. Kolaboratif

Ciri-ciri : Pelajar seronok untuk berkongsi idea ketika bekerja dalam

kumpulan.

Kelebihan : Mengembangkan teknik untuk bekerja dan belajar dalam kumpulan.

Kelemahan : Terlalu bergantung kepada orang lain dan selalu tidak

berkemampuan untuk membuat kerja.

4. Pergantungan

Ciri-Ciri : Pelajar akan berasa hampa apabila menghadapi cabaran kerana

mereka amat bergantung kepada tutor untuk memberikan arahan

untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Kelebihan : Membantu merka dalam menguruskan kebimbangan dan mendapat

arahan yang jelas.

Kelemahan : Sukar membentuk kemahiran kendiri dan kemahiran pembelajaran.

5. Persaingan

Ciri-ciri : Pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan

ganjaran, pengiktirafan dan kesangsiaan juga timbul dikalangan

pelajar dalam kumpulan yang sama.

Kelebihan : Memotivasi pelajar untuk mengekalkan prestasi dan menentukan

hala tuju dalam pembelajaran.

Kelemahan : Gaya ini menyukarkan pelajar menghargai serta mempelajari teknik

kolaboratif.

6. Penyertaan

Ciri-ciri : i) Pelajar lebih bertanggungjawab keatas pembelajaran mereka dan

mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang lain.

ii) Mereka menyiapkan semua tugasan yang diberikan dengan sikap

Page 54: Bahan kreativiti

51

yang positif.

iii) Mereka adalah golongan yang aktif dalam aktiviti kelas kerana ia

adalah sangat bernilai dan menarik.

Kelebihan : Mendapat pengalaman dalam setiap pembelajaran kelas yang

diikuti.

Kelemahan : Melakukan sesuatu yang terlalu atau meletakkan keperluan orang

lain melebihi diri sendiri.

2.5 Kajian-kajian Lepas

Kajian-kajian literatur ini telah dikumpulkan melalui kajian-kajian yang telah

dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang sebelumnya.

2.5.1 Kajian-kajian Mengenalpasti Tahap Gaya-gaya Pembelajaran

Rosati (1999) telah membuat satu kajian penyelidikan gaya pembelajaran

terhadap 868 orang siswazah Kejuruteraan di University Of Western Ontario (UWO)

yang terdiri daripada 692 orang lelaki dan 176 orang perempuan dengan

menggunakan set soal selidik Felders Index Of Learning Styles. Beliau mendapati

69% pelajar mempunyai gaya pembelajaran Active, 59% pelajar bersifat Sensing,

89% pelajar berkecenderungan kepada gaya pembelajaran Visual dan 67% pula

bersifat Sequential.

Felder, R.M. (2000) telah menggunakan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

untuk menguji gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan kimia seramai 116 orang di

Page 55: Bahan kreativiti

52

North Carolina State University dimana gaya pembelajaran active dan cooperative

learning dan inductive presentation diberi tumpuan. Kajian juga mendapati

penggunaan alat ujian MBTI adalah sangat berguna dalam membantu pendidik

kejuruteraan dan penasihat akademik pelajar untuk memahami gaya pembelajaran

pelajar mereka dan menjalankan proses pengajaran yang berkesan kepada pelajar.

Kajian oleh Hyeok Kang (1999) telah dijalankan untuk menentukan gaya

pembelajaran 306 penuntut Korea dari dua buah Sekolah Tinggi di Seoul, Korea.

Kajian ini mengikut kajian Reid (1987) dalam mengkaji gaya pembelajaran penuntut

ESL di Amerika Syarikat. Kajian Reid mencari maklumat mengenai empat gaya

pembelajaran yang asas iaitu visual, auditori, kinestetik dan ‘tactile’ dan juga

pemilihan cara belajar individu atau kelompok. Secara keseluruhannya, penuntut

Korea ini mengamalkan gaya pembelajaran auditori, kinestetik dan cara belajar

individu sebagai gaya pembelajaran utama. Visual, ‘tactile’ dan cara belajar

berkelompok merupakan gaya pembelajaran yang kedua atau minor.

Hamzah Bin Nun (1999) pula telah menjalankan kajian katas 297 orang

pelajar dari lima buah fakulti di UTM, Skudai iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains

Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli,

Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan menggunakan set

soal selidik Honey dan Mumford (1992). Dapatan kajian menunjukkan terdapat

sebilangan besar responden di UTM, Skudai mempunyai gaya pembelajaran

Reflector (134 orang, 45.1%) dan gaya pembelajaran sampingan sebagai Aktivist

(105 orang, 35.4%). Sebilangan kecil responden mempunyai gaya pembelajaran

Teorist (41 orang, 13.8%) diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatist (17 orang,

5.7%). Di Fakulti Pendidikan pula, daripada jumlah sampel 60 orang, terdapat

seramai 27 (45.0%) orang pelajar mempunyai gaya pembelajaran Reflector, 21

(35.0%) orang Activist, 8 (13.3%) orang Theorist dan 4 (6.9%) orang Pragmatist.

Kajian oleh Hii Siong Ting (2006) keatas 146 orang pelajar Sains Tahun 5,

Fakulti Pendidikan, UTM dengan menggunakan set soal selidik Dunn dan Dunn

(1978), mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap elemen

Page 56: Bahan kreativiti

53

gaya pembelajaran cahaya, suhu, motivasi sendiri, rakan sebaya, pelbagai cara dan

sub elemen yang terdiri daripada visual, kinestetik, auditori, masa pagi dan masa

malam. Hasil kajian menunjukkan kecekalan pelajar berada pada tahap yang rendah.

Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di

Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad

Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning

Styles menunjukkan secara amnya, didapati ramai pelajar menggunakan gaya

pembelajaran Visual (152 orang pelajar) berbanding dengan gaya-gaya pembelajaran

yang lain. Secara khususnya, ramai pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Active

berbanding Reflective, Sensing berbanding Intuitive, Visual berbanding Verbal dan

Sequential berbanding Global.

2.5.2 Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dari Segi Jantina

Kajian Hyeok Kang (1999) ke atas penuntut Korea di dua buah Sekolah

Tinggi di Seoul, Korea menunjukkan penuntut lelaki dan perempuan secara

keseluruhannya kurang mengamalkan gaya pembelajaran berkelompok tetapi paling

banyak mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik. Penuntut lelaki memilih gaya

pembelajaran ‘tactile sebagai minor stail manakala penuntut perempuan pula

memilih gaya pembelajaran ‘tactile’ sebagai major stail. Penuntut perempuan lebih

banyak mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik, ‘tactile dan cara belajar individu

daripada penuntut lelaki. Min gaya pembelajaran visual, autitori, dan cara belajar

berkelompok yang dipilih oleh penuntut lelaki adalah lebih tinggi daripada min gaya

pembelajaran yang dipilih oleh penuntut perempuan.

Page 57: Bahan kreativiti

54

Berdasarkan kajian Hamzah Nun (1999) ke atas pelajar dari lima buah fakulti

(Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti

Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan

Mekanikal) UTM, Skudai yang menggunakan set soal selidik Honey dan Mumford

(1992), tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran

mengikut jantina. Berdasarkan ujian t yang dijalankan, didapati bahawa nilai

t = -0.213, p<0.831. Maka pengkaji mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar

lelaki dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan tidak menunjukkan perbezaan

yang signifikan. Keputusan ini menerangkan bahawa faktor jantina tidak

mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.

Dapatan kajian Dunn dan Dunn serta Price (Dunn, 1984) adalah berbeza

dengan dapatan kajian Hamzah Nun. Dunn dan Dunn serta Price telah menjalankan

kajian keatas pelajar yang dikategorikan berdasarkan kecenderungan gaya

pembelajaran mereka dengan menggunakan Learning Style Inventory (ILS). Kajian

menunjukkan terdapat kaitan yang signifikan di antara gaya pembelajaran

berdasarkan jantina. Pelajar lelaki cenderung belajar dalam suhu persekitaran yang

sejuk, dalam keadaan yang tidak formal, belajar bersama rakan sebaya serta

memerlukan struktur untuk belajar dengan cara yang pelbagai. Bagi pelajar

perempuan pula, mereka cenderung belajar dalam keadaan yang tidak formal tetapi ia

tidak berkait dengan orientasi rakan sebaya, pengambilan makanan dan pergerakkan.

Dapatan kajian Hii Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn

dan Dunn (1978) juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara

gaya pembelajaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan bagi elemen bunyi dan

elemen motivasi.

Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di

Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad

Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning

Styles menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih cenderung memiliki

Page 58: Bahan kreativiti

55

gaya pembelajaran Active (46.5% dan 49.6%), Sensing (47.5% dan 46.1%), Visual

(73.3% dan 67.9%) dan Sequential (34.7% dan 46.0%).

Rosati (1999) mendapati bahawa pelajar perempuan adalah bersifat kurang

Active, kurang Sensing, kurang Visual serta lebih Sequential berbanding dengan

pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih berhati-hati daripada pelajar lelaki

semasa pertama kali membaca arahan sebelum mencuba sesuatu perkara.

Sebaliknya, pelajar lelaki lebih suka untuk mencuba sesuatu daripada berfikir dahulu.

Pelajar perempuan juga lebih fasih dalam kedua-dua percakapan dan penulisan.

Tambahan pula, mereka lebih tersusun dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

2.5.3 Kajian Hubungan Tahap Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian

Akademik

Gred bacaan yang lebih baik dan amat memuaskan dapat dihasilkan apabila

pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Tetapi sebaliknya, jika seseorang pelajar itu tidak dapat menyesuaikan gaya

pembelajaran yang mereka amalkan, maka keputusan pencapaiannya akan menurun

dan tidak memuaskan (Shea, 1983). Shea telah menjalankan kajian ke atas 320

orang pelajar universiti menyatakan bahawa apabila pelajar bertemu dengan gaya

pembelajaran yang sesuai dengan mereka maka mereka akan mencatatkan

pencapaian akademik yang lebih tinggi. Sebaliknya, pelajar yang tidak bertemu

dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan akan mencatatkan pencapaian yang

rendah. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang

sesuai. Golongan pelajar yang berpencapaian tinggi tidak semestinya mempunyai

cara belajar yang baik. Mereka berjaya mungkin kerana kecerdasan otak mereka,

daya usaha yang agak berlebihan dan tumpuan masa yang brlebihan (Mohd Yunus,

1990).

Page 59: Bahan kreativiti

56

Amilia (1997) telah menjalankan satu kajian mengenai stail pembelajaran di

kalangan pelajar-pelajar SPH di UTM, kampus Skudai dan kaitannya dengan

peperiksaan semester. Seramai 100 orang pelajar tahun 4 dan 5 telah dipilih sebagai

responden kajian ini. Stail pembelajaran telah diukur dengan menggunakan stail

yang dikemukakan oleh Warren (1974) iaitu stail pembelajaran ‘bekerjasama’,

‘berdikari’, ‘bergantung’, ‘menyertai’, ‘bertanding’ dan ‘mengelak’. Dapatan kajian

menunjukkan stail pembelajaran pelajar tidak mempunyai perhubungan dengan

keputusan peperiksaan semester.

Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian Hamzah Nun (1999)

keatas pelajar dari lima buah fakulti (Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan

Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Fakulti Pendidikan

dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM, Skudai yang menggunakan set soal

selidik Honey dan Mumford (1992). Didapati bahawa nilai ujian Anova bagi

menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran

pelajar dengan CPA semasa ialah F (3.289) = 0.536, p<0.585. Keputusan ini

menunjukkan bahawa gaya pembelajaran antara pelajar yang memperolehi CPA

rendah, sederhana, tinggi dan cemerlang tidak menunjukkan perbezaan yang

signifikan. Maka, daripada analisis tesebut didapati bahawa gaya pembelajaran tidak

dipengaruhi oleh CPA semasa.

Dunn (1979) membuat kajian keatas 100 orang pelajar kolej yang diajar

dengan gaya pembelajaran yang sesuai. Beliau mendapati pelajar-pelajar tersebut

menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian dan pengetahuan tentang

fakta berbanding dengan pelajar yang tidak diberi pendedahan tentang gaya

pembelajaran. Oleh itu, ini pula menunjukkan bahawa gaya pembelajaran

mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Hasil kajian Hii

Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn dan Dunn (1978) juga

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar

bagi elemen kecekalan berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu CPA tetapi

tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar bagi

Page 60: Bahan kreativiti

57

elemen-elemen lain dalam kategori persekitaran dan kategori emosional berdasarkan

pencapaian akademik iaitu CPA.

Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di

Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad

Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Solomon Index of Learning

Styles mendapati secara keseluruhannya, tiada perbezaan yang signifikan terhadap

gaya pembelajaran pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana ataupun yang

rendah.

Sureshkumar (2005) telah menjalankan satu kajian menggunakan soal selidik

Reid (1984) di UTM dengan mengambil 45 responden yang merupakan pelajar-

pelajar tahun dua kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal) yang telah mengambil matapelajaran Teknologi Pengeluaran Asas

semasa di tahun satu iaitu pada sesi 2003/2004. Melalui analisis kajian inferensi

dengan menggunakan ujian korelasi pearson, didapati bahawa hanya terdapat

hubungan atau kaitan diantara gaya pembelajaran kinestetik (nilai pekali korelasi

yang diperoleh adalah 0.404) dan gaya pembelajaran kecekatan tangan (nilai pekali

korelasi yang diperoleh adalah 0.334) dengan pencapaian akademik

Menurut Siti Hawa (1988), dalam satu kajian yang telah dijalankan di

Amerika Syarikat, pelajar-pelajar telah ditanya sebab-sebab mereka lulus dalam

peperiksaan. Salah satu sebab yang telah dikenalpasti ialah kebiasaan belajar.

Contoh telah menunjukkan peratus pelajar lulus disebabkan kebiasaan belajar adalah

33% serta peratus pelajar gagal kerana kurang keberkesanan belajar ialah 25%.

Page 61: Bahan kreativiti

58

2.6 Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan kajian-kajian yang telah

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain tentang hubungan di antara gaya pembelajaran

dengan pencapaian akademik. Daripada kajian-kajian ini, walaupun terdapat kajian

yang mengatakan gaya pembelajaran tidak mempengaruhi pencapaian akademik

namun gaya pembelajaran sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencapai

kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar yang tidak mengetahui cara

yang betul untuk menimba ilmu pengetahuan seperti cara mengambil nota, cara

pengagihan masa dan cara belajar yang betul dan sebagainya akan menghadapi

masalah pembelajaran. Oleh itu, pengamalan gaya belajar yang sesuai dan berkesan

adalah amat penting untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Page 62: Bahan kreativiti

BAB III

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian

ini untuk mendapatkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek-

aspek yang dibincangkan ialah rekabentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian,

instrumen kajian, prosedur mengumpul data kajian dan penganalisisan data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Menurut Mohd. Najib (2003), kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang

digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali kutipan

data yang selalunya melalui soal selidik.

Page 63: Bahan kreativiti

60

Kaedah tinjauan secara soal selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai

alat utama bagi mengumpul data secara kuantitatif. Soal selidik digunakan untuk

mengukur ciri-ciri atau pembolehubah daripada saiz sampel yang banyak (Mohd.

Majid, 1993). Kaedah ini lebih praktikal digunakan berbanding dengan kaedah

temubual kerana bilangan sampel kajian adalah besar, maka teknik temubual tidak

begitu sesuai untuk digunakan. Kajian ini juga merupakan kajian korelasi. Menurut

Mohd. Najib (1999), kajian korelasi melihat atau mengukur hubungkait antara dua

pembolehubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan dan juga sama ada ia signifikan

atau tidak. Kajian ini meninjau Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian

Akademik Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama,

UTM, Skudai, Johor.

Kaedah tinjauan ini digunakan untuk meninjau beberapa aspek pelajar-pelajar

seperti demografi pelajar, pencapaian akademik pelajar serta gaya pembelajaran yang

digunakan oleh pelajar dari setiap program pengajian (SPA, SPC, SPE, SPF, SPH,

SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT).

3.2 Tempat Kajian

Tempat kajian yang dipilih ialah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidik memilih kesemua 14 program pengajian

Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan iaitu SPA, SPC, SPE, SPF,

SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT.

Page 64: Bahan kreativiti

61

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan

tahun pertama, UTM, Skudai, Johor dari setiap program pengajian (SPA, SPC, SPE,

SPF, SPH, SPI, SPJ, SPK, SPL, SPM, SPN, SPP, SPS dan SPT). Jumlah populasi

adalah seramai 369 orang pelajar. Sementara itu, dalam penentuan responden, kajian

ini menggunakan persampelan rawak berlapis bagi menentukan bilangan sampel bagi

setiap program pengajian. Persampelan rawak berlapis digunakan untuk memastikan

tidak berlaku bias dalam pemilihan sampel dan setiap sampel dari populasi kajian

mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel kajian dan

membolehkan ciri-ciri keseluruhan populasi dapat diwakili.

Penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan

oleh Krejcie & Morgan (1970) untuk mendapatkan jumlah sampel yang diperlukan

bagi kajian ini kerana Krejcie & Morgan (1970) mempunyai aras keyakinan

sebanyak 95%. Berasaskan pada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan

(1970), sejumlah 296 orang pelajar daripada 369 orang pelajar telah dipilih untuk

dijadikan sampel kajian.

Page 65: Bahan kreativiti

62

Jadual 3.1: Taburan Populasi Dan Bilangan Sampel Yang Dipilih Mengikut

Program Pengajian Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel

Krejcie & Morgan (1970)

Bil Program Pengajian

Bil. Populasi Peratus Pelajar yang Dikaji (%)

Bil. Sampel

1 SPA 18 4.7% 14

2 SPC 19 4.7% 14

3 SPE 15 5.1% 15

4 SPF 22 6.4% 19

5 SPH 77 15.6% 46

6 SPI 34 9.5% 28

7 SPJ 16 4.7% 14

8 SPK 15 5.1% 15

9 SPL 31 9.5% 28

10 SPM 24 6.4% 19

11 SPN 17 4.7% 14

12 SPP 19 5.7% 17

13 SPS 39 11.5% 34

14 SPT 23 6.4% 19

Jumlah 369 100% 296

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik

Index of Learning Styles yang dibangunkan oleh Felder & Solomon yang telah

diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Set soal selidik untuk kajian

ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Segala keputusan

adalah berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada responden.

Page 66: Bahan kreativiti

63

3.4.1 Bahagian A – Borang Maklumat Peribadi

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan butir-butir peribadi

responden seperti jantina, kaum, program pengajian, PNGK, keputusan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dan aliran semasa persekolahan.

3.4.2 Bahagian B – Index Of Learning Styles (ILS)

Bahagian B pula set soal selidik Index Of Learning Style (ILS) yang dicipta

oleh Richard M. Felder dan Linda K. Silverman pada tahun 1991 manakala

disebarkan oleh kerja sama Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon daripada

Carolina State University.

Terdapat 44 item soalan yang perlu dijawap oleh responden dan ia menguji 4

dimensi dan 4 sub-skala iaitu Pemprosesan (Active / Reflective Learners), Persepsi

(Sensing / Intuitive Learners), Input (Visual / Verbal Learners) dan Pemahaman

(Sequential / Global Learners). Setiap dimensi ini mengandungi 11 item. Item

dalam instrumen ini adalah berformat pilihan paksaan (forced choice or selected

respons), iaitu terdapat 2 jawapan yang disediakan (“a” atau “b”). Responden

dikehendaki untuk memilih salah satu jawapan yang disediakan. Sekiranya kedua-

dua jawapan adalah sangat berkaitan dengan diri responden, maka pilihlah kriteria

yang paling kerap digunakan.

Isi kandungan kaji selidik yang dijalankan terbahagi kepada dua bahagian

dapat dirumuskan seperti jadual 3.2 di bawah.

Page 67: Bahan kreativiti

64

Jadual 3.2 : Kandungan Soal Selidik Kajian Kandungan Pernyataan Bil. Item Pembolehubah

Bahagian A Latar Belakang

Responden

5

Bebas

Bahagian B Learning Styles

(Gaya Pembelajaran)

• Active & Reflective

• Sensing & Intuitive

• Visual & Verbal

• Sequential & Global

11

11

11

11

Bersandar

Jumlah 49

Jadual 3.3: Pecahan Item Mengikut 4 Dimensi Dan 4 Sub-Skala Gaya Pembelajaran Felder & Solomon

Dimensi dan

Sub-skala

Item Faktor

Pemprosesan 25, 1, 29, 5, 17 Bertindak dahulu @ fikir dahulu

(Active / Reflective) 37, 13, 9 Bercampur gaul @ tidak ramah mesra

21, 33, 41 Suka atau tidak suka kepada kerja

kumpulan

Persepsi

(Sensing / intuitive)

38, 6, 18, 14, 2,

10, 34, 26, 22,

42, 30

Keutamaan kepada maklumat konkrit

atau abstrak (teori, model)

Input 7, 31, 23, 11, 15 Format maklumat untuk masukan

(Visual / Verbal) 27, 19, 3, 35, 43,

39

Format maklumat adalah untuk

mengingat balik

Pemahaman

(Sequential / Global)

20, 36, 44, 8, 12,

32, 24

Pemikiran secara linear atau rawak

28, 4, 16, 40 Mengutamakan perincian atau gambaran

keseluruhan

Page 68: Bahan kreativiti

65

3.4.2.1 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Index Of Learning Styles (Felder &

Solomon)

Item-item soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diuji dari segi

kebolehpercayaan dan kesahan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan

(konsisten) keputusan sesuatu ujian. Ujian kebolehpercayaan yang tinggi akan

menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbirkan

pada berlainan masa (Mohamad Najib, 1999). Menurut Bhasah Abu Bakar (2003),

satu ujian itu dikatakan boleh dipercayai sekiranya ujian itu dapat mengukur sesuatu

apa yang hendak diukur dengan tekal. Ini bermakna, seseorang individu itu akan

mendapat skor yang sama daripada sesuatu ujian seandainya kebolehan individu itu

adalah tekal atau trait yang hendak diukur itu tidak berubah walaupun diukur berkali-

kali dengan instrumen yang sama. Dengan kata lain, semakin tinggi nilai

kebolehpercayaan bermaksud semakin rendah ralat ukuran dan semakin boleh

dipercayai alat ukuran tersebut (Zulkarnain, 2001)

Konsep kesahan juga adalah satu konsep penting yang mesti difahami apabila

membina sesuatu ujian. Menurut Mohamad Najib (1999), kesahan merujuk kepada

kesesuaian interpretasi yang dibuat daripada markat ujian dan lain-lain keputusan

penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu penilaian tersebut dan alat

taksiran yang mengukur apa yang patut ia ukur adalah sah. Anastasi (1965)

menyatakan bahawa sesuatu alat kajian dianggap baik sekiranya nilai

kebolehpercayaan adalah berada dalam julat 0.8 hingga 0.9. Menurut Mohd Najib

(2001), nilai 0.8 ke atas mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Melalui kajian kebolehpercayaan dan kesahan Index of Learning Styles yang

dilakukan oleh Livesay (2002) dalam Bazitah (2006), mendapati dalam perlaksanaan

Test-retest correlation coefficients untuk 4 sub-skala yang terdapat dalam instrumen

tersebut mempunyai perbezaan diantara 0.7 dan 0.9 untuk interval empat minggu dari

satu perlaksanaan ujian ke ujian yang seterusnya dalam mentadbirkan ujian selama 7

Page 69: Bahan kreativiti

66

bulan dan 8 bulan. Semua coefficients adalah signifikan di tahap 0.05 atau lebih

(jadual 3.4).

Jadual 3.4: Test-Retest Correlation Coefficients (Livesay)

∆t Act/Refl Sens/Int Vis/Ver Seq/Glo N Reference

4 wk 0.80** 0.79** 0.87** 0.73** 46 Seery

7 mo. 0.73* 0.78* 0.68* 0.60* 24 Livesay

8 mo. 0.68** 0.68** 0.51** 0.51** 124 Zywno

* p< .05 ** p< .01

Untuk Cronbach alpha coefficient pula menunjukkan kriteria pemilihan

berada pada tahap 0.5 dan lebih untuk keempat-empat sub-skala yang diuji. Ini dapat

dilihat pada jadual 3.5 yang menunjukkan kesahan dalam alat ujian Index of

Learning Styles yang digunakan.

Jadual 3.5: Cronbach Alpha Coefficient (Livesay)

Act/Refl Sen/Int Vis/Ver Seq/Glo N Source

0.56 0.72 0.60 0.54 242 Livesay

0.62 0.76 0.69 0.55 584 Sprulin

0.51 0.65 0.56 0.41 284 Van

Zwanenberg

0.60 0.70 0.63 0.53 557 Zywno

Kajian yang dilakukan oleh Zywno (2003) dan Livesay (2002) merumuskan

bahawa kebolehan dan kesahan data yang diperolehi membenarkan bahawa

penggunaan Index of Learning Styles yang dibina oleh Felder dan Solomon adalah

instrumen yang sesuai untuk menilai gaya pembelajaran (Bazitah, 2006).

Kaedah alih bahasa untuk soal selidik ini adalah berdasarkan kaedah Brislin.

Soal selidik Index of Learning Styles ini diserahkan kepada dua orang pakar

‘bilingual’ yang tidak mempunyai pengalaman dengan soal-selidik tersebut untuk

Page 70: Bahan kreativiti

67

melakukan penterjemahan. Proses penterjemahan daripada Bahasa Inggeris ke

Bahasa Melayu telah dilakukan oleh Cik Fatimah Puteh, selaku pensyarah Bahasa

Inggeris di UTM dan seterusnya soal selidik dalam Bahasa Melayu itu diterjemah

semula ke Bahasa Inggeris oleh Cik Elmie Jian @ Nur Aedini Abdullah, selaku

pensyarah bahasa di UNIMAS tanpa ditunjukkan salinan asal soal selidik. Pengkaji

membanding dan menilai soal selidik yang diterjemah dengan salinan asal. Kajian

rintis dijalankan apabila soal selidik itu telah disahkan kebenarannya (Nancy, 2006).

3.4.2.2 Skala Pemarkatan

Index of Learning Style (ILS) digunakan untuk menguji dimensi responden

dalambentuk dwi-pilihan (‘a’ dan ‘b’). Item-item disusun dalam turutan seperti di

dalam jadual 3.6 berikut.

Jadual 3.6: Pecahan Item-Item Mengikut Sub-Skala

Item Bagi Sub-Skala Bil. Item

active dan reflective learners

Q1 + Q5 + Q9 + Q13 + Q17 + Q21 + Q25 + Q29 + Q33 + Q37 + Q41

11

sensing dan intuitive learners

Q2 + Q6 + Q10 + Q14 + Q18 + Q22 + Q26 + Q30 + Q34 + Q38 + Q42

11

visual dan verbal learners

Q3 + Q7 + Q11 + Q15 + Q19 + Q23 + Q27 + Q31 + Q35 + Q39 + Q43

11

sequential dan global learners

Q4 + Q8 + Q12 + Q16 + Q20 + Q24 + Q28 + Q32 + Q36 + Q40 + Q44

11

Jumlah 44

Jadual 3.7 pula menunjukkan borang penilaian permarkahan Index of

Learning Styles (ILS) bagi jawapan responden. Sebagai contoh, jika dibawah

‘ACTIVE / REFLECTIVE’ responden mendapat 3 ‘a’ dan 8 ‘b’, responden hendaklah

Page 71: Bahan kreativiti

68

menuliskan 5 di dalam petak bagi ‘nombor’. Nilai 5 didapati dari perbezaan nombor

besar dan kecil (contoh : 8-5 = 5). Kemudian, huruf ‘b’ pula hendaklah ditulis

dibawah petak ‘huruf’ kerana ‘b’ adalah nilai terbesar di antara kedua-dua nombor

tersebut.

Bagi menentukan dimensi responden, jawapan responden diproses secara

berasingan dalam 4 sub-skala. Dalam setiap sub-skala, pilihan responden yang lebih

banyak akan mewakili dimensi responden tersebut dalam sub-skala tersebut. Maka,

setiap responden akan mempunyai 4 dimensi sama ada sebagai active atau reflective

learners, sensing atau intuitive learnes, visual atau verbal learners dan sequential

atau global learners.

Page 72: Bahan kreativiti

69

Jadual 3.7: Lampiran Permarkahan Index of Learning Styles (ILS)

ACT/REF

SEN/INT

VIS/VRB

SEQ/GLO

Q

a

b

Q

a

b

Q

a

b

Q

a

b

1 2 3 4

5 6 7 8

9 10 11 12

13 14 15 16

17 18 19 20

21 22 23 24

25 26 27 28

29 30 31 32

33 34 35 36

37 38 39 40

41 42 43 44

* Jumlah (campurkan jumlah bilangan “a” atau “b” dalam setiap petak) dan tuliskan di kotak

bawah ini.

ACT/REF

SEN/INT

VIS/VRB

SEQ/GLO

a

b

a

b

a

b

a

b

Jumlah (√ )

Jumlah (√ )

Jumlah (√ )

Jumlah (√ )

** (nombor besar – nombor kecil) + huruf yang mempunyai nilai yang lebih besar

ACT/REF

SEN/INT

VIS/VRB

SEQ/GLO

Nombor Huruf Nombor Huruf Nombor Huruf Nombor Huruf

3.4.2.3 Cara Pemarkatan

Bagi seorang responden yang mendapat nilai ‘1a’ dalam sub-skala active dan

reflective learners, responden tersebut menggunakan cara pembelajaran active dan

reflective yang seimbang. Sebaliknya, jika responden itu mendapat nilai ‘11a’,

responden itu merupakan seorang active learner yang tinggi. Sementara itu, jika

Page 73: Bahan kreativiti

70

responden itu mendapat nilai ‘5a’, maka responden itu merupakan seorang active

learner yang sederhana. Jadual 3.8 menunjukkan frekuensi kekuatan dan frekuensi

kelemahan bagi setiap dimensi sub-skala Learning Style.

Jadual 3.8: Jadual Rujukan Kekuatan Dan Kelemahan Setiap Dimensi Sub-Skala

Skor Manual Kod /

Tahap

Learning

Styles

1 11a – 0b =

11a

Tinggi Active Sensing Visual Sequential

2 10a – 1b = 9a Active Sensing Visual Sequential

3 9a – 2b = 7a Sederhana Active Sensing Visual Sequential

4 8a – 3b = 5a Active Sensing Visual Sequential

5 7a – 4b = 3a Active Sensing Visual Sequential

6 6a – 5b = 1a Seimbang Active Sensing Visual Sequential

7 5a – 6b = 1b Reflective Intuitive Verbal Global

8 4a – 7b = 3b Sederhana Reflective Intuitive Verbal Global

9 3a – 8b = 5b Reflective Intuitive Verbal Global

10 2a – 9b = 7b Reflective Intuitive Verbal Global

11 1a – 10b = 9b Tinggi Reflective Intuitive Verbal Global

12 0a – 11b =

11b

Reflective Intuitive Verbal Global

3.4.2.4 Penerangan Skor

• Sekiranya skor pada skor 1-3, dikatakan mempunyai gaya pembelajaran yang

lemah dalam kategori tersebut. Contohnya, skor ‘3a’ yang diperolehi dalam

kategori ACTIVE/REFLECTIVE menunjukkan seorang yang mempunyai

Page 74: Bahan kreativiti

71

kecenderungan yang lemah dalam pembelajaran ACTIVE. Menurut Felder,

gaya yang sebegini adalah seimbang dalam proses pembelajaran kerana

individu ini boleh menerima corak pembelajaran yang lain dengan mudah dan

tanpa masalah.

• Sekiranya skor pada skor 5-7, dikatakan mempunyai gaya pembelajaran yang

sederhana dalam kategori tersebut. Contohnya, individu yang mempunyai skor

‘5b’ dalam kategori SENSING/INTUITIVE adalah seorang yang mempunyai

gaya pembelajaran yang sederhana dalam gaya INTUITIVE. Individu ini juga

tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam lain-lain gaya

pembelajaran.

• Sekiranya skor pada 9-11, dikatakan mempunyai gaya pembelajaran yang kuat

pada sesuatu kategori. Menurut Felder, individu ini akan mempunyai masalah

sekiranya pengajaran tidak selari dengan gaya pembelajarannya.

Kecenderungan dalam gaya pembelajaran dalam sesuatu kategori begitu tinggi

menyebabkan individu ini sukar untuk menerima pengajaran yang tidak

mengikut kecenderungan gaya pembelajarannya.

Dalam kajian ini, skor gaya pembelajaran yang paling dominan adalah antara 1-

3 memandangkan peringkat ini adalah gaya pembelajaran pada tahap seimbang. Ini

bermakna seorang individu yang mempunyai gaya pembelajaran sebegini tidak

mempunyai masalah dalam pembelajarannya kerana masih lagi dapat menerima

pelajaran yang baik tanpa mengira strategi pengajaran yang digunakan oleh

gurunya. Gaya pembelajaran yang paling kerap dipilih oleh responden akan dikira

sebagai gaya pembelajaran yang mewakili setiap pelajar (Kamariah Gono, 2002).

Page 75: Bahan kreativiti

72

3.4.3 Pemprosesan dan Penganalisisan Data

Beberapa kaedah pemprosesan data telah digunakan dalam menganalisa data

yang dikumpul. Semua data daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif

dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan, peratusan dan juga hubungan

korelasi.

Penyelidik menggunakan teknik statistik pemeratusan bagi memproses

bahagian biodata responden seperti peratusan mengikut jantina, pecahan bilangan

responden mengikut program pengajian, purata markah PNGK dan SPM.

Sementara bagi melihat gaya pembelajaran dari segi jantina, program

pengajian, teknik statistik cross-tabulation digunakan di antara pembolehubah

bersandar dan pembolehubah bebas. Ujian statistik korelasi Pearson akan digunakan

dalam melakukan pemprosesan data menguji perkaitan antara dua pembolehubah

memandangkan data adalah berjenis interval.

Menurut Zulkarnain (2001) dalam Bazitah (2006), melalui analisis korelasi ,

kita dapat menentukan sama ada wujud atau tidak hubungan antara dua

pembolehubah. Selain daripada itu, analisis korelasi juga memberi pekali yang boleh

digunakan sebagai indeks untuk mengukur kekuatan hubungan yang wujud antara

dua pembolehubah yang dikaji.

Page 76: Bahan kreativiti

73

3.4.3.1 Prosedur Mengumpul Data Kajian

Sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden, penyelidik terlebih

dahulu telah mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ini dengan bertemu

pihak pentadbir di Fakulti Pendidikan, UTM. Bagi memudahkan pengedaran soal

selidik, penyelidik mendapatkan maklumat-maklumat mengenai bilangan populasi,

jadual waktu kuliah dan nama pensyarah yang mengajar daripada pejabat Fakulti

Pendidikan.

Penyelidik seterusnya menghubungi pensyarah-pensyarah yang terlibat bagi

sesuatu kursus untuk memohon kerjasama menggunakan masa mereka dalam

membantu mengedarkan soal selidik. Sebelum responden menjawab soalan,

pengkaji telah terlebih dahulu menerangkan tujuan kajian, cara menjawab soal

selidik dan aspek kejujuran semasa menjawab soalan. Kaedah ini penting bagi

memastikan sampel yang dipilih dapat menerima arahan dengan jelas untuk

menjawab soal selidik dan penyelidik dapat mengumpul kembali soal selidik yang

telah diedarkan.

3.5 Kesimpulan

Metodologi yang dinyatakan dalam bab ini adalah untuk menjawab persoalan

kajian yang telah ditentukan di Bab 1. Segala maklumat yang didapati akan diproses

dan dianalisis berdasarkan kepada objektif kajian. Kaedah soal selidik yang

digunakan adalah mudah dimana pelajar hanya perlu memilih salah satu jawapan

daripada 2 pilihan jawapan yang diberi. Berdasarkan kepada keputusan yang

diperolehi, penerangan yang terperinci dapat dilakukan dalam bab perbincangan

nanti.

Page 77: Bahan kreativiti

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

Bab ini membentangkan dapatan kajian yang diperolehi menerusi kajian

tinjauan yang telah dijalankan. Hasil analisa dapatan kajian berdasarkan maklumat

yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik. Semua data daripada borang soal

selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan,

peratusan dan juga hubungan korelasi. Sejumlah 296 orang responden iaitu pelajar

Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama bagi mengkaji hubungan gaya pembelajaran

dengan pencapaian akademik. Isi kandungan kaji selidik yang dijalankan terbahagi

kepada dua bahagian seperti jadual 4.1 di bawah.

Page 78: Bahan kreativiti

75

4.1 Bahagian A – Latar Belakang Responden

Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 98 33.1

Perempuan 198 66.9

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut jantina.

Seramai 98 orang (33.1%) terdiri daripada pelajar lelaki dan 198 orang (66.9%)

adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jenis-

Jenis Kursus

Bil Kursus Kekerapan Peratus (%)

1 SPA 14 4.7

2 SPC 14 4.7

3 SPE 15 5.1

4 SPF 19 6.4

5 SPH 46 15.5

6 SPI 28 9.5

7 SPJ 14 4.7

8 SPK 15 5.1

9 SPL 28 9.5

10 SPM 19 6.4

11 SPN 14 4.7

12 SPP 17 5.7

13 SPS 34 11.6

14 SPT 19 6.4

Jumlah 296 100.0

Page 79: Bahan kreativiti

76

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jenis-jenis kursus. Didapati kursus SPH mempunyai jumlah responden

yang paling tinggi iaitu 46 orang (15.5%) manakala kursus SPA, SPC, SPJ dan SPN

mempunyai bilangan responden yang sama iaitu 14 orang (4.7%).

Manakala kursus SPE dan SPK didapati mempunyai jumlah responden

seramai 15 orang (5.1%). Hasil kajian menunjukkan bahawa kursus SPF, SPM dan

SPT memiliki bilangan responden yang sama iaitu seramai 19 orang (6.4%). Kursus

SPI dan SPL terdiri daripada responden seramai 28 orang (9.5%). Kursus SPP

mempunyai jumlah responden seramai 17 orang (5.7%) manakala kursus SPS

mempunyai jumlah responden seramai 34 orang (11.6%)

Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum

Jantina Lelaki Perempuan

Jumlah Kaum

n % n % n % Melayu 82 83.7 166 83.8 248 83.8

Cina 10 10.2 23 11.7 33 11.1

India 2 2.0 6 3.0 8 2.7

Lain-lain 4 4.1 3 1.5 7 2.4

Jumlah 98 100.0 198 100.0 296 100.0

Berdasarkan jadual 4.3 yang menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan

responden mengikut kaum, didapati kaum Melayu mempunyai jumlah responden

yang paling tinggi iaitu 82 orang (83.7%) lelaki dan 166 orang (83.8%) perempuan.

Seterusnya, kaum Cina mempunyai bilangan responden seramai 10 orang (10.2%)

lelaki dan 23 orang (11.7%) perempuan. Manakala, hasil kajian menunjukkan

bahawa kaum India memiliki jumlah responden seramai 2 orang (2.0%) lelaki dan 6

orang (3.0%) perempuan. Sementara itu, kaum yang lain-lain terdiri daripada 4 orang

(4.1%) lelaki dan 3 orang (1.5%) perempuan. Secara keseluruhannya, daripada

bilangan responden seramai 296 orang, kaum Melayu mempunyai responden paling

ramai iaitu seramai 248 orang (83.8%) diikuti pula dengan kaum Cina seramai 33

Page 80: Bahan kreativiti

77

orang (11.1%), kaum India seramai 8 orang (2.7%) dan kaum lain-lain seramai 7

orang (2.4%).

Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut PNGK

Bil PNGK Kekerapan Peratus (%)

1 0.00 – 1.00 1 0.3

2 1.01 – 1.70 - -

3 1.71 – 2.00 1 0.3

4 2.01 – 2.30 2 0.7

5 2.31 – 2.70 14 4.7

6 2.71 – 3.00 54 18.2

7 3.01 – 3.30 113 38.3

8 3.31 – 3.70 107 36.1

9 3.71 – 4.00 4 1.4

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut PNGK. Bagi pencapaian akademik yang tertinggi iaitu PNGK di antara

3.01 hingga 3.30 terdiri daripada 113 orang (38.3%). Manakala pencapaian akademik

yang kedua tinggi di mana PNGK di antara 3.31 hingga 3.70 ialah mempunyai

responden seramai 107 orang (36.1%).

PNGK di antara 2.71 hingga 3.00 mempunyai bilangan responden sebanyak

54 orang (18.2%). Hasil kajian menunjukkan bahawa PNGK di antara 2.31 hingga

2.70 terdiri daripada 14 orang (4.7%). Sementara itu, pencapaian akademik bagi

PNGK di antara 3.71 hingga 4.00 didapati jumlah responden adalah seramai 4 orang

(1.4%).

Bagi responden yang terdiri daripada 2 orang (0.7%) mempunyai pencapaian

akademik dengan PNGK di antara 2.01 – 2.30. Seterusnya, PNGK di antara 1.71

Page 81: Bahan kreativiti

78

hingga 2.00 dan 0.00 hingga 1.00 mempunyai bilangan responden yang sama iaitu 1

orang (0.3%).

Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Serta Purata Gred SPM

Responden

Bil Gred SPM Kekerapan Peratus

(%)

Purata

Gred

SPM

1 Sains 14 4.6 A1

2 Matematik 28 9.4 A2

3 Bahasa Melayu 33 11.2 A2

4 Matematik Tambahan 50 16.7 B3

5 Kimia 51 17.3 B3

6 Fizik 51 17.3 B3

7 Bahasa Inggeris 69 23.5 B4

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.5 menunjukkan taburan peratusan, kekerapan dan purata gred SPM

responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa kursus Bahasa Inggeris mempunyai

nilai peratus yang paling tinggi iaitu 23.5% atau 69 orang di mana purata gred SPM

ialah B4. Bagi kursus Fizik dan Kimia pula mempunyai nilai peratus kedua tinggi

iaitu 17.3% atau 51 orang dengan nilai purata gred SPM ialah B3.

Sementara itu, kursus yang mempunyai nilai peratus 16.7% atau 50 orang

ialah Matematik Tambahan di mana nilai purata gred SPM ialah B3. Bagi kursus

Bahasa Melayu mempunyai peratus 11.2% atau 33 orang dengan purata gred SPM

ialah A2. Kursus Matematik didapati mempunyai peratus 9.4% atau 28 orang dan

purata gred SPM ialah A2. Kursus Sains mempunyai nilai peratus yang paling

rendah iaitu 4.6% atau 14 orang di mana purata gred SPM iaitu A1.

Page 82: Bahan kreativiti

79

Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Aliran

Semasa Persekolahan

Aliran Semasa

Persekolahan

Kekerapan Peratus (%)

Sains 186 62.8

Sastera 49 16.6

Vokasional 3 1.0

Teknikal / Kejuruteraan 54 18.2

Lain-lain 4 1.4

Jumlah 296 100.0

Berdasarkan jadual 4.6 yang menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan

responden mengikut aliran semasa persekolahan, didapati aliran Sains mempunyai

jumlah responden yang paling tinggi iaitu seramai 186 orang (62.8%) dan aliran

Teknikal/Kejuruteraan mempunyai bilangan responden yang kedua tinggi iaitu

seramai 54 orang (18.2%).

Manakala aliran Sastera terdiri daripada 49 orang (16.6%) dan aliran semasa

persekolahan yang lain mempunyai jumlah responden seramai 4 orang (1.4%).

Seterusnya, aliran Vokasional mempunyai jumlah responden yang paling rendah

iaitu seramai 3 orang (1.0%).

4.2 Bahagian B - Indeks Gaya Pembelajaran (Index of Learning Styles)

Analisa gaya pembelajaran dibahagikan kepada :

i. Gaya Pembelajaran Secara Keseluruhan

ii. Gaya Pembelajaran Mengikut Jantina

iii. Gaya Pembelajaran Mengikut Program Pengajian

Page 83: Bahan kreativiti

80

iv. Gaya Pembelajaran Mengikut Aliran Persekolahan

v. Gaya Pembelajaran Mengikut Hubungan Kolerasi Pearson

4.2.1 Gaya Pembelajaran Secara Keseluruhan

Jadual 4.7: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Gaya

Pembelajaran Active & Reflective

Bil Tahap Kekerapan Peratus (%)

1 Active Tinggi 15 5.1

2 Active Sederhana 148 50.0

3 Active & Reflective Seimbang 87 29.4

4 Reflective Sederhana 43 14.5

5 Reflective Tinggi 3 1.0

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.7 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut gaya pembelajaran Active & Reflective. Hasil dapatan kajian menujukkan

bahawa 15 orang pelajar (5.1%) memiliki gaya pembelajaran Active, 148 orang

pelajar (50.0%) memiliki gaya pembelajaran Active Sederhana , 87 orang pelajar

(29.4%) memiliki gaya pembelajaran Active & Reflective Seimbang, 43 orang

(14.5%) memiliki gaya pembelajaran Reflective Sederhana dan 3 orang pelajar

(1.0%) memiliki gaya pembelajaran Reflective Tinggi. Secara kesimpulannya,

daripada penganalisisan data, didapati ramai pelajar lebih cenderung memiliki gaya

pembelajaran Active iaitu seramai 163 orang (55.1%).

Page 84: Bahan kreativiti

81

Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Gaya

Pembelajaran Sensing & Intuitive

Bil Tahap Kekerapan Peratus (%)

1 Sensing Tinggi 13 4.4

2 Sensing Sederhana 123 41.5

3 Sensing & Intuitive Seimbang 103 34.8

4 Intuitive Sederhana 52 17.6

5 Intuitive Tinggi 5 1.7

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut gaya pembelajaran Sensing & Intuitive. Hasil kajian menujukkan bahawa

13 orang pelajar (4.4%) memiliki gaya pembelajaran Sensing Tinggi, 123 orang

pelajar (41.5%) memiliki gaya pembelajaran Sensing Sederhana , 103 orang pelajar

(34.8%) memiliki gaya pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang , 52 orang

pelajar (17.6%) memiliki gaya pembelajaran Intuitive Sederhana serta 5 orang pelajar

(1.7%) memiliki gaya pembelajaran Intuitive Tinggi. Secara kesimpulannya,

daripada penganalisisan data, didapati ramai pelajar lebih cenderung memiliki gaya

pembelajaran Sensing iaitu seramai 136 orang (45.9%).

Jadual 4.9 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Gaya

Pembelajaran Visual & Verbal

Bil Tahap Kekerapan Peratus (%)

1 Visual Tinggi 116 39.2

2 Visual Sederhana 138 46.6

3 Visual & Verbal Seimbang 31 10.5

4 Verbal Sederhana 11 3.7

5 Verbal Tinggi - -

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.9 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut gaya pembelajaran Visual & Verbal. Jumlah responden seramai 116 orang

Page 85: Bahan kreativiti

82

pelajar (39.2%) memiliki gaya pembelajaran Visual Tinggi, 138 orang (46.6%)

memiliki gaya pembelajaran Visual Sederhana, 31 orang (10.5%) memiliki gaya

pembelajaran Visual & Verbal Seimbang dan 11 orang pelajar (3.7%) memiliki gaya

pembelajaran Verbal Sederhana. Secara kesimpulannya, daripada penganalisisan

data, didapati ramai pelajar lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran Visual iaitu

seramai 254 orang (85.8%).

Jadual 4.10 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Gaya

Pembelajaran Sequential & Global

Bil Tahap Kekerapan Peratus (%)

1 Sequential Tinggi 4 1.4

2 Sequential Sederhana 102 34.5

3 Sequential & Global Seimbang 115 38.8

4 Global Sederhana 69 23.3

5 Global Tinggi 6 2.0

Jumlah 296 100.0

Jadual 4.10 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut gaya pembelajaran Sequential & Global. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa seramai 4 orang pelajar (1.4%) memiliki gaya pembelajaran

Sequential Tinggi, 102 orang pelajar (34.5%) memiliki gaya pembelajaran Sequential

Sederhana, 115 orang pelajar (38.8%) memiliki gaya pembelajaran Sequential &

Global Seimbang serta 69 orang pelajar (23.3%) memiliki gaya pembelajaran

Global Sederhana dan 6 orang pelajar (2.0%) memiliki gaya pembelajaran Global

Tinggi. Secara kesimpulannya, daripada penganalisisan data, didapati ramai pelajar

lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran Sequential & Global Seimbang iaitu

seramai 115 orang (38.8%). Tetapi jika dibanding antara gaya pembelajaran

Sequential dan Global, ramai pelajar lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran

Sequential iaitu seramai 106 orang (35.9%).

Page 86: Bahan kreativiti

83

4.2.2 Gaya Pembelajaran Mengikut Jantina

Jadual 4.11 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Active & Reflective Mengikut Jantina

Bil Tahap Lelaki (%) Perempuan (%)

1 Active Tinggi 4.1 5.6

2 Active Sederhana 45.9 52.0

3 Active & Reflective Seimbang 30.6 28.8

4 Reflective Sederhana 19.4 12.1

5 Reflective Tinggi - 1.5

Jumlah 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.11 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut gaya

pembelajaran Active & Reflective mengikut jantina. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa 30.6% pelajar lelaki dan 28.8% pelajar perempuan memiliki

gaya pembelajaran Active & Reflective Seimbang. Peratus pelajar lelaki dan pelajar

perempuan yang memiliki gaya pembelajaran Active Tinggi ialah 4.1% dan 5.6%

manakala dengan gaya pembelajaran Active Sederhana masing-masing 45.9% dan

52.0%. Sementara itu, 19.4% pelajar lelaki dan 12.1% pelajar perempuan memiliki

gaya pembelajaran Reflective Sederhana. Hanya pelajar perempuan sahaja yang

mempunyai gaya pembelajaran Reflective Tinggi iaitu sebanyak 1.5%. Daripada

penganalisisan data, didapati bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih

cenderung memiliki gaya pembelajaran Active (50% dan 57.6%).

Page 87: Bahan kreativiti

84

Jadual 4.12 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Sensing & Intuitive Mengikut Jantina

Bil Tahap Lelaki (%) Perempuan (%)

1 Sensing Tinggi 1.0 6.1

2 Sensing Sederhana 33.7 45.5

3 Sensing & Intuitive Seimbang 34.7 34.8

4 Intuitive Sederhana 26.5 13.1

5 Intuitive Tinggi 4.1 0.5

Jumlah 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.12 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut gaya

pembelajaran Sensing & Intuitive mengikut jantina. Didapati hasil kajian

menunjukkan bahawa 1.0% pelajar lelaki dan 6.1% pelajar perempuan memiliki gaya

pembelajaran Sensing Tinggi, 33.7% pelajar lelaki dan 45.5% pelajar perempuan

memiliki gaya pembelajaran Sensing Sederhana, 34.7% pelajar lelaki dan 34.8%

pelajar perempuan memiliki gaya pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang serta

26.5 % pelajar lelaki dan 13.1% pelajar perempuan memiliki gaya pembelajaran

Intuitive Sederhana dan 4.1 % pelajar lelaki dan 0.5% pelajar perempuan memiliki

gaya pembelajaran Intuitive Tinggi. Daripada penganalisisan data, didapati bahawa

pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran

Sensing iaitu 34.7% dan 51.6%.

Page 88: Bahan kreativiti

85

Jadual 4.13 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Sequential & Global Mengikut Jantina

Bil Tahap Lelaki (%) Perempuan (%)

1 Sequential Tinggi - 2.0

2 Sequential Sederhana 29.6 36.9

3 Sequential & Global Seimbang 36.7 39.9

4 Global Sederhana 28.6 20.7

5 Global Tinggi 5.1 0.5

Jumlah 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.13 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut gaya

pembelajaran Sequential & Global mengikut jantina. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa 36.7% pelajar lelaki dan 39.9% pelajar perempuan memiliki

gaya pembelajaran Sequential & Global Seimbang. Hanya pelajar perempuan sahaja

yang memiliki gaya pembelajaran Sequential Tinggi iaitu 2.0% manakala faktor

jantina lelaki dan perempuan memiliki gaya pembelajaran Sequential Sederhana

masing-masing 29.6% dan 36.9%. Manakala pelajar lelaki dan perempuan yang

memiliki gaya pembelajaran Global Sederhana masing-masing 28.6% dan 20.7%.

Akhir sekali ialah pelajar lelaki dan perempuan yang memiliki gaya pembelajaran

Global Tinggi masing-masing ialah 5.1% dan 0.5%. Daripada penganalisisan data,

didapati bahawa pelajar lelaki lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran Global

(33.7%) manakala pelajar perempuan lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran

Sequential (38.9%).

Page 89: Bahan kreativiti

86

Jadual 4.14 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Visual & Verbal Mengikut Jantina

Bil Tahap Lelaki (%) Perempuan (%)

1 Visual Tinggi 41.8 37.9

2 Visual Sederhana 46.9 46.5

3 Visual & Verbal Seimbang 8.2 11.6

4 Verbal Sederhana 3.1 4.0

5 Verbal Tinggi - -

Jumlah 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.14 menunjukkan taburan peratusan responden mengikut gaya

pembelajaran Visual & Verbal mengikut jantina. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa 41.8% pelajar lelaki dan 37.9% pelajar perempuan memiliki gaya

pembelajaran Visual Tinggi dan 46.9% pelajar lelaki dan 46.5% pelajar perempuan

memiliki gaya pembelajaran Visual Sederhana, 8.2% pelajar lelaki dan 11.6%

pelajar perempuan memiliki gaya pembelajaran Visual & Verbal Seimbang serta

peratus pelajar lelaki dan perempuan yang memiliki gaya pembelajaran Verbal

Sederhana ialah 3.1% dan 4.0%. Daripada penganalisisan data, didapati bahawa

pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran

Visual iaitu 88.7% dan 84.4%.

Page 90: Bahan kreativiti

87

4.2.3 Gaya Pembelajaran Mengikut Program Pengajian

Jadual 4.15 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Active & Reflective Mengikut Program Pengajian

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPA SPC SPE SPF SPH SPI SPJ

1 Active Tinggi - - 6.7 5.3 13.0 7.1 7.1

2 Active Sederhana 78.6 35.7 33.3 63.2 45.7 42.9 50.0

3 Active & Reflective

Seimbang 14.3 42.9 46.7 21.1 32.6 39.3 28.6

4 Reflective Sederhana 7.1 14.3 13.3 10.4 8.7 10.7 14.3

5 Reflective Tinggi - 7.1 - - - - -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sambungan

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPK SPL SPM SPN SPP SPS SPT

1 Active Tinggi - 3.6 5.3 - - 2.9 5.3

2 Active Sederhana 46.7 57.1 47.4 50.0 47.1 44.1 68.4

3 Active & Reflective

Seimbang 20.0 14.3 26.3 50.0 35.3 26.5 21.1

4 Reflective Sederhana 33.3 25.0 21.0 - 11.8 23.5 5.2

5 Reflective Tinggi - - - - 5.8 3.0 -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.15 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Active & Reflective mengikut program pengajian. Jumlah responden

yang memiliki gaya pembelajaran Active Tinggi terdiri daripada 6.7% pelajar

mengikuti program SPE, 5.3% pelajar mengikuti program SPF, 13.0% pelajar

mengikuti program SPH, 7.1% pelajar mengikuti program SPI dan program SPJ,

3.6% pelajar mengikuti program SPL, 5.3% pelajar mengikuti program SPM, 2.9%

pelajar mengikuti program SPS dan 5.3% pelajar mengikuti program SPT. Manakala

pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Active Sederhana terdiri daripada 78.6%

pelajar mengikuti program SPA, 35.7% pelajar mengikuti program SPC, 33.3%

Page 91: Bahan kreativiti

88

pelajar mengikuti program SPE, 63.2% pelajar mengikuti program SPF, 45.7%

pelajar mengikuti program SPH, 42.9% pelajar mengikuti program SPI, 50.0%

pelajar mengikuti program SPJ, 46.7% pelajar mengikuti program SPK, 57.1%

pelajar mengikuti program SPL, 47.4% pelajar mengikuti program SPM, 50.0%

pelajar mengikuti program SPN, 47.1% pelajar mengikuti program SPP, 44.1%

pelajar mengikuti program SPS dan 68.4% pelajar mengikuti program SPT.

Seterusnya, gaya pembelajaran Active & Reflective Seimbang mempunyai

jumlah responden seramai 14.3% pelajar mengikuti program SPA, 42.9% pelajar

mengikuti program SPC, 46.7% pelajar mengikuti program SPE, 21.1% pelajar

mengikuti program SPF, 32.6% pelajar mengikuti program SPH, 39.3% pelajar

mengikuti program SPI, 28.6% pelajar mengikuti program SPJ, 20.0% pelajar

mengikuti program SPK, 14.3% pelajar mengikuti program SPL, 26.3% pelajar

mengikuti program SPM, 50.0% pelajar mengikuti program SPN, 35.3% pelajar

mengikuti program SPP, 26.5% pelajar mengikuti program SPS dan 21.1% pelajar

mengikuti program SPT.

Bagi gaya pembelajaran Reflective Sederhana menunjukkan bilangan

responden seramai 7.1% pelajar mengikuti program SPA, 14.3% pelajar mengikuti

program SPC, 13.3% pelajar mengikuti program SPE, 10.4% pelajar mengikuti

program SPF, 8.7% pelajar mengikuti program SPH, 10.7% pelajar mengikuti

program SPI, 14.3% pelajar mengikuti program SPJ, 33.3% pelajar mengikuti

program SPK, 25.0% pelajar mengikuti program SPL, 21.0% pelajar mengikuti

program SPM, 11.8% pelajar mengikuti program SPP, 23.5% pelajar mengikuti

program SPS dan 5.2% pelajar mengikuti program SPT. Bagi gaya pembelajaran

Reflective Tinggi menunjukkan hanya bilangan responden seramai 7.1% pelajar

mengikuti program SPC, 5.8% pelajar mengikuti program SPP, dan 3.0% pelajar

mengikuti program SPS.

Page 92: Bahan kreativiti

89

Jadual 4.16 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Sensing & Intuitive Mengikut Program Pengajian

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPA SPC SPE SPF SPH SPI SPJ

1 Sensing Tinggi - - 6.7 5.3 - 7.1 -

2 Sensing Sederhana 64.3 42.9 66.7 36.8 43.5 35.7 57.1

3 Sensing & Intuitive

Seimbang 35.7 35.7 20.0 15.8 39.1 35.7 14.3

4 Intuitive Sederhana - 14.3 6.6 36.8 17.4 21.5 21.4

5 Intuitive Tinggi - 7.1 - 5.3 - - 7.2

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sambungan

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPK SPL SPM SPN SPP SPS SPT

1 Sensing Tinggi 13.3 3.6 - 14.3 11.8 - 10.5

2 Sensing Sederhana 40.0 42.9 36.8 14.3 35.3 32.4 47.4

3 Sensing & Intuitive

Seimbang 33.3 17.9 57.9 42.9 41.2 50.0 31.6

4 Intuitive Sederhana 13.4 32.1 5.3 28.5 11.7 14.7 10.5

5 Intuitive Tinggi - 3.5 - - - 2.9 -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.16 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Sensing & Intuitive mengikut program pengajian. Jumlah responden

yang memiliki gaya pembelajaran Sensing Tinggi terdiri daripada 6.7% pelajar

mengikuti program SPE, 5.3% pelajar mengikuti program SPF, 7.1% pelajar

mengikuti program SPI, 13.3% pelajar mengikuti program SPK, 3.6% pelajar

mengikuti program SPL, 14.3% pelajar mengikuti program SPN, 11.8% pelajar

mengikuti program SPP dan 10.5% pelajar mengikuti program SPT. Manakala

pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Sensing Sederhana terdiri daripada

64.3% pelajar mengikuti program SPA, 42.9% pelajar mengikuti program SPC,

66.7% pelajar mengikuti program SPE, 36.8% pelajar mengikuti program SPF,

43.5% pelajar mengikuti program SPH, 35.7% pelajar mengikuti program SPI,

57.1% pelajar mengikuti program SPJ, 40.0% pelajar mengikuti program SPK,

Page 93: Bahan kreativiti

90

42.9% pelajar mengikuti program SPL, 36.8% pelajar mengikuti program SPM,

14.3% pelajar mengikuti program SPN, 35.3% pelajar mengikuti program SPP,

32.4% pelajar mengikuti program SPS dan 47.4% pelajar mengikuti program SPT.

Seterusnya, gaya pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang menunjukkan

bilangan responden yang terdiri daripada 35.7% pelajar mengikuti program SPA dan

program SPC, 20.0% pelajar mengikuti program SPE, 15.8% pelajar mengikuti

program SPF, 39.1% pelajar mengikuti program SPH, 35.7% pelajar mengikuti

program SPI, 14.3% pelajar mengikuti program SPJ, 33.3% pelajar mengikuti

program SPK, 17.9% pelajar mengikuti program SPL, 57.9% pelajar mengikuti

program SPM, 42.9% pelajar mengikuti program SPN, 41.2% pelajar mengikuti

program SPP, 50.0% pelajar mengikuti program SPS dan 31.6% pelajar mengikuti

program SPT.

Manakala gaya pembelajaran Intuitive Sederhana mempunyai jumlah

responden iaitu 14.3% pelajar mengikuti program SPC, 6.6% pelajar mengikuti

program SPE, 36.8% pelajar mengikuti program SPF, 17.4% pelajar mengikuti

program SPH, 21.5% pelajar mengikuti program SPI, 21.4% pelajar mengikuti

program SPJ, 13.4% pelajar mengikuti program SPK, 32.1% pelajar mengikuti

program SPL, 5.3% pelajar mengikuti program SPM, 28.5% pelajar mengikuti

program SPN, 11.7% pelajar mengikuti program SPP, 14.7% pelajar mengikuti

program SPS dan 10.5% pelajar mengikuti program SPT. Kemudian gaya

pembelajaran Intuitive Tinggi pula mempunyai jumlah responden iaitu 7.1% pelajar

mengikuti program SPC, 5.3% pelajar mengikuti program SPF, 7.2% pelajar

mengikuti program SPJ, 3.5% pelajar mengikuti program SPL dan 2.9% pelajar

mengikuti program SPS.

Page 94: Bahan kreativiti

91

Jadual 4.17 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Sequential & Global Mengikut Program Pengajian

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPA SPC SPE SPF SPH SPI SPJ

1 Sequential Tinggi - - - - 2.2 - -

2 Sequential Sederhana 50.0 21.4 40.0 21.1 30.4 28.6 57.1

3 Sequential & Global

Seimbang 21.4 28.6 40.0 57.9 50.0 57.1 21.4

4 Global Sederhana 21.4 50.0 20.0 21.0 17.4 10.7 21.5

5 Global Tinggi 7.2 - - - - 3.6 -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sambungan

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPK SPL SPM SPN SPP SPS SPT

1 Sequential Tinggi - - - 7.1 - - 10.5

2 Sequential Sederhana 60.0 21.4 47.4 50.0 47.1 23.5 26.3

3 Sequential & Global

Seimbang 20.0 32.1 36.8 14.3 35.3 53.0 21.1

4 Global Sederhana 20.0 39.3 15.8 28.6 17.6 17.6 42.1

5 Global Tinggi - 7.2 - - - 5.9 -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.17 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Sequential & Global mengikut program pengajian. Hasil kajian

menunjukkan bahawa jumlah responden yang memiliki gaya pembelajaran

Sequential Sederhana terdiri daripada 50.0% pelajar mengikuti program SPA, 21.4%

pelajar mengikuti program SPC, 40.0% pelajar mengikuti program SPE, 21.1%

pelajar mengikuti program SPF, 30.4% pelajar mengikuti program SPH, 28.6%

pelajar mengikuti program SPI, 57.1% pelajar mengikuti program SPJ, 60.0% pelajar

mengikuti program SPK, 21.4% pelajar mengikuti program SPL, 47.4% pelajar

mengikuti program SPM, 50.0% pelajar mengikuti program SPN, 47.1% pelajar

mengikuti program SPP, 23.5% pelajar mengikuti program SPS dan 26.3% pelajar

mengikuti program SPT. Jumlah responden yang memiliki gaya pembelajaran

Page 95: Bahan kreativiti

92

Sequential Tinggi terdiri daripada 2.2% pelajar mengikuti program SPH, 7.1%

pelajar mengikuti program SPN, dan 10.5% pelajar mengikuti program SPT.

Seterusnya jumlah responden yang memiliki gaya pembelajaran Sequential &

Global Seimbang ialah 21.4% pelajar mengikuti program SPA, 28.6% pelajar

mengikuti program SPC, 40.0% pelajar mengikuti program SPE, 57.9% pelajar

mengikuti program SPF, 50.0% pelajar mengikuti program SPH, 57.1% pelajar

mengikuti program SPI, 21.4% pelajar mengikuti program SPJ, 20.0% pelajar

mengikuti program SPK, 32.1% pelajar mengikuti program SPL, 36.8% pelajar

mengikuti program SPM, 14.3% pelajar mengikuti program SPN, 35.3% pelajar

mengikuti program SPP, 53.0% pelajar mengikuti program SPS dan 21.1% pelajar

mengikuti program SPT.

Bagi pelajar yang memiliki gaya pembelajaran dalam Global Sederhana

terdiri daripada 21.4% pelajar mengikuti program SPA, 50.0% pelajar mengikuti

program SPC, 20.0% pelajar mengikuti program SPE, 21.0% pelajar mengikuti

program SPF, 17.4% pelajar mengikuti program SPH, 10.7% pelajar mengikuti

program SPI, 21.5% pelajar mengikuti program SPJ, 20.0% pelajar mengikuti

program SPK, 39.3% pelajar mengikuti program SPL, 15.8% pelajar mengikuti

program SPM, 28.6% pelajar mengikuti program SPN, 17.6% pelajar mengikuti

program SPP dan program SPS dan 42.1% pelajar mengikuti program SPT.

Manakala bagi pelajar yang memiliki gaya pembelajaran dalam Global Tinggi terdiri

daripada 7.2% pelajar mengikuti program SPA, 3.6% pelajar mengikuti program SPI,

7.2% pelajar mengikuti program SPL dan 5.9% pelajar mengikuti program SPS.

Page 96: Bahan kreativiti

93

Jadual 4.18: Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Visual & Verbal Mengikut Program Pengajian

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPA SPC SPE SPF SPH SPI SPJ

1 Visual Tinggi 64.3 57.1 46.7 36.8 34.8 39.3 35.7

2 Visual Sederhana 28.6 21.4 26.7 42.1 50.0 53.6 57.1

3 Visual & Verbal

Seimbang 7.1 14.3 13.3 15.8 15.2 3.6 7.2

4 Verbal Sederhana - 7.2 13.3 5.3 - 3.5 -

5 Verbal Tinggi - - - - - - -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sambungan

Program Pengajian ( % ) Bil Tahap SPK SPL SPM SPN SPP SPS SPT

1 Visual Tinggi 26.7 17.9 52.6 35.7 35.3 41.2 47.4

2 Visual Sederhana 66.7 53.6 36.8 42.9 52.9 50.0 47.4

3 Visual & Verbal

Seimbang 6.6 17.9 - 21.4 11.8 8.8 -

4 Verbal Sederhana - 10.6 10.6 - - - 5.2

5 Verbal Tinggi - - - - - - -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.18 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Visual & Verbal mengikut program pengajian. Bagi gaya pembelajaran

Visual Tinggi didapati jumlah responden yang mengikut program pengajian terdiri

daripada 64.3% pelajar mengikuti program SPA, 57.1% pelajar mengikuti program

SPC, 46.7% pelajar mengikuti program SPE, 36.8% pelajar mengikuti program SPF,

34.8% pelajar mengikuti program SPH, 39.3% pelajar mengikuti program SPI,

35.7% pelajar mengikuti program SPJ, 26.7% pelajar mengikuti program SPK,

17.9% pelajar mengikuti program SPL, 52.6% pelajar mengikuti program SPM,

35.7% pelajar mengikuti program SPN, 35.3% pelajar mengikuti program SPP,

41.2% pelajar mengikuti program SPS dan 47.4% pelajar mengikuti program SPT.

Page 97: Bahan kreativiti

94

Bagi gaya pembelajaran Visual Sederhana didapati jumlah responden yang

mengikut program pengajian terdiri daripada 28.6% pelajar mengikuti program SPA,

21.4% pelajar mengikuti program SPC, 26.7% pelajar mengikuti program SPE,

42.1% pelajar mengikuti program SPF, 50.0% pelajar mengikuti program SPH,

53.6% pelajar mengikuti program SPI, 57.1% pelajar mengikuti program SPJ, 66.7%

pelajar mengikuti program SPK, 53.6% pelajar mengikuti program SPL, 36.8%

pelajar mengikuti program SPM, 42.9% pelajar mengikuti program SPN, 52.9%

pelajar mengikuti program SPP, 50.0% pelajar mengikuti program SPS dan 47.4%

pelajar mengikuti program SPT.

Manakala gaya pembelajaran Visual & Verbal Seimbang mempunyai

bilangan responden iaitu 7.1% pelajar mengikuti program SPA, 14.3% pelajar

mengikuti program SPC, 13.3% pelajar mengikuti program SPE, 15.8% pelajar

mengikuti program SPF, 15.2% pelajar mengikuti program SPH, 3.6% pelajar

mengikuti program SPI, 7.2% pelajar mengikuti program SPJ, 6.6% pelajar

mengikuti program SPK, 17.9% pelajar mengikuti program SPL, 21.4% pelajar

mengikuti program SPN, 11.8% pelajar mengikuti program SPP dan 8.8% pelajar

mengikuti program SPS.

Sementara itu, hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran Verbal

Sederhana mempunyai responden yang terdiri daripada 7.2% pelajar mengikuti

program SPC, 13.3% pelajar mengikuti program SPE, 5.3% pelajar mengikuti

program SPF, 3.5% pelajar mengikuti program SPI, 10.6% pelajar mengikuti

program SPL dan SPM serta 5.2% pelajar mengikuti program SPT.

Page 98: Bahan kreativiti

95

4.2.4 Gaya Pembelajaran Mengikut Aliran Persekolahan

Jadual 4.19 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Active & Reflective Mengikut Aliran Persekolahan

Aliran Persekolahan (%) Bil Tahap Sains Sastera Vokasional Kejuruteraan

1 Active Tinggi 1.1 16.0 25.0 7.3

2 Active Sederhana 50.3 50.0 25.0 50.9

3 Active & Reflective

Seimbang

29.9 18.0 25.0 38.2

4 Reflective

Sederhana

17.6 14.0 25.0 3.6

5 Reflective Tinggi 1.1 2.0 - -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.19 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Active & Reflective mengikut aliran persekolahan. Gaya pembelajaran

Active Tinggi mempunyai jumlah responden sebanyak 1.1% pelajar Sains, 16.0%

pelajar Sastera, 25.0% pelajar aliran Vokasional dan 7.3% pelajar aliran

Kejuruteraan. . Gaya pembelajaran Active Sederhana mempunyai jumlah responden

sebanyak 50.3% pelajar Sains, 50.0% pelajar Sastera, 25.0% pelajar aliran

Vokasional dan 50.9% pelajar aliran Kejuruteraan. Manakala gaya pembelajaran

Active & Reflective Seimbang didapati terdiri daripada 29.9% pelajar Sains, 18.0%

pelajar Sastera, 25.0% pelajar aliran Vokasional dan 38.2% pelajar aliran

Kejuruteraan. Sementara itu, gaya pembelajaran Reflective Sederhana menunjukkan

bilangan responden seramai 17.6% pelajar Sains, 14.0% pelajar Sastera, 25.0%

pelajar aliran Vokasional dan 3.6% pelajar aliran Kejuruteraan. Sementara itu, gaya

pembelajaran Reflective Tinggi menunjukkan bilangan responden seramai 1.1%

pelajar Sains dan 2.0% pelajar Sastera.

Page 99: Bahan kreativiti

96

Jadual 4.20 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Sensing & Intuitive Mengikut Aliran Persekolahan

Aliran Persekolahan (%) Bil Tahap Sains Sastera Vokasional Kejuruteraan

1 Sensing Tinggi 5.3 4.0 - 1.8

2 Sensing Sederhana 43.9 38.0 - 40.0

3 Sensing & Intuitive

Seimbang

32.1 38.0 75.0 38.2

4 Intuitive Sederhana 17.6 16.0 25.0 18.2

5 Intuitive Tinggi 1.1 4.0 - 1.8

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.20 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Sensing & Intuitive mengikut aliran persekolahan. Bagi gaya

pembelajaran Sensing Tinggi, hasil kajian menunjukkan bahawa responden terdiri

daripada 5.3% pelajar aliran Sains dan 4.0% pelajar aliran Sastera serta 1.8% pelajar

aliran Kejuruteraan. Bagi gaya pembelajaran Sensing Sederhana hasil kajian

menunjukkan bahawa responden terdiri daripada 43.9% pelajar aliran Sains, 38.0%

pelajar aliran Sastera dan 40.0% pelajar aliran Kejuruteraan. Sementara itu, gaya

pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang menunjukkan jumlah responden seramai

32.1% pelajar aliran Sains, 38.0% pelajar aliran Sastera, 75.0% pelajar aliran

Vokasional dan 38.2% pelajar aliran Kejuruteraan. Manakala bagi gaya pembelajaran

Intuitive Sederhana mempunyai bilangan responden seramai 17.6% pelajar aliran

Sains, 16.0% pelajar aliran Sastera, 25.0% pelajar aliran Vokasional dan 18.2%

pelajar aliran Kejuruteraan. Manakala bagi gaya pembelajaran Intuitive Tinggi

mempunyai bilangan responden seramai 1.1% pelajar aliran Sains, 4.0% pelajar

aliran Sastera dan 1.8 % pelajar aliran Kejuruteraan.

Page 100: Bahan kreativiti

97

Jadual 4.21 : Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Sequential & Global Mengikut Aliran Persekolahan

Aliran Persekolahan (%) Bil Tahap Sains Sastera Vokasional Kejuruteraan

1 Sequential Tinggi 1.1 2.0 - 1.8

2 Sequential

Sederhana

32.1 32.0 50.0 43.6

3 Sequential & Global

Seimbang

39.0 52.0 50.0 25.5

4 Global Sederhana 26.2 10.0 - 27.3

5 Global Tinggi 1.6 4.0 - 1.8

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Berdasarkan Jadual 4.21 yang menunjukkan taburan peratusan responden

terhadap gaya pembelajaran Sequential & Global mengikut aliran persekolahan. Bagi

tahap Sequential Tinggi mempunyai jumlah responden seramai 1.1 % aliran Sains,

2.0% aliran Sastera dan 1.8% aliran Kejuruteraan. Bagi tahap Sequential Sederhana

mempunyai jumlah responden seramai 32.1% aliran Sains, 32.0% aliran Sastera ,

50.0% aliran Vokasional dan 43.6% aliran Kejuruteraan. Manakala Sequential &

Global Seimbang didapati mempunyai bilangan responden seramai 39.0% aliran

Sains, 52.0% aliran Sastera, 50.0% aliran Vokasional dan 25.5% aliran Kejuruteraan.

Seterusnya, tahap Global terdiri daripada 27.8% pelajar aliran Sains, 14.0% pelajar

aliran Sastera dan 29.1% pelajar aliran Kejuruteraan dimana tahap Global Sederhana

terdiri daripada 26.2% pelajar aliran Sains, 10.0% pelajar aliran Sastera dan 27.3 %

pelajar aliran Kejuruteraan serta tahap Global Tinggi terdiri daripada 1.6% pelajar

aliran Sains, 4.0% pelajar aliran Sastera dan 1.8% pelajar aliran Kejuruteraan.

Page 101: Bahan kreativiti

98

Jadual 4.22: Taburan Peratusan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Visual & Verbal Mengikut Aliran Persekolahan

Aliran Persekolahan (%) Bil Tahap Sains Sastera Vokasional Kejuruteraan

1 Visual Tinggi 39.6 36.0 - 43.6

2 Visual Sederhana 44.4 52.0 100.0 45.5

3 Visual & Verbal

Seimbang

11.2 8.0 - 10.9

4 Verbal Sederhana 4.8 4.0 - -

5 Verbal Tinggi - - - -

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0

n = 296

Jadual 4.22 menunjukkan taburan peratusan responden terhadap gaya

pembelajaran Visual & Verbal mengikut aliran persekolahan. Bagi tahap Visual

tinggi , jumlah responden terdiri daripada 39.6% aliran Sains, 36.0% aliran Sastera

dan 43.6% aliran Kejuruteraan. Manakala tahap Visual Sederhana, bilangan

responden terdiri daripada 44.4% aliran Sains, 52.0% aliran Sastera, 100.0% aliran

Vokasional dan 45.5 % aliran Kejuruteraan. Sementara itu, tahap Visual & Verbal

Seimbang mempunyai jumlah responden seramai 11.2% aliran Sains, 8.0% aliran

Sastera dan 10.9.% aliran Kejuruteraan. Bagi tahap Verbal Sederhana, bilangan

responden terdiri daripada 4.8% aliran Sains dan 4.0% aliran Sastera.

Page 102: Bahan kreativiti

99

4.2.5 Gaya Pembelajaran Mengikut Hubungan Kolerasi Pearson

Jadual 4.23 : Jadual Skala Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara

Pembolehubah

Aras Hubungan Tahap Hubungan

0.00 – 0.20 lemah

0.21 – 0.40 Rendah

0.41 – 0.60 Sederhana

0.61 – 0.80 Tinggi

0.81 – 1.00 Sangat Tinggi

Penyelidik menggunakan skala anggaran kekuatan perhubungan antara dua

pembolehubah di jadual 4.23 daripada Alias Baba (1997) untuk menentukan tahap

hubungan dalam menganalisis dapatan kumpulan data yang telah dianalisa.

Jadual 4.24 : Analisis Hubungan Kolerasi Antara Gaya Pembelajaran Dengan

Purata Himpunan Mata Nilai (PNGK)

Learning Style Hubungan Kolerasi Person

Active & Reflective

Sensing & Intuitive

Visual & Verbal

Sequential & Global

r 0.11 -0.14* -0.01 -0.05

p 0.05 0.02 0.86 0.40

N 296 296 296 296 * Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed). ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4.24 menunjukkan Hubungan Kolerasi Antara Gaya Pembelajaran

Dengan Purata Himpunan Mata Nilai (PNGK). Tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara gaya pembelajaran Visual & Verbal, Active & Reflective, Sensing &

Intuitive dan Sequential & Global dengan Purata Himpunan Mata Nilai (PNGK)

kerana masing-masing mempunyai hubungan lemah dan hubungan ini boleh

diabaikan. Keseluruhan perhubungan tiada perbezaan yang signifikan pada aras 0.05

dan 0.01. Oleh yang demikian hipotesis kajian diterima..

Page 103: Bahan kreativiti

100

4.3 Kesimpulan

Jadual 4.25 : Peratusan Kekerapan Gaya Pembelajaran

Bil Gaya Pembelajaran Peratus

1 Visual 85.8

2 Active 55.1

3 Sensing 45.9

4 Sequential & Global Seimbang 38.8

5 Sequential 35.9

6 Sensing & Intuitive Seimbang 34.8

7 Active & Reflective Seimbang 29.4

8 Global 25.3

9 Intuitive 19.3

10 Reflective 15.5

11 Visual &Verbal Seimbang 10.5

12 Verbal 3.7

n = 296

Jadual 4.25 menunjukkan peratusan kekerapan gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh responden yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Pendidikan

tahun pertama, UTM, Skudai, Johor daripada penganalisisan di atas dapatlah

dirumuskan bahawa gaya pembelajaran Visual menunjukkan peratus keseluruhan

yang tertinggi iaitu 85.8%. Kemudian diikuti dengan gaya Active, Sensing,

Sequential & Global Seimbang, Sequential, Sensing & Intuitive Seimbang, Active &

Reflective Seimbang dan Global masing-masing 55.1%, 45.9%, 38,8%, 35.9%,

34.8%, 29.4% dan 25.3%. Bagi gaya Intuitive, Reflective, Visual & Verbal Seimbang

dan Verbal mendapat peratus keseluruhan yang lemah iaitu masing-masing 19.3%,

15.5%, 10.5% dan 3.7%.

Page 104: Bahan kreativiti

BAB V

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Pada bab ini penyelidik akan membincangkan secara ringkas, merumuskan

dan membincangkan implikasi hasil kajian. Hasil kajian ini adalah berkaitan dengan

mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik di kalangan

pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama, UTM, Skudai, Johor.

Kajian ini melibatkan 296 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan. Kertas soal

selidik yang mengandungi dua bahagian telah diedarkan. Bahagian pertama

mengandungi data demografi responden dan bahagian kedua mengandungi item-item

untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar mengikut alat ukur Felder &

Solomon Index Of Learning Style (ILS).

Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS.

Hasil kajian dianalisis dalam dua bahagian. Bahagian pertama merupakan hasil

dapatan taburan mengikut demografi responden. Bahagian kedua merupakan hasil

dapatan gaya pembelajaran mengikut demografi pada sub-skala yang telah ditetapkan

Page 105: Bahan kreativiti

102

iaitu Active dan Reflective, Sensing dan Intuitive, Visual dan Verbal serta Sequential

dan Global. Selain itu, bab ini juga merumuskan hasil dapatan kajian dan

mengemukakan cadangan-cadangan untuk kajian yang seterusnya.

5.1 Perbincangan Berhubung Hasil Dapatan Taburan Responden

Hasil dapatan menunjukkan seramai 98 orang (33.1%) terdiri daripada pelajar

lelaki dan 198 orang (66.9%) adalah terdiri daripada pelajar perempuan telah

mengambil bahagian dalam kajian ini.

Selain itu, seramai 46 orang (15.5%) terdiri daripada pelajar kursus SPH, 14

orang (4.7%) terdiri daripada pelajar kursus SPA, SPC, SPJ dan SPN, 15 orang

(5.1%) terdiri daripada pelajar kursus SPE dan SPK, 19 orang (6.4%) terdiri daripada

pelajar kursus SPF, SPM dan SPT, 28 orang (9.5%) terdiri daripada pelajar kursus

SPI dan SPL, 17 orang (5.7%) terdiri daripada pelajar kursus SPP serta 34 orang

(11.6%) terdiri daripada pelajar kursus SPS.

Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat 82 orang (83.7%) lelaki

dan 166 orang (83.8%) perempuan terdiri daripada kaum Melayu, 10 orang (10.2%)

lelaki dan 23 orang (11.6%) perempuan terdiri daripada kaum Cina, 2 orang (2.0%)

lelaki dan 6 orang (3.0%) perempuan terdiri daripada kaum India serta 4 orang

(4.1%) lelaki dan 3 orang (1.5%) perempuan terdiri daripada kaum yang lain-lain.

Secara keseluruhannya, daripada bilangan responden seramai 296 orang, kaum

Melayu mempunyai responden paling ramai iaitu seramai 248 orang (83.8%) diikuti

pula dengan kaum Cina seramai 33 orang (11.1%), kaum India seramai 8 orang

(2.7%) dan kaum lain-lain seramai 7 orang (2.4%).

Page 106: Bahan kreativiti

103

Data menunjukkan bahawa seramai 113 orang (38.3%) yang mendapat

PNGK di antara 3.01 hingga 3.30 , 107 orang (36.1%) yang mendapat PNGK di

antara 3.31 hingga 3.70. 54 orang (18.2%) yang mendapat PNGK 2.71 hingga 3.00.

Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar menggunakan gaya pembelajaran yang

bersesuaian dengan diri mereka.

Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa taburan kekerapan dan peratusan

serta purata gred SPM yang paling tinggi ialah Bahasa Inggeris seramai 69 orang

atau 23.5% dimana purata gred SPM ialah B4, kursus Fizik dan Kimia mempunyai

nilai peratus kedua tinggi iaitu 17.3% atau 51 orang dengan nilai purata gred SPM

ialah B3, dan Kursus Sains mempunyai nilai peratus yang paling rendah iaitu 4.6%

atau 14 orang di mana purata gred SPM iaitu A1. Ini menunjukkan bahawa pelajar-

pelajar lebih meminati kursus yang melibatkan pengiraan dan menitikberat tentang

kursus Bahasa Inggeris.

Hasil kajian menujukkan bahawa seramai 186 orang (62.8%) aliran Sains, 54

orang (18.2%) aliran Teknikal/Kejuruteraan, 49 orang (16.6%) aliran Sastera serta 4

orang (1.4%) aliran persekolahan yang lain. Seterusnya, aliran Vokasional

mempunyai jumlah responden yang paling rendah iaitu seramai 3 orang (1.0%).

Keadaan ini berlaku kerana pelajar meminati aliran Sains yang dikatakan mencabar

minda.

Hasil dapatan dari bahagian gaya pembelajaran pelajar pula menunjukkan

bahawa secara kolektif terdapat 87 orang pelajar (29.4%) memiliki gaya

pembelajaran Active & Reflective Seimbang, 163 orang pelajar (55.1%) pula

memiliki gaya pembelajaran Active dan seramai 46 orang pelajar (15.5%) pula

memiliki gaya pembelajaran Reflective. Ini menunjukkan bahawa pelajar Sarjana

Muda Pendidikan tahun pertama lebih cenderung menjadi Active Learners dimana

mereka lebih suka untuk mengingati sesuatu maklumat dengan melakukan aktiviti

yang berkaitan dengannya. Pelajar ini juga digalakkan belajar di dalam kelompok

Page 107: Bahan kreativiti

104

dimana setiap individu di dalam kelompok boleh bertukar-tukar informasi berkenaan

topik-topik yang telah dipelajari di dalam kelas.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat 136 orang pelajar (45.9%)

memiliki gaya pembelajaran Sensing, 103 orang pelajar (34.8%) memiliki gaya

pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang sementara 57 orang pelajar (19.3%)

memiliki gaya pembelajaran Intuitive. Ini menunjukkan bahawa pelajar Sarjana

Muda Pendidikan tahun pertama lebih cenderung menjadi Sensing Learners dimana

pada amnya mampu belajar secara baik sekiranya dapat melihat informasi yang

diajarkan itu dikaitkan dengan keadaan sebenar dan mereka lebih suka membaca

sesuatu yang berkenaan dengan fakta serta melakukan aktiviti-aktiviti secara hands-

on.

Kajian juga menunjukkan seramai 254 orang pelajar (85.8%) memiliki gaya

pembelajaran Visual, 31 orang pelajar (10.5%) memiliki gaya pembelajaran Visual &

Verbal Seimbang serta 11 orang pelajar (3.7%) pula memiliki gaya pembelajaran

Verbal. Nilai peratusan yang tinggi dalam gaya pembelajaran Visual menunjukkan

bahawa ramai antara pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama mempunyai

gaya pembelajaran Visual yang tinggi dan rendah dalam gaya pembelajaran Verbal.

Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lebih suka mengingati atau mempelajari

sesuatu dengan menggunakan gambarajah, lukisan, gambar, carta aliran atau bahan-

bahan pengajaran yang mampu menerangkan secara Visual. Menurut Nabihah

(2003), kajian yang dibuat oleh Wilson, mendapati pelajar lebih memahami konsep

yang sukar melalui strategi Visual yang bersesuaian dengan preferens stail belajar

mereka. Pelajar yang menggemari cara ini tidak suka kepada pengajaran berbentuk

kuliah atau syarahan.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 106 orang pelajar (35.9%)

memiliki gaya pembelajaran Sequential, 115 orang pelajar (38.8%) memiliki gaya

pembelajaran Sequential & Global Seimbang serta 75 orang pelajar (25.3%) pula

memiliki gaya pembelajaran Global. Nilai peratusan yang tinggi dalam gaya

Page 108: Bahan kreativiti

105

pembelajaran Sequential & Global Seimbang menunjukkan bahawa ramai pelajar-

pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama memiliki kedua-dua jenis iaitu

Sequential Learners & Global Learners.

5.2 Perbincangan Mengenai Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan

Demografi Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Pertama Sarjana Muda

Pendidikan

Bahagian ini membincangkan hubungan demografi dengan gaya

pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama

seperti jantina, program pengajian dan aliran sekolah manakala gaya pembelajaran

yang dimaksudkan adalah gaya pembelajaran Active dan Reflective, gaya

pembelajaran Sensing dan Intuitive, gaya pembelajaran Visual dan Verbal serta gaya

pembelajaran Sequential dan Global.

Dari segi jantina, penyelidik mendapati bahawa pelajar perempuan lebih

cenderung kepada gaya pembelajaran Active (57.6%) , gaya pembelajaran Sensing

(51.6%), gaya pembelajaran Sequential (38.9%) dan gaya pembelajaran Visual

(84.4%) manakala pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Active

(50.0%) , gaya pembelajaran Sensing (34.7%), gaya pembelajaran Global (33.7%)

dan gaya pembelajaran Visual (88.7%). Walau bagaimanapun, terdapat sedikit

perbezaan di antara dapatan pengkaji Van Zwanenberg, N. (2000). Dapatan Van

Zwanenberg, N. yang menggunakan alat kajian Index of Learning Style (ILS)

menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih

cenderung kepada gaya pembelajaran Active, gaya pembelajaran Sensing, gaya

pembelajaran Sequential dan gaya pembelajaran Visual.

Page 109: Bahan kreativiti

106

Kajian Soon Mey Chee (2004) ke atas pelajar-pelajar Fizik Pendidikan dan

Fizik Industri UTM pula menunjukkan pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya

pembelajaran Active (41.5%), gaya pembelajaran Intuitive (41.5%), gaya

pembelajaran Sequential (34.1%)dan gaya pembelajaran Visual (83.0%) manakala

pelajar perempuan pula lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Active (39.0%),

gaya pembelajaran Sensing (37.3%), gaya pembelajaran Global (35.6%) dan gaya

pembelajaran Visual (85.6%).

Dari segi program pengajian, penyelidik mendapati bahawa keseluruhan

program pengajian lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Active, Sensing dan

Visual tertinggi berbanding dengan gaya pembelajaran Reflective, Intuitive dan

Verbal. Manakala terdapat beberapa program pengajian yang lebih cenderung

kepada gaya pembelajaran Global dan beberapa program pengajian yang lebih

cenderung kepada gaya pembelajaran Sequential. Program pengajian SPA (78.6%),

SPF (68.5%), SPJ (57.1%), SPM (52.4%), SPH (58.7%), SPL (60.7%) dan SPT

(73.7%) memiliki gaya pembelajaran Active tertinggi daripada program-program

pengajian lain manakala program pengajian SPA (64.3%), SPE (73.4%), SPK

(53.3%), SPT (57.9%) dan SPJ (57.1%) lebih cenderung kepada gaya pembelajaran

Sensing tertinggi daripada program-program pengajian lain. Bagi program pengajian

SPA (50.0%), SPJ (57.1%), SPK (60.0%) dan SPN (57.1%) memiliki gaya

pembelajaran Sequential tertinggi daripada program-program pengajian lain

manakala SPC (50%), SPL (46.5%) dan SPT (42.1%) memiliki gaya pembelajaran

Global tertinggi daripada program-program pengajian lain. Sementara itu, program

pengajian SPA (92.9%), SPT ( 94.8%), SPJ (92.8%), SPK (93.4%), SPH (84.8%),

SPI (92.9%) dan SPS (91.2%) lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Visual

tertinggi daripada program-program pengajian lain.

Dari segi aliran persekolahan, pelajar aliran Sastera (66.0%), Vokasional

(50.0%), Kejuruteraan (57.9%) dan Sains (51.4%) lebih cenderung kepada gaya

pembelajaran Active berbanding gaya pembelajaran Reflective. Pelajar dari aliran

Sains (49.2%), Sastera (42.0%) dan Kejuruteraan (41.8%) lebih cenderung kepada

gaya pembelajaran Sensing manakala pelajar dari aliran Vokasional (25%) lebih

Page 110: Bahan kreativiti

107

cenderung kepada gaya pembelajaran Intuitive berbanding Sensing. Sementara itu,

pelajar dari aliran Sains (33.2%), Sastera (34.0%), Vokasional (50.0%) dan

Kejuruteraan (45.4%) lebih cenderung memiliki gaya pembelajaran Sequential

berbanding gaya pembelajaran Global. Pelajar dari aliran Sains (84.0%), Sastera

(88.0%), Vokasional (100.0%) dan Kejuruteraan (89.1%) lebih cenderung memiliki

gaya pembelajaran Visual berbanding gaya pembelajaran Verbal..

5.3 Perbincangan Mengenai Gaya Pembelajaran Mengikut Hubungan

Korelasi Pearson

Bahagian ini akan membincangkan mengenai hubungan korelasi Pearson

gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik menggunakan Purata Himpunan

Mata Nilai (PNGK) para pelajar.

Hubungan korelasi Pearson gaya pembelajaran dengan Purata Himpunan

Mata Nilai (PNGK) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

gaya pembelajaran Visual & Verbal , Active & Reflective, Sensing & Intuitive dan

Sequential & Global dengan Purata Himpunan Mata Nilai (PNGK) kerana masing-

masing mempunyai hubungan lemah dan hubungan ini boleh diabaikan. Keseluruhan

perhubungan tiada perbezaan yang signifikan pada aras 0.05 dan 0.01. Oleh yang

demikian hipotesis kajian diterima. Dapatan ini bersesuaian dengan dapatan yang

diperolehi oleh Bazitah (2006) dimana dalam kajiannya, perhubungan gaya belajar

jenis Active & Reflective, Sensing & Intuitive dan Visual & Verbal adalah pada tahap

lemah dan boleh diabaikan manakala perhubungan gaya belajar jenis Sequential &

Global adalah pada tahap yang rendah iaitu nilai pearson 0.308. Keseluruhan

perhubungan tiada perbezaan yang signifikan pada aras 0.05 dan 0.01.

Page 111: Bahan kreativiti

108

Dapatan ini juga bersesuaian dengan dapatan kajian Soon Mey Che (2004)

yang juga menggunakan instrumen kajian Index Of Learning Styles (ILS) Felders

dimana penyelidik mendapati bahawa kekuatan perhubungan antara kesemua gaya

pembelajaran dengan purata himpunan mata nilai (CPA) adalah lemah dan boleh

diabaikan.

5.4 Cadangan-cadangan

Hasil dapatan kajian memberikan implikasi penting kepada para pelajar, para

pensyarah dan pihak pentadbiran universiti.Oleh itu terdapat beberapa cadangan

yang ingin dicadangkan oleh penyelidik bagi para pelajar, para pensyarah dan pihak

pentadbiran. Cadangan-cadangan ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada

pihak-pihak tertentu agar ia dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan satu corak

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan peredaran masa. Beberapa

cadangan kajian lanjutan yang relevan dengan gaya pembelajaran juga disenaraikan.

5.4.1 Cadangan Untuk Membantu Para Pelajar

Penyelidik telah mengemukakan beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh

pelajar untuk membantu diri mereka sendiri dalam memaksimakan potensi mereka

dalam pencapaian akademik.

i. Pelajar perlu mengenalpasti gaya pembelajaran tersendiri supaya lebih

mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam sesuatu proses pembelajaran.

Page 112: Bahan kreativiti

109

ii. Pelajar perlu menggunakan perkhidmatan kaunseling bagi mengenalpasti gaya

pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka.

iii. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Active, pelajar digalakkan belajar

di dalam kelompok dimana setiap individu di dalam kelompok menerangkan

berkenaan topik-topik yang berbeza yang telah dipelajari kepada kelompok.

iv. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Reflective pula digalakkan untuk

meninjau kembali apa yang telah dibaca dan fikirkan soalan-soalan dan aplikasi

yang boleh dikaitkan dengan topik yang diulangkaji. Pelajar juga boleh menulis

ringkasan dari pembacaan atau ringkasan pelajaran dari pengajaran guru.

v. Bagi pelajar Sensing yang akan mengingati dan memahami informasi dengan

lebih baik sekiranya mereka dapat mengaitkan informasi itu dengan keadaan

sebenar, boleh memaksimakan potensi diri dengan mendapatkan contoh bagi

konsep dan tatacara bagi subjek yang diajarkan dan membincangkan bagaimana

konsep itu boleh digunakan dalam kehidupan sebenar.

vi. Pelajar Intuitive pula perlu mendapatkan terjemahan atau teori yang boleh

dikaitkan dengan fakta yang diberi oleh guru sekiranya diperlukan untuk

membuat hafalan sesuatu subjek. Pelajar Intuitive juga sering melakukan

kesilapan dan kelalaian semasa ujian serta tidak suka memeriksa semula kerja

yang telah mereka lakukan. Oleh itu, pelajar ini haruslah mengambil masa

untuk membaca keseluruhan soalan sebelum menjawabnya dan juga harus

memeriksa semula jawapan yang telah ditulis.

vii. Pelajar Visual boleh menggunakan ‘mind mapping’ dan kod warna yang dibuat

dengan menggunakan ‘highlighter’ supaya menarik minat untuk membaca.

viii. Pembelajaran secara kelompok adalah amat berkesan bagi pelajar jenis Verbal

kerana mereka akan lebih memahami pelajaran dengan mendengar rakan

sedarjah memberi penerangan dan cuba dalam memberi penerangan. Mereka

Page 113: Bahan kreativiti

110

juga digalakkan menulis ringkasan atau garis kasar pelajaran dengan perkataan

sendiri.

ix. Pelajar Sequential lebih gemar mempelajari sesuatu secara berturutan.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah dimana guru yang mengajar tidak

mengajar secara berturutan, maka pelajar boleh membuat rujukan buku-buku

teks atau rujukan ataupun meminta bantuan rakan sedarjah dan membuat nota

secara berturutan. Membuat nota dan garis panduan bagi bahan pelajaran yang

telah diajar akan membantu menjimatkan masa semasa mengulangkaji untuk

peperiksaan.

x. Pelajar jenis Global memerlukan pensyarah untuk menerangkan sesuatu secara

meluas sebelum mereka dapat memahami pelajaran secara keseluruhan. Pelajar

dicadangkan supaya membaca sepintas lalu keseluruhan bab yang akan

diajarkan oleh pensyarah di dalam kelas.

5.4.2 Cadangan Untuk Pensyarah

Oleh kerana kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun pertama, maka

pensyarah-pensyarah masih mempunyai masa dalam membantu para pelajar.

Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi para pensyarah dalam membantu

pelajar-pelajar mencapai tahap prestasi akademik yang cemerlang.

i. Kajian yang dijalankan oleh Copenhaver (1979), mendapati bahawa suatu

keputusan yang positif diperolehi oleh seseorang pelajar apabila gaya

pembelajaran mempunyai persamaan dengan gaya pengajaran guru yang

mengajarnya. Dalam kajiannya juga, beliau mendapati bahawa guru perlu

mempelbagaikan gaya pengajarannya dalam setiap kelas kerana prestasi pelajar

yang berbeza-beza dan sesuai dengan aras aspirasi pelajar.

Page 114: Bahan kreativiti

111

ii. Membantu para pelajar yang mempunyai gaya-gaya tertentu dalam

pembelajaran untuk memperbaiki atau memaksimakan potensi pembelajaran

mereka.

iii. Beberapa faktor perlu diambil berat oleh seorang pensyarah untuk memilih gaya

pengajarannya seperti keperluan pelajar, latar belakang pelajr, kebiasaan dengan

sesuatu cara pengajaran, gaya pembelajaran pelajar, struktur sokongan

(terutama dari pihak universiti), kemudahan-kemudahan (seperti penggunaan

alat-alat pengajaran dan sebagainya) dan topik-topik yang selaras dalam

peperiksaan.

5.4.3 Cadangan Untuk Pihak Pentadbiran

i. Pihak pentadbiran boleh menganjurkan program-program yang mendedahkan

kepada para pensyarah dan pelajar tentang model-model gaya pembelajaran dan

kepentingan penerapan gaya pembelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

ii. Gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar perlu dikenalpasti

keserasiannya agar proses pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap

optimum.

iii. Pensyarah juga perlu dicadangkan oleh pihak pentadbiran supaya

memperbanyakkan penggunaan bahan-bahan seperti gambar, graf, diagram, sesi

perbincangan dan sebagainya untuk menarik minat perhatian pelajar.

Page 115: Bahan kreativiti

112

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Berdasarkan hasil kajian ini, berikut adalah beberapa cadangan untuk kajian

lanjutan.

i. Kajian lanjutan perlu melibatkan sampel yang lebih besar untuk mendapatkan

kesahan yang lebih tinggi terhadap kajian tersebut.

ii. Kajian lanjutan tentang gaya pembelajaran pelajar dijalankan dengan

menggunakan pelbagai inventori yang berlainan dibandingkan antara satu

dengan yang lain.

iii. Kajian lanjutan dijalankan terhadap sampel yang sama dalam tempoh masa

yang penjang untuk menentukan gaya pembelajaran pelajar berubah mengikut

masa atau tidak.

iv. Kajian ini diperluaskan dengan menghubungkaitkan kategori gaya

pembelajaran dengan pembolehubah-pembolehubah yang lebih luar seperti

fakulti, umur, keturunan, tahun pengajian akademik, sifat keperibadian, gaya

pengajaran pendidik dan sebagainya.

v. Instrumen kajian dipelbagaikan dengan tidak hanya bergantung kepada soal

selidik sahaja. Kaedah pemerhatian terus sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran sedang berlangsung, kaedah temubual dan sebagainya boleh

digunakan sebagai instrument kajian demi menghasilkan hasil dapatan yang

lebih tepat serta jitu.

vi. Kajian ini hanya dijalankan di Fakulti Pendidikan sahaja. Pengkaji

mencadangkan supaya kajian ini dijalankan di semua fakulti dalam Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Jadi, semua pelajar boleh memanfaatkan kajian

ini.

Page 116: Bahan kreativiti

113

vii. Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar tahun pertama sarjana muda sahaja.

Diharapkan pengkaji-pengkaji akan datang menjalankan kajian ke atas semua

pelajar meliputi pelajar dari tahun dua, tahun tiga dan tahun empat. Maka,

semua pelajar sedar terhadap gaya pembelajaran mereka masing-masing.

Berdasarkan cadangan yang diberikan di atas, diharapkan para pengkaji akan

datang dapat melakukan kajian mereka dengan lebih teliti serta tepat lagi. Selain itu,

hasil dapatan juga dapat digunakan dengan lebih meluas.

5.6 Kesimpulan

Dengan menggunakan kaedah atau pendekatan serta model-model gaya

pembelajaran dapat membantu kita mengetahui dan memahami pendekatan

pembelajaran yang sesuai untuk seseorang. Selain itu, pendekatan yang berkesan

dapat membantu kita memperkuatkan kekuatan diri pelajar mengenalpasti situasi

yang boleh membantu ke arah keberkesanan pembelajaran, menjadi kita atau guru

yang lebih fleksibel apabila berada di luar suasana pembelajaran ideal dan akhirnya

dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Secara kesimpulannya, hasil kajian ini memberikan gambaran tentang gaya

pembelajaran pelajar Fakulti Pendidikan. Pandangan pelajar yang dipaparkan

melalui respon mereka dalam soal selidik jelas menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya pelajar memaparkan ciri-ciri atau gaya pembelajaran yang berbeza.

Keadaan ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan agar memberikan perhatian

terhadap persekitaran yang kondusif agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang

selesa. Justeru, membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. Para

pelajar pula perlu mengambil inisiatif mengenalpasti gaya pembelajaran sendiri

untuk meningkatkan kualiti sesuatu pembelajaran dan seterusnya memupuk sikap

Page 117: Bahan kreativiti

114

positif dalam mempelajari setiap matapelajaran. Semoga hasil dapatan kajian ini

dapat menjadi garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan

pencapaian akademik para pelajar.

Page 118: Bahan kreativiti

BIBLIOGRAFI

Alias Baba (1997). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, Selangor.

Amilia Ahmad (1997). Satu Kajian Mengenai Stail Pembelajaran Dikalangan

Pelajar-pelajar SPH, Di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai Dan

Kaitannya Dengan Keputusan Peperiksaan Semester. Tesis Sarjana. UTM,

Johor.

Amina Noor (1999). Kejayaan Ditangan Pelajar: Teknik Lulus Peperiksaan dengan

Cemerlang. Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise.

Anastasi, A. (1965). Psychological Testing. London:Macmillan.

Bazitah Bt Abu Bakar (2006). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian

Akademik: Tinjauan Di Tiga Buah Madrasah Sepenuh Masa Di Singapura.

Tesis Sarjana. UTM, Johor.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim, Quantum

Books.

Carlson, N.R (1987). Psychology: The Science of Behaviour. Edisi kedua. Boston:

Allyn & Bacon, Inc.

Chambers, B., & Abrami, C.P. (1991). The Relationship Between Student

TeamLearning Outcome and Achievement, Causal Attributions and Affect.

Educational Psychology. 83: 140-146.

Page 119: Bahan kreativiti

116

Copenhaven (1979). Learning Style. Buckinghamshire: The Open University Press.

Dunn, R. (1984). Learning Style : State Of The Science. Journal Of Higher

Education. 23 (1): 10-19.

Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching Student Through Their Individual Learning

Styles: The Centre for the Study of Learning and Teaching Styles. St. John’s

University. Jamaica, New York.

Dunn, R. & Dunn, K. (1979). Learning Styles/Teaching Styles: Should they.....can

they be matched?. Educational Leadership. January, 238-244.

Dunn, R. & Dunn, K. (1980). What Is Your Childs Learning Style? The Newletter of

Parenting. 3 (1): 4-58.

Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pengenalan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur,

Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1995). Murid Dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah

Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Entwistle, N. (1981). Styles Of Learning and Teaching. New York, John Wiley and

Sons Ltd.

Entwistle, N. J., Tait, H. & McCune, V. (2000). Patterns Of Response To An

Approaches To Studying Inventory Across Contrasting Groups And Contexts.

European Journal Of The Psychology Of Education.

Entwistle, N. J. (1998). Improving Teaching Through Research On Student Learning.

New York : Garland.

Felder, R.M. (1993). Reaching The Second Tier: Learning and Teaching in College

Science. J. Cillege Science Teaching. 23 (5): 286-290.

Page 120: Bahan kreativiti

117

Felder, R.M. & Silverman, L.K. (1998). Learning and Teaching Styles in

Engineering Education. Journal of Engr. Education. 78 (7): 674-681.

Felder, R.M. (1996). Matters of Style. ASEE Prism. 6 (4): 18-23. Available at

www.ncsu.edu/Felder-public/LS-Prism.htm

Felder, R.M. & Silverman, L. K. (1988). Learning And Teaching Styles In

Engineering Education. Journal Of Engr. Education. 78 (7): 674-681.

Gremli, Jack (1996). Tuned in to Learning Styles. Music Educators Journals.Vol 83,

p24.

Griggs, S.A. (1991). Learning Styles Counseling. Ann Arbor, MI: ERIC Counseling

and Personnel Services Clearing House. The University of Michigan.

Hamzah Bin Nun (1999). Gaya Pembelajaran Pelajar Di UTM. Tesis Sarjana. UTM,

Johor.

Hii Siong Ting (2006). Gaya Pembelajaran Sains Tahun 5 Fakulti Pendidikan,

UTM. Tesis Sarjana Muda. UTM, Johor.

Honey, P. & Mumford, A. (1992b). The Manual Of Learning Styles. Edisi Kedua.

United Kingkom : Peter Honey.

Honey, P. & Mumford, A. (1992a). Using your Learning Styles. Maidenhead: Peter

Honey.

Hyeok Kang (1999). Learning Style Preferences Of Korean High School Students.

Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Jenny Leach & Bob Moon (1999). Learners & Pedagogy. Paul Chapman Publishing

Ltd. and The Open University of London.

Kamus Dewan (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 121: Bahan kreativiti

118

Kamus Am (1995). Kuala Lumpur, Cresent News (K.L) Sdn. Bhd.

Kamus Inggeris-Melayu, An English-Malay Dictionary (1992). Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamariah Gono (2002). Gaya Pembelajaran Pelajar Kursus Kejuruteraan Di Institut

Teknologi Perindustrian YPJ JB. Tesis Sarjana Muda. UTM, Johor.

Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research

Activities. Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.

Kruzich, M. J., et.al. (1986). Assessment Of Student And Faculty Learning Styles :

Research and Application. 3: 22-29.

Lee, M.F. (2001). Pola Gaya Pembelajaran Pelajar dan Gaya Pengajaran Guru

Dikalangan Pelajar dan Guru Sekolah-Sekolah Menengah Akademik Daerah

Johor Bahru – Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Muda. UTM, Johor.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas

Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

dan Pustaka.

McCarty, B. (1985). The 4 MAT System: Teaching To Learning Styles With

Right/Left Mode Technique. Illinois: Excel, Inc. ASCD.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai.Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Page 122: Bahan kreativiti

119

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2001). Penyelidikan Pendidikan. Fakulti

Pendidikan:UTM.

Mohd. Yunus Noor (1990). Psikologi dan Teknik Belajar Yang Berkesan. Petaling

Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen

1&2) : Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya, Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Muhibbin Syah (1995). Psikologi Pendidikan Dengan Pendekatan Baru. Bandung:

PT Remaja Rosdakarya.

Nabihah Badar (2003). Perbandingan Preferen Stail Belajar Di Kalangan Pelajar

Berpencapaian Tinggi dan Rendah Matapelajaran Fizik. Tesis Sarjana

Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nancy Phang Kong Ming (2006). Pola Gaya Pembelajaran Felder&Silverman

Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Aliran Teknik Sekolah Menengah

Teknik Kluang : Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Muda. UTM, Johor.

Ng Sook Chin 2005. Relationship Between Learning Styles and Understanding of

Selected Chemical Concepts Among Pre-University Science Students. Tesis

Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Peraturan Akademik : Kursus Diploma dan Sarjana Muda Program Pengajian

Sepenuh Masa. Diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan : Pendekatan

Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-Hill Education.

Robert E. Slavin (1997). Educational Psychology : Theory and Practice. Fifth

Edition. Boston: Allyn and Bacon, Inc.

Page 123: Bahan kreativiti

120

Rosati, P. (1999). Specific Differences and Similarities In The Learning Preferences

of Engineering Students. 29th ASEE/IEEE Frontiers in Education Session.

12: 17-22.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003). Psikologi

Pendidikan. Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shea, P. (1983). Student Learning Style: A Segmentation Strategy For Higher

Education. Journal of Education For Bussiness. 71(4): 232-235.

Shea, P. (1994). How to Develope and Present Staff Training Courses. Edisi kedua.

New Jersey: Kogan Page LTD.

Siti Hawa Munji (1988). Strategi Belajar. Kuala Lumpur, Nuri Enterprise.

Soon Mey Chee (2004). Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian

Akademik : Tinjauan Dikalangan Pelajar-Pelajar Fizik Pendidikan dan Fizik

Industri Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tesis Sarjana Muda.

UTM, Johor.

Sureshkumar A/L Kesavalu (2005). Hubungan Diantara Gaya Pembelajaran

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan Di UTM Dalam Matapelajaran Teknologi Pengeluaran Asas.

Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

T. Subahan Mohd Meerah & Abd. Rashid Johar (1996). Seminar Kebangsaan

Pendidikan Negara Abad ke 21.

Thesis Manual (November 2005). Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi

Malaysia.

Travers, John F. (1979). Educational Psychology. New York: Harper & Row

Publisher.

Page 124: Bahan kreativiti

121

Van Zwanenberg, N. (2000). Felder and Silverman’s Index of Learning Style and

Honey and Mumford’s Learning Style Questionnaire : How Do They and Do

They Predict Academic Performance?. Educational Psychology. 20 (3): 365-

372.

Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur, Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wong Chai Ling (2006). Gaya Pembelajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan

Mekanik) Dengan Kepujian Di OUM Berdasarkan Skala Gaya Pembelajaran

Grasha-Riechmann. Tesis Sarjana Muda. UTM, Johor.

Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5

for Windows. Universiti Teknologi Malaysia, Venton Publishing.

Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md. Som (2001). Analisis Data Menggunakan

SPSS Windows. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Page 125: Bahan kreativiti

122

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK INDEX OF LEARNING STYLES

Page 126: Bahan kreativiti

123

Index of Learning Styles (ILS)

SOAL SELIDIK KAJIAN

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK: TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SARJANA

MUDA PENDIDIKAN TAHUN PERTAMA, UTM, SKUDAI, JOHOR

Pelajar-pelajar yang dikasihi, Terima kasih kerana menyertai dan membantu dalam penyelidikan ini. Saya berasa amat berbesar hati atas kesudian anda meluangkan masa untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan. Adalah diharapkan anda dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas kerana keikhlasan anda dalam memberi maklumat adalah penentu keberkesanan kajian ini. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan digunakan khusus untuk kajian ini sahaja. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya. Soal-selidik ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A : Butir-butir Peribadi Responden Bahagian B : Index of Learning Styles (ILS) Sila jawab ke semua soalan di kertas jawapan yang disediakan.

SELAMAT MENJAWAB

Disediakan oleh,

Zubaidah Begam Binti Mohamed Zakaria Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahun 2006/2007

Page 127: Bahan kreativiti

124

BAHAGIAN A

BUTIR-BUTIR PERIBADI Sila tandakan (√ ) dalam ruangan jawapan anda. Bagi soalan yang memerlukan jawapan bertulis, sila nyatakannya pada ruangan yang disediakan. 1. Jantina : i. Lelaki ( ) ii. Perempuan ( ) 2. Program Pengajian : ________________ (cth: SPH, SPT) 3. Tahun Pengajian : ________________ (1, 2, 3, 4) 4. Kaum : i. Melayu ( ) ii. Cina ( ) iii. India ( ) iv. Lain-lain (nyatakan) ___________________ ( ) 5. Purata Himpunan Mata Nilai (PNGK) : ___________________________ 6. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :

Bil Matapelajaran Gred

1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris 3 Matematik 4 Matematik Tambahan 5 Sains 6 Kimia 7 Fizik

7. Aliran Semasa Persekolahan : i. Sains ( )

ii. Sastera ( ) iii. Vokasional ( ) iv. Teknikal / Kejuruteraan ( ) v. Lain-lain (nyatakan) : _____________

Page 128: Bahan kreativiti

125

BAHAGIAN B

Pilih jawapan yang sesuai dan tandakan (√ ) pada kertas jawapan yang disediakan. Pilih hanya satu jawapan bagi setiap item sama ada “a” atau “b”. Sekiranya kedua-dua jawapan “a” dan “b” bersesuaian dengan pilihan anda, pilih jawapan yang paling kerap kesesuaiannya dengan anda. 1. Saya lebih memahami sesuatu selepas saya

a) mencubanya. b) memikirkannya.

2. Saya lebih tepat dikenali sebagai a) realistik (real dan praktikal). b) innovatif (memperkenalkan sesuatu cara atau idea yang baru).

3. Apabila saya fikir apa yang telah saya lakukan semalam, saya akan memikirkannya menerusi

a) gambaran. b) perkataan.

4. Saya lebih cenderung a) memahami perincian sesuatu subjek tetapi agak kabur terhadap

keseluruhan struktur subjek tersebut. b) memahami keseluruhan struktur tetapi agak kabur terhadap

perinciannya. 5. Apabila saya mempelajari sesuatu yang baru, ia membantu saya untuk

a) bertutur terhadapnya. b) berfikir terhadapnya.

6. Jika saya adalah seorang guru, profesion ini membantu saya a) berkenaan dengan fakta-fakta dan situasi-situasi kehidupan sebenar. b) berkenaan dengan idea-idea dan teori-teori.

7. Saya lebih suka memperolehi maklumat baru yang berbentuk dalam a) gambar, gambarajah, graf dan peta. b) arahan-arahan yang tersurat atau maklumat secara verbal.

8. Sekali saya memahami a) semua bahagian, saya memahami keseluruhan bahagian tersebut. b) keseluruhannya, saya melihat kesepadanan di antara bahagian-

bahagian tersebut. 9. Dalam suatu kumpulan pelajaran yang sedang menyelesaikan sesuatu masalah

yang susah, saya lebih suka untuk a) duduk bersama-sama dan menyumbangkan idea-idea. b) duduk di belakang dan dengar.

10. Saya mendapati adalah lebih mudah untuk a) mempelajari fakta-fakta. b) mempelajari konsep-konsep.

Page 129: Bahan kreativiti

126

11. Dalam sebuah buku yang mengandungi banyak gambar dan carta, saya lebih suka untuk

a) memerhatikan gambar-gambar dan carta-carta dengan teliti. b) fokus kepada tulisan berbentuk teks.

12. Apabila saya menyelesaikan masalah matematik, a) saya sering menyelesaikannya dengan satu langkah dalam satu masa. b) saya sering dapat meramalkan langkah penyelesaiannya tetapi

selepas itu saya perlu bergelut untuk mencari jawapan.

13. Dalam kelas yang telah saya hadir, a) saya selalu dapat mengenali ramai pelajar. b) saya jarang dapat mengenali ramai pelajar.

14. Dalam pembacaan yang bukan merupakan bacaan fiksyen, saya lebih suka a) sesuatu yang mengajar saya fakta-fakta yang baru atau memberitahu

saya bagaimana melaksanakan sesuatu. b) sesuatu yang dapat memberitahu idea-idea baru kepada saya untuk

memikirkannya.

15. Saya suka guru-guru a) yang meletakkan banyak gambarajah dalam papan kenyataan. b) yang menggunakan banyak masa dalam membuat penerangan.

16. Apabila saya menganalisis sesuatu cerita atau novel, a) Saya akan memikirkan peristiwa-peristiwa tersebut dan cuba

menggabungkan mereka untuk membentuk temanya. b) saya hanya mengetahui tema-tema tersebut apabila saya habis

membaca dan kemudian saya perlu membaca semula untuk mencari peristiwa-peristiwa yang membuktikannya.

17. Apabila saya mula membuat kerja rumah (homework problem), saya lebih suka untuk

a) mula membuat penyelesaiannya dengan segera. b) cuba mula memahami masalah dengan sepenuhnya.

18. Saya lebih suka idea yang bersifat a) pasti. b) teori.

19. Saya lebih mengingati a) apa yang dilihat. b) apa yang didengar.

20. Bagi saya adalah lebih penting seseorang pengajar a) meletakkan rancangan bahan pengajaran secara berurutan dengan

jelas. b) memberi suatu gambaran keseluruhan dan mengaitkan bahan-bahan

tersebut dengan subjek-subjek lain.

Page 130: Bahan kreativiti

127

21. Saya lebih suka belajar a) secara kumpulan. b) secara bersendirian.

22. Saya lebih sesuai dikenali sebagai orang yang a) teliti terhadap perincian kerja saya. b) kreatif terhadap bagaimana saya melakukan kerja tersebut.

23. Apabila saya mendapat petunjuk ke sesuatu tempat yang baru, saya lebih suka petunjuk yang berbentuk

a) peta. b) tulisan dalam teks.

24. Saya belajar a) dengan kadar kemajuan biasa yang agak munasabah. “Jika saya

belajar dengan bersungguh-sungguh, saya dapat memahami apa yang dipelajari.”

b) dalam peringkat permulaan dan peringkat bersepadan. “Saya akan berasa keliru sama sekali dan kemudian tiba-tiba saya dapat memahaminya.”

25. Saya lebih suka a) mencubai sesuatu pada peringkat awal. b) memikirkan bagaimana saya akan melakukannya pada peringkat

awal. 26. Apabila saya sedang menikmati pembacaan, saya suka penulis yang

a) menyatakan secara jelas apa yang dimaksudkannya. b) menyatakan sesuatu secara kreatif dengan cara yang menarik.

27. Apabila saya melihat sesuatu gambarajah atau lakaran dalam kelas, saya lebih cenderung untuk mengingat

a) gambarajah tersebut. b) apa yang dikatakan oleh pengajar.

28. Dalam mempertimbangkan maklumat mengenai sesuatu bidang, saya lebih cenderung untuk

a) fokus dalam perincian dan terabai dalam gambaran keseluruhannya. b) cuba memahami gambaran keseluruhannya sebelum memahami perincian.

29. Saya lebih mengingati a) sesuatu yang telah saya lakukan. b) sesuatu yang telah saya banyak fikirkan.

30. Apabila saya perlu melaksanakan sesuatu tugas, saya lebih suka untuk a) menguasai satu cara perlaksanaan. b) mempunyai banyak cara perlaksanaan yang baru.

31. Apabila seseorang menunjukkan suatu data kepada saya, saya lebih suka data yang berbentuk

a) carta-carta atau graf-graf. b) teks yang merumuskan keputusan data tersebut.

Page 131: Bahan kreativiti

128

32. Apabila menulis di atas kertas, saya lebih suka a) memikir atau menulis pada permulaan kertas tersebut dan seterusnya. b) memikir atau menulis pada bahagian-bahagian yang berbeza dalam

kertas tersebut lalu menyusunnya semula.

33. Apabila saya perlu membuat projek secara berkumpulan, pada awalnya saya akan

a) mengadakan percambahan fikiran berkumpulan (group brainstorming) di mana setiap orang akan menyumbangkan idea-idea.

b) Mengadakan percambahan fikiran secara individu (brainstorm individually) dan kemudian berkumpul dalam kumpulan untuk menyumbangkan idea-idea.

34. Saya berpendapat bahawa adalah merupakan pujian yang tinggi untuk memanggil seseorang itu

a) berakal. b) berimaginatif.

35. Apabila saya berjumpa dengan orang dalam sesuatu majlis atau jamuan, saya lebih cenderung untuk mengingati

a) bagaimana rupa mereka. b) bagaimana mereka mengatakan tentang mereka sendiri.

36. Apabila saya sedang belajar sesuatu subjek yang baru, saya lebih suka a) mengekalkan fokus saya terhadap subjek tersebut dan belajar

seberapa banyak yang boleh. b) cuba untuk membuat perhubungan antara subjek tersebut dengan

subjek yang lain.

37. Saya lebih sesuai dikenali sebagai seorang yang a) suka bercampur gaul. b) tidak ramah.

38. Saya lebih suka kursus yang menekankan a) bahan-bahan yang konkrit (fakta-fakta, data-data). b) bahan-bahan yang abstrak (konsep-konsep, teori-teori).

39. Bagi menghiburkan diri, saya lebih suka a) menonton televisyen. b) membaca buku.

40. Sesetengah guru memulakan kuliah mereka dengan garis kasar (outlines) pengajaran yang akan mereka rangkumi. Garis kasar (outlines) tersebut adalah

a) agak bermanfaat bagi saya. b) sangat bermanfaat bagi saya.

41. Idea-idea tentang kerja rumah secara kumpulan dengan diberikan satu gred untuk semua ahli dalam kumpulan

a) menarik bagi saya. b) tidak menarik bagi saya.

Page 132: Bahan kreativiti

129

42. Apabila saya membuat pengiraan yang panjang, a) saya lebih cenderung untuk mengulang semua langkah kerja saya dan

menyemak kerja saya dengan teliti. b) saya mendapati penyemakan kerja saya adalah menjemukan dan saya

perlu memaksa diri saya untuk melakukan penyemakan tersebut.

43. Saya lebih cenderung untuk menggambarkan sesuatu tempat yang pernah saya kunjungi dengan

a) mudah dan agak tepat. b) susah dan tidak berapa terperinci.

44. Apabila menyelesaikan masalah secara berkumpulan, saya lebih cenderung untuk

a) memikirkan langkah-langkah penyelesaian dalam proses penyelesaian.

b) memikirkan akibat atau aplikasi yang mungkin secara menyeluruh dalam penyelesaian.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Page 133: Bahan kreativiti

130

KERTAS JAWAPAN SOAL SELIDIK INDEX OF LEARNING STYLE (ILS)

Nama : __________________________________________ Kursus : __________________________________________

NOTA * Jumlah (tambahkan jumlah bilangan “a” atau “b” dalam setiap petak ** (besar – kecil) + huruf yang mengandungi nilai yang lebih besar

ACT/REF

SEN/INT

VIS/VRB

SEQ/GLO

Q

a

b

Q

a

b

Q

a

b

Q

a

b

1 2 3 4

5 6 7 8

9 10 11 12

13 14 15 16

17 18 19 20

21 22 23 24

25 26 27 28

29 30 31 32

33 34 35 36

37 38 39 40

41 42 43 44

* Jumlah (campurkan jumlah bilangan “a” atau “b” dalam setiap petak) dan tuliskan di kotak bawah ini.

ACT/REF

SEN/INT

VIS/VRB

SEQ/GLO

a

b

a

b

a

b

a

b

Jumlah (√ )

Jumlah (√ )

Jumlah (√ )

Jumlah (√ )

** (nombor besar – nombor kecil) + huruf yang mempunyai nilai yang lebih besar

ACT/REF

SEN/INT

VIS/VRB

SEQ/GLO

Nombor Huruf Nombor Huruf Nombor Huruf Nombor Huruf

Page 134: Bahan kreativiti

131

LAMPIRAN B

SURAT PENGESAHAN STATUS

Page 135: Bahan kreativiti

132

LAMPIRAN C

JADUAL PENENTUAN SAIZ SAMPEL