kreativiti kanak2

Upload: asni

Post on 01-Mar-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

xxxxx

TRANSCRIPT

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 1

    PENULISAN

    (BAHAGIAN A)

    TAJUK: MEKANISMA PERSEKITARAN DAN SOSIAL BUDAYA MEMPENGARUHI

    PENGUASAAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 2

    PENGENALAN

    Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang

    bergerak pantas pada zaman pascakemerdekaan ini, sebuah kejayaan yang konsisten dalam

    menerajui dan menaik taraf bidang pendidikan negara menjadi satu tanggungjawab

    berterusan semua pihak bagi memastikan misi dan hasrat wawasan 2020 dapat direalisasikan

    dengan jayanya kelak. Pencerakinan minda dalam kalangan modal rakyat kelas pertama

    menjanjikan satu dimensi berbeza dalam proses penerokaan khazanah ilmu. Ironinya,

    pendidikan merupakan satu usaha berterusan dalam memastikan negara dan masyarakatnya

    mencapai kecemerlangan sejagat bukan hanya dalam bidang intelektual tetapi juga pelbagai

    bidang lain yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sosial.

    Gabungan beberapa aspek ini bakal melahirkan lebih ramai generasi yang seimbang dan

    proaktif demi memajukan pelbagai industri yang ada di Malaysia. Oleh hal yang sedemikian,

    dalam proses mencapai keseimbangan dan kemajuan yang menyeluruh, aspek terpenting

    yang perlu ditekankan ialah melalui daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. Penerapan

    elemen ini dapat digarapkan dengan lebih mudah melalui subjek Pendidikan Seni Visual

    (PSV) yang telah termaktub di dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kesan daripada itu,

    guru-guru PSV berhadapan dengan cabaran dalam membantu perkembangan kreativiti dan

    artistik pelajar di sekolah rendah. Hal ini kerana, mentaliti masyarakat kini sering kali dibutakan

    mengenai perihal kesenian walhal kesenian merupakan satu wahana yang membantu

    menjana pemikiran abtrak, kreatif dan kritis dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan.

    Justeru, dalam proses penjanaan kreativiti dan artistik dalam kalangan pelajar sekolah

    rendah, pihak sosialis termasuklah guru-guru PSV berperanan penting dalam menyediakan

    persekitaran pembelajaran yang dapat meransang daya imaginasi dan tumpuan menyeluruh

    dalam menyediakan insaniah pelajar yang mampu mendepani cabaran abad ke-21 kelak.

    Persekitaran merupakan satu mekanisma penting yang perlu diberikan perhatian kerana

    lazimnya, kebanyakan individu belajar melalui proses Non-Verbal kaedah asimilasi iaitu

    peniruan secara lansung. Keadaan ini merupakan satu situasi biasa dalam golongan kanak-

    kanak yang sedang giat membesar. Mereka acapkali terpengaruh dengan sesuatu yang

    dilihat dan didengari tanpa memikirkan implikasi hasil daripada perlakuan tersebut secara

    kritis. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak merupakan acuan budaya. Acuan

    budaya yang dimaksudkan ini bakal mempengaruhi minat, penguasaan lukisan, dan

    penjanaan idea secara maksimum dalam kalangan pelajar semasa sesi Pengajaran dan

    Pembelajaran (PdP) PSV. Tuntasnya, dalam sesi perbincangan kali ini di bawah kata kunci

    Mekanisma pengalaman persekitaran dan sosial budaya mempengaruhi penguasaan

    perkembangan lukisan kanak-kanak akan memperjelaskan bagaimana seseorang kanak-

    kanak mengaplikasikan kesan pengetahuan, pengalaman persekitaran dan juga pengaruh

    sosial budaya yang diterimanya di dalam penghasilan sesebuah karya seni lukisan.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 3

    TAJUK: MEKANISMA PERSEKITARAN DAN SOSIAL BUDAYA MEMPENGARUHI

    PENGUASAAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

    Fitrahnya, setiap insan dilahirkan dengan memiliki sifat dinamik iaitu anjal dan boleh berubah-

    ubah. Sifat ini akan berkembang secara semulajadi melalui proses tumbesaran yang

    dipengaruhi oleh baka dan persekitaran semasa. Kesan daripada itu, masyarakat lazimnya

    akan menimba dan mempelajari pelbagai pengalaman baharu menerusi persekitaran sosial

    yang dihadapi semenjak dari kecil sehinggalah ke peringkat dewasa. Pencapaian jangkauan

    pelbagai cabang ilmu yang berbeza ini akan menentukan tahap pemikiran dan perlakuan

    seseorang terhadap individu lain. Pepatah kanak-kanak diibaratkan sebagai sehelai kain

    putih menerangkan bahawa setiap anak yang dilahirkan akan membesar melalui persekitaran

    yang disediakan oleh ibu bapanya, guru dan masyarakat, sama ada sekelam masa depannya

    atau seindah warna pelangi. Peranan pihak sosialis dalam memberikan contoh terbaik kepada

    kanak-kanak merupakan satu usaha murni dalam penerapan pelbagai nilai-nilai positif bagi

    membentuk pewaris bangsa yang berhemah tinggi. Seperti sedia maklum, kanak-kanak

    merupakan insan yang mudah belajar melalui pemerhatian dan peniruan secara lansung. Hal

    ini bermakna, peningkatan dan penguasaan kanak-kanak terhadap sebarang cabang ilmu

    yang diperolehinya dipengaruhi oleh peranan dan masyarakat sekeliling. Mekanisma

    pengalaman persekitaran dan sosial budaya yang diterima jelas mempengaruhi penguasaan

    perkembangan penghasilan sesebuah karya lukisan.

    Dalam konteks perkembangan lukisan ini, secara umumnya, kanak-kanak lebih

    cenderung untuk menghasilkan lukisan mengikut tahap-tahap perkembangan yang telah dikaji

    oleh beberapa tokoh lukisan kanak-kanak seperti Herbert Read, Victor Lowenfeld, Laura

    Chapman dan ramai lagi. Perkembangan ini merupakan satu perkembangan yang bergerak

    seiring dengan perkembangan persekitaran sosial semasa dan juga warisan kebudayaan

    setempat. Kebudayaan merupakan sebahagian daripada masyarakat malah menurut Siti

    Hayati (2009), manusia dinyatakan sebagai makhluk budaya. Oleh hal yang sedemikian,

    budaya merupakan satu aspek kehidupan yang turut berkembang dan diwarisi dari zaman ke

    zaman yang lain. Begitu juga dengan lukisan kanak-kanak, kanak-kanak lebih selesa untuk

    mengaplikasikan unsur-unsur budaya yang terasa dekat dengan dirinya berbanding unsur

    yang kelihatan bercanggah. Misalnya dalam melukiskan rupa matahari, pelajar berbangsa

    Melayu, India dan China pastinya mempunyai satu perbezaan yang signifikan dalam

    menggambarkan rupa matahari kerana perrbezaan fahaman agama dan kebudayaan.

    Justeru, pengalaman persekitaran dan sosial budaya seseorang kanak-kanak sangat

    mempengaruhi perkembangan lukisannya. Budaya juga tidak hanya tertakluk kepada

    pegangan agama dan fahaman bangsa semata-mata, malah agen-agen pembudayaan sosial

    seperti media massa dan arus globalisasi juga merupakan antara contoh mekanisma sosial

    budaya.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 4

    Pendekatan seni dalam kehidupan dapat dinilai dan dilihat menerusi pelbagai sudut.

    Satu daripadanya ialah dalam konteks persekitaran, sosial dan budaya. Seni tidak mempunyai

    makna apabila tiada pemerhati atau penghayatnya kerana secara dasarnya, seni dipengaruhi

    oleh persekitaran. Seni ibarat jambatan yang menghubungkan individu dengan masyarakat

    dalam membina elemen yang menyumbang ke arah pembangunan sosial. Menurut Kamus

    Pelajar Edisi kedua, sosial dapat didefinisikan sebagai segala hal yang berkaitan dengan

    masyarakat atau kemasyarakatan. Budaya pula dapat didefinisikan sebagai tamadun atau

    peradaban. Rumusnya, perkataan sosial budaya ini merupakan rangkuman pelbagai perkara

    barkaitan masyarakat dan tamadun yang menjamin kesejahteraan sekeliling. Justeru.

    mekanisma persekitaran dan sosial budaya yang wujud hasil daripada perkembangan

    sezaman ini dapat dijadikan sebagai satu instrumen kayu ukur yang jelas dalam menilai

    penguasaan perkembangan lukisan kanak-kanak. Aspek-aspek sosial seperti penguasaan

    kendiri individu, kumpulan keluarga, bimbingan guru, perbadanan komuniti, kumpulan umur,

    fenomena kelas, perbezaan kaum dan etnik, anutan agama serta jantina dan baka dapat

    dinilai dalam diri setiap kanak-kanak melalui sesi soal jawab dan pemerhatian yang

    menyeluruh. Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963) telah mengetengahkan satu

    teori pembelajaran yang mengaitkan proses pembelajaran dengan pengamatan atau

    Observational Learning. Bandura (1971), juga ada mencadangkan supaya teori

    pembelajaran sosial ini diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang

    sebelumnya ini hanya mementingkan aspek tingkah laku tanpa memberikan pertimbangan

    terhadap proses mental yang berlaku.

    Hal ini bermakna, penilaian individu dalam mempamerkan segala tingkah lakunya

    tidak dapat dibatasi dengan sebarang pertimbangan akal yang sihat. Dalam erti kata lain,

    sosial dan kognitif merupakan aspek yang saling berkait dalam merefleksikan antara satu

    sama lain. Penekanan yang diberikan dalam cara dan implikasi perilaku kita dipengaruhi oleh

    persekitaran melalui peneguhan ini, dapat diaplikasikan bukan sahaja dalam menyediakan

    modal insan bersahsiah tinggi, malah dapat juga diaplikasikan di dalam proses penilaian

    kesenian. Teori perkembangan lukisan Kanak-kanak yang diutarakan oleh Victor Lowenfeld,

    menawarkan beberapa peringkat yang dapat digunakan dalam menilai peringkat

    perkembangan lukisan kanak-kanak beserta kemajuan artistik dalam menghasilkan sesebuah

    karya lukisan. Antara peringkat yang diketengahkan ialah Peringkat Scribling(2-4 tahun),

    Peringkat Pre-Schematic (4-7 tahun), Peringkat Schematic (7-9 tahun), Peringkat Dawning

    Realisme (9-12 tahun), Peringkat Pseudo-Naturalistic (12-14 tahun) dan juga Peringkat Period

    if Decision (14-17 tahun). Justeru dengan menggabungjalinkan perhubungan antara Teori

    Pembelajaran Sosial menerusi Teori Perkembangan Lukisan kanak kanak milik Victor

    Lowenfeld, iaitu peringkat yang ketiga, peringkat Schematic, beberapa lukisan kanak-kanak

    telah diambil sebagai sampel yang dapat memperjelaskan lagi tajuk perbincangan kali ini.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 5

    Menerusi lensa yang pertama iaitu penguasaan kendiri individu, kanak-kanak lebih

    cenderung untuk bergerak sendiri dalam melakukan sesi pemerhatian dan peniruan melalui

    apa yang dilihat, didengar dan dirasai oleh orang lain dan mencuba untuk mengadaptasikan

    segala perlakuan itu di dalam kehidupan sehariannya. Misalnya, tatacara atau adab makan

    yang sopan oleh ibu bapa di rumah, akan dicontohi dengan baik oleh anak-anaknya. Justeru

    proses yang dinamakan sebagai asimilasi atau dalam imitasi dalam bahasa seni ini akan

    membantu kanak-kanak dalam membentuk identiti diri dan mengenal pasti antara perlakuan

    baik atau sebaliknya.

    Merujuk pada gambar 1, Aqeel telah menghasilkan sebuah karya lukisan yang

    menggambarkan dirinya sedang memegang busur yang dihalakan ke arah sasaran

    memanah. Menurut Victor Lownfeld (1982), kanak-kanak pada peringkat ini kurang cenderung

    untuk melukiskan imej dan objek. Malah, kebanyakkan lukisan dihasilkan adalah mengikut

    skema atau konsep-konsep yang tertentu. Dalam lukisan Aqeel ini, beliau telah

    mengaplikasikan gabungan minat dan pemerhatian persekitarannya terhadap lukisan yang

    dihasilkan. Minat yang sedia ada pada dirinya terhadap bidang sukan memanah, dengan

    peluang yang disediakan oleh pihak sekolah, telah menjadi faktor utama Aqeel

    mengetengahkan figura manusia memegang busur ini. Bercakap mengenai pengaruh

    persekitaran dan sosial budaya pula, Aqeel telah mengadaptasikan pemerhatiannya terhadap

    bentuk busur dan warna-warna yang ada pada sasaran memanah dengan begitu baik sekali.

    Pembudayaan pihak sekolah dalam penguasaan bidang sukan memanah telah memupuk

    minat Aqeel untuk menjurus dengan lebih mendalam ke dalam bidang sukan ini. Peniruan

    secara lansung melalui sesi pemerhatian ini telah membantu Aqeel dalam menguasai

    perkembangan lukisan dari aspek sukan memanah. Justeru, contoh yang diutarakan ini jelas

    menunjukkan bahawa mekanisma pengalaman persekitaran dan sosial budaya dari aspek

    penguasaan kendiri individu dapat membantu penguasaan perkembangan lukisan.

    Gambar 1: Karya Sekolah Saya oleh Muhammad Aqeel Fahmi bin Kamaruddin dari tahun 3

    Pintar, Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru (SK IPG)

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 6

    Bergerak pula kepada lensa yang kedua, iaitu melalui kumpulan keluarga. Semua

    sedia maklum bahawa keluarga merupakan agen penggerak perubahan yang sangat efektif

    dalam kalangan kanak-kanak. Kumpulan ini juga merupakan organisasi institusi sosial yang

    sangat penting dalam memberikan refleksi gambaran sebenar suasana kehidupan yang

    diterima oleh setiap kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak yang cenderung dipukul dan

    dimarahi oleh ibu bapanya akan menjadi murung dan bertindak untuk mendiamkan diri apabila

    ditanyakan perihal kasih sayang ibu bapa atau perlakuannya di rumah atau bertindak

    melukiskan sesuatu yang negatif. Jadi, pengalaman persekitaran sebegini banyak

    memberikan impak kepada kanak-kanak dalam menjalankan segala rutin hariannya.

    Karya milik Alwani (Gambar 2) telah dikecilkan skopnya bagi memberikan fokus dan

    penekanan lebih kepada figura bapa beserta anaknya yang kelihatan sedang memegang

    tangan bersama-sama. Figura ini digambarkan sebagai ayah kepada Alwani iaitu Encik Mohd

    Fadzil dan juga adik lelakinya, Yosuf. Perbuatan yang digambarkan ini menjadi satu simbolik

    yang menandakan pembudayaan keluarga yang dan saling menyayangi antara satu sama

    lain. Penzahiran watak sebegini wujud hasil daripada pembudayaan harmoni yang diamalkan

    oleh ahli keluarga Alwani sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman persekitaran

    dan sosial budaya yang dibawakan oleh keluarga Alwani telah diaplikasikan dengan baik dan

    jelas di dalam lukisannya. Malah perwatakkan adiknya bernama Yosuf yang manja ada

    dicatatkan pada bahagian bawah karya. Jika diperhatikan, ke semua watak figura yang dilukis

    oleh Alwani merupakan watak yang ceria dan hal ini tergambar melalui wajah-wajah figura

    yang tersenyum. Pengadaptasian yang dinyatakan oleh Alwani ini merupakan satu gambaran

    secara tidak lansung kepada suasana keluarga atau institusi kekeluargaan yang dimilikinya.

    Pengalaman yang diterima oleh Alwani telah disimulasikan secara menyeluruh pada karya

    bertajuk Keluarga Saya ini. Tuntasnya, karya yang dinyatakan ini merupakan contoh terbaik

    dalam memperjelaskan bahawa pengalaman persekitaran dan sosial budaya dapat

    mempengaruhi kanak-kanak dalam penguasaan perkembangan lukisannya.

    Gambar 2: Karya Keluarga Saya oleh Alwani binti Mohd Fadzil dari tahun 2 Pintar, Sekolah

    Kebangsaan Institut Pendidikan Guru (SK IPG)

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 7

    Seterusnya, beralih kepada lensa yang ketiga iaitu melalui bimbingan guru. Untuk

    pengetahuan umum, guru merupakan agen penggerak terbesar dalam menghubungkait

    pengalaman persekitaran dan sosial budaya kanak-kanak di dalam perkembangan

    lukisannya. Hal ini demikian kerana, secara logiknya kanak-kanak banyak menghabiskan

    masa untuk belajar di sekolah berbanding di rumah. Malah, guru merupakan individu yang

    paling berkesan dalam menyebarkan pengaruhnya kerana mengikut bagi persepsi kanak-

    kanak, guru merupakan insan kepercayaannya. Kepercayaan yang disemai ini telah

    menjadikan murid untuk mempercayaai kebolehan dan menyerap ilmu yang diajarkan oleh

    guru secara lansung terutamanya bagi kanak-kanak yang masih di awal ambang

    persekolahan.

    Menerusi karya yang dilampirkan ini, secara komprehensifnya bentuk-bentuk imej

    yang dilukis oleh Rannia (Gambar 3) merupakan imej yang paling sinonim dalam penghasilan

    bentuk-bentuk mudah dalam golongan kanak-kanak. Rannia merupakan pelajar yang

    berumur 7 tahun dan baru sahaja melangkah ke alam persekolah sebenar, dalam peringkat

    ini, sifat kerpercayaan Rannia terhadap gurunya sewaktu di pra sekolah masih dijadikan

    sebagai pegangannya. Dalam sesi soal jawab yang dijalankan, Rannia telah menjelaskan

    bahawa bentuk-bentuk yang dilukis di dalam karya ini merupakan bentuk-bentuk yang juga

    digunakan oleh guru pra sekolahnya sewaktu aktiviti seni dijalankan. Mereka telah diajarkan

    untuk mewakilkan imej alam ini menjadi bentuk-bentuk mudah yang dapat difahami oleh

    masyarakat. Kesan daripada itu, hasil didikan dan ajaran guru ini telah menyebabkan pelajar

    lebih cenderung untuk mengaplikasikan pengalaman persekitaran yang pernah diterimanya

    di dalam sesi pembelajaran akan datang. Pembudayaan sosial yang diwujudkan oleh guru

    ketika di zaman pra sekolah dalam menerapkan unsur bentuk sebegini di dalam kelas jelas

    telah mempengaruhi pelajarnya. Oleh itu, mekanisma pengalaman persekitaran dan sosial

    budaya dalam konteks bimbingan guru jelas dapat mempengaruhi perkembangan lukisan

    yang dihasilkan oleh golongan kanak-kanak.

    Gambar 3: Karya Keluarga Saya oleh Rannia binti Fazil dari tahun 1 Cerdik, Sekolah Kebangsaan

    Institut Pendidikan Guru (SK IPG)

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 8

    Lensa berikutnya ialah aspek perbadanan komuniti setempat. Perbadanan komuniti

    setempat ini merupakan satu agensi yang menjadi pendukung kebudayaan manusia

    sezaman. Dalam erti kata lain, proses pewarisan kebudayaan sesuatu tamadun dapat

    dilaksanakan dengan manusia sebagai penggeraknya. Malah, proses ini tidak semestinya

    berlaku secara vertical atau terus menerus kepada anak-cucu, malahan dapat disampaikan

    secara horizontal iaitu sesi pembelajaran budaya melalui pemerhatian atau pemerolehan

    ilmu daripada individu lain. Pelbagai pengalaman terdahulu dalam konteks kebudayaan, telah

    diwariskan dan dikomunikasikan kepada generasi akan datang untuk mengembangkan

    gagasan-gagasan itu dalam bentuk perlambangan, lisan mahupun tulisan.

    Oleh hal yang demikian, gambar 4 merupakan sebuah karya lukisan yang dihasilkan

    oleh pelajar yang berumur 7 tahun iaitu Asif. Dalam karya Keluarga Saya milik Asif ini, beliau

    telah menzahirkan mesejnya melalui penghasilan bentuk rumah, beberapa bentuk figura

    manusia, matahari, sebatang pohon, pokok bunga, awan, set meja santai dan juga bentuk

    awan. Namun, lukisan ini telah difokuskan kepada pengutaraan bentuk-bentuk figura manusia

    sahaja disebabkan beberapa faktor. Secara umumnya, bentuk figura yang dihasilkan oleh Asif

    ini merupakan bentuk yang menjadi skema asas dalam penzahiran atau simbolik kepada

    figura manusia di dalam sesebuah lukisan. Untuk pengetahuan umum, simbol figura sebegini

    telah diaplikasikan semenjak zaman pra sejarah melalui contengan bermesej di dinding-

    dinding gua oleh komuniti terdahulu. Simbol yang mewakili perlambangan manusia ini telah

    menjadi sesuatu yang relevan dan diterima oleh seluruh perbadanan komuniti sedunia

    walaupun pada hakikatnya penzahiran watak manusia ini tidak lengkap dan hanya

    menggunakan gabungan beberapa garisan yang dicantum-cantumkan. Oleh hal yang

    sedemikian, Asif telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam melukiskan bentuk figura

    manusia ini melalui skema asas yang diwariskan oleh perbadanan komuniti setempat.

    Pewarisan skema ini dilakukan secara turun-temurun oleh masyarakat sehinggakan sampai

    kepada pengutaraan tampak milik Asif lantas diaplikasikan pada lukisannya. Kesan daripada

    itu, jelaslah di sini bahawa perbadanan komuniti setempat juga merupakan salah satu

    daripada mekanisma pengalaman persekitaran dan sosial budaya dalam mempengaruhi

    penguasaan perkembangan lukisan kanak-kanak.

    Gambar 4: Karya Keluarga Saya oleh Asif bin Suhaimi dari tahun 1 Cerdik, Sekolah Kebangsaan

    Institut Pendidikan Guru (SK IPG)

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 9

    Lensa yang seterusnya ialah menerusi perbezaan kaum, etnik dan juga agama.

    Ketiga-tiga elemen ini merupakan aspek dominan yang menjadi pegangan yang

    melambangkan jati diri setiap individu. Umumnya, tema yang ada dalam PSV mempunyai

    perkaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Hal ini turut dipengaruhi oleh

    ideologi kepelbagaian budaya yang mewakili keunikan kebudayaan dan kesenian kaum

    tertentu malah mencerminkan nilai moraliti setiap agama yang dianuti oleh sesetengah kaum.

    Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, daun sireh sering dijadikan sebagai

    perlambangan kasih sayang. Oleh hal yang demikian dalam acara peminangan atau

    penikahan, daun sireh dijadikan sebagai sebahagian daripada upacara tersebut. Menyentuh

    mengenai gambar 5 pula, melalui pecahan karya yang telah difokuskan, dua bentuk figura

    manusia berbeza ketinggian yang dizahirkan dengan memakai tudung labuh menutup aurat

    ini merupakan salah satu contoh terbaik dalam memperjelaskan bahawa mekanisma

    pengalaman persekitaran dan sosial budaya mempengaruhi penguasaan perkembangan

    lukisan kanak-kanak di bawah kerangka elemen kaum, etnik dan agama. Kanak-kanak yang

    menghasilkan lukisan ini cenderung untuk menggambarkan kehidupan persekitaran dan

    pembudayaan sosial yang diterima melalui penyerapan nilai-nilai perkauman dan etnik yang

    dijana melalui elemen keagamaan di rumahnya. Kita dapat perhatikan dengan jelas bahawa,

    figura yang dizahirkan ini sangat menepati elemen keagamaan di mana menurut agama Islam,

    penganutnya dituntut supaya menutup aurat dan mengamalkan tingkah laku sopan dalam

    mentaati penciptanya. Justeru, kesan daripada perbezaan agama, kaum, dan etnik yang

    dimiliki ini pelajar lebih menjurus untuk mengaplikasikan fahamannya pada karya yang

    dihasilkan. Hal ini kerana, tahap pemikiran pelajar semestinya akan lebih condong ke arah

    merefleksikan segala yang dialami atau dilihatnya secara lansung di dalam karya. Bagi

    Alwani, persekitaran dan pembudayaan Islam yang dihadapi ini menjadikan beliau lebih

    terarah untuk menghasilkan sebuah lukisan Keluarga Saya dengan nilai-nilai perkauman,

    etnik dan keagamaan yang dimilikinya.

    Gambar 5: Karya Keluarga Saya oleh Alwani binti Mohd Fadzil dari tahun 2 Pintar, Sekolah

    Kebangsaan Institut Pendidikan Guru (SK IPG)

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 10

    Lensa keenam dalam perbincangan kali ini ialah melalui elemen kumpulan umur dan

    fenomena kelas. Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan satu cogan kata yang

    menyokong dan menggalakkan masyarakat supaya meneruskan legasi pembelajarannya

    tanpa mengira pangkat umur termasuklah dalam mempelajari seni. Umumnya, PSV

    merupakan antara cabang ilmu yang sangat relevan untuk dipelajari oleh masyarakat pelbagai

    peringkat umur. Malah, sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan lebih

    menghargai seni, maka aktiviti seni sama ada di dalam sekolah mahupun di tempat-tempat

    awam dapat dilaksanakan dengan santai. Kesan daripada itu, sikap masyarakat yang

    seringkali memandang rendah kepada kepentingan subjek PSV di sekolah dapat ditepis dan

    dirasionalkan dengan berkesan. Dalam konteks lukisan kanak-kanak, kumpulan umur dan

    fenomena kelas yang wujud akan menyediakan satu persekitaran pewujudan budaya yang

    seiring dengan perkembangan fizikal dan emosi mengikut tahapnya. Hal ini berkait rapat

    dengan teori perkembangan lukisan kanak-kanak milik Victor Lowenfeld iaitu perkembangan

    artistik lukisan kanak-kanak yang dinyatakan bergerak seiring dengan percambahan kognitif

    dan persekitarannya. Oleh hal yang demikian, semakin bertambah umur, maka semakin baik

    karya yang dihasilkan oleh seseorang kanak-kanak. Tuntasnya, faktor umur dan fenomena

    kelas merupakan satu wahana yang boleh membezakan tahap penguasaan perkembangan

    lukisan individu malah, dapat membantu bidang psikologi di dalam menjalankan terapi minda

    melalui seni.

    Menerusi lensa yang terakhir, kita akan menyelami satu lagi aspek yang menjadi

    pengaruh pengalaman persekitaran dan sosial budaya kanak-kanak dalam menguasai

    perkembangan lukisannya, iaitu aspek perbezaan jantina dan baka. Jantina menurut Kamus

    Dewan Bahasa Edisi Keempat ialah jenis kelamin sama ada lelaki atau perempuan. Manakala

    baka pula telah didefinisikan sebagai asal yang dimiliki daripada nenek moyang, asal usul

    atau asal keturunan (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Aspek terakhir ini akan dikupas satu

    persatu dan dimulakan dengan perbezaan jantina. Kajian umum mengatakan bahawa

    perbezaan individu berlainan jantina bukan sahaja mengakibatkan berlakunya kelainan dalam

    sistem organisasi tubuh badan malahan meliputi aspek perkembangan kongnitif, fizikal,

    emosi, dan juga perwatakan. Begitu juga dengan aspek kesenian dan perkembangan lukisan

    individu. Perbezaan jantina yang berlaku ini menjadi domain utama dalam mencerminkan

    lukisan yang dihasilkan. Gambar 6 dan 7 dapat kita jadikan sebagai contoh yang membezakan

    aspek pengaruh persekitaran dan sosial budaya iaitu jantina, dalam memberikan pengaruh

    kepada perkembangan lukisannya. Skop perbezaan kali ini difokuskan kepada figura manusia

    yang telah dibulatkan. Dalam gambar 6 dan 7, jelas dapat kita lihat bahawa Aqeel dan

    Raihanna telah menggambarkan dirinya sendiri di dalam karya tersebut. Tugasan karya

    lukisan bertajuk Sekolah Saya ini merupakan sebuah karya yang mencakupi ruang lingkup

    yang sangat luas dalam menyampaikan sebarang mesej berkaitan sekolah. Justeru,

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 11

    disebabkan oleh faktor jantina yang dimiliki oleh kedua-dua orang responden ini telah

    menyebabkan mereka cenderung untuk melukiskan maujud diri di dalam penghasilan

    karyanya sendiri. Menyentuh mengenai teknik melukis pula, terdapat beberapa perbezaan

    yang dapat dilihat dan dinilai menerusi kedua dua buah karya ini. Sekilas ikan di air, sudah

    tahu jantan betina merupakan satu perumpamaan yang boleh dibuat berdasarkan

    perbandingan karya menerusi aspek perbezaan jantina ini. Gambar 7 dizahirkan penuh

    dengan sifat keperempuanan di mana terdapat bunga, malah komposisi lukisan juga telah

    dilakukan dengan rapi. Manakala gambar 6 pula telah digambarkan lebih mudah dan ringkas.

    Hal bersesuaian dengan faktor jantina yang dimiliki oleh Aqeel.

    Melalui aspek baka pula, jika diperhatikan dan dinilai, karya milik Raihanna

    mempunyai ciri-ciri artistik yang lebih berbanding karya Aqeel. Karya Raihanna juga dilihat

    lebih menarik dan teliti dari aspek komposisi, pemilihan warna, dan juga bentuk yang

    dihasilkan. Hal ini demikian kerana, melalui sesi temu bual yang dijalankan bersama-sama

    responden, Raihanna mengatakan bahawa selain daripada minat yang mendalam terhadap

    bidang kesenian ini, beliau juga memiliki sebuah keluarga yang amat mencintai seni dan nilai-

    nilai estetika. Pembudayaan sosial keluarga sebegini telah mewujudkan satu persekitaran

    yang membantu perkembangan lukisan Raihanna menjadi lebih baik berbanding rakan-rakan

    seusianya. Pemupukan budaya atau minat keluarga yang sama ini dapat menggalakkan lagi

    kanak-kanak dari segi kewangan, inspirasi dan dorongan untuk terus berkecimpung dengan

    jayanya di dalam sebarang bidang kesenian. Oleh hal yang demikian, karya lukisan Raihanna

    ini dapat dijadikan sebagai sebuah model terbaik yang mencerminkan bahawa aspek baka

    merupakan salah satu daripada mekanisma pengaruh pengalaman persekitaran dan sosial

    budaya yang jelas dalam kalangan masyarakat. Tuntasnya, kesemua aspek yang

    dibincangkan kali ini merupakan antara faktor-faktor utama yang menjadi penyumbang

    kepada sebuah penghasilan lukisan yang bermutu tinggi dan kaya dengan nilai-nilai estetika.

    Gambar 6: Karya Sekolah Saya oleh

    Muhammad Aqeel Fahmi bin

    Kamaruddin dari tahun 3 Pintar, Sekolah

    Kebangsaan Institut Pendidikan Guru

    (SK IPG)

    Gambar 7: Karya Sekolah Saya oleh

    Raihanna Nadhirah binti Zamzuri dari

    tahun 3 Pintar, Sekolah Kebangsaan

    Institut Pendidikan Guru

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 12

    KESIMPULAN

    Secara komprehensifya, demikian merupakan beberapa elemen yang dikupas di bawah kata

    kunci utama Mekanisma pengalaman persekitaran dan sosial budaya mempengaruhi

    penguasaan perkembangan lukisan kanak-kanak. Elemen-elemen yang telah dinyatakan ini

    merupakan antara elemen asas yang menjadi tunjang dalam membantu kanak-kanak

    menguasai perkembangan lukisannya secara berperingkat-peringkat. Oleh hal yang

    demikian, guru Pendidikan Seni Visual (PSV) berperanan penting dalam menjadi agen

    kepada perubahan sosial dengan menyumbang kepada transformasi budaya tampak yang

    umum, kerana melaluinya pelajar dapat belajar untuk memperluaskan skop pemerhatian

    visual dan boleh belajar melihat dunia dengan lebih matang. Perubahan yang berlaku di dalam

    perkembangan penguasaan lukisan seni kanak-kanak ini zahirnya berlaku secara sengaja

    atau tanpa disedari. Perbezaan nyata dapat lihat melalui perlaksanaan kajian terhadap pelajar

    berdasarkan teori-teori yang sedia ada. Malah, melihat melalui konteks yang lebih luas, seni

    juga turut mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza-beza mengikut peringkat umur

    masyarakatnya. Pemahaman seni bagi sesorang pelajar akan berkembang apabila pelajar

    mengalami pengalaman persekitaran dan sosial budaya yang memberansangkan. Selain

    pengaruh kendiri individu, kumpulan keluarga, bimbingan guru, perbadanan komuniti

    setempat, kumpulan umur, fenomena kelas, perbezaan kaum, etnik, dan agama,

    pengaruh alam sekitar, politik, ekonomi dan juga persoalan estetik dapat dihubungkaitkan

    dengan pendekatan pengalaman persekitaran dan sosial budaya.

    Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak sosialis dalam menyediakan sebuah

    persekitaran dan pembudayaan sosial yang positif dalam kalangan masyarakat terutamanya

    golongan kanak-kanak merupakan satu usaha yang dianggap membantu dalam

    mengintegrasikan kesenian tampak ke dalam kehidupannya. Pengintegrasian seni di dalam

    kehidupan dilihat berpotensi dalam menjana perkembangan individu yang menyeluruh dan

    berfungsi sebagai satu instrumen yang membantu fikrah masyarakat untuk lebih berinovasi

    dan kreatif bagi mendepani cabaran abad ke-21 kelak.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 13

    PENULISAN

    (BAHAGIAN B)

    TAJUK: PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM MEMBANTU

    PERKEMBANGAN ARTISTIK DAN KREATIVITI PELAJAR SEKOLAH RENDAH

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 14

    PENGENALAN UMUM

    Masyarakat primitif masa kini disaksikan dengan pelbagai kekuatan yang menjadi sumber

    utama perubahan tampuk pimpinan negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju

    menjelang Wawasan 2020. Tiga kekuatan atau tonggak utama dalam menggerakkan

    perubahan ini ialah sistem pendemokrasian negara, kemajuan ilmu dan teknologi serta arus

    perbadanan globalisasi. Ketiga-tiga elemen yang sedang mengubah kehidupan manusia

    dewasa ini, akan memperlihatkan pengaruhnya terhadap institusi sosial negara akan datang.

    Oleh hal yang demikian, elemen kedua iaitu elemen kemajuan ilmu dan teknologi dilihat

    sangat penting dalam menjana mentaliti masyarakat yang sentiasa bersaing dan berinovasi.

    Melalui kaedah ini, setiap individu diharapkan agar tidak ketinggalan dalam mengejar

    kepesatan ilmu yang dibawakan oleh arus globalisasi semasa. Justeru, dalam konteks

    pendidikan, sukatan kurikulum yang telah termaktub di dalam enakmen pendidikan negara

    merupakan sebuah rangkaian ilmu yang menepati keperluan semasa rakyatnya. Lima aspek

    utama dalam pembikinan insaniah positif generasi akan datang iaitu jasmani, emosi, rohani,

    intelek, dan sosial telah diserap masuk ke dalam subjek-subjek yang diajarkan di sekolah.

    Warga pendidik khususnya guru-guru sekolah, ditugaskan dalam memikul tanggungjawab

    dan amanah mendidik para pelajar dengan menggarapkan daya pemikiran kreatif ke dalam

    permasalah pembelajaran yang dihadapi semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

    Hal ini kerana, penerapan sistem pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) merupakan satu teknik pembelajaran yang dapat menguji tahap kefahaman optimum

    dalam kalangan pelajar.

    Di Malaysia, subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan antara subjek yang

    kurang digemari oleh kebanyakan pelajar di sekolah rendah walhal, subjek PSV merupakan

    subjek yang paling ideal dalam merealisasikan hasrat murni kerajaan bagi menjana pemikiran

    KBAT dalam kalangan pelajar. Proses pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar ini

    dapat melahirkan pelbagai pembaharuan inovasi yang berpotensi melakar satu persepsi

    baharu dalam dunia kesenian negara. Untuk pengetahuan umum, jentera pendidikan

    termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), para pentadbir serta pendidik masa

    kini telah dihadapkan dengan dengan pelbagai perubahan yang berlaku dari aspek ekonomi,

    budaya dan politik kesan daripada kemajuan teknologi dengan konsep Dunia Tanpa

    Sempadan. Dalam konsep ini murid lebih terarah untuk menggunakan teknologi sebagai

    panduan dan pembimbing berbanding menjalankan komunikasi dua hala dengan gurunya.

    Sehubungan dengan itu, kemenjadian pelajar dalam subjek PSV ini merupakan antara

    cabaran guru-guru dalam mendepani pelajar abad ke-21. Justeru, kesedaran dalam

    membuka mata pelajar tentang kepentingan PSV dalam pendidikan akan diperjelaskan

    melalui peranan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) yang bertugas sebagai agen bagi

    membantu perkembangan kreativiti dan artistik pelajar sekolah rendah.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 15

    TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI

    Oleh hal yang demikian, sebelum mengulas dengan lebih lanjut berkaitan tajuk yang di

    tekankan pada sesi kali ini iaitu Peranan Guru Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam

    membantu perkembangan kreativiti dan artistik pelajar sekolah rendah, adalah lebih wajar

    sekiranya diterangkan terlebih dahulu serba sedikit berkenaan dengan teori perkembangan

    kreativiti. Umumnya, teori perkembangan kreativiti yang diperkenalkan oleh kebanyakkan

    tokoh terkenal merupakan teori asas yang menjadi pegangan dan rujukan kebanyakkan

    individu di dalam pengkajian berkaitan kreativiti. Terdapat ramai tokoh-tokoh antarabangsa

    dan tempatan yang mengeluarkan pelbagai fakta mengenai kajian perkembangan kreativiti

    yang telah dilaksanakan antaranya ialaj Ellis Paul Torrance dan juga Robert Fisher. Kedua-

    dua tokoh terkenal ini masing-masing mempunyai beberapa kaedah dan cara dalam

    penjanaan kreativiti secara berkesan disertakan dengan tahapnya sekali. Kreativiti

    merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang

    untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti

    lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat

    pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan

    mengembangkannya dalam diri manusia. Pfeiffer (2003) telah mendefinisikan kreativiti

    sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap

    kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

    Perkataan kreativiti ini berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa

    maksud membuat Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud

    memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan

    kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan

    mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya,

    kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif,

    baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan

    sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh

    ditingkatkan melalui cara-cara beberapa cara dan kaedah seperti mengadakan pendedahan

    awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah,

    memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang

    diceburi, menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada

    pada tahap kecemerlangan, membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan

    tidak takut gagal, menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan

    hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. Hal ini

    bermakna, perkembangan tahap kreativiti yang berkesan dapat menawarkan pelbagai

    kesenangan terhadap individu dalam menjalani kehidupan sehariannya.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 16

    1. Teori Perkembangan Kreativiti Ellis Paul Torrence

    Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat

    terkenal di dunia. Berbagai-bagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi

    segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga ke hari ini. Berdasarkan kepada

    penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya dii dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya

    beliau telah diiktiraf sebagai bapa Kreatiiviti. Torrence telah mengemukakan beberapa proses

    yang dapat diaplikasikan di dalam pemupukan dan mengembangkan kreativiti dalam

    kalangan para pelajar. Tujuh perkara yang diketengahkan oleh Torrence telah dipermudahkan

    dalam bentuk rajah berjadual di bawah.

    Jadual 1: Proses teori perkembangan Ellis Paul Torrence

    PROSES HURAIAN

    1. PENYOALAN

    Proses penyoalan adalah sangat penting untuk dipraktikkan.

    Penyoalan boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran

    pelajar. Di dalam PdP seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan

    dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.

    2. PENEMUAN

    Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha

    untuk memberikan galakan dan ransangan. Dalam hal ini pelajar

    digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan

    eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti

    seni visual.

    3. PEMERHATIAN

    Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan

    hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat

    baik diamalkan di kalangan pelajar dalam membina satu pengalaman

    yang berguna ketika menghasilkan karya.

    4. PERCUBAAN

    Galakan perlu diberikan kepada pelajar bagi membuat penerokaan

    dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan

    yang terdapat di sekeliling kita. Proses ini secara tidak langsung akan

    membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif

    di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk

    menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

    5. PENEROKAAN

    Proses ini mampu menyedarkan pelajar supaya lebih peka dan cakna

    akan keadaan persekitaran di sekelilingnya di samping mengelakan

    dari melakukan pembaziran penggunaan masan, bahan dan tenaga

    semasa menghasilkan karya.

    6. MEMANIPULASI

    Individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui

    bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi

    yang sempurna. Manakala di dalam konteks proses PdP seni pula, ia

    mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di

    samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan

    bahan semasa menghasilkan karya.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 17

    7. AKTIVITI/

    BERMAIN

    Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi

    seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang

    penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang

    kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang

    sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak

    langsung akan membantu merangsang proses perkembangan

    pemikiran dan kreativiti yang sihat.

    1. Teori Perkembangan Kreativiti Robert Fisher

    Kreativiti sebenarnya banyak melibatkan proses menggunakan daya berfikir atau kemahiran

    berfikir secara kreatif dan kritis. Menurut teori perkembangan kreativiti Fisher, kreativiti

    dipercayai mempunyai beberapa tahap atau peringkat yang tertentu dalam proses

    penjaanaan secara menyeluruh. Di dalam konteks PSV, guru-guru seni amat perlu dan

    digalakkan untuk menguasai beberapa tahap awal tersebut bagi merancang aktiviti seni

    dengan lancar. Setiap aktiviti perlu dirancangkan terlebih dahulu agar bertepatan dengan

    objektif dan tahap kebolehan pelajar bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran kelak.

    Jadual 2: Peringkat perkembangan kreativiti Fisher

    PERINGKAT HURAIAN

    1. Ransangan Guru mengemukakan pelbagai bentuk persoalan seperti apa,

    mengapa, siapa dan bagaimana untuk meransang pemikiran kreatif

    kanak-kanak. Guru membimbing kanak-kanak berinteraksi secara aktif

    dan menyampaikan perasaan ingin tahu mereka.

    2. Penerokaan Peringkat ini berupaya melatih kanak-kanak mencari dan mempunyai

    pemikiran ke hadapan. Guru membimbing kanak-kanak mencari

    jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara

    3. Perancangan Peringkat ini dapat dilaksanakan melalui proses perbincangan,

    pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Guru membimbing kanak-

    kanak untuk membuat perancangan sebelum melaksanakan aktiviti

    yang sebenar.

    4. Aktiviti Peringkan ini akan melahirkan pemikiran kreativ melalui tindakan

    setelah merancang segala aktiviti. Guru akan membimbing kanak-

    kanak untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.

    5. Kajian semula Proses kajian semula dapat menilai keberkesanan tindakan yang telah

    diambil bagi proses penambahbaikan supayan tidak berulang

    kesalahan yang sama.

    2.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 18

    TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK

    Pendekatan Pendidikan Seni Visual menerusi beberapa teori kreativiti yang telah dinyatakan

    sebelum ini, bakal memperlihatkan satu kemajuan yang menyeluruh dalam mambina

    kematangan persepsi artistik. Umumnya, persepsi artistik wujud hasil penjanaan kreativiti

    yang berterusan. Perihal seni masa kini banyak melibatkan skema dalam perkembangan seni

    kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema

    dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan

    kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Malah, disebabkan setiap kanak-kanak

    mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut

    tahapnya sendiri. Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui

    pemerhatian terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-

    kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang

    menarik perhatian mereka. Melalui pemerhatian dan penerokaan yang bersepadu ini, murid

    dapat meningkatkan lagi tahap kematangan kretivitinya yang menjana kepada kelahiran

    persepsi artistik yang unik, menarik dan tersendiri. Justeru, terdapat beberapa teori umum

    berkaitan denga perkembangan artistik kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh beberapa

    orang tokoh seperti Victor Lowenfeld, Laura Chapman, Herbert Read, dan juga Hurtwitz dan

    Day.

    1. Teori Perkembangan Artistik Victor Lowenfeld

    Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya

    secara lansung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari beberapa tahap klasifikasi

    yang dinyatakan di dalam jadual 3.

    Jadual 3: Teori Perkembangan Artistik Victor Lowenfeld

    PERINGKAT HURAIAN

    Peringkat scribbling

    (2-4 tahun)

    Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak

    terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada

    lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

    Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak mempamerkan

    kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan mata.

    Peringkat Pre Schematic

    (4-7 tahun)

    Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan

    pertama melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan

    garisan.

    Peringkat Schematic

    (7-9 tahun)

    Kanak-kanak cenderung untuk melukis imej objek berbanding

    pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut

    skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 19

    cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia

    dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan

    adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan

    karya sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh

    rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

    Peringkat Dawning

    Realism

    (9-12 tahun)

    Mempamerkan perilaku kanak-kanak melukis dengan

    mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan peringkat

    ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti.

    Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula

    menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.

    Peringkat Pseudo

    Naturalisme

    (12-14 tahun)

    Kanak-kanak menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz

    rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep

    peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan

    menerusi imaginasi.

    Peringkat Period if

    Decision

    (14-17 tahun)

    Peringkat terhadap proses penghasilan karya seni dan

    penciptaan objek yang juga memperlihatkan kematangan di

    dalam membuat keputusan dan pemilihan yang sesuai untuk

    menghasilkan karya seni.

    2. Teori Perkembangan Artistik Laura Chapman

    Tokoh kelahiran Amerika Syarikat ini serupakan seorang tokoh seni yang amat terkenal dan

    dikagumi. Menurut Chapman, proses artistik ini bukan sahaja diaplikasikan dalam kalangan

    kanak-kanak malah digunakan juga oleh para penggiat seni dalam penghasilan sesebuah

    karya yang bermutu. Proses artistik dari kaca mata Chapman melibatkan tiga disiplin utama

    kesenian iaiatu tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah, dan berulang-ulang. Beliau telah

    memperkenalkan tiga proses artistik dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Jadual 4 di

    bawah merupakan antara peringkat perkembangan artistik milik Laura Chapman beserta

    huraiannya.

    Jadual 4: Teori Perkembangan Artistik Laura Chapman

    PERINGKAT HURAIAN

    Proses penjanaan idea

    Dalam proses ini, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan

    dan tinjauan penghasilan karya. Tanpa penetapan sebegina,

    proses penjanaan dan penghaslikan karya akan menjadi lambat

    dan tidak tersusun. Guru berperana dalam menetapkan objektif

    yang perlu dicapai oleh murid pada akhir sesi pembelajaran

    melalui tema yang dipilih.

    Proses perkembangan

    dan pemurnian idea

    Proses ini dilaksanakan bagi mendapatkan visual yang lebih

    sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 20

    bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan

    bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Bagi peringkat

    kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses

    perkembangan dan pemurnian kebiasaannya dilakukan secara

    berulangan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Proses

    sebegini perlu didedahkan kepada murid-murid di sekolah dalam

    melatih mereka untuk mempunyai kemahiran pengamatan

    terhadap ketelitian.

    Proses pernyataan alat

    dan bahan

    Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung

    kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Guru perlu

    membimbing murid melalui pengenalan bahan dan teknik

    pengguanaan serta penghasilan. Guru juga perlu menjelaskan

    melalui dmeostrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh

    murid mempunyai makana dan nilai yang tersendiri.

    3. Teori Perkembangan Artistik Hurtwitz dan Day

    Kreativiti artistik merupakan satu podium yang diwarisi daripada satu zaman ke zaman yang

    lain. Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan bahawa peringkat perkembangan artistik

    kanak-kanak kepada tiga peringkat utama iaitu peringkat manipulative, peringkat membuat

    simbol, dan juga peringkat pra-remaja. Jadual 5 menunjukkan peringkat perkembangan

    artistik kanak-kanak mengikut teori Hurwitz beserta huraiannya.

    Jadual 5: Teori Perkembangan Artistik Huwritz dan Day

    PERINGKAT HURAIAN

    Peringkat Manipulatif

    (2-4 tahun)

    Peringkat ini menterjemahkan bahawa kanak-kanak tidak

    mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia

    mereka yang masih muda. Lukisan yang biasa dihasilkan juga

    selalunya tidak terkawal dengan menggunakan pelbagai bahan

    seperti krayon dan pensel. Penghasilan karya pada usia ini tidak

    bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi

    menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih

    gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai

    jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai

    media. Secara umumnya, terdapat empat peringkat contengan

    pada peringkat manipulative ini iaitu:

    a. Contengan garisan tidak terkawal, yang berlaku kerana kanak-

    kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang

    dihasilkan biasanya berulang-ulang.

    b. Contengan garisan terkawal, pula garisan yang dihasilkan lebih

    menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan

    peringkat pertama.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 21

    c. Contengan rupa terkawal, memperlihatkan kebolehan kanak-

    kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut

    kehendak mereka.

    d. Contengan rupa, mempamerkan kanak-kanak berupaya

    mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada

    Peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada

    kepuasan dan keseronokkan kerana mereka diberi peluang untuk

    melukis dan menggunakan alatan melukis.

    Peringkat Membuat

    Simbol

    (6-9 tahun)

    Peringkat ini memperlihatkan situasi kanak-kanak terpengaruh

    dengan keadaan sekeliling mereka.

    Peringkat Pra-Remaja

    (10-13 tahun)

    Peringkat ini mempamerkan kanak-kanak melukis lukisan figura

    dalam saiz yang sebenar atau saiz yang betul.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 22

    PERANAN UMUM GURU DALAM MENJAYAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

    VISUAL (PSV) DI SEKOLAH

    Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu subjek yang diajarkan di sekolah-

    sekolah seluruh Malaysia. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan negara 58 tahun yang lalu,

    banyak perubahan yang telah berlaku kepada enakmen Kurikulum Pendidikan Seni.

    Perubahan-perubahan ini adalah perlu bagi meningkatkan lagi mutu subjek seni sebagai satu

    subjek yang penting untuk diajarkan di sekolah. Umumnya, kejayaan dan keberkesanan di

    dalam subjek PSV ini dapat ditentukan melalui penilaian berkala guru-guru dalam

    melaksanakan peranannya sebagai jentera yang menggerakkan perjalanan seni di sekolah.

    Justeru, berikut merupakan antara peranan umum guru dalam menjayakan mata pelajaran

    PSV di sekolah:

    1. Guru PSV sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan

    Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan, peranan guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah

    diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Konsep 5P merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran

    kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan

    serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta

    mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses

    penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai, pemulihan

    dan juga pengayaan.

    2. Guru PSV sebagai pengurus

    Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam sesi PdP, guru PSV juga perlulah

    memainkan peranan dalam pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang

    atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar .Ini

    kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan

    tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV. Perkara yang ditegaskan dalam bidang

    penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang

    dapat disentuh, Sebagai seorang pengurus juga, guru PSV juga perlu merancang

    dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan

    matlamat pembelajaran, merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah

    laku pelajar, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. Guru PSV juga perlu

    menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, bertanggungjawab ke

    atas bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 23

    3. Guru PSV sebagai pembimbing

    Selain pengurus, guru PSV juga perlu menjadi seorang pembimbing demi

    menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran PSV. Para pelajar hendaklah

    dibimbing dengan sepenuh perhatian. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang

    masalah dalam menguasai kemahiran, maka guru hendaklah mengadakan aktiviti

    pemulihan bagi membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran. Bagi pelajar yang

    telah menguasai kemahiran, guru berperanan melaksanakan aktiviti pengukuhan

    dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

    4. Guru PSV sebagai pemudah cara

    Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara. Guru hendaklah

    melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti

    pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar. Sebagai pemudah cara,

    guru perlu memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar dengan

    mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan pelajar. Guru juga perlu

    menerapkan pemahaman, penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan

    daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

    5. Guru PSV sebagai motivator

    Di samping itu,guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang menjalankan

    aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri pelajar.Guru PSV juga

    bertanggungjawab dalam pemupukan minat pelajar dalam bidang artistic sepaya

    pelajar berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan

    memperlihatkan kepentingan konsep seni visual.Guru juga seharusnya berusaha

    untuk merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan

    diri,membawa perubahan kepada diri pelajar,memberi dorongan dan bimbingan

    dan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah sosio dan emosi

    pelajar.Guru-guru juga perlulah membantu pelajar menghadapi cabaran masa

    depan dalam Pendidikan Seni Visual.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 24

    6. Guru PSV sebagai Insiator

    Akhir sekali, guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai inisiator dalam

    pengajaran dan pembelajaran PSV.Guru boleh merangsang pemikiran murid yang

    bercapah, mengemukakan soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan

    kritis, menyokong aktiviti penyelesaian masalah,menyarankan kolaboratif dan

    koperatif melalui kerja kumpulan. Guru PSV juga perlu menggalakkan pelajar-

    pelajar melaksanakan pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alatan serta

    aspresiasi seni.

    Sesungguhnya, peranan guru PSV amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan

    pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah.Ketrampilan, kewibawaan dan komitmen guru

    merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam

    keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah

    kecemerlangan.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 25

    TAJUK: PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ARTISTIK PARA PELAJAR SEKOLAH RENDAH.

    Cabaran utama di dalam dunia pendidikan yang berada di ambang kepesatan global ini

    adalah untuk melahirkan satu enrolmen reka bentuk Kurikulum PSV yang besifat relevan,

    signifikan dan fleksibel agar dapar membantu kelancaran proses PdP guru dan pelajar.

    Kurikulum PSV bermatlamat dalam melahirkan generasi muda yang serius dan mempunyai

    daya saing tinggi dalam menjana pembinaan bangsa secara produktif, kreatif dan inovatif

    melalui kemajuan pendidikan negara. Zahirnya, pembabitan pelajar dalam sesi PdP PSV

    dilihat kurang memberansangkan terutamanya dari aspek perkembangan kreativiti dan

    artistik. Proses kreativiti merupakan proses yang terjana melalui daya pemikiran yang

    optimum dan mencapah terhadap sesuatu perkara. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-

    4, kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta, daya kreatif dan

    kekreatifan. Pengertian kreativiti yang dikemukakan oleh June King McFee (1970) sebagai

    mencipta perlambangan dan idea baharu, bagi mengemaskinikan perlambangan sedia ada.

    Menurut tokoh tempatan, Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait rapat

    dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Hal ini bermakna, dalam

    proses mencipta pembaharuan, penerokaan dan sesi eksperimental menyeluruh terhadap

    sesuatu perkara perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Daya sebeginilah yang acapkali

    membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa.

    Manakala proses artistik pula merupakan satu perjalanan seni yang diperkembangkan

    hasil daripada sesi penerokaan kreativiti. Proses kreativiti yang menyeluruh dan berkesan

    dapat menjana perkembangan artistik yang mengagumkan. Menurut Light dan Barnes (2003),

    kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanak-kanak ini adalah semenjak kurun ke-

    19 lagi. Sehubungan dengan itu, artistik dapat didefinisikan sebagai sangat indah atau

    dikerjakan dengan perasaan kesenian (Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4). Tuntasnya,

    elemen artistik ini dapat diperkukuhkan dan diperbaiki oleh individu dari semasa ke semasa

    melalui proses pemerhatian dan kesedaran estetik. Perkembangan kreativiti dan artistik ini

    mempunyai perkaitan yang sangat rapat malah kedua-duanya saling berkait antara satu sama

    lain. Lumrahnya, kreativiti dapat dikatakan terjalin melalui penguasaan pelajar dalam pelbagai

    kemahiran kognitif disertai dengan perkembangan emosi yang sihat dan terkawal. Pemikiran

    kreatif ini merupakan satu kemanpuan untuk menjana kemungkinan baharu, mencipta

    gagasan idea atau pelbagai pengetahuan baru. Manakala manifestasi artistik pula merupakan

    perluahan kesenian yang menggambarkan penguasaan nilai-nilai keindahan yang disemai

    dan berjaya diserap dalam diri semasa sesi penerokaan. Gabungan perkembangan artistik

    dan kreativiti ini secara lansung dapat menghasilkan sebuah produk seni yang memiliki nilai

    estetika tinggi, bermutu serta mampu dipasarkan di pasaran global. Kemampuan ini

    merupakan satu kemampuan yang besifat individual dan mampu dijana melalui bantuan guru.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 26

    Kreativiti dan artistik ialah semangat atau nilai yang tidak boleh diajar tetapi boleh

    disemai dan dipupuk di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, guru-guru PSV bermatlamat

    dalam membantu para pelajar mengembangkan potensi kreativiti dan artistik melalui

    penyediaan bahan ransangan yang positif semasa sesi PdP. Guru bermatlamat dalam

    memberikan pelbagai ransangan positif kepada pelajar menerusi pelbagai cara yang mampu

    membantu memperkembangkan kreativiti dan artistik pelajar. Abdul Rahim (1999)

    mengatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang

    berbeza-beza. Kesan daripada itu, guru perlu bijak memainkan peranan dalam menyediakan

    bahan-bahan seperti bahan multimedia, medium interaktif, dan juga Bahan Bantu Mengajar

    (BBM) yang berkaitan dan menyeronokkan. Melalui cara ini, pemikiran kognitif pelajar akan

    bergerak untuk meminati subjek ini sekaligus dapat membantu perjalanan kreativiti yang

    memberansangkan. Malah, proses artistik yang menyeluruh dapat diaplikasikan oleh pelajar

    semasa sesi PdP. BBM yang mampu menjana pemikiran kreatif pelajar bertindak sebagai

    sebuah instrumen yang bakal memberikan sumber inspirasi menyeluruh. Misalnya, guru boleh

    bertindak menyediakan beberapa contoh hasil karya yang menarik dengan penyediaan

    beberapa teknik yang bersesuaian. Melalui pemerhatian terhadap contoh karya-karya ini,

    pelajar berpeluang untuk melebarkan sayap pengetahuannya dengan melakukan proses

    imitasi iaitu peniruan bagi proses permulaan menjana kreativitinya. Dalam pada masa yang

    sama, pelajar akan mencuba untuk mengaplikasikan nilai-nilai artistik di dalam karya.

    Guru juga berperanan dalam memupuk minat para pelajar bagi memberikan fokus

    dan komitmen yang optimum semasa PdP dijalankan. Hal ini kerana, menurut fakta yang

    dikeluarkan oleh sebuah artikel Majalah Pa&Ma (2015), minda kanak-kanak dapat

    memberikan fokus yang maksimum hanya selama lima minit sahaja. Oleh hal yang

    sedemikian, dalam usaha menarik minat yang maksimum dalam kalangan pelajar dan fokus

    yang menyeluruh, guru-guru perlu menyediakan satu sesi pembelajaran yang kondusif dan

    selesa. Hal ini demikian kerana, dalam memperkembangkan kreativiti dan artistik kanak-

    kanak, persekitaran sosial merupakan antara aspek yang perlu dititik beratkan kerana

    berpengaruh besar dalam menawarkan penjalinan kreativiti dan juga artistik. Slavin (1997),

    juga berpendapat bahawa perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana

    individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berubah

    melalui peredaran masa. Hal ini bermakna, persekitaran merupakan satu mekanisma yang

    perlu sentiasa dijaga dan dipantau oleh guru-guru PSV. Antara usaha yang dapat

    dilaksanakan ialah dengan mengadakan sebuah bilik seni visual yang bersifat kondusif,

    lengkap, dan mampu meransang minda pelajar. Guru-guru juga perlu sentiasa cakna akan

    setiap keperluan dan perkembangan pelajar kerana setiap pelajar memiliki tahap

    perkembangan yang berbeza-beza dan bergantung kepada diri masing-masing. Jadi, peranan

    guru penting bagi memastikan ke semua pelajar mampu mencapai tahap yang disasarkan.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 27

    Bersangkutan dengan perihal persekitaran, guru juga berperanan dalam merancang

    aktiviti pembelajaran luar bilik darjah dengan mengadakan lawatan atau aktiviti-aktiviti di

    tempat yang berkaitan dengan topik dan tema pembelajaran yang dirancang. Aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran di luar kelas dapat memberikan banyak input dan pengalaman

    baru yang berfungsi dalam menjana perkembangan kreativiti dan artistik yang ada dalam diri

    pelajar. Melalui aktiviti yang dijalankan ini, pelajar berpeluang untuk menerokai pelbagai

    situasi dan pengalaman baharu dan dapat menyerap segala nilai-nilai kesenian yang ada

    pada persekitaran sosial dan mengintegrasikan ke semua aspek ini semasa sesi amali yang

    diadakan. Pelajar yang berjaya menguasai dan mengadaptasikan pengalaman persekitaran

    sosial ini berupaya untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan

    kreativiti dan artistik yang dihadapinya. Melalui cara ini, guru bukan sahaja dapat menjana

    persepsi estetik pelajar malah aspek kognitif, emosi, sosial dan juga jasmani dapat dijalankan

    serentak. Menurut Gardner (1993), aktiviti lawatan, sains, penerokaan dan muzium

    menawarkan kanak-kanak peluang untuk meransang kreativitinya. Guru perlu bersikap kreatif

    dalam melaksanakan setiap perancangan dan strategi yang dirancang agar murid dapat

    menyerap masuk ilmu dan arahan yang ingin disampaikan dengan baik. Malah, guru yang

    berhasil mendidik pelajar menjadi kreatif bakal melahirkan lebih ramai generasi yang mampu

    melaksanakan inovasi dan perubahan. Nilai artistik pula dapat membantu memperbaiki

    persepsi tampak pelajar dalam menyelesaikan permasalahan hariannya dengan efektif.

    Tambahan pula, guru juga boleh mengaplikasikan teori Behaviorisme milik Skinner

    dengan memberikan sebarang bentuk pengukuhan positif atau ganjaran kepada para

    pelajar sebagai balasan atau upah di atas prestasi yang ditunjukkan semasa PdP

    berlansung. Ganjaran yang diberikan ini bakal meransang emosi pelajar dalam memberikan

    komitmen terbaik. Pemupukan komitmen ini secara komprehensifnya dapat membantu guru

    dan pelajar dalam memberikan penumpuan terhadap objektif yang ingin disampaikan.

    Perlakuan pelajar harus terus diperhatikan supaya pengukuhan positif yang diberikan kepada

    mana-mana pelajar kelak bersifat adil. Pemberian ganjaran ini akan menyebabkan pelajar

    yang masih belum menguasai perkembangan kreativiti dan perluahan artistik akan

    bersemangat untuk sentiasa memperbaiki kedua-dua elemen ini untuk mendapatkan ganjaran

    seperti rakannya yang lain. Pengukuhan ini tidak hanya tertakluk kepada bahan materialistik

    seperti hadiah dan wang sahaja, malah, pengukuhan dalam bentuk lisan seperti pujian juga

    dapat meransang pelbagai nilai positif dalam diri pelajar. Sebagai contoh, apabila pelajar

    mengemukakan beberapa soalan dengan baik, guru bertindak dalam memuji dan

    memberikan pengkhususan tepukan kepada pelajar tersebut. Kesannya, pada masa akan

    datang, pelajar ini akan lebih cenderung untuk mengemukakan lebih banyak persoalan

    berkaitan dengan topik PdP yang sedang dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

    pengukuhan positif merupakan salah satu usaha yang dapat dilakukan guru sewaktu PdP.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 28

    Seterusnya, dalam menghidupkan sebuah persekitaran yang memberansangkan bagi

    pelajar, guru juga berperanan dalam menghapus batasan komunikasi yang wujud antara

    mereka. Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak merupakan insan yang gemar meneroka.

    Guru perlu menggalakkan interaksi antara pelajar dengan memaksimumkan komunikasi dari

    aspek pemberian arahan yang jelas serta persoalan-persoalan yang dapat meransang minda

    kreatif pelajar untuk menghapus batasan komunikasi yang ada terutamanya bagi pelajar yang

    suka mendiamkan diri. Sikap keterasingan individu yang kerap mendiamkan diri ini

    sebenarnya dapat diubah dengan menjalankan interaksi selesa dan komunikasi mudah

    bersama-sama. Kesan daripada itu, pelajar akan sedikit demi sedikit bergerak aktif dalam

    mengajukan beberapa persoalan. Malah, persoalan yang diajukan inilah yang menjadikan

    penghubung dalam penjanaan kreativiti dan nilai artistik dalam penghasilan sesebuah karya

    lukisan. Malu bertanya, sesat jalan, pepatah ini merupakan satu slogan yang

    menggambarkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian. Galakan interaksi dan

    komunikasi yang berlaku sama ada antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar

    dapat membantu pelajar dalam mencerna pelbagai idea baharu untuk menghasilkan karya

    dengan lebih lancar. Dengan adanya jalinan komunikasi ini, guru akan lebih mudah untuk

    mengenalpasti bakat yang ada dalam diri pelajarnya. Menurut Confessore (1991), kejayaan

    sesuatu kerjaya adalah berdasarkan kepada bakat dan kebolehan untuk mengaplikasikannya.

    Justeru, gabungan nilai kreativiti dan artistik yang diselangi dengan bakat bakal membuahkan

    sebuah kejayaan yang menyeluruh dalam setiap perkara.

    Guru juga bermatlamat dalam mengadakan sesi PdP yang tersusun dan terancang

    dengan penerapan konsep 5P kepada para pelajar. Konsep 5P merupakan aspek yang

    penting dalam PdP kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam

    ransangan, menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan

    kebosanan dalam kalangan pelajar. Kebosanan merupakan faktor utama yang menyekat

    perkembangan kreativiti dan artistik semasa sesi PdP. Oleh itu, Konsep 5P yang terdiri

    daripada lima proses iaitu penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahun,

    penerapan nilai, pemulihan dan pengayaan ini perlu digarap guru ke dalam sesi PdP agar

    proses pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik dan tersusun rapi. E. Paul Torrance (2002)

    telah menjelaskan dan mengelaskan tujuh perkara yang sangat penting dalam proses

    kreativiti sesorang. Tujuh perkara seperti penyoalan, penemuan, pemerhatian, percubaan,

    penerokaan, memanipulasi dan aktiviti atau permainan ini dapat diaplikasikan di dalam

    konsep 5P. Pengintegrasian antara teori kreativiti Torrance di dalam konsep 5P jelas

    menawarkan beberapa kaedah berkesan yang dapat digabungjalinkan bersama-sama.

    Sebagai contoh, dalam konsep penggabungjalinan serta pengayaan, guru dapat menjalankan

    kaedah penyoalan dan juga aktiviti yang dapat meransang minda kreatif dan nilai artistik yang

    menyeluruh dalam kalangan pelajar.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 29

    Selain itu, guru PSV di sekolah bertanggungjawab dalam membekalkan pelbagai

    pengalaman baharu kepada anak didiknya. Pengalaman baharu yang dimaksudkan ini

    merupakan satu pendedahan berkaitan topik-topik atau tema yang terdapat dalam Kurikulum

    PSV. Segala topik yang terkandung di dalamnya membekalkan pelbagai pengamalan dan

    ilmu kesenian yang cukup bertepatan dengan peredaran semasa. Ironinya, setiap aktiviti

    amali yang dijalankan di dalam kelas bukan hanya bertujuan untuk memupuk sikap

    kerjasama, mengasah kreativiti artistik, menajamkan persepsi tetapi membekalkan

    pengalaman-pengalaman baru yang dapat memperbaiki pergerakan motor halus pelajar serta

    membantu pelajar supaya lebih mendekati alam lebih-lebih lagi bagi pelajar yang sedang

    meningkat remaja. Pelajar golongan umur 10-15 tahun pastinya sudah mempunyai

    pengetahuan optimum berkaitan seni dan mereka cenderung untuk mencipta bentuk dengan

    lebih baik. Oleh hal yang demikian penyediaan pelbagai pengalaman baharu ini, dilihat jelas

    dapat membantu kematangan proses kreativiti dan perkembangan artistik yang bersepadu.

    Lowenfeld dan Lambert (1965) mengatakan bahawa, peringkat ini merupakan peringkat yang

    paling konflik dan genting kerana berlakunya persaingan. Hal ini demikian kerana, pelajar

    yang lemah dalam PSV akan mengalami tekanan untuk memilih bidang ini sebagai bidang

    utama dalam proses pembesaran mereka. Oleh itu, penyediaan pelbagai pengalaman

    kesenian dan bimbingan yang benar dapat menjana pemupukan minat, persepsi artistik serta

    kreativiti pelajar dapat dihidupkan dan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk meneroka.

    Pemupukan sifat kecintaan terhadap nilai seni dan estetika juga merupakan

    antara usaha yang dapat dilakukan guru dalam memperkembangkan kematangan kreativiti

    dan nilai artistik dalam kalangan pelajar. Tak kenal, maka tak cinta. Peribahasa ini membawa

    pengertian bahawa dalam pemupukan sifat kecintaan terhadap sesuatu perkara, kita terlebih

    dahulu perlu mengetahui dan mengenali latar belakang atau asal usul kejadiannya. Meneliti

    dalam konteks PSV pula, pemupukan sifat kecintaan ini dapat dilaksanakan melalui

    pembabitan aspek yang menjadi perhatian dan tumpuan pelajar masa kini. Sebagai contoh,

    guru boleh menjalankan aktiviti menghasilkan lukisan animasi kegemaran pelajar dalam

    bidang pertama iaitu menggambar. Pendekatan sebegini bukan hanya dapat menarik

    perhatian pelajar, malah dapat memupuk nilai kesenian dan kesedaran estetika sewaktu sesi

    PdP berjalan. Rasa cinta ini akan wujud dengan sendirinya dan berkembang di dalam diri

    pelajar secara berperingkat-peringkat. Malah pemupukan sifat ini mungkin menimbulkan

    perbezaan dalam diri individu berdasarkan faktor seperti persekitaran, bimbingan berterusan

    keluarga atau latar belakang pendidikan. Justeru, proses-proses seperti melukis, melakar,

    dan mewarna watak animasi kegemaran dapat menjana minat yang menghasilkan daya

    kreativiti dan perkembangan artistik dalam kalangan pelajar. Laura Chapman (1978),

    menerangkan bahawa melalui proses-proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan

    berkembang. Oleh itu, proses membentuk kreativiti dalam dirinya akan terbina dengan baik.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 30

    Seterusnya, guru-guru juga boleh bertindak menyediakan pelbagai kemahiran

    fleksibel bagi membantu perkembangan artistik dan kreativiti pelajar. Penyerapan pelbagai

    kemahiran fleksibel ini dapat membangunkan keupayaan pelajar supaya menjadi lebih kreatif

    dan dapat memperkayakan pengalaman artistik dalam kehidupan mereka. Tujuan utama

    dalam memperkenalkan kemahiran fleksibel ini adalah untuk menyediakan modal insan

    pelajar yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan dan permasalahan yang tidak

    dapat diduga. Negara masa kini memerlukan individu yang boleh menyesuaikan diri, bersikap

    inovatif, boleh menyelesaikan masalah, dan boleh berkomunikasi dengan baik. Kemahiran

    fleksibel yang dimaksudkan ini antaranya ialah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,

    kemahiran motor halus, kemahiran menyesuaikan diri serta berkeyakinan tinggi dalam segala

    situasi. Pelajar dapat dilatih melalui situasi-situasi yang memberikan tekanan kepadanya

    seperti sesi refleksi karya dengan tujuan khusus membantu mempertingkatkan tahap

    keyakinan diri. Hal ini bertepatan dengan teori perkembangan kreativiti Fisher (1943), yang

    menyatakan bahawa kanak-kanak perlu digesa untuk memberikan pendapat dan komen

    terhadap apa yang dilalui sebagai satu refleksi diri. Sifat takut dan kurang keyakinan diri yang

    ada pada diri pelajar merupakan antara faktor yang menghalang kreativiti daripada terus

    berkembang. Melalui contoh yang diutarakan ini guru boleh membantu pelajar

    memperkembangkan kreativiti dan artistiknya melalui pembinaan keyakinan diri.

    Dalam aspek kehidupan pula, guru boleh mengaitkan perkaitan seni dan

    kepentingannya bagi kehidupan akan datang melalui penyerapan nilai-nilai dan norma

    masyarakat sekeliling. Umumnya, kreativiti dan artistik ini dijana bagi menyediakan golongan

    generasi yang mampu berinovasi, mencipta kelainan dan menyelesaikan masalah dengan

    mudah. Oleh itu, guru berperanan dalam memberikan gambaran kepada pelajar mengenai

    kehidupan dan norma yang bakal ditempuhinya pada masa akan datang dengan

    memperkaitkan kepentingan seni dengan penjanaan kematangan kreativiti dan artistik yang

    menyeluruh dalam menghadapinya kelak. Perkaitan ini juga dapat ditonjolkan melalui tema-

    tema kebudayaan yang telah termaktub di dalam enakmen kurikulum PSV. Oleh itu, semasa

    sesi PdP berlansung guru perlu bijak dalam menerapkan kepentingan setiap aktiviti yang

    dijalankan berpandukan kepada isu semasa atau masalah yang akan dihadapi oleh

    pelajarnya. Melalui cara ini, para pelajar akan lebih cakna dan membuka minda dalam

    memperkembangkan kreativiti dan artistik ke tahap yang diperlukan semasa. Kesan daripada

    pengetahuan yang diterima melalui guru, pelajar akan sentiasa berusaha untuk

    mengaplikasikan setiap ilmu dan aktiviti yang telah dijalankan ke dalam kehidupan

    sehariannya. Perkara ini menjadi lebih baik jika pelajar berjaya mengadaptasikan daya

    kreativiti dan artistik yang telah dipelajarinya di sekolah dalam menyelesaikan sebarang

    permasalahan. Justeru, sikap guru dalam menguruskan sesi PdP yang berkesan merupakan

    elemen penting dalam mencapai objektif yang telah disasarkan.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 31

    KESIMPULAN

    Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) semangnya tidak dapat disangkal

    lagi. PSV bukan sekadar menyediakan keperluan dalam meningkatkan kematangan daya

    kreativiti dan artistik pelajar malahan mampu memberikan sumbangan yang menyeluruh

    dalam pembangunan negara dengan menghasilkan lebih ramai tenaga professional yang

    mampu berinovasi dengan baik. Kelahiran lebih ramai guru-guru PSV yang mempunyai bakat

    serta besikap efektif, proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan

    lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Keterampilan,

    kewibawaan dan komitmen guru dalam merancang, mengurus, melaksana, menilai dan

    membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran merupakan

    langkah-langkah yang menyumbang ke arah kecemerlangan sejagat. Malah, sebagai seorang

    guru, kita perlulah peka dengan kemajuan dan kehendak yang diperlukan oleh seseorang

    pelajar agar dapat mencungkil bakat dan kehendak mereka untuk menghasilkan sebuah

    pemikiran kreatif dan artistik semasa dan juga selepas sesi pembelajaran. Guru perlu lebih

    kreatif dalam mendekatkan diri dengan pelajar agar mereka dapat mengembangkan dan

    mengasah kematangan kreativiti dan persepsi artistik dengan lebih baik dan berkesan.

    Tambahan pula, artistik dan pemikiran kreatif pelajar lazimnya, banyak dipengaruhi oleh

    persekitaran dan pembudayaan sosial yang dihadapinya. Oleh itu, perbadanan sosialis

    termasuklah guru, keluarga dan komuniti setempat dipertanggungjawabkan dalam

    memberikan perspektif positif dan persekitaran yang memberansangkan kepada dunia

    pembelajaran pelajar dalam menjana modal insan kelas pertama kelak.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 32

    RUJUKAN

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 33

    RUJUKAN

    Abdul Rahim Abd Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam: Fajar

    Bakti Sdn Bhd.

    Abdul Shukor Hashim. (2011). Perkembangan Seni kanak-kanak. Selangor, Meteor

    Sdn Bhd.

    Cikgu Jahani. (2013). Perkembangan Kurikulum PSV di Malaysia. Diakses pada 20 Mac,

    2015, daripada: http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

    Creative Partnerships. (2005) First Findings: Policy, Practice and Progress: A Review of

    Creative Learning 2002-2004. Creative Partnerships, Arts Council England

    Faez fahmi. (2012). Teori Perkembangan kreativiti Paul Torrence. Diakses pada 25 Februari,

    2015, daripada: http://uchihamadara5321.blogspot.com/2012/01/teori-perkembangan

    -kreativiti-paul.html

    Hasnita PAMA. (2015). Tingkatkan Daya Fokus Anak. Diakses pada 20 Mac, 2015, daripada:

    http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/perkembangan/tingkatkan-daya-fokus

    anak-1.372737 (Majalah Pa&Ma)

    Hj Zulkiply Hj Yaakob. (2012). Pengenalan kepada perkembangan kreativiti. Diakses pada 20

    Mac, 2015, daripada: http://zulprasekolah.blogspot.com/2012/03/pra3106.html

    Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan

    Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim,

    UPSI.

    i.N.I B.L.o.g K.a.M.i. (t.t). Teori Pembelajaran Sosial. Diakses pada 25 Februari, 2015,

    daripada: http://daniraipgm.blogspot.com/p/teori-pembelajaran-sosial.html

    June King McFee. (1970). Preparation for Art. Wadsworth Pub. Co. Belmont, Calif.

    Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala

    Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 34

    Muhamad Tamyez Bajuri. (1996). The Usage of Group Brainstorming for Designers to

    Generate New Ideas. Jurnal Perintis Pendidikan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

    UiTM. 16(1): 51-58 (ISSN 012-5822, KDN 0955/83)

    Pfeiffer & Jarosewich. (2003). Gifted Rating Scales (GRS-S). Diakses pada 25 Februari, 2015

    daripada; http://www.pearsonpsychcorp.com.au

    Siti hayati. (2009). Meneliti Kurikulum Pendidikan Seni Visual dari Kontaks Sosial. Diakses

    pada 20 Mac, 2015, daripada: http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/

    meneliti-kurikulum-pendidikan-seni-dari.html

    Siti hayati. (2009). Pendidikan Seni dalam Pendidikan Sosial. Diakses pada 20 Mac, 2015,

    daripada: http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/pendidikan-seni-dalam-

    pendidikan-sosial.html

    Tanleon. (2009). Kreativiti?. Diakses pada 25 Februari, 2015, daripada: http://tanleon-

    ssl2012.blogspot.com/

    Wan Mohd Affendy. (2013). Pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak. Diakses pada 20 Mac,

    2015, daripada: http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/pemikiran-kreatif-di-

    kalangan-kanak.html

    Wan Mohd Affendy. (2013). Perkembangan Artisitik kanak-kanak. Diakses pada 20 Mac,

    2015, daripada: http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perkembangan-

    artistik-kanak-kanak.html

  • KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK (PSV3033)

    MUKA SURAT | 35

    LAMPIRAN