kpf individu

12
1 SEMESTER 2 KRD 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TAJUK INDIVIDU B2 (CYBERJAYA) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHD JAZID BIN IMAN PPG/BM/01/00568/2012/2/KIC 019 3317371 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH TARIKH SERAH: 1 Disember 2012 Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti setempat. Bincangkan bagaimanakah sekolah di tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Upload: jazid-iman

Post on 03-Jul-2015

81 views

Category:

Education


17 download

DESCRIPTION

asingment

TRANSCRIPT

1

SEMESTER 2

KRD 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIA :

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

INDIVIDU

B2 (CYBERJAYA)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

MOHD JAZID BIN IMAN PPG/BM/01/00568/2012/2/KIC 019 3317371

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH

TARIKH SERAH: 1 Disember 2012

Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti

setempat. Bincangkan bagaimanakah sekolah di tempat anda

mengajar dapat melibatkan komuniti setempat dalam

membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di

kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2

Isi kandungan

Perkara Muka surat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Peranan Komuniti 2

3.0 Penutup 8

Rujukan 10

Lampiran

1. Forum

3

BAHAGIAN B : TUGASAN INDIVIDU

1.0 Pendahuluan

Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan

yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu

memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Justeru itu, penyediaan individu sebagai

tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan. Hal ini kerana, pendidikan boleh menjelaskan

keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan

sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima oleh seseorang itu. Lemah dalam pendidikan

akan mendorong individu untuk hidup dalam kemiskinan berbanding dengan individu yang

mempunyai kemahiran literasi yang tinggi dalam pendidikan. Pelajar dari keluarga yang

berpendapatan yang rendah didapati lebih cenderung untuk gagal atau bermasalah di sekolah

berbanding dengan pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi atau baik. Pelajar

ini juga cenderung untuk terlibat dalam tingkahlaku devian serta mempamerkan kualiti hidup yang

rendah. Jelasnya, pendidikan berupaya mempengaruhi kualiti hidup. Hal ini terbukti apabila

diselidiki daripada keputusan peperiksaan pelajar, pengukuran kognitif pelajar, serta pasaran buruh

selepas tamat persekolahan.

Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya

maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikan Malaysia

sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan

mempunyai keperibadian sendiri. Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat

Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang

memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera,

doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua

golongan ini secara bersepadu menggembeleng fikiran, tenaga dan usaha untuk membangunkan

Malaysia menjadi sebuah negara maju.

4

2.0 Peranan Komuniti

Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan

positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam

sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Seperti yang sedia

maklum, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan sekolah

tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu

menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu,

sekolah juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang

perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam

Matlamat Pendidikan Negara.

Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk memupuk

kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka,

di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara

sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,

pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai

kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk

dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum.

Selain ibu bapa, pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di sekolah.

Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang

mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada satu simbiosis dan

sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. Dalam komuniti, masyarakat mempunyai

kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta

hormat-menghormati. Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak-

kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti juga boleh menpengaruhi pembelajaran

kanak–kanak.

Pembangunan pelajar dan kecemerlangan sesebuah institusi sekolah tidak seharusnya sepenuhnya

bergantung kepada faktor dalaman itu sendiri, di mana segala perhatian beralih kepada guru dalam

5

menggalas tanggungjawab ini. Namun, Komuniti turut memainkan peranan yang penting dalam

menyumbang kepada pembangunan pelajar. Dewasa ini, ramai yang sering menyalahkan pihak

sekolah seratus peratus jika terdapat sebarang kesulitan atau masalah yang melibatkan

pembangunan dan kecemerlangan pelajar sekolah. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa

dengan kurangnya penglibatan secara menyeluruh daripada masyarakat luar, ibu-bapa, dan dunia

korporat, ini secara tidak langsung akan turut memberikan kesan kepada pembangunan pelajar pada

masa kini. Ada yang mengatakan bahawa komuniti sukar terlibat secara langsung dalam

pembangunan pelajar di sebabkan oleh kekangan-kekangan tertentu seperti masa, dan sistem

pentadbiran sekolah yang tidak aktif dalam melibatkan penyertaan komuniti luar.

Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam

aktiviti yang dijalan oleh sekolah kerana anak mereka sendiri merupakan murid sekolah tersebut.

Dengan penglibatan mereka, secara tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak

mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Sokongan yang diberikan akan

meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berjaya. Penjagaan kanak – kanak dengan kualiti yang

baik akan merangsang perkembangan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah seperti Hari Potensi, Kejohanan Sukan Tahunan dan

program-program lain dianjurkan, akan memberi ruang untuk kanak-kanak mula untuk belajar

bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti setempat seperti yang ditekankan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Lebih banyak hubungan berlaku dalam minda kanak-

kanak, lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak-kanak terus diransang dan didedahkan kepada

pengalaman-pengalaman pembelajaran yang banyak. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran

sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Ini kerana mereka

mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan kepercayaan yang

sama dan selesa untuk melakukan bersama.

Selain itu, semasa bersosial dengan komuniti, berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak

langsung yang juga ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pergaulan kanak-kanak

dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan berkomunikasi lebih awal kerana terdapat

rangsangan luar yang positif. Lebih banyak dan kerap kanak – kanak dirangsang, maka akan

bertambah jaringan neuron dalam otaknya. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap, akhirnya

ia akan menjadi hubungan yang kekal. Oleh itu, adalah penting kanak – kanak diberikan ransangan

6

positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal. Malah kanak – kanak

yang mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi.

Misalnya, Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara

tahunan. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa dan komuniti akan berganding bahu untuk

menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama,

sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan

mereka untuk memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. Untuk

melihat kejayaan murid – murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis

dengan komitmen mereka untuk memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan.

Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum prasekolah, komuniti juga secara tidak langsung

menjadi pembantu kepada guru kanak – kanak. Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas

akan dipecahkan mengikut bahagian masing – masing. Dalam pada itu, mereka juga akan

berinteraksi dengan kanak – kanak untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang

terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor.

Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak.

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA

untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang

dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang

kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat

dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak

dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah

untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau

pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik.

Begitu juga halnya dengan aktiviti seperti Kejohanan Sukan Tahunan, pastinya wakil-wakil dari

pihak Pejabat Pelajaran akan dijemput untuk merasmikannya, Badan-badan bukan kerajaan seperti

Syarikat Nestle, dan sebagainya akan turut serta memeriahkan lagi Kejohanan tersebut. Ini dengan

jelas akan memberi impak yang besar terhadap pembentukan sahsiah murid dalam perkembangan

dan pembangunan diri mereka.

7

Selain itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga terlibat dalam

perkembangan kanak-kanak iaitu dengan kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Melalui TASKA, program yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar,

bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ibu bapa merupakan

salah satu sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama yang masih kecil. Oleh itu, dengan

pelaksanaan program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang peranan

ibubapa dalam perkembangan kanak-kanak kepada golongan ini, ia dapat mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan baik.

Selain itu, Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-

Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk

menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang

kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pada usia tiga hingga

enam tahun adalah masa bermain bagi kanak-kanak dan masa belajar pada lingkungan umur ini

bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas). Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep

memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya

diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis).

Badan bukan kerajaan juga melibatkan diri dalam perkembangan awal kanak-kanak. Badan bukan

kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah menganjurkan bengkel keibupaan. Bengkel

yang diadakan dengan bertujuan mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi, memandikan dan

menyusu badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Bengkel seperti ini bukan hanya hanya

informatif dan berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan interaktif dan paling penting

mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi

mereka melalui cara-cara urutan, penyusuan dan mandian yang betul. Rangsangan yang betul

terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi perkembangan intelek mereka berkaitan

dengan maklumat sentuhan.

Selain itu, badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud

di Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr.

Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah

bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan

adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat

8

dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walaupun tanpa ibu bapa. Stimulasi

yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital

bagi perkembangan bakat kanak-kanak.

Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk mendepani kehidupan

sebenar adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki oleh mereka dan

kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Kanak-kanak memerlukan ibu

bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka.

Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti

dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. Oleh itu, ransangan yang sesuai mengikut perkembangan

kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,

meningkatkan kebolehan, melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan

penorakaan terhadap alam sekeliling.

Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak

kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan

mereka yang merupakan aset penting negara. Oleh itu, ibu bapa dan komuniti perlu sedar akan

peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan

mendidiknya secara pragmatik pada peringkat awal pembesaran mereka.

Secara keseluruhannya, ingin dikupas mengenai apakah kepentingan perkongsian di antara sekolah

dan komuniti serta apakah bentuk-bentuk cabaran yang ada dalam mewujudkan perkongsian dalam

pendidikan pada zaman ini bagi memastikan pembangunan pendidikan sejagat yang melibatkan

semua pihak. Perkongsian diantara sekolah dan komuniti merupakan satu idaman seluruh warga di

sesebuah negara. Kita tahu bahawa sekolah merupakan institusi terpenting dalam sesebuah negara

untuk menghasilkan demografi yang positif. Contohnya masalah sosial pelajar-pelajar pada hari ini.

Guru mengharapkan komuniti berganding bahu kerana mereka tidak mampu menanganinya.

Komuniti pula menyalahkan guru-guru kerana pada pendapat mereka hanya guru-guru yang mampu

mengubah pelajar. Maka dalam perdebatan yang tidak berkesudahan ini, apa yang terjadi ialah

gejala sosial tersebut terus membesar.

Sikap komuniti yang menyerah bulat-bulat tugasan mendidik kepada guru-guru menyebabkan

masalah ini seperti tiada kesudahan. Bila bercakap berhubung soal pendidikan formal, benar, guru-

9

guru bertanggungjkawab untuk memberi ilmu yang secukupnya kepada pelajar. Tapi perlu diingat,

Falsafah Pendidikan Negara yang perlu dipikul oleh guru-guru ialah membentuk pelajar yang

berketrampilan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.

Membangun intelektual pelajar boleh dilaksanakan oleh guru kerana ia mampu diukur begitu juga

dengan jasmani mereka. Tetapi amat sukar untuk membentuk emosi dan rohani pelajar secara

bersendirian oleh para guru. Emosi dan rohani melibatkan latihan sebelum mereka menjejakkan

kaki ke bangku persekolahan lagi.

Contohnya, membuang sampah. Hal ini membabitkan emosi dan rohani. Sehingga kini kita dapat

melihat para pelajar membuang sampah keluar dari tingkap bas sekolah yang berwarna kuning.

Mengapa amat sukar untuk pelajar-pelajar ini memahami bahawa membuang sampah merata-rata

adalah satu sifat negatif. Salah siapa? Tetapi jika komuniti semuanya menunjukkan teladan yang

baik, maka anak-anak kita juga akan mengikut teladan yang baik.

Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan oleh komuniti untuk membantu pihak sekolah.

Mereka tidak perlu melibatkan diri dengan pihak sekolah secara langsung tetapi boleh menyumbang

melalui kaedah mendidik emosi dan rohani anak-anak dirumah secara tidak langsung. Menunjukkan

contoh yang sebenar bagaimana tindakan sebagai seorang manusia yang murni dan mulia.

Komuniti kita bertanggungjawab untuk membantu pihak sekolah mendidik anak-anak kita. Apa

yang perlu dibantu ialah menunjuk contoh teladan yang baik. Cabaran yang dihadapi kini ialah

bagaimana hendak membentuk permuafakatan komuniti secara total. Komuniti yang ingin terlibat

terlalu sedikit berbanding mereka yang mengambil sikap lepas tangan. Keengganan mereka

mungkin disebabkan oleh sikap yang mengatakan bahawa jangan campur tangan dalam hal anak

orang lain. Jika begitu sebabnya, maka mengapa tidak mengambil tahu hal anak sendiri.

Masalahnya, mereka merasakan bahawa anak mereka tidak bermasalah. Mereka mengambil sikap

mudah bahawa anak mereka adalah anak yang baik. Contohnya mereka yang memakaikan anak

perempuan mereka dengan tudung. Pada pendapat mereka, apabila anak mereka bertudung, maka

secara automatik anak mereka menjadi baik. Tetapi, apa yang dilihat, ramai anak gadis yang

bermasalah pada hari ini terdiri dari gadis bertudung.

10

Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu

sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedarkan tenaga kerja yang terlatih

dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan

ekonomi negara. Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal,

diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya.

Semua ibu bapa yang membentuk komuniti ini perlu mengambil berat soal siapa anak mereka. Jika

tidak mahu masuk campur dalam membentuk anak orang lain, sekurang-kurangnya bentuk lah anak

sendiri. Jangan disangka air yang tenang, tiada buaya.

3.0 Penutup

Sebagai kesimpulan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti

kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan

mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan

membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati

kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak

sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber

ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang

mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan

fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah

pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam

pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian

awal harus tertumpu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling

berharga kerana pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak.

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

Generasi-generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan yang amat

bernilai untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah

dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke

arah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah pasti

remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan “Satu

11

Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan menentukan

masa hadapan negara.

Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif. Remaja yang

berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir dan menyumbang

kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “

Satu Malaysia” remaja seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian

antara kaum.

Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan kerjasama sekolah

itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai

aur dengan tebing.

( 2 592 patah perkataan)

12

RUJUKAN

Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang:

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Annick M. Brennen (1999). Philosophy of Education. Extension Center School of Education

Northern Caribbean University.

Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan, diambil pada 7 September, 2010, from

http:// .com/

Dr. Tajul Ariffin bin Noordin dan Dr. Aini bte Dan (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala

Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: percetakan

Seasons Sdn. Bhd

Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Multimedia Marketing

Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) Pengajaran kemahiran bahasa Melayu Kementerian

Pelajaran Malaysia

Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti. UTM

Skudai: Penerbit UTM Press.