kompetensi dalam bahasa melayu-hbml4403

42
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011 KOD KURSUS HBML 4403 TAJUK KURSUS KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU NAMA : RUZINA AMRUN NO. KAD PENGENALAN : 690824-10-5392 NO. MATRIKULASI : 690824105392002 NO. TELEFON : 0142693079 E-MEL : [email protected] RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 1

Upload: ahmad-nazri

Post on 04-Jan-2016

519 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

KOD KURSUSHBML 4403

TAJUK KURSUS KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NAMA : RUZINA AMRUN

NO. KAD PENGENALAN : 690824-10-5392

NO. MATRIKULASI : 690824105392002

NO. TELEFON : 0142693079

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

PPT BANGISELANGOR

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 1

Page 2: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya dapat juga

saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tidak banyak masalah yang dihadapi. Dengan

berakhirnya tugasan saya ini, maka selesailah satu tugas yang dipikul di bahu saya. Saya

mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam membantu secara langsung mahupun

tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan saya yang

menyalurkan buah fikiran dan idea serta berkongsi maklumat dalam proses menyiapkan segera

mungkin kerja kursus ini.

Selain itu, jika tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, Puan Zaleha bt Fadzil ,

kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Walaupun terdapat

pelbagai kekangan dalam menyiapkan tugasan ini, alhamdullillah saya mampu manghadapinya

dengan baik.

Di samping itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah

banyak membantu saya dalam proses mencari maklumat yang berkaitan kerja kursus ini. Kerjasama

dan nasihat mereka semasa saya menjalankan kerja ini sedikit sebanyak telah membantu

memudahkan kerja saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa menceriakan saya

sewaktu saya menghadapi tekanan dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pertolongan yang telah

diberikan. Moga dengan jasa baik yang telah mereka curahkan akan mendapat ganjaran dari Allah

S.W.T kelak.

Sekian.terima kasih. Wassalam.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 2

Page 3: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN 2

1.0 PENDAHULUAN 4

1.1 Pengenalan 4

1.2 Konsep Pengucapan Awam. 5

1.3 Prinsip-Prinsip Penting . 6

1.4 Tujuan pengucapan awam. 7

2.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGUCAPAN AWAM 92.1 Pengucap ( Speaker ) 9

2.1.1 Ciri-ciri imej pengucap. 92.2 Mesej 112.3 Saluran 112.4 Pendengar ( Audien ) 112.5 Maklum balas. 112.6 Gangguan. 122.7 Etika dalam pengucapan awam. 122.8 Kewibawaan penceramah. 122.9 Situasi 132.10 Tajuk / topik 132.11 Menjana Idea. 142.12 Memilih topik / tajuk. 142.13 Setting 14

3.0 PERSEDIAAN AWAL DAN PERSEMBAHAN PENGUCAPAN AWAM 153.1 Persediaan awal sebelum berucap. 15

3.1.1 Bahan. 153.1.2 Alat pandang-dengar 16

3.1.3 Penyelidikan 173.1.4 Golongan audiens . 183.1.5 Berlatih berucap. 193.1.6 Masa 20

3.2 Penyampaian. 213.2.1 Permulaan. 21

▪ Bahagian pertengahan / Isi. 223.2.2.1 Retorik. 223.2.2.2 Jenaka Kecil ( Humor ) 24

3.3 Penutup.

4.0 PENUTUP 274.1 Rumusan. 27

◦ BIBLIOGRAFI 29

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 3

Page 4: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

Pengucapan awam atau berucap di khalayak adalah satu kaedah penyebaran

maklumat yang telah lama digunakan secara meluas bagi mengubah pemikiran, sikap dan tingkah

laku anggota masyarakat. Ia merupakan salah satu ciri bagi melahirkan komunikasi yang berkesan

apabila maklumat yang ingin disalurkan adalah tepat dan difahami oleh orang yang mendengar.

Oleh sebab itu, penekanan terhadap penggunaan bahasa yang tepat dan betul amat dititik beratkan.

Secara holistiknya, bentuk pengucapan awam dapat dikategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya

bentuk pidato, syarahan, ucapan, ceramah, atau pun taklimat.

Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum

atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat

menguasainya.Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh

makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).

Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan

memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat

atau syarahan.

Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang

baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk

membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin .Latihan yang kerap seperti

berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan

kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang

sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat

diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat.Pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan

teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa yang akan mendengar ucapan terbabit bagi

memastikan pendengar dapat menerima mesej dengan jelas.

Teks pengucapan awam merupakan salah satu daripada bahasa dalam komunikasi

bertulis. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara

yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan boleh didapati dalam majlis-

majlis perasmian,perhimpunan,perkahwinan,keraian,ulang tahun dan banyak lagi.Oleh itu,

kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu majlis yang diadakan itu. Sebagai

contoh, kandungan ucapan dalam majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan

dalam majlis perkahwinan.

1.2 Konsep Pengucapan Awam.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 4

Page 5: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

Pengucapan awam atau berucap di khalayak adalah satu kaedah penyebaran

maklumat yang telah lama digunakan secara meluas bagi mengubah pemikiran, sikap dan tingkah

laku anggota masyarakat.Pengucapan awam boleh ditakrifkan sebagai satu komunikasi lisan yang

teratur, menggunakan perkataan sebagai asasnya dan melibatkan komunikasi bukan lisan serta

dibantu oleh alat pandang dengar bagi menambah atau mengubah pengetahuan dan pengalaman atau

untuk mempengaruhi sikap dan tingkah laku khalayak.Sebagai satu kemahiran, pengucapan awam

boleh dipelajari melalui latihan untuk menguasai daya konsentrasi fikiran, penyelarasan dan daya

tindak balas yang cepat dari segi mental dan fizikal.

Konsep dan kaedah asas pengucapan awam merupakan komunikasi berteraskan

adanya penyampai mesej dan ada pihak yang menerima mesej.Ucapan melibatkan proses

komunikasi yang disampaikan oleh individu secara lisan kepada audien. Mesej ucapan boleh

disampaikan secara terus / langsung kepada audien secara bersemuka atau melalui media tertentu

( seperti radio , tv , internet dan lain-lain.)Kenyataan ini disokong oleh ' Wilson & Arnold ' dalam

kenyataannya :

' ...idea , suara , pergerakan fizikal yang merangsang audien untuk mendengar

serta yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan pendengar.

Definisi pengucapan ialah satu komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan

sesuatu maklumat.Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu

pengucapan umum , iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan gaya atau bahasa yang

digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehan penyampai

memberikan ucapan berdasarkan ingatannya ( Lane Cooper, 1960 )

Ucapan dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan sama ada berbentuk

nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan khalayak. Kata-kata

tersebut seperti rasa gembira, sedih, simpati dan banyak lagi. Sebagai contoh, rasa gembira

dilahirkan kerana semua tetamu dapat hadir bersama-sama dalam majlis tersebut, ucapan tahniah

pula ditujukan kepada tetamu yang diraikan kerana naik pangkat atau mendapat kejayaan manakala

perasaan sedih pula dilafazkan kerana terpaksa berpisah dengan orang yang diraikan dan sebaliknya

mengikut majlis yang dihadiri itu.

1.3 Prinsip-Prinsip Penting .

Verdeber ( 1996 ) menggariskan beberapa prinsip penting pengucapan awam. Ia boleh

dibahagikan kepada dua bahagian :

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 5

Page 6: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

1. Penerangan.

(a) Hadirin berminat untuk mendengar, memahami dan mengingat apa yang disampaikan jika

pembentangan dibuat secara kreatif.

(b) Hadirin berminat untuk hadir ke ceramah anda jika mereka suka, percaya dan yakin dengan diri

anda.

(c) Hadirin akan bersedia untuk mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan anda jika mereka

menganggap anda manpu memberi rangsangan yang intelektual.

(d) Hadirin akan berminat untuk mendengar dan memahami maklumat yang mereka anggap relevan

dan bermakna pada diri mereka.

(e) Hadirin akan memahami dan mengingat maklumat yang ditekankan atau diwarwarkan secara

khusus dalam pengucapan awam.

(f) Hadirin akan mudah memahami dan mengingat maklumat yang disampaikan dalam bentuk

visual.

2. Pemujukan.

(a) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila reaksi yang diharapkan daripada hadirin boleh

dilihat semasa atau selepas pengucapan anda.

(b) Anda akan menentukan bentuk-bentuk strategi yang berkesa apabila anda telah ketahui latar

belakang hadirin, sikap dan tahap pengetahuan mereka supaya anda dapat mencapaikan objektif

pengucapan anda.

(c) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mengemukakan hujah yang logik dan

disokong oleh bahan-bahan sokongan yang konkrit dan kukuh.

(d) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menyusun bahan mengikut

jangkaan atau persepsi hadirin.

(e) Anda akan berjaya memujuk hadirin apabila anda mampu menggunakan bahasa yang boleh

merangsang minat dan sensitivity mereka.

(f ) Anda dianggap berjaya memujuk apabila hadirin melihat anda sebagai seorang yang berwibawa.

(g) Anda akan berjaya jika hujah anda mampu menawan pemikiran hadirin.

(h) Anda dikatakan berjaya memujuk hadirin apabila dilihat mampu mematahkan hujah daripada

pihak lain yang tidak bersetuju dengan anda.Prinsip-prinsip ini menuntut supaya penceramah

membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan ucapan.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 6

Page 7: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

1.4 Tujuan pengucapan awam.

Tujuan pengucapan awam dilakukan adalah untuk memberi dan menyampaikan maklumat. .Contohnya,

penjual yang melakukan demo produk untuk menarik minat pembeli. Kedua ialah untuk tujuan membimbing orang

lain. Contohnya, seperti menyampaikan tazkirah kepada sekumpulan remaja. Ketiga, pengucapan awam bertujuan

untuk membantu. Contohnya, satu forum atau seminar diadakan utnuk membantu untuk meningkatkan potensi dan

memperkembangkan perniagaan petani-petani moden. Keempat, untuk tujuan mengajar. Contohnya,seorang guru

mengajar pelajar-pelajarnya mengenai adab dan tatasusila ketika berada di dalm majlis. Kelima, pengucapan awam

bertujuan untuk menghiburkan.Contohnya, bercerita tentang kisah dongeng kepada kanak-kanak. Dan yang terakhir

ialah bertujuan untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, seorang wakil rakyat menyampaikan ucapannya dalam

kempen politiknya agar dia dapat mempengaruhi masyarakat untuk memilihnya dalam pengundian.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 7

Page 8: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

1.5 Bentuk-bentuk dan jenis-jenis pengucapan awam.

Antara bentuk pengucapan awam ialah penerangan atau mendidik (informative, educational). Contohnya,

penyampaian pensyarah dalam kuliah ilmu.Kedua, memujuk atau mempengaruhi (persuasive). Contohnya ,demo

produk atau jualan , kempen politik, dan juga ucapan motivasi. Ketiga , perbincangan. Contohnya, forum dan

seminar .Keempat,syarahan umum (public oration).Contohnya , pidato dan khutbah.

Antara jenis-jenis ucapan yang terdapat dalam pengucapan awam ialah, impromtu /spontan. Ia meliputi isu-

isu yang lepas, masa kini dan akan datang berdasarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pengucap.

Ucapan ini perlu dalam keadaan terdesak. Kedua, ialah ucapan manuskrip.ia dilakukandengan dibaca terus dari

teks.Fakta-fakta mustahak seperti laporan belanjawan negara, laporan saintifik dan lain-lain lagi. Ketiga, ialah

hafalan .Ia disediakan dengan lengkap terlebih dahulu. Cara ucapan sebegini sukar kerana penyampaisenang lupa apa

yang hendak disampaikan. Ucapan jenis juga sukar diubahsuaisekiranya terdapat perubahan situasi atau reaksi

audiens. Keempat, ialahextemporaneous (cukup persediaan). Ucapan sebegini merupakan gabungan ketiga-tiga jenis

ucapan.Ia hanya mencatatkan isi-isi yang penting sahaja. Isinya bolehdiubahsuai mengikut situasi dan audiens.

Ucapan sebegini mewujudkan hubungan dengan audiens.(talk with them not to them.).

Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih jenis ucapan. Umumnya , bagi “orang Baru” ,

uzapan manuskrip dan hafalan adakah lebih mudah untuk disampaikan.Manakala bagi orang dewasa pula, ucapan

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 8

Page 9: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

spontan dan ekstemporanas adalah jenis ucapan yang popular. Ucapan spontan dan ekstemporanas memberi peluang

kepada penceramah supaya lebih luwes dalam gaya dan pergerakan serta lebih berkesan dalam penyampaian

mereka.Walau bagaimanapun , menurut Hildebrandt dan Stevens (1963), jenis ucapan bukanlah faktor yang

menentukan kejayaan sesuatu ucapan tetapi keupayaan penceramah itu sendiri merupakan faktor yang lenih penting.

Sebahagian penceramah dapat memberi ucapan lebih baik melalui ekstemporanas daripada ucapan manuskrip tetapi

sebahagian orang lain pula mampu menggunakan kedua-dua jenis ucapan dengan cemerlang.

2.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM PENGUCAPAN AWAM

2.1 Pengucap ( Speaker )

Pengucap ialah individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak

dengan tujuan tertentu. Ucapan ialah ialah kandungan isi bicara yang diluahkan. Perucap yang

cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berupaya dalam menyampaikan setiap ucapannya

dengan baik dan berkesan tanpa mengira audiens , suasana , dan saluran berucap.

2.1.1 Ciri-ciri imej pengucap.

i. Kebolehpercayaan.

Kebolehpercayaan merupakan sat keupayaan untuk meningkatkan keyakinan. Perucap

hendaklah berkeupayaan mempertahankan perkara yang dipercayai seperti yang cuba disampaikan

kepada audien.

ii. Kepakaran

Kepakaran berucap dirujukkan kepada pengetahuannya yang mendalam terhadap perkara

yang diperkatanya.Ini bererti pengucap harus mempunyai pengetahuan serta menguasai bidangnya.

iii. Dinamik

Pengucap yang dinamik ialah pengucap yang aktiff , bertenaga dan penuh minat terhadap

perkara yang diperkatanya. Pengucap yang pasif ialah pngucap yang tidak menguasai subjeknya,

kurang bertenaga dan tidak tegas.Dia kelihatan seolah-olah tidak mengambil berat terhadap subjek

dan mesejnya.

iv. Ketetapan

Ketetapan dirujuk kepada kemampuan pengucap memegang pendapat dan kedudukannya

dalam jangka masa tertentu.Ini beerti sekiranya terdapat faktor-faktor atau idea-idea baru yang

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 9

Page 10: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

lebih meyakinkan bahawa pendapatnya sebelum ini salah atau kurang mantap, pengucap berkenaan

seharusnya mampu menukar fikiran mereka. Bagaimanapun selagi pendapat atau peganganasalnya

boleh diterima pengucap perlu tetap dengan pendiriannya.

v. Keramahan

Ini bererti pengucap tidak boleh mengasingkan dirinya daripada audien.Pengucap harus

menekankan persamaan di antara dirinya dengan audien.Sifat-sifat menyukai, mengambil berat,

lemah lembut dan merendah diri dapat membantu meningkatkan krebidiliti keramahan.

vi. Kejujuran

Pengucap haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak bahawa mereka (pengucap)

itu jujur. Ini penting supaya tidak timbul rasa syak wasangka audien terhadap subjek atau perkara

yang disampaikannya.

vii. Keikhlasan

Pengucap juga haruslah memastikan wujudnya pandangan khalayak bahawa mereka

(pengucap) itu ikhlas.Ini penting untuk mempertingkatkan krebidiliti pengucap pada persepsi audien

. Apatah lagi apabila isu yang diperkata oleh perucap merupakan isu-isu yang kontroversial.

viii. Memberi perhatian terhadap mesej.

Pengucap hendaklah memastikan bahawa kenyataan dalam subjek atau perkara yang

diperkatakannya bukan sahaja benar malah penting.peranan pengucap ialah untuk membuat

persembahan yang meyakinkan.Pegucap hendaklah bersungguh-sungguh menyampaikan subjek

atau mesejnya supaya audien akan terdorong unutkm berbuat yang sama.

ix. Mengambil berat terhadap audien.

Pengucap perlu menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang kepentingan serta

kebajikan audien.

x. Mempunyai daya tarikan peribadi

Pengucap hendaklah berwajah menarik, berpakaian kemas serta mampu memperaga

keramahan dan daya tarikannya.Pengucap hendaklah mengawal gerak geri mereka dengan sentiasa

mempamerkan ketenangan agar audien menganggap bahawa anda berada dalam keadaan yang

terkawal dan pengucap yag berpengalaman.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 10

Page 11: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

2.3 Mesej

Mesej ialah susunan simbol untuk menyampaikan maklumat , idea dan pandangan.

Kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim mempunyai maksud / fakta / niat yang

difahami oleh penerima mesej. Mesej ini juga boleh berbentuk lisan dan bukan lisan.Ia

mengandungi tajuk yang sesuai dengan kandungan mesej serta contoh-contoh dan butir-butir

penyokong kepada mesej digunakan dengan baik. Mesej disampaikan dengan gaya persembahan

yang sesuai.

2.4 Saluran

Mesej yang dihantar oleh pengucap kepada pendengar memerlukan satu media penghubung yang

dinamakan saluran . Contohnya seperti radio, televisyen, alat pembesar suara, buku , jurnal dan

seumpamanya.

2.5 Pendengar ( Audien )

Pendengar merupakan penerima mesej yang dihantar oleh pengucap.Semasa pengucapan atau

penyampaian dilakukan audiens secara sengaja atau tidak sengaja mengalami beberapa aktiviti

mendengar dalam konteks komunikasi seperti menerima , memahami , mengingati , menilai serta

memberi tindak balas kepada perkara yang didengar. Audiens akan cuba memahami apa yang

dimaksudkan termasuk apa yang difikirkan oleh pengucap dan tanpa disedari audiens akan

membuat penilaian mengenai pengucapan tersebut.

Sebagai contoh , apabila pengucap memberitahu bahawa dia baru sahaja balik dari embuat

persembahan mengenai strategi komunikasi kepada penuntut Universiti Beijing di Chima, audiens

menilai apa niat pengcap itu memberitahu perkara tersebut. Adakah pengucap hendak memberitahu

bahawa dia merupakan seorang yang hebat atau mnunjukkan bahawa dia mempunyai banyak

pengalaman dalam pengucapan atau seumpamanya. Peranan utama mendengar ialah untuk

mentafsirkan mesej dan memberikan maklum balas dalam bentuk lisan atau bukan lisan.

2.6 Maklum balas.

Maklum balas ialah mesej atau reaksi yang merangkumi lisan dan bukan lisan yang

disampaikan atau ditunjukkan oleh hadirin kepada penceramah. Apabila penceramah membuat

jenaka, audiens akan gelak ketawa atau tersenyum sebagai reaksi kepada jenaka tersebut.Apabila

penceramah membakar semangat para audiens , lantas kelihatan audiens bangkit , bertepuk tangan

atau menjerit menandakan sokongan terhadap penceramah. Dalam beberapa keadaan , terdapat juga

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 11

Page 12: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

kes di mana beberapa orang audiens bangun tetapi meninggalkan majlis. Ia mungkin menunjukkan

mereka tidak berminat dengan ceramah anda atau mereka ada keperluan lain. Dalam erti kata lain,

maklum balas diperlukan oleh penceramah bagi memastikan bahawa apa yang diucapkan dapat

menarik perhatian hadirin.

2.7 Gangguan.

Oleh kerana komunikasi dipengaruhi oleh pelbagai elemen seperti pengucap, pendengar,

saluran , mesej, dan situasi maka tidak boleh tidak gamgguan akan berlaku dalam proses kompleks

ini. Gangguan boleh berpunca daripada pelbagai sumber fizikal , teknikal, fisiologikal , semantik,

psikologikal dan seumpamanya. Gangguan-gangguan ini kemungkinan akan menyebabkan

kekaburan, salah tafsir dan terputusnya mesej yang dihantar oleh pengucap.

2.8 Etika dalam pengucapan awam.

Setiap penceramah perlu memahami bahawa dalam pengucapan-awam terdapat beberapa

etika yang perlu dilihat secara serius. Oleh sebab penceramah menjadi perhatian umum, apa yang

diucapkan, apa yang ditunjukkan da gerak geri penceramah akan menjadi model atau rujukan bagi

sebahagian hadirin. Sekiranya apa yag diucapkan adalah perkara yang benar, betul dan tepat maka ia

adalah sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh hadirin. Sebaliknya, jika yang diucapkan atau yang

ditunjukkan adalah salah atau tidak tepat, maka ia boleh mengelirukan pendengar atau mendorong

pendengar percaya atau melakukan sesuatu yang bercangah dengan prinsip atau etika sejagat yang

baik.

2.9 Kewibawaan penceramah.

Penceramah perlu memahami bahawa kredibiliti atau kewibawaan diri seseorang

penceramah bukanlah berdasarkan penilaian para hadirin. Kata pepatah Inggeris “The beauty is in

the eyes of the beholder.”Oleh itu, penceramah hendaklah mempunyai sikap rendah diri dan tidak

memandang rendah terhadap hadirin. Penceramah tidak harus berasa hairan terhadap diri sendiri,

bongkak, sombong dan hidung tinggi biarpun penceramah itu mempunyai pangkat, kuasa, harta,

ijazah, ilmu atau kebolehan bercakap di khalayak ramai.

Aristotle mengemukakan tiga faktor yang boleh mempengaruhi persepsi hadirin terhadap

kredibiliti atau kewibawaan penceramah iaitu ethos , pathos dan logos ( MacKeon, 1941 )

1. Personaliti dan perwatakan yang menarik ( ethos )

a) Nama baik, gelaran, anugerah yang pernah diterima (competence).

b) Sejarah latar belakang yang cemerlang.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 12

Page 13: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

c) Kelihatan kemas.

d) Kelihatan peramah atau sedia mendengar.

e) kelihatan dinamis dan berkeyakinan.

f) Cara berjalan dan berinteraksi yang sopan dan tidak sopan.

g) Menepati masa.

h) Arif dalam bab yang disampaikan.

i) Kelihatan jujur.

2. Kemampuan membentuk dan mengawal emosi hadirin.(Pathos )

a) Menghargai kehadiran pendengar.

b) Menjaga kebajikan hadirin ketika berceramah.

c) Mampu menguasai hadirin khususnya apabila hadirin datang secara sukarela.

d) Boleh mengawal perasaan hadirin.

3. Pengolahan bahasa yang baik dalam penyampaian ( Logos )

a) Bahasa yang kemas , menarik dan mudah difahami oleh hadirin.

b) Bahasa yang peramah.

c) Bahasa yang sesuai dengn topik dan suasana.

d) Retorik dan logik yang sesuai dengan tahap hadirin.

2.10 Situasi

Merupakan perpindahan idea atau mesej antara pengucap dan pendengar dilakukan dalam

suatu keadaan atau siruasi yang ada waktu , tempat serta majlis.

2.11 Tajuk / topik

Setiap pengucapan awam memerlukan sesuatu topik yang jelas dan berfokus. Kadangkala

topik ditentukan oleh penganjur sesuatu majlis dan ada ketika penceramah diberi pilihan untuk

memilih topik sendiri sesuai dengan sesuatu majlis atau program. Biar apa pun, topik hendaklah

dipilih berdasarkan kepada penilaian situasi semasa, kesesuaian tempat, tahap pemkiran hadirin,

tahap sosio-ekonomi hadirin dan matlamat tertentu yang ingin dicapai oleh penganjur.Topik juga

boleh ditentukan dengan merujuk kepada sesuatu tema yang telah ditentukan. Topik yang terlalu

besar skopnya akan menyulitkan hadirin untuk memahami maksud yang ingin disampaikan.

Ringkasnya , topik sesuatu pengucapan-awam hendaklah spesifik dan mempunyai matlamat

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 13

Page 14: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

tertentu.

Sebagai penceramah, anada hendaklah memastikan bahawa anda berkemampuan menguasai

sesuatu topik yang diberikan atau dipilih. Justeru , anda harus membuat persediaan lebih awal

sekiranya topik yang diberikan memerlukan kajian dan pengumpulan data.

2.11.1 Menjana Idea.

Salah satu cara bagi menjana idea untuk mengenal pasti topik adalah dengan melakukan

aktiviti percambahan fikiran (brainstorming).Apa yang perlu dilakukan ialah senaraikan apa jua

topik yang terlintas di hati atau di fikiran anda. Lagi panjang senarai tersebut adalah lebih baik

kerana anda akan ada banyak pilihan.ketika anda menyenaraikan topik-topik tersebut, anda tidak

perlu membuat apa-apa penilaian atau kritikan.

Gunakan teknik bertanya soalan ( apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa) pada peringkat

ini. Apakah fokus sebenar tajuk ceramah anda ? Apakah tujuan ceramah itu diadakan ? Seluas

manakah skop ceramah anda nanti ? Apakah objektif ceramah ? Siapakah orang atau penulis-penulis

tertentu yang perlu anda rujuk ? Di manakah anda boleh dapati bahan-bahan yang diperlukan untuk

rujukan anda ?Bagaimanakah cara anda akan berucap, ekstemporanas atau manuskrip atau hafalan ?

Satu lagi cara bagi mencambah idea dan fikiran ini adalah berbincang dan bertanya pendapat rakan-

rakan atau ahli keluarga anda.Mungkin ada pandangan yang bernas yang boleh anda manfaatkan

sebanyak mungkin idea untuk ucapan anda.

2.12 Memilih topik / tajuk.

Topik-topik yang difikirkan berpotensi kemudiannya disusun mengikut keutamaan dengan

mengambil kira :

i. Tujuan ucapan atau ceramah

ii. Tema program

iii. Latar belakang hadirin

iv. Keyakinan diri anda terhadap topik-topik

v. Skop kandungan topik tersebut.

Mendapatkan pandangan daripada rakan tentang pilihan topik anda mungkin boleh

membantu memutuskan apakah topik yang terbaik untuk ceramah atau ucapan anda.

2.13 Setting

Pengucap bertanggungjawab tentang setting bilik/ tempat. Pengucap juga perlu mengetahui

terlebih dahulu bagi menyesuaikan keadaan. Maklumat-maklumat yang perlu diketahui ialah seperti

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 14

Page 15: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

saiz bilik , kemudahan yang ada di dalam bilik tersebut, cahaya lampu, susunan tempat duduk dan

suhu bilik.

3.0

PERSEDIAAN AWAL DAN PERSEMBAHAN PENGUCAPAN AWAM

3.2 Persediaan awal sebelum berucap.

Persediaan sebelum memberikan ucapan adalah aktiviti penting yang perlu dilakukan

sebelum bermulanya ucapan. Maknanya ssebuah ucapan adalah bagi memastikan semua pendengar

memikirkan apakah yang bakal anda tekankan semasa ucapan itu diberi. Oleh yang demikian segala

data berdasarkan kajian serta penegasan akan menjadi kunci kepada matlamat ini.

3.1.1 Bahan.

Anda mungkin tidak mampu mengumpulkan semua bahan yang ada dalam dunia ini untuk

digunakan dalam ucapan anda.Memadai dengan anda kumpulkan data-data atau bahan-bahan yang

difikirkan perlu dahulu. Kemudian anda harus menyusun idea-idea penting dalam bentuk rangka

atau poin. Drafkan idea di atas kertas ,rangka idea anda serta pilih data-data yang perlu dan

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 15

Page 16: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

menyokong hujah anda.Pastikan anda menyusun idea mengikut kepentingannya. Cara

penyusunannya sama seperti anda menulis sebuah karangan yang mempunyai tiga bahagian :

pengenalan , isi atau kandungan dan kesimpulan.Jika anda memilih ucapan manuskrip, maka anda

perlu menulis seluruh ucapan tersebut. Bertolak daripada rangka tadi, anda mulakan dengan

mengembangkan idea-idea penting satu persatu.Setiap hujah memerlukan huraian yang rasional atau

disokong oleh data atau bukti. Dalam penyampaian ucapan manuskrip, anda perlu elakkan daripada

pembacaan yang bersifat satu nada (monotoni) dan elakkan juga penyampaian ucapan “bahasa

buku” yang meminggirkan intonasi suara.

Jika anda memilih ucapan ekstemporanas, anda hanya perlu menyediakan idea-idea penting

di atas kertas yang akan dihuraikan dalam pengucapan ada nanti.Pastikan anda menggunakan saiz

huuf yang cukup jelas untuk dilihat ketika berucap nanti.Kertas anda harus disusun dengan baik,

dikepilkan dan dinomborkan supaya ia tidak berkecamuk jika jatuh ke lantai. Walau bagaimanapun,

sekiranya anda menggunakan OHP atau LCD projector untuk memancarkan slaid anda ke layar

putih, maka adalah lebih baik jika anda merujuk kepada slaid-slaid yag mengandungi idea-idea

penting tanpa merujuk kepda nota anda.

Jika anda menyampaikan ucapan berbentuk hafalan pula, anda tetap perlu menyusun idea-

idea penting di atas kertas kemudian berlatih berucap dan mengahafal secara berulang-ulang apa

yang ingin disampaikan berdasarkan idea-idea penting yang telah digariskan.

3.1.2 Alat pandang-dengar

Biar apa pun jenis pilihan ucapan anda, kmungkinan ada baiknya jika anda dapat

menyediakan APD. APD ini bukan sahaja dapat membantu anda ketika berucap atau berceramah,

malah ia juga dapat memudahkan hadirin atau pendengar untuk memahami apa yang anda ingin

sampaikan. Antara APD yang boleh digunakan ialah :

i. Nota edaran

ii. Ringkasan ucapan.

iii. Slaid gambar.

iv. Tranparensi.

v. Slaid ( komputer)

vi. Papan putih atau papan hitam.

vii. Model atau objek

Ada ketika anda mungkin tidak cukup masa untuk menyampaikan keseluruhan idea penting atau

kandungan ucapan yang disediakan. Kemungkinan terdapat perkataan atau konsep yang

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 16

Page 17: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

dibincangkan dalam ucapan anda merupakan sesuatu yang baru kepada hadirin. Justeru, dengan

adanya APD ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengucapan

awam anda.

3.1.3 Penyelidikan

Ini adalah suatu aktiviti yang mungkin menjemukan namaun semua orang telah

melakukannya . Dalam situasi kecanggihan teknologi yang ada sekarang, aktiviti penyelidikan

bukanlah sukar malah lebih mudah untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi

maklumat yang kita lalui sekarang. Penyelidikan sangat penting kerana beberapa alasan berikut :

i. Sebagai penceramah kita perlu tahu apakah jenis maklumat yang sukar diperolehi

oleh pendengar :

Maklumat yang sukar diperolehi oleh pendengar biasanya tidak mudah diperolehi dengan

mudah oleh mereka yang tinggal di kawasan yang jauh.Ini desebabkan oleh kedudukan geografi

yang jauh dan tiada masa untuk mencari maklumat tersebut. Di bandar-bandar misalnya dengan

peluang dan kemudahan internet yang ada maka tentulah banyak maklumat yang dapat dicari

dengan menggunakan medium ini berbanding dengan tempat di kawasan terpencil.Selain itu tahap

kemahiran dalam pencarian maklumat juga dapat mempengaruhi tahap celik maklumat di kalangan

audiens yang menghadiri cermah yang kita sampaikan. Apabila mereka tidak mempunyai sebarang

maklumat atau pengetahuan bagaimana hendak dapatkan maklumat itu, keadaan ini juga

menyebabkan mereka tidak terdedah kepada banyak maklumat dan ketinggalan dalam pengetahuan

tersebut .

ii. Mengetahui masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh audiens.

Bagi seorang penceramah yang memegang jawatan polotik dan mewakili sesuatu

masyarakat, perkara atau maklumat yang perlu disampaikan dalam ucapannya adalah lebih mirip

kepada menjawab segala persoalan yang menjadi isu atau agenda pembangunan yang dilaksanakan

oleh kerajaan.Isu-isu kebajikan dan sosial masyarakat setempat juga perlu diberi perhatian kerana

perkara ini biasanya akan menarik para pendengar untuk mengetahuinya dengan lebih jelas. Seorang

wakil rakyat juga perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan mengenai jumlah

penduduk di kawasan yang diwakilinya serta pembangunan masyarakat bagi memudahkan beliau

menggunakan fakta ini sevara yang terbaik untuk membuat ulasan mengenai sebarang isu

pembangunan yang diketengahkan oleh masyarakat.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 17

Page 18: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

iii. Mengetahui dan memahami pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh audiens.

Pengalaman hidup seseorang manusia signifikan dengan pengetahuan serta status hidup

seseorang itu dalam masyarakat. Seseorang yang berpengalaman luas dengan kehidupan yang

mencabar sudah tentu mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan selok belok kehidupan.

Jenis kerjaya yang diceburi oleh seseorang juga mempengaruhi tahap pemikiran individu itu

contohnya apabila seorang itu bekerja sebagai seorang jurutera walaupun di sebuah ladang yang

kecil di pedalaman, tetapi mempunyai tahap pemikiran yang tinggi jika dibandingkan dengan

seorang kerani kilang yang tinggal di bandar besar. Ini menunjukkan pengalaman hidup seharian

sangat memberi kesan kepada tahap pengetahuan seseorang individu yang hadir dalam ceramah

yang disampaikan.

3.1.4 Golongan audiens .

Perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh penceramah ialah siapakah pendengar

yang bakal mengikuti ucapan tersebut.Kumpulan pendengar sangat penting untuk diketahui oleh

penceramah kerana penceramah dapat membuat analisis tentang tahap keperluan mereka, bahan

apakah yang sangat diperlukan serta bagaimana corak penyampaian ceramah itu harud dilakukan.

i. Golongan muda.

Sekiranya golongan muda adalah komponen utama masyarakat yang akan hadir dalam sesi

itu, maka rentak yang lebih power boleh digunakan sepanjang pendekatan berceramah.Bahasa

yang digunakan bergantung kepada tahap profesionalisme mereka. Jika mereka terdiri daripada

golongan pemuda kampung yang mempunyai latar belakang berbagai-bagai , maka bahasa yang

digunakan tidak perlu standard, Mereka boleh menggunakan atau menyelitkan bahasa tempatan

yang menjadi kebiasaan amalan mereka.

ii. Golongan pelajar.

Golongan pelajar adalah golongan yang agak mudah untuk dibuat persediaan sebelum

berceramah bergantung kepada kategori pelajara itu sendiri. Jika mereka adaah pelajar

unversiti, cita rasa mereka agak berlainan berbanding pelajar dari sekolah menengah di

bandar.Begitu juga cita rasa pelajar di sekolah-sekolah berhampiran bandar mempunyai cita rasa

yang berbeza dengan pelajar yang terletak di luar bandar. Ceramah yang dihadiri oleh golongan

pelajar biasanya sudah dirancang. Ia berkaitan dengan keperluan melengkapkan diri mereka dengan

persediaan untuk menduduki peperiksaan atau motivasi diri, peluang-peluang kerjaya dan peluang-

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 18

Page 19: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

peluang memasuki universiti.

iii. Golongan berumur.

Golongan yang lebih tua biasanya memerlukan ucapan yang mudah difahami, tidak berbelit-

belit serta menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ini kerana dalam kehidupan mereka

seharian, mereka hanya terdedah dan bercampur gaul demgan sesama mereka yang mempunyai

usia yang hampir sama.Penceramah perlu berhati-hati supaya tidak menggunakan bahasa yang

boleh menyakitkan hati mereka. Bahasa yang lembut serta susunan ayat yang pendek dan mudah,

banyak memberi contoh terhadap fakta yang susah dapat memberikan keyakinan kepada mereka

untuk memahami akan apa yang disampaikan.

3.1.5 Berlatih berucap.

Setelah anda mengumpulkan data, menyusun isi

kandungan dan menyediakan APD adalah wajar jika anda

berlatih menyampaikan ucapan anda dengan menggunakan

nota dan APD yang telah anda sediakan.Anda boleh berlatih

seorang diri atau berlatih di hadapan cermin supaya anda

boleh melihat diri serta gaya anda berucap. Terdapat ramai

yang berlatih di hadapan seseorang yang lain seperti rakan

serumah , isteri atau majikan. Dengan berbuat demikian, anda

akan mendapat maklumat dan kritikan serta nasihat .

Persediaan yang rapi merupakan kunci kepada

kejayaan sesuatu ceramah atau ucapan. Penceramah yang

tidak bersedia akan kelihatan gugup, gelisah dan tidak tentu

arah semasa menyampaikan ucapan biarpun ia memakai pakaian yang menarik dan hebat.

Persediaan ini merangkumi persediaan mental , emosi , fizikal dan spiritual. Kesemua ini perlu

dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri penceramah. Hasilnya nanti ialah penceramah akan

kelihatan berwibawa apabila berhadapan dengan hadirin dan ucapannya akan meninggalkan satu

kepuasan kepada hadirin. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan penduan mengenai

pengucapan awam.

3.1.6 Masa

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 19

Page 20: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

a) Jadual masa / waktu .

Jadual waktu yang diperuntukkan bagi sesi ceramah memberi kesan ke atas keberkesanan

pengucapan awam anda.Biasanya hadirin kelihatan bertenaga dan mampu memberi perhatian pada

sebelah pagi berbanding dengan waktu tengah hari atau petang. Justeru, penceramah harus

mengeksploitasikan waktu ceramah pada sebelah pagi dengan sebaik mungkin dan memikirkan

bagaimana cara terbaik untuk mengawal minat hadirin pada sebelah tengah hari atau petang.

Bagi menghidupkan suasana ceria pada sebelah tengah hari dan petang, anda mungkin perlu

menyelitkan jenaka kecil, mengadakan bengkel, memendekkan ceramah dan memperuntukkan masa

yang lebih keada sesi dialog dengan hadirin. Selain itu, penggunaan APD akan banyak membantu

anda mengawal minat hadirin.

b) Peruntukan masa.

Setiap ceramah mempuyai tempoh masa yang diperuntukkan. Lazimnya pengucapan awam

berjalan antara 60 hingga 90 minit. Dalam pembentangan kertas kerja pula, biasanya diperuntukkan

antara 20 hingga 30 minit.Manakala ucapan-ucapan ringkas seperti ucapan alu-aluan mengambil

masa lebih kurang 10 minit, ucapan memperkenalkan diri seseorang penceramah antara 5 hingga 10

minit, ucapan tahniah, ucapan takziah sekitar 5 minit.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 20

Page 21: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

3.2 Penyampaian.

Aspek penyampaian dalam pengucapan-awam sama pentingnya dengan aspek persediaan.

Bezanya ialah penceramah kini benar-benar berhadapan dengan hadirin. Banyak perkara yang perlu

diberi perhatian oleh penceramah semasa menyampaikan ucapan. Struktur penyampaian ucapan

sebagaimana lazimnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu permulaan, isi dan penutup.

3.2.1 Permulaan.

Permulaan ucapan adalah suatu yang amat kritikal bagi menarik perhatian hadirin.Di

samping memakai pakaian yang sesuai dan gaya kelakuan diri yang penuh keyakinan, penceramah

harus pandai dalam memulakan ucapannya. Objektif permulaan ucapan adalah untuk menarik

perhatian hadirin, menimbulkan dan menjalin hubungan yang baik dengan hadirin serta

memulakannya dengan ucapan penghormatan dan penghargaan.

Terdapat beberapa cara yang biasanya dilakukan untuk memulakan ucapan :

i. Mulakan ucapan selamat dan salam (dalam majlis yang dihadiri majotiri orang Islam,

ucapan salam diikuti dengan puji-pujian kepada Allah SWT, selawat atas nabi, menyatakan

kesyukuran kepada Allah SWT dan memohon petunjuk) disusuli dengan alu-aluan kepada

tetamu, tuan rumah, penganjur dan para hadirin dengan mengikut protokolnya . Contohnya :

Selamat malam , salam sejahtera, salam hormat, salam persaudaraan dan

seumpamanya.Akan tetapi sekiranya penceramah boleh menyebut ucapan salam

dalam bahasa lain selain daripada bahasa ibundanya yang boleh difahami oleh

sebahagian daripada hadirin maka ia adalah suatu penghargaan kepada mereka yang

hadir.

ii. Mulakan dengan ucapan penghormatan disusuli dengan ucapan salam.Contohnya :

Yang berusaha saudarab Pengerusi Majlis , Yang diraikan Tuan Haji...., Yang

dihormati Pengerusi Persatuan...dan seerusnya mengikut protokol masing-masing.

iii. Mulakan dengan petikan ayat-ayat suci, sabda Nabi atau kata-kata mutiara dan diikuti

dengan ucapa salam dan penghormatan. Contohnya :

Firman Tuhan....

Nabi s.a.w pernah bersabda....

Seorang pujangga terkenal pernah berkata...

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 21

Page 22: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

3.2.2 Bahagian pertengahan / Isi.

Isi ucapan adalah bahagian yang terpenting dalam pengucapan awam. Malah masa yang

diperuntukkan dalam pengucapan awam hendaklah diberikan lebih banyak kepada penyampaian isi

ucapan. Pada bahagian isi inilah perkara-perkara penting akan dibentangkan dan dibincangkan

secara panjang lebar dalam ucapan anda. Pastikan idea atau hujah anda disusun dengan rapi

mengikut keutamaan. Anda juga perlu menyediakan fakta , bukti dan contohcontoh bagi menyokong

hujah anda.

Dengan mengambil kira masa yang diberi bagi pembentangan ucapan, anda perlu hadkan

idea atau hujah anda dengan sebaik mungkin supaya anda tidak mengheret hadirin keluar dari masa

yang ditetapkan . Anda boleh mengikut empat langkah “S” dalam menyediakan isi ini :

ii. Sebutkan penanda pada idea atau hujah anda dengan menggunakan alat penyambung ayat :

pertama , kedua, ketiga dan seumpamanya.

iii. Sebutkan idea atau hujah anda satu per satu.

iv. Sokong idea atau hujah anda dengan fakta , bukti dan contoh-contoh.

Bagi memastikan anda mempunyai isi ucapan , tanyakan diri anda :

I. Apakah idea atau hujah pertama anda ?

II. Apakah idea atau hujah kedua anda ?

III. Apakah idea atau hujah ketiga anda ?

Apakah yang akan anda perkatakan ?

Apakah bahan sokongan anda ?

Bagaimanakah anda akan menyimpulkan idea anda ?

3.2.2.1 Retorik.

Retorik ialah seni dalam organisasi penyampaian ucapan atau penulisan. Setiap retorik ialah

seni dalam organisasi penyampaian ucapan ata penulisan. Setiap retorik mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri. Penceramah yang berjaya mampu memanipulasikan retorik dengan baik dalam

penyampaiannya bagi meninggalkan impak yang berkesan kepada pendengar atau hadirin.

Penceramah boleh memilih mana-mana jenis retorik ucapan ini atau menggabungkannya dalam

ucapan.

I. Retorik Penceritaan ( Naratif )

Naratif ialah penceritaan tentang sesuatu kisah atau peristiwa. Lazimnya dalam ucapan

umum, naratif digunakan bagi menyokong hujah anda kerana naratif mempunyai nilai

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 22

Page 23: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

kredibilitinya tersendiri iaitu pengalaman yang unik. Kadangkala, naratif boleh digunakan

juga sebagai kandungan utama dalam pengucapan-awam.Misalnya, menceritakan tentang

kisah jatuh daripada kapal terbang atau pengalaman pahit ketika berada di Afghanistan pada

tahun lalu.

Naratif boleh disampaikan dalam dua bentuk persona iaitu peribadi dan orang ketiga. Bagi

naratif bentuk peribadi, penceramah menggunakan ganti nama diri pertama seperti “saya”,

“kami” atau “aku”, manakala naratif bentuk orang ketiga menggunakan ganti nama diri

orang ketiga seperti “dia” , “mereka” “Amin” atau “Ali”. Naratif bentuk peribadi

mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi kerana ia menggambarkan pengalaman peribadi dan

penceramah menjadi saksi pertama dalam peristiwa yang diceritakan.

Retorik naratif mempunyai ciri-ciri bahasanya tersendiri yang menunjukkan kronologi

peristiwa. Penggunaan struktur ayat ( ayat mudah dan pendek ), frasa penyambung (seperti

“ketika itu, saya dengan segera....”) , penyambung idea yang menunjukkan urutan masa

(seperti “beberapa minit kemudian....,” “ Selepas itu ,...” “Akhirnya....” ). Jika penceramah

menggunakan bahasa Inggeris, jenis-jenis ayat yang digunakan mestilah berdasarkan kepada

past tense dan past perfect.

II. Retorik Penerangan ( Deskriptif )

Ucapan penerangan bertujuan menyampaikan dan mengukuhkan maklumat atau ilmu yang

baru dan sedia ada.Retorik penerangan menuntut penceramah supaya mempunyai struktur

pengucapan yang jelas agar hadirin dapat memahami penerangan itu dengan baik. Dalam

ucapan jenis ini, penceramah harus banyak menggunakan sifat nama yang boleh membantu

hadirin menggunakan imaginasi dan pengalaman mereka.Perkataan-perkataan sifat nama

yang berasaskan kepada deria sentuh, rasa, lihat, bau dan dengar mempunyai makna yan

lebih besar kepada hadirin.

Retorik penerangan juga menuntut supaya penceramah mempunyai maklumat atau ilmu

kontemporari kerana sebahagian hadirin mempunyai maklumat dan ilmu terkini khususnya

dalam zaman teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan ini.Kewibawaan penceramah

ini.Kewibawaan penceramah akan terjejas jika maklumat atau ilmu yang dibicarakan dalam

ucapannya ketinggalan masa dan tidak kontemporari. Penceramah yang memilih jenis

ucapan ini tidak harus terkeliru antara ucapan penerangan dengan ucapan pemujukan

(persuasive).Misalnya, ucapan tentang jenis-jenis dadah adalah ucapan penerangan

manakala menjauhi dadah adalah ucapan pemujukan.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 23

Page 24: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

III. Retorik Demonstrasi atau Proses.

Ucapan yang berdasarkan retorik proses mengutarakan siri langkah-langkah yang membawa

kepada sesuatu hasil atau output. Ucapan jenis ini bertujuan menerangkan bagaimana

sesuatu perkara berlaku atau terjadi atau berfungsi atau bagaimana cara membuat sesuatu.

Antara ciri yang harus ada pada ucapan jenis ini ialah kronologi masa dan urutan langkah

yang menghasilkan sesuatu natijah. Lazimnya, penceramah akan menggunakan APD untuk

menjelaskan tentang sesuatu proses.

Selain itu, ciri penting yang terdapat dalam retorik ini ialah penggunaan struktur ayat pasif

yang lebih banyak berbanding ayat aktif.Misalnya ,”ketulan daging itu kemudiannya

dimasukkan ke dalam kuali ” dan bukan “Ahmad memasukkan ketulan daging dalam

kuali.” Ayat-ayat arahan juga adalah antara struktur ayat yang mudah dijumpai dalam retorik

ucapan proses. Misalnya , “taburkan anak benih pokok dalam setiap kotak semaian yang

disediakan. “Dalam bahasa Inggeris, ayat-ayat imperative , present tense dan present perfect

adalah antara struktur ayat yang mesti ada dalam retorik proses.

IV. Retorik perbandingan.

Retorik ucapan ini menuntut supaya penceramah mengemukakan elemen-elemen persamaan

dan kemudian mengemukakan elemen-elemen perbezaan. Selepas itu, anda perlu membuat

analisis perbandingan antara kedua-duanya dari sudut kebaika dan keburukannya. Akhir

sekali, anda perlu membuat ruusan bagi memutuskan yang mana satukah pilihan anda.

Dalam retorik ini, penceramah harus menggunakan beberapa frasa penting , misalnya,

“...lebih besar daripada....” ; dan frasa penyambung, antaranya “walau bagaimanapun,”

“tetapi ”, “berbeza daripada X, Y lebih ….”

Retorik ini dikategorikan sebagai salah satu tahap kemahiran berfikir yang agak tinggi

berbanding dengan kemahiran berfikir .

3.2.2.2 Jenaka Kecil ( Humor )

Jenaka kecil mempunyai tempat istimewa dalam pengucapan awam. Jenaka kecil diperlukan

bagi menarik perhatian hadirin, menghiburkan, melegakan hadirin serta mengurangkan rasa bosan

ketika mendengar ceramah atau ucapan dan menyokong hujah atau pandangan yang diberikan. Biar

apa bentuk pun ceramah anda, sama ada penerangan, demonstrasi barang atau argumentatif , anda

perlu menyelitkan unsur-unsur yang boleh menghiburkan pendengar atau penonton. Walau

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 24

Page 25: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

bagaimanapun , penceramah harus berhati-hati dalam menggunakan jenaka kecil dengan mengambil

kira latar belakang hadirin dan budaya setempat. Misalnya , jenaka kecil yang menyebut tentang

orang gemuk , orang cacat, orang yang daif dan sebagainya.Perkataan-perkataan yang sensitif ini

harus dielakkan dalam pengucapan awam.

3.3 Penutup.

Penutup kepada pengucapan awam adalah sama penting denga permulaan pengucapan. Ia

seharusnya meninggalkan rasa kepuasan kepada hadirin . Ia juga menjawab beberapa persoalan atau

kemusykilan yang ada pada hadirin di awal ceramah. Ia juga menentukan sama ada ucapan anda

berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.Apabila anda telah bercadang untuk mengakhiri

ucapan anda, ada baiknya anda membuat kesimpulan atau rumusan terhadap apa ang telah

disampaikan. Pastikan anda tidak mengambil masa berjela-jela atau bercakaptentang hal lain di

akhir ucapan anda. Bagi memudahkan hdirin memahami bahawa anda telah sampai ke penghujung

ucapan , anda boleh berikan petanda. Misalannya :

Sebagai kesimpulannya , saya kira beberapa perkara dilihat......

Akhir sekali , saya ingin menegaskan......

Sebagai penutup bicara, marilah kita.....

Anda harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkara-

perkara-perkara yang telah disampaikan. Misalnya “

Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin menekankan sekali lagi betapa pentingnya....

Sebentar tadi saya telah mengemukakan kepada tuan-tuan lima perkara pokok bagaimana

kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. Pertama.....Kedua....(secara

ringkas)

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 25

Page 26: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

Kemudian , anda mengingatkan hadirin supaya mengambil langkah-langkah yang perlu

setelah selesai mereka mendengar ucapan anda . Contohnya :

Saya mengharapkan tuan-tuan akan bersama dengan saya bertindak menangani hal ini

seberapa segera.

Semoga ucapan tadi dapat dimanfaatkan oleh tuan-tuan.

Apa yang saya sampaikan hanyalah pengalaman sya berkhidmat dalam organisasi ini selama

30 tahun. Saya berdoa semoga tuan puan akan memelihara nama baik organisasi ini.

Akhir sekali, anda boleh menutup ceramah anda dengan rasa rendah diri , memohon

kemaafan sekiranya terkasar bahasa dan ditutup dengan memberi salam atau ucap selamat serta

terima kasih. Contohnya :

Sekian dahulu , terima kasih.

4.0 PENUTUP

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 26

Page 27: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

4.1 Rumusan.

Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap

individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal dan

sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpula besar. Apa yang penting ialah kita perlu

memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan

bersama seseorang. Sebaliknya kemahiran dan bakat pengucapan awam itu prlu diasah dan dibentuk

melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Tidak mustahil seseorang yang tidak mahir berucap

di khalayak ramai mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran pengucapa awam sekiranya dia

mahi, seperti mana kata pepatah Melayu “belakang paang kalau diasah lagikan tajam”.

Ucapan sangat penting kerana ia adalah satu cara bagaimana manusia dapat berkongsi idea

antara satu sama lain. Perkongsian idea amat penting bagi mewujudkan persefahaman yang

mungkin sukar diwujudkan antara individu yang unik. Sememangnya mudah wujud perbezaan

pendapat dan percanggahan idea yang ketara antara individu yang berbeza.

Kemahiran berucap amat penting tidak kiralah apabila seseorang itu berucap disebabkan

kerjayanya ataupun dipilih berucap secara tiba-tiba. Ada orang berpendapat kemahiran berucap di

khalayak ramai adalah keunikan yang diwarisi turun temurun, tetapi sebenarnya tidak. Ahli

psikologi percaya berdasarkan kajian yang mereka jalankan, kemahiran berucap ini dapat dibentuk

serta diwujudkan oleh sesiapa juga yang ada kemahuan untuk menguasainya.Sebagaimana

kemahiran-kemahiran yang lain, kemahiran berucap ini perlu dipupuk melalui latihan, pendedahan,

pengalaman serta melalui pembacaan buku panduan.

Pengucapan dan penyampaian yang berkesan umpama sebuah percintaan. Sebuah percintaan

adalah ideal apabila berlakunya perkongsian perasaan yang difahami oleh kedua-dua individu yang

sedang bercinta. Kejayaannya adalah apabila dipraktikkan dengan kesungguhan dan komitmen

daripada kedua-dua belah pihak. Dalam konteks pengucapan ia dilihat sebagai pemberi ucapan dan

khalayak atau audiens. Interaksi antara kedua-duanya merupakan penentu kepada keberkesanan

mesej yang hendak disampaikan.

Pengucapan dan penyampaian yang berkesan merupakan satu proses interaksi antara pihak

yang bercakap dengan pihak yang mendengar dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat , idea,

maklum balas , meningkatkan hubungan , memberi pendapat, mendapatkan kepastian , mengetahui

sesuatu yang baru, membuat keputusan secara bersama dan seumpamanya.

Dalam konteks ini jika tidak ada keinginan di dalam diri seseorang itu untuk berkomunikasi

maka tidak akan wujud komunikasi. Dalam pengucapan dan penyampaian yang berkesan harus

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 27

Page 28: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

melibatkan komunikasi antara pengucap dengan sekumpulan pendengar. Dalam konteks ini juga ia

melibatkan penghantaran mesejdalam bentuk lisan dan bukan lisan. Apabila seseorang itu memberi

pengucapan di khaayak ramai, selain daripada maksud percakapannya, ia juga memberi mesej-

mesej tertentu melalui pakainannya , pergerakan badan , pergerakan mata dan tingkah laku.

Pengucapan dan penyampaian yang baik adalah bertujuan untuk membolehkan berlakunya

perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya.

Kebolehan berkomunikasi ini merupakan satu kekuatan kepada pengucap kerana keupayaan

mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar ke arah perkara yang dihasratkan oleh

pengucap.

5.0 BIBLIOGRAFI

Rujukan dari buku :

Izwan Munir, Zakiah Azam, Ng Chan Heng, 2004, Khazanah Bahasa: karangan Bahasa Malaysia SPM, Selangor, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Juhana Salim, Rashidi Adam, 2003, Revisi Prioriti SPM Karangan KBSM, Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd.

Junaida Ibrahim, BA (Hons), 2002, Spektrum Dinamik SPM Bahasa Malaysia, Selangor, Preston Corporation Sdn. Bhd.

Mohd Tajuddin Abdul Muthaliff, 1994, Bimbingan Menjawab Secara Efektif SPM- KBSM: Bahasa Melayu Kertas 1, Selangor, Federal Publications Sdn. Bhd.

Md Izzuddin Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff , 2005 , Berucap dengn yakin ,Selangor , MALIMDO PRINTERS , Sdn Bhd.

Rahmat Masri dan Sthiraruci Tan, 1993, 102 Karangan & Surat Kiriman Contoh PMR, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Samsuddin Wahab , 2004 , Belajar berucap , KualaLumpur , PTS Professional Publishing, Sdn Bhd.

Supyan Hussin , 2003 , Kecemerlangan dalam pengucapan awam , Kuala Lumpur , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 28

Page 29: Kompetensi Dalam Bahasa Melayu-HBML4403

Rujukan dari internet :

http://sitiadora.blogspot.com/2011/03/pengucapan-awam-public-speaking.html Tarikh muat turun : 17 Oktober 2011.

http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/11/pengucapan-awam-1.html Tarikh muat turun : 18 Oktober 2011

http://info.mohr.gov.my/PTK/notaPTKbaru/nota%20TK4/pengucapan%20awam%20yang %20berkesan.pdf Tarikh muat turun: 20 Oktober 2011

http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengucapan-awam.html Tarikh muat turun: 22 Oktober 2011

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/6742- hilangkan-rasa-gugup-ketika-berpidato.html Tarikh muat turun : 25 Oktober 2011

RUZINA AMRUN / HBML 4403 / 690824105392 29