tugasan hbml4403

46
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / 2012 HBML 4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU NAMA TUTOR : NUR `AZAH BT AHMAD @ AHMAD ZAKARIA NAMA : MASLINA BT MISIRAN @ BAKUN NO. MATRIKULASI : 730809015042002 NO. KAD PENGNEALAN : 730809015042 NO. TELEFON : 012-5195504

Upload: maslina-bt-misiran

Post on 02-Jan-2016

172 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan HBML4403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2012

HBML 4403

KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NAMA TUTOR : NUR `AZAH BT AHMAD @ AHMAD ZAKARIA

NAMA : MASLINA BT MISIRAN @ BAKUN

NO. MATRIKULASI : 730809015042002

NO. KAD PENGNEALAN : 730809015042

NO. TELEFON : 012-5195504

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH

Page 2: Tugasan HBML4403

HBML 4303

1.0 PENGENALAN

Media boleh didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat

antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah,

poster dan sebagainya.(Heinich, Molenda, Russell, 1981)Pengertian ini lebih

menekankan tentang komunikasi. Media dijangka dapat memudahkan proses

komunikasi antara pengantar dan penerima. Jika media digunakan untuk tujuan

pengajaran sama ada dalam pendidikan atau latihan, maka ia menjadi media

pengajaran.(Yusuf Hashim,1997). Jika media digunakan untuk penyampaian atau

persembahan maklumat, maka media itu menjadi media maklumat. Sebagai

contoh video dokumentari yang ditunjukkan di kaca TV adalah video maklumat.

Namun demikian video dokumentari boleh menjadi media pengajaran jika ia

dirancang untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah media

pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan

(perisian) media yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk

menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat dua jenis media pengajaran yang boleh guru gunakan untuk

penyampaian pengajaran yang lebih berkesan iaitu terdiri daripada media cetak

dan media bukan cetak. Media cetak meragkumi bahan bercetak, akhbar, gambar,

kamus, majalah dan pelbagai bahan cetak yang lain manakala bahan bukan cetak

pula terdiri daripada radio, televisyen, video, komputer projektor, CD ROM,

Portal pembelajaran dan sebagainya.

1

Page 3: Tugasan HBML4403

HBML 4303

1.1 Rasional Pemilihan Media Bukan Cetak

Pilihan utama saya adalah media bukan cetak bersesuaian dengan

sistem pembelajaran masa kini yang lebih menjurus ke arah penggunaan

teknologi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan media bukan cetak yang

2

Page 4: Tugasan HBML4403

HBML 4303

dirancang dan diselengarakan dengan sempurna adalah penyumbang

faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pengajaran dan

pembelajaran, mewujudkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk

mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan,

menarik dan dapat memotivasikan mereka.Mengikut Noraziah Abd Hamid

(1981), media digunakan untuk menambahkan kelancaran perhubungan di

antara guru dengan pelajar dan sebaliknya pelajar sama pelajar dan

membantu mempercepatkan proses kefahaman mereka. Penggunaan

media pengajaran khususnya media bukan cetak juga dapat mengatasi

pebagai masalah seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan masa,

kawalan bilik darjah, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru.

Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di

kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Menurut Omar Hamalik (1982) menjelaskan bahawa kemajuan

teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari

akan pentingnya media pengajaran khususnya media elektronik sebagai

memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar.Hasil

daripada kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994) dalam Omar

Drahman,1997, mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan

pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti:

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media

pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pembelajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

3

Page 5: Tugasan HBML4403

HBML 4303

2.0 FAKTOR PEMILIHAN MEDIA

Perubahan pesat yang berlaku dalam negara memberikan impak yang besar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kita pada hari ini. Oleh yang demikian

penggunaan pelbagai bahan multimedia oleh guru Bahasa Melayu merupakan satu

cara yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.Pemilihan media bukan cetak seperti Laman

Sesawang, Portal Pembelajaran Interaktif,CD ROM, Video,Slaid Power Point

adalah seperti faktor-faktor di bawah.

2.1 Memudahkan dan mewujudkan komunikasi antara murid dan

pelajar.

Bagi David Berlo, yang diambil dari Maria Daman (2002:27),

menyatakan bahawa, dalam proses komunikasi terdapat empat ciri-ciri

penting iaitu :

Rajah 1: Unsur-Unsur Penting Dalam Komunikasi

Berdasarkan rajah di atas, guru adalah sumber manakala pelajar adalah

penerima. Manakala isi pelajaran bahasa adalah mesej atau pesanan dan

salurannya melalui lisan, media pengajaran dan tulisan.

Seandainya media pengajaran digunakan secara terancang dan rapi,

situasi pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Ini disebabkan, media

pengajaran bukan sahaja penting sebagai rangsangan, penjelas makna,

Sumber

Pesanan Penerima

Saluran

4

Page 6: Tugasan HBML4403

HBML 4303

penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, mempelbagaikan kaedah

dan teknik pengajaran, malahan ianya juga bertindak sebagai media

komunikasi dan pendorong pengajaran terancang.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK),didapati bahawa aspek yang berkaitan

media pengajaran juga telah dikenalpasti. Pusat Perkembangan Kurikulum

ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kurikulum dan

keberkesanan pelaksanaannya. Di peringkat makro, fokus penyelidikan

ditumpukan kepada dasar kurikulum yang meliputi kurikulum di peringkat

pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala di

peringkat mikro pula, PPK menjalankan projek-projek untuk mendapatkan

maklumat mengenai aspek-aspek tertentu dalam pelaksanaan dan

perkembangan kurikulum.

Selain itu, menurut kajian yang dilakukan Ab. Rahman Ab.Rashid

(1995), penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik dalam

proses pengajaran adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan

kejayaan pembelajaran lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran bahasa

Melayu. Sebagai contoh video yang diambil daripada kejadian sebenar

ataupun lakonan adalah salah satu media pengajaran yang penting. Perkara

yang lebih penting ialah video boleh digunakan untuk menyampaikan isi

pelajaran, misalnya dalam paparan video tentang kejadian gempa bumi

dan mencana alam, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan isi-isi

pelajaran yang kemas dan teratur, malah pelajar dapat mempelajari dan

menghayati kejadian yang berlaku dengan lebih jelas dan mendalam.

Selain itu juga pelajar dapat mempelajari dan mendengar sebutan dan

intonasi yang betul. Secara tidak langsung video-video yang dipaparkan

lebih memudahkan dan mewujudkan komunikasi antara guru dan pelajar.

5

Page 7: Tugasan HBML4403

HBML 4303

2.2 Bahan yang memudahkan pemahaman pelajar.

Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman pelajar

dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai contoh CD-ROM boleh

memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh para

guru. Ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti buku teks. Perisian CD-

ROM boleh dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti

aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian,e-glosari

atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan atau capaian internet. Aktiviti

interaktif yang disediakan dalam perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan

dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang

kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti

pelajar dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif

memberikan mereka latih tubi yang menarik dan bermakna tentang

sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin,

2005). Kadang kala terdapat tajuk-tajuk para aras tinggi yang agak sukar

bagi pelajar untuk memahaminya. Dengan adanya CD-ROM dan

multimedia yang pelbagai ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar

memahami sesuatu tajuk sekaligus dapat meningkatkan lagi minat mereka

menguasai tajuk berkenaan. Selain itu, ia dapat menjadikan pelajar lebih

seronok belajar apabila perisian kursus yang digunakan menyelitkan

animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan dalam visual yang

ditayangkan (Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak, 2003). Hal ini

sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar

terhadap tajuk yang dipelajari khususnya dalam tajuk yang mengandungi

banyak fakta seperti tajuk Hari Kemerdekaan untuk Bahasa Melayu Tahun

2. Untuk tajuk ini beberapa peristiwa berkaitan kemerdekaan dijelaskan

dengan simulasi bagi memastikan sesuatu pengajaran itu kekal dalam

ingatan pelajar.

Penggunaan video juga sangat membantu. Penggunaan dan video

dapat menyampaikan isi pelajaran dengan skop yang lebih luas lagi, iaitu

6

Page 8: Tugasan HBML4403

HBML 4303

dengar dan lihat. Filem bergerak pula membantu memberi pandangan

yang jelas tentang sesuatu perkara. Filem slaid pula dimasukkan suara

iaitu dengan cara mensinkronikannya. Semasa tayangan, guru boleh

memberhentikan dari satu filem ke satu filem untuk memberi ulasan dan

keterangan.

Mengikut Noraziah Abd. Hamid (1981:2) pula, media pengajaran

bukanlah merupakan sebahagian yang tersisih ataupun asing dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, tetapi sebaliknya ‘alat bantu’ itu mestilah

dianggap sebagai satu bahagian yang padu atau integral part’ dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan konteks ini, fungsi

media pengajaran ini dilihat dari segi media pendidikan. Bahkan media

pendidikan digunakan bertujuan untuk menambahkan kelancaran

perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar sesama

pelajar dan membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.

2.3 Meningkatkan kreativiti pelajar dan menggalakkan Kemahiran

Berfikir Secara Kreatif dan Kritis.

Faktor lain yang menjadikan CD-ROM amat sesuai digunakan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah kerana adanya perisian

berbentuk penyelesaian masalah yang boleh meningkatkan motivasi

pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah

berbantukan komputer yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran.

Perisian permainan ini merangkumi penggunaan pengetahuan dan

kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi dalam

bentuk permainan (Abdul Ghafar Mohd. Din, 2003). Mata pelajaran

Bahasa Melayu memerlukan banyak kaedah penyelesaian masalah. Oleh

yang demikian, penggunaan multimedia secara langsung melalui latihan

atau langkah-langkah akan dapat membantu pelajar memperoleh

kemahiran mengatasi masalah dengan melihat sendiri langkah-langkah

bagi mengatasi sesuatu masalah. Guru juga boleh menayangkan langkah-

langkah yang salah dalam membuat urutan cerita atau ayat dan pelajar

7

Page 9: Tugasan HBML4403

HBML 4303

akan mengkaji serta memberi pendapat mereka berhubung dengan

permasalahan yang diberi.Aktiviti ini sering melibatkan aktiviti penulisan

pada aras 3 untuk murid Tahun 6.

Guru haruslah kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat

menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru untuk

mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah adalah amat penting. Leonard

M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa;

Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-

murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman

dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif

dalam bilik darjah ialah:

1. Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang

diajar.

2. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu

sama lain.

3. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja

anda.

Berdasarkan pernyataan itu, ternyatalah betapa pentingnya bagi

guru-guru Bahasa Melayu untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah

yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Ini

akan lebih mencabar. Kepentingan bantuan media pengajaran terkini

multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting

dalam menempuh situasi pembelajaran masa kini. Selain itu, ia juga

dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan

boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan

guru dan pelajar. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Media pengajaran

merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses

pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi, peranan

media pengajaran ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi

meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau

8

Page 10: Tugasan HBML4403

HBML 4303

teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan

masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup

Hashim, 1998, m.s,287).

2.4 Media yang menarik minat pelajar.

Media pengajaran bukan cetak merupakan peralatan yang

digunakan untuk membantu guru mengajar dan juga boleh mewujudkan

rangsangan, minat dan keinginan pelajar untuk mengetahui secara lebih

mendalam tentang apa yang hendak dipelajari pelajar. Penggunaan media

pengajaran yang sesuai dan menarik dengan tajuk pembelajaran akan

menjadikan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan. Justeru itu

kepentingan media pengajaran adalah untuk menarik minat belajar pelajar

memang tidak boleh diragui dan dipertikaikan lagi. Malah media

pengajaran adalah penyumbang faktor terpenting dalam menentukan

kejayaan proses pembelajaran, mewujudkan rangsangan keinginan pelajar-

pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran

lebih menyeronokkan, menarik dan dapat memotivasikan mereka

Bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan,

penggunaan media pengajaran yang bersesuaian akan mendorong minat

pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan,

seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran

seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai daya

penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada

seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan

pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu

sendiri. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu ,keberkesanannya akan

diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat,

dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat

berlaku secara serentak jika pelbagai media pengajaran digunakan dalam

pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165).

9

Page 11: Tugasan HBML4403

HBML 4303

CD-ROM seperti yang telah dibincangkan adalah satu multimedia

interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti

interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai

kandungan buku teks. Konsep yang khusus dan abstrak dalam buku teks

dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui elemen

multimedia dalam CD-ROM Aktiviti interaktif yang disediakan dalam

perisian ini meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti

simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian

interaktif di mana keputusan semua aktiviti pelajar dapat direkod

(tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan mereka

latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah

dipelajari dalam buku teks (Rozinah Jamaludin, 2005)

2.5 Merangsang deria pendengaran dan penglihatan pelajar.

Di samping itu, dengan menggunakan multimedia di dalam

pembelajaran para pelajar, ia dapat membantu merangsang deria

pendengaran dan penglihatan mereka.Bahan berasaskan multimedia ini

mengandungi perisian berbentuk simulasi yang boleh digunakan dalam

mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya dalam

mempelajari tajuk Kraftangan Tradisional , guru boleh menayangkan

visual yang menunjukkan seseorang sedang menghasilkan kraftangan.

Dalam visual tersebut, mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana

kraftangan labu sayong dihasilkan. Mereka dapat melihat keadaan ketika

tanah liat dijemur, ditumbuk, diuli dan ditempa atau dibentuk sehingga

proses akhir pembuatan labu sayong. Apabila murid dapat menyaksikan

tayangan tersebut, mereka akan menguasai kemahiran tertentu dan

mempraktikkannya walaupun hasilnya tidak sama seperti visual. Kaedah

demonstrasi melalui tayangan visual ini juga akan dapat menyediakan

secara langsung objek, proses atau cara melakukan sesuatu (Ahmad

Mohammad Salleh, 2004).

10

Page 12: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Menurut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat

pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh

manusia 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada

deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3%

daripada deria bau (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1986). Oleh yang

demikian, pengunaan bahan bantu mengajar terutamanya melibatkan

pancaindera pandang dan dengar memainkan peranan yang penting dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Seterusnya menurut Maria Daman (2002:22), yang memetik

pendapat Alan C. Holmes, menyatakan bahawa:

“ Generally, the more sences people can use the more likely they are to

understand and to remember. It is for this reason that the teacher

always does his best to find ways of teaching which will enable the

people to use as many of their sences as possible”.

Berdasarkan kenyataan di atas, kajian yang telah dilakukan oleh

Harvard Business School adalah benar. Kajian tersebut juga menjelaskan

bahawa kadar menerima informasi bagi lima deria itu adalah berlainan:

Jenis deria Peratus (%)

Rasa 1 %

Sentuh 1.5 %

Bau 3.5 %

Dengar 11 %

Lihat 83 %

Tambahan pula, gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza.

Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu : pertama Audiotori ; melibatkan

pendengaran seperti bunyi, muzik, suara dan nyanyian. Kedua Visual ;

melibatkan gambar pegun, animasi, grafik dan video. Ketiga Kinestatik ;

melibatkan kegiatan amali dan kemahiran.

Kajian yang telah dilakukan oleh Gould-Marks menurut Maria Daman

(2002:39), telah membuktikan bahawa apabila alat komunikasi digunakan

11

Page 13: Tugasan HBML4403

HBML 4303

dengan bijak, peratus pemahaman ialah sebanyak 30% dan pertus ingatan

adalah sebanyak 40%. Seterusnya beliau menambah bahawa manusia

mempeoleh pengetahuan melalui membaca (10-15%), pendengaran (20-

25%), dan melalui penglihatan (30-35%). Beliau menambah lagi dengan

menyatakan lebih 50% gabungan mendengar dan melihat, sehingga 90%

melalui penglihatan dan penglibatan sendiri.

2.6 Media yang dapat menjadikan pendidikan lebih produktif.

Penggunaan multimedia akan dapat menjadikan pendidikan lebih

produktif dengan membawa konsep kehidupan yang sebenar kepada

pelajar. Mereka dapat mengimaginasikan tayangan video atau grafik di

dalam multimedia itu dalam kehidupan mereka. (Jamaludin Harun &

Zaidatun Tasir, 2003). Contohnya bagi tajuk Pelancongan,

berkemungkinan terdapat pelajar yang pernah mengikuti rombongan atau

bercuti bersama keluarga dan mungkin ada yang tidak pernah

mengalaminnya. Oleh yang demikian, dengan adanya multimedia yang

mengandungi pelbagai video, audio, dan grafik berkenaan tempat-tempat

menarik ini, ia dapat memberi pengalaman sebenar dan pengetahuan

secara langsung kepada pelajar dalam mempelajari tajuk tersebut.

Seterusnya, menurut Yusup Hashim (1998), CD-ROM akan dapat

membantu pelajar belajar secara kendiri. Media pengajaran yang

digunakan dalam sistem ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru

Bahasa Melayu itu sendiri dan boleh digunakan oleh murid tanpa bantuan

guru. Pelajaran boleh dijalankan di mana-mana walaupun guru dan pelajar

tidak dapat bertemu secara bersemuka sepanjang masa. Latihan

pengukuhan juga dapat dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan

jadual waktu serta masa penemuan bersama guru. Visual-visual yang

terdapat dalam CD-ROM tersebut juga boleh membantu mereka

melakukan pengulangan ketika berada di rumah. Ciri-ciri CD-ROM yang

lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, tidak sakit hati dan sabar semasa

menggunakan program menjadikan ia sangat fleksibel sama ada bagi

12

Page 14: Tugasan HBML4403

HBML 4303

pelajar cerdas atau sebaliknya.Dalam pendidikan banyak inovasi

diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

guru. Contoh terkini ialah Projek 1 BestariNet Frog VLE yang akan

memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada

pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat

menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses

interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Guru-guru telah diberi

pendedahan penggunaan FrogVLE ini secara berperingkat dan sasaran

kepada semua guru dan murid apabila Persekitaran Pembelajaran Maya

dijalankan. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak

tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta

menyemak markah menerusi VLE. Melalui FrogVLE, pendidikan boleh

dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa sama ada di sekolah atau di

rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.(Frogasia Training Trainer’s Guide

v 2.0)

3.0 APLIKASI MEDIA DENGAN AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA.

3.1 Aktiviti Terowong Ilmu Multimedia.

Aktiviti dijalankan untuk murid Tahun 2 Saga di Sekolah Kebangsaan Ulu

Kenas. Murid seramai 25 orang dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Murid

melalui terowong yang dibina daripada laluan yang ditutup dengan langsir hitam

yang menyerupai dalam terowong yang terdapat di kantin sekolah. Di dalamnya

diletakkan 6 buah komputer yang tersedia aktiviti kemahiran bahasa untuk murid

terokai. Setiap aktiviti diawasi oleh guru dan guru tersebut bertanggungjawab

memberi markah untuk setiap kumpulan.Setiap aktiviti yang dijalankan

mengandungi kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan.Dalam

aktiviti ini, media bukan cetak yang digunakan adalah video dari laman sesawang-

You Tube, Portal Interaktif-Zoom A, Slaid Power Point dan CD ROM.

13

Page 15: Tugasan HBML4403

HBML 4303

3.1.1 Aktiviti 1

Tema : Pelancongan

Tajuk : Melawat ke Zoo Taiping

Kemahiran : SK: 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons

terhadap sesuatu arahan,soalan,pesanan yang

didengar dengan betul.

SP: 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan

respons dengan betul secara lisan terhadap

pelbagai soalan.

Tayangan video lawatan sambil belajar di Zoo Taiping yang diperolehi

daripada http://www.youtube.com/watch?v=KTNwrLPT2Dg dan dipaparkan pada

skrin komputer.

14

Page 16: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Panduan:

1. Murid di dalam kumpulan memerhatikan video yang ditayangkan di

laman sesawang You Tube tentang lawatan yang dijalankan di Zoo

Taiping.

2. Guru mengemukakan 5 soalan secara lisan kepada setiap murid.

2.1 Di manakah lawatan itu diadakan?

2.2 Apakah haiwan yang terdapat di dalam video ini?

2.3 Bagaimanakah perasaan Adam?

2.4 Siapakah yang telah memberikan penerangan?

2.5 Apakah yang telah dilakukan oleh Ali terhadap burung unta yang

terdapat di zoo tersebut?

3. Murid menjawab soalan-soalan secara yang dikemukakan secara lisan.

4. Guru memberi markah kepada setiap kumpulan berdasarkan jawapan

yang dijawab oleh murid.

Keberkesanan Bahan

Penggunaan media berbentuk video tentang lawatan ke Zoo

Negara dapat merangsang murid memberi perhatian yang sepenuhnya

kepada cerita yang terdapat di skrin komputer. Setelah murid

dipersembahkan dengan video yang menarik, guru mengemukakan

beberapa persoalan sebagai menjana minda dan mengumpul fakta dan

murid dapat menjawab secara lisan terhadap soalan-soalan yang

dikemukakan oleh guru.

3.1.2 Aktiviti 2

Tema : Semangat Perpaduan

Tajuk : Jiran yang baik

Kemahiran : SK:2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa

dan ayat daripada pelbagai sumber dengan

sebutan yang betul.

15

Page 17: Tugasan HBML4403

HBML 4303

SP:2.4.2Membaca dan memahami maklumat daripada

Bahan multimedia untuk menyatakan

maklumat mengikut urutan yang betul.

Petikan cerita Permata Harapan yang dipaparkan pada skrin komputer

untuk aktiviti ke dua. Cerita ini diambil daripada Portal Interaktif Zoom

A http://zoom-a.com/ .

Panduan:

1. Murid di dalam kumpulan membaca secara senyap petikan yang

terdapat di dalam paparan di skrin komputer.

2. Guru memilih seorang murid daripada ahli kumpulan untuk membaca

lantang dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Murid yang terpilih membaca petikan dengan kuat dengan

menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

4. Guru memberi markah kepada setiap kumpulan di dalam borang

markah yang disediakan.

16

Page 18: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Keberkesanan Bahan

Penggunaan media berbentuk bahan yang diambil dari Portal

Pembelajaran Interaktif Zoom A.Aktiviti kemahiran bahasa ini

menekankan aktiviti membaca petikan, pelajar melalui bacaan teks dapat

menggunakan daya imaginasi mereka sehingga dapat menimbulkan

perasaan membayangkan keadaan serta dapat mencadangkan dalam

pengeluaran idea Aktiviti ini menekankan kemahiran membaca

bersesuaian dengan kemahiran 2.2 pada aras 2, membaca dengan intonasi

dan jeda yang betul.

3.1.3 Aktiviti 3

Tema : Seni dan Budaya

Tajuk : Cerita Rakyat

Kemahiran : SK: 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, ayat

dengan betul.

SP:3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa

dengan cara yang betul dan kemas.

17

Page 19: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Aktiviti 3 memaparkan slide Power Point yang disediakan oleh

guru dan dipaparkan di skrin komputer yang ke tiga. Slaid ini

memaparkan susunan cerita Si Tanggang yang tidak mengikut

susunan.

Panduan :

1. Murid memerhatikan slaid Power Point yang mengandungi

cerita Si Tanggang yang tidak mengikut susunan yang betul.

2. Guru minta murid menyusun cerita dengan urutan yang betul.

3. Guru minta wakil murid dalam kumpulan untuk menulis cerita

mengikut urutan yang betul di dalam lembaran kerja yang telah

disediakan.

4. Guru memberi markah untuk kumpulan berdasarkan jawapan

yang diberi dan mencatat di borang markah yang disediakan.

Keberkesanan Bahan:

Penggunaan media untuk aktiviti ketiga ialah slaid Power

Point untuk menekankan kemahiran menulis 3.3 Membina dan

menulis perkataan, frasa, ayat dengan betul. Pelajar di dalam

kumpulan berbincang untuk menulis cerita mengikut urutan yang

betul. Slaid Power Point menjelaskan lagi penerangan tentang

aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid.

3.1.4 Aktiviti 4

Tema : Tatabahasa

Tajuk : Kata Ganda

Kemahiran: SK: 2.5 Membaca dan menaakul untuk

memindahkan maklumat yang terdapat

dalam pelbagai bahan.

SP:2.5.2Membaca, memahami dan menaakul

18

Page 20: Tugasan HBML4403

HBML 4303

bahan grafik dan bahan bukan grafik

dengan betul.

Aktiviti 4 memaparkan aktiviti interaktif yang disediakan di Portal

Pembelajaran Interaktif Zoom A. Aktiviti ini memaparkan

latihan tatabahasa Kata Ganda dan murid boleh memilih jawapan

secara interaktif. Terdapat 30 soalan interaktif Kata Ganda yang

perlu diselesaikan.

Panduan :

1. Murid di dalam kumpulan memerhatikan latihan mengisi tempat

kosong dengan kata ganda yang betul dan menanda pilihan

jawapan.

2. Murid diminta membaca dan memahami soalan yang terdapat di

dalam skrin.

3. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan.

4. Murid diminta menaip kata ganda yang bersesuaian dengan ayat

dan membuat pilihan jawapan sama ada A,B,C atau D.

19

Page 21: Tugasan HBML4403

HBML 4303

5. Setiap kumpulan perlu menjawab 30 soalan.

6. Selesai menjawab, markah akan dipaparkan dan guru

memasukkan markah di dalam borang markah yang telah

disediakan.

Keberkesanan Bahan

Dengan menggunakan Portal Interaktif Zoom A untuk

aktiviti keempat, murid perlu mencari jawapan bagi kata ganda yang

sesuai dengan ayat yang diberi. Latihtubi yang berbentuk dinamik

mempunyai ciri-ciri interaktif seperti menjawab pilihan jawapan,

semakan jawapan, jumlah skor. Media sebegini amat berkesan

dalam menarik minat murid menjawab soalan dan menjalani

pembelajaran bercorak koperatif.

3.1.5 Aktiviti 5

Tema : Saya Anak Malaysia

Tajuk : Pantun Budi

Kemahiran: SK:3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat

tentang sesuatu perkara dengan

menggunakan bahasa yang santun.

SP:3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat

berbentuk puisi dengan menegaskan

kesantunan berbahasa secara berpandu.

20

Page 22: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Paparan pantun di atas adalah latihan yang terdapat di dalam CD ROM

Interaktif Bahasa Melayu Tahun 2. Aktiviti ini memaparkan rangkap

pantun tanpa pembayang.

Panduan:

1. Murid di dalam kumpulan memerhatikan pantun yang terdapat pada

skrin yang dipaparkan.

2. Slaid memaparkan tiga rangkap pantun tanpa pembayang.

3. Murid dikehendaki berbincang di dalam kumpulan untuk mencari

pembayang bagi pantun-pantun tersebut.

4. Wakil murid dalam kumpulan dikehendaki menjawab pembayang

secara lisan.

5. Murid menulis rangkap pantun yang telah sempurna di lembaran kerja

yang telah disediakan.

6. Guru memberi markah kepada kumpulan dan mengisi borang markah

yang disediakan.

Keberkesanan Bahan.

Penggunaan CD ROM untuk aktiviti ini bersesuaian dengan

kemahiran 3.6.2 iaitu menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk

puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.Panduan

yang terdapat di dalam CD ROM amat jelas dan murid dapat mengikuti

arahan yang diberikan dengan jelas tanpa penjelasan daripada guru.

3.1.6 Aktiviti 6

Tema : Semangat Perpaduan

Tajuk : Jiran Ku Mesra

Kemahiran: SK:1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu

perkara semula dengan tepat

menggunakan sebutan yang jelas dan

intonasi yang betul.

21

Page 23: Tugasan HBML4403

HBML 4303

SP:1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara

dengan tepat, sebutan yang jelas dan

intonasi yang betul menggunakan ayat

majmuk.

Slaid Power Point untuk aktiviti 6 ini memaparkan gambar tunggal yang

menunjukkan sebuah keluarga dan jiran sedang berkelah di pantai.

Panduan:

1. Murid di dalam kumpulan diminta memerhatikan gambar tunggal yang

terdapat di skrin komputer.

2. Murid dikehendaki bercerita tentang gambar tersebut dengan

menggunakan ayat dan penggunaan bahasa yang betul.

3. Murid juga diminta menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam

gambar tersebut.

4. Murid diminta membuat lima ayat secara lisan berdasarkan gambar

tunggal yang dilihat.

22

Page 24: Tugasan HBML4403

HBML 4303

5. Guru memberi markah dan mencatat dalam borang markah yang

disediakan.

Keberkesanan bahan.

Slaid Power Point memaparkan gambar tunggal bersesuaian dengan

kemahiran lisan yang ditekankan iaitu kemahiran 1.5 bercerita dan

menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan

yang jelas dan intonasi yang betul.Pelajar menggunakan imaginasi

berdasarkan imej yang terdapat dalam media tersebut. Dalam latihan ini,

pelajar menjana minda di mana pelajar dapat menggunakan daya fikirannya

serta pada masa yang sama mempergiatkan kecerdasan pelbagai yang ada

pada dirinya.

4.0 RUMUSAN

Proses interaksi antara guru dan pelajar di bilik darjah merupakan faktor

yang penting ke arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Ia

memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang tertentu untuk guru

menguasainya. Tiga aspek yang dikenalpasti dan diberi penekanan ke arah

mewujudkan pembelajaran yang berkesan dalam proses interaksi ialah aspek

pedagogi, psikologi dan teknologi.Aspek pedagogi difokuskan kepada proses

reka bentuk pengajaran, yang menjadi asas kepada pembentukan kaedah

pengajaran, teknik pengajaran dan aktiviti pengajaran. Aspek psikologi yang

ditekankan merangkumi kemahiran berfikir dan kaitannya dengan profil

kecerdasan pelbagai pelajar, manakala aspek teknologi merangkumi sistem

penyampaian serta aplikasi media pengajaran.

Pendidikan pada alaf baru hasil daripada ledakan dan perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai cabaran yang harus

dihadapi dengan bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena

perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan

kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan

bermakna.Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang

23

Page 25: Tugasan HBML4403

HBML 4303

menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh

semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokkan membawa

implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula

mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi

tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan

pengajarannya dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan

dan perisian dalam sistem penyampaian. Media bukan cetak dan berasaskan

teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, Portal Pendidikan,

internet, video, e-pembelajaran(e-learning) dan persembahan elektronik

Power Point dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi

dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan,

dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.

Bahan yang dihasilkan dengan menggunakan perkakasan komputer boleh

disampaikan di bilik darjah dengan memilih mod penyampaian berbantukan

perkakasan komputer. Pakej Pembelajaran Berbantukan Komputer adalah

bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK) yang dikenali dengan

pelbagai nama. Ia dipakejkan dalam bentuk CD-ROM dan menggunakan

elemen multimedia untuk mendapat impak dan kesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Peralatan komputer multimedia diperlukan

untuk tujuan persembahan. Perisian ini boleh digunakan oleh semua pelajar

pada setiap komputer jika mempunyai kelengkapan makmal komputer atau

digunakan pada sebuah komputer untuk tujuan aktiviti kumpulan.

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons

pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada

secara individu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan

aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Penggunaan media pengajaran di dalam aktiviti yang dijalankan untuk

murid Tahun 2 Saga di dalam aktiviti ’Terowong Multimedia’ merangkumi

24

Page 26: Tugasan HBML4403

HBML 4303

pelbagai bahan berbantukan komputer bermula dengan penggunaan video

yang diambil daripada laman sesawang di You Tube, persembahan Power

Point, Portal Interaktif dan CD ROM. Untuk aktiviti pertama setelah murid

dipersembahkan dengan video yang menarik, guru mengemukakan beberapa

persoalan sebagai menjana minda dan mengumpul fakta. Bersesuaian dengan

kemahiran 1.3 pada Aras 2, murid dikehendaki menjawab secara lisan

mengaplikasikan kemahiran bahasa dengan struktur. Semasa aktiviti

membaca petikan pula, pelajar melalui bacaan teks dapat menggunakan daya

imaginasi mereka sehingga dapat menimbulkan perasaan membayangkan

keadaan serta dapat mencadangkan dalam pengeluaran idea, Aktiviti ini

menekankan kemahiran membaca bersesuaian dengan kemahiran 2.5 pada

aras 2, membaca dengan intonasi dan jeda yang betul.

Dengan menggunakan Portal Interaktif, murid perlu mencari jawapan bagi

kata ganda yang sesuai dengan ayat yang diberi. Latihtubi yang berbentuk

dinamik mempunyai ciri-ciri interaktif seperti menjawab pilihan jawapan,

semakan jawapan, jumlah skor. Media sebegini amat berkesan dalam

menarik minat murid menjawab soalan dan menjalani pembelajaran bercorak

koperatif. Pada aktiviti akhir, di mana slaid Power Point memaparkan

gambar tunggal, pelajar menggunakan imaginasi berdasarkan imej yang

terdapat dalam media tersebut. Dalam latihan ini, pelajar menjana minda di

mana pelajar dapat menggunakan daya fikirannya serta pada masa yang sama

mempergiatkan kecerdasan pelbagai yang ada pada dirinya.

25

Page 27: Tugasan HBML4403

HBML 4303

RUJUKAN

Abu Bakar Abdul Majid & Siti Fatimah Abdul Rahman (1999). Multimedia Dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abdul Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1988). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abd. Rahman Daud (1999). Teknologi Pendidikan. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

Abd. Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdul Rahim Mohd Saad (1996). Merancang Pengajaran Yang Efektif. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Adnan Isa (1999). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi Guru-Guru Tahap Dua Sekolah Rendah Harian di Daerah Hulu Terengganu. “Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan” Tanjung Malim: UPSI.

Ahmad Mohd Salleh (2004). Falsafah, sejarah & Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Amir Hamzah Suleiman (1981). Media Audio Visual Untuk Pengajaran, Penerangan dan Pengukuhan. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Asmah Hj. Omar et. El (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1997). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan..

26

Page 28: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Fred Percival,Henry Ellington (Terjemahan Noran Fauziah Yaakub (1994).Buku Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(2012), Frogasia Training, Trainer’s Guide v 2.0

Giam Kah H(1999). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF.

Heinich,R., Molenda, M. Dan Russell, JD(1993), Instructional Media and the New Technologies of Instruction, (edisi ke 5), Macmillan, New York

Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005). Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah-Aspek-aspek Yang Berkaitan. Tanjung Malim: Quantum Books.

Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Jamaluddin Harun dan Zaidatu Tasir (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications.

Kamaruddin Hj. Hussin (1998). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Abu dan Ee Ah Meng (1995) Guru dan Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairiah Ahmad (1980). Penggunaan Alatan Mengajar Dalam Bahasa Malaysia, Dalam Bengkel, Teknik Pengajaran Bahasa. Universiti Malaya.

Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Maria Damam (2002). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jengka 18, Temerloh, Pahang. “Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan” Tanjung Malim: UPSI.

Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak. (2003). Pendekatan Konsep Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan Tulisan Jawi Prasekolah. Jurnal YADIM

Mohd Azidan Abd. Jabar (1999). “Persepsi Guru Bahasa Arab Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar” dalam Dewan Bahasa 43: 10 Oktober. Hlmn: 912-928

27

Page 29: Tugasan HBML4403

HBML 4303

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et. Al (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noraziah Abd. Hamid (1981). Alat Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kertas Kerja Seminar Perguruan. Universiti Malaya. 26-30 Disember.

Norhashim Abu Samah et al ( 1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni.

Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah – Kaedah dan Strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rozinah Jamaludin (2001). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Sains Malaysia dan Utusan Publications & Distributors.

Rumaizah Abd. Razak (2001). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Karangan. “Tulisan Ilmiah Bachelor Pendidikan” Tanjong Malim: UPSI

Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan & Latihan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Video dari http://www.youtube.com/watch?v=KTNwrLPT2Dg

Laman web interaktif http://zoom-a.com/ .

28

Page 30: Tugasan HBML4403

HBML 4303

29

Page 31: Tugasan HBML4403

HBML 4303

30