hbml4403 kompetensi dalam bahasa melayu

23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2011 KOD KURSUS: HBML4403 TAJUK KURSUS: KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 721011115007002 NO. KAD PENGNEALAN : 721011-11-5007 NO. TELEFON : 019-218 1499 E-MEL : [email protected]

Upload: nurul-afeqah-afeqah

Post on 30-Jul-2015

170 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER 2011KOD KURSUS: HBML4403TAJUK KURSUS:KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU: : :ISI KANDUNGANPERKARA 1. Pengenalan 2. Elemen Penting Dalam Pengucapan Awam 3. Proses Persediaan Pengucapan Awam 4. Proses Komunikasi Dalam Pengucapan Awam 5. Jenis Ucapan 6. Tujuan Ucapan 7. Penyampai Pengucap

TRANSCRIPT

Page 1: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

KOD KURSUS: HBML4403

TAJUK KURSUS: KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 721011115007002

NO. KAD PENGNEALAN : 721011-11-5007

NO. TELEFON : 019-218 1499

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPL BANGI

Page 2: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

2. Elemen Penting Dalam Pengucapan Awam 4

3. Proses Persediaan Pengucapan Awam 4

4. Proses Komunikasi Dalam Pengucapan Awam 5

5. Jenis Ucapan 7

6. Tujuan Ucapan 8

7. Penyampai Pengucapan Awam 10

8. Sifat-Sifat Positif Pengucap 13

9. Kesimpulan 15

10. Bibliografi 16

Page 3: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

PENGUCAPAN AWAM

PENGENALAN

Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap

individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak

formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpulan besar. Apa yang

penting ialah anda perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam

bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya kemahiran dan bakat

pengucapan awam itu perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran

dan pengalaman. Tidak mustahil seseorang yang tidak mahir berucap di khalayak ramai

mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran pengucapan awam sekiranya dia mahi,

sperti mana pepatah Melayu “belakang parang kalau diasah lagikan tajam.”

Seseorang yang sudah biasa berucap di pentas umum tidak semestinya tiada perasaan

gementar dalam semua keadaan. Ada kalanya orang yang sudah biasa berucap di

khalayak ramai juga boleh menjadi resah gelisah kerana tidak bersedia. Orang yang tidak

bersedia sudah tentu kelihatan serba salah, gugup dan panic. Justeru itu, adalah amat

penting bagi seseorang yang terlibat dalam pengucapan awam ini sentiasa bersedia bagi

mengelakkan cemuhan atau anggapan kurang baik terhadap diri sendiri. Persediaan

pengucapan awam ini merangkumi persediaan mental, emosi, kandungan atau subjek

yang diperkatakan dan peranccangan dalam penyampaian. Persediaan bagi berucap

dikhalayak ramai boleh dilihat dari sudut elemen-elemen pengucapan awam.

Page 4: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

ELEMEN PENTING DALAM PENGUCAPAN AWAM

Kemahiran Pengucapan Awam

Penceramah

Hadirin

Topik

Persediaan

Penyampaian

Bahasa Lisan (verbal)

Penampilan Diri

1. Alat Pandang Dengar (APD)

Berucap dengan penuh yakin

Senarai semak

PROSES PERSEDIAAN PENGUCAPAN AWAM

Seseorang penceramah akan dapat menyampaikan ucapan yang baik dan berkesan

sekiranya dia memahami proses persediaan pengucapan awam. Pengetahuan tentang

pengucapan awam dapat membantu mengurangkan rasa panik atau takut ketika

berhadapan dengan khalayak ramai. Proses persediaan yang dilalui oleh penceramah akan

dapat menjadikan diri penceramah bersedia dari sudut mental, emosi dan keyakinan diri.

Terdapat lapan perkara yang perlu dilihat dalam persediaan kepada pengucapan awam,

iaitu :

1. Faham tujuan dan peranan ucapan.

2. Analisis hadirin.

3. Sediakan isi kandungan atau bahan.

4. Susun idea ucapan.

5. Tuliskan ucapan.

6. Berlatih berucap.

7. Sampaikan ucapan.

8. Nilai atau semak ucapan.

Page 5: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

Setiap pengucapan awam mempunyai matlamatnya sendiri dan disampaikan dalam

pelbagai bentuk, iaitu :

1. Penyampaian yang berbentuk penerangan atau mendidik (informative,

educational) seprti kuliah ilmu atau kuliah umum atau ceramah agama (dakwah)

yang memberi maklumat semasa, maklumat atau ilmu baru serta meningkat dan

mengukuhkan ilmu yang sedia ada.

2. Penyampaian yang berbentuk memujuk atau mempengaruhi(persuasive) seperti

memujuk orang ramai untuk membeli sesuatu barang, mempengaruhi seseorang

untuk menyokong pandangan atau calon dalam prosedur pengundian,

meningkatkan semangat serta memberi dorongan tinggi pada seseorang untuk

menukar pemikiran lama kepada pemikiran baru.

3. Penyampaian yang berbentuk perbincangan yang bertujuan bertukar-tukar fikiran

dan pandangan seprti forum, usrah, simposium, seminar, halaqah dan muzakarah.

4. Penyampaian yang berbentuk syarahan umum yang brtujuan untuk mengingatkan

hadirin atau membicarakan isu semasa seperti pidato, khutbah dan ceramah

umum.

PROSES KOMUNIKASI DALAM PENGUCAPAN AWAM

Pengucapan awam adalah satu proses komunikasi dan dengan demikian mempunyai tujuh

cirri utama komunikasi yang berkesan, iaitu:

1. Pengucap

Pengucap adalah seseorang yang mempunyai sesuatu mesej yang hendak

disampaikan kepada pendengarnya. Pengucap akan berusaha dengan sedaya upaya

menyampaikan maksudnya supaya ia diterima dan difahami dalam bentuk yang

dihasratkan.

2. Pendengar

Page 6: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

Pendengar merupakan penerima mesej yang dihantar oleh pengucap. Peranan

utama pendengar ialah mentafsirkan mesej dan memberi maklum balasnya dalam

bentuk lisan atau tanpa lisan.

3. Situasi

Proses perpindahan idea atau mesej antara pengucap dan pendengar mesti berlaku

dalam satu keadaan atau situasi yang mempunyai waktu, tempat serta majlis.

4. Mesej

Mesej adalah symbol-simbol lisan dan bukan lisan yang secara seadr atau tidak

sedar dihantar oleh seorang pengucap kepada pendengar bagi mencapai sesuatu

maksud.

5. Saluran

Mesej yang dihantar pengucap memerlukan satu media penghubung yang kita

namakan saluran. Radio, televisyen, alat pembesar, buku dan sebagainya adalah

contoh-contohsaluran yang biasa digunakan.

6. Maklumbalas

Maklumbalas ialah reaksi pendengar kepada mesej yang dihantar oleh pengucap.

Maklumbalas juga dihantar dalam bentuk lisan dan bukan lisan, sama seperti

mesej daripada pengucap kepada pendengar.

7. Gangguan

Oleh kerana komunikasi dipengaruhi oleh pelbagai elemen seperti pengucap,

pendengar, saluran, mesej dan situasi, maka tidak boleh tidak, gangguan akan

berlaku dalam proses kompleks ini. Gangguan boleh berpunca daripada pelbagai

sumber fizikal, teknikal, fisiologikal, semantic, psikologikal dan lain-lain lagi.

Gangguan-gangguan ini menyebabkan kekaburan, salahtafsir dan juga terputusnya

mesej yang dihantar oleh pengucap.

Page 7: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

JENIS UCAPAN

Definisi ucapan “… ialah ilham atau idea yang dicetuskan, disalurkan dan diluahkan

melalui pemikiran, suara dan gerakan tubuh badan yang meransang audiens dan pengucap

sendiri yang adakalanya mempengaruhi pula pemikiran, perasaan dan tindakan seterusnya

…” Wilson & Arnold

1. Ucapan Spontan

Ucapan spontan ialah ucapan yang disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam

keadaan yang terpaksa. Biasanya ucapan ini disampaikan secara sambil lalu tanpa

menggunakan nota atau bahan bantu.

Kebanyakan orang yang diminta memberi ucapan spontan akan berasa terkejut, teragak-

agak dan tergamam. Bagi orang yang sudah biasa dengan pengucapan awam akan

menggangapnya sebagai satu cabaran kepada dirinya walaupun topik ucapan yang

diberikan tidak begitu menarik dan mungkin di luar bidang pengeahuannya.

2. Ucapan Ekstemporaneous

Ucapan Ekstemporaneous hamper sama dengan ucapan spontan, tetapi pada kebiasaannya

penceramah sudah bersedia dari sudut mental, emosi dan kandungan ucapan yang akan

disampaikan. Semasa menyampaikan ucapan, penceramah berucap berdasarkan nota

ringkas, senarai idea penting atau gambar rajah.

Kebanyakan penceramah yang sudah biasa dengan pengucapan awam sering

menggunakan ucapan ekstemporanas ini. Melalui ucapan jenis ini, penceramah akan

dapat mengawal minat hadirin kerana penceramah sentiasa mengekalkan temuan mata

dengan hadirin di samping melakukan gerakkan anggota badan secara semula jadi.

3. Ucapan Manuskrip

Ucapan Manuskrip ialah ucapan yang disampaikan dengan membaca bahan yang

disediakan. Ucapan jenis ini biasanya disampaikan oleh penceramah yang ingin

memastikan kandungan ucapannya tidak disalah tafsir atau dimanipulasikan. Penceramah

Page 8: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

juga berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang diucapkan supaya maksud

kandungan serta matlamat pengucapan dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Walaubagaimana pun, pengucapan jenis ini boleh menyebabkan hadirin menjadi jemu

dan bosan serta hilang minat apabila mendengar ucapan yang dibaca terlalu lama seolah-

olah tidak ada hubungan komunikasi antara penceramah dengan hadirin.

Bagi menangani masalah ini, jika terpaksa menyampaikan ucapan manuskrip adalah

wajar anda berlatih membacanya beberapa kali sebelum menyampaikannya. Ini akan

membolehkan anda berhenti seketika untuk mengalihkan mata anda kepada hadirin atau

pendengar, kemudan menyambung bacaan semula.

4. Ucapan Hafalan

Ucapan hafalan ialah ucapan yang disampaikan dalam sesuatu majlis khas seperti majlis

hari jadi, majlis perpisahan, majlis penghargaan atau peraduan ucapan. Ucapan ini

biasanya ringkas tetapi cukup untuk mencapai matlamat sesuatu majlis. Apa yang

menarik dalam ucapan hafalan ialah penceramah dapat menumpukan perhatian kepada

apa yang ingin disampaikan disamping menumpukan temuan mata dengan hadirin.

Walaubagaimana pun, sekiranya penceramah terlupa atau kehilangan perkataan atau ayat-

ayat yang telah dihafal, maka hadirin akan berasa kurang senang terhadap penceramah.

TUJUAN UCAPAN

Tujuan pengucapan awam sebenarnya merupakan nadi penting yang mempunyai focus

tertentu untuk menyampaikan mesej kepada hadirin demi mencapai matlamat serta

melakukan sesuatu tindakan yang sewajarnya.

Terdapat empat tujuan utama dalam pengucapan dan penyampaian, iaitu :

1. Memberitahu (to inform)

Tujuan pengucap dan penyampai adalah untuk memberitahu atau memaklumkan

kepada hadirin mengenai sesuatu fakta, sesuatu yang baru, menarik ataupun cara

bagaimana melaksanakan perkara-perkara tertentu. Sebagai contoh pengucapan

Page 9: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

mengenai sejarah penubuhan sesuatu organisasi serta perkembangannya mengikut

kronologi sehingga sekarang. Fakta-fakta yang diterangkan tidak perlu

dipersoalkan atau dipertikaikan oleh hadirin. Pengucap hanya memaklumkan

maklumat yang diketahui kepada hadirin.

2. Mempengaruhi ( to influence)

Dalam konteks untuk mempengaruhi seseorang oleh pengucap bukan suatu

perkara yang mudah. Ini kerana bukan semua hadirin akan bersetuju dengan

perkara yang diucapkan oleh pengucap. Perkara ini berlaku adalah disebabkan

oleh latar belakang pendidikan dan pengalalman yang berbeza yang dimiliki oleh

hadirin.

Tujuan mempengaruhi untuk mengubah fikiran seseorang. Sebagai contoh, dalam

isu peraturan pendidikan mengenai tindakan merotan murid-murid yang

melakukan kesalahan di sekolah oleh guru-guru. Peranan pengucap ialah untuk

mempengaruhi hadirin sama ada ia bersetuju atau tidak mengenai tindakan

tersebut. Jika pengucap mempunyai dua pandangan mengenai perkara tersebut,

sudah tentu akan menjadikan ucapan untuk mempengaruhi hadirin tidak akan

dapat dilakukan dengan berkesan.

Mempengaruhi hadirin supaya bertindak melakukan sesuatu. Sebagai contoh,

meningkatkan kutipan sumbangan untuk mendirikan makmal komputer di

sekolah. Pengucap mestilah berupaya memberi scenario mengenai kepentingan

komputer di kalangan murid dalam menghadapi globalisasi kepada ibu bapa serta

masyarakat.

3. Memberi Inspirasi (to inspire)

Ia mempunyai tijuan untuk memberi inspirasi kepada pendengar mengenai

pencapaian, kebaikan dan kejayaan seseorang itu ataupun sesuatu kejadian.

Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam dunia perniagaan yang kini

mempunyai firma sendiri di Malaysia. Tekun dan usaha yang dimiliki oleh

Page 10: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

individu tertentu akan dikaitkan dengan hadirin supaya bersemangat dan menjadi

inspirasi untuk terus maju dan Berjaya dalam kehidupan. Tujuan ucapan seperti

ini akan meningkatkan motivasi serta pembangunan diri hadirin.

4. Menghibur (to entertain)

Ucapan jenis ini selalunya tidak mengandungi bahan-bahan yang memerlukan

hadirin berfikir secara mendalam untuk memahaminya. Ucapan ‘menghibur’

boleh mengandungi cerita-cerita lucu dan tajuk yang dipilih selalunya dianggap

‘ringan’. Ucapan menghibur tidak semestinya melucukan. Ia lebih diukur dari segi

kandungan yang menarik.

Dalam sesuatu pengucapan awam, biasanya terdapat lebih daripada satu tujuan. Namun

demikian, satu tujuan patut dijadikan fokus utama. Contohnya, jika tujuan ucapan kita

ialah untuk mempengaruhi hadirin supaya meyertai satu persatuan, tidak boleh tidak kita

juga perlu memaklumkan kepada hadirin matlamat persatuan tersebut. Dalam keadaan ini,

tujuan mempengaruhi harus menjadi tumpuan dalam penyampaian.

PENYAMPAI PENGUCAPAN AWAM

Penyampai atau penceramah ialah orang yang menyampaikan mesej kepada orang lain

menggunakan bahasa lisan san juga bukan lisan. Penceramah yang cemerlang sentiasa

bersedia bukana sahaja dari segi kandungan ucapan tetapi juga persediaan mental dan

emosi.

Terdapat juga penceramah yang tidak mempunyai bahan ceramah yang baik tetapi

kelihatan yakin dan berani untuk berhadapan dengan khalayak ramai dan ada sebaliknya

masih lagi terketar-ketar serta gugup di atas pentas walaupun mempunyai bahan yang

cukup untuk disampaikan.

Oleh itu, setiap penceramah mesti memahami proses persediaan bagi menyampaikan

sesuatu ucapan di khalayak ramai. Ini dapat membantu mengurangkan rasa takut,

gementar dan keliru semasa berucap. Pengucap atau penceramah mesti memahami jenis

Page 11: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

atau suasana majlis yang diikuti. Penceramah juga mengetahui peranan yang dimainkan

pada hari tersebut. Tujuan dan objektif pengucapan awam yang hendak disampaikan agar

tidak tersasar dari majlis yang disertainya. Latar belakang hadirin pada majlis yang

disampaikan sama ada dari golongan yang tertentu.

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan keaktifan

hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikankepada dua

kelompok iaitu komunikasi lisan melalui pertuturan dan percakapan dan juga komunikasi

bukan lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah.

Komunikasi lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu semasa disampaikan oleh

penceramah untuk menjadi lebih baik, iaitu:

1. Perbendaharaan kata (Vocabulary) Komunikasi tidak akan efektif

(berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata yang tidak dapat

difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi

sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain.

2. Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara

dapat diaturkan dengan baik dan tidak terlalu cepat serta tidak terlalu

lambat.

3. Intonasi suara akan mempengaruhi mesej secara dramatik sehingga

pesanan akan menjadi lain iaitu apabila diucapkan dengan intonasi suara

yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah

dalam komunikasi.

4. Humor (lawak). Ini dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia.

Dungan(1989), telah menulis dalam tulisannya bahawa ketawa dapat

membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik dan

psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah satu-satunya

selingan dalam komunikasi.

Page 12: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

5. Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada

pokok permasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.

6. Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini

kerana ianya dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap

dengan padat, ringkas dan jelas.

Penceramah juga terikat dengan komunikasi bukan lisan dimana mesej yang disampaikan

tanpa menggunakan perkataan. Contohnya :

1. Ekspresi wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi

wajah merupakan cerminan keadaan emosi seseorang.

2. Pandangan mata merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan

mengadakan pandangan mata sewaktu berinterakasi atau soal jawab bermaksud

orang tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk

memperhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.

3. Sentuhan adalah bentuk komunikasi personal iaitu sentuhan lebih bersifat spontan

daripada komunikasi lisan. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguh-

sungguh, emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan.

4. Kedudukan tubuh dan cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak

memperlihatkan ekspresi dirinya. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan

merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesihatannya.

5. Suara,rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan

dan pimikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan

dengan semua bentuk komunikasi bukan lisan yang lain sampai desis atau suara

dapat menjadi pesan yang sangat jelas.

6. Gerak isyarat untuk menegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai

bahagian dari komunikasi seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan

semasa berucap menunjukkan seseorang dalam keadaan gemuruh dan bingung

atau sebagai usaha untuk menghilangkan gemuruh.

Page 13: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

SIFAT-SIFAT POSITIF PENGUCAP

1. Ketahui topik yang ingin disampaikan. Bidang yang perlu kita sampaikan adalah

lebih baik jika mahir, minat dan cuma lakukan rujukan yang sesuai supaya

menjadi lebih informatif. Persediaan bahan adalah penting mengikut struktur yang

mudah untuk dipersembahkan nanti. Membuat latihan untuk memantapkan

penyampaian. Pastikan penceramah menyebut nama buku, artikel atau nama

rujukan sebagai autoriti bahan yang disampaikan.

2. Anda perlu mengetahui dan mengenali khalayak dari aspek demografi seperti

umur, kawasan tempat tinggal, status, taraf pendidikan atau pekerjaan. Ini

hanyalah sebagai panduan untuk selaraskan isi, bahasa dan pemikiran yang sesuai

dengan kategori mereka. Raikan khalayak dengan pujian.

3. Ketahui dan kenali tempat untuk menyampaikan ucapan. Anda boleh pergi dahulu

atau datang awal untuk melihat keadaan sekeliling, peralatan dan sebagainya

untuk rasakan 'kemesraan ' tempat tersebut. Penceramah akan hilang rasa kekok

bila berada di situ semasa berucap.

4. Kawalan diri. Rasa gemuruh hendaklah dimanfaatkan kerana perasaan ini dapat

membantu penceramah mencapai persembahan yang mantap. Jadikan perasaan ini

sebagai kawan dan bukannya lawan. Apa yang penting anda perlu melakukan

kaedah pernafasan yang betul. Tumpuan terhadap isi yang ingin disampaikan akan

membolehkan anda mengawal perasaan gemuruh tersebut. Bercakaplah dengan

khalayak seperti anda bercakap dengan rakan baik anda iaitu adanya rasa

kemesraan.

5. Bermulalah dengan senyuman semasa membuat persembahan. Jalinkan hubungan

dengan khalayak. Tarik perhatian mereka dengan permulaan yang menarik

misalnya cerita, pertanyaan dan maklumat terkini. Nyatakan objektif dengan jelas

supaya khalayak tahu apa manfaat yang mereka akan dapat dalam ucapan anda.

6. Hubungan mata dengan khalayak hendaklah dilakukan dengan baik yang dapat

menunjukkan anda sedang bercakap dengan mereka. Lakukan pandangan pada

segenap sudut supaya khalayak tidak rasa ketinggalan.

Page 14: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

7. Pakaian yang sesuai mengikut majlis yang dihadiri. Jagalah kekemasan rupa paras

anda seperti rambut, misai, janggut nampak kemasa dan bersih . Jangan sesekali

memakai pakaian yang menjolok mata.Penceramah haruslah berpakaian rapi dan

tidak selekeh.

8. Untuk mempamerkan gerakan postur badan yang baik anda hendaklah terlebih

dahulu membuat visualisasi sebelum ucapan. Gambarkan keadaan yang menarik

dari segi penyampaian dan gerakan anggota badan juga dari aspek pertuturan dan

emosi. Lakukan berulang kali sehinggakan anda merasakan seolah-olah khalayak

amat menyukai anda di pentas. Anda sebenarnya telah menghantarkan mesej ini

pada minda bawah sedar. Segala bayangan akan ditonjolkan secara spontan

apabila penceramah membuat ucapan sebenar. Elakkan seluk poket, mengaru-garu

anggota badan, berdiri bongkok, memeluk tubuh dan bercakap menundukkan

kepala.. Berdirilah dengan rasa keyakinan. Emosi yang stabil dan yakin akan

menonjolkan gerakan bahasa badan yang baik. Jika emosi tidak keruan, bahasa

badan anda akan mempamerkan sesuatu yang tidak sedap dipandang pada

pandangan khalayak.

9. Cari bahan-bahan lawak untuk diselitkan dalam ucapan anda. Cerita-cerita yang

menarik juga boleh diselitkan dalam ucapan bagi menghidupkan suasana.

10. Pelbagaikan nada suara anda dari segi tempo ,kelajuan mengikut seperti isi

ucapan. Ucapkan dengan jelas sebutan setiap perkataan mengikut bunyi vokal dan

kosonannya. Masukkan emosi di dalam nada suara anda. Gunakan bahasa sastera

di mana yang perlu. Jadikan ucapan anda dramatik seperti pelakon terkenal.

11. Libatkan khalayak di dalam ucapan anda seperti minta pendapat, pertanyaan dan

sebagainya tetapi pastikan hanya contoh yang baik sahaja.

12. Jauhi perkataan seperti “aahh,,, apa ni ,, emmmh...” dan diganti dengan senyapkan

suara dan bahasa badan seolah anda sedang berfikir.

13. Jangan sesekali minta maaf semasa sedang berucap kerana akan merendahkan rasa

hormat khalayak pada anda. Ucapan maaf adalah diakhir ucapan.

14. Faktor 'Wow" hebatnya penceramah ini adalah rasa kekaguman khalayak anda

kerana anda telah dapat memikat pendengar anda . Mereka telah dapat inspirasi,

Page 15: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

terhibur, semakin bermotivasi rasa seronok serta ada sesuatu yang dapat mereka

jadikan panduan untuk kebaikan mereka.

15. Tinggalkan sesuatu pada khalayak seperti rasa ingin tahu , pertanyaan dan

menyebabkan mereka berfikir atas ucapan anda menjadikan anda seorang perucap

yang hebat dan diingati.

KESIMPULAN

Merancang bagaimana menyampaikan ucapan anda adalah amat penting. Tidak ada

gunanya anda memiliki banyak bahan, data dan maklumat jika anda tidak merancang

bagaimana untuk menyampaikannya. Dalam struktur pengucapan awam, anda harus

fikirkan apakah yang ingin disampaikan dan bagaimanakah cara untuk menyampaikannya

di peringkat permulaan, pertengahan dan akhir ucapan. Pengetahuan tentang protokol

ucapan, kemahiran dalam mengolah bahasa yang baik, penggunaan retorik ucapan yang

tepat, memanfaatkan masa yang diperuntukan dan menangani gangguan, perlu diberikan

perhatian serius oleh penceramah.

Page 16: Hbml4403 Kompetensi Dalam Bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI

Abdul Mua’ti Ahmad, (1994)Panduan Pengucapan Awam. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001). Teori & teknik ucapan berpengaruh. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Carnegie, D. (2000). Cara cepat & mudah berbicara efektif: Teknik modern untuk komunilasi yang dinamik (Terjemahan oleh Ana Budi Kuswadani SS). Jakarta: Pustaka Delapratasa.

Kulwindr Kaur Sidhu (2006). Pengucapan awam dan kemahiran persembahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Md Izuddin Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff (2005). Berucap dengan yakin. Batu Caves, Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Rahmat Ismail (2000). Pidato & berpidato: Seni dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sallehuddin Hj. Mohd Noor, Jallaluddin Hj. Mohd Noor & Ishak Hj. Abdul Rahman (2003). Pengucapan awam. Kuala Lumpur: Thomson Learning (a division of Thomson Learning Pte. Ltd.)

Supyan Hussin & Azhar Jalalludin, 2003. Kecemerlangan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.