kompetensi - etika.pptx

70
Isu Kecekapan dan Latihan Kaunseling Siti Nur Rasidah Binti Rosli Noor Anidaisma Ahmad Yusuf

Upload: yogan-krishnasamy

Post on 29-Nov-2015

148 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

etika

TRANSCRIPT

Page 1: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu Kecekapan dan Latihan Kaunseling

Siti Nur Rasidah Binti RosliNoor Anidaisma Ahmad Yusuf

Page 2: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu Kecekapan dan Latihan Kaunseling

o Kecekapan profesional

o Isu etika dalam latihan kaunselor

o Perlesenan dan perakuan profesionalisme

o Bidang pengkhususan dalam kaunseling

o Pendidikan lanjutan

Page 3: kompetensi - ETIKA.pptx

Kecekapan/kompentensi profesioanal

Kod etika lembaga kaunselor dalam c.2 kompetensi profesional:

Sub Kompentesi profesional terbahagi kepada:

A) C.2.a. Sempadan kompetensi

B) C.2.b Bidang kepakaran baru

C) C.2.cLayak untuk pekerjaan

D) C.2.d Memantau keberkesanan

Page 4: kompetensi - ETIKA.pptx

Kecekapan/kompentensi profesioanal

E) C.2.eKonsultasi mengenai obligasi etika

F) C.2.f Pendidikan berterusan

G) C.2.g. Ketidakupayaan

H) C.2.h. Ketidakmampuan kaunselor atau penamatan praktis

Page 5: kompetensi - ETIKA.pptx

A) C.2.a. Sempadan kompetensi

Kaunselor hendaklah menjalankan kerja profesional mereka hanya dalam lingkungan sempadan kompetensi berdasarkan kepada pendidikan, latihan, pengalaman diselia, pentauliahan profesional serta pengalaman profesional yang bersesuaian. Kaunselor hendaklah memperoleh ilmu pengetahuan, kesedaran peribadi, sensitiviti dan kemahiran, yang berkaitan dengan perkhidmatannya melalui pelbagai klien.

Page 6: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.b Bidang kepakaran baru

Kaunselor boleh mengamalkan bidang kepakaran baru hanya setelah memperoleh pendidikan, latihan dan pengalaman diselia yang sesuai. Semasa menguasai kemahiran dalam bidang kepakaran baru, kaunselor hendaklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan kompetensi dalam kerjanya dan melindungi orang lain daripada kemudaratan yang mungkin timbul.

Page 7: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu yang berkaitan :

Isu benifecient antara kaunselor dengan klien

Isu klien ditindas (eksploitasi dan dimanipulasi)

Page 8: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.c Layak untuk pekerjaan

Kaunselor menerima pekerjaan hanya bagi jawatan yang mereka layak berasaskan pendidikan, latihan, pengalaman diselia, pentauliahan profesional dan pengalaman profesional yang berkaitan. Kaunselor hendaklah mengisi jawatan kaunselor profesional hanya dengan individu yang layak dan kompeten bagi jawatan tersebut.

Page 9: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu yang berkaitan

Kelayakan pegawai psikologi dalam menangani isu berkaitan kaunseling.

Kaunselor menjadi orang tengah atau penyiasat masalah klien

Page 10: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.d Memantau keberkesanan

Kaunselor memantau keberkesanan mereka sebagai profesional secara berterusan dan mengambil langkah tertentu untuk memperbaikinya apabila perlu. Kaunselor dalam sektor persendirian dan swasta perlu mengambil langkah untuk mendapatkan penyeliaan rakan sejawatnya yang berdaftar dan bertauliah bagi menilai kebolehan dan keberkesanan mereka sebagai kaunselor.

Page 11: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu yang berkaitan:

Kaunselor tidak peka terhadap isu semasa

Isu ISO dengan pemantauan keberkesanan dengan memantau keberkesanan kaunselor.

Page 12: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.e Konsultasi mengenai obligasi etika

Kaunselor perlu mengambil langkah berpatutan untuk berunding dengan kaunselor lain atau profesional yang berkaitan apabila mereka berhadapan dengan persoalan berkaitan obligasi etika atau amalan profesional.

Page 13: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu yang berkaitan :

Etika kerahsiaan

- Antara kaunselor dengan kaunselor

- Antara kaunselor dengan guru disiplin

- Antara kaunselor dengan pentadbiran

- Bincang alternatif yang dibuat bukan membuka cerita yang sensetif

Page 14: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.f Pendidikan berterusan

Kaunselor perlu sedar tentang pentingnya memperoleh dan mengekalkan pendidikan berterusan mengenai maklumat saintifik dan profesional terkini dalam bidang mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah mengekalkan kompetensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia menerima prosedur baru, dan sentiasa kemas kini dengan maklumat mengenai populasi pelbagai dan khusus yang mereka kendali.

Page 15: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu yang berkaitan :

Sejauhmana sambung belajar ini mampu meningkatkan kecekapan kaunselor

Page 16: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.g. Ketidakupayaan

Kaunselor perlu peka terhadap tanda-tanda ketidakupayaan fizikal, mental atau masalah emosi mereka. Mereka hendaklah tidak menawar, atau memberikan perkhidmatan profesional, jika ketidakupayaan sedemikian boleh memudaratkan klien atau individu lain. Mereka perlu mendapatkan bantuan bagi masalah yang boleh mencacatkan perkhidmatan profesionalnya. Jika perlu, mereka hendaklah membatas, menggantung, atau menamatkan tanggungjawab profesional mereka ke satu masa mereka disahkan boleh meneruskan kerja mereka dengan selamat..

Page 17: kompetensi - ETIKA.pptx

Kaunselor hendaklah membantu rakan sejawat atau penyelia menerima ketidakupayaan profesional mereka dan memberikan konsultasi serta bantuan apabila diperlukan. Mereka juga hendaklah melakukan intervensi yang bersesuaian sekiranya perlu bagi mencegah kemudaratan yang mungkin menimpa klien

Page 18: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu yang berkaitan :

Isu keuzuran dan umur kaunselor

Isu kaunselor menghadapi masalah emosi, masalah fizikal dan juga mental.

Page 19: kompetensi - ETIKA.pptx

C.2.h. Ketidakmampuan kaunselor atau penamatan praktis

Apabila kaunselor menamatkan praktisnya, mereka perlu mengikuti prosedur yang disediakan untuk memindahkan klien dan failnya. Kaunselor perlu menyedia dan menyampaikan kepada rakan sejawat yang dikenal pasti atau ‘penyimpan rekod’ satu perancangan memindahkan klien dan failnya jika mereka tidak lagi berkemampuan, menamatkan praktis, atau meninggal dunia.

Page 20: kompetensi - ETIKA.pptx

Isu etika dalam latihan kaunselor

Bahagian F : Penyeliaan, latihan dan pengajaran

Pengenalan:

Kaunselor mempunyai untuk memupuk hubungan profesional yang bermakna dan dihormati, serta memelihara sempadan yang sewajarnya dengan individu yang diselia dan juga pelajar. Kaunselor hendaklah mempunyai asas teori dan pedagogi bagi kerja mereka dan berhasrat untuk berlaku adil, tepat dan jujur dalam penaksiran mereka terhadap kaunselor pelatih.

Page 21: kompetensi - ETIKA.pptx

F.1.Penyeliaan kaunselor dan kebajikan klien

F.2. Kompetensi penyeliaan kaunselor

F.3. Hubungan penyeliaan

F.4. Tanggungjawab penyelia

F.5. Penyeliaan, penilaian, pemulihan dan perakuan dalam kaunseling

Page 22: kompetensi - ETIKA.pptx

F.1.a. Kebajikan klien

Tanggungjawab primer penyeliaan kaunseling adalah untuk memantau perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor lain atau kaunselor pelatih. Penyelia kaunseling memantau kebajikan klien dan juga prestasi klinikal serta perkembangan profesional individu yang diselia. Untuk memenuhi tanggungjawab ini, penyelia sentiasa berjumpa dengan individu yang diselia untuk meneliti nota kes, sampel kerja klinikal, atau membuat pemerhatian ke atas individu yang diselia secara langsung. Individu yang diselia juga perlu memahami dan mematuhi Kod Etika Lembaga Kaunselor.

Page 23: kompetensi - ETIKA.pptx

F.1.b. Kelayakan kaunselor

Penyelia hendaklah memastikan bahawa klien mengetahui akan kelayakan individu yang diselia, yang sedang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada mereka.

F.1.c. Persetujuan termaklum dan hak-hak klien

Penyelia hendaklah memastikan bahawa individu yang diselia, mengetahui akan hak-hak klien, termasuk perlindungan terhadap privasi dan kerahsiaannya dalam perhubungan kaunseling. Individu yang diselia hendaklah memberitahu klien tentang prosedur pendedahan maklumat dan bagaimana proses penyeliaan boleh menjejaskan batasan kerahsiaan. Individu yang diselia hendaklah juga memastikan bahawa klien mengetahui pihak yang mempunyai akses kepada rekod perhubungan kaunseling dan bagaimana rekod tersebut akan digunakan.

Page 24: kompetensi - ETIKA.pptx

F.2. Kompetensi penyeliaan kaunselor

F.2.a. Penyediaan penyelia

Sebelum memberikan perkhidmatan penyeliaan klinikal, kaunselor hendaklah dilatih tentang kaedah dan teknik penyeliaan. Kaunselor yang menawarkan perkhidmatan penyeliaan klinikal, hendaklah sentiasa mengikuti aktiviti pendidikan berterusan yang merangkumi kemahiran dan penyeliaan kaunseling.

F.2.b. Isu-isu multibudaya/ kepelbagaian dalam penyeliaan

Penyelia kaunseling hendaklah sedar akan peranan multibudaya/kepelbagaian dalam hubungan penyeliaan, dan hendaklah berbincang mengenainya dengan individu yang diselia.

Page 25: kompetensi - ETIKA.pptx

F.3. Hubungan penyeliaan

F.3.a. Sempadan hubungan dengan individu yang diselia

Penyelia kaunseling hendaklah menetap dan mengekalkan dengan jelas hubungan etika, profesional, peribadi, dan sosial dengan individu yang diselia. Penyelia hendaklah meminimumkan hubungan yang bukan profesional dengan individu yang diselia.

F.3.b. Hubungan seksual

Penyelia dilarang berinteraksi atau menjalin hubungan seksual atau romantik dengan individu yang sedang diselia.

F.3.c. Gangguan seksual

Penyelia tidak membiarkan gangguan seksual berlaku atau memaksa individu yang diselia terlibat dalam gangguan seksual.

Page 26: kompetensi - ETIKA.pptx

F.3.d. Saudara mara yang rapat dan rakan

Penyelia hendaklah mengelak daripada menerima saudara mara yang rapat, pasangan romantik, atau rakan sebagai individu yang diselia.

Page 27: kompetensi - ETIKA.pptx

F.3.e. Hubungan yang berpotensi berfaedah

Penyelia hendaklah sedar tentang perbezaan kuasa dalam hubungannya dengan individu yang diselia. Sekiranya mereka merasa bahawa hubungan bukan profesional dengan individu yang diselia mempunyai potensi yang berfaedah kepada individu yang diselia, mereka hendaklah mengambil langkah-langkah yang serupa dengan langkah – langkah yang diambil oleh kaunselor di dalam hubungannya dengan klien. Contoh-contoh interaksi atau hubungan sedemikian termasuklah menghadiri sesuatu upacara rasmi, menziarahi ke hospital, memberi sokongan semasa menghadapi sesuatu tekanan, atau menjadi ahli bersama dalam persatuan, organisasi, atau komuniti profesional. Penyelia hendaklah berbincang secara terbuka dengan individu yang diselia jika mereka bercadang untuk menjalinkan hubungan di luar peranan mereka sebagai penyelia klinikal dan/atau penyelia pentadbiran. Sebelum terlibat dalam hubungan tersebut, mereka perlulah berbincang dan mendokumenkan rasional bagi interaksi tersebut, bakal faedah atau kekurangan, serta konsekuen ke atas individu yang diselia.

Page 28: kompetensi - ETIKA.pptx

F.4. Tanggungjawab penyelia

F.4.a. Persetujuan termaklum bagi penyeliaan

Penyelia hendaklah menjelaskan prinsip-prinsip persetujuan termaklum dan dasar serta prosedur yang harus diikuti mengenainya dalam penyeliaan mereka kepada individu yang diselia.

F.4.b. Kecemasan dan ketidakhadiran

Penyelia hendaklah menetapkan dan memberitahu individu yang diselia prosedur untuk menghubungi mereka atau, semasa ketiadaan mereka, penyelia atas panggilan untuk membantu dalam menyelesaikan krisis

Page 29: kompetensi - ETIKA.pptx

F.4.c. Piawaian untuk individu yang diselia

Penyelia hendaklah memastikan individu yang diselia mengetahui akan piawaian profesional dan etika, serta tanggungjawab undang-undang. Penyelia kaunselor pasca-ijazah hendaklah menggalakkan kaunselor-kaunselor tersebut untuk mematuhi piawaian amalan profesional.

F.4.d. Penamatan hubungan penyeliaan

Penyelia atau individu yang diselia berhak untuk menamatkan hubungan penyeliaan dengan memberi notis yang mencukupi dengan memaklumkan pihak yang berkaitan. Sebab-sebab penarikan diri hendaklah diberikan kepada pihak yang terlibat. Sekiranya isu-isu budaya, klinikal, atau profesional menjadi kritikal kepada jaya-gagalnya hubungan penyeliaan, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk menyelesaikan perbezaan itu. Jika penamatan tidak dapat dielakkan, penyelia hendaklah membuat rujukan yang sesuai kepada penyelia alternatif yang lain.

Page 30: kompetensi - ETIKA.pptx

F.5. Penyeliaan, penilaian, pemulihan dan perakuan dalam kaunseling

F.5.a. Penilaian

Penyelia hendaklah mendokumenkan penaksiran prestasi secara berterusan dan maklum balas penilaian dan memberikannya kepada individu yang diselia. Mereka juga hendaklah menjadualkan sesi penilaian formal berkala sepanjang hubungan penyeliaan.

Page 31: kompetensi - ETIKA.pptx

F.5.b. Kelemahan-kelemahan

Melalui penilaian dan penaksiran yang berterusan, penyelia akan mengetahui kelemahan-kelemahan individu yang mungkin menjejas prestasi mereka. Penyelia hendaklah membantu individu yang diselia untuk mendapatkan bantuan pemulihan apabila diperlukan. Mereka hendaklah memperakukan supaya individu berkenaan diberhentikan daripada program latihan, seting kaunseling terapan, atau proses pentauliahan profesional, apabila individu-individu yang diselia ini tidak berupaya untuk memberikan perkhidmatan profesional yang kompeten. Penyelia hendaklah berunding dengan pihak berkenaan dan mendokumenkan keputusan mereka untuk memberhentikan individu yang diselia atau merujuknya kepada pihak lain bagi mendapat bantuan. Mereka hendaklah memastikan bahawa individu yang diselia mengetahui akan opsyen yang ada untuk berhadapan dengan keputusan tersebut.

Page 32: kompetensi - ETIKA.pptx

F.5.c. Kaunseling untuk individu yang diselia

Sekiranya individu yang diselia meminta perkhidmatan kaunseling, penyelia hendaklah memberikan mereka senarai rujukan yang sesuai. Penyelia tidak boleh memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang diselia dan menjelaskan sebab-sebab kenapa perkhidmatan ini tidak boleh diberikan.

F.5.d. Perakuan

Penyelia hendaklah memperakui individu yang diselia diberi sijil, lesen, pekerjaan, atau dibenarkan menamatkan sesuatu program akademik atau latihan hanya apabila mereka yakin bahawa individu yang diselia layak untuk diperakukan. Tanpa mengira apa jua kelayakan, penyelia tidak boleh memperakui individu yang diselia, jika mereka ketahui yang ia mempunyai kelemahan tertentu, yang akan menjejaskan perlaksanaan tugas, yang berkaitan dengan perakuan itu.

Page 33: kompetensi - ETIKA.pptx

F.6. Tanggungjawab pendidik kaunselor

F.6.a. Pendidik kaunselor

Pendidik kaunselor yang bertanggungjawab untuk membangun, melaksana dan menyelia program pendidikan kaunselor hendaklah mahir sebagai guru dan pengamal. Mereka hendaklah berpengetahuan mengenai aspek etika, perundangan dan peraturan profesion itu, berkemahiran dalam menerapkan pengetahuan itu dan seterusnya berupaya menjadikan pelajar dan yang diselia sedar akan tanggungjawab mereka. Pendidik kaunselor hendaklah menjalankan program latihan dan pendidikan kaunselor secara beretika dan selanjutnya mereka hendaklah menjadi contoh tingkah laku profesional.

Page 34: kompetensi - ETIKA.pptx

F.6.b. Penyerapan isu multibudaya/kepelbagaian

Pendidik kaunselor hendaklah menyerapkan bahan berkaitan dengan multibudaya/kepelbagaian ke dalam semua kursus dan bengkel pembangunan kaunselor profesional.

F.6.c. Pengintegrasian kajian dan amalan

Pendidik kaunselor hendaklah membangunkan program pendidikan dan latihan yang mengintegrasikan kajian akademik dan amalan penyeliaan.

Page 35: kompetensi - ETIKA.pptx

F.6.d. Etika pengajaran

Pendidik kaunselor hendaklah membuatkan pelajar dan individu yang diselia sedar akan tanggungjawab etika dan piawaian profesion dan tanggungjawab etika mereka kepada profesion. Pendidik kaunselor hendaklah menyerapkan aspek etika ke dalam keseluruhan kurikulum.

F.6.e. Etika Hubungan antara pelajar dan pelatih

Pendidik kaunselor hendaklah memastikan bahawa hak etika sesama pelajar dipatuhi apabila mereka mengetuai kerja kelompok ataupun memberikan penyeliaan klinikal. Pendidik kaunselor hendaklah juga memastikan yang pelajar dan individu yang diselia faham bahawa mereka mempunyai obligasi etika yang sama seperti pendidik kaunselor, jurulatih dan penyelia.

Page 36: kompetensi - ETIKA.pptx

F.6.f. Pengajaran teori dan teknik inovatif

Apabila pendidik kaunselor mengajar teknik/prosedur kaunseling yang inovatif, tanpa asas empirikal, atau asas teori yang mantap, mereka hendaklah menjelaskan bahawa teknik/prosedur kaunseling itu “belum lagi terbukti” atau “sedang dibangunkan” dan menjelaskan kepada pelajar akan risiko yang mungkin dihadapi serta pertimbangan etika dalam mengguna teknik dan prosedur tersebut.

F.6.g. Penempatan lapangan

Pendidik kaunselor hendaklah menetapkan dasar yang jelas berhubung dengan penempatan lapangan dan pengalaman klinikal lain di dalam program latihan. Mereka hendaklah menggariskan dengan jelas peranan dan tanggungjawab pelajar atau yang individu diselia, penyelia lapangan dan penyelia akademik. Mereka juga hendaklah mengesahkan yang penyelia lapangan adalah berkelayakan untuk membuat penyeliaan dan seterusnya memaklumkan kepada penyelia lapangan tersebut tanggungjawab profesional dan etika mereka.

Page 37: kompetensi - ETIKA.pptx

F.6.h. Pendedahan profesional

Sebelum memulakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor pelatih hendaklah menjelaskan status mereka sebagai pelajar dan menerangkan bagaimana ianya boleh mempengaruhi batasan kerahsiaan. Pendidik kaunselor hendaklah memastikan yang pelajar dan individu yang di selia menyedarkan klien di lapangan akan perkhidmatan yang diberikan serta kelayakan mereka. Pelajar dan individu yang diselia hendaklah mendapat kebenaran klien sebelum menggunakan sebarang maklumat yang berkaitan dengan perhubungan kaunseling di dalam proses latihan mereka.

Page 38: kompetensi - ETIKA.pptx

Perlesenan Dan Perakuan Profesionalisme

Code ACA

&

Kod etika lembaga kaunselor

Page 39: kompetensi - ETIKA.pptx

C.4.a. Perwakilan tepat

Kaunselor mendakwa atau membayangkan hanya kelayakan profesional yang benar-benar selesai dan membetulkan apa-apa salah nyata yang diketahui kelayakan mereka oleh orang lain. Kaunselor benar mewakili kelayakan rakan-rakan profesional mereka. Kaunselor dengan jelas membezakan antara yang dibayar dan sukarela pengalaman kerja dan tepat menggambarkan pendidikan berterusan dan latihan khusus. (Lihat C.2.a. )

C.4.b. Bukti kelayakan

Kaunselor mendakwa hanya lesen atau sijil yang terkini dan dalam kedudukan yang baik .

C.4.c. Darjah pendidikan

Kaunselor dengan jelas membezakan antara darjah payah dan kehormat.

C.4.d. Membayangkan Doktor -Level

Kaunselor kecekapan menyatakan dengan jelas tahap tertinggi mereka yang diperolehi dalam kaunseling atau bidang berkait rapat. Kaunselor tidak membayangkan kecekapan kedoktoran peringkat apabila hanya memiliki ijazah sarjana dalam kaunseling atau bidang yang berkaitan dengan merujuk kepada diri mereka sebagai " Dr " dalam konteks kaunseling apabila doktor mereka tidak dalam kaunseling atau bidang yang berkaitan.

C.4.e. Program Pentauliahan Status

Kaunselor menyatakan dengan jelas status akreditasi program ijazah mereka pada masa yang ijazah itu diperolehi.

C.4.f. Keahlian Profesional

Kaunselor dengan jelas membezakan antara arus , keahlian aktif dan keahlian bekas dalam persatuan. Ahli-ahli Persatuan Kaunseling Amerika mesti jelas membezakan antara ahli profesional, yang membayangkan memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dalam kaunseling, dan keahlian yang tetap, yang terbuka kepada individu yang mempunyai minat dan aktiviti adalah konsisten dengan BPR tetapi tidak layak untuk ahli profesional.

Page 40: kompetensi - ETIKA.pptx

Kod etika lembaga kaunselor C.4. Kelayakan profesional

C.4.a. Representasi tepat dan benar

Kaunselor perlu mengakui secara langsung atau tidak langsung kelayakan profesional, pendidikan lanjutan dan latihan pengkhususan yang benar-benar diperolehnya dan membetulkan sebarang representasi tidak tepat yang diberi oleh pihak lain mengenai kelayakannya. Kaunselor juga hendaklah menyatakan secara jujur kelayakan rakan sejawat profesional mereka. Kaunselor perlu membezakan dengan jelas di antara pengalaman kerja yang berbayar dengan pengalaman sukarela.

C.4.b. Tauliah

Kaunselor hendaklah menyatakan dan memaparkan hanya Sijil Pendaftaran dan Sijil Perakuan Amalan semasa yang sah sahaja.

Page 41: kompetensi - ETIKA.pptx

C.4.c. Ijazah Pengajian

Kaunselor hendaklah membezakan dengan jelas di antara ijazah pengajian yang diperoleh dengan ijazah kehormat.

C.4.d. Memberi gambaran salah kompetensi peringkat kedoktoran

Kaunselor hendaklah menyatakan dengan jelas ijazah tertinggi yang diperoleh dalam bidang kaunseling atau bidang lain yang berkaitan. Kaunselor dilarang memberi gambaran bahawa mereka mempunyai kompetensi kaunseling di peringkat ijazah kedoktoran, dan menggunakan gelaran ‘Dr.’ sedangkan mereka hanya mempunyai ijazah asas atau sarjana dalam bidang kaunseling atau berkaitan.

Page 42: kompetensi - ETIKA.pptx

C.4.e. Status akreditasi program

Kaunselor hendaklah menyatakan dengan jelas status akreditasi ijazah mereka pada masa ijazah tersebut diperoleh.

C.4.f. Status profesional

Seseorang kaunselor mempunyai status profesional hanya apabila berdaftar dengan Lembaga Kaunselor. Kaunselor Berdaftar hendaklah membezakan dengan jelas status pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor sama ada masih berdaftar, aktif, atau telah luput pendaftarannya

Page 43: kompetensi - ETIKA.pptx

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN KAUNSELOR DAN PERAKUAN AMALAN

18. Pelantikan dan kewajipan Pendaftar

19. Daftar Kaunselor

20. Pengeluaran dari Daftar kerana kematian, dsb.

21. Kemasukan semula

22. Kaunselor hendaklah didaftarkan

23. Perakuan amalan dikehendaki

24. Kelayakan pendaftaran

25. Permohonan pendaftaran

26. Pendaftaran

27. Pendaftaran sementara

28. Perakuan amalan dwitahunan

29. Perakuan hendaklah dipamerkan

30. Perubahan, atau tambahan, tempat amalan

31. Pemberitahuan mengenai pertukaran alamat

32. Perakuan pendua

Page 44: kompetensi - ETIKA.pptx

Bidang pengkhususan dalam kaunseling

Kurikulum Latihan Kaunselor

Bahagian ini mengandungi bidang yang perlu dalam kurikulum latihan kaunselor.

6.1 PENGUJIAN DAN PENGUKURAN PSIKOLOGI

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan kelompok dalam penaksiran dan penilaian. Bidang ini perlu meliputi komponen berikut:

a) Perspektif sejarah berkaitan sifat dan makna penaksiran.

b) Konsep asas berkaitan piawai dan bukan piawai alat ukuran dan teknik penaksiran lain termasuk penaksiran rujukan–norma dan rujukan–kriteria, penaksiran persekitaran, penaksiran prestasi, kaedah inventori dan ujian individu dan kelompok, pemerhatian tingkahlaku dan kaedah yang diurus dan dibantu komputer.

Page 45: kompetensi - ETIKA.pptx

c) Konsep statistik termasuk skala pengukuran, pengukuran kecederungan memusat, penanda variabiliti, bentuk dan jenis taburan dan korelasi.

d) Kebolehpercayaan: teori keralatan pengukuran, model kebolehpercayaan dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.

e) Kesahan: bahan bukti kesahan, jenis kesahan dan hubungan antara kebolehpercayaan dan kesahan.

f) Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa, ketidakupayaan, budaya, spiritualiti, dan faktor lain berkaitan penaksiran dan penilaian individu, kelompok dan populasi tertentu.

Page 46: kompetensi - ETIKA.pptx

g) Strategi untuk memilih, mengendali, dan pentafsiran alat-alat penaksiran dan penilaian serta teknik dalam kaunseling. Penggunaan bahan penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan ujian atau inventori yang piawai dan telah diterima pakai secara sejagat mengikut piawai akademik dan diterbitkan di dalam jurnal berwasit yang diiktiraf berkaitan bidang tetsebut.

h) Kefahaman mengenai prinsip umum dan kaedah membuat pengkonsepsian kes, penaksiran, dan/atau membuat diagnosis status mental dan emosi.

i) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 47: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Ujian dan Pengukuran dalam Kaunseling

b. Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunseling

c. Penaksiran dalam Kaunseling

d. Penaksiran dalam Kesihatan Mental

e. Ujian dan Pengukuran Psikologi

Page 48: kompetensi - ETIKA.pptx

KERJA KELOMPOK

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan dinamika kelompok, teori, kaedah dan kemahiran kaunseling kelompok serta pendekatan kelompok yang lain. Bidang ini meliputi komponen berikut:

a) Prinsip dinamika kelompok, termasuk tahap proses kelompok, teori tahap perkembangan, peranan dan tingkahlaku ahli kelompok dan faktor terapeutik dalam kelompok.

b) Cara gaya dan pendekatan kepemimpinan kelompok termasuk pelbagai jenis pemimpin kelompok dan gaya kepemimpinan.

Page 49: kompetensi - ETIKA.pptx

c) Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan aspek yang membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan bahan bacaan yang berkaitan.

d) Kaedah kaunseling kelompok termasuk orientasi dan tingkahlaku pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli serta cara menilai keberkesanan kelompok.

e) Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain termasuk kelompok petugas, kelompok terfokus, kelompok sokongan, kelompok pencegahan, kelompok psiko-pendidikan dan kelompok terapi.

f) Piawai latihan pemimpin kelompok.

g) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 50: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Kelompok

b. Prosedur Kelompok

c. Teori dan Teknik Kelompok

d. Dinamika dan Proses Kelompok

e. Kelompok dan Komunikasi Kelompok

Page 51: kompetensi - ETIKA.pptx

KERJAYA DAN CARA GAYA KEHIDUPAN

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman perkembangan kerjaya dan faktor yang berkaitan dengan kehidupan. Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

a) Teori perkembangan kerjaya dan model membuat keputusan kerjaya.

b) Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh, media visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya berasaskan komputer, dan media elektronik lain.

c) Program perancangan kemajuan kerjaya dan pendidikan, perkembangan, pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan, penempatan, susulan, dan penilaian kerjaya.

Page 52: kompetensi - ETIKA.pptx

d) Perhubungan di antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan, peranan kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian gender berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

e) Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan dan penilaian.

f) Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan perancangan kerjaya dan membuat keputusan kerjaya.

g) Strategi, aplikasi dan perkembangan kerjaya berasaskan teknologi termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya berkomputer dan cara melayari laman web yang berkaitan dengan kerjaya.

h) Proses, teknik dan sumber kaunseling kerjaya, termasuk yang boleh diaplikasikan kepada populasi yang khusus.

i) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 53: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus :

a. Kaunseling Kerjaya

b. Teori Perkembangan Kerjaya

c. Kerjaya dan cara gaya kehidupan

d. Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel

e. Perkembangan Kerjaya

f. Maklumat dan Perkembangan Kerjaya

Page 54: kompetensi - ETIKA.pptx

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang perkembangan manusia. Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

a) Teori perkembangan individu dan keluarga yang merentasi kehidupan sepanjang hayat.

b) Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.

c) Tingkahlaku manusia merangkumi kefahaman tentang perkembangan krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam sekeliling dan situasi yang mempengaruhi tingkahlaku normal dan bilazim.

d) Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang hayat.

e) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 55: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

b. Teori Personaliti

c. Psikologi Bilazim

d. Teori Pembelajaran

e. Perkembangan di Peringkat Dewasa

f. Psikologi Kanak-kanak dan Remaja

Page 56: kompetensi - ETIKA.pptx

KEMAHIRAN PERHUBUNGAN MENOLONG

Kursus dalam bidang ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran dalam perhubungan menolong dan perundingan dalam proses kaunseling. Kursus ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran kendiri bagi mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien yang efektif serta memelihara sempadan profesional. Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi sekurang-kurangnya :

a) Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses kaunseling dan perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras, tingkahlaku lisan dan bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran kaunselor.

Page 57: kompetensi - ETIKA.pptx

b) Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat mewujudkan perhubungan terapeutik untuk membina matlamat kaunseling yang sesuai, mengkonsepsualisasi kes, merangka strategi tindakan, menilai hasil kaunseling dan menamatkan perhubungan kaunseling dengan berkesan.

c) Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model yang tekal untuk memahami masalah klien dan memilih tindakan kaunseling yang sesuai. Pengalaman yang diperolehi pelajar hendaklah meliputi sejarah perkembangan teori kaunseling, dan penerokaan teori afektif, kognitif dan tingkahlaku. Pelajar wajar diberikan peluang untuk menerapkan teori tersebut dalam kajian kes disamping didedahkan kepada model kaunseling mutakhir berdasarkan penyelidikandan amaln terkini serta digalakkan membina model kaunseling sendiri.

Page 58: kompetensi - ETIKA.pptx

d) Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem keluarga dan teori sistem yang lain serta model utama intervensi keluarga dan intervensi yang berkaitan. Pelajar juga hendaklah didedahkan kepada rasional memilih teori keluarga dan teori sistem lain sebagai modaliti yang sesuai untuk penaksiran dan kaunseling keluarga.

e) Penyediaan kerangka umum untuk memahami dan mengamalkan perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki meneliti sejarah perkembangan perundingan, penerokaan peringkat dan model utama perundingan dan menerapkan teori dalm pembentangan kes. Pelajar digalakkan membina model perundingannya sendiri.

Page 59: kompetensi - ETIKA.pptx

f) Pengintegrasian strategi teknologi serta penggunaannya dalam proses kaunseling dan perundingan.

g) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 60: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Individu,

b. Kemahiran Menolong

c. Proses Kaunseling

d. Perundingan dalam Kaunseling

e. Kaunseling Keluarga

f. Teknik Kaunseling

g. Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Page 61: kompetensi - ETIKA.pptx

ISU-ISU PROFESIONAL DALAM KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

Kursus dalam bidang ini hendaklah meliputi pemahaman tentang semua aspek kefungsian profesional termasuk sejarah, peranan, struktur organisasi, etika, perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaian dan pengakreditasian. Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

a) Sejarah dan falsafah profesion kaunseling

b) Peranan, fungsi dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan kemanusiaan yang lain.

c) Kemahiran Asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan Kaunseling

Page 62: kompetensi - ETIKA.pptx

d) Kepentingan dan Fungsi Lembaga Kaunselor di bawah Akta Kaunselor 580. Peranan dan kepentingan organisasi profesional seperti Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

e) Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan perlesenan, amalan pengakreditasian, kepiawaian dan kesan polisi awam ke atas isu ini. Penekanan diberikan terhadap Peranan Lembaga Kaunselor.

f) Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor profesional dalam menjaga kewibawaan profesion.

g) Proses membantu klien dan pengamal yang mrnghadapi halangan institusi dan sosial daripada memperolehi perkhidmatan, kejayaan, dan kemajuan.

h) Piawai etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.

Page 63: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Etika dan Perundangan Kaunseling

b. Amalan Profesionalisme Kaunseling

c. Falsafah dan Etika Kaunseling

d. Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling

e. Isu Etika dan Perundangan Kaunseling

Page 64: kompetensi - ETIKA.pptx

KEPELBAGAIAN SOSIAL DAN BUDAYA

Kursus dalam bidang ini bertujuan memberi kefahaman tentang kepelbagaian sosial dan konteks budaya seperti aspek perhubungan, isu dan trend dalam masyarakat majmuk dan berbilang budaya. Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

a) Trend pelbagai budaya dan masyarakat majmuk seperti ciri dan kepekaan sesuatu kumpulan dan antara kumpulan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Page 65: kompetensi - ETIKA.pptx

b) Sikap, kepercayaan, kefahaman dan pengalaman seperti aktiviti pembelajaran melalui pengalaman khusus berkaitan faktor budaya, etnik, keturunan, umur, gender, orientasi seksual, ciri mental dan fizikal, pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan, status sosio-ekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga, dan komuniti.

c) Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan dan komuniti dalam masyarakat majmuk.

d) Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi dan resolusi konflik, kesedaran suadiri dalam konteks budaya. Juga, peranan kaunselor dalam menangani sifat prejudis, prasangka, proses penindasan serta diskriminasi yang disengaja dan tidak disengajakan serta tingkah laku lain yang didukungi oleh budaya yang merugikan perkembangan semangat, fikiran atau jasmani manusia.

e) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 66: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Kaunseling Pelbagai Budaya

b. Kaunseling Silang Budaya

c. Psikologi Sosial

d. Individu dan Masyarakat

e. Antropologi dan Sosiologi Budaya

f. Budaya dan Masyarakat

Page 67: kompetensi - ETIKA.pptx

PENYELIDIKAN, PROJEK KAJIAN ATAU PENILAIAN PROGRAM

Kursus dalam bidang ini memberi kefahaman tentang kaedah penyelidikan, analisis statistik, keperluan dan penilaian program. Pelajar didedahkan kepada kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling. Pelajar digalakkan membuat projek penyelidikan dalam bidang kaunseling. Bidang ini perlulah meliputi komponen berikut:

a) Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian satu kes, penyelidikan tindakan dan penyelidikan menguji keberkesanan.

Page 68: kompetensi - ETIKA.pptx

b) Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis perisian statistik.

c) Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan, penilaian program dan penggunaan dapatan kajian untuk pengubahsuaian program.

d) Pertimbangan etika dan perundangan.

Page 69: kompetensi - ETIKA.pptx

Contoh Tajuk Kursus:

a. Penyelidikan dalam Kaunseling

b. Statistik dalam Kaunseling

c. Projek penyelidikan/kajian dalam bidang kaunseling

d. Kaedah Penyelidikan Kaunseling

e. Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling

Page 70: kompetensi - ETIKA.pptx

Pendidikan lanjutan

C.2.f > Pendidikan berterusan (kod etika lembaga kaunselor)

Kaunselor perlu sedar tentang pentingnya memperoleh dan mengekalkan pendidikan berterusan mengenai maklumat saintifik dan profesional terkini dalam bidang mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah mengekalkan kompetensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia menerima prosedur baru, dan sentiasa mengemaskinikan maklumat mengenai populasi pelbagai dan khusus melibatkan tugasnya.