model kompetensi emosi.pptx

Upload: jia-min-carmen

Post on 15-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kecerdasan emosi

TRANSCRIPT

Model kompetensi emosi

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan satu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain.Goleman membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubunganDefinisi kecerdasan emosi Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah kompetensi merupakan ciri potensi seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi. Menurut Whiddett dan Hollyfords (2003), kompetensi ditakrifkan sebagai tingkah laku yang didemostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya. Ringkasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan prestasi yang cekap dan tinggi atas kerja yang ditugaskan.

Konsep Kesedaran Emosi Kendiri Merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan emosi orang lain. Mengikut kajian McPhail, kesedaran emosi mengandungi empat tahap, disusun secara progresif, bermula dari kompetensi mengenal pasti emosi diri dan emosi orang lain, diikuti dengan aplikasi emosi, kemudian empati emosi dan akhirnya emosionaliti

Konsep Pengurusan Emosi Kendiri Cara untuk mengenal pasti emosi kendiri. Dapat mengenal pasti jenis emosi yang kita serta penyebab-penyebab yang mencetuskan emosi tertentu. Seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri. Contoh boleh dilihat melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu itu peroleh dia dapat menguruskannya dengan baik melalui keadaan dalamannya

Model Pertama : Model Reuven Bar-On (EQ-i)

Reuvon Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang mengkaji bidang Kecerdasan Emosi. Beliau telah membentuk Model Inventori Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kaedah pengukuran yang digunakan untuk menilai individu kerana kebergantungan serta kesahihan sesuatu keputusan yang diperolehi. Kaedah ini bermatlamat mengenal pasti kemahiran bukan kognitif seseorang sehingga menentukan kejayaan dalam bidang-bidang dalam hidup mereka.

Selain itu, tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. Kaedah ini biasa digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya. ReuvenBar-On telah menyebutkan definisi kepada Kecerdasan Emosi ialah sebagai serangkaian kemampuan, kompetensi, dan kecekapan bukan kognitif, yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berhasil mengatasi tuntutan dan tekanan lingkungan. Melalui definisi yang telah diberikan Reuven bar-On , dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan kemampuan-kemampuan yang merangkumi pada aspek pengendalian diri, kemampuan untuk memotivasi diri sendiri dan kemampuan untuk mencari pemecahan masalah sebagai sebahagian daripada diri

5 domain kecerdasan emosiModel Kedua : Model Mayer & Salovey (4 Branch Model)

Pada tahun 1990 Mayer dan Salovey telah membawa dimensi baru dalam Penilaian Pendidikan dengan memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (EQ) kepada dunia. Hal ini menyebabkan ramai pakar mengatakan kegiatan manusia tidak hanya bergantung kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang tetapi keputusan yang mereka buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ.

Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik ialah Mayer dan Salovey (1990). Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada :

"Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and generate emotions so as to assist thought, to understand emotions and emotional knowledge, and to relectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth". (Mayer dan Salovey,1990) Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Contohnya, menggunakan perkataan kebolehan tetapi bukan kemahiran

Model Mayer dan Salovey Mereka telah membahagikan kepintaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi Emosi (Emotional Perception). :

Definisi yang diberikan oleh Goleman (1998) kepada Kecerdasan Emosi ialah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.

Goleman (1995) kemudiannya pernah mengatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualnya (IQ), tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Bermaksud kecerdasan emosi sebagai kebolehan mengenalpasti emosi diri sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi dengan baik serta pembinaan hubungan antara perseorangan.

Model Ketiga : Model Goleman (ECI)

Menurut buku The Emotional Intelligence yang ditulis oleh Goleman, terdapat bukti kecerdasan emosi amat berkuasa malahan lebih berkuasa daripada IQ dalam sebarang domain kehidupan manusia. Dalam erti kata lain kecerdasan emosi lebih mampu mencorakkan kehidupan manusia daripada kecerdasan azali (sedia ada). Dari sudut saintifiknya pula, Mayer (1997), dalam bukunya Emotional Development and Emotional Intelligence, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional intelligence) sebagai keupayaan untuk menakul emosi terbahagi dalam empat perkara iaitu mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosi dan menguruskan emosi.

Tuntasnya dari pelbagai definisi dan pandangan yang dikemukakan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesemua konsep yang dikemukakan telah dirangkum dalam definisi kecerdasan emosi yang dikemukakan oleh Goleman iaitu Keupayaan seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan dengan mesra dan baik.

Dari definisi yang dikemukakan oleh Goleman (1999), secara tidak langsung kita boleh memahami bahawa terdapat lima domain dalam kecerdasan emosi. Domain-domain yang dimaksudkan adalah

1) Self Awareness (menyedari emosi kendiri),

2) Self Regulation (mengawal emosi kendiri),

3) Self Motivation (motivasi kendiri),

4) Empathy (empati), dan

5) Social skill (kemahiran sosial)