nota hbml4403

56
KEMAHIRAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DAN MEMBUAT KEPUTUSAN PENGENALAN Apakah itu mesyuarat? Pernahkah anda menghadiri mesyuarat atau mempengerusikan sesuatu mesyuarat? Mengapakah mesyuarat diadakan? Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tiga perkara utama, iaitu persediaan sebelum mesyuarat berlangsung, tanggungjawab Pengerusi dan ahli dan kaedah membuat keputusan dalam mesyuarat. Sebelum itu, kita akan membincangkan tentang pengertian, kriteria, etika dan tatasusila, pengurusan agenda dan tatacara pengendalian dalam mesyuarat supaya anda mendapat gambaran kasar tentang mesyuarat. PRINSIP-PRINSIP MESYUARAT 1.1 Pada pandangan anda, apakah pengertian mesyuarat? Berikut disertakan satu contoh pegertian mesyuarat (Nor Jabar, 2005) dan bincangkan samada terdapat persamaan atau perbezaan dengan apa yang anda fikirkan. “Mesyuarat ialah perbincangan formal antara tiga individu atau lebih untuk mencapai objektif bersama menerusi proses komunikasi.” (Mohd. Nor Jabar, 2005) Jika anda tidak pernah menyaksikan atau menghadiri sesi mesyuarat, Rajah 1.1 menunjukan contoh bagus sesi mesyuarat yang sedang berlangsung. Kriteria Mesyuarat 1.1.1 Apakah kriteria-kriteria utama yang perlu diambil kira untuk menguruskan sesuatu mesyuarat yang berkesan? Jadual 1.1 menunjukkan penerangan bagi setiap kriteria yang perlu dipatuhi bagi memastikan mesyuarat dapat diuruskan dengan berkesan. Jadual 1.1: Kriteria-kriteria Mesyuarat Kriteria Penerangan Agenda Jelas, tepat dan menyeluruh Masa Dirancang berdasarkan agenda yang telah ditetapkan Kemudahan Bilik Mesyuarat Lengkap dan selesa Notis Mesyuarat Dihantar kepada setiap ahli 14 hari sebelum mesyuarat Kepakaran Ahli Sesuai dan arif dengan sesuatu tugas serta tanggungjawab, seperti peranan dalam sesuatu biro Perbincangan Mesyuarat Hendaklah fokus kepada agenda, positif dan tepat Pengerusi Memainkan peranan yang aktif dan proaktif, selain bijak mengendalikan mesyuarat Setiausaha Peka terhadap perkara-perkara yang hendak dicatatkan Minit Mesyuarat Mengikut susunan agenda, tepat dan telus Tindakan Susulan Berdasarkan perbincangan dalam agenda perkara-perkara berbangkit, selain terdapat catatan ‘Tindakan’ atau ‘Makluman’ atau kedua-duanya sekali Etika dan Tatasusila Mesyuarat 1.1.2 Mempunyai etika dan tatasusila yang positif bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi anda akan berjaya dalam setiap aspek hidup. Anda perlu tahu bahawa etika dan tatasusila harus dibawa bersama anda di mana-mana tidak kira di rumah, sekolah atau pejabat. Sebagai seorang pekerja, berikut adalah etika dan tatasusila yang perlu diikuti untuk melaksanakan sesuatu mesyuarat. a. Elakkan tiba lewat; b. Elakkan gangguan semasa mesyuarat; c. Tidak meninggalkan bilik mesyuarat; d. Elakkan duduk yang menunjukkan kurang minat; e. Mendengar secara aktif dan penuh minat; f. Berusaha memberikan sumbangan secara berkesan; g. Fokuskan kepada objektif mesyuarat; h. Bincang perkara-perkara positif dan elakkan perkara-perkara negatif; dan i. Berusaha menjadi seorang ahli yang aktif. Pengurusan Mesyuarat 1.1.3 Bagaimana anda dapat membentuk dan menyusun agenda bagi sesuatu mesyuarat? Dalam membentuk sesuatu agenda mesyuarat, perkara-perkara utama mengikut susunan yang perlu anda sentuh dalam mesyuarat adalah seperti Rajah 1.2 berikut: Rajah 1.2: Susunan agenda bagi sesuatu mesyuarat Penyediaan sesuatu agenda hendaklah dirancang dan disempurnakan mengikut anggaran masa seperti berikut: a. Ucapan Pengerusi – 15 minit b. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu – 2 minit c. Perkara-perkara berbangkit – 30 minit

Upload: alalatere-chum

Post on 17-Feb-2015

209 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Hbml4403

KEMAHIRAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DAN

MEMBUAT KEPUTUSAN PENGENALAN

Apakah itu mesyuarat? Pernahkah anda menghadiri mesyuarat atau mempengerusikan sesuatu mesyuarat? Mengapakah mesyuarat diadakan? Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tiga perkara utama, iaitu persediaan sebelum mesyuarat berlangsung, tanggungjawab Pengerusi dan ahli dan kaedah membuat keputusan dalam mesyuarat.  Sebelum itu, kita akan membincangkan tentang pengertian, kriteria, etika dan tatasusila, pengurusan agenda dan tatacara pengendalian dalam mesyuarat supaya anda mendapat gambaran kasar tentang mesyuarat.

PRINSIP-PRINSIP MESYUARAT 1.1

Pada pandangan anda, apakah pengertian mesyuarat? Berikut disertakan satu contoh pegertian mesyuarat (Nor Jabar, 2005) dan bincangkan samada terdapat persamaan atau perbezaan dengan apa yang anda fikirkan.

“Mesyuarat ialah perbincangan formal antara tiga individu atau lebih untuk mencapai objektif bersama menerusi proses komunikasi.”

(Mohd. Nor Jabar, 2005)

Jika anda tidak pernah menyaksikan atau menghadiri

sesi mesyuarat, Rajah 1.1 menunjukan contoh bagus

sesi mesyuarat yang sedang berlangsung.

Kriteria Mesyuarat 1.1.1

Apakah kriteria-kriteria utama yang perlu diambil kira untuk menguruskan sesuatu mesyuarat yang berkesan? Jadual 1.1 menunjukkan penerangan bagi setiap kriteria yang perlu dipatuhi bagi memastikan mesyuarat dapat diuruskan dengan berkesan.

Jadual 1.1: Kriteria-kriteria Mesyuarat

Kriteria PeneranganAgenda Jelas, tepat dan menyeluruhMasa Dirancang berdasarkan agenda

yang telah ditetapkanKemudahan Bilik Mesyuarat

Lengkap dan selesa

Notis Mesyuarat Dihantar kepada setiap ahli 14 hari sebelum mesyuarat

Kepakaran Ahli Sesuai dan arif dengan sesuatu tugas serta tanggungjawab, seperti peranan dalam sesuatu biro

Perbincangan Mesyuarat

Hendaklah fokus kepada agenda, positif dan tepat

Pengerusi Memainkan peranan yang aktif dan proaktif, selain bijak mengendalikan mesyuarat

Setiausaha Peka terhadap perkara-perkara yang hendak dicatatkan

Minit Mesyuarat Mengikut susunan agenda, tepat dan telus

Tindakan Susulan Berdasarkan perbincangan dalam agenda perkara-perkara berbangkit, selain terdapat catatan ‘Tindakan’ atau ‘Makluman’ atau kedua-duanya sekali

Etika dan Tatasusila Mesyuarat 1.1.2

Mempunyai etika dan tatasusila yang positif bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi anda akan berjaya dalam setiap aspek hidup. Anda perlu tahu bahawa etika dan tatasusila harus dibawa bersama anda di mana-mana tidak kira di rumah, sekolah atau pejabat. Sebagai seorang pekerja, berikut adalah etika dan tatasusila yang perlu diikuti untuk melaksanakan sesuatu mesyuarat.

a. Elakkan tiba lewat;

b. Elakkan gangguan semasa mesyuarat;

c. Tidak meninggalkan bilik mesyuarat;

d. Elakkan duduk yang menunjukkan kurang minat;

e. Mendengar secara aktif dan penuh minat;

f. Berusaha memberikan sumbangan secara berkesan;

g. Fokuskan kepada objektif mesyuarat;

h. Bincang perkara-perkara positif dan elakkan perkara-perkara negatif; dan

i. Berusaha menjadi seorang ahli yang aktif.

Pengurusan Mesyuarat 1.1.3

Bagaimana anda dapat membentuk dan menyusun agenda bagi sesuatu mesyuarat? Dalam membentuk sesuatu agenda mesyuarat, perkara-perkara utama mengikut susunan yang perlu anda sentuh dalam mesyuarat adalah seperti Rajah 1.2 berikut:

Rajah 1.2: Susunan  agenda bagi sesuatu mesyuarat

Penyediaan sesuatu agenda hendaklah dirancang dan disempurnakan mengikut anggaran masa seperti berikut:

a. Ucapan Pengerusi – 15 minit

b. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu – 2 minit

c. Perkara-perkara berbangkit – 30 minit

d. Pembentangan kertas kerja – 25 minit

e. Hal-hal lain – 25 minit

Sepertimana yang anda mematuhi arahan ibu-bapa di rumah, mesyuarat juga mempunyai aspek-aspek yang perlu di ambil kira. Apakah aspek-aspek yang perlu dipatuhi untuk mengendalikan sesuatu mesyuarat? Aspek-aspek perlu bertumpu kepada perkara dan huraian yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

Page 2: Nota Hbml4403

Jadual 1.2: Aspek-aspek dalam Mengendalikan Mesyuarat

Perkara Huraian

Panggilan Mesyuarat

Dilaksanakan oleh Setiausaha

Arahan dan Pengawasan Aliran Maklumat

Dilakukan oleh Pengerusi

Tatacara dan Panduan

Berpandukan etika dan format mesyuarat

Catatan dan Rekod Perbincangan

Dilakukan oleh Setiausaha

Notis Mesyuarat

Diedarkan kepada ahli-ahli oleh Setiausaha selewat-lewatnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan

Ringkas, jelas dan mudah difahami, seperti tempat, tarikh dan masa mesyuarat

Isu Penting Kenyataan yang jelas untuk perbincangan

Perjalanan dan Peraturan Mesyuarat

Perjalanan sesuatu mesyuarat berpaksikan Undang-Undang Tubuh atau Undang-Undang Kecil sesuatu badan atau pertubuhan

Mesyuarat dianggap gagal jika Pengerusi terkeluar daripada peraturan, selain tidak berupaya menyelaraskan antara tujuan dengan agenda yang telah dirancang untuk

dibincangkan

Kuorum Biasanya dua pertiga atau ditetapkan oleh mesyuarat

Jika tidak cukup, Pengerusi berhak membatalkan mesyuarat

PERSEDIAAN SEBELUM MESYUARAT

BERLANGSUNG 1.2

Adakah anda biasa membuat persediaan sebelum mesyuarat berlangsung? Bayangkan anda menghadiri mesyuarat tanpa penyediaan yang lancar. Saya boleh pastikan bahawa anda bukan sahaja akan menjatuhkan imej diri anda, tetapi mesyuarat tersebut juga tidak akan berbaloi kerana tidak ada persediaan. Oleh itu, persediaan sebelum mesyuarat berlangsung hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

a. Mengedarkan Minit Mesyuarat yang LaluSila pastikan proses pengedaran mengikut prosedur-prosedur berikut:

i. Edaran minit dilakukan oleh Setiausaha;

ii. Setiap edaran hendak lengkap dari segi butiran minit dan halaman serta dimuatkan di dalam fail khas (contohnya dinamakan “Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Murni”);

iii. Minit diedarkan 14 hari sebelum mesyuarat berlangsung; dan

iv. Setiap edaran dibuktikan dengan pengesahan penerimaan oleh ahli menerusi tandatangan dan tarikh.

b. Meminta Pandangan Ahli tentang Perkara-Perkara yang akan Menjadi AgendaPandangan ahli tentang perkara-perkara yang akan menjadi agenda hendaklah tertumpu kepada:

i. Apakah agenda yang perlu digubal?

ii. Mengapakah agenda berkenaan perlu diketengahkan?

iii. Apakah isu atau masalah yang hendak dibincangkan dalam agenda?

iv. Apakah objektif bagi sesuatu agenda?

v. Apakah keputusan yang hendak dicapai daripada sesuatu agenda?

c. Menetapkan Tarikh, Masa dan TempatPenetapan tarikh, masa dan tempat hendaklah berdasarkan aspek berikut:

i. Kelapangan ahli-ahli untuk hadir;

ii. Kesediaan ahli-ahli untuk berbincang;

iii. Tarikh dan masa tidak bertembung dengan urusan lain yang sama mustahak;

iv. Tempat perlu ditempah lebih awal; dan

v. Masa yang hendak digunakan perlulah bersesuaian dengan ketetapan agenda-agenda.

d. Memberitahu Ahli-AhliPemberitahuan meliputi perkara-perkara berikut:

i. Ahli-ahli diberitahu melalui notis yang diedarkan, termasuk penampalan notis pada papan kenyataan;

ii. Jelas dan tepat tentang tempat, tarikh dan masa;

iii. Ahli-ahli sedia diingatkan tentang jadual bagi setiap mesyuarat dalam setahun (perubahan tertakluk kepada tanggungjawab Pengerusi dan Setiausaha); dan

Page 3: Nota Hbml4403

iv. Setiap ahli diberitahu tentang tarikh mesyuarat selewat-lewatnya 14 hari sebelum mesyuarat.

Selaras dengan tugas dan tanggungjawab berkenaan, Pengerusi dan Setiausaha juga hendaklah merancang perkara-perkara berikut (bagi sebelum, semasa dan selepas mesyuarat) seperti di Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Tugas dan Tangungjawab Pengerusi dan Setiausaha Sebelum Semasa dan Selepas  

Mesyuarat

Ahli Sebelum Semasa Selepas

Pengerusi

Menetapkan tujuan atau objektif mesyuarat

Menetapkan tarikh, masa, tempat, kehadiran ahli dan agenda mesyuarat.

Kaedah membuka mesyuarat, mengawal perbincangan dan merumus; dan

Catatan kehadiran, butiran perbin

Kelulusan draf minit mesyuarat; dan

Persediaan post-mortem (jika perlu).

cangan dan justifikasi.

Setiausaha

Menyedia dan menghantarkan notis yang diiringi agenda mesyuarat; dan

Menyediakan tempat dan peralatan mesyuarat

Kaedah membuka mesyuarat, mengawal perbincangan dan merumus; dan

Catatan kehadiran, butiran perbincangan dan justifikasi.

Pengedaran minit mesyuarat, simpanan rekod

Tindakan tertentu diambil berdasarkan agenda; dan

Penyediaan draf minit mesyuarat.

TANGGUNGJAWAB pengerusi, SETIAUSAHA DAN

AHLI 1.3

Sebelum ini kita telah pun mempelajari secara ringkas persediaan sebelum mesyuarat yang dikendalikan oleh Pengerusi dan Setiausaha. Sekarang kita akan dengan lebih mendalam mempelajari tentang tanggungjawab ahli-ahli yang terlibat dalam mesyuarat.

Tanggungjawab Pengerusi 1.3.1

Di dalam sesebuah mesyuarat, Pengerusi memegang jawatan paling tinggi dan penting; dimana Pengerusi akan bertanggungjawab untuk mengemukakan keputusan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tanggungjawab Pengerusi melibatkan perkara-perkara berikut.

a. Alu-Aluan kepada AhliAlu-aluan kepada ahli hendaklah terkandung:

i. Ucapan selamat datang atau terima kasih;

ii. Fokus kepada komitmen setiap ahli;

iii. Justifikasi kepada tujuan dan agenda mesyuarat; dan

iv. Harapan supaya mesyuarat dapat berjalan lancar.

b. Adil kepada Semua AhliSifat adil menjurus kepada langkah:

i. Menjemput penjelasan isu daripada ahli-ahli mesyuarat;

ii. Mendapatkan penjelasan tentang perkara-perkara yang tidak jelas;

iii. Menghalang perbincangan yang tidak berkaitan; dan

iv. Mengawal waktu atau pembahagian masa (jika perlu selaraskan tempoh mesyuarat).

c. Memberikan Peluang kepada Ahli-Ahli untuk Mengemukakan PendapatLangkah ini dapat dilaksanakan dengan:

Page 4: Nota Hbml4403

i. Meminta pandangan setiap ahli tentang sesuatu isu atau masalah;

ii. Membuka peluang sama rata kepada ahli-ahli yang ingin bercakap; dan

iii. Menggalakkan penyertaan semua ahli.

Memegang jawatan Pengerusi bukan sahaja berhenti disini, malah ada juga peranan, tugas dan kepimpinan yang Pengerusi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3, Rajah 1.4 dan Rajah 1.5:

Rajah 1.3: Peranan Pengerusi dalam mesyuaratSumber: Mohd. Nor Jabar, 2005)

Rajah 1.4: Tugas Pengerusi dalam mesyuaratSumber: Mohd. Nor Jabar, 2005)

Rajah 1.5: Kepimpinan Pengerusi dalam mesyuaratSumber: Mohd. Nor Jabar, 2005)

Seperti yang anda tahu, setiap mesyuarat mengandungi beberapa peringkat iaitu: awal mesyuarat, dalam mesyuarat dan akhir mesyuarat. Setiap peringkat tersebut mempunyai agendanya yang khusus untuk

diikuti. Marilah kita ikuti peranan Pengerusi dalam peringkat-peringkat seperti di Jadual 1.4:

Jadual 1.4: Peranan Pengerusi dalam Peringkat-peringkat Mesyuarat

Peringkat Mesyuarat

Peranan

Pada awal mesyuarat

Datang awal untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan ahli-ahli mesyuarat

Mulakan mesyuarat tepat pada masa yang ditetapkan

Wujudkan suasana selesa, ucapan aluan dan memperkenalkan ahli-ahli jika perlu

Maklumkan tujuan, objektif dan tempoh mesyuarat

Luluskan minit mesyuarat yang lalu

Jelaskan perkara pentadbiran atau pengurusan pada awal mesyuarat.

Perbincangan dalam mesyuarat

Mulakan perbincangan dengan mengemukakan sesuatu isu

Isu dikupas secara padat.

Pada akhir Mesyuarat

Ulas kembali perkara yang telah dibincangkan;

Maklumkan keputusan yang telah diambil atau ditolak, diterima, diberikan perhatian atau ditunda;

Maklumkan tindakan susulan

yang perlu diambil;

Tetapkan masa, tarikh dan tempat mesyuarat yang akan datang (jika perlu); dan

Tamatkan mesyuarat tepat pada masanya.

Tanggungjawab Setiausaha 1.3.2

Jika mengikut sususan, Setiausaha adalah peranan kedua terpenting didalam sesebuah mesyuarat. Ada beberapa tugas yang boleh dikendalikan oleh Setiausaha dalam ketidakhadiran Pengerusi. Marilah kita pelajari dengan lebih lanjut aspek-aspek yang perlu disesuaikan oleh Setiausaha.

a. Peranan Setiausaha

i. Membawa ke dalam bilik mesyuarat, minit mesyuarat  (laporan-laporan, nota-nota atau bahan rujukan sekiranya perlu);

ii. Hadir awal ke tempat mesyuarat – semak kemudahan atau keperluan mesyuarat;

iii. Menyediakan senarai para ahli;

iv. Membantu Pengerusi seperti mengingatkannya tentang peraturan, masa dan agenda mesyuarat;

v. Mencatatkan nama ahli yang bercakap dan butir-butir percakapannya;

vi. Mencatatkan nota-nota dengan jelas;

vii. Menyediakan minit mesyuarat dalam masa tujuh hari; dan

viii. Menyampaikan keputusan dan arahan kepada sesiapa yang perlu mengambil tindakan susulan dengan segera.

Page 5: Nota Hbml4403

b. Setiausaha dalam Pengendalian Penulisan Minit MesyuaratDi antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

i. Penstrukturan minit mesyuarat;

ii. Penyelarasan perbincangan mesyuarat;

iii. Pengesahan minit mesyuarat;

iv. Pindaan minit mesyuarat;

v. Perkara-perkara berbangkit;

vi. Perkara-perkara lain yang dibincangkan;

vii. Pernyataan penangguhan mesyuarat; dan

viii. Lampiran (jika ada).

c. Setiausaha dan Komponen Utama dalam Minit MesyuaratSetiausaha perlu memastikan bahawa komponen-komponen berikut ada dalam minit mesyuarat:

i. Alamat;

ii. Tajuk: Minit Mesyuarat ..... ;

iii. Tarikh;

iv. Masa;

v. Tempat;

vi. Pengerusi Mesyuarat;

vii. Kehadiran;

viii. Tidak Hadir dan Sebab; dan

ix. Agenda Mesyuarat.

Tanggungjawab Ahli 1.3.3

Sila bayangkan jikalau sesi mesyuarat berlangsung tanpa ahli. Pernahkah anda terlibat sebagai ahli dalam mesyuarat? Apakah peranan dan tanggunjawab yang biasa anda memegangi? Marilah kita mempelajari tanggungjawab umum ahli yang menjurus kepada usaha berikut.

a. Peranan dan Tanggungjawab Ahli

i. Memaklumkan kepada pengurusan atau pihak berkenaan tentang keputusan mesyuarat;

ii. Memberikan laporan maklum balas kepada Urus Setia; dan

iii. Memberikan kesimpulan dari semasa ke semasa tentang apa-apa yang telah dibincangkan.

b. Ahli tidak boleh Memonopoli MesyuaratAhli wajar:

i. Bersepakat mengambil tindakan atas keputusan yang dicapai;

ii. Menunjukkan keprihatinan terhadap ahli yang pendiam, banyak bercakap dan bersikap negatif; dan

iii. Mengekalkan suasana harmonis dan mengelakkan perselisihan faham.

c. Ahli Memberikan Peluang kepada Ahli yang lain untuk Memberikan PendapatTindakan ini perlu untuk:

i. Menghormati pendapat dan pandangan ahli yang lain;

ii. Menjaga disiplin dan peraturan mesyuarat; dan

iii. Menggalakkan perbincangan dan penyertaan ahli yang lain.

KAEDAH MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM

MESYUARAT 1.4

Jika anda mengikuti babak ini dengan baik, siapakah tiga peranan penting dalam sesebuah mesyuarat? Kita tahu bahawa Pengerusi, Setiausaha dan Alhi memainkan peranan penting dalam mesyuarat. Selain itu, semangat pasukan juga adalah sama penting dalam membuat sesuatu keputusan. Kaedah membuat keputusan dalam mesyuarat (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 1991) memberikan penekanan terhadap aspek-aspek berikut:

a. Keputusan Secara MuafakatKeputusan yang diperoleh secara muafakat berasaskan:

i. Keputusan bersama yang dilaksanakan serta tindakan yang diambil; dan

ii. Kewujudan suasana yang boleh merangsang keputusan yang adil, telus dan bijak.

b. Keputusan Dilakukan atas Kebijaksanaan PengerusiKebijaksanaan Pengerusi dalam mengambil kira sesuatu keputusan berlandaskan:

i. Ahli-ahli yang diberikan peluang secara sama rata untuk membuat sesuatu keputusan;

ii. Agenda yang dibincangkan satu demi satu ke arah suatu keputusan yang padu;

iii. Had waktu perbincangan bagi setiap isu atau masalah dibuat mengikut keutamaan;

iv. Setiap keputusan dirumuskan dari semasa ke semasa; dan

v. Arahan pengunduran individu yang tidak mematuhi peraturan atau mengganggu urusan membuat keputusan atau melanggar tatasusila mesyuarat.

c. Meminta Pandangan Ahli-ahliPandangan ahli-ahli diminta atas dasar untuk:

Page 6: Nota Hbml4403

i. Menjaga tatacara mesyuarat;

ii. Memutuskan sesuatu keputusan yang hendak dicapai; dan

iii. Menggunakan undi putus atau keputusan sebulat suara.

Kaedah membuat keputusan dalam mesyuarat juga harus mengambil kira:

a. Catatan Perbincangan

Bagi sesuatu minit mesyuarat,  ‘Tindakan’ dan   ‘Makluman’   dicatat   seperti   contoh berikut:

Pengerusi menyarankan kepada mesyuarat supaya kurikulum kursus guru dikaji semula. Penyemakannya wajar mengambil kira kos dan keperluan semasa.

Tindakan: KSU Kementerian Pelajaran

Pengerusi menyatakan rasa bangga akan prestasi sekolah. Beliau berharap supaya setiap guru dapat menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan kecemerlangan murid.

Makluman

b. Mengesan Maklum Balas daripada Keputusan MesyuaratMaklum balas daripada keputusan mesyuarat dikesan berdasarkan peranan dan tanggungjawab ahli-ahli (Jadual 1.5)

Jadual 1.5: Peranan Ahli-ahli dalam Mengesan Maklum Balas Mesyuarat

Ahli-ahli Peranan

Ahli-ahli mesyuarat

Memberi maklum balas kepada Urus Setia mesyuarat.

Urus Mengesan keputusan mesyuarat dari

Setia segi:

a. Siri perkara yang dicatat

b. Rujukan bilangan mesyuarat

c. Tajuk perkara

d. Tarikh minit mesyuarat diedarkan

e. Penerima minit mesyuarat.

Setiausaha

Memastikan sama ada sesuatu tindakan telah selesai ataupun perlu diambil tindakan lanjut.

Pengerusi Memastikan Urus Setia menerima maklum balas mengikut jadual yang telah disediakan.Lazimnya, maklum balas diterima selewat-lewatnya tujuh hari sebelum mesyuarat.

c. Tindakan Urus Setia Melaporkan Maklum BalasUrus Setia hendaklah menyediakan laporan maklum balas bagi setiap keputusan mesyuarat berdasarkan format di dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Format Tindakan Maklum Balas

Perkara Pelaksanaan

Cabutan Keputusan

Menaip semula keputusan mesyuarat seperti yang tercatat dalam minit

Ulasan Urus Setia

a. Menganalisis maklum balas dan keputusan-keputusan mesyuarat

b. Analisis dan ulasan terdapat:

i. Senarai ahli yang belum memberikan maklum balas

ii. Senarai ahli yang perlu memberikan maklum balas, tetapi masih belum berbuat demikian

iii. Menentukan format maklum balas daripada ahli

iv. Ahli yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan mesyuarat hendaklah mengemukakan maklum balas kepada Urus Setia

Keputusan

c. Ditaip semula keputusan mesyuarat seperti yang tercatat dalam minit

d. Berikan keterangan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil untuk melaksanakan sesuatu keputusan

e. Peringkat pelaksanaan dan

Page 7: Nota Hbml4403

pencapaian

f. Lakukan perbandingan antara peringkat pelaksanaan dan pencapaian sebenar dengan pelan pelaksanaan

Masalah Nyatakan masalah pelaksanaan (jika ada) yang menghalang pencapaian matlamat bagi keputusan mesyuarat

Syor Atasi Masalah

g. Sebutkan keterangan tentang cadangan ahli untuk mengatasi masalah yang dihadapi

h. Penyediaan laporan maklum balas oleh ahli yang bertanggungjawab

i. Keputusan mesyuarat juga memerlukan maklum balas tentang pelaksanaan sesuatu program

i. Tanggungjawab penyediaan laporan maklum balas hendaklah diberikan kepada ahli yang menyelaraskan pelaksanaan sesuatu program

ii. Maklum balas yang diterima oleh Urus Setia

hendaklah diserahkan kepada ahli berkenaan untuk diringkaskan dan dianalisis untuk penyediaan laporan maklum balas yang berikutnya

iii. Laporan maklum balas disediakan dalam tempoh 14 hari

TOPIK 2

KEMAHIRAN MEMBERI UCAPAN 

PENGENALAN

Jika disuruh untuk berpidato di hadapan orang ramai, pelbagai reaksi akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap pemidato, pengerusi majlis atau pendebat, sama ada yang baharu, lama atau yang telah dikenali, semuanya melalui perasaan yang sama, terutamanya gemuruh untuk bercakap atau berucap di hadapan khalayak.

Topik ini membicarakan kemahiran berpidato, mempengerusikan majlis dan berdebat, tiga kemahiran yang dianggap penting dalam proses berkomunikasi.

KEMAHIRAN BERPIDATO 2.1

Kemahiran berpidato meliputi beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Ia termasuklah mengetahui jenis-jenis ucapan yang boleh disampaikan dan juga persediaan sebelum berucap. Subtopik ini akan membincangkannya dengan lebih lanjut.

Jenis-jenis Ucapan 2.1.1

Menurut Md. Izuddin Ali dan Zetty Zahureen Mohd Yusoff (2006), terdapat empat jenis ucapan yang perlu difahami seperti di Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis-jenis Ucapan

Jenis Ucapan Huraian

Ucapan spontan

Penyampaian ucapan secara tiba-tiba dan tidak dirancang

Ucapan disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan “terpaksa”

Ucapan Ekstemporanas

Penyampaian ucapan secara spontan, tetapi perucap bersedia dari segi mental, emosi dan idea yang sudah dirangka

Ucapan ini merujuk kepada rangka isi kandungan dan penggunaan kata kunci

Ucapan Manuskrip

Perucap hanya membaca teks yang telah disediakan dan sesekali mengekalkan hubungan mata dengan audien

Ucapan Hafalan

Perucap menggunakan kuasa ingatan dalam penyampaian

Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimanakah rupanya seseorang berpidato, contoh tulen peserta berpidato adalah seperti di Rajah 2.1. Bolehkah anda meneka ucapan jenis apakah yang sedang digunakan oleh peserta di Rajah 2.1? Dengan riak wajah dan reaksi gambar tersebut, dapat disahkan bahawa beliau sedang menggunakan ucapan ekstemporanas.

Persediaan Sebelum Memberi Ucapan 2.1.2

Memberi ucapan adalah kegiatan yang dilangsungkan dihadapan ramai. Jikalau anda menyertai dalam

Page 8: Nota Hbml4403

sesebuah pertandingan, semestinya anda ingin menarik perhatian ramai. Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap perucap untuk mengamalkan prosedur-prosedur di Rajah 2.2 berikut:

Rajah 2.2: Prosedur sebelum memberi ucapan

Persediaan Bahan Rujukan, Pemilihan Laras

Bahasa dan Latihan 2.1.3

Bagi sesiapa sahaja audien anda, cubalah anda dapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang

bakal diucapkan. Pastikan   anda   bersedia   dengan bahan-bahan   rujukan   yang   sesuai   dengan berpandukan   input   topik   bagi   sesuatu   ucapan (Razali   Osman,   2003).   Selidiki   juga   beberapa maklumat   seperti   bilangan   audien   yang   akan mendengar,   purata  umur,   jantina,   latar  belakang serta pendidikan mereka.

Komunikasi melalui ucapan yang berkesan juga perlu disesuaikan dengan laras bahasa yang tepat.”

(Adenan Ayob, 2009)

Dalam pada itu, sediakan anggaran tentang jangkaan

mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan anda. Pada akhir ucapan, sebutkan apa-apa yang anda ingin capai. Bagaimanakah untuk menjadikannya lebih bermakna?

Apa-apa yang anda akan ucapkan hendaklah berdasarkan latihan. Kaedahnya adalah lebih baik dilakukan dalam bentuk lakaran. Ini merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis secara berjela-jela, tetapi cukup dengan sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa-apa yang ada dalam minda anda. Kemudian, senaraikan isi-isi utama yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronologi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca, terutamanya apabila anda sedang berucap. Seelok-eloknya, anda menaip dan mencetakkannya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang serta diselenggarakan.

Gunakan bahasa yang mudah. Elakkan penggunaan bahasa yang bombastik. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan dan bukannya untuk mengelirukan mereka.

Langkah wajar yang boleh anda laksanakan sebelum anda berucap adalah dengan mengadakan simulasi. Bagaimanakah anda dapat melakukan simulasi ucapan? Sila telitikan kaedahnya dengan berpandukan Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Simulasi ucapan

KEMAHIRAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT 2.2

Pernahkah anda mempengerusikan majlis sebelum ini? Di dalam subtopik ini, kita akan dengan lebih lanjut pelajari tentang kemahiran mempengerusikan majlis yang melibatkan komponen-komponen berikut:

a. Apakah Persediaan yang Perlu Sebelum Mesyuarat Diadakan?Perkara-perkara berikut perlu disediakan sebelum mesyuarat:

i. Senarai kehadiran yang melibatkan jawatankuasa dan ahli;

ii. Setiap ahli telah dibekalkan dengan minit mesyuarat;

iii. Bilik mesyuarat lengkap dari segi kelengkapan dan selesa;

iv. Buku kehadiran disediakan; dan

v. Perkara-perkara lain seperti jamuan dan alat tulis disediakan.

b. Bagaimanakah Agenda Disediakan?

i. Agenda utama yang disediakan ialah:

Perutusan Pengerusi;

Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu;

Perkara-Perkara Berbangkit;

Pembentangan Kertas Kerja atau Laporan; dan

Hal-hal Lain.

ii. Agenda hendaklah bersabit dengan isu-isu sesebuah organisasi.

iii. Agenda hendaklah jelas dan tepat.

Page 9: Nota Hbml4403

c. Apakah Tanggungjawab Pengerusi Mesyuarat?

i. Mempengerusikan mesyuarat;

ii. Memastikan disiplin, etika dan tatasusila mesyuarat dipatuhi;

iii. Memastikan kuorum adalah cukup;

iv. Memulihara keharmonian mesyuarat; dan

v. Mengendalikan mesyuarat secara tegas, adil, terbuka dan bijaksana.

d. Apakah Tanggungjawab Ahli?

i. Memastikan kehadiran dalam mesyuarat adalah tekal;

ii. Menyumbang idea dan pendapat;

iii. Memberikan peluang kepada ahli-ahli lain untuk bercakap;

iv. Bertindak aktif dan rasional dalam mesyuarat; dan

v. Menjaga keharmonian mesyuarat.

e. Apakah Kaedah-kaedah yang Sesuai untuk Menangani Masalah?

i. Laksanakan sesi ‘brainstorming’;

ii. Bersikap rasional dan analitis dalam menerima setiap jawapan terhadap penyelesaian – pilih cara yang sesuai untuk mengatasi permasalahan; dan

iii. Menjalankan tinjauan soal selidik dan post-mortem.

f. Simulasi MesyuaratSimulasi bermaksud melaksanakan sesuatu kes seperti dalam situasi sebenar.  Simulasi penting untuk:

i. Menyesuaikan suasana mesyuarat dalam keadaan sebenar dengan

melibatkan anggota yang kecil (7 hingga 10 orang);

ii. Mengesan kekuatan dan kelemahan pengendalian mesyuarat;

iii. Meyakinkan anggota sidang dalam mesyuarat;

iv. Meningkatkan kredibiliti mesyuarat; dan

v. Menjangkakan isu-isu yang akan berbangkit.

Sebelum, Semasa dan Selepas Mesyuarat 2.2.1

Dalam memastikan setiap komponen mempengerusikan majlis dikendalikan dengan sempurna, perbincangan mengenainya dikupas berdasarkan kedudukan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat.

a. Sebelum MesyuaratPersediaan sebelum mesyuarat hendaklah melibatkan perincian seperti yang terkandung di dalam Jadual 2.2 berikut:

Jadual 2.2: Perincian Sebelum Mesyuarat

Perkara Tindakan

Agenda, Tarikh, Masa dan Tempat

o Ditentukan

oleh Setiausaha dan Pengerusi

o Dirancang

mengikut peruntukan masa yang sesuai

Tempahan Bilik Mesyuarat

o Dibuat

secara bertulis

o Terdapat

maklumat seperti senarai ahli mesyuarat yang akan hadir, masa bermula

dan masa mesyuarat dijangka ditangguhkan

Kenal Pasti Kertas Kerja dan Laporan untuk Dibentangkan

o Siapa yang

membentangkan?

o Jumlah kertas

kerja dan laporan

o Senarai

semak kertas kerja dan laporan hendaklah dirujuk

Surat Jemputan Mesyuarat

o Diedarkan

dua minggu sebelum mesyuarat

o Maklumat

tarikh, tempat dan masa adalah jelas dan tepat

o Terdapat

agenda khusus

o Nama

Pengerusi dicatatkan

o Pakaian

mesyuarat ditentukan (ikut keperluan)

o Ingatan

tentang etika mesyuarat (ikut kesesuaian)

Kemudahan dan Peralatan

o Kerusi dan

meja serta alat tulis dipastikan cukup

o Penyediaan

pembesar suara atau

Page 10: Nota Hbml4403

LCD (jika perlu)

o Kebersihan

dan keselesaan dipastikan terkawal

Kehadiran o Rekodkan

pengesahan kehadiran

o Dokumen

kehadiran (dalam bentuk buku)

Diskusi Pramesyuarat

o Pengerusi

dan Setiausaha meneliti setiap maklum balas yang diterima

o Teliti

kewujudan masalah dan tindakan yang perlu diambil

b. Semasa MesyuaratSemasa mesyuarat, Setiausaha hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut:

i. Mencatat minit mesyuarat;

ii. Menyenaraikan kehadiran mesyuarat;

iii. Mencatatkan perkara-perkara penting

yang dibincangkan dalam mesyuarat;

iv. Memastikan ahli-ahli melaksanakan

keputusan-keputusan yang telah dicapai; dan

v. Memastikan semua jawatankuasa

atau biro mengambil tindakan-tindakan susulan.

b. Selepas MesyuaratSelepas mesyuarat pula, Setiausaha hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab berikut:

i. Merancang penyediaan minit

mesyuarat;

ii. Mendapatkan persetujuan Pengerusi

untuk menyediakan draf minit mesyuarat, iaitu selewat-lewatnya tiga hari selepas mesyuarat;

iii. Minit mesyuarat disemak oleh

Pengerusi;

iv. Minit mesyuarat disahkan dalam

mesyuarat; dan

v. Minit mesyuarat diedarkan kepada

ahli-ahli, iaitu seminggu selepas mesyuarat dijalankan.

c. KEMAHIRAN BERDEBAT 2.3

Jika anda pernah berpidato, saya pasti bahawa anda juga berpengalaman dalam perdebatan. Apakah kemahiran yang perlu untuk berdebat? Terlebih dahulu, anda perlu bersedia dari segi mental dan emosi. Keyakinan yang positif akan tentu menunjukkan jalan yang lancar untuk berdebat seperti di Rajah 2.4.

Komponen-komponen Kemahiran Berdebat 2.3.1

Kemahiran berdebat meliputi perincian daripada komponen-komponen yang akan diterangkan selanjutnya dalam subtopik ini:

a. Menganalisis Kehendak Tajuk PerdebatanBerikut ialah di antara cara untuk menganalisis tajuk perdebatan:

i. Kenal pasti kata-kata kunci;

ii. Mencari fokus isu yang hendak didebatkan – contohnya isu kesihatan;

iii. Membahagikan permulaan, isi utama dan sampingan serta kesimpulan; dan

iv. Memberikan contoh-contoh yang relevan.

b. Mencari Bahan-bahan yang Berkaitan dengan Tajuk PerdebatanDi antara bahan-bahan yang berkaitan dan boleh dicari untuk disediakan dengan tajuk perdebatan ialah:

i. Rencana akhbar;

ii. Artikel majalah;

iii. Jurnal penyelidikan;

iv. Risalah;

v. Brosur;

vi. Pernyataan blog;

vii. Kertas kerja; dan

viii. Laporan.

c. Mengenal Pasti Bahan-bahan untuk Menjadi Hujah Pencadang dan PembangkangBerikut ialah di antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti hujah-hujah pencadang dan pembangkang:

i. Fokuskan kepada isu atau masalah yang diketengahkan;

ii. Menguasai tatacara penyelesaian isu atau masalah; dan

iii. Membuktikan hujah dengan statistik, laporan dan kajian.

d. Peka terhadap Peraturan-Peraturan dalam PerdebatanKepekaan terhadap peraturan-peraturan dalam perdebatan termasuklah:

i. Mendisiplinkan diri;

ii. Menghormati pihak lawan;

Page 11: Nota Hbml4403

iii. Memahami konsep keprotokolan, seperti pernyataan alu-aluan;

iv. Mematuhi peruntukan masa berdebat; dan

v. Memahami dengan jelas arahan oleh Pengerusi Debat.

e. Melaksanakan Simulasi PerdebatanBerikut ialah langkah-langkah untukmelaksanakan simulasi perdebatan:

i. Membentuk kumpulan kecil; enam orang panel (pencadang dan pembangkang) dan seorang Pengerusi (Pengerusi turut berperanan menjaga masa);

ii. Sediakan satu isu mudah (topik) untuk didebatkan;

iii. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan hujah;

iv. Selaraskan isi yang menjadi hujahan pencadang dan pembangkang secara spontan; dan

v. Menilai semula simulasi dengan tumpuan ke arah bahasa, pengolahan, gaya, susunan dan kematangan isi.

Persediaan untuk Melaksanakan Perdebatan 2.3.2

Kita baru sahaja habis belajar tentang perincian daripada komponen-komponen kemahiran berdebat. Setiap komponen itu dapat dilaksanakan dengan penghayatan yang kukuh dan jitu jika diselaraskan dengan persediaan dan pemahaman etika seperti di Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Melaksanakan Persediaan Perdebatan

Perkara Huraian

Hujah Secara semula jadi

Bersahaja

Dibuktikan dengan kes yang matang

Dengan nada yang spontan

Bersifat retorik

Pemikiran Bebas mengenai tajuk

Dari pelbagai perspektif

Penerokaan setiap bidang ilmu

Spontan dan diiringi hujah langsung

Memanipulasi fakta

Usul Difahami sejelas-jelasnya

Luas dan berpengetahuan tentang isu-isu semasa

Sesuai dan dikenal pasti maksudnya

Diyakini mantap

Disulami formasi, strategi, taktik dan teknik

Etika Pendebat

Latihan; dihadiri secara giat dan konsisten dengan melakukan semua peranan, iaitu daripada Perdana Menteri hinggalah Penggulung;

Cekap dan Berani;

Sentiasa bersedia;

Keyakinan tinggi, berpenampilan dan hebat;

Mempunyai tenaga dan ketokohan;

Daya minda yang kuat;

Bijak mengatur strategi;

Aktif memainkan peranan;

Mudah mengesan kelemahan lawan; dan

Rasional dan telus.

TATASUSILA DALAM KOMUNIKASI LISAN DAN

PENULISAN TOPIK 3

PENGENALAN

Pada   pandangan   anda,   apakah   pengertian komunikasi? Berikut disertakan contoh pengertian komunikasi   dan   bincangkan   samada   terdapat persamaan atau perbezaan dengan apa yang anda fikirkan.

“Komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Komunikasi juga adalah proses pengwujudan kefahaman orang lain terhadap mesej yang disampaikan. Kedua-duanya mempunyai kefahaman yang boleh dikongsi bersama.”

(Abdul Mua’ti Ahmad, 2003)

KOMUNIKASI 3.1

Anda telah pun memahami definisi komunikasi. Untuk penghuraian yang lebih lanjut, mari kita lihat perbezaan komunikasi Lisan dan Tulisan. Rajah 3.1 adalah contoh yang bagus untuk menggambarkan realiti komunikasi masa kini

Komunikasi Lisan dan Tulisan 3.1.1

Pernahkah anda bandingkan metodologi komunikasi pada zaman dahulu dan sekarang? Bayangkan jikalau tiada teknologi yang canggih membantu kita untuk berinteraksi antara satu sama lain di serata dunia. Teknologi yang wujud sekarang membenarkan

Page 12: Nota Hbml4403

seseorang berkomunikasi dengan senang, murah dan pantas. Jadual 3.1 menunjukkan dua jenis contoh komunikasi iaitu lisan dan tulisan.

Jadual 3.1: Komunikasi Lisan dan Tulisan

Komunikasi Lisan Komunikasi Tulisan

Perbincangan Memorandum

Ucapan Surat-menyurat

Pembentangan Laporan Bertulis

Mesyuarat E-mel

Perbualan Telefon Perbualan Internet/Blog

Keberkesanan Komunikasi Lisan dan Tulisan 3.1.2

Pernahkah anda melalui situasi dimana komunikasi anda tidak berkesan? Contohnya anda baru mula bekerja sebagai jurujual di pusat membeli-belah dan seorang pelanggan menyoal anda tentang hasil keluaran yang anda masih belum kenal pasti. Anda gementar dan tidak dapat berkomunikasi dengan tepat dan jelas. Oleh itu, anda perlu fasih dalam kerja dan gaya komunikasi anda. Contoh keberkesanan komunikasi lisan dan tulisan berlaku apabila:

a. Mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat dan jelas oleh si penerima;

b. Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh si penghantar dan si penerima;

c. Perubahan yang berlaku adalah akibat daripada mesej, iaitu perubahan yang dikehendaki oleh si penghantar; dan

d. Mesej yang disampaikan adalah kos efektif.

Elemen-elemen Komunikasi 3.1.3

Seperti yang kita tahu, komunikasi akan berjalan dengan lancar sekiranya ada penghantar yang ingin menyampaikan mesej kepada penerima tanpa gangguan. Untuk memahami dengan lebih lanjut, berikut adalah elemen-elemen komunikasi lisan dan tulisan:

a. PenghantarOrang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. Penghantar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberikan perhatian yang sewajarnya, iaitu:

i. Penghantar jelas akan mesej yang hendak disampaikan;

ii. Meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan;

iii. Kepastian akan kepentingan mesej;

iv. Mendapatkan perhatian penerima;

v. Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai;

vi. Sensitif kepada maklum balas pihak lain;

vii. Mengenal pasti gangguan; dan

viii. Mengurangkan gangguan.

Maklum balas boleh diberikan atau diperoleh melalui berbagai-bagai kaedah, iaitu:

ix. Mengemukakan soalan-soalan, sama ada daripada penghantar atau penerima;

x. Reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan;

xi. Rephrasing atau paraphrasing, iaitu merumuskan semula mesej; dan

xii. Ringkasan-ringkasan.

b. MesejMaklumat idea yang datangnya daripada minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak yang lain.

c. GangguanPerkara-perkara yang mengganggu keberkesanan komunikasi akan mengakibatkan maklumat yang diterima

mungkin tidak tepat atau disalah tafsir.

Antara gangguan dalam komunikasi adalah seperti berikut:

i. Persediaan yang tidak mencukupi pada pihak penghantar sehingga menyebabkan mesej kurang jelas;

ii. Penghantar dan penerima tidak dapat mengenal pasti dan memisahkan antara pemerhatian, sangkaan dan mesej sebenar;

iii. Pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang kepada tafsiran berbeza-beza tentang perkataan;

iv. Masing-masing mempunyai kefahaman yang berbeza-beza tentang perkataan dan ayat; dan

v. Satu pihak sensitif dan menghormati kelainan pihak lain.

d. TATASUSILA DALAM PERBUALAN LISAN 3.2

e. Jika anda berkomunikasi, perlulah dijaga tatasusila supaya proses berkomunikasi

menjadi lancar.

“Komunikasi tidak seharusnya berupa satu hala, tetapi juga perlulah berlaku secara dua hala, iaitu terdapat penyampai dan pendengar.”

(Abdul Mua’ti Ahmad, 2003)

f.Komunikasi yang aktif memerlukan kedua-dua belah pihak atau pihak terlibat dalam komunikasi untuk menjaga tatasusila dengan sebijak-bijaknya. Seseorang penyampai perlulah menjaga ketatasusilaan penyampaian supaya mesejnya adalah jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Pendengar pula perlulah bersedia untuk menjadi seorang pendengar yang sabar dan rela mendengar mesej yang disampaikan. Jika tidak, komunikasi tidak akan berkesan.

Page 13: Nota Hbml4403

Itulah antara aspirasi dalam tatasusila am bagi komunikasi yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Ada ketikanya dalam sesuatu komunikasi, pendengar bertukar menjadi penyampai dan penyampai pula bertukar menjadi pendengar. Contohnya adalah dalam perbincangan dan perdebatan.

Dalam sesuatu perbincangan dan perdebatan, setiap orang yang terlibat akan berpeluang menjadi penyampai dan pendengar mengikut giliran masing-masing. Pada masa seseorang itu menjadi penyampai, si pendengar perlulah menjadi pendengar yang baik, begitulah sebaliknya. Adalah tidak wajar dan kurang bertatasusila jika si penyampai mahu berterusan melakukan penyampaian tanpa memberikan peluang dan ruang bagi si pendengar untuk meluahkan pendapat dan penyampaiannya. Dengan kata lain, amat kurang beradab bagi si penyampai yang mahu terus menjadi penyampai tanpa mahu menjadi pendengar.

Tatasusila Khusus dalam Komunikasi Lisan dan

Tulisan 3.2.1

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, jika anda berkonunikasi, perlulah dijaga tatasusila supaya proses berkomunikasi menjadi lancar. Tatasusila khusus yang kerap ditegur ini adalah:

a. Berkomunikasi dengan lancar dan berkesan;

b. Menyampaikan maklumat dengan tepat;

c. Mengelakkan kekeliruan;

d. Menampilkan imej kepegawaian yang cekap; dan

e. Menampilkan imej keinstitusian yang berwibawa.

Bahasa dan Sopan Santun dalam Komunikasi Lisan

dengan Orang yang Berlainan Status 3.2.2

Aspek bahasa dan sopan santun dalam komunikasi lisan dengan orang yang berlainan status perlu diasaskan pada elemen-elemen berikut:

a. DifahamiSetiap individu mahu dirinya difahami dan tidak disalah anggap. Individu adalah unik, iaitu mempunyai latar belakang dan pengalaman berbeza-beza yang menyebabkan peribadi dan kelakuannya sedemikian rupa (Abdul Mua’ti Ahmad, 2000).  Semua orang tidak mahu dirinya dijatuhkan hukuman atau dituduh melulu kerana sesuatu sebab.

b. DiterimaUntuk diminta diterima seadanya, tanpa perlu dipersoalkan kaedah dan punca. Setiap orang mahukan kebebasan asas dan diberikan ruang untuk membentuk peribadinya sendiri tanpa perlu pengubahsuaian yang banyak kepada masyarakat sekeliling. Syaratnya adalah kebebasan yang diberikan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Jika ada standard atau piawai yang sukar diterima oleh orang tertentu, maka terjadilah singkiran dan penafian.

c. DipercayaiManusia meminta dipercayai tanpa melihat paras rupa atau kedudukan. Pada dasarnya, layanan diperlukan oleh setiap orang, iaitu bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia sebagai seorang ahli masyarakat. Jika semuanya dipenuhi, maka akan berlakulah keadaan ideal yang harmoni dan bersefahaman.

Bahasa yang Digunakan dengan Orang yang Sama

Taraf 3.2.3

Aspek bahasa yang digunakan dengan orang yang sama taraf perlu berfokus kepada perkara-perkara di Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Aspek Bahasa dengan Orang yang Sama Taraf

Sifat Maksud Langkah-Langkah

Bersifat Interpersonal

Interpersonal juga boleh dikaitkan dengan komunikasi iaitu persatuan antara satu, dua atau ramai orang tidak kira keluarga atau kekawan.

a. Melayan orang lain seperti anda mahu diri anda dilayan oleh orang lain; dan

b. Usah berikan layanan yang tidak wajar kepada orang lain seperti anda tidak mahu diri anda dilayan sedemikian rupa, walaupun orang lain memberikan layanan yang tidak wajar kepada anda.

c. Atasi, iaitu mencari jalan untuk mengelak dan membaiki perhubungan jikalau terdapat masalah interpersonal

d. Dalam masalah interpersonal, biarkan, iaitu menghindari orang berkenaan jika boleh.

Empati Empati adalah untuk anda memahami pandangan, kelakuan,

a. Mendengar secara aktif;

b. Mendapatkan maklumat fakta dan perasaan

Page 14: Nota Hbml4403

sikap atau perasaan seseorang. Dalam memahami dan menyelami pandangan, perasaan, sikap dan kelakuan orang lain, anda perlu keluar dari dunia anda dan memasuki dunia orang lain.

di sebaliknya;

c. Mengesahkan kefahaman anda menerusi kaedah “paraphrasing” atau “rephrasing”;

d. Melihat isu dan pandangan melalui kaca mata orang lain; dan

e. Bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka secara bersungguh-sungguh.

Rapport Rapport adalah hubungan yang saling difahami atau keyakinan yang wujud antara satu sama lain dan kemuafakatan antara rakyat.

a. Membina dan memupuk perhubungan antara anda dengan orang lain; dan

b. Kepercayaan atau saling mempercayai antara satu dengan yang lain.

Asertif Asertif adalah kelakuan atau tindakan seseorang dalam menyatakan perasaan, pandangan dan hak secara jelas serta tegas

Bagi komunikasi lisan sahaja, terdapat tiga kelakuan atau tindakan yang dapat dikenal pasti, iaitu:

a. Pasif – kelakuan (tindakan, iaitu anda tidak

tanpa mengganggu perasaan atau hak orang lain.

berdiri untuk menegakkan hak dan pandangan anda)

b. Agresif – kelakuan (tindakan agresif yang kadangkala disalah anggap sebagai asertif)

c. Asertif – kelakuan (orang yang yakin pada diri dan jelas akan hak, biasanya mempunyai kelakuan asertif)

Bahasa yang Digunakan dengan Ibu Bapa dan Ahli

Keluarga 3.2.4

Daripada pengalaman kita bersama, dapat diketahui bahawa peraturan-peraturan budi bahasa yang kita pelajari adalah melalui sistem persekitaran budaya bahasa. Anda dilatih dan diasuh oleh ahli keluarga dalam budaya yang anda amalkan. Berikut adalah kaedah umum yang dapat anda perhatikan untuk digunakan dengan berpegang pada nilai tradisional.

Nilai sopan santun dalam berbahasa diturunkan kepada kita oleh orang tua-tua. Sejak kecil, ibu bapa mengasuh anak-anak supaya menggunakan perkataan-perkataan sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua atau orang lebih tinggi kedudukannya. Sebagai contoh, ibu memberitahu kepada anaknya (Rajah 3.2).

Anak-anak yang gagal berbuat demikian akan dipanggil “kurang ajar.” Orang kurang ajar dikatakan tidak berbudi bahasa. Orang yang berbudi bahasa pula dikatakan orang berbudi, orang berbahasa, pandai tutur kata dan manis budi bahasa. Dalam budaya Timur, anda diminta

berbudi bahasa dan memberikan hormat kepada orang yang dilawan bercakap. Ini adalah sistem panggilan dalam keluarga.

Walau bagaimanapun, sistem panggilan di dalam keluarga tidak boleh digunakan di luar keluarga, lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi. Jika ini dilakukan, maka anda melanggar tatasusila sosiobahasa. Katakanlah anda berada di pejabat kerajaan dan bertemu seorang pegawai wanita yang tidak anda kenali. Tiba-tiba sahaja anda memanggilnya Mak Cik. Justeru, anda tidak menghormati jawatannya. Anda perlu menghormatinya dengan panggilan Puan.

TATASUSILA DALAM TULISAN 3.3

Tatasusila dalam tulisan perlulah diteliti dari aspek penggunaan laras bahasa yang sesuai, iaitu seperti yang akan diterangkan dalam perenggan seterusnya.

Laras Bahasa Tulisan 3.3.1

Perbincangan tentang laras bahasa tulisan tidak terlepas daripada perbincangan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah kaedah sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya. Contoh dialek daerah di Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Contoh dialek daerah Kelantan dan Negeri Sembilan

Sumber: http://raktamrittika.wordpress.com/tag/kelantan/

http://serijempol.pid.net.my/page.cfm?name=Kamus

Page 15: Nota Hbml4403

“Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.”

(Adenan Ayob, 2009)

Penggunaan bahasa tulisan yang berbeza-beza mempunyai inspirasi untuk menentukan laras yang sesuai. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang berbeza-beza adalah dengan berdasarkan situasi dan faktor lain dalam melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan.

Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan laras bahasa tulisan yang berbeza-beza adalah dengan berdasarkan faktor-faktor:

a. Sosial, iaitu seperti keadaan dan tempat, juga disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial; dan

b. Faktor geografi atau daerah yang disebut sebagai dialek daerah.

Laras bahasa tulisan yang sesuai boleh dianggap sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa dalam penulisan. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penulis. Laras bahasa tulisan biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras bahasa tulisan yang penting adalah:

a. perbendaharaan kata

b. susunan ayat

c. frasa yang digunakan

Sesuatu laras tertentu digunakan bagi keadaan atau situasi tertentu. Dari suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras bahasa tulisan yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Dengan memilih laras yang tidak sama bagi situasi yang berlainan, anggota sesuatu masyarakat dapat menunjukkan mereka sedar akan situasi-situasi

sosial berlainan yang wujud di sekitar mereka (Adenan Ayob, 2009).

Oleh itu, laras merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus. Ini biasanya digunakan dalam urusan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah

atau pola khusus yang diselaraskan dengan penggunaannya.

Contoh penulisan: Hai Jo! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Kaedah Menulis Surat kepada Badan-badan

Kerajaan dan Swasta 3.3.2

Seperti yang kita belajar di awal babak ini, tatasusila adalah amat penting dalam apa jua komunikasi. Lebih-lebih lagi jikalau komunikasi itu adalah dengan badan-badan kerajaan dan swasta. Untuk makluman anda, terdapat tiga jenis surat yang biasa digunakan oleh semua iaitu:

a. Surat rasmi

b. Surat tidak rasmi; dan

c. Memo.

Dalam subtopik ini, kita akan melihat dengan lebih terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan surat rasmi. Ia akan diterangkan dalam perenggan seterusnya.

a. Definisi dan Jenis-jenis Surat Rasmi

Pernahkah   anda   menulis   surat   rasmi sebelum   ini?   Untuk   mendapat   tip   yang bagus, sila  ikuti penerangan dan contoh-contoh   seterusnya   tentang   penulisan surat rasmi. (sila rujuk kepada Rajah 3.4).

Surat rasmi adalah alat komunikasi bertulis yang ditulis kepada jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta atau individu untuk berhubung secara rasmi antara satu dengan yang lain.

Rajah 3.4: Jenis-jenis surat rasmi

b. Ciri-ciri surat rasmi kepada kerajaan dan swasta adalah berdasarkan kepada peraturan-peraturan tertentu, iaitu dari segi format, kaedah, penggunaan bahasa dan struktur. (sila rujuk kepada Jadual 3.3).

Jadual 3.3: Ciri-ciri Surat Rasmi dari Segi Format dan Kaedah

Peraturan-

peraturan

Ciri-ciri

Format a. Pengenalan pengirim dan penerima;

b. Rujukan fail (pengirim/penerima) dan tarikh;

c. Ada tajuk surat;

d. Ada isi surat (satu perkara sahaja);

e. Ada akhir surat (harapan, nama pengirim, jawatan);

f. Identation jarak tepi permulaan penulisan;

g. Jarak perenggan; dan

Page 16: Nota Hbml4403

h. Jarak baris.

Kaedah Menulis

a. Rujukan dan tarikh (kanan/kiri);

b. Penulisan tarikh (28 Julai 2009);

c. Alamat dan poskod;

d. Ada sistem nombor (kecuali bukan untuk berhubung);

e. Untuk perhatian (u.p.);

f. Melalui (jika perlu);

g. Salinan (jika perlu); dan

h. Pendraf/penaip (jika perlu).

Penggunaan Bahasa yang Khusus

a. Ganti nama

i. Ganti nama pertama

ii. Ganti nama kedua

iii. Ganti nama ketiga

b. Wacana

c. Laras bahasa

Struktur a. Pengenalan

i. Pengirim

ii. Penerima

b. Isi Surat

i. Perkara

ii. Pengenalan/isi

iii. Isi utama/sokongan

c. Penutup

i. Harapan

ii. Akhir kata

iii. Slogan

iv. Ungkapan kesetiaan/pengakuan

v. Tandatangan

Prinsip-prinsip Penulisan Surat Rasmi 3.3.3

Jika anda tidak begitu jelas akan prinsip-prinsip penulisan surat rasmi, Jadual 3.4 menyenaraikan prinsip-prinsip tersebut.

Jadual 3.4: Prinsip-prinsip Penulisan Surat Rasmi

Prinsip-prinsip

Prinsip Isi

Betul Ejaan

Tatabahasa

Laras bahasa (penggunaan ganti nama dan gelaran)

Data

Fakta

Maklumat

Wacana

Format

Teknik

Jelas Tujuan

Perkara/tajuk/mesej

Prosedur/penulisan/protokol

Struktur penulisan

Pengenalan Pengirim (nama jabatan, alamat dan perhubungan)

Rujukan fail dan tarikh

Sulit/Berdaftar/Dengan Tangan

Penerima (jawatan, alamat dan poskod)

Untuk perhatian (u.p.)

Melalui

Rujukan kehorma

Isi Surat Tajuk

Keselarasan rujukan kehormat

Pengenalan isi utama

Isi utama/Isi sokongan

Harapan

Akhir Surat Pengakuan/Pengakuan kesetiaan

Tandatangan/nama/ jawatan/bagi pihak (b.p.)

Slogan (tetap/sementara)

Salinan kepada (s.k.)

Initial (huruf ringkas) pendraf dan penaip

Ayat mudah

Pengolahan (urutan logik)

Page 17: Nota Hbml4403

Penggunaan huruf potong atau akronim

Sistem nombor

Ringkas dan Padat

Terus kepada mesej

Tidak ada pembaziran perkataan

Lengkap Data utama dan data sokongan

Spesifikasi yang terperinci

Maklumat yang lengkap (data dan fakta)

Rasional/justifikasi

Konstruktif

Bersopan Santun dan Hormat

Diplomasi

Wacana hormat

Wacana rujukan

Wacana harapan

Wacana antisipasi

Wacana penutup

Setelah mempelajari tentang kaedah menulis surat rasmi dan juga prinsip-prinsipnya, adakah anda mampu menulis surat rasmi secara sendiri? Sila rujuk pada Rajah 3.5 untuk contoh penulisan surat rasmi.

Rajah 3.5: Contoh penulisan surat rasmiSumber: http://2.bp.blogspot.com/_8y-z4bVIC-E/SLTpTM

6npoI/AAAAAAAAAoc/_g38ZitkodA/s1600/lampu%2Bjalan.jpg

KESILAPAN-KESILAPAN DALAM KOMUNIKASI LISAN

DAN TULISAN 3.4

Apakah perasaan anda apabila membuat kesilapan? Manusia bukan sahaja membuat kesilapan dalam komunikasi lisan dan tulisan malah banyak lagi kesilapan yang lain. Marilah kita lihat dari segi apakah kesilapan-kesilapan kerap berlaku dalam komunikasi lisan dan tulisan.

a. Penggunaan Kata;

i. Kata Jamak;

ii. Kata Sendi;

iii. Kata Ganti; dan

iv. Kata Pemeri.

b. Penggunaan Imbuhan; dan

c. Pembinaan Ayat.

d. Penggunaan Kata Jamak 3.4.1

e. Kesalahan   penggunaan   kata   jamak   yang berbentuk  kata  bilangan   tentu,   iaitu  dua, tiga puluh, tiga ratus dan seumpamanya.

ContohSalah: Sepuluh buah cawangan-cawanganBetul: Sepuluh buah cawangan

f.Kesalahan penggunaan kata jamak yang berbentuk kata bilangan tak tentu, iaitu semua, segala, beberapa, para, banyak, berbagai-bagai.

ContohSalah: Berbagai kesalahanBetul: Berbagai-bagai kesalahan

g.Kesalahan penggunaan kata jamak yang berbentuk kata perpisahan, iaitu tiap-tiap, masing-masing, setiap, dan seumpamanya.

ContohSalah: Tiap-tiap borang-borangBetul: Tiap-tiap borang

h.Kesalahan penggunaan kata jamak yang berbentuk kata bilangan himpunan, iaitu kedua-dua, berabad-abad, beratus-ratus, dan seumpamanya.

ContohSalah: Kedua buah negaraBetul: Kedua-dua buah negara

Page 18: Nota Hbml4403

i.Kesalahan penggunaan kata yang sudah mendukung pengertian jamak, iaitu mereka, rakyat, kalangan, kumpulan, barisan, deretan, jemaah, rangkaian, persatuan, senarai dan seumpamanya.

ContohSalah: Mereka-merekaBetul: Mereka

j.

Kesalahan   penggunaan   kata   yang   terdiri daripada   gabungan   dua   atau   lebih perkataan   untuk   menunjukkan   maksud jamak.

ContohSalah: Kertas kerja-kertas kerjaBetul: Kertas-kertas kerja

Penggunaan Kata Sendi 3.4.2

Kesalahan penggunaan kata sendi di- dan ke- yang menunjukkan   tempat  atau  arah   yang   sepatutnya ditulis terpisah dan bukan dicantumkan.

ContohSalah: DidalamBetul: Di dalam

Kesalahan penggunaan kata sendi nama antara yang berfungsi sebagai kata arah dengan frasa sendi di

antara yang   digunakan   untuk   menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.

ContohSalah: Di antara sektor awam dengan sektor swastaBetul: Antara sektor awam dengan sektor swasta

Kesalahan penggunaan kata sendi di- yang merupakan kata   arah   untuk   menunjukkan   tempat   dan   kata sendi pada untuk masa.

ContohSalah: Di masa ini; dizaman iniBetul: Pada masa ini; pada zaman ini

Kesalahan penggunaan kata sendi ke- yang sepatutnya digunakan untuk tempat, benda dan rasa dan kata

sendi kepada yang   sepatutnya   digunakan   untuk benda bernyawa dan benda abstrak.

ContohSalah: Diserahkan ke pengurusBetul: Diserahkan kepada pengurus

Salah: Hingga kepada hari iniBetul: Hingga ke hari ini

Kesalahan penggunaan kata sendi di- yang sepatutnya diletakkan pada kata sendi dalamdan frasa sendi di

dalam pada kata sendi dalam.  Kesilapan   ini  berlaku kerana   kekeliruan   tentang   fungsi   kata   sendi   dan frasa sendi tersebut.

ContohSalah: Di bidang insuransBetul: Dalam bidang insurans

Salah: Bergembira di suasana hari rayaBetul: Bergembira dalam suasana hari raya

Penggunaan frasa sendi di dalam yang betul  adalah seperti dalam frasa-frasa yang tersebut:

ContohBerkumpul di dalam dewan

Kesalahan penggunaan kata sendi dari yang sepatutnya digunakan untuk tempat dan waktu, dan kata sendi daripada yang sepatutnya digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, iaitu orang, perbandingan, asal

kejadian dan seumpamanya.

ContohSalah: Encik Tuah datang daripada mana?Betul: Encik Tuah datang dari mana?

Salah: Peti itu dari kayuBetul: Peti itu daripada kayu

Kekeliruan dalam penggunaan antara kata sendi nama antara dengan frasa sendi di antara yang merupakan gabungan antara kata sendi nama di dengan kata arah antara.

ContohSalah: Inilah di antara hal yang mesti difahamiBetul: Inilah antara hal yang mesti difahami

Frasa sendi di antara hanya   digunakan   untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.

ContohLif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat

Penggunaan Kata Ganti 3.4.3

Kesalahan penggunaan kata ganti diri ketiga beliau yang disama tarafkan dengan kata ganti diri ketiga ia dan dia.

ContohSalah: Beliau penjenayahBetul: Dia penjenayah

Kesalahan penggunaan kata ganti diri ketiga ianya untuk menggantikan itu bagi

maksud iauntuk benda dan binatang.

ContohSalah: Ianya telah dikenal pastiBetul: Ia telah dikenal pasti

Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ia yang digunakan untuk maksud benda atau perkara yang dirujuk. Kata ganti yang sepatutnya digunakan ialah ini atau itu.

Contoh

Page 19: Nota Hbml4403

Salah: Jika ia berlaku...Betul: Jika ini berlaku...

Penggunaan Kata Pemeri 3.4.4

Kesalahan penggunaan kata ialah yang   sepatutnya nama atau frasa nama.

ContohSalah: Perkara ini adalah satu masalah...Betul: Perkara ini ialah satu masalah...

Kesalahan   penggunaan   kata   adalah   yang sepatutnya diikuti oleh kata sendi. 

ContohSalah: Kursus ini ialah untuk menerangkan...Betul: Kursus ini adalah untuk menerangkan...

Salah: Kenyataan itu ialah benar.Betul: Kenyataan itu adalah benar.

Penggunaan Imbuhan dalam Penulisan 3.4.5

Aspek-aspek imbuhan yang sering menimbulkan masalah adalah seperti berikut:

a. Penggunaan AkhiranKesalahan kerana tidak menggunakan

awalan me- pada   kata-kata   yang sepatutnya menerima imbuhan tersebut.

ContohSalah: Syarikat ambil tindakan...Betul: Syarikat mengambil tindakan...

Kesalahan yang berpunca daripada tidak

menggunakan akhiran -kan pada   kata-kata yang   sepatutnya   menerima   imbuhan tersebut.

ContohSalah: ... memberi satu minggu notisBetul: ... memberikan satu minggu notis

Penggunaan AwalanKesalahan menggunakan awalan me-, men-,

meng- dan menge- yang   digunakan sembarangan

ContohSalah: menlaporkanBetul: melaporkan

Kesalahan dari segi morfofonem (keselaran bunyi) bagi kata-kata dasar yang menerima

awalan me-, pe-, ber-dan ter- 

ContohSalah: metafsirkanBetul: mentafsirkan

Kesalahan menggunakan awalan me-

dan pe- yang   diimbuhkan   pada   kata pinjaman Inggeris.

ContohSalah: meauditBetul: mengaudit

b. Penggunaan ApitanKesalahan menggunakan apitan memper-...i yang sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah.

Apitan memper....-i hanya   digunakan untuk   keperluan   menyatakan   makna khusus bagi sesuatu perbuatan.

ContohSalah: memperolehiBetul: memperoleh

Kesalahan menggunakan apitan diper-..i yang sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang

lewah. Apitan diper-...-i hanya   digunakan 

bagi   keperluan   mengutamakan   makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja.

ContohSalah: diperolehiBetul: diperoleh

Pembinaan Ayat 3.4.6

a. Penggunaan Partikal dalam AyatKesalahan penggunaan partikal a dan an yang

diterjemahkan sebagai satu atau se,iaitu seorang,   sebuah   dan   seumpamanya dalam ayat bahasa Melayu.

ContohSalah: Saya ialah seorang pengurus.Betul: Saya seorang pengurus.

b. Penggunaan Kata PenguatPenggunaan kata penguat yang digunakan secara berlebihan. Kata-kata penguat yang dimaksudkan itu ialah terlalu, sangat, amat, sungguh, sekali dan seumpamanya.

ContohSalah: Dia pekerja yang amat rajin sangat.Betul: Dia pekerja yang amat rajin. Atau Dia pekerja yang sangat rajin.

Pemilihan Kata-kata yang Berkesan 3.4.7

Sebaik-baiknya anda perlulah memilih kata-kata dengan cermat dalam berkomunikasi. Mengapa perlunya anda melakukan sedemikian? Kata-kata adalah pintu hati orang lain untuk mengenal dan memahami anda dengan lebih mendalam dalam komunikasi. Ini tidak tertumpu pada kata-kata yang anda ucapkan atau tuliskan, tetapi berupa tindak balas, termasuk penampilan bahasa badan.

a. Asas Pemilihan

i. Bergantung kepada topik;

Page 20: Nota Hbml4403

ii. Berasaskan budaya;

iii. Berpaksikan aras; dan

iv. Berfokus kepada laras bahasa yang hendak digunakan.

b. Kepentingan Pemilihan

Pemilihan kata-kata yang baik dan cermat bukanlah   pelajaran   mengenai   cara-cara anda   merangkaikan   kata   dengan   indah dan berseni. Sebenarnya, pemilihan kata-kata   yang   lebih   baik   dan   tepat   dapat meningkatkan   kemampuan   anda   untuk mengukur  jarak antara rongga pemikiran dan emosi.

“Dengan melatih diri untuk memilih setiap untaian kata yang terucap dan tertulis, secara tidak langsung anda telah melatih diri anda melalui tingkat kesedaran diri, imaginasi, hati nurani dan kebebasan untuk memilih kata-kata yang tepat penggunaannya dan efektif sebagai bentuk reaksi anda kepada orang lain.”

(Md. Izuddin Ali, Zetty Zahureen Mohd Yusoff, 2006)

Seharusnya, kemampuan anda dalam memilih kata-kata wajar dijadikan alat pengendalian diri. Kata-kata yang terucap dari bibir seseorang dan terungkai daripada pena sering kali dianggap sebagai refleksi peribadi diri. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa para pemimpin berkemampuannya mengolah kata-kata yang terucap dan terungkai dengan tepat, berkesan dan sentiasa ingin didengar oleh setiap pengikut.

AKHBAR DAN MAJALAH DI DALAM BILIK DARJAH TOPIK 4

PENGENALAN

Apakah pendapat anda tentang kaedah pengajaran guru anda? Adakah beliau mengajar dengan menarik dan berkesan menggunakan media massa?

Pengajaran secara formal menggunakan media massa di dalam bilik darjah biasanya begitu popular (Rajah 4.1).

Proses ini telah berlaku dengan begitu lazim dalam dunia pendidikan. Hal ini demikian kerana proses pendidikan memerlukan lebih banyak cara penyampaian mengikut kesesuaian sesuatu mata pelajaran (Esah Sulaiman, 2004).

Kelangsungan daripada senario tersebut, komitmen guru secara lebih kreatif sangat dituntut dalam komunikasi pengajaran. Salah satu daripada wahana komunikasi pengajaran yang berasaskan media massa tersebut ialah akhbar dan majalah. Justeru, adalah wajar bagi guru untuk memahami objektif langsung akhbar dan majalah, termasuk kepentingannya dalam pembelajaran. Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tiga subtopik utama. Pertama ialah pemilihan bahan bacaan. Kedua ialah menulis surat kepada akhbar. Ketiga pula ialah akhbar dan majalah sebagai sumber ilmu.

AKHBAR DAN MAJALAH DALAM PEMBELAJARAN 4.1

Dalam subtopik ini kita akan melihat objektif dan kepentingan akhbar dan majalah dalam pembelajaran.

Objektif Langsung Akhbar dan Majalah 4.1.1

Dalam pendidikan formal, penggunaan akhbar dan majalah mempunyai beberapa objektif langsung dalam pembelajaran. Antara objektif-objektif langsung adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.1 berikut:

Jadual 4.1: Objektif Langsung Akhbar dan Majalah

Objektif Langsung

Keterangan

Rangsangan Diwujudkan dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan

Memori Diperteguh untuk mengekalkan kekuatan ingatan jangka masa panjang murid

Keaktifan Pembelajaran yang berfokus kepada pemusatan murid

Tarikan Tumpuan murid untuk terus membaca

Pendedahan Diperluas dalam sesuatu isu dan pengetahuan supaya mudah dikupas oleh murid

Kreativiti Meningkatkan aspek kemahiran bernilai tambah dalam pembelajaran

Gambaran Idea dan pendapat distrukturkan secara bersepadu serta matang hasil daripada penjanaan bacaan

Kepentingan Akhbar dan Majalah dalam

Pembelajaran 4.1.2

Adakah anda minat membaca akhbar dan majalah? Tabiat membaca haruslah dimiliki oleh semua untuk mendapat ilmu pengetahuan. Marilah kita lihat dari segi apakah akhbar dan majalah itu penting dan juga contoh pengertian akhbar dan majalah.

a. Memperkembang minda murid terutamanya dalam aspek sosial, ekonomi, kebudayaan, ketatanegaraan dan pendidikan;

b. Menjadi bahan rujukan yang luas ke arah membina pengetahuan tentang sesuatu topik dalam Bahasa Melayu;

c. Menginovasikan pemikiran murid untuk menerokai ilmu Bahasa Melayu seperti pengwujudan teknik penstrukturan ayat-ayat huraian bagi karangan, selain pendekatan dalam penguasaan serta pengaplikasian idiom dalam penulisan;

d. Memudahkan murid menganalisis sesuatu fakta secara mantap, sama ada dalam kefahaman, ringkasan, ulasan, rumusan ataupun karangan; dan

e. Menambahkan   koleksi   murid   dalam membuktikan   sesuatu   rujukan   yang konkrit   serta   rasional   menerusi kepelbagaian bacaan.

“Akhbar dan majalah dikenali sebagai wahana penyebar isu di peringkat nasional dan global. Jika sesuatu isu yang kecil disebarluaskan, akhirnya sesuatu isu berkaitan boleh berkembang. Untuk menjadikan setiap isu yang kecil lebih sensasi, wajar dihiaskan dengan kata-kata dan susunan ayat paling sesuai.”

(Adenan Ayob, 2009)

PEMILIHAN BAHAN BACAAN 4.2

Page 21: Nota Hbml4403

Dalam subtopik ini kita akan melihat beberapa aspek dalam pemilihan bahan bacaan termasuklah objektifnya.

Objektif Pemilihan 4.2.1

Sepertimana yang anda memilih majalah hiburan untuk mengurangkan tekanan, begitu juga dengan majalah ilmu yang menambahkan pengetahuan minda. Antara objektif pemilihan bahan bacaan adalah untuk:

a. Memenuhi keperluan kurikulum di sekolah;

b. Menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan murid untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan yang bijak dalam kehidupan;

c. Memperkaya dan menyokong proses pendidikan dengan mengambil kira perbezaan minat serta kebolehan murid mengikut peringkat kematangan;

d. Memupuk minat membaca dalam kalangan murid ke arah melahirkan masyarakat berfikir dan berbudaya ilmu;

e. Memupuk dan membina sikap bertanggungjawab murid terhadap aspek sosiobahasa; dan

f. Meningkatkan penguasaan bahasa dan membina aspirasi budaya dalam kalangan murid.

g. Isu-Isu yang Dibangkitkan dalam Akhbar 4.2.2

h. Apa dan mengapa isu dibangkitkan dalam akhbar? Jadual 4.2 di bawah menunjukkan beberapa isu yang sering dibangkitkan dalam akhbar.

i. Jadual 4.2: Beberapa Isu yang Sering Bangkit dalam Akhbar

Apakah Isu yang

Dibangkitkan?

Mengapakah Isu Dibangkitkan?

Pembangunan dan Sosial

Mengkritik dan menegur ke arah kesejahteraan

Teknologi Pemangkin pembangunan

Maklumat pemikiran tanpa sempadan

Pendidikan Dianalisis, dikaji, dibanding dan dijadikan bahan penyelidikan dan pembangunan

Ekonomi dan Perdagangan

Merangsang persaingan sihat, khususnya dalam pasaran antarabangsa

Perpaduan Menyatukan penduduk dunia ke arah keharmonian dan kesejahteraan

Kebudayaan Berkongsi nilai dan estetika dalam kalangan masyarakat

Sukan Menjalin keakraban dan perhubungan erat sesama penduduk dunia

Memahami dan Menganalisis Bahan-bahan dan

Isu-isu yang Dibaca Melalui Akhbar 4.2.3

Mengapakah bahan-bahan dan isu-isu yang dibaca melalui akhbar perlu difahami dan dianalisis? Sebab-sebab utamanya adalah seperti berikut:

a. Mengasosiasikan SumberMurid mudah mengaitkan antara sumber yang dipelajari dengan sumber yang dirujuk.

b. Membentuk Pembelajaran KendiriMurid dapat berusaha dan mengalami sendiri kreativiti yang dicetuskan sendiri.

c. Membuka Ruang dalam Pembentukan Kemahiran Bernilai TambahMurid mampu mengamalkan pembelajaran luas seperti mengakses maklumat dan penyelesaian masalah berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.

d. Menggunakan Sumber Nasional dan GlobalMurid didedahkan dengan sumber pembelajaran nasional dan tanpa sempadan yang mendasari bacaan serta rujukan pada akhbar dan majalah dalam talian.

e. Mengisi Masa TerluangMurid mampu menggunakan waktu senggang

dengan teratur dan terancang menerusi rujukan pada akhbar dan majalah lama.

f. Membentuk Nilai Kesabaran dan KetekunanMurid dapat menilai sendiri bahawa usaha untuk membuat rujukan pada akhbar dan majalah memerlukan ketelitian, selain menginjak sifat jati diri seperti sabar dan tekun.

g. Menghargai Sumber AlternatifAkhbar dan majalah wajar dijadikan sumber alternatif untuk mengiringi penerangan guru yang berdasarkan buku teks ke arah memastikan perkembangan ilmu pengetahuan murid dalam bahasa adalah mencukupi.

h. MENULIS SURAT KEPADA AKHBAR 4.3

i. Pernahkah anda cuba menulis kepada akhbar sebelum ini? Jikalau anda pernah membaca suratkhabar The Star, terdapat sebuah ruangan dimana anda boleh memberi pendapat, komen dan pengaduan secara SMS ataupun Emel. Kebanyakkan orang menulis kepada akhbar untuk menyuarakan pendapat, memberikan komen atau menjawab isu-isu yang terbit.

Menyuarakan Pendapat dan Memberikan Komen 4.3.1

Dalam menyuarakan pendapat dan memberikan komen, situasi di Rajah 4.2 perlu dihayati.

Page 22: Nota Hbml4403

Rajah 4.2: Seorang cikgu menyuarakan pendapat dan memberikan komen akan kepentingan akhbar

Terdapat beberapa lagi fungsi akhbar iaitu:

a. Penyampaian maklumat;

b. Pemantauan agenda kerajaan;

c. Merangsang perdebatan menyeluruh;

d. Pemupukan nilai-nilai sosial;

e. Pemangkin perubahan; dan

f. Pendedahan maklumat untuk dikongsi bersama.

Menjawab Isu-isu yang Terbit 4.3.2

Jika anda boleh berusaha sedikit ditambah dengan kerajinan serta ketekunan, nescaya naskhah akhbar boleh dijadikan koleksi maklumat. Ini boleh membantu anda dalam pelbagai hal, khususnya bagi pembelajaran dan pemerolehan ilmu pengetahuan. Jika anda menjawab isu-isu yang terbit, maka objektifnya adalah untuk:

a. Mengelakkan percanggahan konsep dan pemikiran;

b. Memastikan kerelevanannya dengan topik yang dibicarakan;

c. Menyebarluaskan maklumat terkini;

d. Menggiatkan proses pertukaran pendapat; dan

e. Menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu berita.

Rajah 4.3 menunjukkan satu contoh surat kepada akhbar yang telah disiarkan.

Rajah 4.3: Contoh surat kepada akhbar yang telah disiarkan dalam akhbar

Sumber: http://mazlan66.files.wordpress.com/ pada 10 Jun 2010

AKHBAR DAN MAJALAH SEBAGAI SUMBER ILMU 4.4

Bayangkan keadaan tanpa akhbar dan majalah. Anda semestinya sedar bahawa akhbar dan majalah berkesan sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan pelbagai bahan siaran akhbar seperti berita, rencana, gambar dan ilustrasi mampu meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran, selain mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, akhbar dan majalah dapat meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa pelajar.

Huraian Tentang Ruangan yang Terdapat dalam

Akhbar dan Majalah 4.4.1

Hakikatnya,   budaya   ilmu   berkait   dengan pembacaan   akhbar   dan   majalah   yang   mendalam dengan berdasarkan beberapa ruangan.

“Setiap ruangan akhbar dan majalah dikatakan mempunyai peranan sebagai pemangkin dalam koleksi ilmu.”

(Rohizani Yaakub, Shahabuddin Hashim & Mohd. Zohir Ahmad, 2007)

Antara ruangan paling dominan yang terdapat dalam akhbar dan majalah ialah kesan-kesan globalisasi yang mencakupi arah aliran perkembangan perbandaran; dan perindustrian dan teknologi; memberikan impak luar biasa membabitkan perubahan nilai masyarakat dunia terhadap cara bekerja dan berfikir.

Arah aliran ini turut mempengaruhi ekonomi global.

Dalam ekonomi global, komunikasi dan maklumat merupakan komoditi penting. Kekuatan ekonomi dunia amat bergantung kepada kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas.  Oleh hal yang demikian, sesiapa sahaja yang mampu menguasai teknologi maklumat adalah pemain hebat yang bukan sahaja beroleh kejayaan, bahkan kekuatan. Sebaliknya, mereka yang gagal akan kalah, lemah dan dipinggirkan.

Ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) atau knowledge economy, memerlukan penguasaan ilmu yang kukuh, khususnya teknologi maklumat. K-ekonomi membabitkan perubahan daripada modal sebagai faktor pengeluaran kepada ilmu sebagai faktor pengeluaran.  Kunci utama k-ekonomi ialah aset pengetahuan dan modal kepintaran sebagai sumber untuk mendapatkan nilai dalam menghasilkan kekayaan. Justeru, untuk menjayakan k-ekonomi, setiap rakyat Malaysia bermula dari sekolah rendah lagi perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, terutamanya teknologi maklumat dengan membanyakkan bacaan menerusi akhbar dan majalah.

Dengan ledakan teknologi maklumat, penguasaan bahasa Inggeris sahaja tidak memadai. Keupayaan menguasai pelbagai bahasa utama dunia adalah komoditi yang merupakan nilai tambah bagi seseorang individu. Oleh hal yang demikian, penguasaan pelbagai bahasa utama dunia, termasuk bahasa Melayu adalah satu kelebihan.

Dengan jumlah penutur seramai 20 hingga 30 juta orang di rantau Asia Tenggara dan seramai 176 juta orang di dunia, bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk berkomunikasi, malah dapat berfungsi sebagai sarana untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan, di samping digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, termasuklah pendidikan, ekonomi dan teknologi maklumat.

Kemungkinannya ada di kalangan kita yang masih keliru terhadap peranan dan kemampuan bahasa Melayu. Bahasa Melayu terbukti pernah menjadi lingua franca di rantau Asia Tenggara pada zaman kegemilangan Melaka. Sejarah mungkin tidak akan berulang atau mungkin kembali berulang. Tidak ada yang mustahil. Sungguhpun bahasa Inggeris dikatakan bahasa yang

Page 23: Nota Hbml4403

mendominasi globalisasi, keupayaan bahasa Melayu untuk berdiri sama tinggi dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain yang berpengaruh dalam era globalisasi bergantung kepada dokongan semua pihak, khususnya penutur bahasa itu sendiri.

Komen Terhadap Kandungan Ruangan Akhbar dan

Majalah 4.4.2

Antara beberapa komen terhadap kandungan ruangan akhbar dan majalah adalah seperti berikut:

a. Kesesuaian

i. Tajuk tidak  menepati kandungan berita;

ii. Bahasa dan kosa kata mengelirukan;

iii. Tiada kaitan dengan pengalaman murid;

iv. Isi kandungan adalah kurang tepat dan diragui;

v. Isi kandungan kurang  menarik dan membosankan;

vi. Sesuatu konsep adalah kurang jelas dan sulit untuk difahami; dan

vii. Isi kandungan kadang-kadang adalah kurang sesuai dan menyinggung sesuatu pihak.

b. Kredibiliti dan Kemas Kini

i. Fakta-fakta yang dikemukakan adalah daripada sumber-sumber yang kurang tepat;

ii. Fakta-fakta yang berat sebelah; dan

iii. Isi kandungan kurang logik.

c. Aspek Teknikal

i. Visual kurang jelas;

ii. Saiz penglihatan tidak mengikut formula baris dan saiz visual; dan

iii. Warna (jika digunakan) kurang berkesan.

d. Perkara Berkaitan

i. Isi kandungan sukar dijalin dengan mata pelajaran; dan

ii. Tidak merupakan cara yang paling baik untuk menjelaskan sesuatu konsep.

Penyelesaian Masalah Berdasarkan Komen

a. Fakta perlu dikemaskinikan dan betul;

b. Kandungan isi perlu komprehensif;

c. Penyusunan dan persembahan isi perlu menarik, logik dan mudah diikuti;

d. Penerangan dan huraian perlu jelas, menarik dan berkesan;

e. Kandungan perlu merangsang kesedaran dan daya pemikiran yang kritis; dan

f. Isi kandungan perlu berwibawa dengan isu semasa.

Selain itu, kandungan akhbar dan majalah perlu memiliki:

a. Kesesuaian perbendaharaan kata;

b. Rangkai kata, ungkapan dan frasa yang tepat;

c. Struktur ayat dan tatabahasa tersusun;

d. Laras bahasa yang sesuai;

e. Nilai estetika yang padat dan dinamik;

f. Ejaan dan tanda baca yang betul;

g. Ciri-ciri keistimewaan yang meliputi bahasa lain;

h. Ilustrasi sesuai dan menarik;

i. Isi yang relevan dan bermakna;

j. Gabungan warna-warni yang mantap; dan

k. Mesej yang jelas dan tepat.

PENULISAN RENCANA TOPIK 5

PENGENALAN

Pernahkah anda menulis rencana? Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada dalam sesuatu rencana tersebut? Rajah 5.1 menunjukkan rencana yang boleh digunakan sebagai contoh untuk aktiviti anda kemudian. Di dalam topik ini, terdapat tiga subtopik utama yang akan kita bincangkan, iaitu pemilihan bidang yang hendak ditulis, percapahan minda dan penulisan.  Ketiga-tiga subtopik pula disesuaikan dengan inti pati dalam penulisan rencana.

PEMILIHAN BIDANG YANG HENDAK DITULIS 5.1

Dalam peringkat permulaan, subtopik ini terarah kepada rasional pemilihan bahan, objektif penulisan dan sumber-sumber bahan. Adakah anda tahu bahawa terdapat banyak rencana tentang ilmu pendidikan yang diterbitkan dalam bentuk bercetak? Malangnya, tidak ramai yang berpeluang membacanya kerana edaran yang terhad. Oleh itu, pemilihan bidang yang tepat adalah penting.

Rasional Pemilihan 5.1.1

Rasional pemilihan bidang-bidang yang hendak ditulis adalah meliputi perkara-perkara berikut:

a. Wujud keselarasan dalam pengetahuan isi dan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik, sintaksis dan tatabahasa);

b. Terdapat perkaitan antara pengetahuan isi dan tajuk;

c. Mengaplikasikan pengetahuan dari segi format, struktur dan organisasi penulisan;

Page 24: Nota Hbml4403

d. Mudah disejajarkan dalam proses penulisan; dan

e. Memudahkan proses penyuntingan.

Di samping itu, penting juga sifat-sifat pemilihan diutamakan, iaitu seperti berikut:

a. Ada keinginan untuk menyampaikan maklumat;

b. Pemberian sesuatu sumbangan; dan

c. Faham   bahawa   pembaca   ada   hak   untuk tidak   menerima,   selain   memberikan pendapat sendiri.

“Jika anda berhadapan dengan sesuatu tugasan yang bersabit dengan penulisan rencana, anda harus dapat menghadapinya dengan pandangan yang positif. Hasilnya, proses dan penemuan penulisan dapat dianggap sebagai satu daya usaha yang mencabar, menarik serta menyeronokkan.”

(Khatijah Abdul Hamid, 2001)

Objektif Penulisan 5.1.2

Jika anda ingin mencapai matlamat yang positif setelah menulis rencana, apakah yang perlu anda pertikaikan untuk penyediaan rencana? Mari kita lihat objektif penulisan berikut:

a. Mengetahui peranan penulis;

b. Mengetahui tujuan penulisan dalam sesuatu situasi yang berlainan;

c. Mengorganisasikan jalan bahasa dan imej penulisan yang hendak anda sampaikan (rujuk pada Rajah 5.2);

d. Mengetahui sesuatu isi kandungan supaya sesuai dengan paparan bahasa;

e. Menyelidiki reaksi pembaca terhadap penulisan;

f. Mengetahui faktor dalaman atau luaran yang boleh digunakan untuk memperelok penulisan; dan

g. Memastikan penulisan, sama ada benar-benar menghasilkan satu penemuan atau penyelesaian bagi persoalan yang diutarakan atau hanya untuk memenuhi sesuatu syarat.

Sumber-sumber Bahan 5.1.3

Hasil karya penulisan rencana pada umumnya merangkumi sumber bahan yang berbentuk pelbagai, sama ada daripada akhbar, majalah, risalah, brosur, buku ataupun Internet. Penulis rencana boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan

peraturan   serta   syarat,   seperti  struktur  organisasi teks.   Begitu   juga   dengan   isi   kandungan,   penulis perlu   mengemukakan   bukti   untuk   menyokong idea-idea   yang   diutarakan   kerana   apa-apa   yang ditulis  datangnya  daripada   ilham,  pemikiran  atau ciptaan sendiri (Adenan Ayob, 2009).

“Penulis rencana pada umumnya juga menulis sesuatu karya dengan mengaitkan budaya, kebudayaan, sosial, keagamaan, sains dan teknologi yang dipandang daripada kaca matanya sendiri, termasuk hasil sesuatu penyelidikan saintifik.”

(Khatijah Abdul Hamid, 2001)

  Dalam meneliti sumber-sumber bahan untuk menulis rencana, asas-asas berikut perlu dijadikan garis panduan, iaitu dengan:

a. Berkisar kepada pengalaman hidup dan pendedahan;

b. Berasaskan sumber asas (primary) dan sumber kedua (secondary) yang boleh diyakini serta dipercayai;

c. Berpandukan penulisan yang mempunyai susur galur teliti, terancang dan bersifat subjektif;

d. Berdasarkan penggunaan bahasa yang jelas, mudah, tepat dan padat; dan

e. Berpaksikan sumber penyelidikan yang mantap dan menyeluruh.

PERCAPAHAN MINDA 5.2

Bagi subtopik ini, kupasan penulisan rencana berkisar pada kandungan dan hujah-hujah serta rasional dalam penulisan rencana.

Kandungan dan Hujah-hujah 5.2.1

Dalam percapahan minda, kandungan dan hujah-hujah harus diambil kira dari segi:

a. Pengetahuan tentang proses penulisan rencana yang bermula daripada pengetahuan konsep, prinsip dan rasional dengan sejelas-jelasnya dengan berdasarkan wacana yang mantap (Adenan Ayob, 2009).

b. Kejelasannya pula dapat mengketengahkan aspek-aspek berikut:

i. Pemahaman tentang definisi, konsep, prinsip dan rasional;

ii. Tatacara untuk mengenali bentuk penulisan;

iii. Faktor-faktor penulisan dilakukan;

iv. Kesediaan untuk melaksanakan penulisan;

v. Ilmu yang dipapar atau diketengahkan; dan

vi. Pembaca yang menaakul isi kandungan penulisan.

Berikut ialah soalan yang perlu diteliti untuk mewujudkan penulisan bercapah:

a. Bagaimanakah kaedah untuk menulis isu dan menggarab idea rencana?

b. Berapakah isi yang hendak difikirkan dalam menggarab isu?

Page 25: Nota Hbml4403

c. Apakah misi dan visi penulisan sesuatu rencana?

d. Adakah isi relevan dengan isu atau tajuk rencana yang dibangkitkan?

e. Bagaimanakah bahasa rencana dapat disusun dengan teliti?

f. Bagaimanakah idea dan gaya penulisan rencana dapat dipersembahkan dengan yakin?

Jika dari awal anda merancang penulisan yang mencorakkan percapahan minda, maka anda akan berupaya memenuhi keperluan untuk membuat pelbagai keputusan yang kompleks, seperti berikut:

a. Tujuan asas menulis;

b. Isu atau perkara yang hendak ditampilkan;

c. Jenis penulisan yang ditentukan;

d. Perasaan terhadap penulisan; dan

e. Pengalaman dan latihan penulisan yang anda ada.

Rasional 5.2.2

Antara rasional percapahan minda dalam penulisan rencana adalah seperti berikut:

a. Penulisan menempatkan isu dan permasalahan yang disorot dalam pelbagai perspektif;

b. Kesan penulisan memperlihatkan perkembangan isi yang sesuai diketengahkan;

c. Penetapan minat utama terhadap isu utama dan sampingan secara tepat dan jelas;

d. Menemukan isu dan permasalahan yang diselidik dari sudut analisis atau perbahasan secara meluas; dan

e. Pelanjutan huraian sesuatu isu dan permasalahan menerusi perbahasan dengan

berasaskan pengaruh sosial dan psikologi yang berpotensi daripada rujukan berbagai-bagai sumber.

PENULISAN 5.3

Dalam subtopik ini, perbincangan lebih tertumpu kepada pemilihan kandungan dan hujah-hujah, untuk menulis sesuatu rencana.

Pemilihan Kandungan dan Hujah-hujah 5.3.1

Dalam melakukan pemilihan kandungan dan hujah-hujah adalah wajar diambil kira perkara-perkara penting seperti yang dihuraikan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Perkara Penting dalam Pemilihan Kandungan dan Hujah

Perkara Huraian

Perkaitan Langkah untuk mengaitkan dengan pantas dan luas mengenai sesuatu isu dan permasalahan.

Perbandingan Membandingkan dua atau lebih benda, cerita atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan.

Pengkelasan a. Meletakkan pelbagai benda, cerita dan cara dalam kelas-kelas yang sesuai.

b. Kemahiran ini melibatkan kemahiran menyama dan membezakan ciri-ciri serta mengkelaskannya dalam kelas-kelas yang tepat.

Penilaian Menilai sesuatu isu dan permasalahan dengan tujuan untuk menentukan kesahan.

Penyusunan dan Aturan

Menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan atau cara mengikut sesuatu urutan, pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.

“Bentuk karangan yang menarik mempunyai ciri-ciri tertentu. Penulisan hendaklah bercorak kreatif dan subjektif untuk menyampaikan maklumat dan penerangan.”

(Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleh Rahamad, 1998)

Ciri-ciri Penulisan Rencana Alam Sekitar, Kebersihan Bandar dan Pendidikan diterangkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Ciri-ciri penulisan rencana

Pengolahan Rencana Alam Sekitar, Kebersihan Bandar dan Pendidikan diterangkan dalam Rajah 5.4.

Page 26: Nota Hbml4403

Rajah 5.4: Pengolahan rencana

Rencana Ulasan Kritis Berdasarkan Topik Alam Sekitar, Kebersihan Bandar dan PendidikanKeperluan penulisan rencana ulasan kritis perlu mengambil kira:

a. Laporan maklumat yang tepat;

b. Nilai kekuatan dan kelemahan perbincangan;

c. Pemberian alasan atau contoh terhadap kritikan; dan

d. Sifat adil dan tidak berprasangka.

“Teknik penulisan kritis melibatkan penerangan, pengenalan, sumber yang digunakan, susunan bahan, tujuan, keistimewaan dan kepentingannya kepada khalayak.”

(Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleh Rahamad, 1998)

Bahan perlu boleh mendidik masyarakat, di samping tidak diulas berlebih-lebihan. Rajah 5.5 menunjukkan penulisan rencana pendapat.

Rajah 5.5: Penulisan rencana pendapat

Contoh-contoh Penulisan Rencana tentang Alam

Sekitar, Kebersihan Bandar dan Pendidikan 5.3.2

Sebelum kita mengakhiri topik ini, apakah yang telah anda mempelajari tentang penulisan rencana? Bolehkah anda menulis rencana anda sendiri dengan mengikuti tip-tip yang diberi? Jikalau anda masih tidak yakin untuk

menulis rencana yang terbaik, sila lihat contoh-contoh rencana terpilih dalam pelbagai subjek yang berhubung dengan kejadian semasa.

CONTOH 1TAJUK: Pengurusan Alam Sekitar Menerusi

Pembacaan

TENTUNYA jijik apabila melihat sampah sarap bertaburan di atas jalan. Meloyakan apabila melihat pelbagai jenis sampah yang berupa pelbagai jenis mula membusuk dan berair. Siapa yang tidak rimas dan tidak selesa dengan keadaan-keadaan begini. Menyakitkan mata apabila melihat ia bertaburan di merata tempat, terutamanya di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi. Namun, tentunya sampah-sampah itu terhasil daripada beberapa punca. Tentunya punca utama berpaksikan perbuatan manusia itu sendiri.

Manusia, seperti yang disebutkan di dalam al-Quran, adalah sebaik-baik makhluk yang dicipta-Nya untuk mentadbir dan menjadi khalifah di muka dunia ini. Walaupun ada makhluk-makhluk lain yang lebih besar dan gagah yang telah ditawarkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, manusia menerimanya. Maka, apa keistimewaan kita sebagai makhluk yang terpilih untuk memerintah dan mengurus alam? Yang padahal juga disebut dalam al-Quran, manusialah juga yang akan memusnahkan alam ini.

Untuk mengurus, seseorang pengurus perlulah berilmu. Namun ilmu tanpa amal tidak akan ke mana. Ilmu perlu diiringi dengan amal. Amal tanpa menulis pula tidak akan mampu mewujudkan satu gelombang ilmu baru. Maka lingkaran ilmu ini perlu untuk memastikan pengurusan sesuatu perkara itu cekap.

Ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber. Antara sumber tentunya daripada buku dan bahan bacaan. Tentunya terdapat banyak buku atau bahan bacaan yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Apabila isu ini hebat diperkatakan sejak Persidangan Bumi (Earth Summit) yang berlangsung di Rio de Janiero pada tahun 1992, telah memberi kesedaran kepada hampir 100 buah negara untuk bersama-sama menilai semula kaedah mereka menjaga alam sekitar dan seterusnya melaksanakan pembangunan mapan (sustainable development) di negara masing-masing. Persidangan ini amat penting pada ketika bumi sedang menghadapi

banyak masalah berkaitan dengan persekitaran. Kepada para pencinta alam, persidangan ini banyak membantu kebanyakan negara untuk menghadapi masalah-masalah kini dan masa hadapan.

Apabila sesuatu isu itu hebat dibincang dan diperdebatkan, hasil-hasilnya akan ditulis dan dibukukan, sama ada dalam bentuk buku, majalah, risalah malah menerusi teknologi Internet. Masyarakat yang membaca tentunya akan lebih peka terhadap alam sekitar. Antara majalah-majalah elektronik yang terdapat di seluruh dunia yang boleh diakses dan dimuat turun secara percuma adalah SEPA View terbitan Scottish Environmental Protection Agency.

Begitu juga dengan buku Era Hijau terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Impak terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Our Planet terbitan United Nations Environment Programme (UNEP), Friends of the Earth News Magazine terbitan Friends of the Earth, Environmental Health in Germany: Everyday Examples terbitan Federal Office for Radiation Protection Germany dan puluhan lagi. Sepa View misalnya merupakan antara majalah elektronik percuma yang bermaklumat dan mempunyai reka letak yang cantik. Ia mudah dilayari dan mesra pengguna. Malah laman web SEPA sentiasa dikemaskini. Semua statistik dan laporan terkini mudah dimuat turun, malah secara percuma, memudahkan para penyelidik melayarinya. Bagi penulis sendiri yang pernah menyelidiki pengurusan sampah di Edinburgh, Scotland, tidak perlu ke pejabat SEPA sebaliknya hanya perlu memuat turun ke komputer riba penulis. SEPA View pula melengkapkan maklumat-maklumat itu.

Sumber: http://www.utusan.com.my

CONTOH 2TAJUK: Teraju Kuala Lumpur Lebih Sedekad

Daripada kawasan perlombongan, berubah menjadi pekan kecil dan akhirnya sebuah kota moden. Bermula dengan sebuah wilayah di Kuala Lumpur, terus disusuli dengan gabungan Pulau Labuan dan Putrajaya.

Kuala Lumpur adalah sebuah kota yang sarat dengan seribu satu cerita. Kisah sejarah, penghuni, budaya, seni, pembangunan, jenayah, bisnes dan hiburan menjadikan Kuala Lumpur kota yang penuh dengan warna-warna

Page 27: Nota Hbml4403

kehidupan. Peringkat awal, Kuala Lumpur dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia telah diberi gelaran sebagai bandar raya pada tahun 1972 dan kemudian diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974 seterusnya diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia yang pertama. Tempoh 35 tahun itu juga menyaksikan WP Kuala Lumpur menerima peneraju yang bukan calang-calang. Jawatan Datuk Bandar hakikatnya antara kerusi paling panas kerana mengemudi wilayah paling pesat di Malaysia. Malah, ia menuntut cabaran yang bukan sedikit.

Walaupun WP Kuala Lumpur sudah menerima sembilan Datuk Bandar dengan yang terbaru Datuk Ahmad Fuad Ismail yang dilantik secara rasmi pada 14 Disember 2008, namun tiada siapa dapat menafikan legasi yang ditinggalkan oleh bekas Datuk Bandar ketiga, Tan Sri Elyas Omar. Menjawat jawatan Datuk Bandar selama 11 tahun, Elyas merupakan antara individu penting dalam memastikan pembangunan Kuala Lumpur dapat dicapai sebaik mungkin. Malah, sepanjang tempoh pentadbirannya, beliau berjaya menjadikan Kuala Lumpur daripada sebuah bandar yang sunyi dan sepi kepada kota yang ceria. Mengulas mengenai perkara itu, Elyas ketika ditemui Kosmo! berkata, sepanjang bergelar Datuk Bandar, semua pengalaman yang dilalui banyak memberi kepuasan kepadanya terutama dari aspek prestasi dan pencapaian Kuala Lumpur ketika itu.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada rakyat Kuala Lumpur khususnya dan Malaysia amnya melalui amanah yang diberikan. Boleh dikatakan, setiap tahun, saya melontarkan pelbagai idea baru untuk memperbaiki pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya lebih cekap, bersih dan amanah,” jelas Elyas yang kini berusia 73 tahun. Dalam pada itu, Elyas turut berkongsi rahsia yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar pada tahun 1981, beliau masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Dulu, ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia sering menjemput beberapa individu seperti pegawai-pegawai kanan kerajaan, tokoh-tokoh swasta, profesor universiti dan ahli politik untuk menghadiri jamuan makan malam di rumahnya yang ketika itu terletak di kuarters kerajaan Bukit Tuanku.” Selepas makan dan solat Isyak, kami

seramai 15 hingga 20 orang ketika itu akan duduk bersila dan mula berbincang tentang pelbagai topik, isu dan masalah dengan bebas, telus serta tanpa prejudis. Proses ini berlaku setiap dua atau tiga bulan sekali.

“Dalam perbincangan itu, kami bebas bercakap apa sahaja sama ada mengkritik, menegur atau mengulas mengenai pentadbiran atau dasar-dasar kerajaan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan. Waktu itu, Tun langsung tidak bercakap sebaliknya cuma mendengar apa yang kami perkatakan.” Salah satu topik yang paling hangat dibincangkan ialah pentadbiran Kuala Lumpur dan keadaan kota yang tidak menyenangkan ramai pihak khususnya Tun Mahathir sendiri. Saya juga antara individu yang lantang bersuara terutama mengenai imej dan aspek pentadbiran Kuala Lumpur yang kurang maju.

“Justeru, saya sendiri tidak sangka selepas Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, saya dilantik sebagai Datuk Bandar. Mungkin kerana beliau melihat saya banyak bercakap dan kemudian memberi tanggungjawab kepada saya untuk melaksanakan apa yang telah dikatakan sebelum itu,” terang Elyas yang mentadbir WP Kuala Lumpur dari 1981 hingga 1992.

Sebaik-baik sahaja bergelar Datuk Bandar, secara tidak langsung Elyas tahu pandangan tokoh-tokoh yang hadir ketika pertemuan dengan Tun di kediamannya mengenai isu pentadbiran Kuala Lumpur. Sehubungan itu, beliau mula melakukan pelbagai perancangan untuk membangunkan Kuala Lumpur yang dikatakan sebagai sleepy town, kotor, sampah sarap merata, setinggan berselerak, tiada taman dan pokok untuk menjadikan ia sebagai ibu kota yang boleh dibanggakan. Namun, itu satu cabaran yang besar untuk dihadapi kerana dahulu DBKL tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

“Dahulu, kami hanya memperoleh hasil pendapatan menerusi kutipan cukai pintu sebanyak RM75 juta setahun. Jadi, bagaimana Kuala Lumpur dapat dibangunkan dan dipelihara dengan baik? Untuk itu, saya perlu mempercepatkan projek pembangunan di tanah-tanah yang kosong.” Caranya, saya memanggil tuan punya tanah dan menyuruh mereka bangunkan kawasan tersebut. Mereka diberi kelulusan perancangan dengan pantas berbanding mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk DBKL meluluskan sesuatu projek pembangunan.

'Kesimpulannya, lebih cepat sesuatu projek dibangunkan, maka lebih cepat DBKL menambah hasil pendapatan dan sekali gus dapat menampung pembiayaan membangunkan Kuala Lumpur,” kata Elyas yang dilantik menjadi Datuk Bandar pada usia 45 tahun. Langkah pertama yang dilakukan setelah menjadi Datuk Bandar ialah memperkemaskan pentadbiran DBKL dengan mengubah sikap pegawai-pegawai terhadap peranan mereka. Sewaktu pentadbiran Elyas juga, banyak perkara baru yang dilaksanakan. Antaranya ialah memperkemaskan kawasan setinggan dengan cara memindahkan mereka ke rumah-rumah pangsa yang dibina DBKL dan membangunkan semula kawasan setinggan seperti di Kampung Pasir, Jalan Genting Klang dan Jalan Klang Lama.

Projek ini dilakukan oleh DBKL dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan melalui penswastaan semula kawasan setinggan. Selain itu, beliau turut memberi penekanan terhadap aspek menjaga kebajikan rakyat seperti memperkemaskan sistem pelesenan, menempatkan semula penjaja dan memperkenalkan program kebajikan untuk pegawai-pegawai rendah DBKL, biasiswa untuk anak-anak dan anugerah pegawai cemerlang. Dalam konteks mengindah dan membersihkan Kuala Lumpur, Elyas telah merancang satu kempen kebersihan yang akhirnya diguna pakai oleh kerajaan untuk kempen kebersihan di seluruh negara. Beliau juga bertanggungjawab mewujudkan konsep perumahan dalam taman seperti di Taman Tun Dr. Ismail, di kawasan Bukit Kiara dan sebagainya. Elyas juga turut mencadangkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan projek sistem pengangkutan Aliran Transit Ringan (LRT) yang kini menjadi lambang kemegahan Kuala Lumpur.

Beliau turut memulakan projek penswastaan kawasan seperti di Wangsa Maju. Apa yang pasti, semua yang dilakukan Elyas adalah semata-mata untuk menyaksikan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar raya yang maju dan boleh dicontohi oleh negara lain. Justeru, tidak hairanlah apabila Elyas diberi penghormatan anugerah Tokoh Wilayah Persekutuan pada tahun 2007 sekali gus menjadi individu pertama yang menerima anugerah tersebut. Itu merupakan anugerah yang julung kali diberi bagi merai dan mengiktiraf jasa, sumbangan dan

Page 28: Nota Hbml4403

pengorbanan tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan setempat.

Sumber: http://kosmo.com.my

Penulisan tentang Pendidikan 5.3.3

Sebelum kita mengakhiri topik ini, apakah yang telah anda mempelajari tentang penulisan rencana? Bolehkah anda menulis rencana anda sendiri dengan mengikuti tip-tip yang diberi? Jikalau anda masih tidak yakin untuk menulis rencana yang terbaik, sila lihat contoh-contoh rencana terpilih dalam pelbagai subjek yang berhubung dengan kejadian semasa.

CONTOH 3TAJUK: Pengajaran Komponen Sastera dalam

Bahasa Melayu

Sejak hampir sedekad lalu, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah menggunakan teks sastera sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam tingkatan 1 hingga 5 apabila dijadikan komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Komsas).

Bahan tersebut meliputi kesemua genre kreatif, termasuklah novel, cerpen, puisi, dan drama, sama ada yang berbentuk moden ataupun tradisional. Oleh sebab dalam kurikulum pendidikan kebangsaan, Bahasa Melayu ialah subjek teras, maka kesemua pelajar dikehendaki mengkaji teks sastera ini. Mereka termasuklah daripada aliran sains, teknik, agama mahupun sastera atau sastera ikhtisas.

Keputusan Kementerian Pelajaran pada awal alaf tersebut dapat dilihat sebagai anjakan paradigma yang signifikan dalam pembinaan kurikulum sekolah. Sastera, sebagai suatu bentuk pengucapan seni yang tertinggi, kerap dijadikan kayu ukur bagi tahap kemajuan sesebuah bangsa atau peradaban. Dengan membawanya masuk dalam sistem pendidikan, generasi muda dapat didedahkan kepada hasil intelek karyawan tanah air, sekali gus merangsang keupayaan intelek mereka.

Walau bagaimanapun, dalam suasana persekolahan yang lebih berorientasikan peperiksaan, penghayatan kepada bahan-bahan sastera ini agak terbatas. Suasana

tersebut lebih mendorong pelajar menelaah teks untuk persiapan peperiksaan. Mereka tidak menghayatinya sebagai suatu “hasil seni intelek”. Akibatnya, matlamat untuk menyemai minat membaca, di samping mempertajam minda menerusi penghayatan bahan sastera terbengkalai di pertengahan jalan.

Menyedari situasi ini, Kumpulan Utusan dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah bergabung tenaga mengadakan program memasyarakatkan sastera dalam kalangan warga sekolah. Usaha berkenaan direalisasikan menerusi seminar mini Utusan Sukma – Sepagi Bersastera. Menerusi program tersebut, para pelajar berpeluang berinteraksi secara bersemuka dengan para karyawan tanah air dan organisasi sastera.

Dua orang penulis setempat yang karya mereka turut dijadikan teks Komsas iaitu Mahaya Mohd. Yassin dan Nisah Haron memberikan bimbingan berkaitan penghayatan sastera. Selain itu, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang merupakan tamu utama dalam program tersebut, membicarakan peranan sastera dalam pembentukan sahsiah mulia dan minda positif. “Utusan Sukma” yang membawa konotasi “ekspresi jiwa” juga merupakan suatu usaha untuk mengembangkan potensi sastera dalam pembinaan jati diri generasi muda. Sebagai bacaan untuk membijaksanakan khalayak, sastera berupaya memupuk kecerdasan emosi dan intelek. Aspek ini diperkukuh dengan nilai terapeutik yang ditawarkannya menerusi mesej dan pengajaran yang dapat diraih daripada karya. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan peluasan aktiviti bagi acara tahunan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, iaitu suatu instrumen pengiktirafan yang bertaraf nasional bagi karya bermutu di tanah air. Tahun ini merupakan kali ke-24 sejak diperkenalkan pada 1985. Sehubungan itu, program ini juga berusaha merangsang pelajar untuk menghasilkan karya sendiri.

Media Kumpulan Utusan pula tersedia sebagai medan untuk mereka mencipta nama sebagai penulis. Program yang diadakan sempena Minggu Sastera Utusan ini mensasarkan khalayak pelajar luar bandar. Tiga buah sekolah di Negeri Sembilan terpilih menjadi hos. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Dato’ Undang Musa al-Haj (22 Jun 2009) bagi daerah Jelebu; Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting (23

Jun 2009) bagi daerah Jempol; dan Sekolah Menengah Dato’ Klana Putra bagi daerah Lenggeng. Secara keseluruhannya, seramai 750 pelajar dan guru pengiring dari sekolah-sekolah sekitar daerah yang terlibat dihimpunkan di sekolah-sekolah yang menjadi hos tersebut untuk mengikuti program sepagi berkenaan. Dalam usaha menyemarakkan program itu, satu siri kuiz disiarkan menerusi stesen radio Negeri FM. Siri kuiz yang berlangsung selama lapan hari, iaitu mulai 15 hingga 18 Jun dan 22 hingga 25 Jun itu menawarkan hadiah berbentuk buku-buku bermutu kepada para pemenang. Menerusi “Utusan Sukma – Sepagi Bersastera” tersebut, Kumpulan Utusan dan PEN cuba melaksanakan tanggungjawab sosialnya. Pihak-pihak tersebut bertindak turun padang untuk memesrai khalayak yang terdiri daripada warga sekolah dalam usaha memasyarakatkan sastera ke peringkat akar umbi.

Sokongan erat daripada JPNS memperlihatkan usaha pemerkasaan sinergi tiga penjuru, iaitu khusus untuk kemajuan sastera dan pendidikan dan secara amnya adalah untuk pembinaan insan. Pemuafakatan pintar ini memperlihatkan usaha yang amat bertepatan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Teras 1: Membina Negara Bangsa dan Teras 2: Membangunkan Modal Insan.

Sumber: http://www.utusan.com.my

ISU-ISU BAHASA YANG MUNCUL DI SEKOLAH DAN

BILIK DARJAH TOPIK 6

PENGENALAN

Adakah anda fasih meggunakahn Bahasa Melayu? Dimanakah anda biasa bertutur Bahasa Melayu? Di rumah, sekolah atau pejabat? Mulai hari ini, kita perlu memastikan kepentingan Bahasa Melayu supaya kekal berzaman-zaman.

Murid dikehendaki menguasai Bahasa Melayu kerana kepentingannya untuk kegunaan kehidupan seharian. Murid diwajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan dalaman sekolah, termasuk peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan PMR serta SPM bagi murid sekolah menengah. Selain itu, pendidikan di negara ini juga mewajibkan semua murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu. Salah satu syarat yang penting

Page 29: Nota Hbml4403

untuk kemasukan ke IPTA, murid mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi SPM. Murid sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dalam semua aspek, iaitu perlu menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam semua kemahiran, termasuk penulisan Bahasa Melayu.

Jika tidak, mereka mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam aspek tatabahasa, murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk seperti:

a. kata tanya;

b. kata seru;

c. kata hubung;

d. kata adjektif;

e. kata sendi;

f. kata bilangan;

g. penjodoh bilangan;

h. simpulan bahasa;

i. peribahasa;

j. perumpamaan; dan

k. jenis-jenis ayat.

Manakala dalam penulisan, murid harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan yang baik. Biasanya, guru Bahasa Melayu berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pengajaran kerana murid agak sukar untuk memahami bahasa Melayu yang dikatakan kompleks. Oleh itu, guru Bahasa Melayu dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran serta pembelajaran yang baharu dan mencabar untuk memudahkan pemahaman dan penguasaan murid dalam empat kemahiran Bahasa Melayu.

KECEKAPAN BERBAHASA MELAYU DALAM

KALANGAN MURID 6.1

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang kekuatan dan kelemahan murid dalam Bahasa Melayu dan juga punca-punca kelemahan dalam Bahasa Melayu.

Kekuatan dan Kelemahan Para Murid dalam

Penguasaan Bahasa Melayu 6.1.1

Antara beberapa kekuatan dan kelemahan murid yang dikenal pasti dalam penguasaan Bahasa Melayu adalah seperti Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Kekuatan dan Kelemahan Penguasaan Bahasa Melayu Aspek Huraian

Aspek Huraian

Kekuatan a. Mempunyai guru yang berpengalaman dalam aspek pengajaran bahasa Melayu, seperti menanda kertas peperiksaan bahasa Melayu PMR dan SPM di peringkat kebangsaan;

b. Pelajar menguasai teknik menjawab soalan penulisan, seperti Kertas 2;

c. Latih tubi bahasa sentiasa diadakan dari semasa ke semasa;

d. Kelas pemulihan dan pengayaan bahasa diadakan dari awal penggal persekolahan hingga hari-hari terakhir menjelang peperiksaan;

e. Seminar teknik menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu diadakan sebanyak dua kali setahun;

f. Bimbingan guru Bahasa Melayu secara peribadi diadakan pada setiap bulan; dan

g. Peperiksaan pra Bahasa Melayu diadakan sebulan sebelum peperiksaan

sebenar.

Kelemahan a. Pelajar gagal menguasai kemahiran membaca, memahami dan menulis;

b. Pelajar tidak memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran;

c. Tugasan/kerja sekolah yang diberikan guru Bahasa Melayu gagal disiapkan oleh pelajar pada masa yang ditetapkan; dan

d. Pelajar sering tidak menghadiri program pemulihan dan pengayaan bahasa yang diadakan.

Terdapat kelemahan-kelemahan lain yang berkait rapat dengan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Antaranya adalah pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek (Evans, 1986). Inilah dianggap faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kesalahan-kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul (Abd. Rashid Omar, 1999).

Selain itu, faktor kurangnya kepekaan pelajar terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan perlu diambil perhatian, seperti kesalahan menggunakan tanda-tanda baca, tatabahasa – cara menulis ayat yang betul, jenis-jenis ayat; ayat tunggal; ayat majmuk dan sebagainya (Adenan Ayob, 2009). Masalah-masalah seperti ini tidak harus dibiarkan demi kebaikan pelajar dan untuk mengelakkan masalah-masalah tersebut berlanjutan, khususnya bagi pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Punca-punca Kelemahan 6.1.2

Jika anda lemah bertutur Bahasa Melayu, tanyakan diri anda sendiri apakah sebabnya? Mungkin punca-punca kelemahan dan kesan-kesannya di Jadual 6.2 adalah salah satu daripada jawapanya.

Page 30: Nota Hbml4403

Jadual 6.2: Punca-punca Kelemahan dan Kesannya

Punca-punca Kelemahan

Kesan-kesan

Pemakanan tidak seimbang

Mengganggu kecergasan fizikal dan kecerdasan mental

Gangguan emosi Merencat tumpuan dalam pembelajaran

Kurang kemampuan berfikir

Idea terbatas

Sering bosan Ketinggalan dalam pembelajaran

Tekanan Hilang fokus dalam pembelajaran

Pengajaran guru tidak berkesan

Keciciran isi-isi pelajaran

Persekitaran bilik darjah tidak selesa

Menghalang tumpuan minat

Kemudahan pembelajaran terhad

Menjejaskan kesungguhan belajar

Ibu bapa atau penjaga tidak ambil tahu diri murid

Perhatian, keprihatinan dan kasih sayang lentur

Tidak atau kurang kreatif dan inovatif

Membatasi kebolehan dan pengetahuan

Kurang atau tiada motivasi Kesedaran untuk berjaya terjejas

Gagal menguasai aspek bahasa

Mempengaruhi pencapaian keseluruhan

Pengaruh dialek Mengganggu sistem bahasa

KEPERLUAN PARA PELAJAR TERHADAP KECEKAPAN

BERBAHASA 6.2

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang keperluan pelajar dalam kecekapan berbahasa melalui sukatan pelajaran yang disediakan.

Objektif Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

Pelajaran (HSP) Mengikut Tahap Pelajar 6.2.1

Definisi dan perbezaan antara Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) adalah seperti berikut:

a. Apakah Sukatan Pelajaran?Sukatan Pelajaran (SP) sebagai dokumen induk yang mewakili keperluan kurikulum bagi sesuatu peringkat persekolahan. Oleh itu, ada dua SP Bahasa Melayu yang dibina di PPK, iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah. SP sekolah rendah merangkumi tahap satu dan tahap dua yang disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan kelas peralihan. SP Bahasa Melayu sekolah menengah pula merangkumi pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah (tingkatan satu hingga tiga) dan menengah atas (tingkatan empat dan lima).

b. Apakah Huraian Sukatan Pelajaran?Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ialah dokumen kurikulum sokongan yang menghalusi kandungan SP. Huraian SP disediakan bagi setiap tahun pembelajaran dan dibezakan antara HSP SK dan SJK.

Kandungan kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah dimuatkan dalam dokumen SP dan HSP. Organisasi kandungan kurikulum, SP dan HSP merujuk kepada kerangka utama dokumen berkaitan yang setiap satu dimuatkan dengan susunan tertentu.

SP Bahasa Melayu sekolah menengah disusun seperti berikut:

a. Matlamat dan Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah

b. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum):

c. Penggunaan Bahasa

d. Kemahiran Bahasa

e. Hasil Pembelajaran

f. Sistem Bahasa

g. Pengisian Kurikulum

Terdapat lima buah buku HSP Bahasa Melayu sekolah menengah yang disediakan, iaitu sebuah khusus bagi setiap tingkatan satu hingga lima. Kelima-limanya berbeza dari beberapa segi, iaitu:

a. Objektif pendidikan Bahasa Melayu bagi setiap tingkatan

b. Huraian hasil pembelajaran

c. Catatan dan cadangan aktiviti dan sumber yang sejajar dengan pernyataan huraian hasil pembelajaran.

Berikut ialah organisasi HSP Bahasa Melayu sekolah menengah:

a. Matlamat, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah

b. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)

i. Penggunaan Bahasa

ii. Kemahiran Bahasa

iii. Hasil Pembelajaran

iv. Sistem Bahasa

v. Komponen Kesusasteraan Melayu

vi. Pengisian Kurikulum

c. Penerangan tentang HSP (Hasil Pembelajaran)

i. Hasil Pembelajaran (Utama dan Khusus)

ii. Huraian Hasil Pembelajaran

iii. Cadangan Aktiviti/Nota

d. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

e. Sistem Bahasa

Page 31: Nota Hbml4403

f. Pengisian Kurikulum

g. Hasil Pembelajaran dipaparkan dalam tiga lajur, iaitu hasil pembelajaran utama dan khusus dalam Lajur I, huraian hasil pembelajaran dalam Lajur II dan catatan atau nota dalam Lajur III.

Matlamat dan Objektif Kurikulum Bahasa Melayu

Sekolah Menengah 6.2.2

Setelah kita melihat komponen-komponen dalam sesuatu huraian sukatan pelajaran, mari kita lihat pula apakah matlamat dan objektif kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah.

a. Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah MenengahMatlamat kurikulum adalah tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan, misalnya pendidikan Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan kecil antara matlamat pendidikan Bahasa Melayu antara sekolah rendah dan sekolah menengah.

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).

b. Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah MenengahObjektif Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah digariskan daripada matlamat yang dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah didapati berbeza daripada objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah. Berdasarkan SP Bahasa Melayu KBSM (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000), objektif yang dicapai pada akhir pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk:

i. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan

penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;

v. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Selain itu, terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu bagi tingkatan satu hingga lima yang dinyatakan dalam dokumen HSP mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan dan kedalaman kemahiran. Objektif mengikut tingkatan berdasarkan objektif pendidikan sekolah menengah adalah seperti yang tertera di atas.

Di bawah ini dinyatakan objektif pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga sebagai contoh:

a. Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.

b. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan melaksanakan aktiviti yang lazim dalam transaksi.

c. Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak lain dalam suasana perbincangan dan perundingan yang harmoni.

d. Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu karya.

e. Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat untuk tujuan penyelidikan.

f. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya penyampaian yang efektif.

g. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan teknik penulisan yang menarik.

h. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan yang diperoleh melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

Sumber: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2000)

Penggunaan Bahasa dan Hasil Pembelajaran

dalam Kurikulum Bahasa Melayu 6.2.3

Untuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah, pengetahuan dan kemahiran yang ingin disuntik kepada pelajar ialah keterampilan menggunakan bahasa Melayu untuk memenuhi keperluan harian, pengembangan ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat, serta tuntutan kerjaya. Berasaskan matlamat tersebut, kandungan kurikulum Bahasa Melayu dijuruskan kepada tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu:

Page 32: Nota Hbml4403

a. Bidang Interpersonal: Memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks mengekalkan hubungan dan interaksi sosial lain seperti memberikan pendapat, rundingan, membuat pertimbangan, memujuk dan transaksi.

b. Bidang Maklumat: Memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks memperoleh, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin.

c. Bidang Estetik: Memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa bagi apresiasi keindahan bahasa pelbagai karya penulisan dan penghasilan genre penulisan.

Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang berasaskan penggunaan bahasa merupakan urutan yang logik daripada penekanan pada kemahiran bahasa pada peringkat sekolah rendah kepada aspek fungsian bahasa Melayu dalam pelbagai konteks kebahasaan sebenar pada peringkat menengah. Kemahiran bahasa dan kecekapan berbahasa (dijelmakan dalam pernyataan hasil pembelajaran) yang perlu dikuasai oleh murid menengah yang mencakupi keperluan fungsi bagi ketiga-tiga bidang penggunaan bahasa tersebut. Harus diingat bahawa bidang penggunaan bahasa tidak mewakili kemahiran bahasa tertentu. Anggapan bahawa bidang interpersonal mewakili kemahiran mendengar dan bertutur, manakala bidang maklumat mewakili kemahiran membaca, dan bidang estetik mewakili kemahiran menulis adalah tidak tepat sama sekali. Setiap hasil pembelajaran dalam bidang penggunaan bahasa boleh menjurus kepada kemahiran dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan/ atau menulis. HPK 2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti yang merujuk kepada dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran bertutur dan menulis.

Hasil pembelajaran dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa (Melayu). Ini sejajar dengan pandangan Skinner bahawa pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat dibentuk. Hasil pembelajaran dibina mengikut bidang penggunaan bahasa (interpersonal, maklumat atau estetik). Pernyataan hasil

pembelajaran perlu berteraskan kemahiran bahasa dan disepadukan dengan satu atau lebih perkara berikut, iaitu sistem bahasa, komponen sastera dan elemen pengisisan kurikulum.

Teliti hasil pembelajaran berikut:

Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan ungkapan yang sesuai:

a. Mentafsir maksud tersurat/tersirat ialah unsur kemahiran berfikir, menganalisis dan kecerdasan verbal-linguistik, iaitu satu daripada elemen pengisian kurikulum;

b. Merujuk sistem bahasa iaitu kosa kata; dan

c. Maksud rangkai kata/petikan yang mungkin ditafsir daripada bahan komponen sastera.

Hasil pembelajaran terbahagi dua seperti di dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus

Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

a. Pernyataan Bidang Interpersonal

i. Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra

ii. Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam

Hasil pembelajaran utama yang tersenarai di atas masih bersifat umum. Oleh itu, setiap hasil pembelajaran utama mengandungi set hasil pembelajaran khusus

perbincangan

iii. Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat

iv. Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan

v. Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain melakukan sesuatu

vi. Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan

b. Pernyataan Bidang Maklumat

i. Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton

ii. Memproses maklumat untuk keperluan tertentu

iii. Menyampaika

yang perlu dicapai untuk memastikan hasil pembelajaran utama telah dikuasai oleh pelajar. Contohnya, terdapat lima HPK 2.1, 2.2, 2.3, 2.4 dan 2.5 perlu dikuasai murid untuk mencapai HPU 2.0 (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000), iaitu:

2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan

   2.1Mencetuskan

idea bemas dan teliti semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.

   2.2Menghuraikan

idea bemas secara kritis dan rapi.

   2.3Memperkuat

hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

Page 33: Nota Hbml4403

n maklumat untuk tujuan tertentu

c. Pernyataan Bidang Estetik

i. Memaharni dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

ii. Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif

iii. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

   2.4Mengemukakan

cadangan yang membina untuk membantu dalam membuat penyelesaian.

   2.5Berbincang dan

membuat penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap isu yang dikemukakan.

  

Berdasarkan taksonomi Bloom, iaitu konsep daripada yang mudah kepada yang sukar, HPK 2.1 ialah HP yang relatifnya mudah berbanding 2.2 dan HPK 2.5 ialah HP yang paling sukar bagi HPU 2.0.

Hasil pembelajaran utama (HPU), hasil pembelajaran khusus (HPK), hinggalah kepada pernyataan yang lebih spesifik, iaitu huraian hasil pembelajaran (HHP) mempunyai implikasi pedagogi. Dalam konteks pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran perlu dihuraikan dengan jelas. Ini adalah kerana suatu perkara dalam kandungan huraian sukatan pelajaran yang perlu dianalisis dan difahami oleh guru ialah huraian hasil pembelajaran. Bagi tujuan yang lebih spesifik untuk memenuhi keperluan pedagogi di bilik darjah, setiap hasil pembelajaran khusus diperincikan

mengikut tahap kesukaran isi pelajaran dan tahap pembelajaran dan prestasi pelajar. Perincian ini terkandung huraian hasil pembelajaran yang juga disebut pernyataan aras pembelajaran; sama ada aras [Aras I], aras sederhana [Aras 2] atau aras cemerlang [Aras 3]. Pernyataan aras pembelajaran dibina berdasarkan pernyataan HPK. Oleh sebab tidak semua pernyataan aras ada bagi semua HPK bagi ketiga-tiga aras, maka guru harus berupaya mengesan HPK bagi pernyataan aras tersebut.

Di Jadual 6.4, diberikan huraian hasil pembelajaran dari aras 1,2 dan 3 bagi HPU 1.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Sila teliti pertalian antara HPK dan HHP.

Jadual 6.4: Huraian Hasil Pembelarajan (HHP)

Aras 1

a. Berbual, menambah dan menyambung bicara tentang masyarakat dengan menggunakan ungkapan yang sesuai dan ayat yang gramatis. (HPK 1.1)

b. Mendengar pernyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau peristiwa yang dibaca, didengar dan didalami sebagai respons. (HPK 1.2)

c. Mengisahkan dan menceritakan semula sesuatu perkara dengan teratur dan menarik perhatian. (HPK 1.3)

d. Menyatakan pandangan dengan menghuraikan maksud tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber (HPK 1.3)

e. Mengemukakan soalan dalam bentuk ayat tanya tanpa kata tanya dan menggunakan soalan pengikat untuk mengundang respons (HPK 1.4).

f. Menolak pandangan seseorang dengan memberikan penjelasan yang

sopan (HPK 1.5)

g. Memberikan penjelasan tentang maksud dan kedudukan sebenar secara sopan.

Aras 2

a. Mengutarakan soalan bertumpu dan bercapah serta memberikan jawapan yang tepat dalam perbincangan (HPK 1.4)

b. Menghujah secara sopan tentang pernyataan atau isu yang bersifat sensitif dan berupa tuduhan (HPK 1.5)

c. Menyatakan penghargaan, pengakuan, kecenderungan dan mendapatkan pertimbangan. (HPK 1.6)

Aras 3

a. Menafikan pernyataan dan menolak tuduhan dengan mengemukakan hujah yang meyakinkan tanpa menyentuh hal sensitif. (HPK 1.5)

b. Menyatakan kesediaan, keprihatinan, kekhuatiran tentang sesuatu serta menegur perlakuan yang tidak menyenangkan dengan menyisipkan peribahasa. (HPK 1.6)

Sumber: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2000) Aras Huraian

Pernyataan dalam huraian hasil pembelajaran ialah peryataan yang dipilih dan diukur oleh guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Selain menggunakan kreativiti dan pengalaman untuk merangka dan memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran yang dipilih, guru digalakkan menggunakan cadangan aktiviti dalam Lajur III HSP yang mengambil kira aspek pedagogi, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber dan bahan bantu belajar.

Page 34: Nota Hbml4403

Komsas dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Menengah 6.2.4

Pembelajaran unsur sastera bagi murid sekolah mula diberikan penekanan dalam SP Bahasa Melayu 1988 sebagai unsur sastera. Mulai tahun 2000, pembelajaran unsur sastera dimantapkan melalui pelaksanaan komponen sastera yang dijelaskan dalam edisi penyesuaian HSP Bahasa Melayu serta penggunaan teks sastera wajib yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum Bahasa Melayu semakan pelaksanaan 2003, Komsas diteruskan dengan semangat yang sama seperti yang dinyatakan dalam objektif pelaksanaan komponen sastera, iaitu:

a. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera,

b. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera untuk mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Komponen sastera harus difahami dalam perspektif yang tepat kerana:

a. Komponen sastera diperkenalkan bukan untuk mengajarkan sastera di dalam bilik darjah Bahasa Melayu.

b. Komponen sastera merupakan medium atau wahana untuk mencapai matlamat pendidikan Bahasa Melayu, iaitu keterampilan berbahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, ini dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) serta penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, kosa kata dan sebagainya) murid.

Aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya bahasa, plot, pengajaran dan sebagainya diperkenalkan, tetapi tidak begitu terperinci, umpamanya yang membabitkan kandungan pendidikan Kesusasteraan Melayu elektif.

Oleh itu, komponen sastera dalam konteks sukatan semakan terjelma dalam dua bentuk, iaitu:

a. Sebagai HPU dari HPK, khususnya HPU 10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera.

b. Teks atau karya sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja untuk mencapai HPU 10.0, tetapi juga boleh digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dengan HPU yang lain termasuk bidang interpersonal dan maklumat. Teks komponen sastera boleh digunakan sebagai bahan untuk mengajarkan tatabahasa dan mengembangkan kosa kata murid.

Pengajaran menggunakan teks sastera dapat merealisasikan manamana kemahiran bemilai tambah yang sesuai, sama ada kemahiran berfIkir, teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kajian masa depan, kontekstual, konstruktivisme atau kecerdasan pelbagai.

Berdasarkan pemahaman ini, kekeliruan dapat dielakkan dan guru dapat merancang strategi pengajaran yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran serta menepati objektif sebenar komponen sastera.

Pengisisan Kurikulum 6.2.5

Selain kemahiran dan kecekapan yang khusus diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kurikulum semakan menggariskan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai yang harus dimiliki oleh murid yang dididik. Hasrat ini dinyatakan dalam pengisian kurikulum. Terdapat beberapa pernyataan tentang hasil pembelajaran secara tersurat yang memperlihatkan penekanan elemen pengisian kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana elemen tersebut tidak dinyatakan dalam pernyataan HP, penyerapan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima elemen dalam pengisian kurikulum seperti dalam Jadual 6.5 berikut:

Jadual 6.5: Elemen-elemen Pengisian Kurikulum

Elemen Penerangan

Ilmu Pengintegrasian isi atau kemahiran

khusus mata pelajaran dan disiplin lain dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Nilai Penyerapan 17 nilai murni yang asas atau subnilai merentas kurikulum.

Kewarganegaraan

Tuntutan meningkatkan patriotisme kepada negara.

Peraturan Sosiobudaya

Pendidikan berteraskan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.Kemahiran Bernilai.

Tambah Kemahiran generik yang dibina melalui kemahiran dan pendekatan serta gaya pembelajaran berikut:

a. Kemahiran berfikir

b. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

c. Kemahiran belajar cara belajar

d. Kajian masa depan

e. Kecerdasan pelbagai

f. Pembelajaran konstruktivisme

g. Pembelajaran kontekstualisme

Dalam menyerapkan elemen di atas bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, pertimbangan pedagogi perlu dibuat untuk menyesuaikan hasil pembelajaran dengan mana-mana elemen tersebut.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.2.6

Analisis dan pemahaman kandungan sukatan pelajaran perlu disusuli secara praktis dan berkesan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000) menggariskan strategi pengajaran dan pembelajaran berikut yang perlu diamal dan dilaksanakan:

a. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan menggalakkan interaksi dan

Page 35: Nota Hbml4403

penguasaan kemahiran melalui pengalaman sendiri serta mewujudkan peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.

b. Pendekatan masteri untuk memastikan murid menguasai isi pelajar dan kemahiran, melalui pengubahsuaian teknik mengikut tahap kebolehan murid dan penilaian formatif yang jitu dan berterusan serta tindakan susulan yang sesuai.

c. Kepelbagaian pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan kebolehan murid serta keberkesanan pengolahannya.

d. Kepelbagaian sumber dan bahan seperti akhbar, majalah, kamus, bahan daripada Internet, perisian kursus, bahan sastera dan bukan sastera, bahan pelbagai disiplin, bacaan luas serta penggunaan pusat sumber dan komputer.

e. Penggunaan tatabahasa yang tepat melalui pengajaran terancang, penggunaan aspek tatabahasa dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna. Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan utama.

f. Pengajaran dan pembelajaran bertema meliputi bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa dirancang supaya hasil pembelajaran, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata disepadu dan dikukuhkan.

g. Bacaan luas dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera untuk meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca.

h. Penggabungjalinan antara dua atau lebih kemahiran bahasa, serta hasil pembelajaran dengan sistem bahasa. Bagi tujuan ini, guru harus mengenal pasti sekurang-kurangnya dua hasil pembelajaran bagi setiap waktu pengajaran dengan satu daripadanya sebagai fokus utama dan selebihnya fokus sampingan. Penggabungjalinan tatabahasa dan kosa kata

perlu dilaksanakan dalam setiap waktu pengajaran.

i. Penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran berdikari perlu diserapkan dalam setiap waktu pengajaran Bahasa Melayu.

j. Pemulihan dibuat untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai mengikut kadar kemampuan.

k. Penilaian formatif dan sumatif yang berterusan dijalankan untuk menentukan pencapaian hasil pembelajaran, selain objektif pengajaran dan pembelajaran, serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil, misalnya aktiviti pemulihan atau pengayaan.

l. Pengayaan perlu diberikan kepada murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan melalui aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar.

Langkah-langkah untuk Mencapai Objektif 6.2.7

Langkah-langkah wajar yang perlu anda lakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menggunakan kaedah serta teknik yang sesuai, iaitu seperti berikut:

Kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Abd. Rashid Omar, 1999). Manakala teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik pula adalah apa-apa yang dilihat di dalam bilik darjah. Jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih di dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Bahasa Melayu mengajar pelajar menulis berdasarkan penggunaan pita kaset, maka ini juga dikatakan teknik.

Kaedah juga dianggap peredaran ke arah satu tujuan

pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Sebenarnya kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa-apa sahaja cara yang guru lakukan untuk memberikan fahaman kepada pelajar untuk mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Tegasnya, kaedah ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inkuiri penemuan dan Forebel.

Kaedah juga merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandung langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Tidak terdapat satu kaedah yang terbaik bagi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

Disenaraikan panduan bagi anda sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran di dalam bilik darjah, antaranya adalah:

a. Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran;

b. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai;

c. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar;

d. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar;

e. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru;

f. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan; dan

g. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

Dicadangkan kepada anda supaya memilih kaedah yang boleh memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja

Page 36: Nota Hbml4403

kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberikan kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini, pelajar akan memberikan tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini, guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang berkesan adalah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran harus mempunyai tujuan am, objektif pembelajaran, langkah-langkah pengajaran yang mengandung aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran, perlu ada mekanisme untuk memantau kemajuan pelajar dan penilaian untuk mengukur pencapaian pelajar.

Anda juga haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, bahan bantu mengajar yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan adalah tentang penerapan nilai murni. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Guru harus menyedari bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja perlu lulus, tetapi diamalkan dalam kehidupan seharian.

Justeru, penekanannnya ialah penghayatan, bukannya peperiksaan. Jika guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, dia hanya berjaya menyampaikan ilmu, tetapi gagal memberi pendidikan, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang dapat memikul tugas mereka secara berhemah.

Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Konsep ini bukan sahaja memberikan kesan dalam bidang bahasa yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar adalah dari segala aspek personaliti,

kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar. Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai murni, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru sejati.

PENGURUSAN SUMBER-SUMBER SEKOLAH 6.3

Perpustakaan atau pusat sumber adalah salah satu kemudahan yang paling penting di sekolah. Dalam subtopik ini kita akan membincangkan kepentingan pusat sumber ini dan strategi untuk mengoptimumkan penggunaannya.

Sumber-sumber Sekolah untuk Kegunaan Para

Pelajar 6.3.1

Bagi pengetahuan anda, pusat sumber sekolah adalah sumber yang paling asas bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 6.1: Perpustakaan menyediakan laluan intelektual

Sumber: Diambil daripada http://sttj-pss.blogspot.com/ pada 11 Jun 2010

Pusat sumber memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat untuk membina masyarakat yang berilmu (Rajah 6.1). Selain itu, pusat sumber dapat menyediakan perkhidmatan terbaik bagi warga pendidik dan pelajar dengan menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran berterusan. Tujuan khusus adalah untuk:

a. Menyediakan sumber-sumber terancang bagi kemudahan guru dan pelajar;

b. Menyediakan tempat bagi guru untuk merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran;

c. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat;

d. Membina program media bagi pengajaran dan pembelajaran;

e. Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar;

f. Tempat yang membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara;

g. Memastikan para pelajar dan guru menjadi pengguna dan mendapat idea-idea yang berkesan serta berkualiti;

h. Menawarkan kemudahan dan laluan intelektual bagi maklumat;

i. Menawarkan kemudahan yang mencetuskan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir;

j. Menawarkan kepimpinan, pengajaran dan bantuan runding cara penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran;

k. Menawarkan sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat;

l. Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai pusat maklumat sekolah; dan

m. Menawar dan membekalkan sumber-sumber aktiviti pembelajaran yang tersusun.

Mengoptimumkan Penggunaan Sumber 6.3.2

Dalam mengoptimumkan penggunaan sumber, beberapa strategi seperti berikut wajar diatur:

a. Cantuman Pelbagai Jenis SumberGuru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan Internet dalam ‘word

Page 37: Nota Hbml4403

processor’ atau ‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.

b. Penggunaan Serentak Beberapa Jenis SumberPenggunaan bahan pelbagai sumber akan memberikan kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti ‘hands on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimumkan proses pembelajaran.

Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebaya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ di dalam bilik darjah bestari.

c. Perkongsian Sumber Pembelajaran Melalui InternetSumber pembelajaran, khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi dalam kalangan guru sekolah bestari supaya manfaat yang maksimum boleh dinikmati bersama. Disarankan supaya semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui ‘edunet’. Dengan wujudnya pengajaran dan pembelajaran berasaskan Internet, seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

d. Penyelidikan dan PembangunanGuru digalak untuk menjalankan kajian

tindakan – mengumpul maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran, mencuba teknik atau kaedah untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru yang lain.

Sumber: http://mahirkb.tripod.com/ Diambil pada 3 Mac

2009

MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG KEPERLUAN

PELAJAR TOPIK 7

PENGENALANPenggubalan pernyataan masalah, pembentukan soalan kajian dan penentuan keperluan bahasa perlu digubal dengan teliti serta berfokus untuk memperoleh maklumat tentang keperluan murid dalam pembelajaran. Proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan peperiksaan dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Melayu, termasuk sikap yang ingin ditunjukkan.

Hasil penilaian yang jitu dapat memaparkan pencapaian akademik murid dalam Bahasa Melayu secara terperinci mengikut gred yang diberikan. Penilaian juga penting kerana guru dapat meninjau secara holistik tentang penguasaan murid dari segi pengetahuan dan kemahiran asas bagi sesuatu topik yang diajar. Misalnya seseorang guru Bahasa Melayu mengajar murid yang bukan penutur asli bahasa Melayu perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Segala maklumat yang berkaitan adalah penting bagi guru untuk membuat keputusan ke arah menentukan peringkat bersesuaian dalam memulakan sesi pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih murid untuk dikelompokkan ke dalam sesuatu kumpulan yang berbeza-beza tahap penguasaan. Jika penguasaan murid-murid adalah berbeza-beza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang serta melaksanakan pengajaran mengikut keperluan yang berbeza-beza tersebut.

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan membimbing dan memberikan kaunseling bahasa kepada murid yang memerlukannya. Setiap murid sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar. Ini mungkin bersifat intrinsik, iaitu wujudnya motivasi dalam diri murid itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik, terdapat motivasi yang bersifat ekstrinsik, iaitu motivasi luar, seperti dorongan oleh ibu bapa, rakan sebaya atau nasihat daripada guru atau pengetua.

Pada dasarnya, kesan daripada penilaian dapat dijadikan bahan utama untuk dilakukan beberapa penyelidikan yang perlu. Kepentingan penyelidikan akan memandu pihak berkenaan seperti guru untuk mencari sesuatu cara ke arah menyelesaikan masalah-masalah murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH 7.1

Menurut Azizi Yahya et al. (2007), dalam penyelidikan pendidikan, pernyataan masalah merupakan:

a. Gagasan umum yang merangkumi persoalan-persoalan dan isu-isu tersirat; dan

b. Terdapat jurang antara apa-apa yang diketahui tentang alam nyata dengan apa-apa yang ingin diketahui.

Hakikatnya, pernyataan masalah dijelaskan dengan berdasarkan:

a. Masalah yang hendak dikaji dalam bentuk penulisan;

b. Mengemukakan suatu situasi yang tidak kena atau fenomena yang tidak dapat dijelas dan difahami tentang sebab boleh, sedang dan telah berlaku permasalahan; dan

c. Melibatkan persoalan yang hendak dijawab.

Sumber penggubalan pernyataan masalah termasuklah:

a. Pengalaman sendiri atau orang lain;

Page 38: Nota Hbml4403

b. Artikel atau jurnal;

c. Perbincangan;

d. Teori-teori; dan

e. Kajian-kajian lepas.

Ciri-ciri Pernyataan Masalah

Berdasarkan Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), pernyataan masalah menggambarkan bahawa:

a. Terdapat pernyataan situasi atau konteks tentang tempat atau lokasi sesuatu masalah wujud;

b. Terdapat isu yang penting dan boleh dijawab atau diselesaikan menerusi penyelidikan;

c. Terdapat persoalan yang jelas, tepat dan spesifik, iaitu ‘apa’ dan ‘bagaimana’ hendak dikaji;

d. Terdapat konsep atau pembolehubah yang ingin diukur;

e. Terdapat andaian-andaian yang sesuai dengan bukti-bukti daripada sesuatu andaian;

f. Terdapat gambaran tentang sesuatu unit dalam analisis kajian; dan

g. Terdapat pernyataan tentang persoalan kajian dan hipotesis kajian (jika perlu).

Maklumat daripada Keputusan Peperiksaan 7.1.1

Maklumat daripada keputusan peperiksaan diproses dengan tatacara berikut:

a. Penerimaan markah penilaian murid;

b. Penyediaan lembaran markah untuk semakan Ketua Panitia;

c. Membentangkan semua salinan lembaran markah dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah;

d. Penerimaan lembaran markah yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah;

e. Mendapatkan tandatangan Ketua Bidang dan Pengetua;

f. Penyediaan statistik Taburan Skor Pencapaian (Penggunaan Graf Bar); dan

g. Membincangkan analisis pencapaian akademik murid, sama ada mencapai objektif seperti yang ditetapkan ataupun sebaliknya, selain mencadangkan tindakan susulan, khususnya pelaksanaan penyelidikan.

Maklumat daripada Guru-guru 7.1.2

Maklumat daripada guru-guru hendaklah mempertimbangkan masalah murid dalam penguasaan tatabahasa khususnya. Hal ini demikian kerana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, aspek tatabahasa mula diperkenalkan kepada pelajar ketika murid berada di sekolah rendah lagi. Perkara yang sama diulang dan diperluas di sekolah menengah. Ringkasnya, setiap murid sudah pun mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu tidak kurang daripada 10 tahun sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.

Antara maklumat perlu tentang tatabahasa adalah seperti berikut:

a. Adakah murid dapat menguasai tatabahasa dengan baik?

b. Mengapakah murid tidak dapat menguasai aspek yang asas dalam tatabahasa, seperti mematuhi hukum D-M, penggunaan imbuhan dan binaan ayat gramatis?

c. Apakah sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

Dalam menyentuh sikap pula, kajian haruslah membabitkan guru dalam:

a. Pengetahuan bahasa;

b. Perancangan aktiviti kebahasaan;

c. Kecenderungan untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan bacaan dan penulisan (dari segi pola pemilihan kursus dalam aspek pedagogi pengajaran Bahasa Melayu dan diikuti dengan kursus pemulihan dan pengayaan dalam pendidikan  Bahasa Melayu);

d. Kesediaan menghadiri kursus ilmu bahasa yang berdasarkan empat aspek, iaitu penulisan, sintaksis, morfologi dan bacaan; dan

e. Masalah-masalah lain yang dihadapi semasa mengajar Bahasa Melayu.

Maklumat daripada Murid 7.1.3

Maklumat daripada murid wajar diteliti daripada persoalan-persoalan berikut:

a. Adakah murid dapat menguasai aspek pemahaman dan kefahaman?

b. Adakah murid dapat menguasai kemahiran bertutur dan membaca?

c. Adakah murid dapat menguasai kemahiran menulis?

Walaupun aspek pemahaman, kefahaman, bertutur dan membaca menjadi isu Bahasa Melayu di dalam bilik darjah, masalah penulisan paling ketara dilihat pada murid. Hal ini demikian kerana tugas menulis merupakan aktiviti yang sangat rumit. Penulisan merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran untuk menyelesaikan masalah, selain kebolehan untuk berkomunikasi. Tambahan pula, pada lazimnya penulisan adalah terarah atau berfokus kepada kemahiran mengenainya untuk pelbagai tujuan dan konteks.

Penulisan bukan sekadar mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sahaja. Jika murid-murid menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif, tetapi berperanan sebagai interaktor aktif yang saling bertindak dengan bahasa yang digunakan. Asasnya, penulisan memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur dan membaca. Penulisan juga memerlukan

Page 39: Nota Hbml4403

integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses, iaitu seperti tingkah laku kompleks yang lain.

PEMBENTUKAN SOALAN KAJIAN 7.2

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan langkah-langkah untuk melaksanakan kajian. Mari kita lihat langkah-langkah tersebut dalam perenggan yang seterusnya.

Analisis Maklumat 7.2.1

Soalan apa?, mengapa? dan bagaimana? bagi sesuatu analisis maklumat perlu digunakan dengan berdasarkan permasalahan yang wujud. Beberapa konsep yang perlu diketahui sebelum melakukan analisis maklumat ialah dengan berpaksikan rekod-rekod yang sahih dan telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah, seperti graf tentang Taburan Skor Pencapaian.

Pembincangan dalam aspek analisis pada kebiasaannya berfokus kepada cakupan maklumat dengan menerangkannya mengikut perancangan yang teliti dan lengkap. Pelaksanaan ini adalah sesuai bagi seseorang penyelidik yang ingin mengenal pasti ketepatan maklumat dalam penyelidikan pendidikan, terutamanya bagi guru. Setiap tindakan kajian adalah berdasarkan analisis maklumat yang berpandukan sumber yang diperincikan.

Membentuk Soalan Kajian 7.2.2

Masalah pendidikan seperti masalah murid dalam bahasa, masalah pengajaran dan pembelajaran dan masalah kemahiran yang hendak dikaji walaupun jelas, tetapi masih lagi umum dan perlu dimurnikan kepada beberapa soalan kajian (Rajah 7.1). Untuk itu, seseorang guru perlu ada perancangan untuk melaksanakan kajian. Rajah 7.2 memberi gambaran jelas tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan sesuatu kajian atau penyelidikan.

Rajah 7.1: Pengkaji yang buntu dalam membentuk soalan kajian

Rajah 7.2: Langkah-langkah penghasilan idea, mengenal pasti masalah dan menggubal soalan

penyelidikan

Soalan kajian ialah suatu ‘Pertantaan Tentatif’ yang berkenaan dengan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Pertantaan Tentatif bermaksud penghubung antara objektif kajian dengan hipotesis kajian. Hipotesis boleh digubal jika terdapat sesuatu yang hendak diukur adalah signifikan atau sebaliknya. Berdasarkan objektif kajian, antara sampel soalan-soalan kajian yang sesuai dibentuk dalam penyelidikan pendidikan adalah seperti berikut:

a. Adakah guru Bahasa Melayu mengetahui tentang unsur Kemahiran Berfikir dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah?

b. Adakah persediaan guru Bahasa Melayu menampakkan penekanan terhadap unsur-unsur Kemahiran Berfikir murid?

c. Adakah set induksi pengajaran menampakkan perkaitan dengan unsur-unsur Kemahiran Berfikir murid?

d. Adakah bahan pengajaran yang digunakan oleh guru disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami dan diingati oleh murid?

e. Adakah penyoalan guru merangsang Kemahiran Berfikir murid?

f. Adakah gerak kerja yang dijalankan menerapkan unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam kalangan murid?

g. Adakah latihan bertulis memberikan penekanan kepada aspek Kemahiran Berfikir murid?

Melaksanakan Kajian 7.2.3

Pelaksanaan kajian membabitkan penentuan-penentuan berikut:

a. Tujuan KajianMenerangkan cara pelaksanaan sesuatu penyelidikan. Tatacaranya merangkumi pelaksanaan bagi semua aspek penyelidikan.

b. Dokumen Rujukan KajianDokumen rujukan kajian merupakan nombor dan tajuk dokumen, seperti KPM/SMKKL/BM/R001 Penilaian dan Pemantauan Penyelidikan.

c. Terminologi dan GlosariContohnyaOUM: Open University Malaysia

d. Tanggungjawab PengkajiPengkaji dan pegawai utama seperti Pengetua dan Penolong Kanan adalah berkuasa untuk memastikan segala tanggungjawab

Page 40: Nota Hbml4403

dilaksanakan dengan teliti semasa sesuatu penyelidikan dilaksanakan. Sesiapa yang terlibat dengan proses pelaksanaan sesuatu penyelidikan juga perlu mematuhi setiap tanggungjawab secara bersama.

e. Carta AlirCarta alir dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan bahasa melibatkan:

i. Mula Kajian;

ii. Rancang Aktiviti Kajian;

iii. Peroleh Keperluan Kajian;

iv. Laksanakan Kajian;

v. Hantar Laporan bagi Separuh Pelaksanaan Kajian;

vi. Pemantauan Kemajuan Kajian;

vii. Laporan Akhir Kajian; dan

viii. Siap Kajian.

MENENTUKAN KEPERLUAN BAHASA MURID 7.3

Keperluan bahasa murid perlu dianalisis dan dikenal pasti unutuk memudahkan ia diselesaikan. Ia akan diterangkan dalam perenggan seterusnya.

Analisis Data 7.3.1

Pada asasnya, mengikut Mokhtar Abdullah (1994), analisis data dalam penyelidikan pendidikan boleh dilakukan dalam bentuk:

a. Kuantitatif – Berserta Ujian atau Berinferensi;

b. Kualitatif – Tanpa Ujian; atau

c. Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif.

Perincian bagi huraian yang berasaskan kuantitatif boleh menggunakan statistik inferensi, seperti Ujian-t, ANOVA, Khi-Kuasa Dua, Korelasi dan Regresi Linear yang setara dengan sesuatu soalan kajian. Statistik deskriptif berasaskan Ujian-t, ANOVA, Khi-Kuasa Dua dan Regresi Linear dianggap sebagai statistik asas yang perlu

difahami dengan mantap oleh setiap penyelidik dalam bidang pendidikan. Penyelidik harus memahami data yang diperlukan bagi setiap ujian berkenaan, andaian yang diperlukan, masa penggunaan dan tujuan menggunakannya (James dan James, 2005). Analisis data hendaklah diproses dengan menggunakan perisian SPSS.

Mengenal Pasti Keperluan Murid 7.3.2

Cara terbaik untuk mengenal pasti keperluan murid adalah dengan berbincang bersama guru, mendengar penerangannya tentang apa-apa yang perlu dilakukan sepanjang hari, selain menyemak tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.

Guru kelas lebih arif akan prestasi pembelajaran murid dan begitu berkelayakan untuk memberikan panduan tentang tatacara untuk meningkatkan sesuatu kemahiran bahasa. Sekiranya ada saranan yang baik, jangan tunggu lama untuk bertindak kerana setiap kemahiran perlu dikuasai dalam masa yang singkat.

Selain guru, pusat membaca juga menjadi institusi tidak formal yang dapat membantu proses pemantapan kemahiran murid. Beberapa panduan berikut boleh dijadikan kriteria pemilihan pusat kemahiran bahasa. Antaranya:

a. Menyesuaikan murid dengan kaedah pembelajaran bahasa yang terbaik. Terdapat berbagai-bagai kaedah boleh dilaksanakan, tetapi setiap pemilihannya mestilah sesuai dengan latar belakang dan tahap murid.

b. Setiap murid memerlukan tempoh kemahiran yang berbeza-beza. Kadangkala peringkat umur menentukan kepintaran murid. Dalam mengatasi perbezaan ini, terdapat pusat kemahiran bahasa yang boleh memanjangkan tempoh sesuatu kemahiran, selain mempelbagaikan teknik pengajaran guru supaya murid mampu menguasai sesuatu isi pelajaran.

c. Mengenal pasti program bahasa yang komprehensif. Terdapat pusat kemahiran bahasa yang menawarkan program intensif, khususnya dalam cuti persekolahan. Kegiatan bahasa diadakan pada setiap hari dengan latih tubi yang bersesuaian. Tidaklah rugi untuk

melibatkan murid-murid dalam program seperti itu kerana ia dapat membantu mempercepat proses kemahiran bahasa, di samping mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu kemahiran bahasa.

d. Mempunyai guru yang terlatih dari segi komunikasi dan psikologi pendidikan. Selain itu, guru berupaya untuk meningkatkan pengetahuan dalam perbendaharaan kata serta tatabahasa murid.

e. Tanda-tanda yang menunjukkan murid suka belajar di pusat kemahiran bahasa ialah mereka tertarik untuk belajar; berbicara tentang buku dan berbincang dengan guru. Jika ada tanda-tanda seperti ini, harapan guru untuk melihat murid menguasai setiap kemahiran bahasa adalah lebih cerah.

f. Menentukan keperluan murid tidak hanya terhad pada aspek luaran seperti membeli buku yang banyak untuk belajar atau membawa murid ke pameran buku contohnya; sebaliknya, perlulah bermula dari awal supaya proses belajar akan lebih bermakna.

g. Ramai ibu bapa atau penjaga melepaskan peluang keemasan untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada proses kemahiran di peringkat awal kerana tidak tahu biladan bagaimana harus bermula. Sewajarnya, ibu bapa atau penjaga perlu memastikan anak-anak mampu diberikan pendedahan awal bagi semua kemahiran bahasa kerana masa depan Bahasa Melayu akan menentukan apa dan siapa anak-anak itu kelak.

MEMBENTUK PENGURUSAN UNTUK MEMBAIKI

PENGUASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN

PELAJAR TOPIK 8

PENGENALAN

Page 41: Nota Hbml4403

Pernahkah anda menggunakan sesi percapahan minda? Berbanding dengan cara lain, percapahan minda adalah metodologi yang paling berkesan bagi pemikiran kreatif.

Dalam topik pengenalan ini, aspek percapahan minda perlu diperjelas secara terperinci untuk memastikan program yang hendak dilaksanakan dapat berjalan dengan licin dan lancar. Percapahan minda dengan guru-guru Bahasa Melayu untuk membentuk sesuatu program perlu melibatkan perbincangan yang rapi. Hasil perbincangan pula hendaklah dibentangkan untuk memperoleh gambaran menyeluruh tentang sesuatu masalah yang wujud. Dengan adanya perbincangan dan pembentangan segala masalah, maka ini akan memudahkan proses untuk penerimaan cadangan-cadangan ke arah pembentukan sesuatu program yang jitu (John, 1973).

Topik ini turut mengupas pembentukan pengurusan untuk membaiki penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Pengupasan berdasarkan beberapa contoh yang konkrit meliputi tiga subtopik, iaitu percapahan minda untuk membentuk program, pemilihan program dan perancangan program.

PERCAPAHAN MINDA UNTUK MEMBENTUK

PROGRAM 8.1

Mengapakah percapahan minda penting untuk membentuk sesuatu program? Perbincangan yang berpaksikan percambahan minda atau brainstorming merupakan sesi koperatif dan kolaboratif untuk membolehkan setiap guru menyumbangkan pendapat serta idea dengan bernas (John, 1973). Perbincangan tentang percapahan minda boleh didekati sebagai sesi pengupasan pernyataan masalah mengenai sesuatu isu bahasa murid pada peringkat awal yang akhirnya mampu berkembang menjadi suatu aktiviti yang lebih serius serta kompleks pada peringkat seterusnya. Sesi perbincangan serupa ini perlulah menekankan penghasilan idea secara mantap dan analitis daripada penaakulan segala permasalahan bahasa murid (Gysbers & Henderson, 1994).

Perbincangan dengan Guru-guru Bahasa Melayu 8.1.1

Setiap perbincangan haruslah mempunyai pemimpin. Ini boleh membantu murid mengikuti langkah-langkah yang betul. Perbincangan yang dimaksudkan ini perlu mematuhi prosedur-prosedur berikut:

a. Topik perbincangan hendaklah sesuai dengan usaha pembentukan sesuatu program;

b. Garis panduan perbincangan hendaklah tepat, ringkas dan padat;

c. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan hendaklah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi perbincangan berikutnya;

d. Setiap guru hendaklah diberikan peluang sama rata untuk mengemukakan sesuatu pendapat dan idea;

e. Setiap guru digalakkan menyumbang seberapa banyak pendapat dan idea;

f. Setiap guru digalakkan untuk menggunakan prinsip 5W + 1H (What? Why? Who? Where? How?);

g. Segala cadangan dan idea yang dikemukakan guru tidak boleh dikritik; dan

h. Setiap guru wajar memiliki pelbagai kebolehan dan kecerdasan dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah.

i. Pembentangan Masalah 8.1.2

j. Pembentangan masalah hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan carta 5W + 1H di Rajah 8.1 serta contoh interpretasi masalah di Jadual 8.1 berikut:

k.

l. Rajah 8.1: Carta 5W + 1H

Jadual 8.1: Contoh Interpretasi Masalah

Interpretasi Masalah Contohnya

Apakah masalah yang berlaku?

Murid tidak berminat dalam pembelajaran

Bilakah masalah berlaku? Semasa pengajaran guru

Mengapakah masalah berlaku?

Guru tidak kreatif dalam pengajaran

Di manakah masalah berlaku?

Tingkatan tertentu

Bagaimanakah masalah berlaku?

Guru tidak didedahkan dengan kursus pengajaran kreatif

Penerimaan Cadangan-cadangan Program 8.1.3

Penerimaan beberapa cadangan program yang hendak dilaksanakan perlulah berdasarkancontoh format kertas kerja seperti berikut:

a. Menamakan ProgramContoh: Program Penulisan.

b. Menyatakan Tujuan ProgramSebutkan tujuan program diadakan, selain memohon pertimbangan dan persetujuan awal daripada Guru Besar atau Pengetua.

c. Menyatakan Latar Belakang Program

i. Sebutkan latar belakang program.

ii. Nyatakan kekerapan program diadakan.

iii. Senaraikan jawatankuasa pelaksana program.

d. Memohon PertimbanganNyatakan justifikasi sebab-sebab program perlu diadakan dan diberikan kelulusan.

e. Menyenaraikan Butiran Program

i. Peserta – berikan bilangan peserta, termasuk lampiran senarai nama.

ii. Sebutkan tarikh program.

iii. Beritahu tempat program.

Page 42: Nota Hbml4403

iv. Sediakan brosur program – kemukakan aturcara yang dicadangkan.

f. Sumber KewanganMenyatakan sumber kewangan diperoleh dan anggaran perbelanjaan, termasuk implikasi kewangan.

g. SyorMenyampaikan syor untuk pertimbangan Guru Besar atau Pengetua.

PEMILIHAN PROGRAM 8.2

Atas dasar apakah pemilihan program dijalankan? Pemilihan program hasruslah berdasarkan minat murid. Seterusnya kita akan meneliti tentang analisis program cadangan serta rasional pemilihan program.

Analisis Program Cadangan 8.2.1

Contoh bagi penganalisisan program cadangan adalah dengan berdasarkan format seperti di dalam Jadual 8.2 berikut:

Jadual 8.2: Analisis Program Cadangan

Nama Program

Program Membaca

Objektif Program

Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.

Menyemak semula maklumat dan memutuskan sama ada hendak menerima, menambah atau menolak pilihan.

Aras Mengenal pasti maklumat yang diperlukan.

Menyusun maklumat untuk tujuan tertentu.

Aktiviti Membaca pantas secara luncuran (skimming) dan membuat pengelasan maklumat, misalnya masa, tempat dan kuantiti.

Nota: Murid dilatih membaca halaman petikan dengan menggerakkan mata dari atas ke

bawah dengan pantas, melangkau bahagian yang tidak penting sambil memberikan tumpuan pada maklumat khusus yang dicari.

Berbincang untuk menyusun maklumat mengikut kepentingan dan urutan peristiwa dengan berpandukan bahan yang didengar.

Melakar lembaran grafik untuk menyusun maklumat yang dibaca.

Rasional Pemilihan 8.2.2

Rasional pemilihan program hendaklah difokuskan kepada kriteria utama yang diperlukan, seperti contoh yang tertera dalam Jadual 8.3 berikut:

Jadual 8.3: Rasional Pemilihan Program

Fokus Sumber Justifikasi Sasaran

Berpusatkan Guru dan Murid

Sukatan Pelajaran Tingkatan Berkaitan

Tumpuan Tahap (Level Focus) – Murid Kelas Pemulihan.

Membina Kemahiran

Modul Terancang Pengaplikasian kemahiran dengan berdasarkan keupayaan murid.

Latihan Penaakulan

Teks Berperenggan (Misalnya rencana pendek)

Murid Menengah Atas (Contohnya bagi isi tersurat dan tersirat dalam aspek rumusan).

PERANCANGAN PROGRAM 8.3

Mengapakah perancangan penting? Untuk menentukan keberkesanan program yang dilaksanakan, perancangan haruslah digunakan. Seseorang yang memahami tentang perancangan serta memiliki kemahiran mengurus akan berupaya memastikan setiap program dijalankan dengan lancar.

Menghalusi Program yang Dipersetujui untuk

Dilaksanakan 8.3.1

Contoh program yang dihalusi:

Tajuk: PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU TAHUN SATU

Imbasan Pengajaran dan Pembelajaran LaluContohnya, murid tahun satu yang hanya terdiri daripada empat orang didapati sangat lemah dalam membaca. Mereka tidak boleh membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Selain itu, mereka memerlukan masa yang panjang untuk mengeja sesuatu perkataan. Mereka sering terlupa suku kata yang telah dieja pada awalnya. Akibat berulang-ulang, pengejaan suku kata memerlukan masa panjang untuk pembacaan satu perenggan yang pendek.

Objektif AmMisalnya untuk:

a. Mendedahkan kaedah menangani murid yang menghadapi masalah dalam bacaan;

b. Merangsang dan meningkatkan semangat murid supaya lebih meminati mata pelajaran Bahasa Melayu; dan

c. Meningkatkan tahap keupayaan membaca dalam Bahasa Melayu.

Objektif KhususMisalnya meningkatkan:

a. Kemahiran membaca berdasarkan suku kata;

b. Kelancaran membaca dalam kalangan murid; dan

c. Kelancaran membaca bagi ayat yang mudah.

Pernyataan MasalahContohnya murid kurang:

a. Membaca buku teks Bahasa Melayu;

b. Membaca buku cerita Bahasa Melayu; dan

c. Berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Metodologi

Page 43: Nota Hbml4403

Contohnya menerusi:

a. Catatan buku pinjaman perpustakaan;

b. Temu bual;

c. Pemerhatian; dan

d. Rutin harian.

Analisis DataData dianalisis misalnya daripada:

a. Catatan buku pinjaman perpustakaan;

b. Temu bual;

c. Pemerhatian; dan

d. Rutin harian.

Pelaksanaan ProgramContohnya ialah:

a. Program “Sa mencari Ya 1”:Mengenali dan membaca Suku Kata Terbuka

b. Program “Sa mencari Ya 2”: Mengenali dan membaca Suku Kata Tertutup

c. Program “Lihat dan Sebut”: Melihat gambar dan membaca perkataan

Imbasan Pencapaian MuridMisalnya, didapati bahawa kajian telah banyak membantu guru meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Namun begitu, terdapat kelemahan yang perlu diberikan perhatian demi meningkatkan mutu pencapaian dalam kalangan murid tahun satu, seperti masa membaca boleh dipendekkan lagi daripada lima minit kepada tiga minit, iaitu semasa membaca petikan yang mempunyai lebih kurang 15 patah perkataan.

Imbasan PemerhatianKepuasan hati wujud, misalnya dengan peningkatan murid dalam kemahiran membaca. Murid selalu bersedia

untuk menolong guru dalam menampalkan kad-kad gambar yang mempunyai perkataan. Kadangkala mereka telah cuba membaca perkataan yang berada dalam gambar itu semasa menampalkannya. Murid tahun satu boleh membaca sesuatu topik dengan lebih lancar, selain keupayaan dalam sebutan dan intonasi juga turut meningkat. Ini mungkin dapat diperhatikan semasa murid diminta membaca secara individu. Ini menunjukkan bahawa murid telah mengulang kaji di rumah selepas sesuatu sesi pengajaran.

Imbasan Proses Pengajaran dan PembelajaranCara mencari cantuman dan gambar dengan perkataan misalnya berjaya menyeronokkan murid untuk terus belajar membaca. Berdasarkan kajian tentang imbasan proses pengajaran dan pembelajaran, cara berkenaan telah dibuktikan mantap untuk mengekalkan ingatan yang lebih lama dan mendalam kerana itu seperti satu permainan (Gysbers & Henderson, 1994). Kejayaan tersebut menjadikan pengajaran dan pembelajaran berfungsi dengan lebih lancar dan tepat pada masanya.

Mengemukakan Cadangan untuk Kajian LanjutanOleh sebab kemahiran membaca murid mungkin telah meningkat, keadaan tersebut telah menggalakkan penyelidik untuk menetapkan cadangan contoh, iaitu meningkatkan kemahiran soal jawab (berdasarkan petikan pendek – cerita) dalam kalangan murid tahun satu. Ini berfungsi untuk menolong murid dalam ujian penilaian.

Membuat Anggaran Perbelanjaan 8.3.2

Adakah anda mempunyai pengalaman membuat anggaran perbelanjaan? Anggaran perbelanjaan melibatkan kos, oleh itu adalah penting untuk mengetahui cara sebenar membuatnya. Sila lihat Jadual 8.4 bagi contoh anggaran perbelanjaan:

Jadual 8.4: Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM PENULISAN

Nama Khusus Program:

Peruntukan Tahun Semasa (Panitia BM):

Jumlah Peruntukan Dipohon:

Bil.

Jenis Perbelanjaa

n

Anggaran Kos

Tarikh Pelaksanaan

       

       

       

       

       

       

JUMLAH BESAR  

Disediakan oleh:Tandatangan:

Cop Rasmi:

Tarikh:

Membina Carta Gantt 8.3.3

Sebagaimana anggaran perbelanjaan adalah penting dalam sesuatu program, begitu juga dengan carta Gantt. Setiap projek mempunyai matlamat untuk menamatkan aktiviti dalam jangkamasa yang ditetapkan. Sila lihat Jadual 8.5 bagi contoh penyediaan carta Gantt.

Jadual 8.5: Carta Gantt

Pelan Tindakan

PerkaraBulan

Julai

Ogos

September

Oktober

Perancangan

Mesyuarat Jurulatih Utama

/      

  Kursus Literasi Bacaan

/      

  Persiapan Pelaksanaan

/      

Pelaksanaan

Melaksanakan Program

  / / /

Page 44: Nota Hbml4403

di Sekolah

Pemantauan

Pemantauan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan Akademik

  / / /

Laporan/ Penilaian

Mengemukakan Laporan Pelaksanaan

      /

PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH TOPIK 9

PENGENALAN

Dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, manfaatnya diteliti ke arah pendidikan bahasa. Salah satu manfaat yang wujud adalah tercetusnya usaha untuk membangun dan mempelbagaikan aktiviti pendidikan bahasa dinamik dalam memenuhi keperluan dan kehendak segenap lapisan masyarakat, khususnya ibu bapa dan guru (Gysbers & Henderson, 1994). Selain itu, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dieksploitasi ke arah peningkatan kualiti pendidikan bahasa. Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang menekankan unsur ilmiah dan pendidikan dapat dibangunkan secara berkesinambungan. Natijahnya yang lain ialah kaedah pembentukan sikap positif ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling terhadap pembelajaran bahasa dapat dilaksanakan dengan giat serta berkesan.

Di dalam Topik 9 ini, kita akan membicangkan tiga subtopik utama iaitu “kelulusan daripada pihak sekolah”, “latihan guru-guru” dan “pelaksanaan program”.

KELULUSAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH 9.1

Sebelum kelulusan diperoleh daripada pihak sekolah, pembentangan kertas program perlu dilakukan.

Pembentangan kepada Pihak Sekolah 9.1.1

Pembentangan   lisan   dan   bertulis   hendaklah disediakan   dengan   menggariskan   pendahuluan, matlamat,  objektif,  rasional,  strategi  pelaksanaan, sumber   kewangan,   pemantauan   dan   penutup. 

Format   pembentangan   adalah   seperti   Rajah   9.1 berikut:

Format Pembentangan

Pendahuluan

a. Keputusan Pelaksanaan Program

b. Latar Belakang Program

Matlamat, Objektif dan Rasional Program

a. Matlamat

b. Objektif Umum dan Khusus

c. Rasional Pelaksanaan

Strategi Pelaksanaan ProgramContohnya ialah: menyebarkan maklumat; mempromosi; menyediakan kandungan program, latihan, kelengkapan atau peralatan; penggunaan perisian, alat atau bahan program; dan pemantauan.

Sumber dan Pembiayaan Kewangan Program

Pemantauan Program

a. Kaedah Pemantauan

b. Cadangan

Penutup

Rajah 9.1: Contoh format pembentangan lisan dan bertulis

Maklum Balas daripada Pihak Sekolah 9.1.2

Dalam memastikan ketelusan dan keberkesanaan sesuatu program yang hendak dilaksanakan, maklum balas daripada pihak sekolah memerlukan justifikasi yang tepat dan tapisan teliti bagi perkara-perkara berikut:

a. Butiran para peserta (murid-murid) dan prestasi keseluruhan;

b. Rekod latar belakang murid seperti taraf ekonomi keluarga;

c. Kemajuan akademik murid;

d. Komen daripada guru seperti tinjauan terhadap rekod murid, pemerhatian dan perhubungan;

e. Borang rujukan yang menunjukkan kelemahan atau kekurangan murid; dan

f. Laporan berdasarkan maklumat (a) hingga (e) di atas.

Persediaan untuk Melaksanakan Program 9.1.3

Dalam usaha melaksanakan sesuatu program, tumpuan khusus haruslah membabitkan tatacara berikut:

Page 45: Nota Hbml4403

a. Kendalikan ujian saringan untuk memilih murid yang layak menyertai program;

b. Sediakan instrumen khusus dalam menentukan penguasaan, seperti Instrumen Penentu Penguasaan Berkadarkan Pembelajaran, Buku Pelaksanaan Program atau Modul (Gysbers & Henderson 1994);

c. Perincikan garis panduan pelaksanaan program;

d. Sediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran:

o Apakah yang hendak diketahui oleh

murid sebelum dan selepas sesi program dimulakan?

e. Sediakan format penilaian oleh guru;

f. Sediakan kaedah penyimpanan rekod:

o Siapakah yang perlu menyimpan

rekod?

o Bagaimanakah rekod disimpan?

g. Sediakan rangka tindakan susulan:

o Perancangan hendaklah proaktif untuk

menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku.

LATIHAN GURU-GURU 9.2

Pelaksanaan sesuatu program wajar menyerapkan latihan guru secara kolektif dan intensif. Penghayatan perlu diberikan oleh guru ke arah memahami matlamat dan objektif sesuatu program secara jelas dan tepat.

Matlamat dan Objektif Program 9.2.1

Jadual 9.1 di bawah menunjukkan contoh matlamat dan objektif-objektif bagi program penulisan.

Jadual 9.1: Matlamat dan Objektif Program Penulisan

Matlamat Objektif-objektif

Melahirkan murid yang berketrampilan dalam penulisan

Membina sikap positif terhadap penulisan.

Mempunyai nilai perubahan untuk meningkatkan kualiti penulisan.

Membentuk komuniti penulis yang mahir.

Mencerakinkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran penulisan.

Melahirkan murid yang mahir dalam komunikasi penulisan.

Melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan analitis dalam penulisan.

Membentuk jati diri, umpamanya semangat cinta akan negara, menerusi penulisan.

Simulasi Program 9.2.2

Pembentukan simulasi program hendaklah mengandungi aspek-aspek seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 9.2 berikut:

Rajah 9.2: Simulasi program

Penulisan Modul 9.2.3

Contoh   penulisan   modul   adalah   berdasarkan Program   Kecemerlangan   PMR   yang   dipaparkan seperti Rajah 9.3 berikut:

PROGRAM KECEMERLANGAN PMR

ANJURAN:PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN SRI BIJAKSANA

MODUL 1BAHASA MELAYU – PENULISAN

BAHAGIAN A(50 MARKAH)

Tajuk: Penulisan Surat Kiriman RasmiPerkara-perkara penting dalam surat kiriman rasmi ialah:

1. Alamat Pengirim

2. Garisan Melintang

3. Alamat Penerima

4. Tarikh

5. Panggilan Hormat

6. Perkara atau Tajuk

7. Pendahuluan

8. Isi-isi

9. Penutup

10. Pengakuan Penulis

a. Yang Benar

b. Yang Menjalankan Tugas

11. Tandatangan

Page 46: Nota Hbml4403

12. Nama dengan Huruf Besar

13. Jawatan

Latihan 1Persatuan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan sekolah anda berhasrat mengadakan lawatan sambil belajar ke Port Dickson Bandaraya Tentera. Sebagai Setiausaha persatuan, tulis sepucuk surat kepada Pengetua sekolah anda untuk mendapatkan kebenaran.

Tulis surat berkenaan selengkapnya.

Latihan 2Anda selaku Pengerusi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan sekolah dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan di salah sebuah sekolah untuk mempelawa sekolah tersebut menyertai forum bahasa di sekolah anda.

Tulis surat berkenaan selengkapnya.

Latihan 3Anda berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Tulis sepucuk surat kepada Pengetua sekolah anda untuk mendapatkan bantuan bagi pembelian buku-buku rujukan dan latihan tambahan Bahasa Melayu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PMR.

Tulis surat berkenaan selengkapnya.

Rajah 9.3: Contoh penulisan modul

PELAKSANAAN PROGRAM 9.3

Subtopik ini pula akan membincangkan penggunaan sumber dalam pelaksanaan program yang dirancang dan juga penglibatan PIBG untuk menjayakannya.

Pelaksanaan Program di dalam Bilik Darjah 9.3.1

Pelaksanaan program di dalam bilik darjah perlu mengambil kira tahap Taksonomi Bloom dengan berfokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Rendah dan Tinggi (John, 1973), seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.2 berikut:

Jadual 9.2: Taksonomi Bloom

Perkara Peringkat

Pengetahuan

Kefahaman

Kemahiran Berfikir Aras Rendah

Potensi dalam minda murid adalah terhad

Proses pembelajaran berulang

Misalnya memerlukan murid untuk menghuraikan, menyenaraikan, menghubungkan dan mengaplikasikan

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Wujud potensi dalam minda murid untuk menangani cabaran yang baharu

Misalnya murid menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat

Misalnya murid juga dapat memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah, mencipta, menjana idea dan membuat keputusan

Penggunaan Sumber-sumber Sekolah 9.3.2

Secara langsung, penggunaan sumber-sumber sekolah begitu berfungsi membantu pelaksanaan sesuatu program bahasa (John, 1973). Penggunaan sumber-sumber sekolah ialah:

a. Pusat Sumber SekolahPusat Sumber Sekolah (PSS) dimaksudkan sebagai tempat pengumpulan berbagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog serta disusun secara teratur untuk mempermudah murid belajar. Guru-guru juga dapat berkumpul, berbincang sesama

sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambahkan kecekapan ikhtisas mereka dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah turut berperanan untuk meningkatkan keberkesanan rujukan program bahasa.

b. Pusat Akses SekolahKewujudan Pusat Akses Sekolah telah diasaskan daripada konsep kafe siber. Walau bagaimanapun, fungsinya lebih berfokus kepada pembelajaran. Pusat Akses Sekolah menyediakan ruang pembelajaran untuk membolehkan murid belajar secara kendiri (self learning) serta mempelbagaikan gaya pembelajaran untuk menampung keperluan rujukan bagi sesuatu program bahasa yang khusus. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara bersendirian mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Berdasarkan Jadual 9.3, Jadual 9.4 dan Jadual 9.5, anda dapat membezakan matlamat, objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ke arah pelaksanaan sesuatu program bahasa.

Jadual 9.3: Matlamat Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Akses Sekolah

Apakah matlamat Pusat Sumber Sekolah?

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?

Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Mewujudkan sistem sokongan dalaman, iaitu rujukan

Membudayakan penggunaan ICT di sekolah sebagai sumber rujukan

Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

Meningkatkan masa

Page 47: Nota Hbml4403

Membudayakan teknologi pendidikan (TEKNOPEN)

Meningkatkan mutu pendidikan sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara

penggunaan komputer oleh murid

Jadual 9.4: Objektif Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Akses Sekolah

Apakah objektif Pusat Sumber Sekolah?

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?

Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik murid

Menggalakkan semua murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan rujukan bagi pengajaran dan pembelajaran supaya tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and talk’ sahaja

Menyemai dan menggalakkan tabiat belajar sendiri,

Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat

Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan

Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran

membaca, ingin tahu dan bertanya dalam kalangan pelajar melalui penggunaan bahan

Membantu guru dan murid dalam usaha menghasil dan menilai berbagai-bagai kelengkapan dan peralatan serta bahan pengajaran serta pembelajaran

Jadual 9.5: Aktiviti di Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Akses Sekolah

Apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh

murid di Pusat Sumber Sekolah?

Apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid di Pusat Akses

Sekolah?

Mesyuarat

Taklimat

Kursus

Pinjaman Buku

Pameran

Jualan Buku

Promosi

Mengakses maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran

Mengakses sumber maklumat daripada buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)

Menyediakan tugasan dan slaid persembahan yang berkaitan dengan pembelajaran

Berkomunikasi dengan guru dan murid lain dengan menggunakan e-mel

Berkolaborasi dengan murid lain

Kerjasama dan Bantuan PIBG 9.3.3

Kerjasama dan bantuan PIBG adalah penting dalam pelaksanaan sesuatu program. Bantuan adalah dalam bentuk kewangan, tenaga, buah fikiran, keprihatinan, perbincangan, cetusan perpaduan dan kegiatan aktiviti. Antara tujuan-tujuan yang difokuskan adalah seperti berikut:

a. Memastikan murid memperoleh faedah maksimum daripada pembiayaan sumber dana yang dikeluarkan;

b. Memberikan bantuan tenaga dan buah fikiran untuk meningkatkan kecemerlangan murid;

c. Membentuk persekitaran masyarakat sekeliling yang prihatin untuk membolehkan murid mencapai kejayaan dalam pembelajaran;

d. Berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta maklumat tentang pelajaran;

e. Mewujudkan perpaduan dalam organisasi pembelajaran; dan

f. Menggalakkan kegiatan aktiviti pembelajaran yang berterusan.

PENILAIAN PROGRAM TOPIK 10

PENGENALAN

Mengapakah   pemantauan   bagi   sesuatu pelaksanaan   program   dikatakan   penting?   Secara umumnya,   pemantauan   dilakukan   atas   beberapa faktor.   Sila   lihat   Rajah   10.1   yang   dipaparkan.   Di dalam   topik   ini,   kita   akan   membincangkan   tiga subtopik   utama.   Perbincangan   berfokuskan 

Page 48: Nota Hbml4403

pemantauan  pelaksanaan  program,  kekuatan  dan kelemahan   program   serta   penambahbaikan program.

FAKTOR UMUM PEMANTAUAN

Memastikan program dijalankan mengikut jadual dengan berdasarkan sumber peruntukan kewangan serta matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Memastikan keberkesanan hasil program memenuhi matlamat.

Menyelaras dan memastikan pelaksanaan program bersepadu antara semua pihak yang terlibat.

Melaksanakan penilaian tentang hasil program.

Mengenal pasti isu-isu semasa yang berkaitan dengan program.

Rajah 10.1: Faktor umum pemantauan

Walaupun pencapaian merupakan aspek utama yang hendak dilihat, tumpuan adalah pada perkara yang dipantau, pihak terlibat untuk memantau dan penggunaan kaedah memantau. Sewajarnya juga, kekuatan dan kelemahan program dianalisis dengan berpandukan beberapa kriteria yang khusus. Hakikatnya, pemantauan dilakukan sebagai usaha penambahbaikan program.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM 10.1

Sebelum sesuatu pemantauan dilaksanakan, borang khusus perlu disediakan untuk memudah dan melicinkan proses pemantauan. Borang yang disediakan mestilah sejajar dengan beberapa perkara dalam ketetapan awal yang diputuskan. Antaranya adalah objektif, kelengkapan, kewangan dan sebagainya.

Apakah yang Perlu Dipantau? 10.1.1

Perkara-perkara yang perlu dipantau adalah seperti Jadual 10.1 berikut:

Jadual 10.1: Aspek-aspek Pemantauan

Aspek Pemantauan

Deskripsi

Tajuk Program Namakan tajuk mengikut ketetapan, misalnya: “Program Penulisan Tahap I Sijil Pelajaran Malaysia”

Tarikh Contoh: 22 Oktober 2010 hingga 25 Oktober 2010

Tempat Contoh: Dewan Suluh Budiman SMK Seri Jasa, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus

Objektif Program Pada asasnya, objektif program telah termaktub di dalam buku aturcara atau cenderahati

Kesesuaian Program dengan Pembelajaran

Peserta-peserta program telah maklum tentang impak penyertaan masing-masing dalam program

Tujuannya adalah untuk mudah dinilai kesesuaiannya dengan pembelajaran

Contoh: Di dalam buku aturcara atau cenderahati dicatatkan bahawa “Pada akhir program, peserta akan dapat menimba ilmu penulisan”

Bahan Program Program pembelajaran pada kebiasaannya melibatkan penggunaan nota, fail, kertas mahjung dan sebagainya

Boleh dicatatkan bawah aspek pemantauan ini (bahan program)

Kemudahan Program

Kemudahan yang disediakan bagi program seperti alat pandang dengar, penghawa dingin, lampu atau pencahayaan, termasuk susun atur ruang atau bilik

Boleh dicatatkan satu demi satu bawah aspek pemantauan ini (kemudahan program)

Jamuan/Makanan dan Minuman (Pelengkap Program)

Jamuan pada kebiasaannya membabitkan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam

Jamuan disediakan mengikut belanjawan bilangan peserta

Penginapan (Pelengkap Program)

Kebanyakan program sekolah menggunakan sendiri dewan sekolah atau bilik-bilik darjah

Kelengkapan penginapan seperti bantal dibawa sendiri oleh peserta

Pengangkutan (Pelengkap Program)

Beberapa sekolah menggunakan peruntukan kewangan PIBG untuk membiayai pengangkutan murid ke sesuatu destinasi program

Terdapat juga sekolah yang meminta murid menanggung separuh

Page 49: Nota Hbml4403

daripada kos pengangkutan

Tanggungan tersebut mungkin untuk menjimatkan belanjawan

Khidmat Urus Setia (Pelengkap Program)

Khidmat Urus Setia adalah seperti urusan pendaftaran, kebajikan, penyelarasan sajian/jamuan, pengiringan peserta dan penyelarasan aktiviti program

Komen Peserta mungkin menunjukkan tindak balas, sama ada positif ataupun negatif

Contoh: Bantuan perubatan tidak disediakan

Cadangan Cadangan yang diutarakan boleh dijadikan panduan untuk penambahbaikan program

Contoh: Masa sesuatu aktiviti dalam program dilanjutkan

Penghargaan Berikan ucapan terima kasih atas kerjasama penilaian

Siapakah yang Memantau? 10.1.2

Pemantauan bagi sesuatu program bahasa hendaklah dilaksanakan secara bersepadu oleh ahli jawatan kuasa kecil yang dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Panitia Bahasa Melayu. Jawatankuasa kecil hendaklah terdiri daripada:

a. Ketua Bidang (Pengerusi/Ketua Program)

b. Ketua Panitia (Setiausaha Program)

c. Guru-Guru Pakar Bahasa Melayu (Fasilitator Program)

d. Guru-Guru Bahasa Melayu: 

i. Jawatankuasa Sambutan

ii. Jawatankuasa Pendaftaran

iii. Jawatankuasa Kewangan

iv. Jawatankuasa Jamuan

v. Jawatankuasa Pengangkutan

vi. Jawatankuasa Penginapan

vii. Jawatankuasa Hadiah/Cenderamata

e. Wakil Ibu Bapa

i. Tiga hingga lima orang

Bagaimanakah Pemantauan Dilaksanakan? 10.1.3

Terdapat dua cara berkesan untuk memantau iaitu:

a. Kaedah Tinjauan dengan Berdasarkan Instrumen Borang Soal SelidikBerdasarkan kaedah tinjauan, pemantauan hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang khas yang dinamakan Borang Penilaian (disesuaikan dengan perkara-perkara utama yang perlu dipantau seperti termaktub di atas). Borang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama adalah pengisian maklumat program seperti tajuk, tarikh dan tempat. Bahagian kedua pula dimuatkan objektif, kesesuaian dan bahan program, manakala bahagian ketiga menghimpunkan kemudahan program, jamuan, penginapan, pengangkutan dan khidmat Urus Setia. Bahagian keempat boleh dimasukkan komen dan cadangan. Selepas itu dicatatkan pernyataan penghargaan.

Berdasarkan Bahagian 1 hingga 3, maklum balas sesuai diperoleh dengan menggunakan Skala Likert (Jadual 10.2), iaitu:

Jadual 10.2: Skala Likert

1 2 3 4 5

Amat Tidak Baik

Kurang Baik

Sederhana

Baik Amat Baik

Bahagian komen dan cadangan perlu disediakan ruang (sebaris atau dua baris) supaya maklum balas secara subjektif dapat disampaikan oleh peserta.

Borang soal selidik penilaian hendaklah diedarkan kepada semua peserta sebaik sahaja program selesai atau tamat. Jawatankuasa boleh melantik dua atau tiga orang Urus Setia untuk pengedaran borang tersebut, selain memberi arahan dan membimbing peserta mengisi maklumat tertentu berdasarkan pernyataan yang terdapat pada borang. Berikan masa yang sesuai kepada peserta untuk mengisi borang – lazimnya dari tiga hingga lima minit. Urus Setia hendaklah memungut semula borang-borang daripada para peserta.

b. Kaedah PemerhatianPemerhatian dilaksanakan dengan menggunakan:

i. Rekod AnekdotCatatan pemerhatian secara ringkas, tepat dan padat yang merakamkan perkembangan signifikan pembelajaran murid.

ii. Rekod Persampelan MasaCatatan perkembangan pembelajaran murid diperhatikan mengikut segmen masa.

iii. Senarai SemakPenyemakan untuk menentukan sama ada murid boleh ataupun tidak dalam mencapai sesuatu hasil pembelajaran.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM 10.2

Page 50: Nota Hbml4403

Adalah nyata bahawa setiap program mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk memantau program bagi mengenal pasti isu-isu kekuatan dan kelemahan yang timbul.

Analisis Laporan Pemantauan 10.2.1

Laporan pemantauan hendaklah dianalisis datanya secara deskriptif. Data yang diperoleh hendaklah dianalisis dengan menggunakan peratus dan frekuensi atau juga boleh dipaparkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Komen dan cadangan dianalisis hendaklah dilakukan berdasarkan keperluan atau keutamaan. Ini bermaksud bahawa komen dan cadangan yang benar-benar membina boleh dijadikan asas dalam penambahbaikan. Selain itu, laporan khas penilaian perlu disediakan untuk pengesahan dengan mengambil kira contoh format seperti di dalam Jadual 10.3 berikut:

Jadual 10.3: Laporan Pemantauan dan Pengesahan

LAPORAN PEMANTAUAN

Nama Murid:  

Darjah/Tingkatan:  

Tarikh Penilaian:  

Kemahiran Dikuasai:  

Kemahiran Baharu Perlu Dikuasai:

 

PENGESAHAN

Nama dan Tandatangan Guru Darjah/Tingkatan:

 

Tarikh:  

Nama dan Tandatangan Fasilitator:

 

Tarikh:  

Nama dan Tandatangan Guru Besar/Pengetua:

 

Tarikh:  

Nama dan Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga:

 

Tarikh:  

Kriteria yang Digunakan 10.2.2

Analisis pemantauan hendaklah berasaskan kriteria, tujuan dan cadangan markah tertentu (Pennsylvania State University, 2004). Lihat Jadual 10.4 yang dipaparkan.

Jadual 10.4: Kriteria Pemantauan

Kriteria Tujuan Cadangan Markah

Perancangan Menilai sejauh mana penetapan objektif serta perancangan program berfungsi untuk menjamin kejayaan pelaksanaan keseluruhan program.

30

Pelaksanaan dan Pemantauan

Menilai sistem pelaksanaan dan pemantauan untuk memastikan program dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

40

Penilaian Membuat penilaian terhadap pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan serta faedah, sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada kumpulan sasar (murid).

20

Penambahbaikan Menilai usaha-usaha peningkatan kualiti kemahiran yang dilaksanakan

10

oleh pihak sekolah, termasuk penambahbaikan dan inovasi dalam memastikan program berjalan dengan licin, lancar, cekap dan mantap.

Kenal Pasti Kekuatan dan Kelemahan 10.2.3

Kenal pastikan kekuatan dan kelemahan program berdasarkan contoh dalam format di dalam Jadual 10.5 berikut:

Jadual 10.5: Kekuatan dan Kelemahan Program

Pemantauan Kekuatan Kelemahan

Objektif Program Tercapai – murid menguasai kemahiran.

Kabur – tidak diselaraskan dengan aktiviti-aktiviti dirancang.

Kesesuaian Program dengan Pembelajaran

Sejajar dengan sukatan pelajaran.

Tidak disesuaikan dengan teori pembelajaran.

Bahan Program Cukup dan sesuai digunakan.

Peserta terpaksa menyediakan bahan sendiri.

Kemudahan Program

Dirancang dengan baik, lengkap dan selesa.

Ruang bilik sempit.

**Jamuan/Makanan dan Minuman

Memenuhi cita rasa peserta.

Terdapat makanan yang kurang masak.

**Penginapan Keselesaan dan kebersihan dipelihara.

Bising.

**Pengangkutan Pantas dan cekap.

Lewat mengambil

Page 51: Nota Hbml4403

peserta.

**Khidmat Urus Setia

Responsif dan ceria.

Mod tidak mesra.

**Nota: Pelengkap Program.

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM 10.3

Langkah-langkah penambahbaikan program hendaklah diselaraskan dengan aspek-aspek pemantauan, selain dilaksanakan dengan berdasarkan contoh dalam format di bawah.

Langkah-langkah Penambahbaikan Program 

10.3.1

Jadual 10.6: Langkah-langkah Penambahbaikan Program

Objektif Program

Objektif Hendaklah boleh Diukur

Kesesuaian Program dengan Pembelajaran

Diselaraskan dengan kehendak sukatan

Bahan Program Terdapat campuran antara bahan tradisional dan berteknologi moden

Kemudahan Program

Disesuaikan dengan aspirasi kuliah, ceramah atau seminar serta dilengkapkan infrastrukturnya

**Jamuan/Makanan dan Minuman

Disediakan menu yang lengkap dan makanan seimbang

**Penginapan Dilengkapi alat pendingin hawa dan elakkan gangguan seperti bising

**Pengangkutan Disediakan jadual perjalanan spesifik yang mengutamakan keselamatan penumpang

**Khidmat Urus Setia

Pertingkat kemesraan, urusan pendaftaran dan kebajikan peserta

**Nota: Pelengkap Program.

Pelaksanaan Langkah-langkah Penambahbaikan 

10.3.2

Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan hendaklah melibatkan peranan jawatankuasa kecil dan fungsi Urus Setia (Pennsylvania State University, 2004). Peranan dan fungsi tersebut dipaparkan seperti Jadual 10.7 berikut:

Jadual 10.7: Peranan Jawatankuasa Kecil dan Fungsi Urus Setia

Peranan Jawatankuasa Kecil

Menyelaras, mengawal dan memantau program.

Mengkaji kedudukan semasa pelaksanaan dan meninjau hasil program.

Memaklumkan perjalanan bagi setiap aktiviti program.

Menyediakan laporan tentang status program.

Mengkaji dan menganalisis masalah program serta menentukan tindakan penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah yang timbul.

Membuat syor-syor ke arah penambahbaikan program.

Fungsi Urus Setia

Menimbang dan membuat keputusan terhadap pelaksanaan program.

Memohon keizinan untuk merancang aktiviti program.

Membuat perakuan terhadap kemajuan program.

Melaporkan perjalanan program dengan

berdasarkan aktiviti yang dirancang.

Penilaian Berterusan 10.3.3

Pernahkah anda menyoal diri anda mengapa cikgu sentiasa menilai anda pada akhir tahun persekolahan? Setiap individu perlu dinilai apabila terlibat dalam sesuatu aktiviti. Untuk mengetahui sebabnya, marilah kita menyaksikan pengertian penilaian yang dipaparkan di dalam Rajah 10.2 dalam bentuk dialog.

Rajah 10.2: Pengertian Penilaian

Apakah pula Tujuan Khusus “Penilaian Berterusan”?Tujuan khusus “Penilaian Berterusan” adalah seperti berikut:

a. Pengesanan Perkembangan Murid Secara MenyeluruhAktiviti-aktiviti fizikal, kognitif, bahasa dan kreativiti murid dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan murid adalah normal.

b. Pengesanan Perubahan Perkembangan Setiap MuridGuru memerhatikan penerimaan maklumat baharu dan perubahan kemahiran murid.

c. Pelaksanaan Perancangan AktivitiGuru mencadangkan beberapa aktiviti untuk pengayaan dalam kumpulan kecil.

d. Penelitian Keberkesanan Aktiviti, Rutin dan Strategi Digunakan

Page 52: Nota Hbml4403

Guru mengubahsuaikan strategi untuk mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

e. Pengesanan Keperluan MuridSetiap murid mempunyai ciri-ciri kelainan. Justeru, kekuatan dan kelemahan murid perlu dikenal pasti. Potensi murid juga perlu ditingkatkan.

f. Penyelesaian MasalahGuru memberikan peluang, masa dan bimbingan yang secukupnya kepada murid.

g. Penghargaan Hasil Kerja MuridGuru membuka ruang refleksi kepada murid untuk meningkatkan keyakinan dalam pembelajaran.

h. Pelaksanaan Tindakan SusulanGuru memberikan ganjaran untuk menggalakkan kelangsungan aktiviti, selain menegur secara positif ke arah pembinaan kesedaran murid.