koleksi sajak dr tan cl.pptx

1
AKU PETANI BAHASA Aku petani bahasa menjual hasil ujana bahasa kepada pembeli setia bahasa setia atas nama peperiksaan semata-mata belajar atas nama calon peperiksaan sahaja Aku petani bahasa menanam benih nahu dan mantik menyiram bahasa dengan semantik harapanku bahasa jiwa bangsa subur dalam sanubari pembeli setia itu Aku petani bahasa menyemai budi tatkala berbicara kusedar bahawa pembeliku hasil murid, guru, dan cendekiawan Aku petani bahasa acap kali mengeluh sendiri bukan kerana peluh penat tertitis tapi kerana rancu bahasa kebangsaanku dinodai pembeli bahasa sendiri Aku petani bahasa terpaksa menggigit lidah berbicara menahan sebak di dada apabila melihat rojak bahasa meniti di bibir pembeli tegar jua Aku petani bahasa akan kucangkul sekuat-kuatnya TAN CL Kelab Golf SAAS, SHAH ALAM 5 April 2015

Upload: cikgu-tan-cl

Post on 16-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEKSI SAJAK DR TAN CL.pptx

AKU PETANI BAHASAAku petani bahasamenjual hasil ujana bahasa kepada pembeli setia bahasasetia atas nama peperiksaan semata-matabelajar atas nama calon peperiksaan sahaja Aku petani bahasamenanam benih nahu dan mantikmenyiram bahasa dengan semantikharapanku bahasa jiwa bangsa suburdalam sanubari pembeli setia itu Aku petani bahasamenyemai budi tatkala berbicarakusedar bahawapembeliku hasil murid, guru, dan cendekiawanyang cakna akan pentingnya bahasa kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa 

Aku petani bahasaacap kali mengeluh sendiribukan kerana peluh penat tertitistapi kerana rancu bahasa kebangsaankudinodai pembeli bahasa sendiri Aku petani bahasaterpaksa menggigit lidah berbicaramenahan sebak di dadaapabila melihat rojak bahasameniti di bibir pembeli tegar jua Aku petani bahasaakan kucangkul sekuat-kuatnyaagar bahasaku cukup tanah bajanyaagar bahasaku segar hidup sentiasademi maruah bangsa merdeka. Aku petani bahasatelus terus tegar terimabahasa menunjukkan bangsasampai bila-bila 

TAN CLKelab Golf SAAS, SHAH ALAM

5 April 2015