kod etika dan akauntabiliti keguruan.pptx

Upload: andrew-chew

Post on 05-Oct-2015

98 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan

2. Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan

Konsep EtikaKod Etika Keguruan MalaysiaKonsep AkauntabilitiIntegriti Guru

Konsep Etika

Etika berpunca daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud perwatakan atau kepribadian.Mengikut pengertian Kamus Dewan(1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.

Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak.Dalam konteks pekerjaan, etika merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak.

Menurut sarjana barat, J.L. Mackie, etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.

Menurut A.R.Licey dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Mustafa Haji Daud, 1994, mendefinisikan etika sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Etika dalam erti lain ialah mematuhi nilai moral.Etika merupakan akauntabiliti dan tingkah laku seseorang melalui profesionnya terhadap masyarakat.

Menurut INTAN, 1991, etika bermaksud akauntabiliti dan akibat tingkah laku seseorang profesion terhadap masyarakat.Kualiti dalam perkhidmatan boleh dilihat dalam pelbagai bentuk dan cara.

Penjawat awam yang berkualiti akan perlu memiliki nilai-nilai etika berikut:Perkhidmatan yang cepat dan bersopan-santunKebolehpercayaan yang tinggiMengutamakan keselesaan dan keselamatan penggunaMenepati masa dan keperluan faktaPengeluaran barangan mengutamakan kualiti

Etika yang perlu dilaksanakan oleh penjawat awam:Meningkatkan mutu perkhidmatanBekerja dengan penuh tanggungjawabBerusaha mengikiskan sikap mementingkan diriBekerja dengan muhibah dan kemesraanBekerjasama dalam membanteraskan kelemahan dan musuh negaraBerpegang teguh kepada agama

Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi.Menurut KPM, etika kerja perguruan yang diwujudkan oleh kerajaan akan dapat martabat profesion perguruan.Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara rasmi.

Dari sudut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.Etika boleh disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang berakauntabiliti, dimana ia menentukan tindakan individu yang boleh diterima dari segi moral.

Kod Etika Profesion

Etika profesion merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional.Profesional ini boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu akauntabiliti berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.

Etika profesion ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, bidang tugas dan nilai.Ia bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Kod etika profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub.Bertujuan memastikan para guru tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini serta mencemarkan imej profesion keguruan.

Tiga aspek yang merupakan fungsi utama Kod Etika Profesion:Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan.Merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan.Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak luar organisasi tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Kod Etika Keguruan Malaysia

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pementukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolah pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran pada masa depan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kamu menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

Kepentingan kod etika perguruan:Garis panduan dirujuk dan diamalkan oleh guru ( tingkah laku guru)Membantu guru lebih memahami tentang tanggungjawab mereka

Kandungan Kod Etika Perguruan Malaysia berbeza dengan negara lain, membantu guru menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkanKecemerlangan profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan

Tanggungjawab terhadap murid-muridMengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.Bersikap adil kepada semua muridMerahsiakan maklumat ikhtisas mengenai murid kecuali pada mereka yang berhak mengetahui.Membimbing dan mengajar murid dalam kelas tanpa bayaran.Menunjukkan teladan yang baikMemelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas supaya pengajaran kita mencapai mutu.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa:Menghormati hak utama ibubapa terhadap anak-anak merekaMenwujudkan hubungan mesra dan kerjasamaMenganggap semua maklumat yang diberi oleh ibubapa sebagai sulit

Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diberi oleh ibubapa dengan telitiMengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negaraMengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, atau bertentangan dengan Rukun Negara.Memupuk dan membimbing murid untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan menghormati pelbagai agama dan budaya.

Menghormati masyarakat dan mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.Mengalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibubapa.Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moralBerpegang kepada tingkah laku yang sopan.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat:Mengelakkan diri daripada membuat ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang.Tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang akan menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab .Bersedia membantu mereka yang baru atau pun mempunyai masalah.Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan

Prinsip-prinsip yang dipatuhi untuk menjayakan Etika Keguruan:Niat yang betulKelakuan yang baikPengerak ke arah kebaikanMemperkotakan apa yang dikatakanBerdisiplin dan beradabMenghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

Nilai-nilai guru:Taat setiaAmanah, bersih, jujurBerakauntabilitiBerkecualiAdil dan saksamaPrestasi yang cemerlang

Ketepatan masaPerkhidmatan ramah mesraBersikap positif, responsif, berdaya cipta dan enterprising

Secara keseluruhannya Kod Etika Perguruan memerlukan guru bertindak atas pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai penjawat awam yang profesional. Antaranya seperti berikut:

a)Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.b)Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang oleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.c)Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

d)Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya.Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.e)Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.f) Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

g)Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, agama, tempat asal, keturunan dan lain-lain.h)Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.i)Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

j)Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.k) Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.l)Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.

m)Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.n)Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi 'role model' kepada muridnyao)Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

p)Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.q)Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.r)Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

s)Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.t)Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan.u)Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Konsep Akauntabiliti Keguruan

Kamus Dewan, 2007 : Sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

Tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan

Akauntabiliti keguruan termasuk: pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion keguruan.

Perbezaan Akauntabiliti Dengan TanggungjawabMemberi makna yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza.

Bertanggungjawab terhadap sesuatu tetapi tidak perlu akauntabiliti terhadapnya.

Cth: Seseorang bertanggungjawab terhadap anak-anak sebagai ibu bapa. Namun begitu, jika dia tidak berupaya menghantar mereka ke luar negara untuk bercuti, seseorang itu tidak perlu justifikasi terhadap kegagalannya.

Akauntabiliti Terhadap PelajarMendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh.

Mendidik pelajar ke tahap moral yang tinggi agar menjadi warganegara yang baik dan berguna.

Menggunakan amalan-amalan pengajaran dan memilih bahan untuk semua pelajar.

Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif, selamat dan suasana sosioemosi yang sesuai.

Memberikan penjelasan jika pencapaian akademik pelajar merosot.

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid

Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Akauntabiliti Terhadap Diri SendiriBerpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran.

Sentiasa mengemaskini diri tentang perkembangan baharu.

Menguasai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak, perbezaan individu dan pedagogi

Mempunyai komitmen terhadap tugas, bersikap positif, melaksanakan tugas secara adil serta memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar.

Menampilkan diri sebagai rol model yang mempunyai perwatakan mulia, warga negara yang patriotik dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

Akauntabiliti Terhadap Ibu BapaMewujudkan perhubungan yang erat dengan ibu bapa supaya mendapat sokongan ibu bapa.

Meraih kepercayaan daripada ibu bapa supaya ibu bapa akan berbincang masalah secara bertanggungjawab dan telus.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Akauntabiliti Terhadap Masyarakat Dan NegaraMemenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melaksanakan tugas sebaik mungkin demi mencapai cita-cita dan aspirasi dalam FPK.

Peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-unsur negatif

Bersikap positif untuk meningkatkan martabat profesion keguruan dalam khalayak masyarakat.

Mengemaskini diri demi membawa perubahan kepada pelajar dan melahirkan generasi masa depan yang dinamik dan proaktif sejajar dengan FPK dan Wawasan 2020.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar supaya dapat membimbing dan membentuk mereka menjadi warganegara yang baik

Menghormati masyarakat di tempat guru berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.

Menyesuaikan diri serta mengamalkan sikap kesopanan semasa melibatkan diri dalam aktiviti sosial dalam komuniti.

Akauntabiliti Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion KeguruanMenjalin hubungan baik sesama rakan sejawat serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang.

Bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga imej profesion.

Bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion.

Meningkatkan profesionalisme diri dengan melalui pelbagai strategi.

Menggunakan bantuan teknologi dalam pembelajaran, akses kendiri dan cara pengolahan penulisan hasil daripada pembacaan input-input secara maya.

Mengambil kesempatan menggunakan sepenuhnya kemudahan di pusat kegiatan guru, pusat sumber dan perpustakaan setempat bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan memartabatkan profesion keguruan.

Integriti Guru

Bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan.

Nillsen, 2004: soundness of moral principle merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran.

Institut Integriti Malaysia (2004): kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi.

Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Integriti guru sebagai penjawat awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan.

Guru perlu mengamalkan dan menghayati Kod Etika Profesion dan piagam pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan kepada pelajar.

Dari segi P&P, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik kepada pelajar.

Pengajaran yang baik tidak semestinya bergantung kepada teknik sahaja tetapi pengajaran yang baik ialah hasil daripada identiti dan integriti seseorang guru.

Guru yang baik berkongsi satu tret iaitu meletakkan heart and soul dan passion dalam tugasnya.

Guru yang efektif mempunyai integriti dan etika untuk bertanggungjawab atas segala tugas yang diberi tanpa pilih kasih.

Pelajar yang holistik dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan, sikap proaktif, mempunyai moraliti tinggi serta mempunyai imej yang disanjung tinggi akan dapat dibentuk.

Pelan Integriti Nasional (PIN)Dilancarkan pada 23 Apr 2004Selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu : Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif Yang Diharapkan:Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti manjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang

Menggalakkan semangat berakauntabiliti dalam kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak caergas menegakkan integriti.

Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat

Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

Sasaran PIN:Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan.Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.Memantapkan institusi keluarga.Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Amalan Integriti Yang Perlu DilaksanakanSentiasa memikirkan masa depan muridAda tahap kesabaran yang tinggiBersifat pengasih dan penyayangPupuk suasana seronok belajarBeri pengharapan baharu

Bentuk roh dan sahsiah terpujiAda kapasiti mengubah murid menjadi baikFungsi guru memupuk integriti:Sebagai pendidikSebagai seorang penyumbang motivasi yang baikSebagai seorang jurulatih yang baikSebagai pendakwah yang baik

HOO YEE MINLIM XIU YEETOH CHENG FANWONG SOOK LIANSEKIAN, TERIMA KASIH!