intipati kod etika

Upload: zouk9696

Post on 04-Mar-2016

275 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

INTI PATI KOD ETIKA PERGURUANPENGENALANKONSEP ETIKAKONSEP PROFESIONKOD ETIKA KEGURUANETIKA PROFESION KEGURUANKEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN

PENGENALANSelain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988) KONSEP ETIKAPerkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golonganEtika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan. KONSEP PROFESIONMenurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan KOD ETIKA KEGURUANSetiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya Etika profesion keguruanGuru tidaklah harus jatuhkan maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan Contoh:Guru melakukan tugas mengutip yuran sekolah, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai.

Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujurContoh:Ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berkelakuan jujur tanpa melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti di kalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.Contoh:Apabila berlakunya kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru buat pelajar menjadi perkara utama untuk guru dahulukan. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.Contoh:Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu Cina dan India tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakatContoh:Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperoleh ketika di rumah.

Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lainContoh:Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dan membantu mereka menonjolkan potensinya.

Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaanContoh:Guru tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat peribadi pelajar terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

Kepentingan kod etika perguruanGuru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

rumusanKod etika perguruan haruslah diamalkan oleh setiap guru di Malaysia demi memartabatkan profesion perguruan