kod etika profesion perguruan malaysia

25
KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Upload: haisya

Post on 02-Jul-2015

3.494 views

Category:

Documents


65 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

KOD ETIKA PROFESION

PERGURUAN MALAYSIA

Page 2: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

APA ITU ETIKA? Satu sistem dasar akhlak, adat atau

tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995)

Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994)

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat

Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah

Page 3: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

MAKSUD ETIKA PROFESIONAL

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Page 4: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

ETIKA PERGURUAN Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Page 5: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Page 6: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Page 7: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Page 8: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap profesion keguruan

Amanah berhubung kewangan Dalam semua hubungan dan tugas, guru

hendaklah menjalankannya dengan jujur Kepentingan murid harus mengatasi

semua kepentingan lain Guru haruslah menumpukan perhatian

terhadap keperluan setiap muridnya.

Page 9: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek dan status

Berperanan sebagai ‘pengganti ibu bapa’ (in loco parentis) kepada pelajar

Mengesan dan menerima perbezaan individu dan memperkembangkan potensi pelajar dari segi JERI

Menghormati maklumat sulit pelajar Tidak menyatakan dan membuat

sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa

Page 10: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya

Tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid untuk pengajaran tambahan semasa waktu sekolah/cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan

Page 11: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen

Tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid

Tidak harus meminta/menerima hadiah daripada ibu bapa murid/ahli masyarakat dalam menjalankan tugas

Tidak mejatuhkan nama baik guru-guru lain

Hanya menggunakan cara yang sah untuk kenaikan pangkat

Tidaklah mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Page 12: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

RUMUSAN Kod etika perguruan haruslah diamalkan

oleh setiap guru di Malaysia demi memartabatkan profesion perguruan

Page 13: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP:

-SEKOLAH-TINGKAH LAKU-MURID-PROFESION-KOMUNITI

Page 14: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

GURU Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’

bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.

Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.

Pengajar ialah seorang yang menjadi

petunjuk kepada orang lain Pengasuh memberi makna orang yang

memelihara, menjaga dan mendidik.

Page 15: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

KONSEP AKAUNTABILITI ‘Akauntabiliti’ di huraikan sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. (Kamus dewan)

Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. (Tan Sri Ahmad Sarji)

Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Page 16: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI KEGURUAN

Tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

Tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.

Merangkumi akauntabiliti guru terhadap sekolah, tingkah laku, murid, profesion dan komuniti

Page 17: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI TERHADAP SEKOLAH

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.

Guru bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.

Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiausaha peperiksaan,setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

Page 18: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI TERHADAP TINGKAH LAKU

Guru sebagai role model harus menjaga tingkah laku

Mkebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.

Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.

Hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.

Page 19: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Digalakkan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya.

Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Page 20: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI TERHADAP MURID

Menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.

Haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.

Page 21: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka

Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik.

Page 22: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI TERHADAP PROFESION

Guru dikenalai sebagai ‘Master in teaching’ Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku

rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar Menyertai seminar pendidikan seperti kursus-

kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.

Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Page 23: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

AKAUNTABILITI TERHADAP KOMUNITI

Ahli masyarakat di tempat bertugas/menetap

Bertugas setiap masa menyebarkan matlamat pendidikan negara (prinsip Rukun Negara & Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Mengamalkan tingkah laku yang sopan dan diterima dalam komuniti agar diberi kepercayaan

Menghormati masyarakat di tempat berkhidmat

Page 24: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara asalkan tidak melanggar etika profesion perguruan dan undang-undang negara

Menggalakkan kerjasama antara ibu bapa, sekolah dan masyrakat

Mengelakkan menyebarkan ajaran atau maklumat yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat

Memupuk sikap dan nilai kesatuan, menerapkan nilai 1 Malaysia

Page 25: KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

KESIMPULAN Akauntabiliti guru amat luas ruang

lingkupnya Menjalankan semua tanggungjawab

guru agar dapat memaksimakan usahanya untuk membangunan tahap profesionalisme ke tahap yang lebih tinggi

Mengangkat martabat profesion keguruan membantu melahirkan modal insan yang berkualiti