kod etika perniagaan coop mart

15
KOD ETIKA PERNIAGAAN COOP MART ATAU KEDAI COOP 1MALAYSIA

Upload: irene-fung

Post on 22-Jan-2016

183 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

KOD ETIKA PERNIAGAAN

COOP MART ATAU KEDAI COOP 1MALAYSIA

Page 2: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Kandungan Perutusan Menteri Perdagangan Dalam negeri,

Koperasi Dan Kepenggunaan 2

Perutusan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi

Malaysia 4

Pengenalan 5

Definisi Etika Perniagaan 6

Kepentingan Amalan Perniagaan Yang Beretika 7

Kod Etika Perniagaan 8

1. Jujur, amanah dan bertanggungjawab

2. Layanan mesra kepada pelanggan

3. Menjaga kepentingan pekerja

4. Menjaga kebersiha dan kecerian premis

5. Mematuhi Peraturan-peraturan dan SOP

6. Mengambil kira kepentingan masyarakat dan

persekitaran

7. Menyemai tanggungjawab kepada anggota akan

kelestarian (sustainabiliti) perniagaan kedai

koperasi

Penutup 12

Page 3: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Pertama sekali, saya merakamkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk menitipkan sepatah dua kata dalam Kod Etika Perniagaan COOP Mart atau Kedai COOP 1 Malaysia yang berjaya dihasilkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, iaitu agensi yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Kod etika yang dikeluarkan ini adalah sebagai satu set nilai dan peraturan bagi Program COOP Mart atau Kedai COOP 1Malaysia (COOP 1M). Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab dan usaha untuk memelihara koperasi dalam membina reputasi kecemerlangan melalui perniagaan COOP Mart atau kedai COOP 1M. Kod ini yang merangkumi perkara-perkara yang berkaitan prosedur dan amalan prinsip-prinsip moral yang standard bertujuan memastikan koperasi bekerjasama secara seragam demi mencapai hasil dengan cara yang betul. Diharap, penggunaan kod ini mampu menyatukan koperasi di peringkat global di samping meningkatkan kesedaran anggota lembaga dan pekerja koperasi mengenai amalan perniagaan yang betul. Dengan tujuh (7) amalan Kod Etika Perniagaan COOP Mart atau kedai COOP 1M yang selaras dengan prinsip-prinsip koperasi, ia juga dijangka melonjakkan prestasi perniagaan di samping memberi manfaat kepada gerakan koperasi dalam membangunkan sektor peruncitan dan pemborongan. Pada masa yang sama, ia juga diharap berupaya meningkatkan sumbangan sektor koperasi kepada KDNK negara Malaysia.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Page 4: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Kata-Kata Aluan

3

Akhir kata, semoga kod etika yang diterbitkan ini akan menunjangi aspirasi sektor koperasi untuk lebih berintergriti dan menjadi pemangkin kecemerlangan perniagaan koperasi.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Page 5: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Syukor kepada Allaha SWT dengan izinNya Kod Etika Perniagaan COOP Mart atau Kedai COOP 1 Malaysia telah berjaya diterbitkan. Ini adalah sebagai satu usaha dalam memperkukuhkan perniagaan koperasi untuk meningkatkan intergriti dan kesedaran anggota Lembaga dan pekerja koperasi mengenai amalan perniagaan yang betul. Tujuh (7) kod etika telah digariskan yang selaras dengan prinsip-prinsip koperasi dan prinsip perniagaan. Di samping meningkatkan prestasi perniagaan ia juga mampu memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna. Kejayaan pembudayaan amalan kod etika sebegini bagi perniagaan telah terbukti pengamalannya seperti di syarikat-syarikat bertaraf dunia dan juga syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kod etika perniagaan ini adalah amat penting kerana ia mampu menguatkan perhubungan dan kepercayaan dalam dunia perniagaan. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan SKM dan semua pihak yang terlibat dalam usaha menghasilkan Kod Etika Perniagaan COOP Mart atau Kedai COOP 1 Malaysia.

“PENERAJU KECEMERLANGAN KOPERASI”

Datuk Hj. Md. Yusof Bin Samsudin Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Page 6: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan program EPP yang ditetapkan di bawah flagship Dasar Koperasi Negara. Ianya bertujuan untuk menaiktaraf kedai runcit atau pasar mini koperasi yang sedia ada kepada penampilan kedai runcit atau pasar mini yang lebih moden dan seragam yang di kenali sebagai COOP Mart atau kedai COOP 1MALAYSIA (COOP 1M). Program ini dirangka dapat menjadi tarikan kepada pelanggan disamping meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Di bawah program ini kedai koperasi akan dibantu menerusi pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh syarikat yang dikenalpasti oleh kerajaan. Usaha ini merupakan inisiatif syarikat-syarikat terbabit sebagai corporate social responsibility untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan planogram, latihan peruncitan dan sebagainya.

Setiap koperasi yang terpilih dalam program TUKAR berpeluang dan bertanggungjawab untuk memelihara dan membina reputasi kecemerlangan melalui perniagaan COOP Mart atau kedai COOP 1M yang dijalankan. Untuk memastikan program ini berjaya, koperasi mesti terus bekerjasama secara konsisten dalam menghasilkan keseragaman bagi keterampilan infrastruktur fisikal dan standard operating procedures (SOP), mewujudkan budaya kecekapan dan beretika dalam perniagaan dan meningkatkan produktiviti dan hasil jualan kedai koperasi.

Penyediaan Kod piawaian tatalaku dan etika perniagaan COOP Mart atau kedai COOP 1M ini akan membantu koperasi mencapai matlamat tersebut. Dengan berpandukan kod ini, setiap anggota, anggota Lembaga, jawatankuasa dan pekerja koperasi akan dapat meningkatkan komitmen dan integriti terhadap koperasi dan masyarakat setempat dalam menyediakan pembekalan keperluan kehidupan harian.

Page 7: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Secara umumnya etika perniagaan adalah prinsip moral yang standard mengenai kelakuan perniagaan adalah prinsip moral yang standard yang diamalkan oleh komuniti peniaga dan diterima oleh masyarakat yang berurusan dengannya sebagai suatu perlakuan yang adil (fair conduct) di dalam operasi perniagaan.

Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia dan pada 12 November 2007, Kod Etika Perniagaan Malaysia (Kod EPM) telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika perniagaan adalah penting kerana ia dapat memantapkan perhubungan dan kepercayaan dalam urusan perniagaan.

Beberapa contoh keadaan perlakuan perniagaan yang tidak beretika adalah seperti peniaga menjual barang yang kurang berkualiti, mengenakan harga yang tidak munasabah dan tinggi dan/atau mengurangkan timbangan barangan yang dijual. Ini dikatakan kurang beretika dan dicegah oleh undang-undang.

Page 8: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Pelanggan dan anggota koperasi (yang merupakan owner-user perniagaan koperasi) mengharapkan perniagaan yang beretika. Oleh itu, anggota Lembaga, Jawatankuasa dan pekerja koperasi hendaklah mengadakan satu dasar bagi pengamalan kod etika perniagaan yang baik supaya dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan dan keuntungan koperasi.

Kod etika ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anggota, anggota Lembaga, jawatankuasa dan pekerja koperasi mengenai amalan perniagaan yang betul. Amalan perniagaan yang beretika dan keinginan menjaga kepentingan pelanggan mempunyai impilikasi akan keberkesanan kejayaan perniagaan kedai runcit. Kesan ini akan membantu koperasi untuk meningkatkan dan mengekalkan perniagaannya serta dapat membantu dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Amalan perniagaan yang beretika akan membawa kebaikan dan kemajuan untuk keseluruhan perniagaan.

Amalan perniagaan yang beretika sepatutnya dijadikan budaya dalam perniagaan koperasi selaras dengan konsep dan prinsip koperasi. Oleh itu, anggota, anggota Lembaga, jawatankuasa dan pekerja koperasi yang menguruskan perniagaan perlu diberi pendedahan, kefahaman dan menerap serta menghayati dan mengamalkan kod etika ini bagi manfaat semua pihak yang berurusan dengan koperasi iaitu pelanggan hariannya, pembekal dan pembiaya kewangannya.

Page 9: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Kod etika perniagaan ini menitikberatkan mengenai tanggungjawab anggota, anggota Lembaga, jawatankuasa dan pekerja koperasi dalam mengendalikan urusniaga, mengutamakan kehendak pelanggan (terdiri daripada anggota, masyarakat, pembekal dan pembiaya kewangan) dan memelihara persekitaran (kebersihan, keselesaan dan keselamatan). Setiap COOP Mart atau kedai COOP 1M hendaklah mengamalkan tujuh (7) kod etika perniagaan berikut:

1

Jujur, amanah dan bertanggung jawab

Jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam menjual barangan dan perkhidmatan kepada pelanggan supaya pelanggan sentiasa memperolehi barangan atau perkhidmatan yang berkualiti, halal, bersih dan selamat digunakan.

Contoh: i Membuat pengiraan dan timbangan yang betul dalam setiap

urusniaga.

ii Sentiasa memastikan barangan yang dijual tidak luput tempoh.

iii Menyediakan maklumat yang tepat dalam perkhidmatan dan iklan penjualan barangan.

Page 10: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

2 Layanan mesra kepada pelanggan

Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru. Contoh:

i Sentiasa senyum dan peramah melayan pelanggan.

ii Mengamalkan ucapan “Selamat Datang” dan “Terima Kasih“ kepada pelanggan.

iii Bersedia membantu pelanggan mendapatkan barangan yang diperlukan.

iv Mendengar cadangan pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas konstruktif untuk penambahbaikkan.

v Mempamerkan tanda harga untuk kemudahan pelanggan.

3 Menjaga kepentingan pekerja Menjaga kepentingan pekerja dalam semua aspek yang berkaitan dengan tugas sehariannya supaya dapat mengekalkan kesetiaan pekerja untuk terus berkhidmat. Contoh:

i Adakan latihan supaya pekerja menjadi mahir dan berpengetahuan.

ii Jika perlu, adakan pakaian seragam supaya pekerja lebih berketerampilan.

iii Memberi kadar upah/gaji/elaun yang bersesuaian dengan pengalaman atau kelulusan pekerja.

iv Mendengar cadangan pekerja bagi penambahbaikkan perniagaan dan berterusan memotivasikan mereka.

Page 11: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

4 Menjaga kebersihan dan keceriaan premis Menjaga kebersihan dan keceriaan premis penting untuk menarik pelanggan ke COOP Mart atau kedai COOP 1M. Contoh:

i Susun atur barang yang kemas, menarik dan mudah dicapai.

ii Pencahayaan yang mencukupi dan persekitaran udara yang bersih dan segar.

iii Sentiasa memantau kebersihan barangan, premis, pekerja, tarikh luput barangan dan sebagainya.

5 Mematuhi Peraturan-peraturan dan SOP COOP Mart atau kedai COOP 1M perlu mematuhi peraturan-peraturan dan “standard operating procedures” (SOP) yang berkaitan dengan perniagaan ini agar urusniaga berjalan dengan teratur dan sempurna. Contoh:

i Mempamerkan waktu urusniaga (membuka dan menutup kedai) mengikut jadual yang ditetapkan di tempat yang mudah dilihat.

ii Mempastikan pekerja mengikut jadual waktu bertugas yang ditetapkan.

iii Merekodkan semua transaksi perniagaan setiap masa setiap hari.

Iv Mengemaskini invenori dan membuat pengiraan stok mengikut masa yang ditetapkan.

V Memasukan wang ke bank setiap hari oleh orang yang diberi kuasa.

vi Urusniaga secara tunai. Urusniaga secara hutang tidak digalakkan.

Page 12: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

6

Mengambil kira kepentingan masyarakat dan persekitaran COOP Mart atau kedai COOP 1M perlu menyumbang khidmatnya dengan mengambil kira kepuasan dan keselesaan masyarakat dan persekitaran. Contoh:

i Menyediakan keperluan barangan pengguna yang mencukupi untuk kemudahan dan kebajikan komuniti.

ii Sentiasa mesra pelanggan. Mengadakan promosi dari semasa ke semasa dan mengemaskini maklumat perniagaan kepada pelanggan melalui tarikan dalam iklan.

iii Sentiasa mengutamakan keselamatan dari aspek kualiti barangan dan perkhidmatan dan juga keadaan persekitaran premis perniagaan.

7

Menyemai tanggungjawab kepada anggota akan kelestarian (sustainability) perniagaan kedai koperasi Kelesterian perniagaan COOP Mart atau kedai COOP 1M perlu disemai kepada anggota koperasi sebagai satu tanggungjawab bagi memastikan kesinambungan koperasi sebagai entiti “going concern”. Contoh:

i Mendapatkan komitment anggota supaya terus berlanggan dengan kedai koperasi.

ii Menggalakkan anggota bekerja secara sukarela dalam tempoh tertentu dalam kedai koperasi bagi tujuan pendedahan akan urusan harian perniagaan.

iii Menyemai minat anggota dalam urusan perniagaan kedai koperasi dengan mengemaskini maklumat perkembangan perniagaan kedai koperasi.

Page 13: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

Perlaksanaan Kod Etika Perniagaan COOP Mart atau kedai COOP 1M

diharap dapat meningkatkan komitment anggota, anggota Lembaga, jawatankuasa dan pekerja koperasi dalam melaksanakan program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR disamping memelihara kredibiliti dan integriti gerakan koperasi secara berterusan. Kod ini merupakan dokumen tambahan dan harus dirujuk bersekali dengan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan koperasi. Pengeluaran kod ini adalah terjemahan sokongan koperasi kepada usaha kerajaan seiringan dengan lain-lain usaha bagi menuju ke status Negara maju.

Page 14: Kod Etika Perniagaan Coop Mart

PASAR MINI

Page 15: Kod Etika Perniagaan Coop Mart