kepentingan kod etika perguruan

Upload: haris-hambali

Post on 13-Oct-2015

343 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kod Etika Perguruan

TRANSCRIPT

Slide 1

KEPENTINGAN ETIKA DAN KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

1MaksudEtikaEtika berasal daripada perkataan Greek, Ethos diertikan sebagai sikap dan adat yang menetukan tingahlaku iaitu penemuan baik buruk perbuatan manusia.

Etika berkait rapat dengan moral,akhlak dan nilai sungguhpun secara terperinci terdapat perbezaan ketara antara satu dengan yanglain. Menurut Grassian ( 1981 ) etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moraliaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri - ciri kehidupan yang baik.

Rafik Issa ( 1998 ) pula mentakrifkan etika sebagai satu set prinsip moral yangmembezakan apa yang betul dan apa yang salah. Beliau menyambung dengan menambah bahwaetika merupakan satu perkara yang normatif kerana menjelaskan apa yang perlu dilakukan atauperlu menahan diri daripada melakukannya.

2Sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Menurut Institut Integriti Malaysia ( 2007 :17 ) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkahlaku individu, organisasi dan profesyen.

3KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA Tanggungjawab terhadap Allah (Etika guru Muslim)Tanggungjawab Terhadap DiriTanggungjawab Terhadap IlmuTanggungjawab Terhadap ProfesionTanggungjawab Terhadap PelajarTanggungjawab Terhadap Rakan SejawatTanggungjawab Terhadap Ibu BapaTanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning)4KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA (UMUM)Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991)6KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA (KHUSUS)Tanggungjawab terhadap Allah (Etika guru Muslim)

Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keimanannya kepada Allah

Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.

Guru Muslim hendaklah prihatinmengagungkan dan mendaulatkan syiar Islam dengan melaksanakan kewajiban agama, menghindari larangan-Nya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab

Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah, berdoa dan merendahkan diri ke hadrat-Nya.

72. Tanggungjawab Terhadap DiriSeseorang guru hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.

Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.

Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.

Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

83. Tanggungjawab Terhadap IlmuMemastikan penguasaan ilmu mantap dan mendalam.

Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

94. Tanggungjawab terhadap ProfesionSeorang guru hendaklah menjaga imej keguruan untuk meletakkan kepercayaan orang ramai

Amanah berhubung dengan kewangan.

Menjalankan tugas dengan jujur.

Memperkembangkan potensi pelajar dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

Bertingkah baik supaya menjadi contoh kepada pelajar.Bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar

105. Tanggungjawab Terhadap PelajarMendahulukan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian

Mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tanpa mengira bangsa, jantina, agama, asal keluarga, intelek, dan status-status lain.Tidak meminta bayaran daripada kelas tambahan pelajar

Menghormati maklumat sulit setiap pelajar

116. Tanggungjawab Terhadap Rakan SejawatTidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

127. Tanggungjawab Terhadap Ibu BapaMenghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

Maklumat mengenai keadaan rumah tangga atau adalah sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada dipengaruhi kedudukan sosial ibu bapa dan mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

138. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan NegaraMengelakkan diri daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara, yang bertentangan dengan Ruku negara.

Memupuk nilai taat setia, bertanggungjawab, menghormati orang tua, perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

149. Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning)Proses pembelajaran secara berterusan bertujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang

Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini dapat dipelajari dalam bentuk formal dan latihan.Pendidik perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik.

Berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa.

15"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

SEKIAN16