kod etika kontraktor

31
K O D E T I K A K O N T R A K T O R

Upload: uthm

Post on 21-Feb-2017

878 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika Kontraktor

K O D E T I K AK O N T R A K T O R

Page 2: Kod Etika Kontraktor

PENGENALAN

(i) Industri pembinaan merupakan salah satu sektor ekonomi yangmempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri kepada pembangunan ekonomi negara.

• Walaupun sumbangannya kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara berada pada purata 3.42 % bagi tempoh 5 tahun yang lalu (2002-2006), industri pembinaan tetap kekal diiktiraf sebagai pemangkin utama kepada pembangunan sektor-sektor ekonomi utama yang lain terutamanya sektor

perkhidmatan, pembuatan dan sebagainya.

Page 3: Kod Etika Kontraktor

(ii) Kecemerlangan industri pembinaan banyak ditentukan melalui tahap kecekapan, produktiviti, kualiti dan profesionalisma dalam penyampaian

perkhidmatannya. Tahap penyampaian perkhidmatan pembinaan ini pula mempunyai hubungan secara langsung atau

berkait rapat dengan kewibawaan kontraktor-kontraktor pembinaan dalam melaksanakan

tanggungjawabnya. Aspek ini telah turut diambilkira apabila Construction

Industry Master Plan (CIMP) : 2006 - 2015 digubal.

Page 4: Kod Etika Kontraktor

(iii) CIMP telah memberikan penekanan yang khusus terhadap peningkatan produktiviti, imej dan profesionalisma dalam industri pembinaan sebagaiantara Teras Strategik pembangunan industri ini ke tahap yang lebih tinggi.

• Bagi tujuan ini CIMP juga telah mencadangkan penggubalan Kod Etika Kontraktor sebagai usaha memantapkan lagi pengamalan nilai dan etika murni di kalangan kontraktor di negara ini dalam perlaksanaan kerja–kerja pembinaan.

Page 5: Kod Etika Kontraktor

(iv) Kod Etika ini adalah bersifat dinamik iaitu boleh mengalami perubahan yang mana isi kandungannya boleh sama ada diubahsuai, ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian semasa.

• Sebarang perubahan kandungan ini perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kod Etika yang dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan negara.

Page 6: Kod Etika Kontraktor

Tujuan Perlaksaan Kod Etika Kontraktor

Kod Etika ini digubal, diwujud dan dilaksanakan dengan tujuantujuan

seperti berikut:(i) Menggariskan amalan-amalan serta perilaku murni yang

diterimasebagai amalan piawai di kalangan kontraktor yang mampumendorong dan meningkatkan tahap profesionalisma, integriti danakauntabiliti yang tinggi.(ii) Membudayakan kaedah pengawalseliaan sendiri (self-

regulatory)di kalangan kontraktor bagi meningkatkan tahap keyakinanmasyarakat umum terhadap perkhidmatan yang disediakan.(iii) Membantu mencapai agenda dan hasrat Kerajaan bagimeningkatkan integriti di kalangan semua pihak berdasarkan

PelanIntegriti Nasional (PIN).

Page 7: Kod Etika Kontraktor

Aplikasi kod etika kontraktor

(i) Kod Etika ini diterima dan diaplikasikan oleh semua kontraktor

pembinaan di Malaysia, samada kontraktor tempatan atau asing

• mengikut definisi di dalam Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan

• Industri Pembinaan Malaysia, 1994).• (ii) Adalah menjadi satu obligasi kepada semua kontraktor

untuk• menghayati serta mematuhi Kod Etika ini demi menjaga

maruah,• integriti dan nama baik mereka secara peribadi, nama baik• profesion secara khusus serta nama baik industri

pembinaan secara• umum.

Page 8: Kod Etika Kontraktor

KANDUNGAN KOD ETIKA KONTRAKTOR

Kod Etika Kontraktor menyenaraikan etika atau pengalaman murni

berasaskan kepada 6 prinsip utama seperti berikut:• Prinsip 1 : Jujur Melaksanakan Tanggungjawab• Prinsip 2 : Pematuhan Peraturan Dan Undang-

Undang• Prinsip 3 : Penghormatan Kepada Individu

Dan Masyarakat• Prinsip 4 : Kepentingan Kualiti, Kemahiran Dan

Piawaian• Prinsip 5 : Kepentingan Keselamatan Dan

Kesihatan• Prinsip 6 : Kepentingan Pemeliharaan Alam

Sekitar

Page 9: Kod Etika Kontraktor

P R I N S I P IJUJUR MELAKSANAKAN

TANGGUNGJAWAB

Page 10: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 11. Semua kontraktor mestilah melaksanakan semua kerjapembinaan dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawabdengan adil, saksama dan cemerlang dengan matlamat bagimemenuhi kepuasan pelanggan melalui pencapaian tahapkualiti yang dipersetujui atau ditetapkan.

2. Semua kontraktor mestilah menolak sebarang bentuk rasuahyang merangkumi pemberian atau penerimaan habuan yangtertentu atau aktiviti yang tidak beretika yang ditolak olehmasyarakat dalam mana-mana proses perolehan danperlaksanaan projek pembinaan.

3. Semua kontraktor mestilah meletakkan aspek amanah sebagai

satu kekuatan unjuran (driving force) bagi melaksanakan kerjapembinaan dengan sempurna dan penuh tanggungjawab.

Page 11: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 14. Semua kontraktor mestilah menjalankan perniagaannyadengan cara atau mekanisma yang mencerminkan imej yangbaik serta gambaran yang sihat terhadap syarikat, persatuanyang dianggotai, industri pembinaan serta negara umumnya.

5. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan untukmelaksanakan kerja pembinaan dengan komitmennya sendiridan mengelakkan pemberian kerja secara total atau berkalikaliyang boleh menjejaskan penyampaian kerja, kualitiperkhidmatan atau produk pembinaan. Semua pemberian kerjamestilah dipantau dengan rapi supaya perkhidmatan yangberkualiti dapat dikekalkan.

6. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari mengesahkanperlaksanaan kerja pembinaan kontraktor atau sub-kontraktorlain kecuali perkhidmatan itu telah diurus dan dipantau denganrapi oleh pihaknya sendiri.

Page 12: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 17.Semua kontraktor mestilah mengelakkan dari menggunadokumen palsu atau iklan yang mengelirukan bagi apa-apatujuan yang berkaitan perolehan lesen atau kontrak sertaperlaksanaan kerja pembinaan.

8. Semua kontraktor mestilah menghormati sensitiviti dankerahsiaan maklumat yang diperolehi semasa menyampaikanperkhidmatan pembinaan dan tidak boleh membocorkansebarang maklumat yang berkaitan kerja pembinaannya yangboleh mengancam kepentingan mana-mana pihak.

9. Semua kontraktor mestilah memaklumkan kepadapelanggannya sebarang percanggahan kepentingan (conflictof interest) yang timbul sepanjang perlaksanaan projekpembinaan.

Page 13: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 110.Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari membuatkenyataan-kenyataan yang mengelirukan serta berbentukfitnah dengan niat menimbulkan keadaan huru-hara atauimpak yang negatif terhadap mana-mana individu atauorganisasi atau pihak-pihak lain yang berkaitan dengannya.

11. Semua kontraktor mestilah memberikan persetujuan bertuliskepada pelanggannya terhadap mana-mana dokumenkontrak, lukisan rekabentuk, spesifikasi bahan danperancangan pembinaan terlebih dahulu sebelum memulakankerja pembinaan termasuk bagi kerja-kerja tambahan.

12. Semua kontraktor mestilah menggunakan kadar nilai hargasepertimana yang termaktub dalam perjanjian kontraknyasama ada secara lisan atau bertulis dan sebarang perubahanhanya akan berkuatkuasa apabila mendapat persetujuanbersama secara bertulis dengan pihak pelanggan. Semuakontraktor mestilah juga memberikan anggaran kos terperinci,jadual perlaksanaan kerja serta jadual bayarandanmenandatangani semua kontrak perjanjian (jika ada) sebelummemulakan kerja pembinaannya.

Page 14: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 113. Semua kontraktor mestilah memaklumkan kepada pelangganmengenai semua perkhidmatan sub-kontraktor yang akandigunakan sepanjang tempoh kerja pembinaannya.

14. Semua kontraktor mestilah menyiapkan kerja pembinaannyadalam tempoh masa yang telah dipersetujui di dalam kontrak.Tambahan atau lanjutan tempoh penyiapan hanya dibenarkandengan persetujuan bersama pelanggan setelah alasan lanjutandikemuka dan difahami oleh kedua-dua pihak.

15. Semua kontraktor mestilah menjaga setiap aset dan premispelanggan yang di bawah pengawasannya semasa kerjapembinaan dijalankan dan memeliharanya sebaik mungkinsecara penuh hormat dan diserah semula kepada pelanggandalam keadaan yang bersih dan berfungsi sepertimana yangdijanjikan.

Page 15: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 116. Semua kontraktor mestilah berusaha memberikan maklumbalas kepada pelanggan atau pihak-pihak yang berkepentinganterhadap sebarang pertanyaan, penjelasan atau pertikaiandarihal kerja pembinaannya dengan kadar yang segera.

17. Semua kontraktor mestilah memperakukan hasil kerjapembinaannya dan bertanggungjawab bagi segala yangtermaktub dalam perjanjian kontrak. Semua kontraktor jugamestilah bertanggungjawab terhadap kecacatan dalam bahanbinaan dan perkhidmatannya dan melaksanakan pembetulanatau pembaikan dengan cara dan masa yang dipersetujuibersama pelanggannya dengan mengambilkira warranty yangditetapkan bagi mana-mana skop pembinaan yang terlibat.

Page 16: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 118. Semua kontraktor mestilah mengadakan pemeriksaan

bersama (joint inspection) dengan pelanggannya dan menyiapkan semua kerja yang tergendala atau tidak sempurna sebelum menerima bayaran akhir.

19. Semua kontraktor mestilah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayaran bagi perkhidmatan yang disediakan oleh semua rakan kongsi, sub-kontraktor, pembekal bahan binaan, pembekal mesin dan jentera, pembiaya kewangan serta pihak-pihak lain yang terlibat

dengan projek pembinaannya secepat mungkin mengikut terma kontrak yang dipersetujui.

20. Semua kontraktor mestilah tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan serta mana-mana pihak yang berkaitan dalam menyampaikan

perkhidmatan pembinaan.

Page 17: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 2

PEMATUHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Page 18: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 21. Semua kontraktor yang berdaftar dengan badan-badanberkepentingan dalam industri pembinaan mestilah

mematuhidan menerima pakai semua peraturan, panduan dan

keputusanyang diperakukan oleh pihak yang berkenaan sepanjang

masa.

2. Semua kontraktor mestilah menggunakan perkhidmatan subkontraktor

yang berketerampilan dan sah berdaftar dari segiundang-undang serta pekerja binaan mahir dan kompetenyang diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri

PembinaanMalaysia (CIDB).

Page 19: Kod Etika Kontraktor

3. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaanmenggunakan perkhidmatan pekerja binaan tempatan dansama sekali tidak menggunakan perkhidmatan Pekerja AsingTanpa Izin (PATI). Pekerja-pekerja ini mestilah bukan di bawahumur.

4. Semua kontraktor mestilah memahami dan mematuhi semuaundang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh sistemperundangan negara dan agensi-agensi Kerajaan yangbertanggungjawab dengan segala aspek yang berkaitandengan kerja pembinaan dan industri pembinaan.

5. Semua kontraktor mestilah mengelakkan diri dari terlibat secara

langsung atau tidak langsung terhadap penggunaan pelanggan(pemunya projek, pembekal bahan binaan dan jentera,pembiaya kewangan dan lain-lain) yang diketahui sebagai entitiyang menjalankan operasi berbentuk penipuan atau bentuklain yang salah di sisi undang-undang negara.

Page 20: Kod Etika Kontraktor

P R I N S I P 3PENGHORMATAN KEPADA

INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Page 21: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 31. Semua kontraktor mestilah mengutamakan perasaan

hormat menghormati terhadap semua pihak yang terlibat dalam sesebuah projek pembinaan termasuklah i. menghormati nilaiii. sejarah, iii. Agamaiv. kepercayaan dan kebudayaan masyarakat tempatan sepanjang tempoh melaksanakan kerja pembinaan.

2. Semua kontraktor mestilah mengelak dari mengamalkan diskriminasi dalam sebarang bentuk berasaskani. kaum,ii. Umuriii. Jantinaiv. negeri v. negara asalvi. keupayaan atau orientasi seksual dalam masa perlaksanaan semua aktiviti pembinaan.

Page 22: Kod Etika Kontraktor

3. Semua kontraktor mestilah memastikan bahawa setiap pekerjanya disediakan persekitaran kerja yang memuaskan,

dilayan dengan adil, dibayar dengan ganjaran yang setimpal dan membantu mereka dari aspek pembangunan kerjaya serta kebajikan dengan sewajarnya.

Page 23: Kod Etika Kontraktor

P R I N S I P 4KEPENTINGAN KUALITI,

KEMAHIRAN DAN PIAWAIAN

Page 24: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 41. Semua kontraktor mestilah berusaha untuk mengekal,memantap dan meningkatkan lagi kecekapan, kepakaran danprofesionalisma serta memberi galakan yang sama kepadapekerja-pekerjanya.

2. Semua kontraktor mestilah menyediakan tenaga kerja yangberkemahiran dan diperakukan oleh Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan jumlah yangmencukupi bagi menyempurnakan kerja pembinaan mengikutkontrak yang dipersetujui.

3. Semua kontraktor mestilah menyelesai dan menyempurnakan

mana-mana satu dan semua projek pembinaan menurutamalan standard industri pembinaan yang diterima oleh semuapihak.

Page 25: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 44. Semua kontraktor mestilah mengelakkan

diri dari menerima projek pembinaan di luar keupayaan dan sebaliknya memberi keutamaan kepada projek-projek pembinaan yang mempunyai hubungkait dengan bidang kepakaran serta kemampuannya termasuklah kemampuan kewangan.

5. Semua kontraktor mestilah menggunakan bahan dan perkakasan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan dan tidak akan cuba menggunakan bahan dan perkakasan yang tidak lagi dibenarkan penggunaannya.

Page 26: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 5KEPENTINGAN KESELAMATAN,

KESIHATAN & KEBAJIKAN

Page 27: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 51. Semua kontraktor mestilah memberikan keutamaan kepadaaspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja serta kawasanpersekitaran supaya kerja pembinaan dan hasilnya tidakmembahayakan (penyakit, kecederaan atau kematian) kepadamana-mana individu yang mempunyai hubungkait denganperlaksanaan kerja pembinaan, masyarakat sekeliling tapakpembinaan dan sebagainya.

2. Semua kontraktor mestilah menitikberatkan aspek kebajikan

semua pekerjanya atas dasar peri-kemanusiaan dalam semuakeadaan sepanjang perkhidmatan mereka sebagaimana yangdikehendaki oleh peruntukan undang-undang.

Page 28: Kod Etika Kontraktor

P R I N S I P 6KEPENTINGAN PEMELIHARAANALAM SEKITAR

Page 29: Kod Etika Kontraktor

PRINSIP 61. Semua kontraktor mestilah melaksanakan kerja

pembinaannyadengan penuh pengawasan terhadap alam persekitarandengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh agensiKerajaan yang bertanggungjawab. Ini termasuklah mengambiltindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan pembaziransumber asli (natural resources), melupuskan lebihan bahanpembinaan secara tidak bertanggungjawab atau

tindakantindakanlain yang boleh mengakibatkan kerosakan alamsekitar.

2. Semua kontraktor mestilah mempunyai polisi dalamanmengenai prinsip ini jika tidak diwajibkan di dalam mana-manaperuntukan undang-undang.

Page 30: Kod Etika Kontraktor

SENARAI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN KOD ETIKA KONTRAKTOR PEMBINAAN

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kod Etika Kontraktor Pembinaan

Wakil Organisasi:• Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)• Institut Integriti Malaysia (IIM)• Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)• Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM)• Master Builders Association of Malaysia (MBAM)• Guilds of Bumiputra Contractors (GBC)• Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM)• Real Estate and Housing Developers Association (REHDA)• Persatuan Akitek Malaysia (PAM)• Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB)

Page 31: Kod Etika Kontraktor

Jawatankuasa Pembangunan Integriti Dalam Industri Pembinaan

Individu:• Tan Sri Dato’ Ir. (Dr.) Wan A. Rahman Bin Ya’acob (Pengerusi)• Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus Bin Hussien• Datuk Ir. Hamzah Hasan• Datuk. Dr. Mohd Tap Bin Salleh• Dato’ Goh Chye KeatWakil Organisasi:• Kementerian Kerja Raya• Pusat Khidmat Kontraktor,• Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah,• Jabatan Kerja Raya• Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri• Badan Pencegah Rasuah Malaysia• Real Estate and Housing Developers Association (REHDA)Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB):• Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani• Ida Zuraida Mohd Yusoff• Mohd Nazli Ahmad Mahyadin• Nur Faeeza Hamdan Fadel