kod etika keguruan malaysia

21
KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

Upload: muhammad-ifran

Post on 04-Sep-2015

295 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

etika keguruan

TRANSCRIPT

KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIAMAKSUD ETIKA Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.MAKSUD ETIKA PROFESIONALSemua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.SKOP ETIKA PROFESIONALMencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.KEPENTINGANKod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasiTANGGUNGJAWAB TERHDAPA MURIDLebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-factor jasmani, mental, emosi, politik,ekonomi,sosial, keturunanatau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran yang diajar tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara berpakaian, peraturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.

Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursusikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPAMenghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapamengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak merekasebagai sulit dan tidak akan mebocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripadaibu bapa secara teliti dan bijaKsana.

Mengelakkan diri daripada atau dipengaruhi oleh kedudukan sosialdan ekonomi ibu bapa murid.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibubapa atau penjaga mereka.TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARAMengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab, berguna, menghormati orang tuadan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

Memberisumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUANMengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkanmaruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan melaksanakannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanyamereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUANMatlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruandihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan dan ilmu telahbertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Oleh itu guru haruslah kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan.

MENAMBAH BAIK SISTEM PEMILIHAN CALON GURUMemperketatkan syarat dan criteria pemilihan calon guru.

Menetapkan 30% daripada calon cemerlang untuk pemilihan.

Menetapkan 30% daripada calon cemerlang untuk pemilihan Memantapkan proses perlantikan dan pengesahan PegawaiPerkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap gurumencapai standard minimum.

MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUANTelah menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada InstitutPendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program padaperingkat ijazah sarjana muda pendidikan.

Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat.

Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan.

Memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan(R&D)MEMANTAPKAN KERJAYA KEGURUANMenambah baik laluan kerjaya guru supaya taraf hidup gurulebih baik.

Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat.MENAMBAH BAIK PERSEKITARAN KERJA DAN KEBAJIKAN GURUMenyediakan persekitaran kerja yang kondusif, sepertikemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran.PENYEDIAAN MEKANISME BEKALAN GURUMembina hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi lain tentang latihan guru.

Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambah baik sistem maklumat guru.

Memantapkan sistem penempatan guru supaya lebihmenyeluruh dan mengikut keperluan bidang dan lokasi.