tajuk 2 kod etika dan akauntabiliti keguruan€¦ · kod etika perguruan malaysia a) tanggungjawab...

21
TAJUK 2 (5 JAM) KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN DR. MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR JABATAN R & I/ ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

TAJUK 2 (5 JAM)

KOD ETIKA DAN

AKAUNTABILITI KEGURUAN

DR. MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR

JABATAN R & I/ ILMU PENDIDIKAN

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3108

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Page 2: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan

Integriti Guru Konsep

Akauntabiliti Konsep Etika

Konsep Etika

Keguruan Malaysia

Akauntabiliti

Keguruan

•Akauntabiliti terhadap pelajar

•Akauntabiliti terhadap diri dan

profesion

•Akauntabiliti terhadap ibu

bapa

•Akauntabiliti terhadap

masyarakat dan negara

•T/jawab terhadap

pelajar

•T/jawab terhadap

ibu bapa

•T/jawab terhadap

masyarakat dan

negara

•T/jawab terhadap

rakan sejawat dan

profesion keguruan

Page 3: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

PENGENALAN

Di Malaysia, guru perlu mengikuti Kod

Etika Keguruan. Antara tanggungjawab yang

perlu dilaksanakan oleh seorang guru

termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar,

ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan

sejawat. Manakala guru juga perlu mempunyai

akauntabiliti keguruan.

Page 4: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

KOD ETIKA KEGURUAN

Konsep Etika

Perkataan etika atau ethics berasal

daripada perkataan Yunani ETHOS

yang bererti norma-norma, nilai-nilai,

kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran

bagi tingkah laku manusia yang baik.

Page 5: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

DEFINISI

• Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain.

• Prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran (American College Dictionary,1964)

• Pedoman perilaku dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu. - Nikki (2009)

•Ilmu mengenai sesuatu kewajiban. – Bascom (2007)

Page 6: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

KOD ETIKA PROFESION

Ia merupakan peraturan untuk membantu para guru

yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang

termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya.

Hal ini bertujuan memastikan para guru tidak

melakukan sesuatu yang tidak diingini serta

mencemarkan imej keguruan.

Page 7: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

FUNGSI UTAMA KOD ETIKA PROFESION

• Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion

mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan.

• Ia merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion

yang berkaitan.

• Ia membantu para profesional mencegah campur tangan

pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika

dalam keanggotaan profesion.

Page 8: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

a) Tanggungjawab terhadap pelajar

• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan

pelajar kami daripada hal-hal lain.

• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa

mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik,

ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit

mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

Page 9: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

Sambungan: Tanggungjawab Terhadap Pelajar

• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

dalam darjah sendiri atau dalam m/pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

• Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yag dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

• Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Page 10: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

b) Tanggungjawb terhadap ibu bapa

• Menghormati t/jawab utama ibu bapa terhadap anak-

anak mereka

• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan

kerjasama yang erat antara institusi pendidikan

dengan rumahtangga.

• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh

ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau

mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya.

Page 11: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

SAMBUNGAN:

B) TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau

dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-

kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu

bapa atau penjaga mereka.

Page 12: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

c) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu

ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,

masyarakat, negara ataupun yang bertentangan

dengan Rukun Negara.

• Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai

yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk

menjadi warganegara yang taat setia, bertanggung-

jawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama.

Page 13: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

SAMBUNGAN:

C) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

• Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala t/jawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

• Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Page 14: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

d) T/jawab terhadap rakan sejawat dan profesion

keguruan

• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau

ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di

hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang

boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan

kecekapan sebagai guru.

• Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan t/jawab dengan

rajin dan bersunguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar

dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Page 15: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

SAMBUNGAN:

D) T/JAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION

KEGURUAN

• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

terutamanya mereka yang baru dalam

profesion keguruan.

• Sentiasa mengawasi diri supaya tidak

mencemarkan nama baik profesion keguruan.

• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Page 16: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

KONSEP AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

Akauntabiliti Keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesion keguruannya.

a) Akauntabiliti terhadap pelajar

Guru hendaklah mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, sosial dan fizikal.

b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Guru harus berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata pelajaran yang diajar jika guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Page 17: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa

Guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap ibu bapa perlu melaksankan tugas mendidik dan membentuk modal insan yang berguna kepada masyarakat.

d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara

Guru bertanggungjawab dan mempunyai akuntabiliti untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin demi mencapai cita-cita dan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Guru perlu mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawat agar imej profesion terpelihara.

Page 18: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

INTEGRITI GURU

Integriti merujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan

kejujuran.

Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan

kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan

umum.

Guru harus mengamalkan Etika Profesion dan Piagam

Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang

bersistem.

Page 19: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

AKTIVITI

MAIN PERANAN

Watak – seorang guru novis dan seorang guru

yang berpengalaman

Guru yang berpengalaman dikehendaki

memberi nasihat kepada guru novis

bagaimana melaksanakan akauntibiliti

terhadap pelajar di dalam bilik darjah.

Page 20: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

PERBINCANGAN

Huraikan bagaimana anda sebagai seorang

guru boleh melaksanakan tugas dengan penuh

integriti untuk memperlihatkan akauntibiliti

anda terhadap masyarakat dan negara.

Page 21: TAJUK 2 KOD ETIKA DAN akauntabiliti keguruan€¦ · KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA a) Tanggungjawab terhadap pelajar ... ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,

SEKIAN, TERIMA KASIH