kod etika & tatalaku niaga - rakannusa

29
Kod Etika & Tatalaku Niaga Ver. 1.0 1

Upload: others

Post on 28-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Kod Etika &Tatalaku NiagaVer. 1.0

1

Page 2: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

KandunganDaripada CEO 03 Urusniaga yang Adil 17

Buat yang Betul 04 Pesaing dan amalan perniagaan 18Gaya berfikir yang betul - satu pedoman 05 Pemasaran beretika 196 Prinsip Asas - Rukun Niaga 06 Risikan Saingan 20Bina diri dan cakna dengan yang lain 07Kongsi manfaat dengan masyarakat & alam sekitar 08 Melindungi Maklumat dan Aset Syarikat 21

Maklumat sulit syarikat 22Berkongsi Cerita Tentang Kita 09 Kelengkapan syarikat 23Pendedahan media massa dan sosial 10 Harta intelek 24

Konflik Kepentingan, Rasuah & Pemberian 11 Kontrak, Rekod dan Laporan Kewangan 25Menangani konflik kepentingan 12 Kontrak dan pematuhan urus niaga 26Mencegah rasuah dan korupsi 13 Kejituan rekod kewangan dan korporat 27Menerima pemberian dan hiburan 14Panduan menerima pemberian dan hiburan 15 Salahlaku dan Tindakan Tatatertib 28Panduan memberi pemberian dan hiburan 16

Pengakuan Pekerja 29

RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0 2

Page 3: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Memiliki hati nurani yang jernih dalam membuat sebarang keputusan perniagaan adalahsama penting seperti membuat keputusan dalam hidup. Memahami hakikat yang setiapkeputusan dan tindakan mempunyai kesan dan akibat adalah penting dalam memastikankemandirian sesebuah perniagaan. Perniagaan bukanlah hanya untuk mendapatkankeuntungan kewangan semata-mata, tetapi keuntungan itu perlu diperoleh secara betul danmengikut lunas undang-undang. Isu etika perniagaan sudah diperdebatkan sekian lama,namun kita tidak ingin memanjangkan hal tersebut. Kita berbangga kerana akhirnya kitamempunyai panduan etika kita sendiri yang diharapkan dapat memandu ahli keluarga kitake arah perniagaan yang saksama. Ingat, setiap tindakan ada balasannya. Menjalankanperniagaan yang baik adalah usaha yang baik. Tapi, menjalankan pernigaan yang hebat danberetika memerlukan usaha dan pemahaman yang tinggi.

Semoga perniagaan paling baik dan beretika akan selalu menang!

Menjalankan perniagaan yang baik adalah usaha yang baik. Tapi, menjalankan pernigaan yang hebat dan beretika memerlukan usaha dan pemahaman yang tinggi.

3

Rohaini Binti Abdul Rahim Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

Rakannusa Engineering & Services Sdn. Bhd.

RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 4: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Buat yang Betul

Melaksanakan kerja tanpa arahan yang teratur dan lengkap bolehmenatijahkan insiden yang tidak diingini serta hasil kerja yang teruk. Ianyasama seperti niat dan tindakan kita. Niat yang baik berserta nurani yangjernih akan membuahkan hasil kerja atau tindakan yang betul, baik, danpositif. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk hidup denganmenghormati yang lain dan menjalankan perniagaan kita dengan penuhintegriti.

Kod ini akan membantu kita sebagai panduan tatalaku peribadi dan niagayang beretika. Hubungi kami di [email protected] untuk sebarangpersoalan berkaitan dengan kod ini. Kami sedia membantu.

Kita memberikan servis kepada industri penting seperti minyak dan gas supaya kita dapat sama-sama berdiri dan maju ke hadapan. Semua pihak termasuk Pengarah, eksekutif dan para pekerja perlu mematuhi panduan etika ini.

4RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 5: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Gaya berfikir yang betul – satu pedoman

Manusia sentiasa memerlukan panduan dalam hidupnya.Tanpa kompas moral, manusia tidak mungkin menikmatihidup sebagai kelompok bertamadun. Hidup ini adaputarannya. Dengan berpegang kepada nurani yang jernih dannilai-nilai positif yang umum, kita boleh hidup secara praktikaldan beretika. Kita percaya kepada Tuhan yang Maha Melihatdan Maha Mengetahui. Semua orang bertanggungjawab atastindakan masing-masing. Yang baik akan dibalas baik dan yangburuk ada balasannya. Kepercayaan ini boleh membentukgaya pemikiran yang betul dan pedoman utama setiaptindakan kita. Sebagai insan bertamadun, kita perlumempelajari dan patuh kepada undang-undang tempatan danmenghormati adat budaya setempat.

Buat keputusan yang betulIlustrasi di bawah boleh membantu anda membuat keputusan yangbetul.

Berhenti Sejenak& Berfikir

Proses & Senarai Semak Kesan & Akibat

ü kenapa kita buat begini?ü adakah ia sah disisi

undang-undang dan tindakan yang betul?

ü adakah saya melalui proses yang betul?

ü adakah saya telah mendapat nasihat daripada pakar?

ü apa kesan kepada kenalan, pelanggan, masyarakat dan alam sekitar?

ü bagaimana tindakan ini akan mempengaruhi masa depan kita?

5RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 6: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

6 Prinsip Asas - Rukun NiagaSebahagian daripada usaha menyemai integriti dalam PKS,kerajaan telah menggariskan 6 prinsip asas untuk dijadikanpanduan bagi para peniaga. Ia dikenali sebagai Rukun Niaga. Kamimengambil prinsip-prinsip ini sebagai sebahagian kod etika dantatalaku kami.

RukunNiaga

1 2

3

45

6

Kejujuran Tanggungjawab

Ihsan

KesederhanaanSaksama

Kesungguhan

1. Jujur Dalam PerniagaanPerilaku peniaga menuju kepada perkara-perkara benar termasuk niat dan aqad jual-beli, pemikiran, perbuatan dan pertuturan. Contoh: Peniaga tidak harus sengaja menyembunyikan kecacatan yang ada pada keluaran semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sama juga keadaannya apabila dengan sengaja memanipulasikan bekalan sesuatu barangan bagi tujuan untuk meningkatkan harga.

2. Bertanggungjawab Kepada Pelanggan, Masyarakat Dan PersekitaranBertanggungjawab terhadap pelanggan, masyarakat dan persekitaran dalam sebarang tingkahlaku dan keputusan yang diambil. Contoh: Menjual barang dengan harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Sayugia, segala barangan atau perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran atau perkhidmatan yang diberi tidak menjejaskan kepentingan masyarakat dan persekitaran.

3. Berperikemanusian Kepada Semua InsanMempunyai perasaan kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia, lemah lembut, pemurah dan saling membantu. Tingkahlaku dan keputusan yang diambil mestilah mempertimbangkan kepentingan semua pihak dan bukan kepentingan perniagaan itu sahaja. Contoh: Sekiranya seorang pelanggan telah membuat kesilapan semasa pembeliannya, dan ingin menukarkan sama ada dalam bentuk barangan lain atau mendapatkan kembali wangnya, peniaga harus bersetuju demi tanggungjawab sosial terhadap semua insan.

4. Kesederhanaan Tingkah Laku Dalam PerniagaanMengamalkan sifat rendah diri, tidak bermegah-megah, tidak sombong, tidak keterlaluan, tidak tamak dan tidak berjimat cermat daripada segala segi. Contoh: Seseorang peniaga yang berjaya tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya masih sanggup bersikap timbang rasa serta memberi sumbangan dan sokongan kepada mereka yang memerlukannya.

5. Saksama Terhadap PelangganTindakan yang diambil tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, layanan sama rata tanpa mengira kaum, kelas atau darjat dan tidak berat sebelah. Contoh: Seseorang peniaga sepatutnya tidak membezakan antara pelanggan, sama ada orang kenamaan atau rakyat biasa di dalam urusan perniagaan mereka, kerana wang itu adalah sama nilainya.

6. Kesungguhan Menjayakan PerniagaanMembuat sesuatu dengan tekun, rajin dan penuh kesabaran, tidak mudah mengaku kalah, berani menanggung risiko dan sanggup berusaha bermati-matian. Contoh: Apabila menceburi bidang sesuatu perniagaan, peniaga tidak seharusnya merasa gusar dengan peniaga-peniaga yang sedia ada, apa yang penting adalah bagaimana kejayaan peniaga lain dapat mendorongnya untuk berjaya. 6

Page 7: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Bina diri dan cakna dengan yang lainKami komited dalam menyediakan ruang kerja harmoni dimanasemua orang dirai dan diberikan sokongan

7

Kita akan jadi lebih produktif, kreatifdan gembira apabila kita bolehmenjadi diri kita yang sebenar.Rakannusa komited dalammenyediakan ruang kebebasanekspresi ini dengan menggalakkansemua pekerja bertoleransi; meraikandan menyokong semua insan tanpamengira darjat atau usia.

Buku Panduan Pekerja (EmployeeHandbook) syarikat telah meletakkanpanduan asas tentang pergaulan baiksesama pekerja. Buku PanduanPekerja ini wajib dibaca dan difahamisecara keseluruhannya. Kamitekankan beberapa prinsip penting disini sebagai panduan di semua lokasikerja kita di seluruh negara.

Kita mempunyai warga kerja yangdatang daripada pelbagai latar

bangsa dan agama. Setiap merekamempunyai skil, kebolehan,pengalaman dan perspektif yangrencam dan inilah yang menyumbangkepada kejayaan syarikat ini. Kitapercaya kepada prinsip kesaksamaandalam peluang pekerjaan, salinghormat dan rangkumankepelbagaian. Kita tidak bertolakansur terhadap sebarang bentukpenindasan .

Semua pekerja mempunyai hak untukbekerja dalam suasana bebasdaripada penindasan. Penindasan initermasuklah secara lisan, visual danfizikal. Ia boleh melahirkan suasanakerja yang buruk dan tidak produktif.

Kita percaya, semua insan perludilayan dengan kemuliaan,kesaksamaan, dan rasa hormat. Kita

tidak sama sekali menggunakan ataumenyokong amalan buruh paksa ataupemerdagangan migran atau layanandan keadaan kerja yang buruk.

Kita komited dengan keselamatandan ketenteraman para pekerja sertaaset-aset kami. Perbuatan membuli,mengancam, mengugut danbertindak liar di tempat kerja adalahkesalahan berat yang akan diambiltindakan.

Anda tidak boleh memiliki sebarangsenjata api, bahan letupan, lain-lainsenjata dan bahan berbahaya dengantujuan khianat di tempat kerja.

Jika anda rasa diri anda atau rakansekerja yang lain disisih, dibuli,dicabul atau dikhianati, laporkansegera kepada HR.

RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 8: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Kongsi manfaat dengan masyarakat dan alam sekitarMenymbang kepada masyarakat dan mengambil berat tentang alam sekitar adalah tradisi kitaKita menganjurkan dan menyertai banyak program kemanusiaan dankebajikan yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat.Program ini dijalankan dengan adanya sumbangan tunai dan peruntukankhas kebajian oleh Rakannusa serta melibatkan masa berharga parapekerja. Apabila kita mengadakan program CSR, koordinasi akan dibuatantara penyelaras projek, penerima sumbangan, pembekal barangan danpekerja yang terlibat. Ini bagi memastikan program berjalan denganlancar dan penerima sumbangan merupakan orang yang benar-benarlayak. Program seumpama ini diadakan secara berkala iaitu sebulansekali.

Asingkan (jika ada) penglibatan anda (pekerja) secara individu bersamapihak lain (NGO dll.) dalam menjalankan sebarang programseumpamanya. Laksanakan aktiviti ini dalam masa dan sumber andasendiri tanpa melibatkan syarikat melainkan program yang telahdisusunatur oleh syarikat. Jangan melakukan program kebajikan untukmendapatkan sebarang habuan berbentuk projek, kewangan atau lain-lain kelebihan buat Rakannusa. Program CSR perlulah dilaksanakansecara tulus tanpa mengharapkan imbalan apapun.

8RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 9: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Berkongsi Cerita Tentang Kita

Rakannusa mempunyai rekod yang baik dalam komuniti minyak dan gas di Malaysia. Dalam menyampaikan sebarang berita dan cerita tentang kita, kita perlu mematuhi piawaian komunikasi kita.

Kita perlu mematuhi piawaian komunikasi kita.

9RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 10: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Pendedahan mediamassa dan sosial.Media sosial mempunyai boleh memberi kesan kepada reputasi Rakannusa. Para pekerja bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi Polisi Media Sosial syarikat. Ia disertakan dalam Buku Panduan Pekerja (Employee Handbook). Panduan dan polisi ini turut terpakai kepada penggunaan media sosial peribadi anda.

Media sosial memberikan ruang untuk kita berkongsi cerita tentang

perniagaan, mendengar, belajar dan berkomunikasi dengan pengguna dan masyarakat.

Sungguh pun begitu, penggunaan media sosial tetap mempunyai risiko yang memerlukan kepada pengguna yang bertanggungjawab. Oleh sebab itu, saluran rasmi media syarikat hanya akan dikendalikan oleh pekerja yang telah ditetapkan.

Sekiranya mana-mana pekerja ditemuramah oleh wartawan atau mana-mana pengamal media, kita perlu pastikan isi bicara kita tepat dan tidak menyanggahi maklumat rasmi syarikat. Oleh itu, mohon maklumkan kepada [email protected] sebarang urusan berkaitan makluman media. Dilarang membuat sebarang kenyataan bagi pihak syarikat sebelum mendapatkan pengesahan pihak pengurusan.

10RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 11: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Konflik Kepentingan,Rasuah dan Pemberian

Kejayaan berterusan kita antara lain bergantung kepada hubungan baik dengan pelanggan, pemegang saham, dan penguatkuasa undang-undang. Kita buat sesuatu dengan cara yang betul. Itu sahaja.

Rakannusa tidak membeli akses kepada pasaran, urusniaga atau penggubahan polisi dengan wang, pemberian atau lain-lain faedah.

11RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 12: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Mengendalikan konflik kepentinganBila buat keputusan berkaitan perniagaan, letakkankepentingan syarikat melebihi kepentingan peribadi.

Harapan kita:

Semua pekerja Rakannusa perlulah:

• Menilai dengan betul setiap urusan perniagaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan atau terlihat melibatkan konflik kepentingan – agar dijauhi;

• Bersikap telus tentang hubungan personal atau hubungan bisnes dengan pihak pengurusan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan atau terlihat melibatkan konflik itu;

• Mematuhi semua polisi perolehan apabila menilai, memilih dan mengurus pembekal, pelanggan atau lain-lain rakan niaga. Pastikan pemilihan dibuat berdasarkan faktor-faktor seperti kualiti, harga, kebolehpercayaan, dan kesesuaian dengan keperluan semasa;

• Laporkan sebarang konflik kepentingan, sama ada ia disyaki, berpotensi, atau benar-benar berlaku termasuk pihak terlibat kepada pihak pengurusan.

12

Kondlik kepentingan terjadiapabila kepntingan diribertingkah dengan keutamaansyarikat. Ia timbul atas pelbagaisebab termasuklah apabilapekerja yang terlibat mempunyaikepentingan niaga denganpembekal, pelanggan, pesaingatau rakan niaga syarikat yanglain. Konflik kepentingan jugaboleh terjadi daripada hubunganperibadi antara pekerja termasukhubungan romantik. Kegiatanluar seseorang pekerja jugaboleh mencetuskan konflik yangsama.

Dalam perniagaan, semuapekerja adalah pemain pasukandan perlu komited untukkejayaan pasukan. Pekerja yangmeletakkan kepentingan dirimelebihi kepentingan syarikatakan mengakibatkan kerugian.Kita tidak akan dapat menikmatinilai terbaik daripada khidmatdan barangan yang dibekalkankepada kita. Dengan hanyaterlihat wujud konflikkepentingan sahaja sudah bolehmerosakkan reputasi dan objektifperniagaan kita.

RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 13: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Mencegah rasuah dan korupsi

Apa itu Rasuah & Korupsi?Rasuah adalah sebarang bentukpemberian dengan niat untukmendapatkan imbalan urus niaga secaratidak sah. Rasuah berlaku dalam banyakbentuk termasuklah duit, hadiah, tiket,hiburan, pelancongan, janji peluangpekerjaan, peluang berurus niaga, danmungkin pemberian derma kebajikan.Korupsi ialah sebarang salah guna kuasauntuk manfaat individu atau kumpulantertentu.

Kenapa Hal ini Penting?Kita memperoleh sesuatu dengan hasilusaha kita sendiri. Kita tidak akanmenawarkan, atau menjanjikan sesuatuyang berharga kepada mana-manaindividu hanya untuk memperoleh apa-apa kontrak, projek, mahupun peluangatau perjanjian niaga yang berat sebelah.

Ini terpakai walau di mana pun kitaberoperasi dan setiap daripada unit kerjakita termasuk pembekal dan rakan niaga.Rasuah dan korupsi adalah perbuatantidak bermoral, tidak beretika danbersalahan dengan komitmen kita dalammenegakkan integriti. Ia jugamemusnahkan kepercayaan pelanggandan rakan niaga kita. Rasuah dan korupsiselamanya salah baik dari segi moral danundang-undang. Hukuman berat menantisemua yang terlibat dengan jenayah initermasuklah siasatan SPRM, perbicaraanmahkamah, denda berganda daripadanilai suapan serta hukuman penjara. Ianyalebih parah jika melibatkan pihakberautoriti atau pegawai kerajaan.

Harapan Kami:

Semua pekerja Rakannusa perlu:

• Sentiasa berkata tidak kepada sebarang rasuah dan tidak menawarkan rasuah kepada sesiapa walau apa keadaan sekalipun;

• Menilai dan mengambil langkah untuk menghentikan sebarang unsur rasuah, korupsi mahupun hal-hal yang menjadikan sesuatu urusan terlihat seperti rasuah yang melibatkan Rakannusa atau mana-mana rakan niaga kita;

• Patuhi panduan berkaitan apabila ingin membuat sumbangan kebajikan atau CSR;

• Laporkan sebarang insiden rasuah dan korupsi, sama ada ia disyaki, berpotensi, atau benar-benar berlaku termasuk pihak terlibat kepada pihak pengurusan.

Kita tidak bertolak ansur dengan sebarang unsur rasuah & korupsi

13RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 14: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Menerima hadiah dan hiburan bisnesPara pekerja boleh menerima pemberian yang diberi tanda budi baik tanpa dipinta dan tidak berlebihan, tetapi tidak sesekali wang tunai!

Elak daripada sebarang perbuatan yang membawa Rakannusa terlihat memberikan layanan istimewa kepada entiti luar bagi mendapatkan imbalan bisnes seperti memberi hadiah, ganjaran, menjamu, berlibur, berhibur dan lain-lain sogokan.

Walaubagaimanapun, pekerja boleh menerima pemberian tanda budi baik rakan niaga (yang tidak berlebihan/mewah) yang diberikan tanpa dipinta. Ia diberi untuk menjaga nama baik syarikat, sebagai tanda berbudi yang boleh memupuk hubungan bisnes yang baik. Secara praktikal, pemberian itu tidak menyebabkan anda takut untuk melaporkannya kepada Pengurus anda atau diketahui masyarakat umum. Bersikap telus.

Bagi pekerja yang mempunyai kuasa memberi bisnes atau yang boleh mempengaruhi keputusan niaga syarikat mestilah lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan syarikat terlihat berat sebelah atau tidak adil. Ia boleh menjejaskan reputasi syarikat.

14RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 15: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Panduan menerima hadiah dan hiburan bisnes

Anda boleh menerima:ü Bungaü Makanan dan minuman (coklat, makanan ringan dsb.)ü Hadiah dengan nilai sederhana meraikan peristiwa yang

istimewa seperti selepas mendapatkan kontrak projekü Hadiah dengan nilai sederhana seperti t-shirt, topi, botol air

dan lain-lain hadiah korporatü Majlis makan bersama dengan pihak yang mempelawa selagi

ianya tidak bermewah-mewahan dan tidak kerap.

Anda tidak boleh menerima:✗ Wang tunai atau yang setara (seperti gift cards)✗ Hadiah yang mahal seperti tiket ke acara sukan / konsert /

hiburan / pakej percutian melainkan dengan kebenaran pengurusan.

✗ Apa-apa pemberian daripada pembekal semasa sedang berunding tentang kontrak atau projek.

Secara umum, menerima budi baik bisnes bernilailebih daripada RM150 setiap orang adalahterlarang. Jika wujud undang-undang tempatanyang melarang dengan jumlah yang lebih kecil, silapatuhi. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kamidi [email protected].

15RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 16: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Panduan memberi pemberian dan hiburan

Kita mungkin boleh memberi hadiah yang sederhana, barangan korporat (t-shirt, topi dsb.), layanan, menjamu makan dan hiburan selagi ianya mematuhi undang-undang tempatan dan polisi dalaman si penerima. Pekerja dilarang menggunakan sumber persendirian untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan sumber Rakannusa. Kita mesti bertanggungjawab dalam apa-apa pemberian kepada pihak ketiga serta memastikan ia selari dengan polisi dan prosedur dalam syarikat.

Hal sama turut terpakai dalam memberi dan menerima pemberian. Sebarang pemberian melebihi nilai RM150 perlulah mendapatkan kelulusan pihak pengurusan. Undang-undang tempatan mungkin mempunyai had yang lebih rendah. Semak juga polisi penerima kerana setiap syarikat mempunyai polisi yang berbeza. Kadangkala ianya lebih ketat.

Bagi yang ingin memohon kebenaran memberi pemberian budi baik ini bolehlah berbincang dengan pihak pengurusan atau emel kami di [email protected]

Anda boleh memberi:ü Hadiah korporat (t-shirt, pen, dll.)ü Hadiah yang munasabahü Belanja makan untuk berbincang sesuatu tentang

bisnes (tidak bermewah)

Anda tidak boleh memberi:✗ Wang tunai atau yang seumpamanya✗ Hadiah yang mahal dan mewah tanpa kelulusan

pihak pengurusan✗ Membiayai perjalanan dan tempat tinggal penerima

tanpa kelulusan pihak pengurusan

16RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 17: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Urusniaga yang Adil

Kita berusaha sehabis baik untuk mematuhi undang-undang persaingan dan anti monopoli di semua tempat yang kita beroperasi

Kita bersaing secara sihat dan adil berdasarkan merit dan prestasi

17RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 18: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Persaingan dan amalan perniagaan Kita menyokong amalan persaingan yang sihat dan akses pasaran terbuka

Akta persaingan dan anti monopoli seluruh dunia telah dibuatuntuk mempromosi persaingan yang adil dan sihat dikalanganperniagaan. Ia melarang pakatan antara pesaing dalampenetapan harga, diskaun, insentif, penempatan, danpertukaran info sensitif atau apa-apa perlakuan yang tidakwajar dan bersifat monopoli.

Polisi Rakannusa adalah patuh kepada semua akta dan undang-undang berkaitan persaingan dan anti monopoli di manapunkita beroperasi. Undang-undang ini selalunya kompleks danberpotensi menyebabkan syarikat disabit kesalahan undang-undang (termasuk didenda dengan jumlah yang besar ataudisabit kesalahan jenayah). Para pekerja perlu berbincangdengan pihak pengurusan sekiranya mereka wujud situasi yangmelibatkan akta persaingan dan anti monopoli.

18RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 19: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Pemasaran beretika

Sebarang dakwaan yang kita buat berkaitan Rakannusa, produk, servis kita bahkan tentang pesaing kita hendaklah benar, adil, tidak mengelirukan dan berfakta. Kita tidak boleh mengabaikan fakta dan realiti. Kita perlu bersikap telus dalam mempersembahkan informasi tentang kita, produk dan perkhidmatan kita –dengan memastikan ianya disokong data dan fakta.

Wujud undang-undang yang melarang keras kaedah pemasaran yang tidak jujur dan menipu. Beramal dengan praktis sepertinya adalah bertentangan dengan polis dan adat kebiasaan syarikat.

Bahan-bahan untuk unit pemasaran, pengiklanan dan jualan mestilah bersifat benar, adil, tidak mengelirukan dan didokong oleh fakta.

19RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 20: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Risikan kompetitif

Mengumpul maklumat tentang pesaing kita bolehdipanggil sebagai risikan kompetitif. Ianya adalah amalanbisnes yang sah. Ia membolehkan kita kekal kompetitifdan releven dalam pasaran. Pun begitu, kita tidak bolehmendapatkan maklumat pesaing ini menggunakan jalanyang salah dan tidak sah. Sesetengah amalan untukmengumpul maklumat dibenarkan sepertimendapatkannya daripada berita awam dan kajianindustri. Kita tidak boleh merisik dengan melakukanpenipuan, atau pemalsuan dokumen. Peraturan initerpakai kepada konsultan, pembekal dan semua rakanniaga yang berurusan dengan kita. Jika terdapatsebarang persoalan bolehlah diajukan [email protected]

Kita hanya memperoleh maklumat tentang pesaing kita daripada sumber yang sahih

20RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 21: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Melindungi Maklumatdan Aset Syarikat

Di Rakannusa, kita mempunyai banyakaset-aset penting yang perlu dilindungi. Ia termasuklah maklumat sulit syarikat, maklumat pelanggan dan pekerja syarikat, data-data projek, peralatan dan harta intelek syarikat.

21RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 22: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Maklumat sulit syarikat

Salah satu daripada asset terpenting syarikat adalah maklumatsulitnya. Para pekerja yang bekerja dan mempunyai akseskepada maklumat ini wajib berhati-hati dan mengendalikannyadengan cermat. Para pekerja perlu tahu, perkara yang tidakdiketahui secara umum, luar daripada Rakannusa adalah dikirainfo yang sulit dan tidak boleh dikongsi secara semberonotanpa kebenaran daripada pihak pengurusan.

Berkongsi maklumat rahsia dengan pihak luar bolehmengganggu gugat keutuhan perniagaan, mendedahkan rahsiakepada pesaing atau merosakkan kebolehan syarikat untukmengawal maklumat itu daripada tersebar berdasarkan lunasundang-undang. Maklumat yang sulit dan dilindungi Rakannusatermasuklah rekaan dan spesifikasi peralatan, data pekerja,data projek, amalan-amalan perniagaan, maklumatperbincangan mesyuarat dalaman, perancangan projek,belanjawan, dan strategi syarikat.

22RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 23: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Peralatan syarikat

Aset-aset Rakannusa termasuk kelengkapan danperalatan kerja, PPE, komputer, telefon, emel dansebarang maklumat teknikal adalah untuk kegunaandan manfaat syarikat sahaja. Kesemua ini tidak untukmanfaat peribadi mana-mana individu atau pihakluar daripada syarikat. Adalah menjaditanggungjawab semua pekerja untuk menjaga hartabenda syarikat daripada sebarang kerosakan,kecurian, kehilangan atau disalahgunakan. Sebarangpenggunaan harta syarikat tertakluk kepadakebenaran pihak pengurusan atasan.

Guna peralatan kita untuk kerja-kerja syarikat sahaja.

23RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 24: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Harta Intelek

Harta intelek Rakannusa (IP) adalahsalah satu asset terpenting syarikatdan ianya amat kritikal dalammenentukan kejayaan syarikat. Iadapat menguatkan jenama syarikat,mengekalkan relevensi syarikatdalam pasaran, mengelakkan ciplakIP, mempromosikan transaksi niagadan meningkatkan keyakinanpelanggan. Harta intelek kitadilindungi dibawah Akta CapDagangan, hakcipta, paten, danrahsia perniagaan. Ia melindungimilikan Rakannusa seperti logo,jenama, produk, teknologi, rekaan& spesifikasi peralatan, prosedurkerja dan keselamatan, formulakimia dan kejuruteraan, data-data

sulit, proses-proses kerja,dokumentasi teknikal, pembekalan,pemerolehan, dan lain-lain.

Berbincang dengan pihakpengurusan sekiranya terdapatcadangan untuk mendaftar capdagangan, patenkan idea dan inovasisupaya langkah susulan yang tepatdapat dibuat. Rakannusamemandang penjagaan harta inteleksebagai hal yang penting danpelanggaran hak harta intelek jugaakan diuruskan secara tegasmengikut saluran undang-undang.

Melindungi harta intelek (IP) Rakannusa

24RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 25: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Kontrak, Rekod danLaporan Kewangan

Kita perlu telus, jujur dan tepat dalam mematuhi kontrak dan menyimpan rekod.

25RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 26: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Kontrak dan pematuhan urus niagaKita ikut prosedur dan patuh pada undang-undang berkaitan urus niaga

Kita punya polisi yang memberi panduankepada semua pekerja Rakannusa yangmelibatkan proses pemerolehan. Undang-undang Malaysia menuntut subkontraktormematuhi beberapa peraturan pemerolehanyang berkait dengan etika dan tatalakuniaga. Anda perlu tahu dan patuh segalaperaturan yang terpakai pada syarikat yangtelah termaktub.

Rakannusa juga mematuhi undang-undangeksport dan import antarabangsa. Iamemberikesan kepada pihak yang berurusandengan kita (Orang), di mana kita beroperasi(Lokasi), dan pemindahan teknologi(Produk).

Orang. Sistem dan proses syarikat telahdigubah untuk membantu pematuhanseperti pembayaran buat pemandu,pembekal, serta pengambilan pekerja dan

pekerja tambahan (freelancer). Ikut semuaprosedur yang telah ditetapkan untuk urusankewangan dan pengambilan pekerja. Rakanniaga Rakannusa yang telah ditentu sahkankredibilitinya, boleh membawa barangdagangan atau peralatan, juga bertindaksebagai broker kastam untuk melancarkanperjalanan bisnes kita dalam duniaperniagaan yang mencabar kini. Semuaperbincanga berkaitan pergerakanmuatan/barangan/peralatan, broker kastamatau surat kuasa bagi urusan import daneksport boleh dikemukakan [email protected]

Lokasi. Hubungi [email protected] anda mahu meneroka peluangbisnes di lain-lain negara supaya ianya dapatdijalankan mengikut undang-undang.

Produk. Teknologi sensitif, termasuklahperalatan dan kaedah mengendalikankatalisator mungkin memerlukan kepadalessen khas untuk eksport/import. Jika andaterlibat dengan kerja-kerja berkaitan, andaperlu tahu dan patuh kepada undang-undang yang berkaitan termasuklahklasifikasi barang yang tepat dan betul sertapembayaran untuk sebarang tarif dan duti.

Kita tidak akan bekerjasama dengansebarang boikit luaran yang tidak diiktirafoleh kerajaan Malaysia.

Penggubahan wang haram diguna sebagaikaedah menggerakkan wang hasil jenayah kedalam pasaran biasa oleh individu atau entititertentu. Kita melarang keras daripadaterlibat dengan transaksi yang melibatkanwang sedemikian atau anda boleh didakwa.

26RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 27: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Kejituan rekod kewangan dan korporat

Kami bertanggungjawab dalam menyediakan laporan kewangan yang mematuhipiawaian dan standard perakaunan. Ia juga menjadi tanggungjawab anda semuadalam memberikan maklumat yang tepat dan telus semasa audit dalaman ataukepada auditor bertauliah di luar berkaitan laporan kewangan semasa syarikat.

Keperluan memelihara rekod dan mengendalikan informasi memerlukanRakannusa untuk menyimpan rekod yang jitu dan tepat untuk rujukan perniagaan,kewangan dan mematuhi kehendak undang-undang (LHDN/SSM dsb.). Kamimenjaga baik rekod-rekod ini selagi ianya dalam tempoh masa wajib penyimpananoleh pihak berkuasa dan mengikut polisi syarikat. Dari masa ke masa, wujud rekodyang perlu disimpan lebih lama sebagai pematuhan undang-undang sekiranya adakeperluan. Data dan rekod yang disimpan khas untuk rujukan pekerja bolehdikekalkan selama ia mempunyai nilai bisnes tetapi tidak melebihi 7 tahun.

Dihujung tempoh simpanan, data yang tersimpan boleh dimusnahkan secara digitalatau manual mengikut format simpanan data.

Kami bertanggungjawab dalam menyediakan informasi yang tepat, lengkap dan jelas berkaitan perniagaan kami

27RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 28: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

Salahlaku dan Tindakan TatatertibTiap kesalahan dan kesilapan memerlukan tindakan pembetulan

28

Sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, atau tindakan yang bertentangandengan kod etika dan tatalaku niaga ini perlu dilaporkan kepada pihakpengurusan dengan kadar segera. Siasatan menyeluruh akan dijalankan danpesalah akan dipertanggungjawabkan untuk tindakan disiplin.

Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan, pesalahperlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan kepadaaset-aset, kemudahan, sumber dan rekod berpunca daripada salahgunakuasa, kelalaian, atau sebarang tindakan tanpa kelulusan pihak pengurusanRakannusa, kerugian ini boleh dituntut semula daripada potongan bayaran(gaji atau lain-lain bayaran/cara) kepada pesalah. Dengan mengikut lunasundang-undang, Rakannusa juga boleh mengambil lain-lain tindakan disiplinyang difikirkan wajar termasuk melaporkan kesalahan ini kepada pihakberautoriti.

Untuk kesalah yang berat, kes disiplin yang berulang, tertuduh boleh dibuangkerja. Kita berharap tiada yang akan dikenakan tindakan sedemikian rupa.Marilah bekerja secara harmoni.

RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

Page 29: Kod Etika & Tatalaku Niaga - RAKANNUSA

PENGAKUAN PEKERJA

29

Saya, ___________________________________________________,

bernombor IC ____________________, dengan ini mengesahkan

telah membaca dan akan mematuhi kandungan

Kod Etika & Tatalaku Niaga Rakannusa.

Tandatangan : Tarikh :

RNES – Kod Etika & Tatalaku Niaga © 2020 . Ver. 1.0

RAKANNUSAKOD ETIKA & TATALAKU NIAGA