tajuk 2_kod etika & akauntabiliti

Upload: nasuha-binti-abdul-talib

Post on 04-Jun-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    1/21

    TAJUK 2

    KOD ETIKA DANAKAUNTABILITI KEGURUAN

    EDU 3108

    ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    2/21

    Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan

    Integriti

    GuruKonsep

    Akauntabiliti

    Konsep

    Etika

    Konsep Etika

    Keguruan Malaysia

    Akauntabiliti

    Keguruan

    Akauntabiliti terhadap

    pelajar

    Akauntabiliti terhadap diridan profesion

    Akauntabiliti terhadap ibu

    bapa

    Akauntabiliti terhadap

    masyarakat dan negara

    T/jawab terhadappelajar

    T/jawab terhadap

    ibu bapa

    T/jawab terhadap

    masyarakat dan

    negaraT/jawab terhadap

    rakan sejawat dan

    profesion

    keguruan

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    3/21

    PENGENALAN

    Di Malaysia, guru perlu mengikuti Kod

    Etika Keguruan. Antara tanggungjawab yang

    perlu dilaksanakan oleh seorang guru

    termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar,

    ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan

    sejawat. Manakala guru juga perlu

    mempunyai akauntabiliti keguruan.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    4/21

    KOD ETIKA KEGURUAN

    Konsep Etika

    Perkataan etika atau ethicsberasaldaripada perkataan Yunani ETHOS

    yang bererti norma-norma, nilai-nilai,

    kaedah-kaedah dan ukuran-ukuranbagi tingkah laku manusia yang baik.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    5/21

    DEFINISI

    Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturanperilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antarasatu sama lain.

    Prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang

    kebaikan dan sifat dari kebenaran (American CollegeDictionary,1964)

    Pedoman perilaku dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-

    tindakan manusia dalam bahagian tertentu. - Nikki (2009)

    Ilmu mengenai sesuatu kewajiban. Bascom (2007)

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    6/21

    KOD ETIKA PROFESION

    Ia merupakan peraturan untuk membantu para

    guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsipyang termaktub supaya menjaga imej baik

    profesionnya.

    Hal ini bertujuan memastikan para guru tidak

    melakukan sesuatu yang tidak diingini serta

    mencemarkan imej keguruan.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    7/21

    FUNGSI UTAMA KOD ETIKA PROFESION

    Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion

    mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan.

    Ia merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atasprofesion yang berkaitan.

    Ia membantu para profesional mencegah campur tangan

    pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etikadalam keanggotaan profesion.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    8/21

    KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

    a) Tanggungjawab terhadap pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan

    keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

    Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpamengira faktor jasmani, mental, emosi, politik,

    ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

    Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit

    mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

    berhak mengetahuinya.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    9/21

    Sambungan: Tanggungjawab Terhadap Pelajar

    Membimbing atau mengajar seseorang pelajardalam darjah sendiri atau dalam m/pelajaranyang diajar di bilik darjah tanpa sebarangbayaran.

    Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturandan tingkah laku yag dapat memberikan contohyang baik kepada pelajar.

    Memelihara dan memperbaiki kecekapan

    ikhtisas melalui pengkajian, lawatan danmenghadiri kursus ikhtisas, persidangan,mesyuarat atau seminar supaya pengajarankami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    10/21

    b) Tanggungjawb terhadap ibu bapa

    Menghormati t/jawab utama ibu bapa terhadap

    anak-anak mereka

    Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan

    kerjasama yang erat antara institusi pendidikan

    dengan rumahtangga.

    Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh

    ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau

    mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akanmembocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada

    mereka yang berhak mengetahuinya.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    11/21

    SAMBUNGAN:

    B) TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

    Mengelakkan diri daripada menggunakan

    atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

    ekonomi ibu bapa pelajar.

    Mengelakkan diri daripada mengeluarkan

    kata-kata atau melakukan sesuatu yang

    boleh menjejaskan kepercayaan pelajar

    terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    12/21

    c) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

    Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu

    ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,

    masyarakat, negara ataupun yang bertentangandengan Rukun Negara.

    Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilaiyang boleh membantu dan membimbing mereka

    untuk menjadi warganegara yang taat setia,

    bertanggung-jawab dan berguna, menghormati

    adanya perbezaan kebudayaan, keturunan danagama.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    13/21

    SAMBUNGAN:

    C) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

    Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat danmemenuhi segala t/jawab sebagai seorang warganegaradan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalamsebarang kegiatan masyarakat.

    Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru

    dengan ibu bapa serta institusi pendidikan denganmasyarakat.

    Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikankehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawananmasyarakat.

    Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterimaoleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    14/21

    d) T/jawab terhadap rakan sejawat dan profesion

    keguruan

    Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan

    atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang

    guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu

    yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

    Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh

    menjejaskan kecekapan sebagai guru.

    Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan t/jawab dengan

    rajin dan bersunguh-sungguh dan mengekalkannya sejajardengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    15/21

    SAMBUNGAN:

    D) T/JAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION

    KEGURUAN

    Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

    terutamanya mereka yang baru dalam

    profesion keguruan.

    Sentiasa mengawasi diri supaya tidak

    mencemarkan nama baik profesion

    keguruan.

    Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan

    guru.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    16/21

    KONSEP AKAUNTABILITI KEGURUANAkauntabilitimerujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada

    seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan sertabersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

    Akauntabiliti Keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadapprofesion keguruannya.

    a) Akauntabiliti terhadap pelajar

    Guru hendaklah mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalampencapaian akademik di samping membentuk potensi mereka secaramenyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonidari segi intelek, rohani, sosial dan fizikal.

    b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri

    Guru harus berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang matapelajaran yang diajar jika guru bertanggungjawab terhadap dirisendiri.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    17/21

    c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa

    Guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap ibu bapaperlu melaksankan tugas mendidik dan membentukmodal insan yang berguna kepada masyarakat.

    d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara

    Guru bertanggungjawab dan mempunyai akuntabilitiuntuk melaksanakan tugas sebaik mungkin demi

    mencapai cita-cita dan aspirasi dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan.

    e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesionkeguruan

    Guru perlu mempunyai hubungan baik dengan rakansejawat agar imej profesion terpelihara.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    18/21

    INTEGRITI GURU

    Integritimerujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan

    kejujuran.

    Integriti gurubermaksud guru perlu melaksanakan amanah

    dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut

    kepentingan umum.

    Guru harus mengamalkan Etika Profesion dan Piagam

    Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang

    bersistem.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    19/21

    AKTIVITI

    MAIN PERANAN

    Watak seorang guru novis dan seorang

    guru yang berpengalaman

    Guru yang berpengalaman dikehendaki

    memberi nasihat kepada guru novis

    bagaimana melaksanakan akauntibiliti

    terhadap pelajar di dalam bilik darjah.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    20/21

    PERBINCANGAN

    Huraikan bagaimana anda sebagai seorang

    guru boleh melaksanakan tugas dengan

    penuh integriti untuk memperlihatkan

    akauntibiliti anda terhadap masyarakat dannegara.

  • 8/14/2019 TAJUK 2_Kod Etika & Akauntabiliti

    21/21

    SEKIAN, TERIMA KASIH