kkp psv

7
APLIKASI STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi juga merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi. Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan seharian mereka. Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu hasil segera yang maksimum pada waktu

Upload: qammarul-anuar-mohamed

Post on 23-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Page 1: kkp psv

APLIKASI STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan

kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk

mencapai objektif yang diharapkan. Strategi juga merujuk kepada cara-cara bagaimana guru

mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara

cuba jaya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu

petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau

juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada

gelagat organisasi.

Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik

sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya

adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara

untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam

kehidupan seharian mereka. Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu

berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi

dalam situasi yang dicipta.

Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu,

teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran

kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada

suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu

hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya,

teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat

mempercepat penanggapan pelajar.

Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, strategi yang telah saya gunakan bagi

mengajar pelajar Tahun 4 bagi aktiviti catan adalah strategi berpandukan kepada penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK dalam pembelajaran dan pengajran

padan masa kini amat relevan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk jangka masa yang

panjang di dalam kelas. Penggunaan TMK juga dapat membantu guru untuk menyampaikan

sesuatu isi pengajaran dengan lebih berkesan dan jelas. Hal ini demikian, bukan semua perkara

Page 2: kkp psv

guru boleh sampaikan secara lisan. Oleh itu penggunaan TMK amat wajar dilakukan oleh setiap

guru terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Saya telah mengaplikasikan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual adalah pada set induksi dan set penutup. Dalam set induksi

berdasarkan rph yang telah saya bina, pelajar dikehendakli untuk mendengar dan menonton

video lagu bertajuk “Taman Bunga”. Pemilihan video tersebut adalah relevan dengan tahap

pelajar dan mempunyai kaitan dengan tajuk yang ingin saya sampaikan kepada pelajar. Pada

masa yang sama, melalui video tersebut juga saya dapat menarik pelajar untuk memberikan

perhatian mereka kepada pembelajaran pada hari tersebut.

Penggunaan TMK juga perlu direrapkan dalam kalangan guru supaya dapat membantu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008)

menyatakan guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian

pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan

tugasan mereka. Disamping itu, menurut kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan

kebanyakan guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran

berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Seterusnya, saya juga telah mengaitkan penggunaan TMK dengan menggunakan model

ADDIE.  Dalam situasi ini, model ADDIE boleh digunakan supaya penggunaan TMK dapat

berjalan dengan lancer. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh saya

adalah menganalisis (analysis) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian saya perlu

menetapkan (design) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah

dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya saya boleh

mengembangkan (development) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap

menetapkan tujuan belajar. Pada peringkat pelaksanaan (implementation) pula, segala

perancangan awal tadi dimasukan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan

pelaksanaan guru.

Sebagai contoh saya menyampaikan kandungan pengajaran tentang isi kandungan

yang hendak disampaikan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan

tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan

kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir

ini, saya perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan

dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana

Page 3: kkp psv

pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami

kaedah pengajaran guru dengan jelas.

Kesimpulannya TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV di

dalam bilik darjah . Peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator dan pengajaran

berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar

melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang

pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran sejajar

dengan perkembangan semasa. Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia

telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Golongan pendidik pula perlu

bersikap terbuka dan positif menerima perubahan dalam era pendidikan. Kerjasama daripada

semua pihak akan memacu sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.

Di samping itu, dalam penulisan RPH saya juga terdapatnya pendekatan pembelajaran

kontekstual. Pendekatan kontekstual adalah sebuah pembelajaran yang berfokus dalam

melibatkan pelajar secara aktif memperoleh informasi yang dilaksanakan dengan mengenalkan

mereka pada lingkungan serta terlibat secara langsung dalam proses pembelajarannya. Jadi

dalam pembelajaran ini guru lebih aktif memberikan strategi pembelajaran daripada informasi

pembelajaran.

Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan teknik tunjuk cara atau demonstrasi dalam

penulisan RPH bagi mengajar aktiviti catan. Demonstrasi atau tunjuk cara nerupakan salah satu

kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-

prosedur yang tertentu. Kaedah melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk

menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan

murid mendengar manakala demonstrasi memerlukan murid memerhati. Melalui kaedah tunjuk

cara, pelajar dapat menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.

Contohnya, dalam penulisan RPH saya dapat mengaplikasikan kaedah ini pada

bahagian aplikasi seni. Berdasarkan kaedah tunjuk cara saya akan menunjukkan cara-cara

ataupun prosedur bagaimana untuk melakukan aktivii mewarna dengan menggunakan warna

air dengan betul. Oleh itu pelajar akan mudah untuk memahami dan mengingati apa yang

disampaikan oleh saya dan dapat digunakan semasa melakukan aktiviti tersebut.

Dengan adanya kaedah tunjuk cara atau demonstrasi, dapat meningkatkan lagi

keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti sama ada secara individu atau secara

Page 4: kkp psv

berkumpulan di dalam kelas. Apabila pelajar dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran

tersebut, pelajar akan mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah

laku yang ragu-ragu dalam kalangan pelajar. Malahan, teknik tunjuk ajar atau demonstrasi akan

membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan jelas. Menurut

Thomas F. Green, beliau berpendapat bahawa teknik tunjuk ajar merupakan teknik yang

digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar.

Pendekatan kontekstual menurut Amri (2010;21) merupakan kaedah atau cara belajar

yang membantu semua guru mempraktikkan dan mengaitkan antara bahan yang diajarkan

dengan situasi yang ada di sekeliling pelajar pelajar. Sedangkan menurut Yoyo pendekatan

kontekstual adalah konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara bahan yang

diajarkan dengan situasi dunia nyata pelajar dan mendorong pelajar membuat hubungan antara

pengetahuan yang dimilikinya dan penerapannya dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya,

murid mengaplikasikan pengalaman melihat warna-warna bungan yang pernah dilihat oleh

mereka di luar bilik darjah untuk di hasilkan dalam karya akhir mereka.

Pendekatan kontekstual dalam RPH yang telah saya siapkan dapat dilihat pada

bahagian ekspresi kreatif dimana pelajar boleh mewarnakan hasil karya pasu bunga yang telah

siap dicetak mengikut warna yang disukai atau warna yang menarik bagi pelajar dengan

bimbingan guru. Melalui pembelajaran kontekstual ini dapat member peluang kepada pelajar

untuk menggunakan atau mengaplikasikan pengetahuan yang telah diketahui dengan

pengalaman yang baru.

Hal ini demikian, disokong oleh D.A Kolb yang menyatakan bahawa suasana

pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial,

budaya, fizikal dan psikologi. Oleh itu, pendekatan kontekstual yang telah saya aplikasikan

dalam RPH bagi mata pelajaran PSV dalam aktiviti catan ini dapat memberi peluang kepada

pelajar untuk menghasilkan satu karya yang menarik dan kreatif untuk ditunjukkan kepada

rakan dan guru di akhir hasil pembelajaran.

Selain itu, pendekatan kecergasan pelbagai juga turut saya aplikasikan dalam penulisan

RPH saya. Dalam kecergasan pelbagai ini terdapat 9 kecergasan yang telah diutarakan oleh

Howard Gardner iaitu kecergasan Verbal - Linguistik, Logik - Matematik, Visual - Ruang,

Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Dalam penulisan RPH saya

kecergasan muzik merupakan yang paling diekankan. Hal ini demikian, kecergasan muzik ini

Page 5: kkp psv

dapat dilihat pada bahagian apresiasi seni. Pada bahagian tersebut saya meminta pelajar untuk

bersama-sama menyanyikan lagu yang bertajuk Taman Bungan sebagai penutup sosial.

Sepertimana yang diketahui, kanak-kanak mata suka mendengar muzik lebih-lebih lagi

muzik yang bersesuaian dengan tahap mereka. Oleh itu, guru perlu sedar dan mengetahui

setiap kecergasan yang terdapat pada pelajar mereka supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dan berjalan dengan lancer dan berkesan. Pada masa yang sama, penggunaan

muzik dalam penutup juga dapat menghilangkan tekanan yang dirasai oleh pelajar sepanjang

tempoh pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Lebih menguntungkan lagi, pelajar

dapat memahami dan mengingati setiap isi kandungan yang disampaikan oleh guru.

Pandangan ini turut disokong oleh Gardner. Menurut Howard Gardner, kecerdasan

muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang

mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap

note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan

yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran

sungai, deruan ombak laut, kicauan burung, deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang

dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Oleh itu,

kecergasan muzik juga memainkan peranan yang penting kepada pelajar bagi menghasilkan

satu karya yang menarik.

http://bmm3105norfizah.blogspot.com/2011/09/pengintergrasian-teknologi-maklumat-dan.html

http://www.kajianpustaka.com/2013/08/pembelajaran-kontekstual.html