kkp moral
DESCRIPTION
elm3101TRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral? Insan bermoral
merupakan individu yang melakukan kebaikan dalam kehidupan hariannya. Insan
bermoral merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai tingkah laku baik
yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya
menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan
yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan
dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak
akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana
perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan
dalam sesebuah masyarakat.
1.1 Model insan moral
2.0 Insan Moral Yang Disanjungi
1
PRINSIP-PRINSIP MORAL
DIMENSI MORAL
KONSEP :MORALETIKAAKHLAK
PEMIKIRAN MORALMODEL INSAN
MORAL
Dilahirkan sebagai Agnes Gonxha Bojaxhiu, pada 26 Ogos 1910.Ayahnya adalah seorang kontraktor yang berjaya dan terkenal, sedangkan ibunya adalah seorang suri rumah tangga biasa. Dia adalah anak perempuan termuda dari 3 orang adik-beradiknya.Meninggalkan rumahnya di Skopje, Yugoslavia dan menjadi seorang biarawati di Dublin, IrlandiaMother Teresa menjadi lambang bagi komitmen yang tidak pernah lelah kepada yang miskin dan menderita.Meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana sakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun.
MOTHER THERESA
Mother Theresa menerima pelbagai anugerah termasuk:
1962 Anugerah Magsaysay Yayasan.
1962 Padma Shri
1971 Paus John XXIII Keamanan Nobel.
1971 Kennedy International Anugerah Kemanusiaan.
1971 Hadiah Good Samaritan, Boston
1972 Anugerah Jawaharlal Nehru bagi Persefahaman Antarabangsa
1972 Malaikat Anugerah Amal
1973 Templeton pertama Hadiah untuk Kemajuan dalam Agama.
1975 Albert pertama Schweitzer Keamanan Nobel Antarabangsa.
1977 Doktor Kehormat dari Universiti Cambridge.
1978 Perintah Kehormat Empayar British.
1979 Hadiah Nobel Keamanan.
1980 Bharat Ratna. (Anugerah tertinggi awam di India).
1983 Perintah Kehormat Merit.
1983 Mountbatten Dunia dan Anugerah Kemanusiaan.
1985 Presidential Medal of Freedom, Amerika Syarikat
1992 Bharat Ki Suputri (Daughter Besar India) tajuk
1993 Rajiv Gandhi Sadbhavana Anugerah
1994 Kehormat Golden Albania Negara
1996 kewarganegaraan Kehormat Amerika Syarikat.
1997 Pingat Emas Kongres, Amerika Syarikat
2
2.1 KONSEP MORAL, ETIKA DAN AKHLAK
Menurut kamus pelajar baru (1989), definisi perkataan moral adalah ajaran
atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Moralis pula
bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral boleh
ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan
undang-undang masyarakat. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan
peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu.
Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila,
adat , kebiasaan dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang.
Bagi saya, Mother Teresa seharusnya menjadi contoh kepada orang ramai
sebagai insan yang bermoral. Bagaimana tidak, Mother Teresa memiliki kekayaan
yang belum tentu dimiliki oleh orang lain terutamnya bagi mereka yang kaya, iaitu
memiliki kekayaan hati yang luar biasa. Mother Teresa seorang yang murah hati,
prihatin dan saksama, tidak memandang rendah pada orang lain malah sanggup
menghulurkan bantuan kepada rakyat yang miskin di seluruh dunia. Mother Teresa
sedar bahawa pada saat Tuhan memanggilnya nanti, kekayaan yang dimiliki di dunia
tidak akan dibawa bersama.
Gambar : Mother Teresa membantu kanak-kanak miskin di India
Perkataan etika atau “ethos” dalam bahasa Greek beerti cara hidup atau
adat resam. Oleh itu etika dapat ditakrifkan sebagai satu kajian sains tentang
kelakuan manusia dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang pentafsiran tingkah
laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja.
3
Perkataan akhlak pula bermaksud budi pekerti seorang individu. Budi pekerti pula
dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak-geri seseoang itu. Kelakuan itu boleh
berubah mengikut masa dan situasi tertentu. Oleh demikian, perkataan “akhlak” dan
“moral” mempunyai maksud yang sama iaitu membawa maksud kelakuan yang baik
atau buruk.
Jika seseorang itu mempunyai akhlak yang tinggi, bermaksud orang itu
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada orang lain.
contohnya, Paus John Paul II berkata tentang Mother Theresa iaitu “ Dia adalah
seorang wanita yang telah meninggalkan tanda pada sejarah abad ini.” Manakala
Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton turut meluahkan bahawa " Mother Teresa
telah berkhidmat kepada yang miskin, menderita dan mati, dalam berbuat demikian,
beliau berkhidmat sebagai inspirasi dan cabaran kepada semua yang lain daripada
kita". Ini menunjukkan bahawa Mother Teresa adalah seorang insan yang
mempunyai akhlak yang mampu menjadi contoh kepada orang ramai.
2.2 DIMENSI MORAL
Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seorang
insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang
difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan
menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan.
Selain itu seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang
keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan
bertindak mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah
dibuat.
Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni yang berasaskan
kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan
mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi
faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan
pegangan “aku tetap aku” walau dalam apa jua keadaan dan di mana seseorang itu
berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan
tingkah laku moral.
4
Dimensi-dimensi moral :
Bil Dimensi Moral Huraian
1
Penaakulan moral
(Kognitif / pemikiran)
Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas
Penting untuk keadilan Kesedaran moral Mengetahui nilai-nilai moral Empati Membuat keputusan Mengenali diri
2 Emosi / perasaan moral
Emosi atau kehalusan perasaan individu yang menagndungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi an murah hati
Penting untuk keadlan Nurani hati Harga diri Kawal diri Rendah diri Menyayangi yang baik
3 Perlakuan
Tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukksn penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuannya
Kecekapan Kekuatan diri Tabiat
Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana
seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan
sehariannya. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu
sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah
berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan
utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan
tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah
masyarakat.
Mother Teresa telah berfikir dan mengambil keputusan bertekad untuk
menjadi seorang biarawati dan menyertai ‘Sisters of Loreto’ semasa berumur 18
tahun. Semasa kecil, Agnes sangat meminati cerita pendakwahan orang Kristian dan
jasa yang disumbangkan oleh mereka untuk membantu orang miskin. Keputusannya
5
itu dibuat adalah atas kehendak beliau sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa.
Mother Teresa sedar akan kebaikan tindakannya itu.
Gambar : Mother Teresa pada tahun 1993. -Foto SCU.EDU
Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang
menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati,
empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan
moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan
kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani.
Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya
mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan
lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan.
Mother theresa sememangnya seorang insan yang mempunyai dimensi
perasaan moral. Mana tidaknya kerana beliau merupakan seorang biarawati yang
telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong rakyat miskin di dunia. Gelaran
‘mother’ yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk menghargai sumbangan
insaniahnya kepada yang memerlukan. Walaupun insan mulia ini tidak pernah
melahirkan anak, beliau telah mejadi ibu angkat kepada jutaan orang miskin melalui
usahanya menerusi pertubuhan ‘Missionaries of Charity’ yang diasaskannya di
Calcutta, India pada tahun 1950. Sepanjang hayatnya, dia mengetuai pertubuhan
tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai fakir miskin, anak-anak yatim,
dan mereka yang sudah tidak ada harapan untuk hidup. Beliau mempunyai perasaan
simpati,empati, murah hati dan kasih sayang yang sangat mendalam terhadap insan
sesama manusia.
6
Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud
tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang
ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan
dan emosi moralnya. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada
bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah
lakunya. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan
kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini
adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral. Kemoralan
bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian
dan pemikiran.
Mother Teresa telah menunjukkan bahawa beliau bukan hanya mempunyai
penaakulan dan persaan moral sahaja malah beliau juga berjaya membuktikan yang
beliau akan melakukan apa sahaja untuk kebaikan orang lain. contohnya, Mother
Teresa mendirikan kongregasi baru di India dengan nama Missionaries of Charity
(Misionaris kasih sayang ) yang mendapat kebenaran daripada Vatikan dan disahkan
oleh Uskup Agung Kalkuta pada 7 Oktober 1950.Terdapat lebih daripada 610 pusat
servis di 123 buah negara termasuk pusat hospital untuk pesakit HIV/AIDS dan
pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin, yang
bernaung di bawah Missionaries of Charity.
7
The Missionaries Of Chartity (MC)
2.3 PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BERMORAL
Insan bermoral juga perlu mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji
dari segi prinsip-prinsip individu bermoral. Pemikir-pemikir moral telah
mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu
prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonom
Sesungguhnya, saya mempunyai pandangan bahawa Mother Theresa adalah
seorang wanita yang lebih berpegang kepada prinsip alturisme. Beliau mempunyai
hasrat yang tinggi dan tanggungjawab yang sangat besar iaitu membantu rakyat
yang dalam golongan miskin di dunia. Beliau sanggup untuk meninggalkan keluarga
tercinta negara tempat lahir sendiri semata-mata untuk membantu mereka yang
hidup dalam keadaan susah di negara lain. apa yang kita lihat, Mother Theresa
begitu mengambil berat dan lebih mementingkan kebaikan dan kesenangan orang
lain berbanding dengan kepentingan hidupnya sendiri. Kalau saya lihat, Mother
Teresa adalah insan yang tidak memiliki apa-apa. Hampir semua kekayaan yang
8
PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BEMRORAL
PRINSIP KEADILAN
Ada orang mengatakan adil itu saksama,
seimbang, samarata dan samarasa. Aristotle
menyatakan adil itu sebagai fair-minded
iaitu tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan. Keadilan
merupakan satu piawai penting dalam penilaian
moral. Keadilan membawa maksud tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk
kepentingan diri sendiri.
PRINSIP ALTURISME
Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri
bertujuan untuk kebaikan orang lain
mengatasi kepentingan diri sendiri. Biasanya
keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat
moral dan berperikemanusiaan.
Perasaan kasih sayang, simpati dan empati
menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.
PRINSIP AUTONOMI
Autonomi berasal daripada perkataan
autos beerti diri sendiri dan nomos beerti
undang-undang. Prinsip ini meliputi
pertimbangan bebas dan kebebasan memilih sesuatu. Perlakuan dan pertimbangan individu adalah hasil daripada tekanan kuasa atasan.
beliau miliki telah digunakan untuk membantu orang lain yang amat memerlukan
pertolongan daripadanya . Tetapi di mata saya, Mother Teresa adalah orang yang
sangat kaya dengan perasaan simpati juga empati. Mother Teresa telah membantu
jutaan orang yang menderita dan telah mengilhamkan kepada orang kaya dan miskin
agar sama-sama hidup penuh dengan kasih sayang.
2.4 Pemikiran moral
Bil Pemikiran moral
Penerangan
1 Naturalisme
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Mereka akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya keadaan itu. Sifatnya sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu mengeluarkan pendapatnya serta tidak mahu berinteraksi dengan orang lain. orang ini tiada motivasi dan kurang berusaha. Ini akan menghalang usaha dan matlamat hidup yang sempurna. Orang beraliran pemikiran ini cepat memenuhi kepuasan hidup, kurang membantah dan menjadi pengikut setia.
2 Emotivisme
Emotivisme berasal daripada perkataan emosi. Emosi adalah kebangkitan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Tiap-tiap orang suka kepada situasi yang gembira dan bertindak menjauhi diri daripada perasaan yang tidak menyeronokkan dirinya. Oleh itu, aliran pemikiran emotivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti. Peraan ini diketahui atau ditunjukkan melaui tingkah laku, air muka, suara tinggi dan kata-kata yang digunakan. Orang beraliran pemikiran ini boleh menjadi serius, bertanggungjawab dan mengambil berat tarhadap kerjanya.
3 Intuisionisme Perkataan intuision dalam bahasa latin ‘intueror’ bermakna memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan suatu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara intelektual. Orang beraliran intuision ini biasanya bertindak mengikut bisikan kecil hatinya. Unsur intuision boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut pengetahuan dan kefaham individu. Orang yang beraliran ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti atau kesannya. Individu ini cepat
9
membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya. Mereka juga mudah berkawan dan tidak mudah tersinggung atau mengambil hati atas sesuatu perkara.
4 Rasionalisme
Rasionalisme berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yakni sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik. Pemikiran ini adalah pemikiran yang akan mewujudkan pengalaman, pemikiran logik sendiri dan fikiran kerohanian yakni hasil ciptaan Tuhan. Orang yang beraliran pemikiran ini akan sentiasa mencari bukti dan kebenaran. Usaha dan ketekunan akan membawa kejayaan dan kemajuan diri.
Pada pendapat saya, Mother Teresa adalah salah seorang individu yang
mengamalakan pemikiran moral intuisionisme. Beliau telah membuat semua perkara
berasaskan kehendak hatinya yang ikhlas. Beliau langsung tidak menharapkan
balasan daripada orang yang dibantunya. Walaupun beliau tidak mempunyai dana,
beliau mula membina sebuah sekolah yang terbuka untuk kanak-kanak yang tidak
mempunyai rumah untuk berlindung di Calcutta pada tahun 1948. Tidak lama
kemudian beliau telah disertai oleh beberapa orang pembantu sukarelawan, dan
mendapat pelbagai sokongan kewangan daripada pelbagai organisasi gereja, serta
daripada pihak berkuasa perbandaran. Dengan itu beliau telah berusaha dengan
lebih gigih untuk mengembangkan lagi skop kerjanya dan pada 7 Oktober 1950,
beliau menerima kelulusan Paus untuk memulakan matlamat sendiri iaitu
"pendakwah sedekah", di mana tugas utamanya adalah untuk mengasihi dan
menjaga bagi orang yang tiada siapa yang sanggup untuk menjaga mereka. Pada
tahun 1950, Mother Teresa telah mengambil kewarganegaraan India. Selain itu,
Mother Teresa juga merupakan seorang yang mudah bermesra dengan orang ramai
tanpa mengira status mereka malah beliau sanggup meletakkan diri untuk berada di
tempat orang-orang yang miskin. Mother Teresa menjadi lambang bagi komitmen
yang tidak pernah lelah menolong kepada orang yang miskin dan menderita.
10
Gambar : Mother Teresa bersama kanak-kanak miskin di India
Tambahan lagi, Mother Teresa sememangnya seorang insan yang lebih
kepada mengamalkan pemikiran moral secara rasionalisme. Segala tindakan yang
beliau lakukan adalah berpunca daripada pemikirannya yang sentiasa berfikir dan
membuat pertimbangan dengan penuh rasional. Pada 10 September 1948, semasa
menaiki kereta api ke kota pergunungan Darjeeling untuk merawat penyakit
tuberculosis yang dihidapinya, beliau telah memberitahu bahawa beliau telah
menerima panggilan daripada Tuhan untuk "melayani dia di antara kaum yang
termiskin dari yang miskin". Maksudnya, Tuhan telah menyuruhnya untuk
meninggalkan biara dan membantu bagi menunjukkan kasih Tuhan kepada mereka
yang miskin, menderita dan tertindas. Lebih kurang setahun kemudian, beliau telah
mendapatkan kebenaran untuk meninggalkan Ordo dan berpindah ke Calcutta untuk
mendirikan sekolah pertamanya. Untuk menyamakan dirinya dengan orang miskin,
beliau telah mengambil keputusan untuk memilih kain Sari putih dengan pinggiran
biru dan pin salib yang sederhana di bahu kirinya. Tidak lama kemudian, beliau juga
telah membuka Nirmal Hriday ("Hati Suci"), iaitu rumah untuk orang yang miskin,
Shanti Nagar (Kota kedamaian) dan kemudian rumah yatim piatu pertamanya.
Mother Teresa dan pengikutnya terus membuka tempat-tempat di seluruh India
untuk merawat orang miskin. Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September,
1997 kerana penyakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. Seorang
yang datang melawat di hari kematiannya berkata '' Apabila saya lapar, dia
memberikan saya makanan. Semasa kaki saya patah, dialah yang membawakan
saya tongkat,'' kata Lal, 60. ''Apabila saya pergi untuk melihat tubuhnya beberapa
hari lalu, saya menangisdengan hati yang pahit. Tetapi saya tahu,dia bukan
meninggalkan dunia, lebih seperti dia sedang berehat.” Begitulah luahan hati salah
seorang yang pernah menerima pertolongan daripada Mother Teresa.
11
3.0 RUMUSAN
Rumusannya, insan yang bermoral adalah individu yang sentiasa untuk
mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan
seimbang dalam kehidupan seharian. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini
mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina
satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah
insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan
perasaannya.
Selain itu, Insan bermoral juga merupakan seorang invidividu yang mempunyai
konsep moral, akhlak dan etika yang tinggi. Tambahan lagi individu bermoral juga
mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari segi moral. Keperibadian
mulia adalah kecenderungan dan pembawaan diri yang stabil untuk bertindakbalas
kepada sesuatu situasi dengan bermoral, manifestasi dari sifat-sifat kebaikan,
kejujuran, tanggungjawab, menghormati orang lain dan lain-lain. Mereka adalah
insan yang mempunyai pemikiran-pemikiran moral tersendiri.
Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang
tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu
bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan
moral sebenarnya hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang
diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Oleh itu, insan
bermoral perlu peka dan memahami keperluan terhadap peraturan dalam
masyarakat.
12
Rujukan
Dr. Tam Yeow Kwai. 2006. Pendidikan moral Konsep Dan Pedagogi Pendidikan
Guru. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Eow Boon Hin. 2000. Pendidikan Moral. Selangor. Pearson Education Malaysian
Sdn. Bhd.
S. Allimalai Anandan. 16 Ogos 2011. Model Insan Moral.
http://blogallimalai.blogspot.com/2011/08/model-insan-moral-2.html. Dicapai pada 7 Mac 2013.
Tanpa Pengarang. 11 Disember 2012. Mother Teresa Indian Social Ctavist.
http://www.successfulwomens.com/famous-woman-mother-teresa-gods-gift-
to-humanity.html. Dicapai pada 12 Mac 2013.
Tree Builder. 2011. Profil insan moral.
http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html. Dicapai
pada 11 Mac 2013.
Rozita & Noradibah Roslan. 2009. Peranan Guru Dalam Membentuk Generasi Yang Bermoral Pada Masa Akan Datang.http://nroslan1.blogspot.com/2009/07/peranan-guru-dalam-membentuk-generasi.html. Dicapai pada 10 Mac 2013.
13