kkp moral

43
SENARAI KANDUNGAN BIL . PERKARA MUKA SURAT 1) BIODATA - 2) PENGHARGAAN - 3) 1.0 KONSEP MORAL 1.1 DEFINISI MORAL 1.2 KONSEP KEMORALAN 1.3 PERATURAN MORAL 1.3.1 CIRI-CIRI PERATURAN MORAL 1.3.2 PRINSIP PERATURAN MORAL 3 3 4 – 5 5 – 6 4) 2.0 KONSEP ASAS NILAI 2.1 FUNGSI NILAI 2.2 JENIS-JENIS NILAI 2.2.1 NILAI SUBJEKTIF 2.2.2 NILAI OBJEKTIF 2.2.3 NILAI INSTRUMENTAL 2.2.4 NILAI INTRINSIK 2.2.5 NILAI RELATIF 2.2.6 NILAI MUTLAK 7 7 8 8 8 9 9 9 10 5) 3.0 NILAI-NILAI MURNI DARIPADA PERSPEKTIF PELBAGAI AGAMA 3.1 AGAMA ISLAM 3.2 AGAMA BUDDHA 10 10 – 12 13 – 14 1

Upload: lawrence-chickenbiscuit

Post on 25-Dec-2015

274 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

teori dan agama

TRANSCRIPT

Page 1: Kkp Moral

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1) BIODATA -

2) PENGHARGAAN -

3) 1.0 KONSEP MORAL

1.1 DEFINISI MORAL

1.2 KONSEP KEMORALAN

1.3 PERATURAN MORAL

1.3.1 CIRI-CIRI PERATURAN MORAL

1.3.2 PRINSIP PERATURAN MORAL

3

3

4 – 5

5 – 6

4) 2.0 KONSEP ASAS NILAI

2.1 FUNGSI NILAI

2.2 JENIS-JENIS NILAI

2.2.1 NILAI SUBJEKTIF

2.2.2 NILAI OBJEKTIF

2.2.3 NILAI INSTRUMENTAL

2.2.4 NILAI INTRINSIK

2.2.5 NILAI RELATIF

2.2.6 NILAI MUTLAK

7

7

8

8

8

9

9

9

10

5) 3.0 NILAI-NILAI MURNI DARIPADA PERSPEKTIF

PELBAGAI AGAMA

3.1 AGAMA ISLAM

3.2 AGAMA BUDDHA

3.3 AGAMA HINDU

3.4 AGAMA KRISTIAN

10

10 – 12

13 – 14

15 – 16

17 – 18

6) 4.0 CADANGAN MENGIMBANGI NILAI MASYARAKAT

TANPA PENGORBANAN NILAI-NILAI MURNI

AGAMA

4.1 PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

19

19

1

Page 2: Kkp Moral

4.2 GAGASAN 1 MALAYSIA

4.3 RUKUN TETANGGA

4.4 RUMAH TERBUKA

4.5 KURSUS HUBUNGAN ETNIK DI INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI

20

21

22

23

7) 5.0 REFLEKSI 24 – 25

8) 6.0 RUJUKAN 26 – 27

9) 7.0 LAMPIRAN

BAHAGIAN A : KERTAS SOALAN KKP

BAHAGIAN B : BAHAN-BAHAN RUJUKAN

28

2

Page 3: Kkp Moral

1.0 KONSEP MORAL

1.1 DEFINISI MORAL

Mengikut pandangan Abdullah Zhidi, Mahdi, Dr. Mazlan, Mohd Fu’ad dan Dr.

Roslina (2014:19), mereka menyatakan bahawa kehidupan bermasyarakat menuntut

kita untuk bermoral, berakhlak dan beretika. Sejauh mana seseorang itu bertingkah

laku moral akan menjadi penentu sama ada ia diterima sebagai anggota masyarakat

atau dianggap sebagai ‘sampah’, ‘penyakit’ atau dihina oleh masyarakat. Bagi

sesetengah orang, kemoralan merupakan suatu yang berkait dengan tatahukum,

tatasusila atau tatatertib masyarakat yang diwujudkan di luar diri individu atau

beberapa peraturan maujud masyarakat yang ditetapkan oleh autoriti dalam

masyakat tersebut telah disokong oleh pendapat Abdul Rahman Anoff (1986:2). Dr.

Tam Yeow Kwai (2006:1) juga bersetuju bahawa moral boleh ditakrifkan sebagai

tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang

masyarakat.

Selain itu, menurut pandangan Abdullah Zhidi (2014:19) lagi, perkataan moral

berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘moralis’ yang bermaksud tingkah laku yang

sesuai dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Bermoral juga bermaksud

memiliki sifat-sifat baik dan terpuji selaras dengan kehendak keluarga, masyarakat

dan negara. Beliau juga menyatakan bahawa standard moral menjadi kawalan

terhadap tingkah laku supaya dapat bertindak dengan rasional terhadap sesuatu

keputusan moral. Keputusan moral adalah melibatkan penilaian tentang apa yang

dikatakan apa yang dikatakan sebagai benar, patut, betul, baik sesuai atau wajar.

Lebih-lebih lagi, Dr. Tam yeow Kwai juga merujuk Kamus Pelajar Baru

(2006:1) dalam buku penerbitnya untuk menjelaskan definisi perkataan moral adalah

ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbualan. Beliau juga

mengaitkan contoh tatasusila dan undang-undang masyarakat Malaysia

merangkumi segala nilai murni seperti baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-

menghormati, menyayang, adil, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan

mental, kejujuran, kerajinan, bekerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, berfikir

secara rasional dan memupuk semangat kemasyarakatan. Justeru, orang yang

bermoral dianggap sebagai orang ‘sihat’ dan ‘normal’ dari segi pemikiran, emosi dan

3

Page 4: Kkp Moral

kelakuan iaitu tidak bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan, peraturan dan undang-

undang sangat disokong oleh Abdullah Zhidi (2014:21)

1.2 KONSEP KEMORALAN

Kemoralan ialah satu instrument masyarakat secara keseluruhan untuk

memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka telah dijelaskan

oleh Eow Boon Hin (2002:3). Ia juga memerlukam individu atau kumpulan kecil

dalam kehidupan mereka. Beliau juga menerangkan kemoralan adalah suatu

institusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yang membantu dalam

bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional dalam kalangan ahli-ahli

masyarakat. Dari aspek psikologi, sosial dan falsafah moral, kemoralan bermula

sebagai satu set matlamat yang ditakrifkan secara budaya dan peraturan-peraturan

yang mengawal pencapaian matlamat ini. Jelasnya, kemoralan adalah sesuatu dari

luaran individu merangsang terhadap individu dan dipupuk ke dalam individu

sehingga menjadi tabiat.

Menurut pendapat Hobbes dalam buku Pengenalan Pendidikan Moral

(1986:2), beliau melihat masalah kemoralan sebagai masalah keamanan sosial.

Bagi Hobbes, tanpa peraturan sosial, akan wujud satu keadaan konflik endemik,

pertempuran dan peperangan yang mengakibatkan kehidupan menjadi “jahat,

bersifat binatang dan singkat”. Ringkasnya dalam bidang moral, Hobbes

mengajukan idea bahawa adalah tanggungjawab individu mematuhi pemerintah

sebagai autoriti moral. Di samping itu, pandangan Durkheim juga dipilih dalam buku

Pengenalan Pendidikan Moral (1986:3) dengan menyatakan bahawa kemoralan

terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang

cara seseorang harus bertindak dalam suatu situasi supaya peraturan-peraturan

moral diberi autoriti khas dan perlu dipatuhi.

Seterusnya, Abdul Rahman Anoff (1986:18) juga mengambil hujah Derek

Wright yang menjelaskan kemoralan bukanlah soal peraturan-peraturan masyarakat

sahaja, ia melibatkan juga kecenderungan atau sifat perangai dan ciri watak.

Pendapat Wright memang benar kerana cara dan gaya individu mengikuti peraturan-

peraturan masyarakatnya adalah suatu pertimbangan yang penting kerana ia

menentukan setakat mana tindakan-tindakan individu itu boleh dipuji dan

dijustifikasikan dari segi moral. Abdul Rahman Anoff (1986:19) juga menekankan

4

Page 5: Kkp Moral

bahawa peraturan sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan bagaimana

seseorang itu patut bertindak. Oleh itu, konsep moral perlu melibatkan pemupukan

sikap, sifat dan ciri watak yang cemerlang dari segi moral dan yang telah

dikenalpasti sebagai sifat-sifat murni oleh masyarakat yang bertamadun dan

berperikemanusiaan.

Kemoralan juga ialah kualiti dan sifat perlakuan atau tindakan yang

berdasarkan prinsip apa yang dianggap betul dan apa yang salah mengikut

penerangan Abdullah Zhidi (2014:22). Kemoralan merupakan elemen yang penting

dalam hubungan kemanusiaan dan masyarakatan. Beliau juga memperlihatkan

moral individu dan masyarakat boleh menjadi penentu kepada tahap kualiti dan

identiti masyarakat dan negara. Hal ini kerana baik dan buruk sesuatu masyarakat

dapat dilihat melalui amalan moral mereka dan perlu dilakukan secara kolektif.

Selanjutnya Abdullah Zhidi (2014:24) juga memetik konsep Harry Bowne iaitu

terdapat tiga jenis kemoralan yang merangkumi peribadi, sejagat dan mutlak.

Pertama, kemoralan peribadi merupakan usaha untuk bertingkah laku atau bertindak

dengan memikirkan akibat sama ada baik atau buruk yang akan terjadi. Kedua,

kemoralan sejagat merupakan peraturan umum yang ditentukan dan dapat diterima

oleh manusia sejagat, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Kemoralan

mutlak pula merupakan set peraturan yang mesti diikuti walaupun mengetepikan

kepentingan diri dan datang daripada satu kuasa luar yang lebih autoriti.

1.3 PERATURAN MORAL

Berdasarkan penjelasan Dr. Tam yeow Kwai (2006:7), beliau menyatakan

bahawa peraturan moral merupakan kajian tentang tingkah laku manusia yang

dianggapkan salah atau betul mengikut peraturan moral dan undang-undang yang

ada dalam masyarakat itu. Peraturan moral juga menekankan cara-cara manusia

berfikir, undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral itu. Hal ini

dipersetujui dengan pendapat Abdullah Zhidi (2014:31) yang menghuraikan

peraturan moral selari dan berdasarkan satu set peraturan, undang-undang yang

sistematik tentang tanggapan atau matlamat yang baik untuk masyarakat.

5

Page 6: Kkp Moral

1.3.1 CIRI-CIRI PERATURAN MORAL

Peraturan moral ini penting kerana manusia dilahirkan dalam suasana yang

berlainan sama ada dari segi ekonomi, sosial atau fizikal bumi telah diutarakan oleh

Dr. Tam yeow Kwai (2006:7). Peraturan moral bersifat autonomus dan rasional

memandangkan manusia memang berminat untuk memikirkan tingkah sendiri dan

orang lain serta membuat bandingan amat disokong oleh Abdullah Zhidi (2014:31).

Oleh itu, Dr. Tam yeow Kwai (2006:7) mencadangkan bahawa peraturan ini dibentuk

untuk menjadi identity kumpulan dan mengawal tingkah laku manusia supaya dapat

hidup dalam masyarakat yang aman, sistematik dan bertamadun. Antara ciri-ciri

peraturan moral yang dikemukakan oleh Abdullah Zhidi (2014:31-32) termasuklah

berbeza mengikut budaya, berubah-ubah, ciptaan manusia, tiada pengasa, hak

masyarakat, bukan bersifat individu dan tidak dikuatkuasakan kecuali yang berkait

dengan undang-undang.

1.3.2 PRINSIP PERATURAN MORAL

Menurut Abdullah Zhidi (2014:32), terdapat tiga prinsip peraturan moral

dominan yang mempengaruhi seseorang. Prinsip pertama ialah prinsip autonomi

yang bermaksud bebas, pertimbangan bebas dan kebebesan memilih. Beliau

menerangkan prinsip ini dengan lebih mendalam bahawa keputusan dan tindakan

yang seseorang lakukan haruslah bebas daripada dipengaruhi atau dipaksa oleh

orang lain. Jika tingkah laku seseorang ‘dipengaruhi’ atau membawa tujuan tersirat,

maka tindakan tersebut dianggap tidak bermoral walaupun ia menghasilkan kesan

atau akibat yang baik.

Seterusnya, Dr. Tam yeow Kwai (2006:7) menjelaskan prinsip keadilan

merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat

keadilan juga membolehkan seseorang individu menggunakan kuasanya dengan

6

Page 7: Kkp Moral

saksama dan tidak ada perasaan pilih kasih atau tamat dalam menjalankan

tugasnya. Prinsip Altruisme pula ialah apa sahaja yang dilakukan oleh individu dan

dalam pertimbangan sedemikian adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika

perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan

mengambil berat tentang kebajikan orang lain telah dihuraikan oleh Abdul Rahman

Anoff (1986:22). Altruisme dipercaya akan menjauhkan individu daripada kejahatan

mementingkan diri.

2.0 KONSEP ASAS NILAI

Mengikut penerangan Eow Boon Hin (2002:8), nilai dihuraikan sebagai

sesuatu benda atau perkara boleh dilihat pertamanya dari segi harga yang boleh

dikira dengan aritmetik, dan keduanya dari kualiti yang intrinsik, iaitu sesuatu benda

yang boleh dirasai secara ‘dalaman’ atau dalam pemikiran kita. Sebenarnya moral

itu ialah sejenis nilai, walaupun bukan semua nilai itu adalah moral. Oleh itu, beliau

merumuskan nilai boleh wujud dalam banyak aspek, perkara dan bidang. Selain itu,

Nilai merupakan standard dan prinsip individu dalam mempertimbangkan harga

sesuatu benda dan juga kriteria pemilihan sesuatu benda, situasi dan manusia telah

diterjemahkan oleh Dr. Tam yeow Kwai (2006:14). Pertimbangan ini termasuk baik

rupa, berfaedah, diingini atau sebaliknya buruk, busuk, benci dan lain-lan lagi.

Dr. Tam yeow Kwai (2006:14) juga menyokong hujah Nicholas Rescher yang

telah memberi beberapa definisi terhadap perkataan nilai. Sebagai tamsilan, semua

objek mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objek itu supaya dapat

mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu berdasarkan pendapat

George Lundberg. Reschers juga memetik huraian Robert Part tentang sebarang

objek yang mulia dihargai maka ia bernilai. Beliau juga memberikan pengertian nilai-

nilai ialah motif yang diperhatikan seperti objek itu, kualiti atau syarat-syarat yang

memotivasikan. Pandangan Philip E. Jacob juga dipetik untuk menjelaskan nilai

ialah piawai norma masyarakat yang dipengaruhi oleh perikemanusiaan.

Di samping itu, Sufean Hussin (1995:9) telah menggariskan bahawa nilai

adalah aspek kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran dan emosi

manusia tentang pengalamannya dalam proses interaksi dengan alam sekitar dan

masyarakat manusia. Selanjutnya, beliau juga menjustifikasikan bahawa manusia

menetapkan nilai ‘baik atau bagus’ kepada perkara yang mendatangkan faedah,

7

Page 8: Kkp Moral

keseronokan dan kesejahteraan. Disebaliknya, nilai ‘buruk atau jahat’ diberikan

kepada perkara yang mendatangkan kemudaratan dan yang menganggu

kesejahteraan hidup. Lebih-lebih lagi, Sufean Hussin (1995:10) juga memetikkan

huraian daripada Allport bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan

manusia memllih sesuatu corak tingkah laku. Dengan ini, Williams (1995:10)

mengatakan bahawa nilai yang dipegang oleh seseorang merupakan kriteria bagi

individu itu membuat keputusan memilih cara bertingkah laku untuk mencapai

keinginannya.

2.1 FUNGSI NILAI

Pada pandangan Eow Boon Hin (2002:10), beliau mengatakan bahawa nilai

memainkan peranan sebagai satu kriteria atau piawai yang konsisten dan kukuh

bagi sseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka

adalah baik, betul dan boleh diterima. Fungsi nilai ini membenarkan individu dan

masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang

boleh dilakukan oleh diri sendiri dan orang lain, serta boleh menilai kemoralan diri

sendiri dan juga orang lain. Merujuk kepada pemahaman Abdullah Zhidi (2014:55)

pula, nilai berfungsi sebagai panduan, rujukan dan tunjuk arah untuk menyelesaikan

konflik moral. Nilai moral mungkin berkonflik antara satu sama lain, tetapi suatu

panduan dari nilai sendiri akan dirujuk untuk menyelesaikan konflik berkenaan. Nilai

juga diaplikasikan sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau

masyarakat telah diamalkan oleh Eow Boon Hin (2002:11). Seseorang individu akan

atau tidak akan melakukan sesuatu atau bersikap mengikut kehendak nilai yang

dipegang olehnya.

2.2 JENIS-JENIS NILAI

2.2.1 NILAI SUBJEKTIF

Nilai subjektif boleh didefinisikan sebagai pandangan seseorang tentang

sesuatu perkara berdasarkan persetujuan atau penolakan sesuatu nilai atas sebab

suatu peristiwa telah diterangkan oleh Abdullah Zhidi (2014:56). Pandangan ini

bersifat dalaman yang terhasil dari pemikiran sedar dalaman individu. Maksudnya,

nilai subjektif boleh memberi gambaran terhadap minat, keinginan dan harapan

8

Page 9: Kkp Moral

terhadap kualiti nilai yang dibincangkan. Oleh itu, ia boleh diringkaskan sebagai

kelahiran pandangan seseorang tentang nilai yang dipersetujuinya atau tidak.

2.2.2 NILAI OBJEKTIF

Dr. Tam yeow Kwai (2006:15) pula membandingkan nilai objektif merupakan

kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi, diterima

atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau

kebanyakan orang.

2.2.3 NILAI INSTRUMENTAL

Menurut Abdullah Zhidi (2014:59), nilai instrumental juga dirujuk sebagai nilai

ekstrinsik. Makna nilai membawa maksud suatu kualiti yang diterima atau ditolak

sebagai alat untuk mencapai sesuatu. Nilai ini akan bergantung kepada nilai lain

untuk mencapai sesuatu matlamat. Ungkapan Eow Boon Hin juga digunakan dalam

buku Pengantar Pendidikan Moral (2014:59) iaitu nilai ini boleh dikategorikan

sebagai nilai kedua yang merujuk kepada sikap jujur, bijjak, rajin, saling

menghormati dan sebagainya. Oleh itu, beliau mendefinisikan nilai instrumental ialah

pembentukan suatu nilai bagi mewujudkan satu nilai yang lain.

2.2.4 NILAI INTRINSIK

Nilai tersebut merupakan kualiti yang diterima semata-mata kerana ia baik

atau buruk tanpa mengira kesannya, tidak bergantung pada nilai lain untuk

mencapai sesuatu matlamat akhir telah dinyatakan oleh Dr. Tam yeow Kwai

(2006:15) dengan mudah. Jadi, Abdullah Zhidi (2014:61) mengutarakan petikan Eow

Boon Hin yang menyatakan nilai ini merupakan nilai peringkat pertama, misalnya

baik hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya.

2.2.5 NILAI RELATIF

Berdasarkan pandangan Dr. Tam yeow Kwai (2006:15), nilai relatif

merupakan nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk

9

Page 10: Kkp Moral

mencapai sesuatu matlamat masyarakat. Ia adalah ‘tidak tentu’, ‘tidak sempurna’,

dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan serta boleh berubah mengikut

masa. Penjelasan disambungkan oleh Abdullah Zhidi (2014:62) berkaitan dengan

corak pemikiran dan jenis masalah yang dihadapi akan boleh merubah pandangan

tentang nilai yang dipegang. Secara kesimpulannya, kemungkinan akan terjadinya

perubahan nilai dalam sesebuah masyarakat apabila terdapat perubahan

pandangan mengikut perubahan zaman.

2.2.6 NILAI MUTLAK

Abdullah Zhidi (2014:63) menghuraikan bahawa nilai mutlak pula adalah nilai

yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah

masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umum dan diuji atau

terbukti sama ada nilai itu baik ataupun buruk. Dengan kata lain, nilai ini adalah

berkekalan sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua

situasi norma masyarakat. Beliau juga memberikan perspektifnya terhadap nilai

mutlak merupakan konsep nilai yang konsisten dan telah diterima oleh masyarakat

sebagai batasan supaya seseorang itu bertindak mengikut jalan atau norma yang

betul. Justeru itu, tindakan yang baik akan diterima oleh semua masyarakat dan

sebaliknya.

3.0 NILAI-NILAI MURNI DARIPADA PERSPEKTIF PELBAGAI AGAMA

3.1 AGAMA ISLAM

3.1.1 PENGENALAN

Menurut Abdullah Zhidi (2014:66), Islam bukan setakat satu agama atau

pegangan hidup tetapi Islam adalah keseluruhan cara hidup yang bersepadu (al-

din). Seseorang yang beragama Islam mesti menerima dan mengamalkan prisinp

dan nilai-nilai Islam untuk keseluruhan hidupnya. Maksudnya, orang Islam bukan

sahaja mengaku dan yakin kepada Tuhan (Allah) tetapi juga mestilah mendirikan

sembahyang (solat), menunaikan zakat, puasa, melakukan kerja yang dibenarkan

10

Page 11: Kkp Moral

oleh agama, mengambil makanan yang halal, pakaian bersopan dan menutup aurat,

tidak minum arak, tingkah laku yang beradab sopan dan sebagainya yang meliputi

keseluruhan cara hidup. Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa Islam adalah agama

Wahyu daripada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penyampai dan

Rasul Akhir.

Selain itu, ajaran Islam juga mencakupi aspek aqidah, ibadah dan akhlak

telah dinyatakan oleh Abdul Rahman Md. Aroff (2008:75). Aqidah adalah keimanan

dan kepercayaan terhadap Allah S.W.T, Tuhan yang wajib disembah dan tiada

Tuhan melainkan-Nya. Kepercayaan dan keimanan ini pula dimanifestasikan

menerusi syariah dan ibadah. Aqidah yang bersih pasti melahirkan akhlak yang

bersih dan mulia, manakala aqidah yang tidak mantap dan kacau bilau bakal

melahirkan akhlak yang hina dan tidak sempurna. Ibadah pula merupakan

pengabadian diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Ketaatan, tunduk dan patuh

kepada segala suruhan Allah S.W.T. Oleh itu, asas ibadah dalam Islam ialah hakikat

bahawa manusia adalah mahkluk dan hamba kepada Penciptanya.

Sambungan daripada kata-kata Abdul Rahman Md. Aroff (2008:76), Akhlak

bermaksud perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama.

Berdasarkan pengertian ini, akhlak merupakan sifat semula jadi, tabiat, maruah dan

agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Secara

kesimpulannya, akhlak dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting bagi

menentukan tingkah laku dan membentuk serta memelihara peribadi mulia manusia

telah digariskan oleh Abdul Rahman Md. Aroff (2008:92). Ruang lingkup akhlak

dalam Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan manusia bertujuan memelihara

keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Justeru, akhlak Islam mampu

menangani setiap permasalahan dan membimbingan umat Islam ke arah jalan benar

dan membawa kebahagian serta keselamatan hidup jika dipraktikkan dengan betul.

3.1.2 PERKAITAN JENIS-JENIS NILAI MURNI

11

Page 12: Kkp Moral

Pada pandangan saya, nilai-nilai akhlak yang terkandung dalam ajaran

agama Islam dapat dikaitkan konsep nilai instrumental atau nilai ekstrinsik yang

menekankan bahawa tingkah laku seseorang adalah bergantung pada nilai lain

untuk mencapai sesuatu matlamat. Hal ini kerana dalam kalangan umat agama

Islam percaya bahawa baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu

sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah

S.W.T dikatakan baik dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan

kemurkaan-Nya dikatakan jahat dan keji mengikut hujah Abdul Rahman Md. Aroff

(2008:77). Sebagai tamsilan, Ezad Azraai Jamsari, Roziah Sidik, Nasrudin Yunos

dan Zulkarnain Mohamed (2004:126) memberikan contoh Islam memperincikan

konsep interaksi dan komunikasi yang baik antara pelbagai lapisan masyarakat dan

menganggapnya sebagai satu kewajipan serta diberikan ganjaran pahala. Para

tokoh dalam buku Pengajian Islam (2004:127) menyarankan bahawa para umat

Islam perlu memberi taat, hormat dan bersopan dalam komunikasi apabila di bawah

jagaan ibu bapa. Disebaliknya, semasa tidak berada di bawah jagaan ibu bapa,

anak-anak mestilah hormat, mendengar nasihat, memberi respon dengan baik,

selalu menghubungi, membantu dan sebagainya supaya amalan murni nilai akhlak

seperti nilai taat dan menghormati ibu bapa bukanlah semata-mata untuk mencari

manfaat atau kepentingan diri sendiri tetapi lebih berhasrat untuk mendapat

keredaan daripada Allah S.W.T dan memperoleh kebahagian di akhiratnya.

Di samping itu, saya juga mengaitkan hubungan nilai mutlak dengan nilai-

nilai akhlak yang dititikberatkan dalam agama Islam iaitu pengamalan nilai akhlak

tidak terikat kepada kebiasaan sesebuah kelompok umat Islam tetapi lebih diterima

dan diuji secara umum oleh agama Islam sebagai baik atau buruk serta kekal

sepanjang masa tidak kira seseorang penganut Islam di mana-mana tempat

mahupun bukan di tanah Islam. Pendapat saya bertepatan dengan hujah Abdul

Rahman Md. Aroff (2008:77) bahawa sifat dan gambaran batin yang indah serta

kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. Dalam islam, sifat

dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya, iaitu Allah

S.W.T. Misalnya, individu dikehendaki menyayangi ibu bapanya, saudaranya, malah

haiwan juga, mengasihani fakir miskin serta menjauh sifat sombong, riak dan iri hati

supaya umat-umat Islam tidak menjatuhkan maruah diri apatah lagi ajaran daripada

Islam yang suci dan murni. Tambahan lagi, beliau (2008:87) menyatakan bahawa

12

Page 13: Kkp Moral

Akhlak Islam yang disampaikan dan dihuraikan oleh Rasullah mengandungi tatacara

akhlak yang mahmudah, cara memperoleh akhlak yang mulia dan kaedah

membuang akhlak yang keji. Saya juga ingin menerapkan contoh amalan ahklak

yang murni dan mutlak yang dipetikkan oleh Abdul Rahman Md. Aroff (2008:88)

seperti dalam peraturan Islam, mengamalkan riba diharamkan kerana berlaku

penindasan dan penganiayaan terhadap orang miskin. Perkara ini termaktub di

dalam al-Quran sebagaiman firman Allah S.W.T yang bermaksud “Padahal Allah

telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (al-Quran; surah al-Baqarah :

ayat 275). Jelasnya, saranan dan amalan nilai akhlak yang mutlak oleh agama Islam

yang bersumber wahyu Illahi amat sempurna dengan fitrah manusia dengan

mendorong sifat para umat Islam menuju ke arah kesempurnaan.

3.2 AGAMA BUDDHA

3.2.1 PENGENALAN

Berdasarkan pemahaman Abdullah Zhidi (2014:73), Buddhisme adalah

agama yang diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha iaitu seorang yang

kuat berusaha untuk mencapai ketinggi moral dalam kehidupan, dan mencari

keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah untuk

memberikan panduan kepada manusia tentang kehidupan yang bermaruah dan

berasaskan etika kehidupan yang sempurna. Oleh yang demikian, matlamat dalam

kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil ‘Nirwana’. Untuk

itu, seseorang itu perlulah melepasi ‘Empat Kebenaran Mulia’ atau tahap

penderitaan dalam kehidupan yang merangkumi kebenaran tentang kesengsaraan

(Dukkha), kebenaran tentang sebab musabab (Trisna), kebenaran tentang

penghapusan kesengsaraan dan pencapaian matlamat (Nirwana) dan kebenaran

tentang cara mengatasi Dukkha menggunakan ‘Jalan Mulia Lapan Lapis’.

Menurut Mohd Rosmizi, Wan Mohd fazrul Azdi, Marina Munira dan

Roslizawati (2013:109), Lapan Jalan atau Jalan Lapan Lapis Mulia adalah jalan atau

cara hendak keluar dan bebas daripada tanha. Ia adalah disiplin diri dan melibatkan

aktiviti dan perasaan seperti pandangan yang benar, pemikiran yang benar,

percakapan yang benar, perbuatan yang benar, penghidupan yang benar, usaha

yang benar, perhatian yang benar serta meditasi yang benar. Tokoh-tokoh dalam

penerbitan buku Agama-Agama Di Dunia (2013:109) juga menerangkan konsep

13

Page 14: Kkp Moral

tanha adalah akar umbi atau punca kepada segala masalah. Ia merupakan

keinginan, keperluan dan kemahuan iaitu perasaan menginginkan sesuatu yang

sentiasa tidak putus. Ringkasnya, ia adalah perasaan nafsu yang sentiasa

menginginkan sesuatu.

Dengan kata lain, untuk mencapai kepada ‘empat kebenaran Mulia’ tersebut

seseorang penganut Buddha perlulah melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai

‘Jalan Mulia Lapan Lapis’ telah diutarakan oleh Abdullah Zhidi (2014:73). Ini adalah

jalan terakhir merangkumi lapan perkara dalam usaha mengatasi segala masalah

kehidupan. Secara umumnya, agama Buddha mengajar penganutnya mengelakkan

kejahatan termasuk pembunuhan, membersihkan minda dari pemikiran yang

membinasakan orang lain, sentiasa berbuat baik kepada setiap orang dan mencintai

serta menghargai orang lain.

3.2.2 PERKAITAN JENIS-JENIS NILAI MURNI

Pada pandangan saya, nilai-nilai murni yang didapati dalam ajaran agama

Buddha dapat dihubungkaitkan dengan nilai subjektif yang bermaksud individu

dapat menilai sesuatu perkara atau membuat sesuatu keputusan tanpa bergantung

kepada pandangan orang lain secara rasional dan bermunasabah. Perkaitan saya

mempunyai relevan dengan petikan Abdul Rahman Md. Aroff (2008:57) iaitu tujuan

utama ajaran agama Buddha ialah perkembangan minda yang reflektif dalam

melepaskan kepercayaan yang palsu. Ini bukanlah merujuk kepada pemikiran

berhubung dengan pandangan yang tetap dan prejudis atau pemikiran yang

mengetahui segalanya atau pemikiran yang menerima segala yang dikatakan oleh

orang lain adalah benar. Oleh itu, penganut Buddha mempercayai bahawa ini adalah

pemikiran terbuka terhadap Empat Kebenaran Mulia dan renungan tentang apa

‘ternampak’ dalam pemikiran sendiri. Dengan contoh situasi yang cuba saya berikan

tentang seorang penganut Buddha yang bernama Lee Ming, dia menyakinkan diri

untuk tegur rakan-rakan yang sentiasa memberi alasan dan melarikan diri daripada

jadual harian pembersihan kelas bahawa menjaga kebersihan kelas adalah

tanggungjawab bersama untuk menikmati suasana pembelajaran yang kemas dan

selesa dengan adanya pandangan, pemikiran, percakapan dan percakapan yang

benar seperti yang termaktub dalam contoh prinsip utama Jalan Lapan Lapis Mulia.

14

Page 15: Kkp Moral

Di samping itu, saya juga mendapati bahawa nilai-nilai murni yang disyorkan

oleh agama Buddha amat rapat dengan nilai mutlak iaitu penganut Buddha adalah

harus mematuhi amalan-amalan murni yang dicadangkan oleh agama diri sendiri

untuk mengatasi penderitaan yang dipenuhi dalam kehidupan supaya manusia

dapat mencapai kesempurnaan hidup dan menuntut karma yang baik. Buktinya,

Abdul Rahman Md. Aroff (2008:58) menekankan bahawa satu kewajipan penganut

Buddha ialah dana (pemberian) kepada sesiapa yang miskin dan memerlukan

bantuan kerana cara itu individu berkenaan akan mendapat pahala. Oleh itu, nilai

yang paling penting dalam agama Buddha ialah baik hati kepada semua mahkluk

lain kerana semua makhluk mempunyai hak untuk hidup. Dengan menghayati nilai

baik hati, individu itu juga akan memahami perasaan akibat kesengsaraan mahkluk

lain. Amalan nilai baik hati akan membawa individu kepada kehidupan yang mulia.

Tegasnya, asas agama Buddha boleh dirumuskan seperti yang dikatakan oleh

Gautama Buddha, iaitu ‘membuat kebajikan, jauhkan segala kejahatan dan jernihkan

hati.

3.3 AGAMA HINDU

3.3.1 PENGENALAN

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (2008:63), agama Hindu merupakan agama

tertua di dunia. Agama ini memaparkan evolusi pemikiran manusia dari satu zaman

ke satu zaman. Justeru, agama ini tidak mempunyai pengasas atau satu kitab suci

tertentu. Beliau juga meneruskan huraiannya bahawa kitab dan ajaran terawal yang

tertulis dalam bahasa Sanskrit adalah dalam empat Veda (kebijaksanaan daripada

Cahaya Putih), iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Atharva Veda dan Sama Veda. Secara

amnya, ilmu yang disampaikan di dalam Veda berkuasa kejiwaan tinggi atau

kesedaran tinggi, bukan sekadar intelektual.

Seterusnya, sistem atau konsep ketuhanan agama Hindu adalah berdasarkan

sistem Trimurti mengikut penerangan Mohd Rosmizi (2013:39). Mereka

mempercayai wujudnya tiga tuhan di alam ini dan setiap mereka mempunyai tugas-

tugas tertentu. Tuhan yang pertama ialah Brahma yang merupakan tuhan pencipta

yang telah menciptakan segala mahkluk. Tuhan yang kedua ialah Vishnu yang

bertugas sebagai penjaga alam ini. Tuhan yang ketiga pula ialah Shiva yang

merupakan tuhan pemusnah yang menyebabkan berlakunya malapetaka dan

15

Page 16: Kkp Moral

kemusnahan alam ini. Tambahan pula, satu ajaran terpenting dalam agama Hindu

yang ditekankan oleh Abdul Rahman Md. Aroff (2008:64) ialah kewujudan satu

Tuhan yang maha esa dan teragung. Di dalam Veda, Tuhan teragung ialah

Brahman.

Menurut Abdullah Zhidi (2014:71-72) pula, Agama Hindu mempraktikkan

kepercayaan dan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada tuhan, tolak ansur,

ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan dengki, ampun dan maaf, menimba

ilmu, kemanusiaan, tidak fanatic terhadap agama, memerangi hawa nafsu,

mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda.

Dalam konteks prinsip moral yang diamalkan, terdapat dua bidang yang

diklasifikasikan iaitu Yamas ‘moral diri sendiri’ dan Niyamas ‘moral untuk

kepentingan masyarakat umum. Ternyata sifat yang dituntut adalah bersifat sejagat

dan mempunyai nilai moral yang sama. Secara mendalamnya, Yamas adalah

merujuk kepada akhlak yang harus dimiliki oleh setiap individu dalam kehidupan

sehariannya. Manakala Niyamas merupakan akhlak yang lebih umum merujuk

kepada sifat yang harus dimiliki dalam konteks bermasyarakat dan negara.

3.3.2 PERKAITAN JENIS-JENIS NILAI MURNI

Pada pendapat saya, amalan dan nilai murni agama Hindu dapat dikaitkan

dengan nilai objektif kerana penganut Hindu amat bersetujui kepada konsep doktrin

karma yang berkaitan kelahiran semula ditentukan oleh tindakan individu dalam

kewujudan seperti yang diamalkan oleh Agama Hindu secara kukuhnya. Hal ini

dapat dijelaskan oleh Mohd Rosmizi (2013:43) bahawa agama tersebut

mempercayai bahawa kehidupan manusia akan sentiasa berulang-ulang seperti satu

roda yang tiada permulaan dan pengakhiran. Agama tersebut juga tidak

mempercayai bahawa kehidupan ini akan berakhir dengan kematian. Oleh itu, ia

juga tidak mempercayai adanya titik permulaan dan titik pengakhiran di dalam

kehidupan ini.

Abdul Rahman Md. Aroff (2008:65) dapat menyatakan dengan mendalam

kerana agama Hindu dan penganutnya mempercayai tentang konsep doktirn karma.

Karma secara amnya menerangkan bahawa perbuatan baik atau jahat akan

menentukan kelahiran yang seterusnya. Sememangnya, setiap roh (atma) individu

dilahirkan semula sebagai memberi peluang kepada roh menebus segala dosanya

16

Page 17: Kkp Moral

dan menikmati segala pahalanya. Selagi roh itu tidak dapat menebus dosanya, tidak

dapat mencapai tahap mokhsa yang bermaksud kebebasan kerohanian. Justeru itu,

ungkapan Rajantheran diterbitkan dalam buku Teori Etika dan Amalan Moral

(2008:65) bahawa pusingan kelahiran semula merupakan suatu penderitaan

(samsara) dan setiap penganut Hindu akan berusaha mencapai mokhsa dengan

mengelakkan perbuatan dosa, menambahkan pahala, menguatkan iman dan

sembahyang.

Selanjutnya, nilai-nilai murni telah dijadikan panduan dalam agama Hindu

supaya penganut Hindu sentiasa dapat mengamalkan perbuatan yang baik dan

hindari kejahatan untuk mencapai mokhsa apabila berhadap dengan doktrin karma.

Contohn yang digariskan oleh Abdul Rahman Md. Aroff (2008:65) termasuklah

Ahimsa (kasih sayang), Kahamaa (timbang rasa atau baik hati), Sathya ( mencintai

kebenaran) dan nilai lain yang patut dipratikkan. Di samping itu, perayaan

Thaipusam dan Deepavali yang disambut oleh penganut Hindu juga membantu

dalam pencapaian tahap mokhsa dengan mempercayai bahawa Tuhan dapat

menghindarkan manusia daripada segala kejahilan dan kejahatan serta

mengukuhkan nilai murni agama Hindu. Justeru, agama Hindu juga mengamalkan

amalan nilai iaitu perlakuan burus harus dikikiskan, manakala yang baik dikukuhkan.

3.4 AGAMA KRISTIAN

3.4.1 PENGENALAN

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (2008:70) menklasifikasikan bahawa

pengasas Kristian adalah Jesus Christ dan tahun kelahirannya dikenali sebagai

Tahun Masihi. Pada kira-kira tahun 27 Masihi, Jesus menerima wahyu daripada

Tuhan. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa Jesus ialah penyelamat.

Kitab suci Kristian ialah Bibble dan terdapat juga Kitab Injil Lama (ditulis sebelum

kelahiran Jesus) dan Kitab Injil Baru (ditulis oleh pengikut Jesus). Beliau juga

menyatakan bahawa ajaran Kristian berpusat kepada empat tema utama, iaitu

kemuliaan Tuhan, imej Christ, rohaniahTuhan dan Kehidupan abadi.

Sambungan daripada pengenalan Abdul Rahman Md. Aroff (2008:71),

kemuliaan Tuhan ialah menerima Tuhan, pencipta seluruh alam dan maha pengasih,

penyayang dan pengampun. Kemuliaan tuhan ini dimanifestasikan dalam segala

usahanya, terutama menolong dan menyelamatkan orang yang berdosa. Imej Christ

17

Page 18: Kkp Moral

pula memuliakan Tuhan. Dengan kata lain, Individu yang mengamalkan kehidupan

Kristian akan melahirkan Christ di dalam hati sendiri, iaitu menyempurnakan hidup

yang berharmoni dengan takdir tuhan. Selain itu, beliau juga menerangkan bahawa

rohaniah tuhan muncul apabila Tuhan memperguna kuasa tertingginya dalam dunia

yang berdosa untuk menolong dan menyelamatkan orang yang berdosa. Dalam

kehidupan abadi, individu itu akan mengenali Tuhan dan Jesus Christ yang dihantar

oleh Tuhan untuk menyelamatkan alam dunia yang berdosa. Oleh itu, kehidupan

abadi ialah persaudaraan rapat dengan Tuhan.

Terdapat dua rukun utama dalam ajaran Kristian mengikut pemahaman Abdul

Rahman Md. Aroff (2008:72) iaitu cintailah Tuhan dengan seluruh hati, jiwa raga dan

mindamu serta cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri. Nilai utama yang

menjadi panduan kehidupan orang Kristian adalah cinta atau kasih saying dalam

bentuk keadilan, keampunan dan taat. Tambahan pula, untuk mengadakan kasih

saying yang berkesan, individu yang mengamalkan keadilan, keampunan dan

ketaatan memerlukan beberapa peribadian, terutama kecerdasan, keberanian,

disiplin swadiri dan kerendahan hati. Oleh itu, Kesemua nilai moral ialah wahyu

daripada Tuhan dalam kitab Injil. Sehingga ke hari ini, agama Kristian kekal

mendominasi sebagai agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di

dunia.

3.4.2 PERKAITAN JENIS-JENIS NILAI MURNI

Pada pemahaman saya, amalan dan nilai murni yang ditekankan oleh agama

Kristian lebih berarah kepada nilai mutlak di mana kepercayaan dan cinta Tuhan

adalah satu kepatuhan yang wajar kepada penganut-penganut Kristian supaya

dosa-dosa yang dilakukan dalam kehidupan mereka dapat diampunkan seperti yang

termaktub dalam kitab Holy Bibble dalam ajaran Kristian. Hal ini dapat diterangkan

oleh Abdul Rahman Md. Aroff (2008:72) bahawa bagi individu yang berdosa, Tuhan

akan mengampunkanya dan sesiapa yang taat kepada agamanya akan menikmati

kehidupan abadi. Contohnya, penganut Kristian yang mengamalkan nilai murni

seperti cinta kepada jiran atau orang lain seperti mencintai diri sendiri pula akan

mematuhi undang-undang Tuhan, iaitu tidak berzina, membunuh, mencuri atau

bohong yang disarankan oleh ajaran Kristian. Jadi, dia tidak akan membenci atau

berdendam, sebaliknya menunjukkan perasaan baik hati kepada jiran mereka.

18

Page 19: Kkp Moral

Beliau merumuskan bahawa individu yang mencintai Tuhan akan mematuhi segala

perintahnya dengan penuh cinta dan berkhidmat kepada jiran, juga dengan penuh

kasih sayang.

Selain itu, Abdul Rahman Md. Aroff (2008:73) juga mengambil petikan

daripada Carpenter bagi menghuraikan sebab-sebab penganut Kristian haruslah

percaya dan cinta terhadap Tuhan dalam ajaran Kristian secara mutlak Mematuhi

rukun adalah baik tetapi tidak mencukupi kerana terdapat orang gagal mematuhi

kemahuan Tuhan yang sebenarnya. Contohnya, mereka mengabai tanggungjawab

menjaga ibu bapa tetapi berpura-pura alim dengan memberi wang gereja ikut

pandang Carpenter. Tegasnya, adalah salah mematuhi rukun Kristian dengan beria-

ia ‘menuntup mata’ kepada permintaan yang lebih tinggi oleh Tuhan. Seterusnya,

pendapat saya juga bertepatan dengan ungkapan yang dikemukakan oleh Eow

Boon Hin (2002:66) bagi menunjukkan amalan nilai murni dalam ajaran Kristian

merupakan suatu kewajipan :

“The conduct of the Christians in their daily lives is controlled

by commands and prohibitions in the Ten Commandments.

Apart from establishing commands which must be obeyed by a

Christian, the Old Testaments also pay great attention to the

morality of man.” (The Old Testament)

Secara kesimpulannya, agama Kristian juga amat mementingkan amalan dan

nilai murni seperti yang ditekankan oleh ajaran-ajaran agama lain yang mulia.

4.0 CADANGAN MENGIMBANGI NILAI MASYARAKAT TANPA PENGORBANAN

NILAI-NILAI MURNI AGAMA

4.1 PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Melalui pautan laman web khidmat negara

(http://www.khidmatnegara.gov.my/), pelaksanaan program latihan khidmat negara

dimulakan sejak tahun 2004 dan jangka masa latihan adalah selama 3 bulan secara

berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Tujuan

utama PLKN dilaksanakan merangkumi peningkatan semangat patriotism dalam

kalangan generasi muda, pemupukan perpaduan kaum serta intergrasi nasional,

pembentukan perwatakan positif melalui nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat

19

Page 20: Kkp Moral

kesukarelaan dan juga melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan

penuh keyakinan. Seterusnya, PLKN adalah berteraskan Rukun Negara dan

mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul iaitu modul

fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti.

PLKN juga tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut trend yang diamalkan oleh

negara lain.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa program latihan khidmat negara amat

sesuai dijalankan kepada remaja-remaja warga Malaysia kerana ia merupakan satu

program yang menerapkan persefahaman dan pengimbangan nilai dan amalan

murni yang patut dikongsikan antara pelbagai agama serta adatnya tanpa

kewujudan sebarang pengkritikan atau pembicaraan agama yang mendominasikan

rakyat. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008:182), beliau juga bersetuju bahawa

PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum,

terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan

menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak

mengira kaum atau agama.

Hal ini juga meliputi unsur pelaksanaan modul kenegaraan yang dapat

menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta

mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum seperti yang telah diutarakan oleh

Shamsul Amri Baharuddin (2008:182). Apabila wujudnya rasa cintakan negara

dalam diri peserta, perpaduan kaum dan intergrasi nasional serta saling kerjasama

antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai satu

matlamat.

4.2 GAGASAN 1 MALAYSIA

Saya juga berpendapat bahawa konsep Gagasan 1 Malaysia yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam, Dato’ Sri Mohd Najib

Bin Tun Hj Abd Razak, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi

amalan setiap rakyat Malaysia adalah tidak melahirkan pengorbanan nilai-nilai murni

agama mengikut (www.1malaysia.com.my) Ia bukan satu dasar baru yang terpisah

dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan

pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi

20

Page 21: Kkp Moral

perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan

pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Perpaduan yang

digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang

diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan

diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Munurut (http://www.ipharm.gov.my), 1Malaysia menghargai dan

menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik

setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan

yang patut dibanggakan. Contoh program yang telah dilaksanakan oleh Jabatan

Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional iaitu Program Perkhemahan Padu

Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia (RIMUP) pada 30 Mac

hingga 1 April 2012 di Bintulu, Sarawak mengikut laporan yang terdapat di

(http://www.jpnin.gov.my). Antara tujuan utama program dianjurkan adalah untuk

Menggalakkan penyertaan dan interaksi social yang positif antara masyarakat

setempat, ahli Rukun Tetangga, ahli PIBG, para guru dan murid dalam kegiatan-

kegiatan khas secara bersama-sama serta  Melahirkan persefahaman dan toleransi

antara murid pelbagai kaum di sekolah. Selain itu, (Utusan Online, 26 Mei 2013)

juga mempamerkan satu rencana yang berkaitan dengan usaha yang dilaksanakan

oleh kerajaan untuk menjalinkan perpaduan rakyat. Ekstravaganza budaya terulung

di Malaysia iaitu Citrawarna 1Malaysia telah berlangsung di Dataran Merdeka yang

bertemakan Visit Malaysia 2013. Pendedahan nilai-nilai budaya pelbagai bangsa

turut menanamkan semangat perpaduan. Hubungan etnik sangat penting dalam

program sebegini yang mencorakkan perpaduan termasuk budaya dan pelbagai

makanan dan telah membuktikan keberkesanan konsep 1 Malaysia untuk

penerapan nilai murni agama.

4.3 RUKUN TETANGGA

Pada pendapat saya, Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela

yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di

Malaysia dan saya mempercayai bahawa ia dapat menyumbang dalam pengimbangi

nilai masyarakat tanpa mengorbankan nilai murni pelbagai agama Malaysia. Satu

Akta telah digubal di Parlimen dan mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2012

dinamakan Akta Rukun Tetangga 2012, ianya merangkumi akta yang berhubung

21

Page 22: Kkp Moral

dengan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela berdasarkan petikan Shamsul

Amri Baharuddin (2007:182-184). Rukun Tetangga adalah satu jawatankuasa

sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Penubuhannya diutamakan di kawasan-kawasan kediaman di bandar, pinggir

bandar dan kawasan yang berisiko tinggi. Peranan utama Rukun Tetangga ialah

menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk

mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan menurut Hamzah

Sidang Mohamad, Loh Kok Wah & Annamalai Arnasalam (1991:185). Beliau juga

menyatakan bahawa kerajaan telah memberi penekanan kepada konsep kejiranan

yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam

kalangan masyarakat.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak aktiviti

berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan

perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia dengan mengimbangi nilai

kemasyarakatan tanpa korbankan nilai-nailai murni pelbagai agama dengan merujuk

kepada (http://www.jpnin.gov.my/latar_rt) Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan

penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah

bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara

pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Tambahan pula, Shamsul Amri Baharuddin (2007:182-184) berpendapat bahawa

bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti telah

dilakukan oleh komuniti Rukun Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa

bentuk aktiviti seperti sosial iaitu amalan kunjung-mengunjungi semasa musim

perayaan, pendidikan termasuklah kursus motivasi dan ceramah-ceramah dalam

pelbagai bidang atau kesenian dan kebudayaan yang merangkumi kelas-kelas seni

tari, kelas gamelan dan lain lagi bagi pemupukan interaksi pelbagai kaum tanpa

batasan.

4.4 RUMAH TERBUKA

Menurut artikel yang diterbitkan (Berita Harian, 5 Februari 2011),

mengadakan rumah terbuka bagi setiap perayaan di negara kita sudah mula menjadi

amalan masyarakat tanpa mengira kaum. Selain rumah terbuka pada peringkat

nasional, rumah terbuka juga dibuat peringkat daerah dan membabitkan keluarga

22

Page 23: Kkp Moral

serta rakan bagi pemupukan kesimbangan nilai masyarakat yang terdapat di negara

kita tanpa mencemarkan nilai-nilai murni daripada pelbagai agama. Kesibukan

masyarakat bandar menjadikan rumah terbuka sudah menjadi satu keperluan. Jika

tidak diadakan rumah terbuka, janggal pula terasa dan perayaan seolah-olah tidak

lengkap.  Oleh sebab di bandar terdapat pelbagai kaum yang menghuni di sesuatu

kawasan yang sama, rumah terbuka menjadi satu keperluan untuk meraikan rakan

daripada kaum lain. Paling penting adalah rumah terbuka mampu memupuk

perpaduan antara kaum di negara kita. Oleh itu jika kita pergi ke mana-mana rumah

terbuka di negara kita terutama di bandar, tidak hairanlah pelbagai bangsa menjadi

pengunjungnya. Pembabitan pelbagai kaum dalam sesuatu majlis rumah terbuka

menjadikan masyarakat di negara kita kelihatan hidup bersatu padu dan harmoni. Ia

menjadi lambang dan realiti perpaduan dan rasa hormat antara kaum dan suasana

ini perlu dipertahankan oleh generasi akan datang. 

Di samping itu, Shamsul Amri Baharuddin (2007:184) juga mempunyai

pandangan yang seiras dengan konsep Rumah Terbuka di Malaysia merupakan

salah satu saluran yang mengeratkan hubungan sillatuhrahim antara pelbagai etnik

penduduk. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal

kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu

Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukkan etnik Cina begitu mengambil berat dan

memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan

menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah

semasa Hari Raya Aidilfitri. Beliau juga menjelaskan bahawa pertimbangan

hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan

menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan intergrasi sosial

dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan

kebudayaan. Kini, konsep rumah terbuka sudah menular ke kawasan terpencil

termasuk kawasan kampung dan pecan menurut artikel (Berita Harian, 5 Februari

2011).

4.5 KURSUS HUBUNGAN ETNIK DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Pada pandangan saya, mengadakan kursus hubungan etnik di seluruh IPT

Malaysia dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integrasi dan

perpaduan dalam kalangan rakyat supaya mengimbangi semula nilai

kemasyarakatan tanpa mengorbankan nilai murni agama. Menurut Mohd. Sohaimi

23

Page 24: Kkp Moral

Esa, Ismail Ali, Dayu Sansalu dan Lai Yew Meng (2013:115) yang menyatakan

bahawa kursus ini memfokuskan perbincangan tentang sejarah masyarakat

Malaysia, konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik dan lain lagi. Modul

kursus ini disediakan sebagai panduan utama bertujuan mendedahkan kepada para

pelajar tentang tajuk-tajuk asas yang difikirkan sesuai dibincangkan dan dibahaskan

dalam kuliah dan ketika dalam perbincangan kumpulan di samping mengkajinya

dengan lebih mendalam menerusi kerja-kerja kursus secara berkumpulan.

Seterusnya, modul tesebut dijadikan sebagai satu batu lonjatan bagi para

pelajar memikir dan meneliti hal-hal berkaitan dengan hubungan etnik sebagai

sebahagian daripada kehidupan dan pengalaman dan pengalaman seharian mereka

mengikut Mohd. Sohaimi Esa (2013:115). Lantaran itu, kursus ini juga bermatlamat

mendedahkan kepada para pelajar tentang sejarah tanah air, pluraliti budaya,

masyarakat dan kumpulan etnik dan memberi kefahaman berkenaan permuafakatan

sosial di Malaysia, asas-asas keharmonian hubungan etnik, dan integrasi

kebangsaan. Selain itu, kursus ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar

terhadap sejarah hubungan etnik dan cabaran pluraliti di Malaysia, memberi

kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan peranannya dalam

mengeratkan hubungan etnik serta usaha membentuk bangsa Malaysia dengan

melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran kreatif tentang sosial

dan kehidupan budaya masyarakat di Malaysia.

Justeru itu, kursus hubungan etnik mampu menyediakan ruang pembelajaran

bagi semua pelajar di setiap IPT untuk memahami dan mengenal semula setiap

bangsa, agama dan budaya kaum dengan memperlihatkan kesejagatan hidup dalam

kelompok yang besar seperti negara kita. Dengan ini, mewajibkan pembelajaran

Kurusu tersebut bukan sahaja menekankan penghayatan nilai-nilai murni dalam

setiap agama, tetapi lebih fokus kepada pengamalan tingkah laku yang beretika,

cara komunikasi yang harmoni serta menghormati hak kemanusiaan yang berbeza

dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

24

Page 25: Kkp Moral

5.0 REFLEKSI

Dalam sepanjang masa untuk menyempurnakan kerja kursus pendek ini,

saya telah mempelajari, mengenali dan menimba pelbagai iktibar dan pengajaran

yang mengenai tentang tajuk pada kali ini. Pertama sekali, meskipun bukan islam

merupakan minoriti dalam masyarakat Malaysia pada hari ini tidak semestinya nilai

agama mereka tidak mempengaruhi bentuk masyarakat yang ada di Malaysia.

Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara

memberikan mereka kebebasan untuk mengamalkan nilai yang diajarkan agama

masing masing. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Keharmonian ini seharusnya

dipelihara, dipupuk sepanjang masa dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Sebagai sebuah negara yang komposisi masyarakatnya berbilang kaum agama dan

budaya, Malaysia mempunyai rekod yang cemerlang dalam hal ini.

Banyak contoh-contoh negara majmuk lain di dunia menghadapi masalah

dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan agama lantas gagal mewujudkan

keharmonian dalam masyarakat. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan

beragama akan gagal mewujudkan keharmonian. Semua agama menyeru kepada

kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan sesama manusia. Islam, sebagai

agama ‘yang mensejahterakan’ atau ‘agama keamanan ‘ sangat menuntut umatnya

supaya menghormati sesama manusia meskipun anutan agama mereka berbeza

daripada Islam. Walaupun begitu, dalam hal memelihara keharmonian negara ini

masyarakat Islam dan bukan Islam berperanan yang sama penting. Tuntutan-

tuntutan mereka haruslah manasabah dan rasional untuk mengelakkan

pertembungan yang merugikan semua pihak. Sikap emosional, kertelaluan,

fanatisme dan terlalu mementingkan diri seharusnya dibatasi dengan kewarasan dan

nasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.

Kerja kursus ini yang bertajuk pengenalan asas pendidikan Moral telah

merangkumi nilai murni dari perspektif agama di Malaysia dan cadangan untuk

mengimbangi nilai masyarakat kita. Nilai murni bagi sesuatu agama itu amat penting

sebagai petunjuk hidup penganut agama tersebut. Oleh itu, nilai-nilai murni tersebut

tidak boleh diketepikan dengan mudah dalam kalangan masyarakat. Nilai-nilai

murni sesuatu masyarakat selalu dikaitkan dengan konsep kemoralan.

25

Page 26: Kkp Moral

Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap

empat penjuru dunia tentang keruntuhan moral di kalangan rakyat Malaysia dan

hal ini perlu ditangani sebelum terlambat. Oleh itu, penegasan dari segi undang-

undang serta penerapan nilai murni menerusi kokurikulum dan mata pelajaran

Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah telah

dilaksanakan.

Nilai murni bagi setiap agama memainkan peranan yang sangat penting. Hal

ini demikian kerana setiap agama selalu mengajar penganutnya agar membentuk

keperibadian dan jati diri yang baik. Setiap penganut harus bertindak mengikut

lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama masing-masing. Dengan

berpegang kuat kepada ajaran agama, maka seseorang itu akan dapat

mengenali mana yang baik dan mana yang jahat.Setiap insan di dunia ini

tidak dapat lari daripada bertanggungjawab terhadap agama masing-masing.

Pengaplikasian nilai-nilai murni dalam diri setiap orang penganutnya dapat

menjaga kerukunan sosial dan pembentukan sahsiah. Oleh itu, setiap orang

haruslah memahami nilai-nilai murni agama masing-masing dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Secara tuntasnya, nilai murni bagi setiap agama dikaitkan dengan konsep

kemoralan. Setiap agama mendidik penganutnya supaya menjadi insan yang

bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran

moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Oleh itu, setiap penganut agama

masing-masing haruslah memberi penekanan terhadap usaha memupuk kekuatan

kerohanian dan kemoralan dalam diri sendiri melalui penghayatan dan amalan nilai-

nilai murni agama masing-masing. Dengan itu, satu panduan hidup yang

membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dapat

dilahirkan.

Melalui pengaplikasian nilai-nilai murni agama dalam kehidupan seharian,

maka pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu

pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai murni agama dapat

diperkembangkan.Jadi, setiap orang haruslah mempunyai agama masing-masing

dan berpegang teguh terhadap ajaran agama tersebut. Dalam kehidupan seharian,

26

Page 27: Kkp Moral

kita juga haruslah bertindak mengikut ajaran agama dan mengelakkan diri daripada

melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran serta nilai murni agama.

6.0RUJUKAN

Abdul Rahman Anoff. 1986. Pengenalan Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:

Sun U Book Co. Sdn. Bhd. (halaman 2, 3, 18 & 19)

Abdul Rahman Md. Aroff. 2008. Pendidikan Moral Teori Etika Dan Amalan Moral.

Batu Caves, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Putra Malaysia. (halaman 57,

58, 63, 65, 70-73, 75-77, 87, 88 & 92)

Abdullah Zhidi Bin Omar, Mahdi Bin Shuid, Dr. Mazlan Bin Aris, Mohd Fu’ad Bin

Sam & Dr. Roslina Binti Suratnu. 2014. Pengenalan Pendidikan Moral IPTA,

IPTS, IPG & KOLEJ. Ipoh, Perak Darul Ridzuan: Cipta Printing & Publishing

(M) Sdn. Bhd. (halaman 19, 21, 22, 24, 31, 32, 55, 56, 61-63 & 71-73)

Berita Harian. 2011. “Rumah Terbuka Simbolik Perpaduan”. (5 Februari).

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak. 2009. “Gagasan 1 Malaysia”. Putrajaya:

Terbitan Pejabat Perdana Menteri. Diakses pada 4 Mac 2014 Daripada

www.1malaysia.com.my

Dr. Tam Yeow Kwai. 2006. Pendidikan Moral Konsep Dan Pedagogi Pendidikan

Guru. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L.) Sdn. Bhd. (halaman 1,7, 14

& 15)

Eow Boon Hin. 2002. Pendidikan Moral Edisi Kedua Khas Untuk IPTS. Balakong,

Selangor Darul Ehsan: Percetakan Polygraphic Sdn. Bhd. (halaman 2, 8 10

&11)

Eow Boon Hin. 2002. Moral Education. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Laser

Press Sdn. Bhd. (halaman 66)

Ezad Azraai Jamsari, Roziah Sidik, Nasrudin Yunos & Zulkarnain Mohamed. 2004.

Pengajian Islam. Ipoh, Perak Darul Ridzuan: Chee Leong Press Sdn. Bhd.

(halaman 126 & 127)

27

Page 28: Kkp Moral

Hamzah Sidang Mohamad, Loh Kok Wah & Annamalai Arnasalam. 1991.

Pendidikan Moral Tingkatan 4. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan: DTP

Enterprise Sdn. Bhd. (halaman 185)

Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara. “Program Latihan Khidmat

Negara”. Diakses pada 1 Mac 2014 Daripada http://www.khidmatnegara.gov.my/

Mohd. Sohaimi Esa, Ismail Ali, Dayu Sansalu & Lai Yew Meng. 2013. Gagasan 1

Malaysia Isu Dan Cabaran. Kota Kinabalu, Sabah: Utusan Kinabalu (Co.)

Sdn. Bhd. (halaman 115)

Mohd Rosmizi, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Marina Munira Abdul Mutalib &

Roslizawati Mohd Ramly. 2013. Agama-Agama Di Dunia. Cheras, Selangor

Darul Ehsan: Percetakan Mesbah Sdn. Bhd. (halaman 39, 43 & 109)

Portal Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana

Menteri. “Rukun Tetangga”. Diakses pada 1 Mac 2014 Daripada

http://www.jpnin.gov.my/latar_rt

Portal Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sarawak. “Program

Perkhemahan Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia

2012 (RIMUP)”. Diakses pada 1 Mac 2014 Daripada

http://www.jpnin.gov.my/arkib_bpsarawak_2012/-/asset_publisher/Rgb8/content/

213997;jsessionid=D67553F56DCFA717020AE849DB33C1A8?redirect=http%3A%2F

%2Fwww.jpnin.gov.my%2Farkib_bpsarawak_2012%3Bjsessionid

%3DD67553F56DCFA717020AE849DB33C1A8%3Fp_p_id

%3D101_INSTANCE_Rgb8%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode

%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-5%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D3

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha

Sdn. Bhd. (halaman 182-184)

Suffean Hussin. 1995. Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Selangor Darul Ehsan:

Laser Press Sdn. Bhd. (halaman 9-10)

Utusan Online. 2013. “Agong Sempurnakan Pelancaran Citrawarna 1Malaysia”. (26

Ogos).

28

Page 29: Kkp Moral

7.0 LAMPIRAN

29

Page 30: Kkp Moral

BAHAGIAN A : KERTAS SOALAN KKP

30

Page 31: Kkp Moral

BAHAGIAN B : BAHAN RUJUKAN

31